You are on page 1of 52

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 1

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Konsep Objektif Proses dan Bentuk

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: konsep objektif proses dan bentuk

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) 3. menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran bertutur; dan

kemahiran mendengar 5.

mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

Kerangka Konsep

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apaapapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran

mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan

perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah; (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah untuk diri sendiri dan orang lain;

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (c) menyampaikan ucapan bertatasusila meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan; (d) bersoal jawab kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu; (e) bercerita kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak; (f) menyampaikan berita dan laporan kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat; (g) menyampaikan ucapan dan syarahan kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan; (h) berlakon dan melafazkan puisi memperlihatkan murid

mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan (i) berbincang dan berbahas menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau

bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan.

Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan

menghasilkan bunyi [batu]; (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya; (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya; (d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /smak/ dan seumpamanya; (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan; (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut harakat), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu; (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. (f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya; (h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh

membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul; (j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) menyebut dengan jelas; menyampai atau melahirkan pendapat peribadi; melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat; memberi penerangan dan alasan; menunjuk arah; membina soalan untuk mencari maklumat; bertemu ramah; bertukar-tukar pendapat dan maklumat; bertutur secara bertatasusila; dan

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.

Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Mengaitkan aksi dengan pertuturan; Menjawab soalan-soalan rakan dan guru; Membina soalan berdasarkan bahan; Memberi arahan kepada rakan; Menerangkan gambar dan bahan grafik; Berbual melalui telefon; Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri; Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan; (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) Permainan komunikatif; Mengadakan perbahasan; Perbincangan forum; Memberi taklimat dan ceramah; Main peranan; Simulasi; Teater bercerita; dan Drama

Kemahiran Mendengar Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting

pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanakkanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.

Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan

memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat

peringkat proses mendengar:

(a) (b) (c) (d)

mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian

pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi

bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.

Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) memperoleh idea; mencari isi-isi penting; melakukan arahan/ tindak balas; mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; mengenal pasti isi-isi yang tersirat; mentafsir makna-makna yang tersirat, mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar: Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.

Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini

tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain: (a) (b) (c) (d) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) secara pasif; secara bertelau-telau; tanpa tindak balas; secara menebuk-nebuk; dengan beremosi; secara berhati-hati dengan pengamatan; dan secara kritikal.

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati; (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat; (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya; (d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang; (e) (f) (g) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan; mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan; mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu; (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid, pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.

Latihan 1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan?
2.

Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal beserta dengan contohnya.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 2

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsurunsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kerangka Konsep

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada muridmurid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan

penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.

Peringkat awal (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Melafazkan pengucapan bertatasusila; Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar; Menyoal untuk mendapatkan maklumat; Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi; Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu; Bertindak terhadap soalan-soalan mudah; Memberi arahan; Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan Membuat ayat-ayat daripada gambar.

Peringkat pertengahan (a) (b) (c) (d) (e) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar; Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri; Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa; Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu; Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah; (f) (g) Membaca iklan, peraturan-peraturan; Memberi ucapan pendek dan mudah;

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (h) (i) (j) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah; Memberi komen secara mudah; dan Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya; (b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya; (c) (d) (e) (f) (g) (h) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog; Bertanya untuk mendapatkan maklumat; Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan; Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat; Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan); Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain; (i) (j) (k) (l) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan; Mendeklamsi puisi; Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor, (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan

memproses maklumat perkembangan bahasa; (b) Kesihatan:

- aspek penting dalam pertumbuhan dan

Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan; (c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan; (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanakkanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar; (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanakkanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki.

Hal ini demikian

kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.

Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis; (b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu; (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan; (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkatperingkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan; (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak; (g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kaedah Teknik Pengajaran

Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Kerangka Konsep

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur

Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, jenis

pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua

pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah

(a)

Pendekatan Situasi situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

Pendekatan

diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori

struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi; (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat; (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat

pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul; (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah; (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi muridmurid dalam latihan bertutur; (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik.

Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu; (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa

pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan

kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.

(b)

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan

kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua

kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur; Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah; Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan

demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.

Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan; Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan

murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu.

Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi

supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.

Wanita

Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke? Pak cik? (terdiam) Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak

Kakitangan pos : Wanita :

Kakitangan pos : cik? Wanita :

Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.

Kakitangan pos : pun

Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin belum.

Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan

dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada muridmurid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.

Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku

sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang

ketara, antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut; (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain; (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai; (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.

Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. (c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.

Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.

Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.

Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumusrumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsurunsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan

disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampirhampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee school radio bicycle biscuit kopi sekolah radio basikal biskut

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.

Subjek Saya I Dia He

Kata kerja pergi go minum drinks

Objek ke sekolah. to school. susu. milk.

Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang

pengajarannya seperti berikut: (a) (b) (c) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran; Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut; Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan

memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) (b) (c) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan; Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman; Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa; (d) (e) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur Dengan

merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid.

demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) (b) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing; Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (c) (d) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk

berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka

melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah

komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.

Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah

pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh

menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah teknik: (a) (c) (e) Latih tubi; Bersoal jawab; Perbincangan; (b) (d) (f) Bercerita; Perbualan / dialog/ wawancara Berbahas/ debat

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(g) (i) (k) (m)

Main peranan dan simulasi; Drama atau lakonan; Permainan bahasa; Penyelesaian masalah;

(h) (j) (l) (n)

Sumbang saran Melapor berita Pengajaran puisi Tunjuk cara

Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh

dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid.

Murid-murid, ikut cikgu sebut.

Bola.
Ali menendang bola.

Ali menendang bola di padang.


Bola. Ali menendang bola. Ali .

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. daki laki tari lari malu balu

Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi

bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyebut fonem /p/ Pandang pandan tepi pagar depan padang. Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.

Nyanyian Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh muridmurid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.

Selamat datang. Sila masuk ke dalam. Mari kita duduk. Apa khabar sekarang. Sudilah minum.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Janganlah segan-segan. Minum air kopi. Makan kuih di pinggan.

Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk

menghasilkan pertuturan.

Latihan pandang dan sebut

merupakan latih tubi

bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.

i. ii. iii.

Pak Abu seorang petani. Dia bekerja di sawah. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.

Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan

rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Latihan bersoal jawab Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Latihan Penghasilan Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis.

Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, muridmurid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana

timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.

Contoh: Senarai barang yang diberi oleh guru. Khemah Lampu picit Makanan kering Makanan basah Alat memasak Pakaian Baldi Alat menjahit Pisau Kapak Bantal Selimut Air Susu tin Cangkul Surat khabar Radio Mancis api

Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari

peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.

Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa

malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.

Murid B :

Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik

kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi ( Kamaruddin Hussin : 2001)

pelanggannya.

Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut; (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Rumusan Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah

bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 4

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Sinopsis

Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.

Hasil Pembelajaran 1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan 2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Kerangka Konsep

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Membentuk aktiviti pengajaran

Memilih Media Pengajaran

Melaksanakan Pengajaran

Meneliti Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:

Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Maklumat Am Pengetahuan Sedia Ada Objektif Pengajaran Isi Pelajaran Penyampaian Set Induksi Perkembangan i. Kemahiran Peneguhan ii. Kemahiran menerangkan Ilustrasi iii. Kemahiran Menggunakan Papan Tulis iv. Kemahiran Variasi Rangsangan v. Kemahiran Menyoal Penutup Kesimpulan Penilaian Tugasan Ulasan Kendiri

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran

membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali)

kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu. (c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).

Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai

Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan

kecenderungan pembelajaran murid:

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kesesuaian dengan perkara Objektif dan matlamat pengajran

Penjelasan (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia; Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu.

(b)

(c)

Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

(a)

Keadaan pelajar

(a)

Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar; Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid; Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.

(b)

Suasa pembelajaran

(a)

(b)

(c)

Minat pelajar

(a)

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang.

Sehubungan dengannya,

bahan yang pilih dalam proses P & P perlu

memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) (d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas; (e) Bahan yang jimat dan murah perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah); (f) Bahan yang praktikal dari segi boleh guna, ekonomik digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya; (g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:

Aktiviti latih tubi untuk pertuturan Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kadkad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.

Aktiviti peniruan dan hafazan Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contohcontoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud. Misalnya: (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas; (b) (c) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut; Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama; (d) (e) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan; Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan (f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan.

Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan

melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.
Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3.

Bahan

pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur

mestilah terdiri daripada bahanbahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita

pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Boneka

(a) (b)

Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.

(c)

Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.

(d)

Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.

(e) (f)

Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.

Bahan Kartun (a) (b) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa yang sesuai. (c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. (d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) Video dan Bahan Sastera (a) (b) (c) Murid menonton rakaman drama. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang

Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri.

Gambar Foto (potret)

(a)

Murid

diminta

menerangkan

keadaan

emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut.

Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang

penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan

(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU) untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan

pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.

You might also like