P. 1
surat_PCG

surat_PCG

|Views: 18|Likes:
Published by aku_1215

More info:

Published by: aku_1215 on Feb 23, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/04/2013

pdf

text

original

KP.1573/17/Jld.

14 ( 4 ) 16 Oktober 2002 Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Sekolah) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Pendidikan Teknikal) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Pendidikan Khas) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Pendidikan Islam & Moral) Semua Pengarah Pendidikan Negeri

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 5 TAHUN 2002 PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA UNTUK SEKOLAH 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara pemberian Bantuan Per Kapita mata pelajaran dan bukan mata pelajaran kepada sekolah. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant-PCG) merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah yang bertaraf Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Ia meliputi PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. Selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa dalam sektor pendidikan masa kini, beberapa perubahan ke atas PCG perlu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan lancar. Di antara perubahan yang dicadangkan adalah menaikkan kadar PCG, menyusun semula kumpulan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran serta memudahkan tatacara tuntutan oleh pihak sekolah. Penyusunan semula kumpulan PCG juga akan memberi lebih fleksibiliti dan akauntabiliti kepada Pengetua/Gurubesar dalam menguruskan kewangan sekolah. Berdasarkan cadangan baru, kumpulan PCG mata pelajaran telah dikurangkan kepada empat (4) iaitu Teras, Wajib, Tambahan/Bahasa Asing dan Elektif. Manakala PCG Bukan Mata Pelajaran dikurangkan menjadi tiga (3) iaitu Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, serta LainLain Perbelanjaan Berulang Tahun/Lain-Lain Perbelanjaan Khas (LPBT/LPK)

2.2

1

Bagi tingkatan enam.Sekolah. sekolah berasrama penuh. Di samping itu. Bagi setiap mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.1 Kumpulan baru PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran bagi semua jenis sekolah ( sekolah rendah.Masalah Pendengaran Jadual 5(ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Rendah (Masalah Pembelajaran) Jadual 5 (iii) Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas Integrasi (Menengah) .Masalah Pendengaran Jadual 6(i) 2 . Kadar PCG seterusnya ditetapkan pada satu kadar mengikut kategori enrolmen murid dan disenaraikan seperti di Lampiran C mengikut jadual-jadual berikut:(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Pra Sekolah Jadual 1 Jadual 2 Sekolah Rendah Harian/Sekolah Rendah Sukan - Sekolah Menengah Harian/Sekolah Berasrama Penuh/ Sekolah Menengah Sukan Jadual 3 Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional Jadual 4 Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas Integrasi (Rendah) . sekolah sukan. ia perlu diletakkan di bawah kumpulan-kumpulan PCG yang bersesuaian.001 dan ke atas. 101 hingga 500 murid. 501 hingga 1. KADAR PCG MATA PELAJARAN DAN BUKAN MATA PELAJARAN Bagi memudahkan tuntutan dibuat oleh sekolah. untuk memudahkan tuntutan dan perekodan oleh pihak sekolah maka mata pelajaran yang ditawarkan dikategorikan secara pentadbiran sebagaimana kumpulan mata pelajaran tingkatan empat dan lima. sekolah teknik/vokasional. kategori enrolmen murid dikurangkan daripada lima (5) kepada empat (4) kategori sahaja iaitu kategori enrolmen murid 100 dan ke bawah. Lampiran B pula menggariskan maksud perbelanjaan bagi setiap kumpulan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran.000 murid dan enrolmen murid 1. 3. 3.Masalah Penglihatan Jadual 5(i) Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas Integrasi (Rendah) . sekolah pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi ) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti di Lampiran A. KUMPULAN PCG DAN MAKSUD PERBELANJAAN 3. surat pekeliling ini juga mengambilkira LPBT/LPK Asrama dan PCG bagi Aktiviti Pra Sekolah.2 4. sekolah menengah.

Urusan perolehan dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan. Tambahan/Bahasa Asing dan Elektif (dipecahkan mengikut jenis elektif). (ii) Sekolah Yang Tidak Menyelenggara Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (Bagi sekolah rendah dan menengah di Sabah. Tambahan/Bahasa Asing dan Elektif (dipecahkan mengikut jenis elektif).(i) (j) Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas Integrasi (Menengah) -Masalah Penglihatan Jadual 6(ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Menengah (Masalah Pembelajaran) Jadual 6 (iii) 5. Bagi sekolah rendah yang tidak bertaraf PTJ. Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) Bagi sekolah yang bertaraf PTJ. Sekolah akan mencatitkan jumlah yang diterima dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan mengikut kumpulan PCG yang ditetapkan iaitu Teras. Sekolah Berasrama Penuh serta Sekolah Pendidikan Khas di Sabah. Wajib. peruntukan PCG akan disalurkan melalui waran peruntukan kecil ke PPB/PPD mengikut kadar berdasarkan bilangan enrolmen murid yang telah ditetapkan. Wajib. PROSEDUR TUNTUTAN 5.1 Prosedur tuntutan PCG oleh sekolah terbahagi kepada dua (2) iaitu:(i) Sekolah Yang Menyelenggara Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (Semua jenis sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sekolah Teknik/Vokasional. Kementerian Pendidikan Malaysia. tuntutan PCG akan disalurkan ke sekolah melalui waran peruntukan kecil mengikut kadar berdasarkan bilangan enrolmen murid yang ditetapkan. Sekolah akan mencatitkan jumlah yang diterima dalam buku vot mengikut kumpulan PCG yang ditetapkan iaitu Teras. 5.2 Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) Sekolah ini perlu mengemukakan tuntutan PCG kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing yang akan seterusnya mengemukakan kepada Pejabat Pembayar bagi urusan pembayaran dan mengkreditkan terus ke dalam Akaun Sekolah berkenaan. Semua urusan perolehan dibuat oleh sekolah/PPB/PPD hendaklah mengikut peraturan kewangan dan perolehan yang sedang berkuatkuasa. 3 .

00 5.1 5.September Selepas September Peratus Tuntutan 100% 70% 50% 25% 4 .2 5.00 5.3. Borang tuntutan PCG tahun berkenaan hendaklah dikemukakan oleh sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya.5.00 750.3 Tuntutan PCG ditetapkan sekali setahun.5 Bagi sekolah/asrama baru yang dibuka selepas tarikh 1 Oktober.00 4.3.3.500.3.3.00 Jumlah (RM) 500.Jun Julai .4 *Jumlah tuntutan bagi 400 murid adalah = RM4. Tuntutan PCG tahun berkenaan adalah berdasarkan bilangan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan bilangan enrolmen murid pada tarikh sekolah tersebut beroperasi dan peratus tuntutan yang dibenarkan adalah seperti berikut :Sekolah Beroperasi Januari .00 250. Contoh perkiraan kadar PCG yang layak dituntut bagi mata pelajaran elektif Sastera Ikhtisas adalah seperti berikut:Mata Pelajaran Ekonomi Asas Perdagangan Prinsip Akaun Ekonomi Rumahtangga Jumlah Bilangan Murid 100 50 150 100 400 Kadar (RM) 5.00 5.3 Asas Tuntutan 5. tuntutan adalah berdasarkan bilangan murid yang mengambil setiap mata pelajaran dalam setiap kumpulan elektif.00 30.500.00 5.00 3. Bagi mata pelajaran elektif di sekolah menengah.Mac April .000.

Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tuntutan penyelarasan boleh dibuat sekali oleh sekolah yang mengalami pertambahan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan.5.6 Ketua PTJ yang telah ditetapkan mengikut sekolah adalah seperti berikut:i) ii) iii) Pengarah Bahagian Sekolah. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas. iv) v) 5. Jabatan Sekolah bagi Sekolah Berasrama Penuh . Jabatan Sekolah bagi Sekolah Sukan . Tuntutan penyelarasan ini perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai tahun semasa.1 Sekolah yang menyelenggara Akaun Kumpulan Wang Kerajaan dibenarkan membuat pindahan di antara kumpulan bantuan PCG mata pelajaran sahaja.2 Tuntutan penyelarasan bagi Aktiviti Pra Sekolah adalah tidak dibenarkan. Jabatan Pendidikan Teknikal bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional. Asrama dan Program Pendidikan Khas Intergrasi di sekolah Rendah dan Menengah Harian. 6. PINDAHAN BANTUAN PCG 7.7 Tuntutan oleh sekolah hendaklah menggunakan borang tuntutan PCG seperti di Lampiran D. TUNTUTAN PENYELARASAN 6.3. Tuntutan hendaklah menggunakan borang yang ditetapkan seperti di Lampiran E. Sekolah Menengah. Jabatan Pendidikan Khas bagi Sekolah Pendidikan Khas . Pengarah Bahagian Sukan. 5 .1 6.3 7.3. Lain-lain pindahan adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan daripada Ketua PTJ dengan mengisi borang pindahan seperti di Lampiran F. 6. dan Pengarah Pendidikan Negeri bagi Pra Sekolah. Sekolah Rendah.

4 Tahun 1995 (Pemberian Bantuan Kepada Pra Sekolah). Sebelum pemindahan bantuan PCG dibuat. 7 Tahun 2000 (Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah-Sekolah). dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 . Bagi mata pelajaran elektif.4 9. 7.3 8. Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan). Pengetua/Gurubesar dikehendaki menyelenggara dan mengemaskinikan rekod buku tunai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan setiap masa.2 Sekolah yang tidak menyelenggara Kumpulan Wang Kerajaan hanya dibenarkan membuat pindahan di antara kumpulan bantuan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran dengan kelulusan daripada Ketua PTJ dengan mengisi borang yang sama (seperti di para 7.7. Pengetua/Gurubesar adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan supaya baki di setiap ruangan mengikut bantuan di dalam Akaun Kumpulan Wang kerajaan tidak defisit. Pengajian Islam. Semua tuntutan PCG yang tidak dikemukakan dan tidak dibayar dalam tahun kewangan berkenaan akan luput dan tidak boleh dituntut dalam tahun berikutnya. Pengetua/Gurubesar hendaklah memastikan baki bantuan PCG selepas pemindahan mencukupi untuk menampung keperluan sehingga akhir tahun. Sains Tulen. 8.1).2 8. satu lagi rekod subsidiari perlu disediakan bagi setiap kumpulan mata pelajaran tersebut (contohnya. Satu rekod subsidiari perlu dibuat bagi mengawal peruntukan yang diberi kepada program tersebut mengikut kumpulan mata pelajaran dan bukan mata pelajaran. PERINGATAN 8. PEMBATALAN 9. Bantuan PCG yang telah dipindah keluar tidak dibenarkan pindah masuk semula atau sebaliknya bagi satu tahun kewangan.1 Dengan ini dimaklumkan bahawa surat-surat pekeliling berikut adalah dibatalkan:(i) (ii) Surat Pekeliling Kewangan Bil. Bantuan PCG bagi murid di bawah program pendidikan khas intergrasi hendaklah dibuat di ruang berasingan dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan dari murid biasa.3 8.1 Pengetua/Gurubesar diingatkan supaya memaklumkan kepada Ketua Bidang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Peringkat Sekolah mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima supaya perancangan perbelanjaan dapat dilakukan dan peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid sepenuhnya.

KPPM Y. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “TINGKATKAN PRODUKTIVITI KURANGKAN KOS” Saya yang menurut perintah. Bhg. KSU Y. (MAHANUM ABDULLAH) Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan b. TARIKH KUATKUASA 10. terima kasih. Sekian.10. Y.p Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia S. Bhg. TKSU (K&P) Akauntan Negara Malaysia Jabatan Akauntan Negara Akauntan Kanan Perbendaharaan Negeri : _______________________ Ketua Nazir Sekolah Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan SUB (Audit Sekolah) SUB (Audit Dalam) Ketua Akauntan 1 Ketua Akauntan 2 7 . Bhg.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa serta-merta.k.

Pegawai Yang Meluluskan . …………………………………………………… Tandatangan Pegawai Yang Menyediakan (UNTUK KEGUNAAN UNIT KEWANGAN PUSAT TANGGUNGJAWAB) PINDAHAN DILULUSKAN/ TIDAK DILULUSKAN ……………………………..LAMPIRAN F PERMOHONAN UNTUK AGIHAN SEMULA BANTUAN PERKAPITA (PCG) OLEH SEKOLAH KEPADA PUSAT TANGGUNGJAWAB Program/ Aktiviti/ Kod Sekolah Objek Sebagai/ Aktiviti Kecil/ Kod PCG Jumlah Dikurangkan (RM) Jumlah Ditambah (RM) JUMLAH CERAKINAN PERUNTUKAN PCG YANG HENDAK DITAMBAH MENGIKUT OBJEK SEBAGAI/AKTIVITI KECIL/KOD PCG BUTIR-BUTIR ANGGARAN SEMASA: (2003) (a) Peruntukan Semasa (b) Tambahan (Agihan Semula/Pindah Peruntukan) (c) Peruntukan Dipinda (a+b) (d) Perbelanjaan pada tarikh permohonan ini (e) Tanggungan yang belum selesai (f) Tanggungan yang diperlukan masa depan (g) Jumlah dikehendaki sekarang untuk tahun ini (d+e+f) RM RM RM RM RM RM RM Tarikh :………………….

1. Sila beri butir-butir seperti berikut: (a) Peruntukan Asal (b) Tambahan/Pengurangan (c) Perbelanjaan sehingga tarikh permohonan ini (d) Baki (e) Tanggungan (f) Sebab-sebab : RM RM RM RM RM * Format ini tidak boleh dipinda. . Sebab-sebab peruntukan tambahan dikehendaki dan asas-asas pengiraan jumlahnya. Nyatakan keadaan yang membolehkan lebihan peruntukan dikemuka untuk diagihkan. 2.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->