PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

EDU 3103-MURID & ALAM BELAJAR

PENGENALAN
y Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang

penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998)

PENGENALAN«samb
y Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Jenis-jenis bermain.
Solitary Play ( bermain seorang diri )- suka bermain seorang diri dan jarang bergaul dengan org lain. 2. Parallel Play ( bemain bersama-sama)- suka bermain bersama-sama dan bercampur dengan kumpulan yang mempunyai minat yang sama 3. Associate Play ( bermain gabungan)- bermain dalam kumpulan dalam masa yang sama mereka bergabung dengan kumpulan yang lain 4. Cooperative Play (Bermain bekerjasama)- mampu bekerjasama dengan orang lain semasa bermain
1.

y Menurut Caplan 1973, main sebagai penentu panting

bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah tekateki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya.

y Selain itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-

kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokkan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanakkanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas daripada segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin,Fein, dan Vendenberg (1983).

y Dalam

membincangkan ciri-ciri bermain, mereka menyebut : Pertama : main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua : Ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta. (Fergus, 1995,2)

y Mengikut

Vygotsky (1967), ´main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.

y Jerome Singer (Spodek 1987), menganggap ´imaginative

playµ sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanakkanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

y Secara

ringkasnya aktiviti bermain dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu.

PENDEKATAN
y Pendekatan membawa maksud kaedah iaitu cara-cara

atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan serta melaksanakan tugas bagi mengatasi masalah.

BELAJAR MELALUI BERMAIN
y Menurut Mok Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan

dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Permaian merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima.

BELAJAR MELALUI BERMAIN«samb
y Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan

pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.

PROSES PEMBELAJARAN
y Menurut Kamus Dewan (1970), pembelajaran ialah

proses belajar dan menerima pengetahuan daripada pengajaran guru. Melalui pembelajaran secara formal, seorang kanak-kanak akan mengguna dan menajamkan deria penglihatan, pendengaran, rasa hidu dan sentuh. Mereka juga dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya sesuai dengan minat dan daya kreatif mereka.

PRASEKOLAH
y Dikenali juga dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak

termasuk istilah ¶kindergarten· dan ¶nursery·. Dalam Kamus Dewan (2002), menyatakan prasekolah ialah situasi di mana kanak-kanak sebelum memasuki sekolah atau tadika/tabika.

KESIMPULAN
y Berdasarkan huraian dalam bab ini, permainan merupakan

aktiviti yang paling penting untuk kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak belajar melalui permainan kerana permainan merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Ada pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi permainan. Melalui permainan mereka dapat mempelajari peranan-peranan individu mereka.

KESIMPULAN«samb
y Kedua, telah didapati kanak-kanak mempunyai tenaga

berlebihan dan kita dapati kanak-kanak sentiasa bermain sama ada di dalam ataupun di luar tadika. Menurut teori Cathartic, adalah dipercayai kanak-kanak menggunakan permainan sebagai cara menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta mengurangkan ketegangan. Menurut Piaget pula, permainan merupakan peranan asimilasi, iaitu kanak-kanak boleh menerima maklumat yang membantu perkembangan melalui permainan.

BELAJAR MELALUI BERMAIN
y Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pnp kerana melalui bermain mereka dengan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi.

BELAJAR MELALUI BERMAIN«samb
y Oleh itu, penekanan kepada pendekatan ini, menjadikan proses

pnp itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara krestif dan inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang menggembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggaran masa bermain.

y Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung) 1979,

menitikberatkan bermain bagi kanak-kanak kerana dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka disamping menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain boleh kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan.

y Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan

murid-murid. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan terpenting sekali ialah, permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid. Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu, bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta serta konstruktif dan diharap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.

MAIN DALAM KURIKULUM
y Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan

dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti : - Main yang terancang - Main yang bersturktur - Main yang fleksibel - Memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif

MAIN DALAM KURIKULUM«samb
y Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain, sambil

belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main sama ada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh manjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan ´Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problem may have multiple solution.

y Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam

main. Antaranya ialah : - Menggalakkan imaginasi - Memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba - Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial - Membina keyakinan diri - Berorientasikan proses bukan hasil

y Dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan

jenis bahan seperti , bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajdi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

TREND IKUTAN ABAD KE 21
y Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan

prasekolah, kanak-kanak telah menjadi topik perbualan penting terutamanya jika isu pendidkan ditimbulkan. Isu kanak-kanak telah menjadi fokus utama untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapa mahupun pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend sebegini telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan pengurusan bilik darjah prasekolah, khususnya dalam konteks di Malaysia.

TREND IKUTAN ABAD KE 21«samb
y Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai

panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan untuk proses pembelajaran kanak-kanak tidak begitu nampak ketara penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex. Inilah yang menjadi isu kepada ketidakseragaman amalan pnp dan kurikulum dipelajari oleh kanak-kanak di mana-mana prasekolah yang wujud. Mahupun wujud perbezaan ini, aktiviti bermain sentiasa dianggap sesuatu yang perlu wujud tidak mengambil kita jenis tadika, bilangan guru berkelayakan dan lain-lain.

y Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah

merupakan program tidak formal untuk murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bertujuan untuk menyediakan murid dengan kehidupan seharian dan juga persediaan untuk menghadapi pendidikan formal sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan terutama bermain sambil belajar di samping pendekatan bersepadu, dan bertema serta ICT. Garis panduan yang sedemikian di dalam kurikulum prasekolah kebangsaan menampilkan satu persamaan iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan. Jelas sekali pendekatan yang digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain digunakan oleh guru yang kadang kala sebagai aktiviti yang dianggap banyak membuang masa kanak-kanak oleh sesetengah pihak.

y Kepentingan bermain dalam dunia pendidikan kanak-

kanak khususnya di prasekolah memerlukan orang dewasa sebagai individu yang bertanggungjawab dalam kehidupan belajar kanak-kanak. Salah satu peranan penting ialah mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang dan merangsang minda serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting bagi kita menggunakan kemahiran yang boleh membantu kanak-kanak untuk melaksanakan tanggungjawab kita dengan baik.

y Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap maklumat sejak dia

dilahirkan (Maria Montessori). Maklumat-maklumat itu sebahagian besarnya diperolehi daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembelajaran awal kanak-kanak mereka, dan peranan mereka sebagai guru adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bermain kanak-kanak boleh dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek dan emosi kanak-kanak (Singer 1973; Dun dan Wooding 1977). Suatu kajian berskala kecil (Manaf, Norimah, Sharifah, Wong 2007) yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar sarjana pendidikan awal kanak-kanak di bawah penyeliaan penulis telah membuktikan bahawa penglibatan positif ibu bapa dapat meningkatkan daya kekreatifan kanak-kanak. Begitu juga dalam kajian oleh Swadener dan Hohnson (1989) yang telah membuktikan pendapat yang sama.

KEPENTINGAN MAIN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK y Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain.Antara beberapa aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain ialah main darama, menyanyi, berlakon, dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000).

KEPENTINGAN MAIN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK y ´Drama build positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answerµ y Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan ekspresi kreatif mereka. Di samping itu darama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller 1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak yang bermakna.

y Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah

satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersil. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor di samping memupuk nilai estetika.

y Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi

aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhem & Edmiston (1998), ´In creative drama children act ¶as if· their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thought, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audienceµ.

y Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya

bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah (Jensen 2000,2001; Shore 1997;Christie 2001;Frost & Wortham 2001). Kajian mereka menyatakan play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures and a means by which all children practice skills they will need in later life. Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanakkanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan perkembangan yang tertentu.

PERKEMBANGAN FIZIKAL
y Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat

dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktiviti-aktiviti menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk 1995, Fromberg 2002, Holes & Geiger 2002, McCune & Zanes, 2001, Murata & Maeda 2002, Santrock 2003)

PERKEMBANGAN SOSIAL & EMOSI
y Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus

kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial serta emosi kanak-kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis & Berk 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi dan belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkonsi kuasa.

PERKEMBANGAN KOGNITIF
y Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif

antara main dan pembelajaran kanak-kanak (Kumar & Harizuka,1998; Lieberman 1977). Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (McCune & Zanes 2001 : Smilansky & Shifatya, 1990); kreativiti & pemikiran divergent (Dansky, 1980; Holmes & Geiger 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) (Burns & Brainerd, 1979); memori (Jensen, 1999, 2000; Garder 1993)

y Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran

melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel & Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain. Namun, jika main untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran ia akan meninggalkan kesan negatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

PERANAN GURU DALAM MENGGALAKKAN MAIN
y Marison 1995 menegaskan bahawa dalam menjayakan

sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.

PERANAN GURU DALAM MENGGALAKKAN MAIN
y Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003),

sebagai langkah awal untuk memastikan aktiviti main dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti : - Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak. - Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuiakan diri secepatnya dan menjadi fleksibel kepada perubahan.

- Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. - Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin akan berasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.

- Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang ¶belajar sepanjang hayat· di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisme dan menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.

IMPAK PENDEKATAN BERMAIN SAMBIL BELAJAR
y Pengukuhan kemahiran konsep-konsep

pembelajaran dari umum ke spesifik (konkrit ke abstrak) y Mengukuhkan perkembangan fizikal y Penguasaan kemahiran manipulatif y Menguasai daya reka cipta serta konstruktif y Melahirkan dan menyatakan perasaan y Menjadikan murid lebih berdisiplin. y Mendidik cara memimpin dalam kumpulan

SEKIAN«TERIMA KASIH

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful