You are on page 1of 2

CONTOH KARANGAN BIOGRAFI

LEFTENAN ADNAN

Leftenan Adnan Saidi seorang pahlawan negara yang telah terkorban dalam pertempuran dengan tentera Jepun di Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura pada 13 Februari 1942. Beliau telah bertempur selama tiga hari dalam mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada bulan Jun 1951. Beliau memasuki Askar Melayu kumpulan percubaan pada tahun 1933 dengan menggunakan nombor 90. Pada tahun 1939, beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Apabila Jepun menyerang Singapura pada 9 Februari 1942, beliau ditugaskan untuk mempertahankan kawasan tepi laut Pasir Panjang. Setelah Jepun mendarat di Pantai Tanjung Penjuru, beliau telah diarahkan agar berundur dan bertahan di timur Permatang Pasir Panjang, Bukit Candu. Di sinilah bermulanya pertempuran yang sungguh hebat. Menjelang tengah hari 14 Februari 1942, Jepun menyerang dengan hebat dan telah melemahkan kekuatan tentera beliau. Jepun akhirnya berjaya mengepung Bukit Candu dan melakukan serangan menggunakan banet. Akhirnya, banet telah menembusi badan Leftenan Adnan. Oleh sebab terlalu marah, Jepun telah menggantungkan Leftenan Adnan di dalam guni pada sebatang pokok ceri dengan kepala ke bawah. Setiap askar Jepun yang lalu di situ akan menikam tubuhnya bertalu-talu sehingga hancur. Akhirnya, beliau menemui ajalnya sebagai pahlawan tanah air.

KARANGAN BIOGRAFI Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan. melanjutkan negara dianugerahi menyambung Pada pembaharuan pilihan raya Beliau meletakkan nasihat pelajaran bergiat pandangannya berwawasan

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang berpandangan jauh dan (1) ________________ . Pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-4 merupakan satu kebanggaan kepada rakyat di (2) ______________ ini. Beliau dilahirkan (3) _________ 20 Disember 1925 Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun. Selepas itu, beliau belajar di Maktab Sulatan Abdul Hamid, Alor Setar. (4) _________________ beliau terganggu akibat berlakunya Perang Dunia Kedua. Setelah perang tersebut berakhir, beliau (5) _____________________ pelajarannya semula di sekolah yang sama. Beliau (6) ______________ pelajaran di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1947 dalam jurusan perubatan. (7) _______________ telah (8) _______________ Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada tahun 1953. Pada tahun 1964, beliau (9) ________________ aktif dalam bidang politik dan bertanding dalam (10) ________________. Beliau telah menang sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan. Bidang politik beliau semakin menyerlah apabila dilantik sebagai Naib Presiden UMNO seterusnya Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pada 18 Julai 1981, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Banyak (11) ______________ yang telah dilakukan oleh beliau sehingga negara menjadi maju dan dihormati oleh masyarakat dunia atas ketegasan beliau. Pada 31 Oktober 2003, beliau telah (12) ________________ jawatannya untuk memberi laluan kepada pelapis kepimpinan. Hingga kini (13) ______________ dan (14) _______________ masih lagi didengar oleh pemimpin-pemimpin dunia.

You might also like