Professional Documents
Culture Documents
(30/1/12)
Kerohanian, Sikap dan Nilai Merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam memberi pengetahuan
mempunyai keperibadian mulia. Murid-murid yang beragama Islam akan belajar Pendidikan Islam dan mereka yang bukan Islam didedahkan dengan Kurikulum Pendidikan Moral. Pendidikan Islam berfokus kepada penyampaian ilmu,kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada AlQuran dan Al-Sunnah. Pendidikan Moral pula berfokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan berakhlak mulia dan bermoral tinggi. Perkembangan sosioemosi Diperkenalkan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak mengikut kesesuaian tahap umur dan perkembangannya. Berfokus kepada kemahiran emosi yang matang. Menekankan pengurusan emosi sendiri, bersikap positif dan berkemahiran sosial serta sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehiduoan seharian penuh dengan cabaran. Penerapan komponen ini dilaksanakan merentasi komponen-komponen lain secara tidak langsung.
dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Pendidikan Moral prasekolah member fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang murid berada di prasekolah. Pendidikan moral diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah.
Keterampilan Diri Merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial Dilaksanakan menerusi kesemua aktiviti dan disepadukan dengan tunjang lain melalui aktiviti pembelajaran yang menarik. Dalam Kurikulum Pendidikan Islam, perkembangan sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Diberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian penuh dengan pelbagai cabaran. Fizikal dan Estetika Merangkumi perkembangan fizikal, penjagaan kesihatan dan perkembangan kreativiti. a) Perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan Kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta koordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui aktiviti fizikal. Penjagaan kesihatan memberi penekanan kepada amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan
Perkembangan fizikal Menekankan tubuh badan yang sihat akan melahirkan generasi intelek yang cergas tubuh badan dan cerdas pemikiran. Kandungan kurikulum disusun secara berperingkat-peringkat yang merangkumi pembinaan fizikal yang sihat di samping memupuk murid-murid ke arah penjagaan kesihatan tubuh badan dan keselamatan diri serta persekitaran. Merangkumi 4 aspek iaitu: Perkembangan motor halus Perkembangan motor kasar
Perkembangan kesihatan(cara hidup sihat) Keselamatan Komponen ini dikuasai melalui aktiviti di dalam dan luar bilik darjah dengan mengguna pelbagai alat permainan yang disediakan.
pemakanan yang berkhasiat. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri termasuk langkah menjaga kehormatan diri. b) Perkembangan kreativiti Perkembangan kreativiti pula merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Aktiviti tunjang ini digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti dan juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Contoh: Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa dan lain-lain. Kemanusiaan Memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum.
Kreativiti dan Estetika Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengembang potensi diri dalam melahirkan idea kreatif mengikut tahap keupayaan dan umur. Perasaan dapat diluahkan menerusi aktiviti yang berkait dengan penghasilan kreativiti seperti penghasilan lukisan, nyanyian, dramatika kreatif dan pergerakan kreatif.