You are on page 1of 4

CONTOH REFLEKSI AKTIVITI SUKAN TAHUNAN GERKO

RELEKSI Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan PULAPAH telah diadakan pada pagi hari Khamis, 22 FEBRUARI 2007. Ini adalah temasya sukan sekolah yang pertama saya ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang dirancang. Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh guruguru S.K.PULAPAH. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program dan sebagainya membantu melancarkan temasya sukan sekolah. Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan. Idea-idea yang diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan murid semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Kerjasama kakitangan sekolah dalam bermesyuarat membantu guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku program dengan lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang remeh sehingga menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku program tersebut. Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah dan pihak PULAPOL mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra. Contohnya apabila pihak sekolah memohon bantuan untuk menggunakan tenaga pengadil PULAPOL dan bantuan kecemasan dari Pusat Kesihatan PULAPOL untuk temasya ini, memandangkan kakitangan sekolah yang tidak mencukupi, dengan jemputan ini, ia mendatangkan beberapa faedah yang sangat penting bagi menjalinkan satu ikatan silaturahim antara warga S.K.PULAPAH dan warga PULAPOL di samping mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru. Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat memuaskan. Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu murid-murid agar lebih bersedia pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru ini juga menaikkan semangat murid-murid untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara. Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan untuk melangkah keperingkat yang lebih tinggi, samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah adalah antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga pengajar dan kakitangan

pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah mengelola sesuatu aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak PULAPOL. Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatan-alatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk acara lontar peluru. Kerosakan alatan rosak yang mana memerlukan penggantian semula dengan alatan yang baru. Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara juga menjadi satu masalah apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis sehingga terpaksa meminjam daripada Pusat Latihan Polis Air Hitam (PU:LAPOL). Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama memandang serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik. Dari segi kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah beberapa orang guru terutamanya bagi mata pelajaran matematik dan sains, dengan penambahan ini bukan sahaja masalah kekurangan guru matapelajaran dapat diatasi malah tenaga mereka ini boleh digunakan untuk majlis-majlis sekolah contohnya temasya sukan sekolah. Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila hari berkenaan. Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap sekolah, namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain. Kekurangan ini perlu diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir kerana ia sangat penting apabila sekolah ingin mengelola sesuatu majlis. Sungguhpun begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini, temasya sukan kali pertama ini cukup membantu saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan untuk masa-masa akan datang.

Pengelolaan Aktiviti Kem Bestari Solat

Fasa sebelum pelaksanaan Kem Bestari Solat Kem Bestari Solat Sekolah Kebangsaan Subang telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat 4 kali dalam setahun dengan jayanya.Kem ini dilaksanakan bermula pada peringkat Amali Wudhuk sehingga Amali Solat. Kem ini adalah bertujuan memberi pendedahan yang terperinci mengenai cara-cara pelaksanaan ibadah solat kepada murid dan memastikan murid dapat menyempurnakan ibadah tersebut dengan betul dari segi bacaan, amali, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Kem ini juga dibantu oleh semua Guru-guru Pendidikan Islam , Guru-guru j-QAF dan Guru-guru akademik. Kem Bestari Solat peringkat ke 4 ini telah diadakan pada 18hb oktober 2008.Sebelum pelaksanaan kem tersebut,satu mesyuarat telah diadakan pada 8hb oktober 2008 di Bilik Wawasan SK Subang.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hajjah Zaidah Bt Mustafa.Satu kertas kerja telah dibentangkan untuk makluman kepada guru-guru yang terlibat dalam kem tersebut.Pengerusi juga memberi penjelasan terhadap bidang tugas semua Jawatankuasa Kerja yang terlibat dan menasihatkan agar mereka yang terlibat melakukan tugasan yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.Sejumlah RM3904.00 anggaran perbelanjaan diperuntukan untuk kem ini.Pihak sekolah juga telah menjemput YDP PIBG, Pn. Mariati Bt Radwan untuk perasmian penutup Kem Bestari Solat ini. Pada 15hb oktober 2008,Ketua fasilitator,Pn. Dalilah Bt Othman telah membuat taklimat ringkas kepada semua fasilitator yang terlibat dalam kem Bestari Solat ini.Beliau mengingatkan guru guru yang tidak dapat hadir pada hari tersebut perlu memberi surat tunjuk sebab dan mencari orang lain sebagai penggantinya.Ini bertujuan mengelakkan kecelaruan pada hari Kem tersebut berlangsung.

Fasa semasa pelaksanaan Kem Bestari Solat Kem Bestari Solat peringkat ke 4 dilaksanakan selama setengah hari. bermula jam 8.00 pagi, pendaftaran oleh Panatia Pendidikan Islam dibuat di dewan sekolah. Alhamdullilah, kehadiran melebih 90% yang hadir.Murid dikehendaki beratur di tapak perhimpunan . Kemudian, kami fasilitator diberi kumpulan dan diberi modul ringkas.

Tepat pada pukul 8.30 pagi,semua murid dan fasilitator bergerak ke kelas yang telah ditetapkan.Latihan dalam Kumpulan (LDK ) pertama yang di jalankan ialah Niat dan amali wudhuk.Murid diajar secara teori dahulu di kelas masing-masing selama lebih kurang 1 jam sebelum dibawa ke kolam untuk amali wudhuk.Bilangan murid yang kurang daripada 10 orang untuk seorang fasilitator memudahkan fasilitator mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid.Setelah itu murid diberi rehat selama setengah jam untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak kantin sekolah. Pada pukul 10.00 pagi,LDK 2 dimulakan.Ia terdiri daripada Niat,Bacaan dan Perlakuan Solat yang dijalankan di kelas masing-masing seperti LDK 1 tadi.Disini fasilitator menggunakan kaedah latih tubi agar murid dapat melakukan Niat,Bacaan dan Perlakuan solat dengan betul dan lancar. Tepat pukul 11.30 pagi acara perasmian penutup telah diadakan di dewan SK Subang.Upacara ini dimulai dengan bacaan Doa oleh ustaz Khairuddin Bin Ismail dan diikuti dengan bacaan Al-Quran serta oleh wakil murid tahun 1.Guru Besar SK Subang,En. Norhadi B. Abd. Karim memulakan ucapan diikuti dengan ucapan oleh YDP PIBG Pn. Mariati Bt Radwan.Pihak sekolah juga telah memilih 10 orang murid cemerlang dalam kem Bestari Solat kali ini.Manakala murid-murid yang lain diberi saguhati sumbangan dari sebuah badan swasta.Majlis di akhiri dengan persembahan 2 buah nasyid oleh murid murid dari kelas 1 Dinamik.Kem Bestari Solat kali ke-4 ini bersurai pada pukul 12.30 tengahari.

You might also like