You are on page 1of 8

Bidang Tugas AJK EMK dan SMM .

1. Menyediakan borang dan memastikan borang pengeluaran EMK dikemas kini. 2. Menyediakan surat pengeluaran elaun yang mencukupi. 3. Memastikan peraturan pengeluaran elaun diikuti. 4. Menetapkan waktu yang sesuai untuk pengeluaran elaun. 5. Menghubungi penjaga jika berlaku kes-kes tertentu 6. Menguruskan dan mengemas kini buku akaun pelajar. 7. Melengkapkan data SMM pada setiap awal tahun atau jika diperlukan serta jika ada murid baru serta bekerjasama dengan AJK Pendaftaran. 8. Mengadakan taklimat-taklimat berkaitan kepada murid berkaitan dengan pengeluaran EMK. 9. Memastikan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan EMK berjalan dengan lancar. ( Jika ada )

Bidang Tugas Jawatankuasa Kesihatan dan Rawatan

1. Memastikan ada alat rawatan kecemasan , mencukupi dan disimpan dengan baik. 2. Melatih murid membiasakan diri dengan penjagaan kesihatan dan kebersihan. 3. Memberi rawatan kepada murid-murid yang luka ringan sebelum dibawa ke klinik berhampiran. 4. Menguruskan kemudahan kepada rawatan dari pusat-pusat kesihatan dan klinik pergigian kerajaan. 5. Merancang dan menjalankan pemeriksaan kebersihan harian murid. 6. Memastikan semua murid mempunyai Buku Kesihatan dan Kad Pergigian. 7. Mengeluarkan borang atau surat doktor kepada pelajar yang hendak ke klinik semasa waktu pembelajaran.

Bidang Tugas AJK SPBT / Kebajikan


SPBT 1. Memastikan buku mencukupi untuk kegunaan guru dan pelajar. 2. Mengumpulkan dan memastikan buku teks cukup pada setiap hujung tahun. 3. Memastikan buku stok SPBT sentiasa dikemas kini. 4. Memastikan keadaan buku sesuai untuk digunakan. Kebajikan 1. Merancang aktiviti sambutan Hari Lahir Murid, Guru dan PPM. 2. Membuat semakan dan merekod nama anak yatim. 3. Mengadakan pungutan derma untuk murid-murid yang ditimpa kesusahan. 4. Mengagihkan sumbangan daripada dermawan kepada murid yang berhak. 5. Menguruskan pungutan derma yang diminta oleh pihak-pihak luar dan merekodkan pendapatannya.

Bidang Tugas AJK Bimbingan dan Kaunseling.


1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling. 2. Menyelaras dan menyediakan rekod Bimbingan dan Kaunseling. 3. Mengadakan sesi kaunseling bagi murid-murid yang bermasalah. 4. Menyiasat latar belakang kes dan menyediakan laporan setiap kes. 5. Menganjurkan kursus motivasi / bimbingan untuk muridmurid / ibubapa. 6. Memberi dorongan / bimbingan untuk pelajar bermasalah. 7. Mengadakan Program Kecemerlangan untuk murid. 8. Mengadakan lawatan ke rumah bagi murid-murid yang kerap ponteng dan bermasalah. 9. Mengadakan lain-lain program bimbingan mengikut keperluan semasa.

Bidang Tugas AJK Pendaftaran / Diagnostik / Agihan Kelas / Rekod Kedatangan


1. Mendapatkan senarai nama awal murid baru. .

2. Memastikan sesi pendaftaran serta hari atau minggu orientasi berjalan dengan lancar 3. Memastikan murid melengkapkan borang biodata,borang ssm serta salinan-salinan yang diperlukan semasa pendaftaran.( Kad OKU,Buku Bank,Kad Pengenalan Murid,IbuBapa atau Penjaga) 4. Membuat Ujian Dioagnostik kepada murid baru dan membuat agihan kelas. 5. Memastikan pembahagian murid mengikut kelas-kelas yang telah ditetapkan. 6. Mendapatkan Data Pelajar dari AJK Data untuk didaftarkan. 7. Mengedarkan surat-surat siaran berkaitan dengan pendaftaran. 8. Membuat penempatan murid Tingkatan 3 ke sekolah vokasional berdasarkan keputusan peperiksaan. 9. Menguruskan ujian diagnostik pelajar aliran perdana ke pendidikan khas. 10. Menyemak dan memastikan buku kedatangan pelajar ditutup pada waktunya serta betul .

TUGASAN GURU BERTUGAS MINGGUAN 1. Guru bertugas hendaklah hadir lebih awal dan pulang akhir sedikit dari guru-guru lain. 2. Bertugas sepanjang minggu mengikut giliran yang ditetapkan. 3. Berada di pintu pagar sekolah semasa murid-murid pulang untuk menentukan murid-murid melintas jalan dengan selamat. Pengawal lalulintas akan mengelolakan lintasan jalan. 4. Membuat laporan dalam Buku Bertugas mengenai perkaraperkara : a) Kehadiran guru b) Kehadiran murid lewat ke sekolah dan sebabnya. c) Nama murid yang terlibat dengan kemalangan kecil atau sakit ( di bilik rawatan ). d) Nota yang memerlukan perhatian Guru Besar. e) Lawatan oleh pihak tertentu. 5. Mengendalikan serta berucap dalam perhimpunan pada hari perhimpunan. 6. Lihat keadaan kantin. Mengawasi makanan yang dijual kepada murid. 7. Memastikan murid-murid membeli makanan di kantin dalam keadaan senyap dan teratur. 8. Bertanggungjawab bila berlaku kecemasan dan membunyikan loceng kecemasan. 9. Menjalankan tugas yang diberi oleh Guru Besar dari masa ke semasa. 10. Mengawasi murid semasa hadir dan balik , di kantin pada waktu rehat dan sepanjang waktu persekolahan pada minggu tersebut. 11. Memeriksa kebersihan kelas-kelas dan membuat penilaian serta memberi markah bagi mencari kelas yang paling ceria.

Bidang Tugas AJK Keceriaan dan Keharmonian

a) Bangunan dan kelas 1. Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga 2. Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan 3. Bekerjasama dengan guru bertugas mingguan untuk menentukan kelas yang kemas, bersih dan teratur. 4. Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang mencukupi. 5. Memberi amaran jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan serta memberi cenderahati kepada kelas yang kemas,bersih dan teratur setiap bulan. 6. Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan pelajaran di papan kenyataan di dalam kelas. 7.Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan alatan belajar terancam atau rosak.

b) kawasan PPKI 1. Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan PPKI 2. Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan PPKI 3. Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan PPKI 4.Menghubungi pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan bahan menanam

Bidang Tugas AJK Data


1. Menyediakan data enrolmen murid mengikut kelasan tertentu. 2. Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan lain-lain 3. Menyediakan penyata bulanan murid dan dihantar kepada Guru Data sekolah. 4. Menyediakan data tentang latar belakang murid mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendapatan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama yang dianuti dan lain-lain 5. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap bulan bersama-sama dengan AJK Buku Kedatangan 6. Memastikan pendaftaran murid baru. 7. Memastikan setiap murid baru diberi nombor pendaftaran 8. Memastikan data dan maklumat sekolah lengkap dan terkini 9. Mengemas kini data dan maklumat sekolah pada setiap bulan 10. Memastikan data dan maklumat sekolah dihantar ke PPD pada atau sebelum 30hb setiap bulan 11. Menghadiri taklimat atau kursus berkaitan dengan data dan maklumat seperti diarahkan

You might also like