You are on page 1of 13

Syamim Afiq Miji Zaki

Kata hubung, Kata seru, Kata tanya

Kata Hubung
Asraf :Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan unit,unit tatabahasa dalam ayat gabungan dan ayat pancangan. Tatabahasa Dewan : Merupakan sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu ayat yang berlapis.

Terbahagi 3 : 1. Kata hubung gabungan ( atau,dan,lalu,maka) 2. Kata hubung pancangan (agar,apabila,jika) 3. Kata hubung berpasangan (baik..ataupun)

Kata hubung gabungan


1. Saya akan pergi ke Baling esok atau lusa. 2. Saya pergi bersama ayah dan ibu. 3. Ayah mengajak adik lalu adik pun mengikuti kami. 4. Adik gembira maka dia sentiasa tersenyum. 5. Saya,adik, ayah serta ibu pergi ke Baling.

Kata hubung pancangan


1. Saya berdoa agar kami selamat tiba. 2. Saya yakin bahawa Allah akan mengabulkan doa saya ini. 3. Perjalanan ini memenatkan hingga saya tertidur. 4. Jika perjalanan kami lancar,kami akan tiba 1 jam lagi. 5. Sebelum kami pergi,ayah sempat membaca doa.

Kata hubung berpasangan


1. Baik saya mahupun adik merasai kegembiraan dapat pergi ke baling. 2. Baling bukan sahaja terkenal dengan sejarah, tetapi terkenal dengan tokoh agamanya. 3. Cerita tentang sejarah Baling entah betul entah tidak. 4. Semakin kami menghampiri Baling, semakin kami terasa teruja. 5. Jangankan ayah, ibu pun tidak mengetahui sejarah Baling.

Kata seru
Asraf :Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan kegembiraan untuk menyatakan perasaan seperti geram,hairan,marah,sakit,takut dan sebagainya. Tatabahasa Dewan : Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seru.

Antara contoh kata seru ialah 1. Aduh 2. Aduhai 3. Ah 4. Amboi 5. Cis 6. Hai 7. Nah 8. Oh 9. Wah 10. wahai

1. Aduh, pening saya mendengar sejarah Baling! 2. Aduhai,malang sungguh menjadi penduduk Baling! 3. Ah, saya tak mahu memikirkan tentang sejarah ini lagi! 4. Amboi, daripada sejarahlah kita dapat belajar! 5. Cis, pandai bercakap tapi tidak pandai melaksanakannya!

Kata tanya
Tatabahasa Dewan : Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.

Contoh kata tanya : 1. Berapa 2. Mengapa 3. Bila 4. Bagaimana 5. Mana

1. 2. 3. 4. 5.

Berapa orang penduduk yang terlibat? Mengapa mereka mengatakan sedemikian? Bila kejadian itu berlaku? Bagaimana situasi sebenar kejadian itu? Mana bukti-bukti mereka?

Sekian terima kasih

You might also like