You are on page 1of 9

Labu sayong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


(Dilencongkan dari Labu Sayong)

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

[sunting]Teknik

pembuatan labu sayong

Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden. Pembuatan tradisional Pembuatan moden

 

  

Throwing / Teknik lemparan alin Teknik acuan Teknik sepuh

[sunting]Lokasi

perusahaan seramik labu sayong

Berikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar: Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong Kuala Kangsar Kampung Paya Lintah, Mukim Buaia, Padang Rengas Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas

  

Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai agensi, sekolah, IPT, dan dokumentari.

Labu Sayong-Tembikar/Seramik Tembikar adalah kraft yang paling awal dilakukan oleh manusia. Sebuah pasu dicipta untuk memenuhi keperluan hidup sehari-hari dan tujuan rohani. Di Malaysia, awal penggunaan seramik terutamanya untuk simpanan makanan dan air, selain fungsi domestik Marnie seperti dekorasi. Keunikan seramik diukur dengan bentuk dan pola. Secara tradisional, alam yang terdiri daripada bumi, air, angin dan matahari memberikan inspirasi bagi pembuat panci, sementara motif flora, fauna dan menghiasi geometrics adalah atraksi yang berubah dengan aliran masa dan zaman. Salah satu yang paling terkenal adalah Labu Sayong, yang berwarna hitam dan boleh ditemui di Sayong, di daerah Kuala Kangsar, Perak.

Yang hanya menyebutkan nama Sayong membangkitkan citra hitam yang terkenal tanah liat berbentuk labu. Idea untuk membuat labu berbentuk kendi tanah liat ini berasal dari penggunaan labu matang sebenarnya untuk menyimpan air, selepas isinya telah dihapuskan dan bahagian dalam dibersihkan. Pada masa lalu, Labu Sayong digunakan secara meluas untuk menyimpan air minum oleh orang Melayu. Perkara yang menakjubkan tentang kendi tanah liat hitam ini adalah bahawa ia dapat mendinginkan air dan dipercayai untuk membantu mencegah penyakit dan gangguan perut. Pembuatan Labu Sayong menekankan unsur-unsur alam, daripada penggunaan hak tanah liat teknik pembentukan dengan tangan. Rekabentuk permukaan biasanya terdiri atas alam-Diilhami motif dan bentuk-bentuk geometri yang harmoni. Sehingga hari ini, Labu Sayong sangat dikagumi, bukan hanya kerana penggunaannya, tetapi untuk keindahan dan nilai estetika yang tinggi.

Sejarah Labu Sayong


JENIS-JENIS LABU LABU GELUGUR Labu gelugur dihasilkan daripada bentuk buah gelugur yang mempunyai badan yang bulat dan berlekuklekuk. Lekuk ini dihasilkan dengan menekan jari dan dengan bantuan alat buatan sendiri yang diperbuat daripada kayu. Seluruh bahagian badan labu itu akan ditekan sehingga menimbulkan kesan lurah bagi menggambarkan buah gelugur. LABU PANAI Labu Panai ialah bentuk labu yang berhiaskan garis-garis lurus atau menyerong pada bahagian badannya. Garis-garis yang dipanggil panai ini dihasilkan dengan menempelkan tanah pada badan labu atau mengukir badannya dengan alat pengukir yang dibuat sendiri oleh tukang-tukang ini. Terdapat juga panai yang dihasilkan dengan teknik gurisan. Teknik ini tidak meninggalkan kesan timbul pada badan labu LABU TANAH

Istilah labu tanah muncul berdasarkan material asas yang digunakan dalam pembinaan badannya iaitu tanah. Dari segi reka bentuknya, ia adalah seiras dengan buah labu yang asli, untuk membezakannya dengan yang asli maka perkataan 'tanah' digunakan dibelakang labu tiruan yang diperbuat daripada tanah. Oleh kerana reka bentuk labu ini diadaptasikan daripada bentuk semulajadi alam, maka rekaannya adalah ringkas. Labu tanah mempunyai badan yang bulat dan bentuk lehernya adalah menyerupai tangkai labu yang tegak ke atas dari bahagian badannya.Labu tanah ini tidak mempunyai kaki di bahagian punggungnya. Permukaan dasarnya adalah leper seperti reka bentuk dasar labu lepap. LABU LEPAP Labu ini dipanggil labu lepap kerana bentuk labunya yang leper di bahagian punggung, tidak mempunyai kaki dan rata. Badannya masih berbentuk bulat dan hiasan permukaan luarnya tidak berpanai timbul, kalau adapun hanyalah dihiasi dengan gurisan-gurisan menegak, melintang, membujur sahaja atau dibiarkan kosong dan licin sama sekali.

MEMPROSES LABU SAYONG 1 Menyediakan tanah Mengambil tanah dari tempat dan medium yang sesuai. Tanah ini terbahagi kepada tiga medium yang berbeza iaitu tanah biasa, pasir dan diikuti pula dengan tanah liat. Oleh itu untuk mendapatkan tanah liat, lubang perlu digali sedalam tiga kaki dari permukaan tanah. 2 Menjemur Tujuannya ialah untuk mengeringkan jenis-jenis tanah liat yang digunakan. Tanah yang telah dibekalkan hendaklah dicangkul dan diisikan didalam kereta sorong untuk dibawa ke tempat tanah itu dijemur iaitu di atas zink atau pelantar yang didedahkan kepada cahaya matahari selama satu atau dua hari. 3 MenumbukTanah perlulah benar-benar kering sebelum menjalankan proses ini. Proses ini dilakukan menggunakan lesung kaki dan melibatkan dua orang pekerja.Tujuan utama proses ini dijalankan adalah untuk menghaluskan tanah . 4 Mengayak Proses ini bertujuan untuk mengasingkan tanah daripada sampah dan ketulan tanah yang tidak hancur. Proses ini dilakukan supaya tanah menjadi serbuk(powder). 5 Membancuh Tujuan untuk mencampur tanah dengan air. Sukatan air hendaklah dikawal supaya campuran tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. Proses membancuh boleh dibuat di dalam bekas seperti baldi, basin dan sebagainya di mana campuran itu digaul sehingga sebati. 6 MenguliTujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin. Menguli tanah boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan tanah. 7 Membentuk Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher,

kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu. 8 MenghiasApabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar. 9 MembakarProses ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan. Posted by azam72 at 5:35 AM 0 comments Labels: handkraft

Sunday, July 8, 2007


Kaedah Pembuatan Labu Sayong

Kaedah Pembuatan Labu Sayong

Tradisi tembikar ini diusahakan oleh penduduk tempatan di pendalaman seperti para penduduk di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi atau nature, ini mungkin kerana ianya biasanya dihasilkan oleh kaum wanita maka, secara tidak langsung, jiwa mereka yang lebih sensitif turut dipaparkan melalui corak yang dihasilkan. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong. Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.

Teknik yang digunakan bagi proses pembuatan Labu Sayong. Teknik Picit Teknik yang biasa digunakan kerana mudah dilakukan oleh penduduk di Kampung Sayong kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal tanah liat dan membentuk lubang ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik memicit dilakukan dengan ibu jari. Teknik Kepingan Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga menjadi kepingan dengan menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan. Teknik Tuangan Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris. Teknik Lingkaran Teknik yang menggunakan roda pemutar atau piring sebagai pelapik. Roda tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong. Pembentukan Labu Sayong Pembentukan labu bermula di bahagian kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya retak. Labu ini dibiarkan selama lima belas (15) hari.

Corak Teknik membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat. Terdapat berbagaibagai jenis rupa bentuk seni tembikar, rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan kukusan. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi. Proses Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional Bahan untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering, daun pisang kering dan rumput kering. Proses pembakaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa mengisi air simpanan. Kegunanaan dalam Kehidupan Harian Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya deman panas.

Kaedah Pembuatan Labu Sayong

Kaedah Pembuatan Labu Sayong


Tradisi tembikar ini diusahakan oleh penduduk tempatan di pendalaman seperti para penduduk di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat. Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi atau nature, ini mungkin kerana ianya biasanya dihasilkan oleh kaum wanita maka, secara tidak langsung, jiwa mereka yang lebih sensitif turut dipaparkan melalui corak yang dihasilkan. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong. Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan. Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.

Teknik yang digunakan bagi proses pembuatan Labu Sayong. Teknik Picit Teknik yang biasa digunakan kerana mudah dilakukan oleh penduduk di Kampung Sayong kerana ianya mudah dipraktikkan. Ia hanya memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal tanah liat dan membentuk lubang ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik memicit

dilakukan dengan ibu jari. Teknik Kepingan Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga menjadi kepingan dengan menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan. Teknik Tuangan Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris. Teknik Lingkaran Teknik yang menggunakan roda pemutar atau piring sebagai pelapik. Roda tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong. Pembentukan Labu Sayong Pembentukan labu bermula di bahagian kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya retak. Labu ini dibiarkan selama lima belas (15) hari. Corak Teknik membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat. Terdapat berbagaibagai jenis rupa bentuk seni tembikar, rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan kukusan. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi. Proses Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional Bahan untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering, daun pisang kering dan rumput kering. Proses pembakaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa mengisi air simpanan. Kegunanaan dalam Kehidupan Harian Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang

disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya deman panas.

You might also like