You are on page 1of 7

Peraturan Dalam permainan pasti ada peraturan yang tersendiri yang dicipta untuk memastikan permainan dapat dimainkan

dengan selamat, seronok dan licin. Dalam permainan Sofbol, beberapa aspek peraturan asas ditekankan. Peraturan tersebut termasuklah posisi pemain dalam permainan, giliran memukul, peraturan berkenaan dengan cara atau teknik memukul, cara membuat balingan, cara berlari menuju bes, cara mengira skor serta pelbagai peraturan yang berkaitan.

Dalam permainan sofbol, 9 pemain diperlukan untuk berada dalam kawasan permainan. Antara pemain yang diperlukan adalah seperti penangkap (catcher), pembaling (pitcher), pemain bes pertama (first baseman), pemain bes kedua (second baseman), pemain shortstop, pemain bes ketiga (third baseman), pemadang kiri (left fielder), pemadang tengah (centre fielder), dan pemdang kanan (right fielder). Rajah berikut menunjukkan posisi setiap pemia di padang atau kawasan permainan.

8 1

5 6

Rajah 1. Kedudukan dan posisi pemain sofbol

a) peraturan dalam membuat balingan

Dalam membuat balingan dalam permainan sofbol, pemain harus mematuhi beberapa peraturan berikut. Pertama, pembaling harus memandang pemukul bola, dengan kedua-dua belah kaki berada di atas tapak getah membaling (pitching rubber) dan memegang bola dengan dua belah tangan di hadapan badan. Kedua, pembaling dibenarkan bergerak selangkah kearah pemukul bola tetapi bola mesti dilepaskan pada masa melangkah. Keempat, bola mesti dibaling dengan balingan bawah tangan. Kelima, pembaling tidak dibenarkan berpura-pura membuat balingan atau melakukan apa-apa pergerakan kearah plat tanpa membaling bola. Seterusnya, pembaling juga tidak dibenarkan menggolek atau melantunkan bola kepada pemukul bola serta tidak dibenarkan bergerak balik dengan cepat sebelum pemukul berkedudukan sedia. Yang terakhir, balingan yang boleh dipanggil satu straik mesti melepasi plet dan diantara lutut serta bahu pemukul bola. Bola yang dibaling tetapi tidak melepasi kawasan berkenaan dipanggil a pitch.

b) giliran memukul dan membuat pukulan susunan giliran pemain membuat pukulan terpulang kepada pasukan berkenaan. Hal ini bermakna sesiapa pun daripada pasukan tersebut boleh memulakan pukulan. Walau bagaimanapun, selepas susunan giliran pemukul ditetapkan, semua mpemain daripada pasukan tersebut mesti mengikut giliran tersebut, walaupun mereka telah bertukar posisi dalam padang. Tetapi kebiasaanya giliran adalah mengikut fungsi pemain itu sendiri dalam padang, iaitu bermula dengan catcher dan diakhiri oleh centre

fielder. Dalam permainan sofbol, peraturan juga dikenakan bagi pemain yang berada pada posisi memukul. Pertama, bet yang digunakan mestilah bet sofbol. Kedua, pemukul bola tidak dibenarkan melintasi sisi plet bila pembaling telah bersedia untuk melakukan balingan. Jika seseorang pemain memukul tidak mengikut giliran yang telah ditetapkan, dia akan diperintahkan keluar padang atau mati.seterusnya, faul penampan (bunt foul) yang dilakukan pada pukulan ketiga dikira mati. Seterusnya, bola yang dibaling dan menyentuh pemukul bola membolehkan pemukul bola itu ke bes pertama, hanya kalau pemain tidak memukul atau menampan bola tersebut.

REFKELSI MOHD NADZRI B SALLEH 910207-01-5481 Assalamualaikum dan salan sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya maka dapalah saya dan rakan kumpulan yang lain menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing, En. Baharudin b Hassan kerana amat prihatin terhadap perkembangan tugasan khususnya kumpulan saya dan selalu memberi ulasan dan pandangan terhadap tugasan yang telah kami laksanakan. Beliau juga telah banyak memberi bimbingan dan dorongan, serta memberi pendedahan yang cukup dalam melaksanakan tugasan ini. jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana telah memberi bantuan yang tidak berbelah bahagi kepada saya dan rakan kumpulan saya yang lain. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang lain yang turut menghulurkan bantuan dan pendapat dalam melaksanakan tugasan ini. tidak dilupakan juga kepada rakan kumpulan saya sendiri yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan memberi bimbingan yang sewajarnya kepada saya. Dalam menjayakan tugasan ini, kumpulan saya telah dibahagikan kepada beberapa tugasan. Ada yang ditugaskan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan sejarah sofbol, peraturan dan undang-undang sofbol, teknik permainan sofbol dan banyak lagi. Dalam mencari maklumat, saya tidak menghadapi sebarang masalah

kerana segala maklumat berkaitan adalah mudah diperoleh di Pusat Sumber IPG Kampus Bahasa Antarabangsa serta maklumat juga mudah diperoleh dengan malayari Internet. pelbagai maklumat berkaitan saya peroleh dengan melayari Internet. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, benyak perkara baharu yang ssaya peroleh dan pelajari. Melalui tugasan ini, saya telah menimba ilmu berkenaan permainan sofbol dengan lebih mendalam. Ilmu ini amat menarik kerana saya tidak pernah belajar mahupun bermain permainan ini. Namun, setelah tugasan dilaksanakan, saya telah mempelajari secara terperinci berkenaan asal-usul dan sejarah permainan sofbol, peraturan dan undang-undang serta teknik yang perlu dipelajari dalam bermain sofbol. Sesungguhnya, tugasan ini telah memberi pendedahan baharu kepada saya serta menambahkan lagi pengetahuan saya berkenaan dengan sukan sofbal. Dengan tugasan ini juga, saya lebih berkeyakinan untuk mengajar murid-murid pada masa hadapan di sekolah kerana saya telah mempelajari permainan sofbal ini dan telah mengetahui segala corak dan cara permainannya. Saya berharap dengan tugasan ini, bukan sahaja dapat memberi pengetahuan baharu kepada saya, malah dapat mengaplikasikannya pada masa hadapan, khususnya dalam memberi ilmu ini kepada generasi baharu pada masa akan datang. Sesungguhnya, saya berharap dengan folio tugasan ini, dapatlah dijadikan bahan ilmiah dan sumber rujukan kepada warga pendidik yang lain dalam memperbanyakkan lagi ilmu pengetahuan demi pempersiapkan diri sebagai seorang pendidik dan berdedikasi dan berpengetahuan luas.

You might also like