You are on page 1of 12

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

946/2

TEKS PRA-U Pengajian Perniagaan 2

Bab 5 Etika dan Tanggungjawab Sosial


5.1 A Definisi Etika secara Umum Etika Perkataan etika berasal daripada perkataan Inggeris ethic. Ethic pula berasal daripada bahasa Greek ethos yang bermaksud sikap atau adat (character & Custom) Ethicgy : i) Sifat / character individu termasuk ciri-ciri seseorang yang baik ii) Adat iaitu peraturan sosial yang menentukan atau menghadkan tingkah laku seseorang terutama peraturan yang berhubung dengan perkara-perkara yang benar dan salah. Etika deskriptif Menerangkan sejarah sistem moral Wujud pelbagai sistem moral yang relatif seperti moral orang Islam, Kristian, Budha dan Hindu. Menjelaskan satu bentuk moral dalam penilaian, pengadilan dan keputusan. Etika normatif Penjelasan tentang penilaian, pengiktirafan dan pembuatan keputusan tentang sistem moral. Mencadangkan satu undang-undang moral yang terbaik dilaksanakan. Membentuk sistem moral yang standard berdasarakan sistem moral sedia ada. Etika perniagaan Satu set nilai dan peraturan yang menerangkan betul atau salah perbuatan seseorang peniaga dalam menjalankan aktiviti perniagaannya. Etika kerja Satu set peraturan kerja ssesuatu profesion yang membentuk tingkah laku individu ke arah yang konsisten dengan norma kumpulan sama ada dalam sektor awam, swasta atau profesion tertentu. Punca-punca amalan tidak beretika dalam perniagaan.

Tanggungjawab Sosial

Mariana bt. Othman

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

946/2

Maksud tanggungjawab sosial Tanggungjawab sosial ialah satu sumbangan atau tanggungjawab peniaga kepada masyarakat sekeliling perniagaan tersebut termasuklah pekerja, pelanggan, masyarakat dan persekitaran. 5.2 A Perniagaan dan Masyarakat Pihak Berkepentingan Syarikat atau entiti perniagaannya - Mereka yang menyumbangkan modal dalam perniagaan. - Modal yang digunakan untuk membiayai aktiviti perniagaan yang dijalankan. - Memaksimumkan kepuasan pemilik. - Contohnya, mendapat keuntungan tinggi dan memberi dividen yang tinggi kepada pemilik. Pembekal Membuat pejanjian juak beli yang jelas. Tidak mengeksploitasikan pembekal kecil. Menguruskan pembayaran kredit yang adil Tidak mengikat pembekal menyebabkan satu kerugian yang tidak munasabah. Tidak mengambil kesempatan terhadap jual beli yang kabur.

Pelanggan, pengguna atau pembeli - Mutu barangan dan perkhidmatan. - Memikirkan kesejahteraan kepada pengguna. - Memenuhi keperluan keluaran mengikut keadaan semasa. - Menyediakan perkhidmatan selepas jualan. Kerajaan - Menyumbangkan idea kepada pihak kerajaaan. - Memberi sumbangan yang positif atas penggunaan sumber manusia dan bahan mentah negara. - Memberi pendapatan dalam pengurusan ekonomi negara. - Memberi sumbangan kewangan seperti cukai dan zakat. - Memelihara dan memulihara alam sekitar. Pekerja Upah yang adil dan setara-dasar upah mengikut daya pengeluaran Jaminan pembayaran pampasan. Menggalakkan sistem kerja berpasukan Dasar pengambilan pekerja yang adil

Masyarakat

Mariana bt. Othman

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 Pemodal B

946/2

Mengutamakan kepentingan masyarakat apabila membuat sesuatu keputusan Mengesan keperluan semasa masyarakat. Menggunakan sumber untuk kepentingan masyarakat tanpa berlaku percangggahan Menjaga alam sekitar. Menjaga terhadap kebajikan masyarakat. Memberi pulangan yang maksimum atas pelaburan. Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan bertanggungjawab. Pencapaian objektif pemilik dan melanggari sistem moral yang ada. Memberi maklumat lengkap dan tepat kepada pemilik.

Tanggungjawab Sosial Lawan Untung Pelaksanaan tanggungjawab sosial dalam perniagaan. Menyokong pelaksanaan Menentang pelaksanaan tanggungjawab sosial tanggungjawab sosial (i) Dapat meningkatkan imej (i) Mencabuli hak organisasi sesebuah organisasi untuk perniagaan untuk jangka masa panjang. mendapatkan keuntungan maksimum. (ii) Memperbaiki pandangan orang awam terhadap imej dan reputasi perniagaan. Mengambilalih peranan sektor swasta yang tidak mencukupi sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab sosial. Meningkatkan daya saing ekoran daripada sumbangan orang ramai. (ii) Kos tanggungjawab sosial tinggi menyebabkan organisasi terpaksa menaikkan harga barang. Kurang tenaga kepakaran.

(iii)

(iii)

(iv)

(iv)

Penglibatan organisasi perniagaan dalam bidang sosial akan menyebabkan organisasi perniagaan menjadi semakin kuat dan berkuasa. Pihak awam tidak mempunyai kawalan terhadap tahap penglibatan organisasi perniagaan dalam bidang sosial.

(v)

Pujian daripada orang ramai menyebabkan harga saham meningkat.

(v)

Mariana bt. Othman

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 C

946/2

Perbandingan Pendekatan antara Barat dan Timur tentang Etika dan Tanggungjawab Sosial Perniagaan Hubungan manusia dengan manusia

Pendekatan Barat Memikirkan keuntungan dengan amalan perniagaan yang sihat. Sistem kapitalis menganggap pasaran bebas akan mewujudkan kecekapan. Etika Protestan menyebut etika yang baik akan melahirkan perniagaan yang baik.

Pendekatan Timur Tidak boleh menghasilkan produk yang bertentangan dengan kebaikan manusia

Dilarang melakukan penindasan dan manusia dikehendaki menyumbangkan kepada masyarakat mengikut konsepkonsep tertentu. Aristotle menyatakan kehidupan bermoral Allah s.w.t menjadikan manusia sebagai bergantung pada tendensi manusia sendiri makhluk yang terbaik dan saling dan kebaikan bergantung pada membantu. Tidak boleh menjalankan kemampuan diri sendiri. perniagaan yang boleh merosakkan kehidupan manusia lain. Hubungan manusia dengan alam Pendekatan Barat Mencapai keseimbangan melalui penggunaan sumber alam dengan cekap dan maksimum. Pengguna daripada barangan utama melakukan proses barangan industri. Melihat kepentingan alam dari sudut fizikal. Perspektif Utilitarian memerlukan penilaian yang mana lebih kebaikan atau keburukan. Pendekatan Timur Manusia berharmoni dengan alam dalam kegiatan perniagaan. Tidak boleh menghasilkan produk yang boleh merosakkan alam Dalam Islam, setiap manusia hendaklah mentadbir sumber alam dengan baik.

Hubungan manusia dengan Tuhan Pendekatan Barat Ahli teologi Katolik beranggapan perniagaan direstui Tuhan. Seseorang peniaga itu memberi khidmat kepada Tuhan. Aristotle mengiktiraf hubungan antara manusia dengan Tuhan. Dalam ajaran Kristian, manusia perlu mencintai jiran kamu seperti mencintai diri sendiri. Pendekatan Timur Dalam Islam, semua manusia mempunyai hubungan dengan penciptanya, iaitu kesetiaan hamba kepada Allah s.w.t. Semua bentuk harta adalah daripada Tuhan. Manusia dikehendaki melaksanakan milik Tuhan itu sebagai amanah yang tidak boleh disia-siakan. Menjurus sektor perniagaan yang diredhai Tuhan. Aktiviti yang dilarang oleh ajaran Islam adalah haram.

Mariana bt. Othman

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

946/2

5.3 A

Tanggungjawab Sosial Definisi Tanggungjawab sosial Satu kepercayaan bahawa fungsi organisasi dan pengurus membuat keputusan mestilah berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi. Warga Korporat Warga korporat Warga korporat ialah mereka yang bertugas dalam firma perniagaan atau sektor swasta yang mempunyai matlamat meningkatkan kadar pulangan atau bermotifkan keuntungan dan membantu dalam mencapai objektif mereka. Golongan Warga korporat Pemegang saham - Merupakan para pelabur yang menyumbangkan modal. - Membiayai aktiviti perniagaan. - Dikenali sebagai pemilik perniagaan.

Ahli Lembaga Pengarah Dilantik oleh pemegang-pemegang saham Menentukan dasar dan hala tuju perniagaan. Terdiri daripada para pemegang saham majoriti.

Pengurusan Syarikat - Golongan profesional yang menjalankan pengurusan untuk mencapai matlamat perniagaan yang telah ditetapkan. - Terdapat tiga peringkat pengurusan , iaitu pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan. Pekerja Syarikat - Golongan yang membanu pihak pengurusan dan lembaga pengarah mencapai matlamat syarikat. - Menjalankan bidang tugas yang masing-masing dengan kemahiran yang dimiliki. Peranan Warga korporat Dalam organisasi - Memperoleh keuntungan yang maksimum - Bertanggungjawab memilih satu pasukan pengurusan yang cekap Dalam organisasi - Bayaran kepada pembekal mengikut tempoh masa yang ditetapkan - Menghasilkan produk yang selamat dan berkualiti - Tidak mencemarkan alam sekitar - Mematuhi undang-undang - Melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat

Mariana bt. Othman

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

946/2

5.4

Kepenggunaan Definisi Kepenggunaan ialah satu gerakan yang tersusun secara kolektif yang ahlinya terdiri daripada pembeli dan pengguan barangan dan perkhidmatan serta mereka berusaha memelihara kepentingan pengguna. Masalah Kepenggunaan Amalan perniagaan yang curang untuk mencapai keuntungan yang lebih - timbangan yang kurang tepat - barang makanan lama dan rosak masih dijual Iklan yang mengelirukan pengguna - penipuan jualan murah tapi sebenarnya tidak murah - iklan kosmetik dan iklan kanak-kanak Kejahilan pengguna tentang hk-hak pengguna - Sikap yang suka berlumba-lumba dan membazir - Sikap acuh tak acuh Hasil pengeluaran yang membahayakan kesihatan - Barang tiruan keselamatan pengguna terancam - Mutu barangan tidak mengikut standard Alam sekitar - penggunaan bahan kimia memberi kesan kepada makanan, ikan, sayur. - Pencemaran air dan udara Undang-undang dan hak penguatkuasaan - penguatkuasaan kurang berkesan - kekurangan pegawai - denda tidak setimpal Hak-hak pengguna Hak kepada keperluan asas Hak untuk mendapatlan barangan dan perkhidmatan asas yang perlu untuk terus hidup. Contoh makanan, pakaian, tempat tinggal, perkhidmatan kesihatan dll. Hak untuk membuat pilihan Hak untuk mendapatkan pelbagai barangan atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan. Mereka berhak membuat pilihan atas barangan dan perkhidmatan yang dapat memberi kepuasan maksimum dan pada harga yang berpatutan. Salah satu cara hak ini boleh dipenuhi ialah melalui amalan persaingan perniagaan dan bukan monopoli. Hak mendapat maklumat Pengguna perlu mendapat maklumat yang mencukupi dan tepat bagi membolehkan membuat keputusan dan pilihan yang betul. Sebagai contoh pengguna perlu dimaklumkan potensi risiko yang akan dihadapi apabila menggunakan sesuatu produk.

Mariana bt. Othman

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

946/2

Hak mendapat ganti rugi Hak kepada penyelesaian tuntutan yang adil. Ini termasuk hak untuk mendapat pampasan bagi salah nyata kepada barangan yang tidak mengikut spesifikasi yang dipersetujui atau yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan dan terdapat bantuan dari segi perundangan yang memadai atau penyelesaian kepada tuntutan kecil apabila perlu. Hak mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat Hak untuk dilindungi daripada produk, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan atau kehidupan. Ini adalah kerana pengguna tiada pengetahuan atau kemahiran teknikal mengenai keselamtan sesuatu produk yang dibeli bergantung kepada pengeluar tentang keselamatan produk yang dibeli. Hak untuk menyuarakan pendapat atau didengari Pengguna berhak menyuarakan pendapat atau pandangan mengenai barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Perlu ada saluran berkesan agar suara pengguna ini boleh didengari sebagai contoh melalui pertubuhan atau pergerakan pengguna yang efektif dan efisyen. Hak untuk mendapat pendidikan pengguna Pengguna untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna bermaklumat Hak untuk mendapatkan persekitaran alam yang bersih Pengguna berhak kepada persekitaran alam yang bersih dan tuidak tercemar seperti pencemaran air dan pencemaran udara.

Peranan persatuan pengguna Memberi nasihat dan bimbingan kepada pengguna Berjuang untuk menuntut hak-hak pengguna. Menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna Membuat kajian tentang kepentingan pengguna Menerima aduan dan mengambil tindakan undang-undang bagi pihak pengguna. Amalan etika peniaga terhadap pelanggan Membekalkan barang yang berkualiti - barang dan perkhidmatan yang selamat kepada pengguna Memberi perkhidmatan selepas jualan. - perkhidmatan memasang, membaiki, khidmat nasihat dll. Menyediakan persekitaran yang kondusif / selamat (alat pemadam api dll) Menyediakan kemudahan asas (tandas, surau dll) Mengenakan caj / harga yang berpatutan ( barangan runcit) @ mengikut ketetapan kerajaan (minyak) Layanan mesra Amalan etika peniaga terhadap pembekal Membuat bayaran tepat masa Mematuhi perjanjian pembekalan dengan syarikat induk
Mariana bt. Othman

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

946/2

Amalan etika peniaga terhadap pekerja Memilih pekerja secara adil / tiada pilih kasih Membayar gaji sesuai dengan kelayakan / tepat masa Menyediakan persekitaran kerja yang selamat Menjaga kebajikan pekerja KWSP, SOCSO, Insurans Amalan etika peniaga terhadap pemodal / pelabur Menjaga imej perniagaan Membayar dividen jika ada untung Meberikan maklumat kewangan yang benar dan tepat. Amalan etika peniaga terhadap bank/ pembiaya Membuat bayaran balik pinjaman seperti perjanjian beserta faedah / caj Menggunakan dana yang dibekalkan hanya untuk perniagaan stesen minyak sahaja. Amalan etika peniaga terhadap kerajaan Membayar cukai pendapatan tepat masa Mematuhi semua peraturan dan undang-undang Menjaga alam sekitar Amalan etika peniaga terhadap masyarakat Menjaga alam sekitar Memberi derma / sumbangan kepada masyarakat Menyediakan kemudahan rekreasi / infrastruktur masyarakat Amalan etika peniaga terhadap pesaing Menjaga hubungan baik dengan pesaing Bersaing secara sihat Peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pendaftaran perniagaan dan syarikat. Mengeluarkan lesen barang kawalan Mengawal selia harga dan barangan terkawal Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat Memberi perlindungan mengenai hak-hak pengguna Menguatkuasakan undang-undang melalui penyiasatan dan serbuan Better Business Bureau Membekalkan maklumat mengenai sesebuah perniagaan. Membantu menyelesaikan aduan tentang sesebuah syarikat. Menawarkan perkhidmatan penimbangtaraan untuk meyelesaikan pertikaian. Memberi ceramah di sekolah, badan berkanun dan organisasi perniagaan.

Mariana bt. Othman

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 5.5 A

946/2

Jenayah Kolar Putih Definisi Jenayah kolar putih Kesalahan / jenayah yang dilakukan oleh pegawai atasan / pertengahan / pengurus / pengarah / ahli profesional dalam syarikat dengan menggunakan akal dan kuasa yang ada pada seseorang tanpa melibatkan kekerasan fizikal / kecederaan / ugutan Enam elemen penting - melibatkan niat untuk melakukan perbuatan salah laku - melibatkan tindakan yang penuh dengan tipu muslihat - berunsur penipuan - melibatkan penyembunyian berterusan tentang sesuatu tindakan - tidak melibatkan penggunaan paksaan secara fizikal atau ancaman - berorientasikan matlamat peribadi dan keuntungan perniagaan Jenis Jenayah dan Hukuman

Jenis Rasuah

Konsep Penyalahgunaan kuasa yang dimiliki melalui jawatan dan amanah yang dipegang. Ia merangkumi perbuatan meminta atau menerima rasuah, menawarkan atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan Ciri ciri rasuah penyalahgunaan kuasa yang dimiliki melalui pemegangan sesuatu jawatan atau amanah. merangkumi perbuatan meminta, menerima, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan kedudukan atau jawatan. Kesan rasuah kepada rakyat dan negara Melambatkan sesuatu tugas dijalankan seseorang sengaja melambatkan sesuatu kerja - menunggu sokongan daripada pihak yang berurusan Keluaran tidak berkualiti dikeluarkan oleh firma yang tidak berkemampuan - keluaran dihasilkan tidak menepati spesifikasi dan standard

Hukuman Penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun Denda 5 kali nilai suapan atau RM 10,000 mana-mana lebih tinggi

Mariana bt. Othman

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 kesan buruk kepad pengguna Kos pengeluaran sesuatu projek meningkat - rasuah yang diberikan dikira sebagai belanja projek kos menjadi lebih tinggi dari kos sebenar, pengguna akan dikenakan caj yang tinggi. Ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan negara - golongan kaya akan terus mendapat kekayaan sebab berupaya memberi rasuah - golongan miskin terus ditindas Menggelapkan harta, memberi harta kepada yang bukan haknya, mengambil sebarang benda yang bukan haknya, menipu atau sebarang perbuatan yang diketahui mendatangkan kerugian kepada pihak yang bertanggungjawab Contoh perbuatan penyelewengan : Menggelapkan harta atau wang syarikat Memberi harta yang bukan hak miliknya kepada orang lain Melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang bertabggungjawab Pihak yang diamanahkan dengan harta telah dengan curangnya menyalahgunakan harta untuk kegunaan sendiri seperti menggunakan harta pejabat untuk kegunaan sendiri, penyalahgunaaan duit syarikat, merancangn firma milikan sendiri untuk mendapatkan projek insider trader (dagangan dalaman) Dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi dan tindakannya menunjukkan tanda-tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya terhadap organisasi perniagaan tersebut.

946/2

Penyelewengan Aset Syarikat

Penjara minimum 5 tahun dan maksimum 6 tahun,sebatan rotan serta denda.

Pecah Amanah

Penjara minimum 1 tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan rotan.

Konflik Kepentingan

Penyalahgunaan Apabila seseorang yang diberi kuasa untuk Kuasa menjalankan tanggungjawab tertentu berdasarkan bidang tugas yang diamanahkan kepadanya, mengambil tindakan atau

Pembatalan kontrak sekiranya wujud sesuatu kontrak yang mengikat keduadua belah pihak berkenaan. Di hukum di bawah Akta Syarikat 1965

Mariana bt. Othman

10

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 membuat keputusan yang melanggar peraturan, prosedur dan undang-undang yang ditetapkan. Faktor berlakunya jenayah kolar putih / rasuah / penyelewengan aset syarikat / konflik kepentingan / penyalahgunaan kuasa Pengurusan Kurang kawalan dalaman - kurang kepimpinan dan penyeliaan - peraturan/prosedur/sistem yang longgar - tindakan disiplin tidak dikuatkuasakan - kurang ketelusan - penurunan kuasa / pengagihan kerja yang tidak dikawal - gaji tidak berpatutan Individu Kurang nilai-nilai diri - kurang iman dan taqwa - tidak amanah dan kurang budi pekerti - perasaan tamak dan belanja mewah dan boros

946/2

Persekitaran - dorongan dari sistem hidup dan masyarakat sekeliling - persaingan dari kawan-kawan yang hidup mewah - amalan nepotisme pilih kasih dan mengutamakan keluarga sendiri di dalam urusan rasmi - dororngan mengejar kemewahan hidup yang tidak seimbang dengan mengejar kemurniaan dan kemuliaaan diri.

Tindakan untuk mencegah rasuah jenayah kolar putih / rasuah / penyelewengan aset syarikat / konflik kepentingan / penyalahgunaan kuasa Tindakan undang-undang - kuakuasakan undang-undang sedia ada - mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah Usaha pihak petadbiran - perkemaskan sistem / prosedur penting dalam jabatan - tingkatkan kawalan dalaman / penyeliaan / pemantauan / sediakan kod etika jabatan / peraturan dalaman - kurangkan penggunaan budi bicara / sediakan garis panduan / polisi dalam membuat keputusan - tindakan / hukuman tegas kepada pekerja yang terlibat / kawalan disiplin Usaha melalui pendidikan - penerapan nilai-nilai murni diinstitusi pendidikan - penerapan ajaran agama kalangan pekerja - mengadakan ceramah / seminar / peringatan bahaya rasuah oleh majikan kepada pekerja Kepimpinan melalui teladan - Pengurusan menunjukkan teladan / comtoh yang baik

Mariana bt. Othman

11

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 Menjadi norma / budaya organisasi Menjadi amalan harian pekerja

946/2

Mariana bt. Othman

12

You might also like