You are on page 1of 29

4.

1 PSIKOLOGI SUKAN
DEFINISI Psikologi ; cabang kajian saintifik tentang perlakuan dan tingkah laku manusia ( Wann,1997) Psikologi Sukan ; bidang kajian saintifik utk melihat kesan serta pengaruh terhadap perlakuan fizikal, afektif, koginitf ( Wann,1997).

PERANAN PSIKOLOGIS SUKAN

Penyelidik Psikologi Sukan Ahli psikologi sukan klinikal

Pendidik Psikologi Sukan

Apakah peranan itu ?


Penyelidik Psikologi Sukan menyelidik serta menambahkan pengetahuan tentang bidang ini. Pendidik Psikologi Sukan mengajar kemahiran psikologi serta bidang akademik dan melakukan kajian untuk menambahkan pengetahuan dlm bidang in. Ahli psikologi sukan klinikal membantu atlit menyelesaikan masalah yang bersifat klinikal seperti aneroxia dan patologikal. Lazimnya bersifat peribadi.

Kaitan Antara Psikologi Sukan dengan Prestasi


Kognitif Tafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti Emosi Kesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang telah dilakukan. Ianya akan meningkatkan atau menurunkan prestasi atlit. Fizikal ( perlakuan / psikomotor ) - Tindakan yang lhir dari tafsiran serta perasaan atlit.

4.2 MOTIVASI
Definisi Arah dan intensiti usaha seseorang individu ( Sage, 1977) Arah mendekati atau mengelakkan diri dari situasi tertentu. Intensiti usaha takat usaha seseorang untuk mendekati atau mengelakkan diri dari situasi tersebut.

SUMBER
Intrinsik - berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti. Ekstrinsik berdasarkan ganjaran orang tersayang, persekitaran.

MOTIVASI DAN GANJARAN


a)

Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik spt tropi, anugerah sukan atau biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit, dpat meningkatkan motivasi intrinsik atlit. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik seperti puijan atau senyuman jurulatih yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit dapat meningkatkan motivasi intrinsik atlit.

b. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik spt tropi, anugerah sukan ataupun biasiswa sukan yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit tersebut akan mengurangkan motivasi intrinsik dan keseronokan atlit. Pemberian ganjaran berbentuk intrinsik spt kata semangat atau perangsang yang ditafsir sebagai mengawal atlit akan mengurangkan motivasi intrinsik dan keseronokan atlit.

KEMAHIRAN MEMOTIVASIKAN DIRI


Dua teknik

Penetapan matlamat perlakuan

Kata-kata rangsangan diri

Apa Penetapan Matlamat ?


Satu proses koginitf yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa di nilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.

TIGA TAHAP PENETAPAN MATLAMAT


a)

Matlamat Jangka Panjang - matlamat terakhir dalam perancangan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.

b) Matlamat Jangka Sederhana - Matlamat pertengahan dalam perancangan untuk menilai sama ada atlit atai pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir.

c) Matlamat Jangka Pendek


- matlamat harian atau mingguan yang digunakan

untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang. - Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin utk memotivasikan individu tersebut di samping menjadi panduan utk menilai sama ada yang dirancangkan menepati matlamat.

b) Kata Kata Rangsangan Diri


- kata-kata perangsang atau perkataan yang

digunakan utk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensiti usaha seseorang inidividu / pasukan.Cth : Malaysia Boleh. - atau perkataan yg menggambarkan ciri-ciri tertentu.cth: Berjuang spt harimau - atau kata-kata hikmat. Cth: Youre the best, Challenger ! Serta doa.

4.3 KEBIMBANGAN
DEFINISI Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekatan ( Levitt, 1980)

Kesan Fisiologi Kebangkitan


Peningkatan kadar denyutan nadi Pernafasan yang cepat / tidak teratur Menggeletar Tumpuan terganggu / sempit Otot-oto mengecut Berpeluh / gelisah

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
a)

Kebimbangan berasaskan tret. - ciri-ciri personiliti individu. Cth ; atlit yang semulajadi mempunyai darah gemuruh yang tinggi. - atlit ini akan mentafsir rangsangan di persekitaran sebagai mereka yang menggugat diri mereka.

b) Kebimbangan Seketika

- merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari tafsiran indiividu terhadap rangsangan yg terdapat di persekitarannya pad waktu itu. - prestasi akan menurun dengan peningkatan tahap kebimbangan

PROSES TAFSIRAN KEBIMBANGAN


Rangsangan - perkara di persekitaran yang memberikan kesan kpd individu. Cth: sorakan penonton, cuaca ataupun pesaing yang terlibat. b) Tafsiran - analisis individu terhadap rangsangan yang dihadapi. Tafsiran boleh bersifat postiif atau negatif. c) Perlakuan - tindakan yg diambil berdasarkan kpd tafsiran yg di buat.Cth : atlit yang merasa berpeluang menang acara 100 meter akan berusaha melakukan atau sebaliknya.
a)

KEMAHIRAN MENGAWAL KEBIMBANGAN

Terapi pernafasan Relaksasi Pemusatan (centering ) Visualisasi

Terapi Pernafasan
Teknik : menarik satu nafas yg panjang dan menghembuskannya perlahanlahan.Lakukan berulang kali sehingga tenang. Tujuan : menghasilkan rasa tenang.Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan kebimbangan situasi.

Pemusatan ( Centering )

Teknik : menarik nafas panjang spt terapi pernafasan serta menumpukan perhatian (pemusatan ) kpd titik di belakang pusat dan tengah badan kita. Lakukan dalam keadaan berdiri. Tujuan : melahirkan ketenangan serta meningkatkan konsentrasi. Berkesan utk mengurangkan kebimbangan tret dan situasi.

Relasksasi
Teknik : Mengecut dan merelekskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring. Tujuan : Mengurangkan tekanan serta ketegangan otot dgn memfokus kpd rasa otot tersebut. Berkesan untuk mengurangkan kebimbangan tret dan situasi.

Visualisasi
Teknik : Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan atau bimbang. Tujuan : menurangkan kebimbangan tert dan situasi.

4.4

ATRIBUSI

DEFINISI Bagaimana seseorang individu cuba untuk menjelaskan, memahami serta menjangka sesuatu situasi berdasarkan kpd persepsi kognitif. Ia merangkum persepsi dan tafsiranterhadap situasi yang telah berlaku. di akhir sesuatu proses pencapaian, seseorang individu akan mencari penyebab kpd pencapaian pereka yang berjaya atau gagal.

Dimensi Penyebab Atribusi

Lokus Penyebab ( locus of causality)

Kestabilan ( stability )

Kebolehkawalan ( controllability)

LOKUS PENYEBAB ( LOCUS OF CAUSALITY ) sesuatu yang berlaku ditafsirkan sebagai berpunca dari faktor dalaman atau luaran individu tersebut. Cth : seorang gimnas gagal dalam acaranya, melihat kegagalan tersebut berpunca dari kekurangan kemahiran (dalaman) atau kerana alatan yang kurang sempurna (luaran).

Kestabilan (Stability )
merujuk kpd kestabilan faktor penyebab dlm tempoh masa tertentu. Cth: Jika gimnas dpt meningkatkan kemahiran (tak stabil), mungkin ianya akan berjaya. Cth: Jika gimnas tadi mengatributkan kejayaan beliau kpd kestabilan yang tinggi ianya akan mendapat kejayaan.

Kebolehkawalan (controllability)

Kebolehkawalan merujuk sama ada faktor penyebab berada di dalam atau di luar kawalan individu tersebut. Cth : kes gimnas tadi, kekurangan kemahiran merupakan elemen di dlm kawalan sementara alatan merupakan elemen di luar kawalan gimnas tersebut.

KESAN ATRIBUSI
Perubahan lokus kawalan dari dalaman ke luaran

boleh mengurangkan kesungguhan ataupun daya saing seseorang individu. Individu yg mempunyai tahap motivasi pencapaian yang tinggi lazimnya mempunyai atribusi dalaman yang tinggi. Jurulatih perlu meningkatkan keyakinan serta keupayaan diri atlit dgn membuat atribusi yg sesuai apabila berjaya atau gagal dlm sesuatu tugasan : Kejayaan dikaitkan dgn penyebab yg stabil dan dalaman, sementara kegagalan dikaitkan dgn penyebab yg tidak stabil dan dalaman.

You might also like