You are on page 1of 9

KOTAK BENTUK

Pengenalan Kotak bentuk ialah suatu binaan sementara yang berfungsi untuk membentuk konkrit pada bentuk yang dikehendaki. Dalam kerja konkrit, ia dikenali sebagai acuan dimana bancuhan konkri dituang dan dibiarkan mengeras. Dalam projek pembinaan, kotak bentuk atau acuan adalah dibina berdasarkan apa yang digambarkan di dalam pelan. Untuk kerja-kerja pembinaan yang besar, kotak bentuk merupakan sebahagian dari sistem kerja. Kotak bentuk yang baik adalah yang kuat dan tidak berubah bentuk apabila menerima beban. Kebanyakan kotak bentuk yang digunakan dalam projek pembinaan dari jenis kayu kerana ia dapat digunakan berulang kali.

Ciri-ciri kotak bentuk

Sebelum kotak bentuk dibina ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian : Kuat dan kukuh Kotak bentuk yang dibina hendaklah dapat menanggung beban hidup dan beban mati. Ia juga akan menerima gegaran dan hentakan akibat getaran alat penggetar dan sebagainya semasa kerja-kerja konkrit sedang dijalankan.

Ukuran yang betul Acuan yang hendak dibina mestilah mempunyai ukuran yang betul dan tepat mengikut ukuran yang terdapat dalam pelan. Ini kerana ia akan memberi kesan terhadap saiz konkrit jika berlaku kesilapan terhadap acuan.

Mempunyai sokongan yang baik Kotak bentuk yang dipasang mestilah disokong dan diikat dengan kuat untuk menerima beban tetulang dan beban konkrit.

Telap air Ia untuk mengelakkan air simen mengalir keluar dari kotak bentuk dan menjaga kualiti acuan konkrit yang dibina.

Mudah dipasang dan dibuka Ia hendaklah menggunakan cara yang paling mudah dalam proses pemasangannya supaya ia juga mudah apabila membukanya. Ini bertujuan untuk tidak merosakkan struktur konkrit dan kotak bentuk itu sendiri.

Bahan-Bahan yang digunakan Untuk Membuat Kotak Bentuk

Kotak Bentuk boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan,bahan yang biasa digunakan ialah :

i.

Papan dan papan lapis Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang disitu.Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang bajk untuk membuat kotak bentuk. Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku.

ii.

Logam Kegunaan logam dalm pembinaan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memrlukan kotak bentuk logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan bertingkat-tingkat.

iii.

Kaca Gentian dan plastic gentian Kaca gentian dan plastic gentian dan digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai reka bentuk tersendiri.

Bahagian-Bahagian Kotak Bentuk

Antara bahagian-bahagian kotak bentuk ialah :

I. Lapik papan(sheating) terdiri daripada papan dengan papan bertanggam lidah dan lurah. Tanggam ini digunakan untuk memastikan acuan kalis air dan memberi permukaan yang licin kepada konkrit. Papan lapis juga digunakan terutamanya untuk membentukan permukaan yang lengkap. II. Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama. III. Belebas merupakan tetulang kepada acuan dan menegakan lapik papan supaya kedudukanya tidak berubah. IV. Susur dinding digunakan untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkan kedudukanya. V. Tupang digunakan untuk menentukan jarak diantara kedua-dua lapik papan dalam acuan itu sehingga bancuhan konkrit ditempatkan. VI. Rembat bertujuan mengukuhkan dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan. VII. Pancang digunakan untuk mengekalkan rembat. VIII. Dawai digunakan untuk menarik kedua-dua lapik papan supaya kembang apabila bancuhan konkrit ditempatkan.

Kotak Bentuk Pada Struktur Bangunan

1)

Asas

Ia dibina setelah kerja-kerja pemotongan cerucuk dan lean conc selesai. Untuk bahagian asas biasanya ia mempunyai 2 binaan iaitu pile cap dan stump. Sebelum kotak bentuk dibuat ukuran terlebih dahulu diambil daripada pelan dan tempat pembinaannya. Selalunya struktur pile cap dan stump berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat. Ini bermakna, ia mempunyai 4 bahagian sisinya dan cara pemasangannya ialah dengan membentuk terlebih dahulu 3 bagian sisinya dan satu sisi lagi akan dipasang ketika 3 sisi tersebut diletakkan pada tempat pembinaannya. Selepas itu barulah kerja-kerja pemasangan tetulang dan kerja-kerja konkrit akan dijalankan.

2)

Ground Beam

Ground beam merupakan binaan struktur bangunan yang dibina di bawah tanah. Pembinaan kotak bentuk dijalankan setelah selesai kerja-kerja penimbunan struktur pile cap dan stump. Fungsinya adalah untuk mengukuhkan bangunan dan membantu mengagihkan beban bangunan ke struktur asas.

Biasanya pekerja akan menyiapakan kotak bentuk lebih awal sebelum kerja-kerja pemasangannya dilakukan. Oleh kerana terdapat bahagian ground beam yang sempit, kerjakerja menyapu minyak pada kotak bentuk dilakukan terlebih dahulu. Ini semua untuk menjimatkan masa dan merupakan satu teknik yang digunakan bagi memudahkan kerja.

3)

Lantai Bawah ( Ground Floor Slab )

Lantai bawah merupakan lantai yang dibina di atas permukaan penimbusan ground beam. Biasanya kotak bentuk untuk lantai bawah tidak tinggi.

Pembinaannya mudah jika dibandingkan dengan pembinaan rasuk. Ini kerana, ia hanya perlu memasang kotak bentuk tersebut pada bahagian tepi ( keliling ) ground beam yang telah siap. Pada tengah-tengah bangunan ia akan memasang kayu 1x2 untuk turun ( drop ). Selalunya bahagian drop ini merupakan bahagian tandas ataupun dapur.

4)

Tiang

Tiang merupakan satu struktur bangunan yang dibina bagi menghubungkan lantai bawah dengan lantai tingkat atas dan seterusnya. Jadi, pembinaan acuannya iaitu kotak bentuk memerlukan ketelitian supaya tiang tersebut tepat pada tempatnya.

Kotak bentuk tiang akan dibina setelah selesai kerja-kerja pembinaan slab. Pembinaannya bermula dari setting out untuk mendapatkan titik tengah batang tiang. Tetulang akan dibina terlebih sebelum kotak bentuk dipasang berbeza dengan struktur rasuk yang menjalankan kerja-kerja pemasangan kotak bentuk terlebih dahulu sebelum memasang tetulang.

Biasanya acuan bagi struktur tiang ini mengandungi papan pendinding ( sheeting ) yang dipasang tegak mengikut bentuk tiang sama ada segi empat tepat, segi empat

sama, bulat, dan sebagainya. Ia dikukuhkan dengan pemasangan perembat ( yoles ) yang dipasang selari dengan pendinding kelihatan seperti anak tangga.

Cara pemasangannya pula sama seperti pemasangan kotak bentuk bagi struktur pile cap dan stump bagi tiang yang berbentuk segi empat. Bagi tiang yang berbentuk bulat pula, biasanya ia hanya mempunyai dua sisi dan kedua-dua sisi tersebut akan dipasang zink pada permukaannya. Untuk mengukuhkan lagi acuan tiang, kayu 1 x 2 akan digunakan sebagai pengikat atau perembat dan di bawahnya akan dipaku dengan paku konkrit. .

5)

Rasuk Tingkat Satu & Slab

Kotak bentuk bagi struktur rasuk tingkat satu, slab, dan lantai akan dibina serta di konkrit pada masa yang sama. Pembinaannya bermula setelah tiang siap dibuka acuannya. Untuk struktur ini ia memerlukan lebih banyak tenaga dan bahan mentah seperti papan lapis berbanding struktur tiang.

Pembinaan kotak bentuk bagi struktur ini dimulakan dengan pemasangan topi (biasanya menggunakan papan lapis) pada permukaan atas struktur tiang. Peranca besi ( scaffolding ) digunakan sebagai tupang untuk menahan kotak yang dalam pemasangan. Pemasangan peranca perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana ia akan menanggung beban yang berat.

Setelah peranca siap dipasang, kayu 4 x 2 akan dipasang di atas peranca yang berfungsi sebagai kerangka bagi acuan rasuk dan lantai. Kemudian papan lapis akan dipasang untuk bahagian bawah terlebih dahulu seterusnya bahagian tepi dan bahagian atas khas untuk lantai sahaja.

Pembukaan Kotak Bentuk

Pembukaan kotak bentuk merupakan kerja yang terakhir bagi menentukan sesuatu struktur binaan siap 100%. Ia dibuka dengan berhati-hati bagi memastikan permukaan konkrit tidak mengalami kerosakan seterusnya dapat menjaga kualiti konkrit tersebut.

Kotak bentuk yang hendak dijalankan kerja-kerja pembukaannya perlulah dipastikan terlebih dahulu akan pengerasan konkrit bagi struktur bangunan tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan konkrit cukup mengeras apabila dibuka.

Tempoh Pembukaan Kotak Bentuk : -

Bagi struktur yang tidak menanggung beban seperti tiang dan lantai bawah yang menggunakan Simen Portland biasa, tempohnya ialah 3 hari.

Bagi struktur yang menggunakan simen cepat keras pula tempoh pembukaannya hanya mengambil masa selama 2 hari sahaja

Lantai ( penyangga tidak ditanggalkan )

4 hari

Lantai ( penyangga ditanggalkan )

10 hari

Rasuk ( penyangga tidak ditanggalkan )

8 hari

Rasuk ( penyangga ditanggalkan )

21 hari

You might also like