You are on page 1of 21

BICARA BERMULA DEBARAN TERASA SALAM KUHULUR DITOLAK JANGAN BERKONGSI ILMU SAMA-SAMA MERASA JERIJI KASIH TAJUK

PERBINCANGAN

Ramlah Abdul Rashid atau nama penanya Ramlah Rashid. Lahir 1 Ogos 1965 di Teluk Sareh Empai, Parit, Perak. Beliau adalah penjawat awam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Antara novel karya beliau ialah : Menggapai Gapura Kasih Memori Rindu Kabus Senja Tak Kuduga Sara Kirana Jeriji Kasih Qaseh Qaisy Usang Seharum Cinta Lestari Trilogi Magis

SINOPSIS
Mengisahkan watak utama Anuariza yang dibesarkan oleh keluarga angkatnya setelah diserahkan oleh ibu bapa kandungnya ketika berusia 4 tahun. Setelah kematian bapa angkatnya Tamrin, dia dibawa berpindah ke kampung oleh ibu angkatnya Solehah bersama dengan adik angkatnya Azuera. Liku liku kehidupan yang penuh ranjau dan duri memaksa dia memulakan alam persekolahan hanya ketika berusia 9 tahun setelah ditolong oleh Tuk Syed (suami Nek Siah) . Walaupun lewat memulakan persekolahan dia sering mendapat tempat pertama. Begitu juga dengan adik angkatnya Azuera.

Kehadiran keluarga Syed Mustafa di kampung telah sebanyak sedikit mengubah rentak kehidupan keluarga Anuariza. Anak-anak Syed Mustafa iaitu Syarifah Farisya dan Syed Fariz disekolahkan di kampung setelah kematian ibu mereka Jumaimah. Anuariza yang sedang menunggu keputusan STPM diminta oleh Syed Mustafa memberi tuisyen kepada anak-anaknya. Syarifah Farisya dapat menerima kehidupan di kampung berbanding dengan Syed Fariz. Syed Fariz yang sangat terasa dengan kematian ibunya tidak suka dengan kehidupan barunya. Dia mula melibatkan diri dengan kes-kes salah laku seperti merokok, memeras ugut,ponteng dan akhirnya dihantar ke sebuah sekolah kawalan di Ipoh selama setahun kerana perbuatan mencabul seorang pelajar perempuan.

Syarifah Farisya pula secara diam-diam menaruh perasaan cinta terhadap Anuariza. Apabila ayahnya Syed Mustafa yang telah menetap di kampung mengambil keputusan ingin melamar ibu angkat Anuariza iaitu Solehah sebagai isterinya, ditentang keras oleh Syarifah Farisya. Apabila persiapan perkahwinan telah dirancang Syarifah Farisya melarikan diri ke Kuala Lumpur menumpang di rumah teman baik ayah dan ibunya iaitu Haji Lokman dan Hajah Munirah. Walau bagaimanapun di akhir cerita Anuariza berjaya memujuk Syarifah Farisya agar kembali ke pangkuan keluarga. Dia dapat menerima keputusan kedua orang tua mereka setelah dinasihati Anuariza. Anuariza pula yang lulus cemerlang dalam peperiksaan STPM telah diterima masuk ke IPTA

TEMA PERSOALAN NILAI MURNI

WATAK

ASPEK KAJIAN NOVEL

MESEJ

LATAR GAYA BAHASA

PLOT

TEKNIK PLOT/ PENCERITAAN

Tema novel Jeriji Kasih menggarap kisah anak muda melalui watak utama Anuariza yang menghadapi pelbagai liku hidup bersama keluarga angkat yang memeliharanya sejak berusia empat tahun. Kesusahan hidup yang ditempuh di awal usia tetapi dibanjiri dengan limpahan kasih sayang daripada keluarga tercinta khusus ibu angkatnya yang bernama Solehah membolehkan dia akhirnya memasuki institusi pengajian tinggi. Anuariza juga digambarkan sebagai anak muda yang lebih matang daripada usia sebenarnya kerana kerap mengambil peranan dalam menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

KASIH SAYANG

PENGORBANAN

KETABAHAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN

HORMAT MENGHORMATI
MASALAH SOSIAL REMAJA

KEBERANIAN

BERDIKARI

SEMANGAT KEJIRANAN

KEINSAFAN KEMISKINAN HIDUP PERPADUAN KAUM

PRIHATIN

Nilai murni atau nilai kemanusiaan merupakan amalan atau tingkahlaku positif yang ditunjukkan melalui watak watak dalam sesebuah cerita. Nilai-nilai baik ini dikupas pula menjadi pengajaran atau mesej kepada pembaca untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

MESEJ / PENGAJARAN / AMANAT / IKTIBAR


Mesej dalam sesebuah cerita dirungkai dengan cara yang agak berlainan. Mesej bersifat positif perlu menggunakan ayat suruhan. Contoh: Kita hendaklah. Kita seharusnya Sebagai kita mestilah

Mesej melarang melakukan perkara yang tidak baik (negatif) perlu menggunakan ayat larangan. Contoh: Kita janganlah Kita tidak sepatutnya..

LATAR
LATAR MASYARAKAT

LATAR MASA

LATAR TEMPAT

Patuh pada perintah Tuhan

Tabah

Mengamalkan Semangat kejiranan

Rajin

Latar Masyarakat

Penyayang

Prihatin
Berdikari Mementingkan Pendidikan Masyarakat majmuk Penyayang

LATAR TEMPAT

Rumah Anuariza

Kuala Lumpur

SMK Sultan Muzaffar Shah

LATAR MASA

Waktu pagi

Waktu Zohor

Tengah malam

Ah Chong (Peraih)

Nek Siah

Azuera (adik angkat)

Tamrin (ayah angkat)


Anuariza Watak Utama

Syed Mustafa

Solehah (ibu angkat)

Syarifah Farisya

Haji Lokman Hajah Munirah

Syed Fariz

KLIMAKS

PERMULAAN

PENGAKHIRAN

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN PEMERIAN DIALOG

IMBAS KEMBALI

IMBAS MUKA

MONOLOG DALAMAN

MONOLOG LUARAN

SASPENS

Contoh Peristiwa
Pemerian
Pagi masih begitu awal, hujan yang menggila malam tadi meninggalkan rasa sejuk ( m.s 1) Dialog Jangan beritahu emak yang abang ke paya. Abang nak pergi tanpa pengetahuan emak?

( m.s 4)

Imbas Kembali Anuariza teringat peristiwa dia diserahkan oleh ibu bapa kandungnya kepada keluarga angkat. ( m.s 34 ) Imbas Muka Anuariza membayangkan sekiranya dia terpilih memasuki IPTA dia memerlukan duit yang banyak. ( m.s 9) Monolog Dalaman Daripada aku terus mereka dan merencam kenapa dan mengapa ayah dan ibu meninggalkan aku, lebih baik aku fikirkan cara bagaimana untuk membalas budi emak dan budi arwah abah, hatinya berbicara sendiri.

( m.s 35 )

SINKOF

INVERSI

PENGGUNAAN

BAHASA ASING

GAYA BAHASA

SIMILE

KATA GANDA

PERSONIFIKASI

HIPERBOLA

Maaf apa yang terkurang. Insyallah diizinkan Allah kita berjumpa lagi. Jemputlah datang ke SMK Serendah
Salam mesra

You might also like