You are on page 1of 2

RAJA ASMAD RAJA SEMAIL (PK4) KISAH HELANG DAN AYAM

Pada zaman dahulu kala, Helang berkawan rapat dengan Ayam. Jika ke mana-mana, mereka pasti akan berdua-dua. Helang terbang rendah di atas manakala Ayam berjalan terkedek-kedek di bawah. Namun begitu, secara luarannya sahaja mereka berdua nampak baik. Sebenarnya, Ayam cemburukan Helang yang mampu terbang tinggi dengan hebatnya. Pada suatu hari, Ayam bertanyakan kepada Helang apakah rahsianya yang menjadikan Helang seekor burung yang terbang bebas. Helang yang jujur telah menjawab seikhlas hatinya. Dia menceritakan kepada Ayam bahawa nenek moyangnya ada meninggalkan jarum ajain yang mampu menjadikan sayap mereka berupaya untuk terbang. Ayam telah meminta Helang supaya meminjamkan jarum tersebut kepadanya. Dia Helang yang pada mulanya keberatan bersetuju kerana Ayam berjanji dengan bersungguh-sungguh bahawa dia akan menjaga jarum tersebut dengan baik. Ayam dengan riaknya mula menjahit sayap baru. Dia berangan-angan untuk memiliki sayap yang lebih hebat daripada Helang. Dia mahu terbang lebih tinggi daripada Helang. Ayam tidak mahu berada di bawah lagi. Sedang dia asyik berkhyala, terdapat seekor musang menerkam ke arahnya. Oleh kerana terkejut, Ayam lari bertempiaran dan tidak mempedulikan jarum ajaib yang dipegangnya. Jarum tersebut keciciran. Setelah beberapa lama, Ayam tidak memberitahu Helang tentang kehilangan jarum tersebut. Dia masih lagi tercari-cari jarum tersebut di atas tanah. Dia pasti Helang tidak akan marah kerana Helang sangat sayangkan Ayam. Namun begitu, dia sering mengelak jika Helang datang untuk bertemunya. Tidak lama kemudian, Helang bertanya kepada Ayam adakah dia mempunyai masalah kerana sering melarikan diri daripadanya. Ayam tetap tidak menceritakan hal yang sebenar. Helang berkata lagi bahawa dia ingin meminta kembali jarum ajaib kerana ibu saudaranya baru sahaja memiliki anak baharu. Jadi ibu saudaranya itu ingin menjahit sepasang sayap untuk anaknya. Dengan perasaan yang berbaur, Ayam memberitahu bahawa jarum tersebut telah hilang. Ayam menceritakan bagaimana kehilangan itu berlaku. Ayam menyesal kerana kecuainnya, dia telah kehilangan jarum tersebut. Helang sangat kecewa dengan Ayam dan memberikan tempoh masa untuk Ayam mencari jarum tersebut. Malangnya, Ayam tetap gagal menjumpai jarum itu. Sejak

RAJA ASMAD RAJA SEMAIL (PK4) kejadia itu, Helang tidak lagi terbang rendah dan Ayam sentiasa menguis tanah untuk mencari jarum ajaib.

You might also like