You are on page 1of 3

Kisah Nabi Muhammad saw Di Gua Hira ( perempuan)

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi
bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran
iaitu Kisah Nabi Muhammad saw Di Gua Hira.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Nabi dan rasul terakhir yang diutus oleh Allah Swt. adalah Nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah
pada usia 40 tahun. Ia menyampaikan perintah Allah swt kepada kaumnya selama 22 tahun 2 bulan
dan 22 hari. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah. Datuknya, Abdul Muttalib, menamainya
Muhammad (orang terpuji), sebuah nama yang belum pernah digunakan dan dikenal sebelumnya.
Ketika lahir, Muhammad telah menjadi anak yatim.
Pada saat Nabi Muhammad SAW hampir berusia 40 tahun kesukaannya mengasingkan diri dengan
berbekal roti dan pergi ke Gua Hira di Jabal Nur. Rasulullah di Gua Hira beribadah dan
memikirkan keagungan Pencipta alam ini.
$ 7/$& m !# $ 7/$& 7 7=& $=9
. !$/ #
Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, Maka dari
(kesalahan) dirimu sendiri. kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. dan cukuplah Allah
menjadi saksi. Surah an Nisa ayat 79.

Gua kecil ini terletak di puncak gunung Jabal Nur, di bahagian utara Mekah, sekitar 5 km dari
Masjidil-Haram, di sebelah kiri perjalanan menuju Arafah. Tinggi puncak Jabal Nur adalah sekitar
200 m. Disekelilingnya terdapat sejumlah gunung, bukit batu dan jurang.
Kawan-kawan semua, Nabi kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah swt, rajin dan bersungguh-
sungguh dalam melakukan sesuatu dan berpendirian teguh. Oleh itu kita perlu mengikuti sifat nabi
ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Nabi Muhammad saw menguzlahkan diri di Gua Hira kerana baginda ingin menghindar daripada
kehidupan masyarakat arab jahiliyah yang sesat. Nabi Muhammad saw pernah bermimpi supaya
mendekatkan diri dengan Allah swt. Dengan itu ia dapat mempertahankan iman nabi Muhammad
saw.
8` $
Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan petunjuk. Surah Ad Dhuha ayat
7.

Kawan-kawan semua, sekarang ini kita dipaparkan dengan jenayah yang semakin dahsyat seperti Mat
Rempit, ragut, pembunuhan dan sebagainya dalam masyarakat kita. Semua ini adalah amalan semasa arab
jahiliyah dahulu. Umat Islam seharusnya mengikut sunnah Nabi Muhammad saw seperti sifat sabar,
berhijrah demi kebaikkan , berhikmah dalam berdakwah dan berhati-hati dalam pergaulan seharian.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Nabi Muhammad saw sentiasa berulang-alik dari rumahnya ke gua Hira seorang diri. Isteri tercinta, Siti
Khadijah sering menghantar makanan untuk Rasulullah di gua Hira. Satu peristiwa penting berlaku
menjelang 17 Ramadhan 610 Masihi, Malaikat Jibril datang menyampaikan wahyu pertama kepada
Rasulullah saw iaitu surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.

&%# `$/ 7/ %!# ,={ ,={ }# ,= &%# 7/ `.{# %!# = =)9$/
= }# $ `9 >
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, 2. Dia Telah menciptakan manusia
dari segumpal darah. 3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, 4. Yang mengajar (manusia)
dengan perantaran kalam 5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Surah Al-Alaq
ayat 1-5..

Rasulullah saw dipeluk oleh Malaikat Jibril sebanyak 3 kali dan barulah Rasululah saw dapat membacanya.
Kawan-kawan semua, kerajaan kita telah banyak membelanjakan wang membina sekolah dan perpustakaan
supaya kita menjadi manusia yang berilmu dan berguna. Oleh itu, kita perlu banyak membaca buku supaya
mendapat ilmu dan menjadi pandai. Umat yang berjaya adalah kerana mereka berilmu dan mengamalkan
ilmunya.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setelah Rasulullah saw mengalami keadaan yang mengerunkan di Gua Hira, Rasulullah saw bergegas balik
ke rumahnya dan isterinya Siti Khadijah menenangkannya. Selepas itu dia membawa Rasulullah saw
bertemu dengan Waraqah Bin Naufal, seorang pendeta Nasrani. Setelah diceritakan peristiwa tersebut
kepadanya, tahulah Waraqah bahawa itu merupakan tanda bahawa Rasulullah saw telah dipilih oleh Allah
swt sebagai seorang Nabi dan Rasul bagi menyampaikan agama Islam kepada seluruh manusia dan jin.

%!# `?# =G39# $. $/& ) $) G39 ,s9#
=
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Telah kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad
seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. dan Sesungguhnya sebahagian diantara mereka
menyembunyikan kebenaran, padahal mereka Mengetahui. Surah Al Baqarah ayat 146

Kawan-kawan semua, anak-anak remaja kini segelintirnya mengalami masalah keruntuhan akhlak. Mereka
seharusnya diberikan nasihat supaya mereka hidup berpandukan ajaran Islam yang membawa ke jalan yang
benar. Sebagai penganut ajaran Islam , kita harus berikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Kita perlu
meminta nasihat daripada mereka yang lebih pandai dari kita agar kita berjaya menjadi manusia berguna.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
$ =& ) q ==9
Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. ( Surah Al-
Anbiya ayat 107 )

Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan Rasul terakhir mengajar manusia dan
jin ke jalan yang lurus dan pembawa rahmat iaitu Islam.
Namun, kawan-kawan semua, terdapat juga mereka yang tidak beriman kepada Allah swt pada masa kini.
Ada juga yang murtad iaitu keluar daripada agama Islam kerena disesatkan oleh Syaitan. Kita wajib yakin
sepenuh hati bahawa Rasulullah saw adalah nabi akhir zaman. Kita bersyukur kerana negara kita
menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt dan mengamalkan
ajaran Islam dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Moga kita menjadi insan yang masuk ke dalam
syurga Allah swt kelak.

Wasalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like