You are on page 1of 4

PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya,

saya akan:Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap

UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pertama Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Kedua Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. Ketiga Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Keempat Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. Kelima Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. Keenam Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

Ketujuh Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. Kelapan Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. Kesembilan Pengakap itu jimat dan cermat Kesepuluh Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) Fasal 1 : Nama dan Alamat. i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH KEBANGSAN PARIT KADZI MUAR ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI , 889 JALAN TEMENGGONG AHMAD, 84000 MUAR Fasal 2 : Tujuan Persatuan i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan. ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid. iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan. Fasal 3 : Keahlian i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun. iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan. Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli. i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan. ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan. Fasal 5 : Mesyuarat. i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: - memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan

- kewangan - ucapan penangguhan - cadangan-cadangan ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada: a. Pengerusi b. Setiausaha c. Bendahari d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6) iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan. v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli. vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.

ISTIADAT ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung. 1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang. 2. Pemimpin berdiri menghadap bendera. 3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera. 4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia. 5. Pemimpin berteriak BENDERA 6. Petugas mara ke tiang bendera. 7. Petugas menarik tali, sekali sahaja. 8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat. 9. Semua yang hadir memberi hormat. 10. Petugas menjatuhkan tangan .dan diikuti oleh semua yang hadir. 11. Petugas kembali ke tempat asal. 12. Menyanyi Lagu Kebangsaan 13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah 14. Membaca doa 15. AKELA memberi arahan Senang diri 16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA 1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam keadaan sedia. 2. AKELA berteriak BENDERA 3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera. 4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan. 5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan memberi hormat. 6. Semua yang hadir memberi hormat. 7. Petugas balik ke tempat asal. 8. Menyanyi lagu Pengakap 9. Membaca doa 10. Akela memberi arahan SENANG DIRI 11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.

Lambang Pengakap Malaysia

Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam. Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

You might also like