You are on page 1of 16

PERIBAHASA MELAYU

NAMA:MOHD AMIRUL FAISAL BIN FAHRURAZ KELAS:3 RK NAMA GURU:PUAN ZAITON SHAARI

SENARAI KANDUNGAN
TAJUK 1.Pengenalan kepada peribahasa melayu 2.Senarai peribahasa 3.Definisi kata ganda 4.Senarai kata ganda 5.Penghargaan 6.Sumber pendapatan M/S

PENGENALAN KEPADA PERIBAHASA MELAYU


Peribahasa merupakan satu cabang sastera lama, bukan sahaja bagi bangsa Melayu tetapi juga hampir semua bangsa di dunia. Menurut Za'ba,peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran,sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau bercetak sebelum tarikh kermedekaan.Peribahasa moden pula

merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut.Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam

budaya Melayu.

PERIBAHASA HAIWAN
1. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang lain 2. Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah Maksud : Penagihan yang sama banyak 3. Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu menguak Maksud : Menyesuakan diri dengan tempat atau keadaan 4. Kura-kura di dalam perahu,pura-pura tidak tahu Maksud : Bertanya sesuatu yang sudah diketahui 5. Seekor kerbau membawa lumpur,semuanya terpalit Maksud : Seorang yang berbuat salah,semuanya terbawa-bawa 6. Bagai murai dicabut ekor Maksud : Orang yang suka bercakap banyak 7. Ada udang disebalik batu Maksud : Apa maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan. 8. Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga Maksud : Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan faham. 9. Ibarat burung,mata terlepas badan terkurung Maksud : Walaupun terpelihara baik,teteapi tidak mempunyai kebebasan. 10. Seperti rusa masuk kampung Maksud : Baru dengan keadaan sekitar.

PERIBAHASA ALAM
1. Disangka panas hingga ke petang,rupanya hujan ditengah hari Maksud : Disangka baik selama-lamanya,tiba-tiba ditimpa kesusahan. 2. Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri Maksud : Sebaik-baik negeri orang,tidak sebaik negeri sendiri. 3. Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai Maksud : Jika takut akan susah,jangan dibuat sesuatu pekerjaan. 4. Seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing Maksud : Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan,hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja. 5. Terdengar guruh di langit,air di tempayan dicurahkan Maksud : Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan. 6. Tidak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas Maksud : Kekal dan tidak berubah walaupun zaman berubah. 7. Diam-didam ubi berisi,diam-diam berisi karat Maksud : Diam orang yang berilmu itu berfikir,sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja. 8.Durian runtuh Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 9. Bagai Kacang Lupakan Kulit Maksud : Orang yang lupa asal usulnya 10: Bagai aur dengan tebing Maksud : Memerlukan satu sama lain/ rapat

PERIBAHASA PERBUATAN MANUSIA


1. Lemak manis jangan terus ditelan,pahit jangan terus dimuntahkan Maksud : yang nampak baik itu jangan terus diterima,yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak. 2. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Maksud : menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan 3. Menapak baru setapak,mendaki baru sekaki Maksud : baru hendak belajar sesuatu. 4. Kalau tidak dipecahkan rutung,manalah dapat sagunya Maksud : tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha 5. Kecil jangan disangka banyak,besar jangan disangka besar Maksud : pengetahuan dan kelebuhan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja. 6. Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara Maksud : anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. 7. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing Maksud : baik buruk sama-sama dipikul 8. Berdiri sama tegak,duduk sama rendah Maksud : sama taraf atau sejajar antara dua pihak. 9. Melepaskan batuk ditangga Maksud : Tidak serius dalam pengurusan. 10. Bagai Isi dengan kuku

Maksud : Persahabatan yang sangat rapat

DEFINISI KATA GANDA

Penggandaan ialah cara membina perkataan dengan mengulang seluruh atau separuh daripada satu kata dasar. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Kata Ganda Penuh Buku-buku Meja-meja Guru-guru Peserta-peserta Murid-murid

Kata Ganda Separa Jejentik Lelangit Lelaki Pepohon Kekura

Kata Ganda Berimbuhan Tolong-menolong Hormat-menghormati Sayang-menyayangi Bantu-membantu Kasih-mengasihi

Kata Ganda Berentak Bukit-bukau Gunung-ganang Gotong-royong Semak-samun Riuh-rendah

KATA GANDA PENUH(ADJEKTIF DAN KATA NAMA)

1. Kura-kura dapat hidup di darat dan di dalam air. 2. Pahlawan itu handal-handal belaka. 3. Layang-layang itu terbang tinggi di udara. 4. Undang-undang perlu kita patuhi. 5. Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka. 6. Saya bersama teman-teman di kampungkata Suriani. 7. Cita-cita Nadzmi hendak menjadi seorang saintis 8. Murid-murid dinasihati supaya mematuhi peraturan sekolah. 9. Penjahat itu cepat-cepat melarikan diri apabila kereta ronda polis tiba. 10. Ahmad pura-pura tidur ketika ibunya masuk ke dalam kamarnya. 11. Belajarlah rajin-rajin agar Berjaya dalam peperiksaan kali ini. 12. Binatang yang terdapat di taman haiwan itu jinak-jinak belaka. 13. Saya masih ragu-ragu akan janjinya kerana saya pernah dibohonginya.

14. Pekedai-pekedai yang menipu para pelanggan boleh didakwa Makhamah. 15. Negeri-negeri yang tidak setia kepada negara akan diambil Tindakan. 16. Bunga yang mekar-mekar itu harum-harum. 17. Orang tua itu mencabut cendawan-cendawan yang tumbuh di bawah pokok itu. 18. Kolam itu disembur ubat serangga kerana terdapat banyak jentikjentik. 19. Penjual itu membakar otak-otak ikan dan udang untuk pelanggannya. 20. Tangannya menggigil ketika mengangkat agar-agar yang lembik itu.

KATA GANDA PENUH(KATA NAMA BINATANG DAN MAKANAN)

1. Cahaya kunang-kunang itu mencantikkan lagi kawasan pantai itu. 2. Labah-labah itu membuat sarangnya diatas pintu itu. 3. Kerusi meja itu rosak kerana dimakan anai-anai 4. Warna kupu-kupu yang hinggap di bunga itu sangat cantik. 5. Diatas kole-kole itu ada tahi minyak. 6. Jemput-jemput pisang diatas meja itu untuk ayah kami. 7. Gigi adik sakit kerana adik suka makan gula-gula pada setiap masa. 8. Di dalam gado-gado itu terdapat lontong, sayur, tempeh,tauhu dan keropok 9. Kuih epok-epok itu dibungkus dengan daun pisang.

10 Bayak anai-anai telah merosakkan kerusi dan meja dalam kelas itu.

KATA GANDA SEPARA

1 Terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang dijual di pasar raya 2 Kita mestilah hormat-menghormati antara guru dan ibu bapa kita. 3 Johan mengangguk-angguk ketika penceramah sedang berucap di perhimpunan 4 Buah betik di dusun Pak Ali boleh dipetik kerana sudah kekuningkuningan. 5 Bebenang skru itu sudah haus. 6 Adik gemar makan bebola ikan yang digoreng. 7 Gegendang telinga abang bengkak sejak semalam. 8 Dedaun kering bertaburan dihalaman rumah Puan Zulaiana. 9 Puan Nita memasukkan daun bebawang itu ke dalam sup itu. 10 Bebuli kaca itu berisi sejenisq bahan kimia. 11 Kekura itu bergerak kearah kolam itu. 12 Lima meter panjang jejari pada bulatan di atas bumbung bangunan itu. 13 Cecair yang bewarna putih itu sebenarnya adalah darah serangga.

KATA GANDA BERENTAK

1.

Sayur-mayur.

Sayur-mayur yang masih segar dijual di pasar tersebut pada setiap pagi.

2. Kuih-muih. Kuih-muih itu dibuat untuk majlis perkahwinan anak Pak Abu.

3. Cerai-berai. Tindakan Haji Hussin yang keterlaluan itu telah mendorong keluarga anak sulungnya menjadi cerai-berai.

4.

Karut-marut.

Orang Melayu mudah terikut-ikut dengan kepercayaan yang karut-marut itu. 5. Kayu-kayan.

Kayu-kayan yang keras telah digunakan untuk membuat perabot yang berukir itu.

6.

Bolak-balik.

Jangan bercakap bolak-balik sehingga ayah menjadi marah kata Ali kepada adiknya.

7. Mandi-manda. Puteri Bongsu sedang mandi-manda di kolam di belakang istana kata hulubalang kepada baginda sultan.

8. Lalu-lalang. Banyak kenderaan lalu-lalang di jalan raya di hadapan sekolah tersebut

9. Anak-pinak. Hampir semua anak-pinak Pak Sulung hadir bersama bagi meraikan majlis hari jadinya yang keseratus lapan semalam kata Hajah Siti Hajar kepada emak saudaranya.

10. Lintang-pukang. Penagih-penagih dadah di belakang rumah besar itu lari lintang-pukang apabila mereka diserbu oleh pihak polis.

11. Ramah-tamah. Sikap ramah-tamah yang ditunjukkan Haji Majid dan keluarganya menyebabkan keluarga kami suka mengunjungi rumahnya.

12.

Kusut-masai.

Rambutnya kelihatan kusut-masai apabila terkena hujan lebat.

KATA GANDA BERIMBUHAN

1 Kita mestilah tolomg-menolong kepada sesiapa sahaja yang meminta tolong, 2 Kaum-kaum di Malaysia amat hormat-menghormati walaupun berbeza kaum. 3 Amir berlari-larian semata-mata ingin mendapat kedudukan pertama dalam perlumbaan tersebut. 4 Kanak-kanak itu sedang bermain-main di taman itu. 5 Mereka berdua saling sayang-menyayangi walaupun tidak pernah bertemu. 6 Luqman sengaja melambat-lambatkan masa kerana enggan pergi ke sekolah. 7 Mudah-mudahan sekolah kita akan menjadi juara pada peringkat seterusnya dalam pertandingan tersebut. 8 Ahli parlmen itu telah mengadakan carnival secara besar-besaran. 9 Tumbuh-tumbuhan merupakan hidupan yang telah hidup lamanya pada zaman dahulu. 10 Walaupun remaja itu telah cukup umur,akan tetapi dia masih bersikat keanak-anakkan.

PENGHARGAAN
Pertama,saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran saya,iaitu Puan Zaiton Shaari kerana telah memberi panduan dan cara hendaj menghasilkan folio ini.Kedua,saya hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya terutamanya,Ahmad Khairin Nadzmi kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya.Saya juga amat berjasa kepada adik saya,iaitu Nor Ameera Fateha kerana telah mengajar saya cara hendak menghasilkan folio yang begitu seragam dan kreatif jika kerana bukan mereka semua,saya tidak mungkin melakukan folio ini dengan mudah. Akhir sekali,saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah menyumbang lokasi hendak membuat folio ini kepada saya.

SUMBER PENDAPATAN
>http://www.scribd.com/doc/28608093/Koleksi-Peribahasa-Melayu
>http://www.karanganstpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article &id=100&Itemid=96 >http://klasikperibahasa.blogspot.com/2011/10/pengenalan-tentang-peribahasa.html >http://waffiinuyasha.blogspot.com/2010/10/kata-ganda-berimbuhan.html > http://portalbahasamelayu.fateback.com/kganda.htm >http://www.cemerlangbm.com/spm_kertas2_3a.html

You might also like