You are on page 1of 5

Doa Taubat Nabi Adam

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang kusembunyikan dan kuterangkan. Maka terimalah kemaafan daripadaku, terimalah keampunan daripadaku ini, terimalah taubat daripadaku. Engkau Maha Mengetahui tentang hajatku, maka kabulkanlah segala permintaanku ini, Engkau Maha Mengetahui tentang apa yang terkandung dalam jiwa dan ragaku, maka ampunilah dosa-dosaku. Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon daripadaMu iman yang menusuk ke dalam hatiku, keyakinan yang benar, sehingga aku tahu tidak berlaku sesuatu ke atasku, kecuali apa yang ditakdirkanMu buatku serta keredhaan dengan qada.

Amalan dan Doa Murah Rezeki - Baca surah Al-Waqiah setiap malam

Baca Surah Al-Ikhlas

- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al Ummal, Mujam Al-Tabarani, daripada Ibn Masud: Mujma alZawaid

Sabda Rasulullah SAW: Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga. Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Muazbin Jabal: Majma al- Zawaid, Kanz alUmmal)

Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas) (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)

Moga perkongsian Amalan dan Doa Murah Rezeki ini bermanfaat. Saya ada juga amalkan sebahagian doa-doa ini tapi tak semualah. Ini, baru tahu. Jadi, lepas ni selepas solat Fardhu bolehlah cuba yang ini pula. Mudah-mudahan berkat rezeki yang diterima. Amin

You might also like