You are on page 1of 39

Pandangan politik Islam yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun dan Al Maududi

MUHAMMAD FAHMI AB RASIB SITI NOR AISHAH MUKHTAR

SIAPAKAH IBNU KHALDUN?

 Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun  Ibu bapanya berketurunan Arab Yamani yang telah lama menetap di Sepanyol  Selepas kejatuhan Seville, mereka sekeluarga berhijrah ke Tunisia dan dia dilahirkan di sana pada tahun 1332 M  Mendapat pendidikan awal dengan mendalami al Quran, Hadith, Bahasa Arab, Fiqh dan falsafah  Beliau meninggalkan Tunisia ketika berumur 17 tahun  Bernah berkhidmat di bawah pemerintahan pemerintah Mesir, Sultan Barquq ketika beliau masih remaja  Beliau meninggal dunia pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir

Beliau pernah dipenjarakan oleh pemerintah disebabkan konspirasi golongan tertentu.

Satu keadaan politik yang kucar-kacir yang turut mempengaruhi perjalanan karier beliau memaksa beliau mencari perlindungan selama 3 tahun di sebuah perkampungan kecil Qalat Ibn Salama.

Ibn Khaldun mengambil kesempatan menulis buku Muqaddimah yang merupakan jilid pertama mengenai sejarah dunia

Melalui buku ini, beliau mendapat penghormatan dan kemasyhuran di kalangan sejarawan, ahli falsafah dan sosiologi

Beliau juga memegang jawatan Ketua Hakim Kerajaan Mesir dan sarjana di Universiti al-Azhar

PEMIKIRAN IBNU KHALDUN TENTANG MASYARAKAT

Sebelum mengkaji lebih mendalam sesuatu masyarakat, kita perlu memahami manusia dan perbezaannya dengan hidupan lain

Manusia diangkat tinggi martabatnya berbanding makhluk sekeliling kerana boleh berfikir dan menimba pelbagai ilmu sains serta ilmu seni

Apabila memahami manusia, baru kita beralih kepada pengkajian mengenai bagaimana individu dapat membina jati diri serta mempelajari budaya melalui pergaulan dan pengalaman hidup dalam masyarakat.

FAKTOR PENTING DALAM PROSES MENGUMPUL PENGETAHUAN MENGENAI MASYARAKAT

Ilmu

Nilai murni keagamaan

Peranan institusi keluarga

Penguasaan bahasa

Ilmu

Ilmu adalah ramuan paling asas bagi perkembangan minda manusia

Manusia asalnya jahil dan mempunyai minda yang kosong

Ilmu yang diajar haruslah secara berperingkat dan mengikut kemampuan murid Dengan ilmu, seseorang menjadi insan lebih sempurna akal fikirannya dalam menjalani kehidupan bermasyarakat

Nilai murni keagamaan

Individu seharusnya berusaha untuk berjaya di dunia dan di akhirat Pembangunan insan berlandaskan agama ini perlu diserapkan ke dalam personaliti setiap individu Ilmu pengetahuan dimantapkan dengan nilai murni keagamaan yang mewujudkan pembangunan jati diri yang baik

Peranan institusi keluarga

Pembangunan insan berlandaskan agama perlu diserapkan ke dalam personaliti setiap individu

Keluarga memainkan peranan utama membentuk sahsiah dan akhlak individu supaya sentiasa baik dan berada dalam landasan agama

Kasih sayang yang diberikan ibu bapa sangat penting bagi mewujudkan individu yang normal dan dapat menyumbang kepada masyarakat

Penguasaan Bahasa

Medium asas untuk berkomunikasi dengan masyarakat kerana dapat memudahkan seseorang bersosial dan merapatkan hubungan dengan ahli masyarakat.

Penulisan juga penting kerana bahasa sesuatu yang simbolik kerana seseorang meluahkan perasaan mereka

TEORI KEMASYARAKATA N IBNU KHALDUN

Manusia diangkat tinggi martabatnya berbanding makhluk sekeliling kerana boleh berfikir dan menimba pelbagai ilmu

Manusia mempunyai kemahiran memerintah yang memberi peluang untuk menyediakan perlindungan serta mempertahankan keselamatan diri.

Manusia dapat bekerjasama melalui pelbagai bentuk dalam menjalani kehidupan: kerjasama dalam institusi kekeluargaan

Kemudian berkembang kepada kerjasama antara kaum yang akhirnya mewujudkan tamadun.

Manusia memerlukan tamadun untuk memenuhi keperluan mereka

TIGA BENTUK PEMERINTAHAN negara MENURUT IBNU KHALDUN

Siasah diniyyah : Pemerintahan berdasarkan peraturan peraturan yang diwahyukan Negara ini wujud dalam bentuk khilafah atau imamah

Siasah aqliyyah : Pemerintahan berasaskan undangundang pemikiran manusia Wujud dalam bentuk negara yang diasaskan di atas kekuatan

Siasah madaniyyah : Pemerintahan negara yang diutarakan oleh golongan failasuf Muslim dan Yunani Beliau menolak jenis ketiga ini sebagai hasil pemikiran impian

Mulk yang dibentuk oleh orang Islam yang mengandungi hukum-hukum syariah dan undang- undang pemerintah

Pembahagian Siasah Aqliyyah oleh Ibnu Khaldun

Mulk yang didirikan di luar lingkungan Islam

KERAJAAN YANG BAIK DISUKAI RAKYAT

Khaldun (1322-1406) telah mendedahkan pemerhatiannya di berkaitan realiti ini di dalam falsafah sejarahnya menerusi al-Muqaddimah, sebuah pengenalan tentang kisah jatuh bangun kerajaan-kerajaan di dunia ini sepanjang pengentahuannya

Menurut Ibn Khaldun, kerajaan yang bertahan ialah kerajaan yang baik di dalam segala urusan kenegaraanya. Kerajaan yang baik tentu sekali akan disukai rakyatnya

Sebuah kerajaan yang disukai rakyatnya sudah pasti akan dipertahankan dari tersungkur dari putaran perjalanan sejarah bangsa manusia.

Satu prinsip yang dikenali sebagai asabiyyah sebagai tonggak yang akan menentukan tahap kekuatan dan kelemahan sesebuah kerajaan atau tamadun

Apabila asabiyyah terjelma atau tercapai di puncak tertinggi, maka ia adalah gambaran bahawa sesebuah kerajaan atau sesuatu bangsa itu berada pada tahap keutuhan yang terbaik

Akhlak boleh membawa semangat asabiyyah ini mencapai tahap tertinggi

SEMANGAT ASSABIYAH

TEORI IBN KHALDUN TENTANG SOLIDARITI (ASSABIYAH)

Menurut Ibn Khaldun semangat assabiyah (solidariti) sangat penting didalam pembentukan sesebuat negara yang mantap dan berjaya

Semangat assabiyah bermaksud tentang semangat kesalingan hidup antara anggota sesebuah perkumpulan masyarakat

Ibnu Khaldun juga mengatakan bahawa assabiyah yang baik adalah berpaksikan kepada pegangan agama yang sebenar

Semangat assabiyah penting dalam pembentukan sebuah bangsa yang agung tetapi mestilah berteraskan nilai-nilai agama yang murni..

Akhlak merupakan faktor yang boleh membawa semangat kesalingan hidup masyarakat atau asabiyyah ini mencapai tahap tertinggi

Akhlak meliputi hal ehwal perhubungan manusia sesama manusia dan perhubungan manusia dengan Penciptanya

Perhubungan manusia sesama manusia, akhlak juga merangkumi tahap perhubungan antara rakyat dan kerajaannya

Hubungan ini penting bagi menjamin tercernanya asabiyyah yang utuh antara keduanya di dalam segenap aspek kehidupan kemasyarakatan dan kenegaraan

Ibnu Khaldun berpegang teguh pada firman Allah yang bermaksud:

"Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati-hati mereka. (Surah al-Anfal : 63)

TEORI POLITIK al MAUDUDI

Sayyid Abul A'la Maududi

Lahir pada 25 September 1903 dan meninggal dunia pada 22 September 1979 Merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam seluruh dunia Menulis lebih 120 buah buku dan risalah dan lebih 1000 ucapan (700 ucapan telah dirakam dan disebarkan)

Tumpuannya ialah(Tafsir), etika, kajian sosial dan permasalahan perjuangan Islam Karya termasyhur beliau dalam bahasa Urdu ialah analisis terhadap , Tafhim al-Qur'an (Ke arah Memahami Qur'an), mengambil masa 30 tahun untuk siap Tafhim al-Qur'an telah diterjemah kebahasa Arab, Inggeris, bahasa Turki, bahasa Farsi, Hindi, bahasa Perancis, bahasa Jerman, Swahili, bahasa Tamil, bahasa Bengali, Malayalam dan Kannada

DEMOKRASI

Di dalam sistem ini kuasa mutlak membuat undang-undang dalam menentukan nilai-nilai dan norma-norma amalan terletak di tangan rakyat (Al Maududi 1404:21)

Istilah yang lebih tepat mengenai sistem politik Islam ialah negara ketuhanan yang digelar "teokrasi" dalam bahasa Inggeris (Al Maududi 1404:21)

Menurut Al-Maududi istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam. Ini adalah kerana di dalam sesebuah negara demokrasi Islam, rakyat akan memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

PRINSIP UTAMA SESEBUAH NEGARA ISLAM

- Tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk yang menangi dalam sesebuah negara sekalipun, boleh mendakwa mempunyai kekuasaan dan kedaulatan - Hanya Allah pemilik kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar : semua yang lain adalah hambanya

- Allah ialah pengubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak membuat undang-undang adalah miliknya. - Orang-orang Islam tidak boleh membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah suai sebarang undangundang yang ditetapkan oleh Allah - Sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang diwahyukan Tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya - Kerajaan yang memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang Allah, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan oleh Allah, perintahnya tidak wajib di taati oleh orang-orang Islam (AlMaududi 1404 : 20)

ASPEK PENTING MENGENAI SISTEM POLITIK ISLAM


Aspek pertama

Pemimpin (Amir) akan dipilih dengan merujuk pengisyaratan ayat Al-Quran:

"Sesungguhnya orang yang termulia di antara

kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa" (Al-Hujurat:13)


Hanya orang seperti ini akan dipilih memegang jawatan Amir. Dia mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat Islam kerana ketakwaan dan kelakuan baiknya. Setelah dipilih dialah tempat masyarakat memberi bai'at ketaatan selagi dia menjalankan Hukum Allah dan Sunnah Rasul.

Aspek kedua

Pemimpin dan gabenor-gabenor berhak untuk dikritik. Dia juga boleh disingkirkan daripada teraju kekhalifaannya

Dari segi undang-undang, kedudukannya serupa dan setaraf dengan rakyat biasa Dia boleh disaman dalam mahkamah dan dalam keadaan ini dia tidak akan dilayan khas

Kedudukan orang yang dipilih mentadbirkan negara tidak lebih daripada :

Semua orang Islam (atau dengan kata lain semua khalifah Allah) mengamanahkan kuasa khalifah mereka kepadanya untuk tujuan-tujuan pentadbiran

Dia bertanggungjawab kepada Allah dan kepada rakan-rakan khalifahnya yang mengamanahkan kuasa mereka kepadanya

Sekiranya dia bertukar menjadi kuku besi, dia sebenarnya disifatkan sebagai seorang perampas kuasa bukannya seorang khalifah

Kuasa-kuasa yang ada pada diktator di Rusia, Jerman dan Itali (pada ketika dahulu) atau kuasa yang diamanahkan oleh Attaturk di Turki tidak melambangkan kepimpinan Islam bahkan bercanggah dengan Islam

Setiap individu bertanggungjawab secara langsung kepada Allah dan tanggungjawab peribadi ini tidak boleh dikongsikan dengan orang lain

Seseorang individu menikmati kebebasan penuh untuk memilih mana-mana jalan yang disukainya dan menggunakan kebolehannya mengikut sifat fitrahnya.

Sekiranya pemimpin menyekat perkembangan peribadinya, pemimpin itu akan menerima hukum Allah kerana menindas

Aspek ketiga

 Imam akan mentadbir negara dengan mendapat nasihat dari sebuah Majlis Penasihat (syura) yang mesti menerima amanah itu daripada masyarakat Islam.  Tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam melarang mengadakan undian melantik ahli-ahli majlis ini walaupun cara ini tidak dilakukan di zaman kalifahkhalifah Al-Rasyidin.

Aspek keempat

Keputusan majlis dibuat dengan undian majoriti. Tetapi Islam tidak menganggap bilangan undi menjadi ukuran kebenaran dan neraca akhlak

Menurut Islam, ada kemungkinan pendapat satu orang lebih baik daripada pendapat sebulat suara. Dan sekiranya ini betul, tidak ada sebab kenapa kebenaran mesti diketepikan hanya kerana disokong oleh kumpulan yang kecil. Dan tidak ada sebab kenapa kesalahan diterima hanya kerana ia disokong oleh golongan terbanyak

Firman Allah: "Katakan (wahai Muhammad) yang kotor dengan suci tidak sama walaupun bilangan besar yang kotor itu mungkin mempesonakan kamu

Aspek kelima

Orang yang menawarkan pencalonannya atau cuba memenangi kepimpinan, keahlian majlis penasihat atau mana-mana jawatan penting, tidak boleh dipilih.

Tidak ada tempat dalam sebuah negara Islam untuk penonjolan calon dan propaganda pilihanraya. Rasulullah saw telah mengarahkan bahawa sesiapa yang menawarkan dirinya untuk satu-satu jawatan tidak layak untuk jawatan itu

Aspek keenam

Parti-parti dan puak-puak tidak diizinkan dalam majlis penasihat negara Islam Setiap individu adalah bebas dan akan mengeluarkan pendapatnya dengan bebas tanpa dipengaruhi kepentingan parti.

Aspek ketujuh Badan kehakiman dalam Islam mestilah secara keseluruhannya bebas dari badan pentadbiran. Tugas hakim ialah melaksanakan Hukum Allah dalam kalangan hambahambaNya. Hakim tidak boleh duduk kerusi keadilan sebagai wakil Khalifah tetapi wakil Allah Yang Maha Besar.

Sekiranya Khalifah mempunyai pertikaian peribadi dengan sesiapa saja, dia tidak boleh menggunakan kuasa pentadbiran untuk bertindak sesuka hatinya

Kadi juga berhak menghukum Khalifah seperti mana-mana orang Islam biasa Menurut perlembagaan negara Islam, dia mesti mencari keadilan melalui mahkamah seperti rakyat biasa

Seseorang buruh kasar, petani miskin, dan peminta sedekah berhak menyaman orangorang berkedudukan tinggi termasuk Khalifah menerusi mahkamah Kadi dalam negara Islam

RUJUKA N
Y. Mansoor Marican. 1982. Dasar Ilmu Politik. Ipoh : Chee Leong Press Sdn Bhd. Dr. Abdi Omar Shuriye. 2000. Introduction to Political Science : Islamic and Western Perspectives. Kuala Lumpur : Ilmiah Publisher. Abdul Hadi Awang. 2007. Islam dan Demokrasi. Selangor : Percetakan Zafar Sdn Bhd. Hassan Ahmad. 2008. Institusi Islam. Pahang : Percetakan Inderapura Sdn Bhd. Mohd Izani Mohd Zain. 2005. Islam dan Demokrasi : Cabaran Politik Muslim Kontemporari di Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. http://ibnusuhaili88.blogspot.com/2010/01/ibnu-khaldun-zaman-pensejarahan ulung.html diakses pada 10 Februari 2012. http://proffir.blogspot.com/2008/11/teori-ibn-khaldun-tentang-solidariti.html diakses pada 10 Februari 2012. .

You might also like