You are on page 1of 1

Pantun Tradisional Melayu: Pengamatan Akal Budi dalam Karya

Pengenalan Pada zaman ini, pantun lazimnya digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai penyeri majlis atau sebuah bahan hiburan seperti pertandingan berbalas pantun. Dan setakat itu sahaja. Keadaan ini disebabkan kurang pendedahan dan penghayatan kepada pantun yang banyak membawa nilainilai estetik tertentu, yang tidak dapat dicungkil jika tiada pengamatan yang mendalam. Pantun bukan hanya sekadar ungkapan berima, ataupun penulisan berangkap. Pantun adalah karya yang versetail, yang telah menghibur, menasihat dan menyindir masyarakat Melayu. Sejarah Menurut Harun Mat Piah, R.O. Winstedt berpendapat bahawa kesusasteraan Melayu mula mengenali pantun pada abad ke-15. Pantun dianggap sebagai sastera lisan, dan tidak dapat diputuskan tahun ia tercipta atau mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tradisional untuk penggunaannya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Harun Mat Piah tentang kenyataan Winstedt, kemungkinan pantun itu berkembang daripada teka-teki bunyi (jingling riddles) masyarakat Indonesia; dan jingling riddles itu pula adalah penyesuaian daripada seloka India seperti yang terdapat di dalam Ramayana dan Sakuntala. Tidak hanya itu, permulaan pantun juga dikaitkan dengan pengaruh orang-orang Cina di Melaka dan Negeri-negeri Selat yang lain. Pantun membawa definasi karya yang mengikut struktur tertentu,

You might also like