P. 1
Kisah Nabi Musa Dengan Firaun

Kisah Nabi Musa Dengan Firaun

|Views: 1,870|Likes:
Published by Shamsiah Taha
Kisah Nabi Musa Dengan Firaun
Kisah Nabi Musa Dengan Firaun

More info:

Published by: Shamsiah Taha on Feb 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/28/2015

pdf

text

original

Kisah Nabi MUSA DENGAN FIRAUN ( LELAKI

)
Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi
bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.
Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu
Kisah Nabi MUSA DENGAN FIRAUN.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Nabi Musa A.S. adalah seorang bayi yang dilahirkan dikalangan Bani Israil yang pada ketika itu dikuasai oleh
Raja Firaun yang bersikap kejam dan zalim. Nabi Musa bin Imron bin Qahat bin Lawi bin Yaqub dan ibunya
bernama Yukabad.
Pada suatu hari Firaun telah bermimpi bahawa negeri Mesir terbakar dan semua rakyatnya mati kecuali bani
Israel. Seorang ahli nujum kerajaan menghadap raja dan memberitahu bahwa menurut firasatnya falaknya,
seorang bayi lelaki akan dilahirkan dari kalangan Bani Israil yang kelak akan menjadi musuh kerajaannya dan
akan membinasakannya.
Firaun segera mengeluarkan perintah agar semua bayi lelaki yang dilahirkan di dalam lingkungan
kerajaan Mesir dibunuh. Ibu nabi Musa menyembunyikan kelahirannya dengan memasukkan ke
dalam peti lalu dihanyutkan ke sungai. Akhirnya ia sampai ke istana Firaun.
$´ΖŠmρ&´ρ ´’<¸) ¸´Θ& ´©›θ`Β β& ¸µ‹¸è¸Ê¯‘& #Œ¸*ù ¸M¸z ¸µ‹=ã ¸µŠ¸)9'ù †¸û ¸´Ο´Š9# Ÿω´ρ ’¸û$ƒB Ÿω´ρ ’¸Τ“tB $Ρ¸) νρ–Š#´‘
¸7‹9¸) νθ=¸æ%`´ρ š∅¸Β š¸=™¯ϑ9# ∩∠∪ …µÜ)G9$ù `Α#´™ šχ¯θ㯍¸ù βθ6´‹¸9 `Ογ9 #ρ‰ã $Ρ“m´ρ ´χ¸)
šχ¯θ㯍¸ù ´≈ϑ≈δ´ρ $ϑδŠθ`Ζ`_´ρ #θΡ$Ÿ2 š¸↔¸Ü≈z ∩∇∪
Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka
jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, Karena
Sesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan men- jadikannya (salah seorang) dari para rasul.
Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menja- di musuh dan kesedihan bagi mereka.
Sesungguhnya Fir'aun dan Ha- man beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah.
Surah Al-Qasas 7 hingga 8.
Kawan-kawan semua, pembunuhan dan pembuangan bayi kini sangat membimbangkan semua.
Sebagai Muslim sejati, kita wajib menghalang perkara ini berlaku kerana sifat ini adalah zalim dab
Allah swt amat murka dengan perbuatan seperti ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setelah nabi Musa hanyut hingga ke Istana Firaun, dayang-dayang istana membawa peti itu ke pada
Firaun. Maka, Firaun memerintahkan supaya bayi itu dibunuh. Asiah, isteri Firaun merayu supaya bayi
itu dijadian anak angkat mereka. Firaun pun setuju. Maka membesarlah nabi Musa dalam Istana
Firaun sehingga dewasa.
Apabila Nabi Musa meningkat dewasa , pada suatu hari berlaku satu pergaduhan yang melibatkan
Nabi Musa dan berlaku pembunuhan orang Firaun dengan tidak sengaja. Kerana takut atas
pembunuhan itu, nabi Musa meninggalkan istana Firaun. Nabi Musa menuju ke kota Madyan iaitu
kota Nabi Syuaib yang terletak di timur jazirah Sinai.
#Œ¸)´ρ Ÿ≅Š¸% ¯Νγ9 #θ`Ψ¸Β#´™ $ϑ. ´Β#´™ '¨$Ζ9# #θ9$% ¸ΒσΡ& $ϑ. ´Β#´™ '™$γ´¡9# ω& ¯ΝγΡ¸) `Νδ '™$γ´¡9# ¸3≈9´ρ
ω βθϑ=èƒ ∩⊇⊂∪
Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain Telah beriman." mereka
menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu Telah beriman?" Ingatlah,
Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu. Surah Al Baqarah ayat 13.

Kawan-kawan semua, kita perlu bersyukur kerana usaha JAKIM melalui radio IKIM dalam mendidik jiwa masyarakat
supaya mencintai agama Islam dan mengikut ajaraan Islam yang lurus. Kesannya kita dapati ibu bapa mengetahui peranan
mereka dalam mendidik jiwanak-anak mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setelah beberapa tahun berlalu berada di negeri Kota Madyan, nabi Musa dilantik oleh Allah swt
sebagai seorang Nabi dan Rasul. Nabi Musa diberikan wahyu iaitu Kitab Taurat menjadi panduan dan
pegangan kepada umatnya.
Œ¸)´ρ “Š$Ρ 7•/´‘ ´©›θ`Β ¸β& ¸M# Π¯θ)9# ¸ϑ¸=≈à9# ∩⊇⊃∪
Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): "Datangilah kaum yang zalim itu,
Setelah itu, nabi Musa menerima perintah supaya berdakwah kepada Firaun. Nabi Musa berdoa
kepada Allah swt agar diberikan teman dalam menjalankan misi dakwah kepada Firaun. Allah swt
mengabulkan doanya dan Nabi Harun dilantik sebagai pembantu Nabi Musa menghadapi Firaun.
Nabi Musa berdakwah dengan hikmat dan lemah lembut namun Firaun takabur dan ego menerima
dakwahnya. Firaun menjadi marah dan firaun memanggil semua tukang sihir Mesir menentang Nabi
Musa. Dengan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah swt, tongkat Nabi Musa menjadi ular besar dan
memakan semua ular tukang sihir Firaun. Maka tewaslah firaun.
Kawan-kawan semua, perjuangan rakyat Palestin sekarang membebaskan diri dari penindasan Israel
sepatutnya dikongsi seluruh umat Islam. Mereka berjuang mempertahankan negara mereka. Kita di
Malaysia juga harus berjuang agar negara kita sentiasa aman dan damai.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Akibat kekalahan tersebut, Firaun mahu supaya semua bangsa Bani Israel ditangkap dan dibunuh.
Nabi Musa membawa semua pengikutnya meninggalkan Mesir. Tentera Firaun mengejar Nabi Musa
dan pengikutnya hingga mereka berjumpa laut Merah. Maka semua pengikut Nabi Musa takut
dibunuh.
Nabi Musa pun berdoa kepada Allah swt agar diselamatkan. Maka, Allah swt mewahyukan kepada
Nabi Musa supaya memukul laut dengan tongkatnya. Dengan serta merta laut di hadapan mereka
terbelah dan mereka pun berjalan melaluinya. Maka, Nabi Musa dan pengikutnya selamat.
β&´ρ ¸,9& 8$Áã $´ϑ=ù $δ#´™´‘ •”I¯κE $κΞ(. ´β%` ’<´ρ #¸/‰`Β `Ο9´ρ `=¸)è`ƒ ´©›θϑ≈ƒ ¯≅¸6%& Ÿω´ρ #‚? šΡ¸) ´¸Β
š¸Ζ¸Βψ# ∩⊂⊇∪
Dan lemparkanlah tongkatmu. Maka tatkala (tongkat itu menjadi ular dan) Musa melihatnya bergerak-gerak
seolah-olah dia seekor ular yang gesit, larilah ia berbalik ke belakang tanpa menoleh. (Kemudian Musa
diseru): "Hai Musa datanglah kepada-Ku dan janganlah kamu takut. Se- sungguhnya kamu termasuk orang-
orang yang aman. Surah Al-Qasas ayat 31.
Kawan-kawan semua, tahun lalu kita lihat dalam berita televisyen banjir yang berlaku di Ibu Kota
Thailand, Bangkok. Bencana ini adalah bukti kekuasan Allah swt. Oleh itu, kita mesti kuatkan iman
apabila mengalami bencana seperti ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Apabila Nabi Musa dan pengikutnya berjaya menyeberangi Laut Merah, dengan kuasa Allah swt laut
kembali bercantum. Maka, Firaun dan semua tentera Firaun mati tenggelam di Laut Merah.
#θ9$% $Ψƒ¸Œρ& ¸Β ¸≅¯7% β& $´Ζ´‹¸?'? ¸Β´ρ ¸‰è/ $Β $ΨK⁄¸_ Α$% ©¤ã ¯Ν3š/´‘ β& š¸=γ`ƒ ¯Ν2ρ‰ã
¯Ν6¸=‚G`¡ƒ´ρ ’¸û ¸Ú¯‘{# ´àΖ´‹ù #‹Ÿ2 βθ=ϑè? ∩⊇⊄®∪
Kaum Musa berkata: "Kami Telah ditindas (oleh Fir'aun) sebelum kamu datang kepada kami dan sesudah
kamu datang. Musa menjawab: "Mudah-mudahan Allah membinasakan musuhmu dan menjadikan kamu
khalifah di bumi(Nya), Maka Allah akan melihat bagaimana perbuatanmu. Surah Al-Aaraf ayat 129.
Kawan-kawan semua, tindakan kerajaan menahan warga Nigeria di Malaysia yang menjadikan warga
kita sebagai keldai dadah harus dibanggakan. Kepada sesiapa yang membuat perbuatan jahat mesti
dihukum dengan hukuman yang setimpal.
Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita menjadi umat Islam yang bertakwa kepada Allah swt
dan menjauhkan diri daripada kejahatan.
Wasalamualaikum warahmatululahi wabarakatuh…

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->