You are on page 1of 47

LAPORAN MINGGU ORIENTASI GURU BARU

(TARIKH MINGGU ORIENTASI: 16 23 OGOS 2010)

SEKOLAH: SJK(C) MIN NAM KUALA TERIANG, 07100 LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN
TEL: 04-953 1887 / 04-953 1885 FAX: 04-953 1886

PENGHARGAAN Laporan ini telah dibuat seperti mana yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Laporan ini dijangka akan disiapkan dalam tempoh 2 sehingga 3 minggu. Laporan ini telah melibatkan banyak pihak terutamanya pihak-pihak yang membantu dalam pengumpulan maklumat dan pemberian taklimat. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Tee Bee Ee selaku Guru Besar SJK (C) Min Nam yang telah memberi bantuan yang banyak semasa saya dalam proses menyiapkan laporan ini.

Selain itu, saya ucapkan terima kasih kepada En. Ong Pang Shen selaku Penolong Kanan Pentadbiran yang telah memberikan maklumat dan nasihat tentang pengurusan kurikulum. Tidak lupa juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Goh Yu Rick dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Ong Pang Lic. Mereka telah membantu dalam memberi maklumat tentang pengurusan hal ehwal murid dan juga pengurusan ko-kurikulum.

Guru-guru yang membantu saya dalam menyiapkan laporan ini juga saya ucapkan terima kasih. Tanpa kerjasama mereka, saya tidak akan dapat menyiapkan laporan ini.

PENGENALAN Laporan Minggu Orientasi guru baru merupakan laporan yang harus disempurnakan oleh setiap guru baru. Oleh kerana guru baru merupakan guru yang pertama kali ditempatkan untuk bertugas, maka adalah perlunya mengadakan minggu orientasi guru baru supaya guru baru dapat mengetahui segala selok-belok sekolah penempatan itu. Laporan adalah tindakan sejajar dengan penempatan guru baru. Melalui pengumpulan maklumat dan menyiapkan laporan, guru baru dapat menyesuaikan diri dengan cepat dalam keadaan pekerjaan yang baru.

Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian, setiap bahagian ada fungsinya tersendiri. Dengan ini, guru baru dapat memahami bidang dan fungsi setiap bahagian, seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan baik.

BIODATA GURU Nama Sekolah Semasa Alamat Sekolah SJK(C) Min Nam Kuala Teriang, 07100, Langkawi, Kedah Darul Aman. No. Telefon Sekolah No Faks Sekolah Nama Guru No. Kad Pengenalan Alamat Rumah 04-953 1887 / 04-953 1885 04- 953 1886 CHEONG FUENG LUAN 840227-02-5088 Block C2-4, Flat Simpang Kuala, 05400 Alor Star, Kedah. Alamat Menginap SJK (C) Min Nam Kuala Teriang, 07100, Langkawi, Kedah Darul Aman. No. Telefon (hp) Kaum Jantina Agama Status Perkahwinan Kelayakan Akademik 012-447 6927 Cina Perempuan Buddha Bujang Ijazah (Drama): Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kelayakan-kelayakan lain Diploma Pendidikan Malaysia: IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Sarjana Muda Seni Persembahan

KATA ALU-ALUAN Laporan ini mengandungi beberapa bahagian, iaitu profil sekolah, pengurusan dan pentadbiran, fizikal dan prasarana sekolah,pencapaian sekolah, penilaian guru dan lampiran.

Setiap bahagian akan dibahagikan secara jelas mengikut kandungan masing-masing.

BAHAGIAN 1: PROFIL SEKOLAH

PERKEMBANGAN SEJARAH SJK (C) MIN NAM

Dengan lokasinya yang terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, SJK (C) Min Nam merupakan sebuah sekolah rendah yang telah mengharungi pelbagai dugaan dalam sejarahnya yang sekian lama. Bermula pada tahun 1924, masyarakat setempat yang menyedari kepentingan untuk mempunyai sebuah sekolah untuk mendidik anak bangsanya telah sebulat suara merancang dan berusaha sehingga tertubuhnya sekolah terawal pada tahun 1926.

Sekolah terawal ini merupakan sebuah rumah atap yang terletak di Pekan Lama, Padang Matsirat. Bangunan ini disewa bersama oleh masyarakat Cina. Sejajar dengan itu seorang guru, Cikgu Wei Siau Sing telah diupah. Beliau telah memikul tanggungjawab mendidik seramai lebih 20 orang murid. Status sekolah pada ketika itu ialah sekolah swasta. Nama sekolah yang digunakan hingga sekarang juga ilham Cikgu Wei. Pengerusi Lembaga Pengurus yang pertama ialah En. Zhuang Da Shu. Pihak lembaga pengurus bukan sekadar mengurus dan berperanan sebagai penasihat, malah memainkan peranan mengutip yuran bulanan untuk membiayai gaji guru dan perbelanjaan sekolah.

Malang tidak berbau, bangunan sekolah ini telah hangus dijilat api pada tahun 1948. Pihak lembaga sekolah terpaksa menyewa sebuah rumah lain di Pekan Baru, Padang Matsirat untuk meneruskan tugas mulia ini. Guru ketika itu ialah Cikgu Chen Tian Chong, diikuti dengan Cikgu Chew Jiang San. Sekolah ini juga telah berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan Taiwan, namun status di Tanah Melayu masih kekal sebagai sekolah swasta. Berikutan daripada rumah yang disewa tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin bertambah, satu cadangan membina bangunan sekolah telah diusulkan. Kutipan derma dijalankan dengan kaedah berikut, setiap pembelian sebakul ikan atau sebungkus isi kelapa akan didermakan seringgit kepada pihak sekolah. Kutipan derma ini telah

dipertanggungjawabkan

kepada

Syarikat

Hai

Huat.

Memandangkan

pertempatan masyarakat Cina banyak bertumpu di sekitar Kuala Teriang sebagai pelaut, maka sebuah bangunan yang mempunyai 2 bilik darjah telah dibina di Kuala Teriang pada tahun 1967. Ketika itu sekolah telah mempunyai Guru Besar. Pada masa yang sama, sekolah ini telah mendapat bantuan modal daripada kerajaan tempatan. Oleh kerana bantuan modal daripada kerajaan tempatan masih tidak mencukupi, kutipan yuran diteruskan. Pengerusi Lembaga Pengurus ketika itu ialah Encik Wang Jing Liang diikuti dengan Encik Kuang Hua Sin (1927-1975), Encik Wang Jing Qing (1975- ), Encik Zhuang Loo Yun (1980-1994) dan Encik Law Chang Loong (19942000), Puan Lao Poh Ying (2001-2002), Encik Tan Bao Yu (2002-2003), dan Encik Lim Hong Soon (2004- ). Pada tahun 1967, dengan kesedaran tentang kelemahan bangunan sekolah yang dibina atas tapak persendirian yang disewa, maka satu perbincangan dengan tuan tanah Encik Khor Tian Song telah diadakan. Berkat murah hati Encik Khor tapak sekolah ini telah dibeli dengan harga yang murah iaitu RM 1900. Kerajaan telah memperuntukan sebahagian besar perbelanjaan membina bangunan baru sekolah ini. Menteri Pendidikan pada ketika itu ialah YB Dato Johari. Beliau telah benyak memberi bantuan dalam hal ini.

Pada tahun 1968, sekolah baru mulai digunakan. Ramai Guru Besar yang telah mentadbir sekolah ini, antaranya ialah En. Wang Nu tan, En. Chen Xin Yao, En. Wang Zheng Fu, En. Liang Sau Hua, En. Chng Beng Yik ( 1993), En. Lai Heng Hwa (1996-1997), Cik Ng Dee Ing (1997), En. Lee Chien Sang (1998-1999), En. Teo Ah Choo (1999-2004), En. Chee Ya Yuan (20042007), En. Chia Shao Fei (2007-2008) dan Puan Tee Bee Ee ( Jan 2009Sept 2010).

Memandangkan ramai guru berasal dari luar Pulau Langkawi dan tidak mempunyai tempat penginapan, Guru Besar Chng Beng Yik telah mengusulkan satu cadangan mengadakan larian amal mengelilingi Pulau

Langkawi mengutip derma bagi membina quartes guru. Quartes guru yang terdiri daripada 2 pintu rumah telah siap dibina pada tahun 1994. Pada tahun 1995, sebuah bilik Sains dan bilik setor telah didirikan atas usaha dan bantuan kerajaan.

Pada tahun 1998, memandangkan bangunan lama tidak mencukupi untuk menampung penambahan bilangan murid, maka pihak lembaga sekolah mencadangkan memperluaskan bangunan sekolah. Kutipan derma dijalankan bagi membina bangunan baru yang mempunyai 3 bilik darjah yang standard dan sebuah pentas. Namun, projek ini tergendala selama 1 tahun kerana modal yang tidak mencukupi. Akhirnya, atas bantuan YB Dato Abu Bakar Taib, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM 30 ribu, dan projek ini dapat diteruskan dan siap pada 18 Januari 2000. Dalam pada itu, bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat Langkawi juga besar ertinya buat sekolah ini. Keprihatinan JPN Kedah dan PPD Langkawi dengan meluluskan bantuan modal untuk mengecat bangunan dan sebagainya juga tidak dapat dilupakan.

CARTA ORGANISASI SJK (C) MIN NAM 2010


Pn. Tee Bee Ee Guru Besar
En. Kendrick Goh Yu Rick Pen. Kanan (HEM)
Cik Chew Lee Ling Guru Penolong

En. Ong Pang Shen Pen. Kanan (Pen)


Cik Liew Miew Chin Guru Penolong

En. Ong Pang Lic Pen. Kanan (KK)


Cik Wong Sze Hooi Guru Penolong

Cik Yew Tyng Shie Guru Penolong

Cik Teoh Chai Sin Guru Penolong

En. You Tyzz Kang Guru Penolong

Ustazah Mimishamsihani Guru Penolong

Cik Cheong Fueng Luan Guru Penolong

En. Mohd Dzohri Othman Pra

Pn. Hasnah Bt. Chik Pembantu Tadbir

En. Zamri Mohd Zainudin Pra

SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SJK(C ) MIN NAM KUALA TERIANG, 07100 LANGKAWI BIL 1 2 NAMA PN TEE BEE EE EN ONG PANG SHEN JAWATAN GURU BESAR PEN. KANAN PENTADBIRAN 3 EN KENDRICK GOH YU RICK PEN. KANAN HAL EHWAL MURID 4 EN ONG PANG LIC PEN. KANAN KOKURIKULUM 5 6 7 8 9 10 11 CIK CHEW LEE LING CIK YEW TYNG SHIE CIK LIEW MIEW CHIN CIK WONG SZE HOOI CIK TEOH CHAI SIN EN YOU TZYY KANG PN MIMI SHAMSIHANI BT HANIPAH 12 13 14 15 CIK CHEONG FUENG LUAN PN. HASNAH BT. CHIK EN. MOHD DZOHRI OTHMAN EN. ZAMRI MOHD ZAINUDIN GURU PENOLONG PEMBANTU TADBIR PEKERJA PEKERJA GURU PENOLONG GURU PENOLONG GURU PENOLONG GURU PENOLONG GURU PENOLONG GURU PENOLONG GURU PENOLONG CATATAN

LAGU SEKOLAH

 
        
~~~TERJEMAHAN~~~ PULAU LANGKAWI, PULAU LAGENDA DI SINI SEKOLAH KESAYANGANKU LEMBAGA SEKOLAH DAN PIBG YANG MENCINTAI SEKOLAH LANGKAH YANG SAMA, MENDIDIK ANAK BANGSA SEKOLAH MIN NAM, KELIHATAN MEGAH DI SINI SAYA MEMBESAR BERLAJAR BERSAMA-SAMA, BERTUNGKUS LUMUS RAJIN MENGKAJI, HARUMKAN NAMA SEKOLAH

      

LENCANA SEKOLAH

TANDAS


PENTAS


DARJAH 1


DARJAH 2 DARJAH 1


DARJAH 3


STOR SUKAN

DARJAH 2

DARJAH 3

PEJABAT GURU

DARJAH 4

  
PEJABAT GURU BESAR

DARJAH 5

DARJAH 4

DARJAH 6


PERPUSTAKAAN & DARJAH 6

DARJAH 5

 
STOR

KOMPUTER PONDOK PENGAWAL

 

QUARTERS GURU

GELANGGANG BADMINTON

TEMPAT BERKUMPUL SEMASA KECEMASAN 

BLK SAINS 

KH

PELAN SEKOLAH

PEKEBUN

PEJABAT KERANI

CARTA ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH SJK ( C ) MIN NAM 2010


GURU BESAR PN TEE BEE EE

PK HEM EN GOH YU RICK

PK 1 EN ONG PANG SHEN

PK - KK EN ONG PANG LIC

SPBT CIK CHEW LEE LING RMT/ SBT/ KWAMP EN GOH YU RICK KAUNSELING EN ONG PANG SHEN KESELAMATAN / KECERIAAN EN ONG PANG LIC DISIPLIN / PENGAWAS EN GOH YU RICK

SU PEPERIKSAAN EN ONG PANG LIC PLBS / SBOA EN ONG PANG SHEN PUSAT SUMBER / TVP CIK TEOH CHAI SIN

KELAB / PERSATUAN EN ONG PANG SHEN EN YOU TZYY KANG EN GOH YU RICK

UNIT BERUNIFORM
CIK LIEW MIEW CHIN

NILAM / PERPUSTAKAAN CIK WONG SZE HOOI PEMULIHAN EN YOU TZYY KANG TRANSISI CIK CHEW LEE LING GURU DATA CIK LIEW MIEW CHIN BUDDY SYSTEM EN ONG PANG SHEN KETUA PANITIA EN GOH YU RICK ( BC ) EN FOO FANG HUI ( SAINS ) EN ONG PANG SHEN ( BI ) EN YOU TZYY KANG ( BM ) CIK TEOH CHAI SIN ( PJ ) EN ONG PANG LIC ( M3 ) CIKLIEW MIEW CHIN ( MU ) CIK WONG SZE HOOI ( PS ) CIK YEW TYNG SHIE ( KH ) CIK MIMI ( PA )

CIK YEW TYNG SHIE

SUKAN / PERMAINAN EN ONG PANG LIC


PN MIMI SHAMSHIHANI

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

11. CIK CHEW LEE LING ( SV/ KT )

12. PN TEE BEE EE ( PM )

JAWATAN KUASA HEM PK HEM EN. GOH YU RICK

SPBT CIK CHEW LEE LING RMT / SBT/ KWAMP EN. GOH YU RICK KAUNSELING EN.ONG PANG SHEN KESELAMATAN / KECERIAAN EN. ONG PANG LIC DISIPLIN / PENGAWAS EN. GOH YU RICK

JAWATAN KUASA KO-KURIKULUM

PK KK EN ONG PANG LIC

KELAB / PERSATUAN EN ONG PANG SHEN EN YOU TZYY KANG EN GOH YU RICK

UNIT BERUNIFORM CIK LIEW MIEW CHIN CIK YEW TYNG SHIE

SUKAN / PERMAINAN EN ONG PANG LIC PN MIMI SHAMSHIHANI

BAHAGIAN 2: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU BESAR A. Pentadbiran: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut: 1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. 2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya. 3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan. 4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan. 5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya. 6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya. 7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan. 8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru. 9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya. 10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. 11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna. 12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar. 13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. 15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. 16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan. 17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatanjabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan: 1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. 2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. 3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. 4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. 5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan. 6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. 7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. 8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajarpelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. 9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini. 11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. 12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan

dengan sempurna mengikut peraturan yang ada. 13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah: 1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur. 2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa. 3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah. 4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

D. Pembangunan Kakitangan: 1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya. 2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya. 3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

E. Mengajar: 1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum: 1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan. 2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan. 3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau

kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna. 4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan. 5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. 6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu. 7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah. 8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya. 9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik. G. Ko-Kurikulum: 1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam. 2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal. 3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.

H. Hal Ehwal Pelajar: 1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan. 2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar. 3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan. 4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undangundang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan

adil. 5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).

I. Pengawasan Dan Penyeliaan: 1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya. 2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugastugas pentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar. 3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka. 4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. 5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. 6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat pada setiap hujung tahun.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN) Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN) A. Kurikulum 1. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya. 2. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. 3. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. 4. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. 5. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka. 6. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. 7. Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan. 8. Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan. 9. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

B. Pengurusan 1. Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah

2. Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan. 3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat. 4. Membantu merancang takwim sekolah. 5. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan. 6. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan. 7. Menyelaras semua jenis kutipan yuran 8. Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. 9. Menjadi penandatangani kedua cek sekolah. 10. Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

C. Pembangunan Diri Pelajar 1. Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah. 2. Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar. 3. Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

D. Pembangunan Organisasi. 1. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. 2. Mengadakan kursus/latihan personal. 3. Pembangunan Kendiri. 4. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. 5. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. 6. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. 7. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA KURIKULUM 1. Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran. 2. Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkannya kepada semua anggota panitia. 3. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian 4. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan salinan kepada pengurusan sekolah. 5. Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan-soalan, ujian, peperiksaan bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun. 6. Merangka Takwim Panitia setahun mesyuarat panitia sekurangkurangnya 4 kali setahun. 7. Menentukan target mata pelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun. 8. Berusaha menambah ABM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan berkesan. 9. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan, sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain. 10. Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia mata pelajaran. 11. Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya. 12. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran,rancangan/sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain. 13. Membantu dalam pengurusan,penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber, Makmal dan bengkel. 14. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti Projek UPSR dan sebagainya. 15. Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrumen penilai yang berkesan.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS KETUA PANITIA PERANAN PANITIA 1. Memperolehi sukatan pelajaran. 2. Menyediakan rancangan mengajar. 3. Menyelaraskan soalan. 4. Mengkaji & menganalisis keputusan peperiksaan. 5. Mengadakan mesyuarat panitia. 6. Menyediakan minit mesyuarat panitia. 7. Menyelenggara fail panitia.

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA 1. AJK Kurikulum sekolah. 2. Menguruskan fail panitia. 3. Membantu pentadbir bagi pencerapan guru & kerja. 4. Merujuk masalah panitia kepada pentadbir. 5. Mencadangkan agihan guru kepada jawatankuasa. 6. Menyelaras dan menyemak penyediaan soalan & skema markah. 7. Menyediakan laporan analisis peperiksaan. 8. Menyelaras penyediaan Head Count. 9. Merancang dan menyelaras strategi program. 10. Membimbing guru meningkatkan keberkesanan P&P. 11. Menyenaraikan dan menyediakan ABB. 12. Merancang dan mengendalikan program. 13. Kewangan Perbelanjaan tahunan, tatacara kewangan & mengurus stok.

14. Bilik khas Menyedia jadual penggunaan, peraturan 15. Membantu pentadbir menjalankan tugas berkaitan kurikulum.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN 1. Menyediakan takwim pelaksanaan PKSR. 2. Menyediakan jadual Pembina soalan PKSR. 3. Membina soalan PKSR. 4. Menghantar kertas soalan untuk cetakan. 5. Membungkus kertas soalan. 6. Menyediakan jadual pengawasan PKSR. 7. Serah bungkusan soalan ke SUP. 8. Menyerahkan markah murid kepada guru kelas. 9. Menggabung data SAPR. 10. Cetakan laporan ke guru kelas. 11. Cetakan laporan ke GPK dan laporan ke PPD.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU MEDIA 1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 - 8 waktu seminggu 2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersamasama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid. 3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini. 5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran 6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. 7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. 8. Merancang, dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah. 9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. 10. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah. 11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS. 12. Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja Pusat Sumber Sekolah 13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah. 14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah. (termasuk bahan, alatan dan perabot) 15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PSSP). 16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah. 18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU PEMULIHAN

1. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari tahun 1 hingga 6.Keutamaan hendaklah diberi kepada muridmurid tahun 1 hingga 3. 2. Membantu guru-guru asas dalam hal: 2.1 Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pemulihan. 2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan. 2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan. 2.4 Mengajar bersama-sama guru asas sekiranya keadaan memerlukan. 3. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa, penjaga, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang berkesan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan dan keteranganketerangan lain mengenai latarbelakang murid-murid. 4. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan muridmurid yang menghadiri kelas pemulihan khas dan merekodkannya. 5. Menyediakan fail diri bagi murid pemulihan khas. 6. Membentuk jawatankuasa Panitia Pendidikan Pemulihan Khas serta menjadi ahli jawatankuasa kurikulum sekolah. 7. Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan. 8. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid pemulihandi sekolah.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU MATA PELAJARAN 1. Menjadi ahli panitia. 2. Menyediakan rancangan harian. 3. Memberi gerak kerja bertulis kepada pelajar. 4. Menyediakan soalan dan skema peperiksaan. 5. Menyemak nota, latihan dan kertas jawapan. 6. Peka dengan sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran. 7. Berinisiatif untuk meningkatkan kemajuan akademik murid. 8. Menghadiri kursus anjuran KPM, JPN, PPD dan sekolah. 9. Bekerjasama dengan panitia merancang, menyusun dan melaksanakan program panitia, sekolah, PPD, JPN dan KPM.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS TAHUN / ALIRAN

1. Menyediakan Sukatan Pelajaran bagi setiap tahun. 2. Menyediakan Rancangan Mengajar. 3. Mencadangkan buku teks dan buku rujukan. 4. Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan. 5. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan. 6. Mengadakan mesyuarat panitia. 7. Menyedia dan menyebar alat bantuan mengajar. 8. Melaksanakan arahan dan keperluan sekolah,PPD,JPN,KPM.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

1. Menyediakan Jadual Waktu Induk sekolah/Persendirian dan Kelas. 2. Mengubah jadual waktu dari masa ke semasa mengikut keperluan. 3. Menyedia jadual waktu ganti guru yang tidak hadir sekolah.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDAP)

1. Mengurus: -Surat rasmi Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD/PPG -Kajian keperluan kursus di kalangan PPP di peringkat sekolah -Maklumat Unit LDP JPN dan Penyelaras LDP PPD/PPG dan

menyebarluaskan maklumat kepada PPP di sekolah -Peruntukan kewangan dan perbelanjaan yang disalurkan melalui JPN -Pelaporan prestasi perbelanjaan kepada pihak JPN -Maklumat kursus/latihan /bengkel yang diadakan diperingkat sekolah -Fail LDP dan mengemaskini dari semasa ke semasa 2. Menyediakan maklumat/data PPP di sekolah, berkaitan LDP di dalam pengkalan data dan mengemaskinikannya setiap tiga bulan (Mac, Jun, Sept dan Disember) setahun 3. Mengadakan mesyuarat JK LDP peringkat sekolah 4. Menghadiri mesyuarat JK LDP peringkat PPD/JPN sekiranya dipanggil. 5. Mencadangkan keperluan dan kepentingan kursus untuk PPP di sekolah . 6. Merancang dan melaksanakan kursus dalaman (in house traning) di peringkat sekolah 7. Melaksanakan hari professional peringkat sekolah 8. Menyimpan borang permohonan berkaitan dengan kursus dan latihan dari BPG KPM dan bahagian-Bahagian lain. 9. Memberikan kerjasama kepada unit LDP JPN/PPD berhubung dengan program LDP sekiranya diminta 10.Menyediakan pelaporan LDP dan cadangan penambahbaikan.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU DATA

1. Menyedia Penyata bulanan guru dan murid 2. Menyedia penyata suku tahun 3. Menyediakan data-data untuk dihantar ke PPD/JPN/KPM 4. Menyemak dan mengawasi Jadual Kedatangan 5. Menyedia dan merekod untuk pembangunan sekolah

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS BESTARI 1. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu. 2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah. 3. Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan sertamenyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul. 4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantuserta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalampengajaran dan pembelajaran. 5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif disamping menggalakkan penggunaannya di dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran. 6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif disamping menggalakkan penggunaannya di dalam aktivitipengurusan dan pentadbiran. 7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. 8. Sebagai pengurus e-mel. 9. Memastikan integriti dan keselamatan data. 10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semas 11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan. 12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah. 13.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM 1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan 1 (Pent.) 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling,

keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama. 4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkaraperkara di atas. 5. Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU DISIPLIN

Bidang Tugas: 1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya. 2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan. 3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. 4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar. 5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain. 6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah. 7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.

8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai. 9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah. 10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah. 11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahankesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah. 12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya. 13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar. 14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. 15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS BIMBINGAN & KAUNSELING 1. Memberikan tumpuan dan melaksanakan senarai tugas GBDK Sepenuh Masa. 2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan BDK di sekolah 3. Menyediakan Rancangan Tahunan 4. Menyebarkan maklumat BDK 5. Memberikan perkhidmatan kaunseling individu, kelompok dan bimbingan pelajar 6. Memantapkan perkhidmatan dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan dan pemasalahan pelajar

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU RMT 1. Pemilihan murid yang layak menerima RMT. 2. Pemilihan pembekal makanan. 3. Penyeliaan dan pelaksanaan program RMT. 4. Pastikan kebersihan dan keselamatan semasa makan. 5. Mengemaskinikan rekod dan penyediaan laporan. 6. Membanci murid yang patut menerima susu percuma.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU KESIHATAN & KESELAMATAN 1. Memastikan murid tahun satu mempunyai rekod kesihatan. 2. Penjagaan peti ubat sekolah. 3. Membantu unit perubatan dan rawatan yang datang membuat rawatan. 4. Membantu pihak sekolah menghantar murid sakit ke hospital, klinik dan rumah. 5. Menentukan semua murid selamat semasa berada di sekolah.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU SPBT 1. 2. 3. 4. teks. 5. Membaiki buku rosak dan menjalankan hapus kira bila cukup Menentukan murid yang layak mendapatkan buku teks. Mengawal selia buku stok. Memfailkan borang SPBT dengan baik. Mendedahkan peraturan kepada murid mengenai penggunaan buku

tempohnya. 6. Mengadakan pemeriksaan tentang penggunaan buku teks.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS WARDEN ASRAMA 1. Mengurus kemasukan penghuni asrama. 2. Mengurus rekod kedatangan penghuni asrama di dalam buku kedatangan. 3. Menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghunipenghuni asrama mematuhinya. 4. Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan bahawa para penghuni mematuhi peraturan asrama dan sekolah. 5. Bertanggungjawab ke atas kelakuan / tingkahlaku penghuni asrama dan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya. 6. Mengawasi keluar masuk para penghuni asrama pada hujung minggu, masa cuti dan masa-masa tertentu seperti keluar ke pekan atau balik ke rumah dengan mencatatkan ke dalam buku keluar masuk yang disediakan. 7. Melantik AJK asrama yang meliputi bidang disiplin, kebersihan, keselamatan, riadah, kebajikan dan agama. 8. Memastikan AJK yang dilantik menjalankan tugas masing-masing dengan berkesan. 9. Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan di asrama seperti menu makanan, pengelolaan kebersihan dewan makan, kebersihan pekerja dewan makan, mutu dan sukatan menu. 10. Bertanggungjawab mengawasi kemajuan pelajaran para penghuni asrama seperti memeriksa kad kemajuan, kelas tambahan, kelas persediaan, memberi nasihat serta teguran untuk memperbaiki pencapaian akademik penghuni asrama. 11. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan jika terdapat penghuni asrama sakit. 12. Bertanggungjawab menghubungi dan memberitahu ibu bapa/penjaga mengenai masalah kesihatan para penghuni (contohnya penghuni asrama dimasukkan ke hospital). 13. Bertanggungjawab mengawasi kebersihan penghuni , dorm, keseluruhan bangunan dan kawasan asrama.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KANTIN 1. Menentukan peraturan kantin rujuk buku panduan kantin. 2. Menguatkuasakan peraturan kantin dengan bantuan pengawas sekolah. 3. Menentukan jenis makanan / minuman yang dilarang serta mutu makanan yang dijual. 4. Mengawal harga makanan dan minuman yang dijual. 5. Memastikan kebersihan di dalam dan di luar kantin. 6. Mengadakan carta organisasi penyelarasan kantin.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS GURU KEBAJIKAN 1. Menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti: Pelajar miskin, Kemalangan, Rawatan berterusan (penyakit kronik), Kematian, Kecemasan / bencana 2. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan. 3. Merancang program untuk mengutip sebarang sumbangan di semping meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap kebajikan. 4. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar. 5. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar. 6. Bertanggungjawab kepada Guru Besar. 7. Mengurus dan mempromosikan kebaikan menyimpan agar murid-murid lebih berminat untuk menabung. 8. Mempastikan murid-murid mendapat kemudahan yang sewajarnya semasa dan selepas menguruskannya. 9. Menguruskan simpanan murid dengan pihak berkenaan berjalan dengan licin dan sempurna. 10. Menghubungi Guru Besar jika terdapat sebarang kerumitan.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 1. PENGURUSAN KURIKULUM: 1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. 1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya. 1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik. 1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar. 1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

2. KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM, PERSATUAN DAN KELAB): 2.1 Merancang takwim kegiatan setiap bidang. 2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah. 2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti. 2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya. 2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

3. PENGURUSAN: 3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum. 3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum. 3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah diambil penjelasan. 3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah. 3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah. 3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah. 3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum. 3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik. 3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas untuk mereka.

4. PEMBANGUNAN DIRI STAF: 4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah. 4.2 Menganggotai JK Kurikulum/ko-kurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi kemudahan pelajar. 4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah. 4.4 Menyelaras kurikulum/ko-kurikulum bersepadu.

5. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR: 5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum. 5.2 Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar. 5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.

6. SUKAN DAN PERMAINAN: 6.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di semua peringkat. 6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

7. KELAB/PERSATUAN: 7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

8. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM: 8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam. 8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah. 9. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH: 9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan. 9.2 Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan, mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan. 9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan. 9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang

diarahkan oleh jabatan atau kementerian. 9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri. 9.6 Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah. 9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/ MSSM. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA KO KURIKULUM 1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 2. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. 3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan. 4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi. 5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. 6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi. 7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS SETIAUSAHA SUKAN 1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah. 2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM. 3. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan. 4. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan. 5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. 6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. 7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah. 8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan. 9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. 10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. 11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. 12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah. 13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KECERIAAN SEKOLAH 1. Mengemaskini fail-fail berkaitan. 2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan bila-bila perlu. 3. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan keceriaan dan kebersihan sekolah dari semasa ke semasa. 4. Menyediakan pelan induk landskap sekolah. 5. Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan sekolah seperti: 5.1. 5.2. 5.3. 5.4. 5.5. 5.6. Kempen kebersihan Pertandingan kebersihan kelas Pertandingan mengarang esei tentang kebersihan Ceramah-ceramah kebersihan Pertandingan poster-poster kebersihan Menanam bunga / pokok di kawasan sekolah

6. Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar seperti PIBG. 7. Merancang dan meningkatkan keceriaan papan-papan kenyataan. 8. Merancang dan membantu menceriakan kawasan persekitaran, pondokpondok bacaan serta dewan besar. 9. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah tentang kebersihan dan keceriaan serta menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK. 10. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa dan membuat laporan kemajuan kerja.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN 1. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang tahun. 2. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN.. 3. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru. 4. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah. 5. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform. 6. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat. 7. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acaraacara anjuran sekolah ,daerah dan negeri. 8. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-masing. 9. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang diserti oleh unit masing-masing. 10. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik. 11. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah. 12. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-masing . 13. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod. 14. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod. 15. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan. 16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS UNIT BERUNIFORM 1. Membuat perancangan aktiviti-aktiviti di bawah badan beruniform. 2. Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktiviti-aktiviti di bawah badan beruniform. 3. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit kokurikulum. 4. Mengemaskini maklumat di papan kenyataan badan beruniform dari masa ke semasa. 5. Memastikan kesemua fail unti-unit di bawah jagaan dalam bilik fail sentiasa dikemaskini. 6. Membuat kertas kerja untuk program perkhemahan unit beruniform dan menjadi penyelaras untuk program ini. 7. Membuat pengagihan bantuan pakaian seragam unti beruniform kepada pelajar. 8. Membuat laporan badan beruniform.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENYELARAS KELAB / PERSATUAN 1. Membuat perancangan aktiviti-aktiviti dibawah badan kelab / persatuan. 2. Membuat pemantauan dan laporan terhadap perjalanan aktiviti-aktiviti di bawah badan kelab / persatuan. 3. Membantu PK Kokurikulum dalam urusan rasmi unit ko kurikulum. 4. Mengemaskini maklumat di papan kenyataan badan kelab / persatuan dari masa ke semasa. 5. Memastikan kesemua fail unit-unit di bawah jagaan dalam bilik fail sentiasa dikemaskini. 6. Membuat laporan badan kelab / persatuan.

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN PETANG A. Mengajar 1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran 2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan 3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif 4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan yang sewajarnya.

B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum 1. Mengagihkan tugas-tugasan akademik kepeda guru-guru 2. Menyelaras atau mengendalikan mesyuarat ketua panitia 3. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu 4. Menyemak dan menandatangani buku rekod persediaan mengajar guru sesi petang 5. Mengurus hal-hal peperiksaan dalaman-bulanan, hujung penggal dan hujung tahun 6. Merancang program sokongan bagi kemajuan akademik 7. Menguruskan sit-in dari semasa ke semasa atau apabila diperlukan.

C. Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian 1. Menyemak kehadiran ahli-ahli staf sesi petang. 2. Menyelia khidmat bimbingan dan kaunseling 3. Mengurus data dan maklumat bagi perancangan pembangunan sekolah secara amnya. 4. Mengendalikan perhimpunan mingguan sesi petang 5. Merancang program pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar.

D. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Disiplin dan Kebajikan Murid 1. Mengoptimumkan kegunaan kemudahan dan kelengkapan sedia ada 2. Mengawas keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid-murid sesi petang

3. Mengemaskinikan pelbagai rekod kes-kes disiplin murid sesi petang 4. Mengendalikan kes-kes kecemasan atau salahlaku murid sesi petang 5. Mengendalikan kes-kes perpindahan murid

E. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf 1. Menyelia tugas-tugas guru dan kakitangan sesi petang 2. Menyelaraskan jadual waktu guru-guru pelatih atau guru baru yang baru berpindah 3. Menyelia kelas-kelas pemulihan. 4. Menagihkan tugas-tugas kepada staf bukan guru sesi petang

F. Membantu Guru Besar dalam Tugas-tugas Lain 1. Menjalankan tugas rasmi semasa ketiadaan Guru Besar 2. Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya. 3. Menganggotai mana-mana jawatankuasa perbadanan dalam sekolah..

You might also like