You are on page 1of 3

Pengajaran dari kisah Nabi Daud

NABI Daud a.s pernah mempunyai 99 orang isteri. Pada suatu hari,
baginda
yang juga menjadi raja, jatuh hati kepada seorang
wanita yang sudah mempunyai suami.

Ketika hasratnya untuk mengambil wanita itu menjadi isterinya


hampir
dilaksanakan, Allah S.W.T mengutuskan dua malaikat yang
menyerupai lelaki, bertemu baginda dengan membawa satu
permasalahan untuk
diadili.

Salah seorang `lelaki' itu berkata, dia mempunyai seekor kambing


betina
dan rakannya mempunyai 99 ekor kambing betina.
Bagaimanapun, rakannya itu telah memujuk beliau supaya memberikan

kambingnya yang seekor.

Mendengar cerita lelaki itu, Nabi Daud berkata: ``Sesungguhnya


dia (lelaki
yang mempunyai 99 kambing) telah berbuat zalim
kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambah kepada
kambingnya.
Dan sesungguhnya kebanyakan daripada
orang-orang yang bersyarikat itu sebahagian mereka berbuat zalim
kepada
sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amal soleh.''

Selepas lelaki-lelaki itu beredar, barulah Nabi Daud a.s tersedar


bahawa
apa yang disampaikan oleh lelaki berkenaan adalah mesej
daripada Allah mengenai kesalahannya mahu mengambil isteri orang
walaupun
sudah mempunyai 99 isteri. (Pada zaman Nabi Daud
belum ada syariat beristeri hanya empat)

Maka Nabi Daud terus menyungkur sujud dan memohon taubat kepada
Allah di
atas kesilapannya. Allah mengampuni Nabi Daud
dan berfirman: ``Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu
pemerintah di
muka bumi, maka berilah keputusan di antara
manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,
kerana ia
akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya
orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat
kerana
mereka melupakan hari perhitungan.''

Kisah Nabi Daud ini terkandung dalam surah Shaad (38) ayat 17
hingga 26.

Pengajaran

Salah satu pengajaran daripada kisah Nabi Daud itu ialah kita
dikehendaki
berlaku adil, khususnya bagi mereka yang menjadi
pemimpin. Sesiapa yang tidak berlaku adil pasti akan menerima
azab sama
ada di dunia atau akhirat.

Lawan perkataan adil ialah zalim. Sejarah telah membuktikan


bahawa sesiapa
yang zalim akhirnya pasti akan menerima azab di dunia
ini. Berdasarkan keterangan ayat-ayat Quran tersebut, Allah
memperjelaskan
bahawa manusia tidak dapat berlaku adil jika tunduk
kepada hawa nafsu.

Mualim merujuk kepada ayat-ayat ini kerana secara kebetulan


membacanya
ketika dua peristiwa mendapat perhatian media.

Pertama ialah kempen `Satu Suami Satu Isteri' yang dipelopori


oleh
kumpulan Sisters In Islam. Mualim tidak mahu mengulas
panjang tentang perkara ini kerana ia sudah mendapat liputan yang
meluas,
termasuk kenyataan daripada para mufti.

Cuma yang ingin diperingatkan kepada kaum lelaki yang mahu


berpoligami,
berlaku adillah sebagaimana yang Allah tuntut. Jika
tidak adil, tanggunglah azabnya di dunia lagi.

Kepada kaum wanita pula, Mualim teringat kepada satu hadis yang
menyatakan
bahawa Rasulullah pernah bersabda bahawa lebih
banyak wanita menjadi penghuni neraka. Ditanya para sahabat
apakah
puncanya. Rasulullah menjawab bahawa puncanya ialah
kerana banyak wanita tidak mentaati suami mereka.

Satu lagi perkembangan yang mengingatkan Mualim kepada isu


keadilan ialah
serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq sekarang.
Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa apa yang dilakukan oleh
Presiden
George W. Bush itu amat zalim.
Dunia dipercayai akan semakin bergolak ekoran perang Amerika dan
sekutunya
ke atas Iraq itu. Bush dan Amerika pasti akan
menerima azab di atas kezaliman mereka ini. Cuma lambat atau
cepat sahaja.

Sebaliknya jika Saddam juga melakukan kezaliman semasa


pemerintahannya,
serangan ke atas Iraq ini merupakan azab ke atasnya.
Mudah-mudahan beliau sudah bertaubat, jika benar beliau melakukan

kezaliman.

Apa yang berlaku wajar menjadi pengajaran kepada kita rakyat


Malaysia,
khususnya para pemimpin. Tegakkan keadilan dan
jangan melakukan sesuatu atas dorongan hawa nafsu.

Jika memimpin mengikut hawa nafsu, tanggunglah azab yang akan


menimpa.
Dibimbangi azab ini juga akan menimpa orang-orang
yang dipimpin kerana mereka turut membiarkan kezaliman.

Mudah-mudahan negara kita terpelihara daripada pemimpin yang


tidak adil
dan zalim. Semoga Malaysia terus aman dan makmur.
Terpulanglah kepada kita.

You might also like