P. 1
Kamus Dewan K

Kamus Dewan K

|Views: 784|Likes:
Published by AmirulDaniel Sabri

More info:

Published by: AmirulDaniel Sabri on Feb 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/22/2012

pdf

text

original

k huruf ke-11 dlm abjad Rumi. K simbol kimia bagi kalium. ka kep kaki sbg unit ukuran (12 inci).

Kaabah bangunan suci berbentuk kiub yg terletak di tengah-tengah kota Mekah yg menjadi kiblat solat dan tempat bertawaf umat Islam pd waktu menunaikan ibadah haji dan umrah. Kaabatullah kabab Kaabah. kaba ark Mn cerita, dongeng. kebab. kabak sj tumbuhan (herba yg dijadikan sayur), Tetragonia expansa. kabaret (kabarét) 1. persembahan hiburan spt muzik, nyanyian, tarian, dsb) di kelab malam atau restoran; 2. kelab malam atau restoran yg menyediakan persembahan hiburan spt nyanyian, tari-menari, muzik, dsb: Henry yg baru belajar berdansa akan pergi ke ~ utk mencuba-cuba kebolehannya. kabau 1. sj tumbuhan (pokok), cincang, cungkil, semincang, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), jering balau, jering hutan, kacang tupai, Pithecellobium ellipticum; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), geretak, geronyong, merbung jantan, Turpinia pomifera.

kabeh (kabéh) Jw ark semua. kabel 1. tali yg tebal dan kuat yg diperbuat drpd sejumlah dawai yg dipintal; 2. berkas dawai bertebat yg digunakan sbg pembawa mesej telegraf dsb; ~ sepaksi sj kabel utk menghantar isyarat frekuensi radio; pekerja ~ orang yg kerjanya memasang kabel. kabil; berkabilan berawas-awas; berserah ~, (berpesan berturuti) prb tidak sepenuhnya mempercayai orang yg diamanahkan. kabilah Ar suku bangsa, kaum: permusuhan dan persengketaan antara keluarga dan keturunan, ~, suku dan bangsa; ~ Quraisy. kabin 1. bilik dlm kapal, bot, dsb yg digunakan sbg pejabat atau tempat tidur; 2. bahagian dlm kapal terbang tempat membawa penumpang; 3. binaan sementara yg dijadikan sbg pejabat, tempat tinggal, dsb sementara di tapak bina bangunan. kabinet (kabinét) I 1. badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara yg terdiri drpd para menteri kerajaan yg memerintah, jemaah menteri: satu sidang ~ dipercayai telah membincangkan mogok kereta api itu; 2. Id jabatan (terutama bagi presiden, perdana menteri dll): ~ Perdana Menteri; ~ kerja = ~ keahlian Id kabinet yg menteri-menterinya terdiri drpd pakar-pakar dlm sesuatu urusan kenegaraan; ~ koalisi Id kabinet yg menteri-menterinya merupakan ahli atau pemimpin dr beberapa parti (politik); ~ nasional Id kabinet yg terdiri drpd menteri-menteri yg mewakili sebahagian besar drpd parti-parti (politik); ~ parlementer Id kabinet yg menteri-menterinya dikemukakan oleh parlimen.

kabinet (kabinét) II 1. almari kecil yg bertingkat atau berlaci tempat menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dsb: Saidin berdiri mengambil fail-fail dr dlm ~; 2. sj perabot (spt almari dsb) tempat menyimpan pinggan mangkuk dll. kabir I; mengabir meraih, menarik, mengaut. kabir II Ar besar; alam ~ alam yg besar. kabisat Ar; tahun ~, sanah ~ tahun yg jumlah harinya sehari lebih drpd tahun biasa. kabit penyeluk saku, tukang copet. kaboi sj kumbang. kabriolet (kabriolét) motokar penumpang yg boleh dibuka bumbungnya. kabu-kabu 1. sesuatu yg lembut dan kelihatan spt kapas (biasanya digunakan sbg pengisi bantal, tilam, dsb), kapuk; 2. sj tumbuhan (pokok), randu, Ceiba pentandra; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), cengkering, kekabu jawa, membuluh, Zanthoxylum myriacanthum. kabui Kd kumbang tanduk. kabuki (Jepun) drama tradisional Jepun yg berdasarkan legenda popular dan semua wataknya dimainkan oleh pelakon lelaki. kabul 1. = terkabul terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; 2. = ~ akan mempersetujui, setuju dgn, meluluskan: ~lah ia akan kehendak hamba; 3. = ~ pd dipersetujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara; mengabulkan memperkenankan (permohonan doa, kehendak, dsb), mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini; pengabulan perihal mengabulkan (permintaan dll);

pengabul bersifat sedia mengabulkan sesuatu doa, permintaan dsb (bkn Allah): Allah yg maha pengasih dan maha ~. kabuli; nasi ~ sj nasi yg bercampur dgn berbagai-bagai lauk dan rempah. kabung I = perkabungan kain putih yg dililitkan pd kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dll); berkabung 1. memakai kabung (tanda berdukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya; perkabungan 1. pakaian (kabung dll) yg dipakai semasa berkabung; 2. perihal, perbuatan atau keadaan berkabung: hari ini ialah hari ~ orang Melayu amnya kerana kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. kabung II ukuran panjang yg sama dgn 4 hasta (kira-kira satu depa). kabung III sj tumbuhan (palma), enau, Arenga pinnata: gula ~. kabung IV Mn kerat, penggal; ~ tiga kerat tiga; mengabung mengerat, memotong, memenggal; mengabung-ngabung memenggal-menggal. kabupaten (kabupatén) Id 1. daerah yg dikepalai oleh seorang bupati; 2. pejabat (rumah) bupati. kabur I 1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang terang (bkn penglihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~ mengerat-ngerat, memotong-motong,

nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak atau kurang jelas (maksudnya, kandungannya, dsb), tidak nyata, samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg indah itu menjadi ~ dan samar-samar; mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~; mengaburi menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad; mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat); kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~; kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar. kabur II Kl sj kumbang kelapa. kabur III Jk lari, melarikan diri. kabus 1. wap air yg kelihatan spt asap yg berada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis; 2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita; berkabus dilindungi atau dilitupi kabus; mengabusi membuat supaya berkabus. kabut I 1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan;

jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa mengerjakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~ , teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita; berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram; kekabutan keadaan kabut. kabut II; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll); kebut II. kaca I 1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn melakurkan pasir silika, oksida logam dan bahanbahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya; ~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai semasa terkena hentaman (mis kaca utk cermin kereta); ~ mata a) cermin mata; b) penglihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa;

berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca melihat muka (diri sendiri) dlm cermin, bercermin: bersolek sambil ~; 3. = berkaca-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali; memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri. kaca II muka surat, halaman (buku dll). kacak I 1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2. angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib; mengacakkan menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya; kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam. kacak II Pr; berkacak berpijak, berdiri: panglima kecil madu suara, Awang kecil akal melela, yg ~ di awan-awan, yg bergantung di angin lalu. kacak III Mn; berkacak; ~ pinggang bercekak pinggang; mengacak memegang (mengangkat) utk mengetahui berat sesuatu; ~ galas ark a) mengangkat galas; b) ki berdagang; ~ lengan mengangkat lengan (hendak berkelahi); dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb perihal orang yg merasa dirinya sudah cukup dlm segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain).

kacam sj tumbuhan (pokok memanjat), asam kumbang, Embelia rugosa. kacan Kl; mengacan mengangkat (benda-benda yg berat): dikacannya rumah itu dgn besi. kacang I sj tumbuhan dan buahnya; ~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisa = ~ kotor sj tumbuhan (pokok memanjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~ pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantu a) = ~ parang = ~ polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b) orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emunggai, Moringga oleifera; ~ kota sj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occidentalis; ~ kuda sj kacang yg agak bulat, berwarna kekuning-kuningan atau coklat muda, yg biasanya direbus utk dimakan, Cicer arietinum; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~ miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soya sj tumbuhan (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas;

~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncatloncat kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak); kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita; mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain); memperkacang menghabiskan (memboroskan) harta atau wang orang. kacang II; ~ lopek sj ikan laut, Sphyraena obtusata. kacang III Kl; mengacang menumbuk, mengasak, menginjak-injak; terkacang; ~ pinggang sakit seluruh badan. kacang-kacang I Mn penabur (peluru); baru ~nya baru pendahuluannya (belum ramai lagi dsb). kacang-kacang II sj ikan laut, alu-alu, tenak, Sphyraena spp.. kacang-kacangan sj ikan, Hemiramphus spp.. kacapiring sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga cina, bunga susu, bunga susun kelapa, Gardenia augusta.

kacapuri 1. ibu rumah yg letaknya di bahagian tengah; 2. bahagian istana yg letaknya di sebelah dalam, pusat istana; durian ~ durian yg isinya di tengahnya sahaja yg boleh dimakan. kacar I; kail ~ = pancing ~ sj kail yg biasanya memakai bulu dsb (tidak menggunakan kawat yg tajam) utk menangkap cumi-cumi; mengacar memancing cumi-cumi dll. kacar II; ~ lakum sj siput darat yg beracun, Nanina humphreysiara. kacar III; mengacar 1. Kl mengaduk-aduk; 2. Mn menggagau, merabaraba atau mencari-cari (ikan dll); 3. membongkar, menggeledah, meraba-raba (utk mencari sesuatu yg tersembunyi pd diri seseorang). kacat Kd, Pr; pinang ~ pinang muda (pinang jerkat). kacau I 1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpinpemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau; berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. bercampur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya;

mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; memperkacaukan menjadikan berkacau; kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; pengacauan perihal mengacau; pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau. kacau II; ~ tongkeng kelabu sj burung, Heteroscelus incanus. kacau-balau kacau-bilau; mengacau-balaukan menjadikan kacau-balau, mengacau-bilaukan. kacau-bilau sangat kacau, kacau-becah, kacau-bicau, kacau-birau, kacaubalau; berkacau-bilau berkacau sangat: keadaan yg ~; mengacau-bilaukan menjadikan kacau-bilau, mengacau-balaukan. kacaukan ark kacauan, kacukan. kacek (kacék) Jk selisih, beza, kelainan. kaci I sj ikan laut, mandi abu, mesikor, tebal bibir, Plectorhincus lineatus. kaci II; kain ~ sj kain putih. kacici sj burung, kelicap pucat pisang, laki padi, Orthotomus atrogularis. kacih; kocah-~; kocah.

kacip I sj alat (spt gunting) yg sendinya di hujung (utk membelah pinang dll); gigi ~ gigi utk memotong yg terletak di hadapan gigi taring pd mamalia; mengacip 1. mengerat, membelah (dgn kacip); 2. menyepit atau mengapit dgn sesuatu. kacip II; ~ fatimah sj tumbuhan (pokok), kacit fatimah, rumput siti fatimah, selusuh fatimah, Labisia pothoina. kacir; kucar-~ (keadaan) tidak teratur (tersusun), tidak keruan; kucarkacir. kacit Kl; mengacit mengikat, mengancing. kacoak Jk lipas. kacu I air pinang atau gambir yg pekat utk menyamak kulit. kacu II Jw sapu tangan. kacuca (Muz) 1. sj tarian solo Sepanyol yg gemalai; 2. muzik utk tarian 1. di atas. kacuh Kl; mengacuh mencampur. kacuk kacau, campur; mengacukkan mengahwinkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan) yg berlainan jenis atau baka utk menghasilkan baka yg lebih baik; kacukan 1. campuran, kacauan: padi Malinja ialah hasil ~ padi Malaya, India dan Jepun; bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain (dlm penggunaan kata dsb), bahasa Melayu pasar; orang ~ orang yg ibu bapanya berlainan bangsa. 2. hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan); pengacukan perbuatan, perihal, usaha, dll mengacukkan. kacung I; belalang ~ sj belalang, cengkadak, cencadu, mentadak; kancung.

kacung II budak laki-laki, awang; ~ koran Id budak penjual akhbar. kacung III Kl kecek, tipu, helah, muslihat. kad keping(an) kertas yg agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi); ~ ahli kad sbg tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dsb); ~ caj sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yg telah dibuatnya pd tarikh yg ditetapkan; ~ Hari Raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya; ~ jaminan kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran; ~ jemputan = ~ undangan kad yg digunakan utk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dsb); ~ kredit kad yg menunjukkan keterangan spt nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara kredit; ~ kuning (Suk) kad berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ merah a) kad jemputan kahwin; b) (Suk) kad berwarna merah yg ditunjukkan kpd pemain sbg tanda perintah keluar padang, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ pengenalan kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll); ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh menyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. kadal Jw sj binatang reptilia, bengkarung, mengkarung.

kadam I Ar tapak kaki; ke bawah ~ ke bawah duli. kadam II Mn tempat sirih. kadang I; kadang-kadang, terkadang, terkadang-kadang kadangkala, sekali-sekali, ada kalanya: bulan puasa tidak selalu 30 hari, ~ hanya 29 hari. kadang II Mn; mengadang; ~ nasi membuang air nasi yg sedang dimasak (supaya lekas masak); terlampau dikadang mentah prb kerana terlalu sangat hendak diperelok, hasilnya menjadi buruk (kurang elok). kadang III Jw; ~ kedayan (kadayan) sl kaum kerabat raja dll yg menjadi pengiring. kadangkala ada kalanya, kadang-kadang, sekali-sekali. kadar I 1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemampuannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubungannya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4.

perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalanjalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja; berkadar berimbang kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg sebaliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan;

perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil. kadar II Jw; mengadar tidur di luar rumah. kadar III ark; kain ~ kain yg ditenun sendiri. kadas Jw penyakit kurap. kadaster IB pejabat tanah. kadaver (Ubat) mayat manusia yg diawet utk tujuan kajian anatomi. Kadayan Kedayan. Kadazan = ~ Dusun suku kaum peribumi yg terbesar di Sabah, dikenali juga dgn gelaran Lotud, Rungus, Orang Sungai, Kwijau, Tamabanuo, dsb, yg menggunakan pelbagai dialek dan mengamalkan pelbagai kebudayaan serta adat resam. kadbod kertas yg tebal dan keras yg digunakan utk membuat kotak dsb. kademat ark khidmat. kader 1. teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk melatih unit baru atau pengembangan lain; 2. anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan terlatih: utk meneruskan perjuangan politik pd masa depan perlu dilatih ~-~ parti dr sekarang. kadera ark 1. kerusi; 2. tandu, usungan. kadet (kadét) I pelajar di maktab tentera yg dilatih utk menjadi pegawai tentera, calon pegawai (dlm pentadbiran dll). kadet (kadét) II Id, bp penyeluk saku. kadet (kadét) III IB; roti ~ roti tawar yg kecil.

kadi hakim dlm perkara yg berkaitan dgn agama Islam (spt mengurus soal pernikahan dan perceraian orang Islam, membicarakan orang yg dituduh melanggar hukum Islam, dll). kadim kerabat, saudara yg dekat; sekadim seketurunan yg dekat (spt adik-beradik dll); saudara ~ saudara seayah. kadli sl kadi. kadmium (Kim) unsur logam berwarna putih kebiruan, lembut dan toksik yg digunakan dlm penyaduran, aloi, dll. kado IB hadiah, tanda mata. kaduk I = ~ batu sj tumbuhan (pokok renek), akar bugu, kudak, mengkadak, sirih duduk, Piper sarmentosum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Piper stylosum; spt ~ kena air tahi prb orang yg tiada berguna tetapi panjang umurnya; spt ~ naik junjung prb orang yg hina apabila mendapat pangkat dll berbuat mengada-ngada. kaduk II; Pak K~ Pak Pandir (orang yg bodoh). kaduk III; ~ api sj burung, cenuk api, Zanclostomus javanicus pallidus. kadut 1. kain ~ sj kain yg kasar, kain karung, kain rami; 2. sj karung. kaedah (kaédah) cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). kaf 1. huruf ke-22 abjad Arab (mempunyai nilai 20); 2. huruf ke-25 abjad Jawi. kafal kain yg digunakan utk pelana. kafan kapan (kain pembungkus mayat). kafarah Ar 1. penutup kesalahan (dosa); 2. kifarat.

kafe (kafé) restoran kecil yg menyajikan makanan dan minuman ringan; ~ siber kafe yg menyediakan perkhidmatan komputer berinternet kpd pelanggan atau pengunjung. kafein (kaféin) alkaloid yg terdapat, terutamanya dlm kopi atau teh, yg bertindak sbg perangsang dan agen yg meningkatkan pembuangan air kencing. kafeina (kaféina) (Kim) kafein. kafeteria (kafétéria) restoran layan diri. kafi Ar cukup, lengkap, sempurna. kafilah Ar rombongan orang (berserta dgn unta dan barang-barang yg dibawa) dlm perjalanan di padang pasir: bandar Mekah semenjak beratus-ratus tahun dikunjungi oleh ~-~ perniagaan. kafir Ar (orang yg) tidak percaya kpd Allah dan rasul-Nya, orang yg bukan Islam; ~ Majusi kafir yg menyembah api; mengkafirkan menganggap kafir, mengatakan kafir: ~ ahli falsafah ialah sikap yg harus saya ambil sekiranya saya melihat tiga persoalan ini; sebab itu wajiblah dikafirkan mereka dan dikafirkan juga pengikut-pengikut mereka; kafir-mengkafirkan saling mengkafirkan: isu ~ pula cuba dihidupkan semula, tetapi gagal menarik perhatian umum; kekafiran sifat-sifat kafir (tidak beriman, tidak percaya kpd Allah); pengkafiran perbuatan mengkafirkan: isu ~ yg diuar-uarkan sejak 19 tahun lalu adalah satu tindakan yg boleh memecahkan keharmonian. kafiri Ar bersifat kafir. kafling sj kancing yg digunakan utk mencantumkan hujung lengan baju (pd pergelangan tangan).

kaftan sj baju yg longgar dan labuh. kagak Jk tidak. kaget (kagét) terkejut, terperanjat: ia ~ melihat lembaga itu; mengagetkan mengejutkan, memeranjatkan: berita kematian tersebut ~ semua orang; kekagetan perihal kaget, kekejutan. kagok I Jk terbantut (terhenti, menjadi canggung, dll) kerana terganggu dll dgn tiba-tiba: jurutaip ~ menaip kerana diperhatikan orang. kagok II Jw agak berbeza dr bahasa yg umum (bkn ucapan, penggunaan kata, dsb). kagum berasa amat sangat tertarik (melihat dsb sesuatu yg luar biasa), hairan, takjub: saya ~ melihat keberaniannya; beliau ~ melihat kemajuan yg telah dicapai oleh negara ini; mengagumi kagum (hairan, takjub) akan: ~ keindahan alam; mengagumkan sungguh ~; kekaguman ketakjuban, kehairanan; pengagum orang yg mengagumi sesuatu: para pelajar di Barat, sekadar ~ kewibawaan para profesornya. kagungan Jw ark mempunyai; kepunyaan. kah I sj perekat. kah II partikel utk menyatakan pertanyaan: boleh~ kau menyanyi? kahaf Ar ark gua. kahak lendir yg dikeluarkan dr kerongkong, dahak; berkahak, mengahak mengeluarkan kahak, berdahak: ia meludah dan ~. menimbulkan (menyebabkan) kagum, menghairankan, menakjubkan: kepandaian ahli silap mata itu

kahang Mn berbau busuk, kohong. kahar I IB sj kereta kuda. kahar II Ar 1. kuasa: Paduka Marhum Mahkota Alam bersabda kepadanya dgn ~; yg Pahang itu menunjukkan ~nya kpd kita; 2. (menurut) sesuka atau sekehendak hati, sewenang-wenang: sangat ~ lakunya, menjadikan orang benci kepadanya. kahar III Kd kasar serta lasak: jangan tunjuk ~. kahat Ar kekurangan makanan, bencana kebuluran. kahin Ar ahli nujum, tukang tilik, ahli sihir. kahrab Ar ark batu ambar; ~ kuning batu ambar kuning. kahwa Ar sj tumbuhan (pokok renek), kopi, Coffea spp.; ~ utan sj tumbuhan (pokok), kopi hutan, mengkudu badak, tahi musang, Fagraea racemosa. kahwa-kahwa sj tumbuhan (pokok), medang biawak, salang rusa, pian, tinjau laut, Alangium uniloculare. kahwin 1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), beristeri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, berjimak; ~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id pernikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan

di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas paksaan atau desakan orang lain (tidak dgn sepenuh kerelaan pengantin lelaki atau perempuan); mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (mencantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem; perkahwinan 1. perihal berkahwin, pernikahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. kaifiat Ar syarat dan tertib yg perlu dipenuhi utk mengesahkan sesuatu amalan: ~ mengerjakan sembahyang. kail I 1. = mata ~ dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata pancing; jenis-jenisnya: ~ ambur; ~ berladung; ~ kacar, dll; 2. alat drpd benang (tali) dan dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), pancing; tali ~ tali yg dipakai utk mengikat mata kail (utk memancing);

~ sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut = umpan seumpan ~ sebentuk prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (spt berniaga dgn modal alang kepalang dll); bongkok ~ hendak mendapat (mengena) prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; kalau ~ panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga prb kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yg besar; mengail menangkap ikan dgn kail, memancing; ~ berumpan berkata bertipuan prb utk mendapat sesuatu drpd orang haruslah pandai mengambil hatinya; terkail (ter)kena kail, terpancing; pengail 1. orang yg mengail; 2. alat utk mengail (memancing). kail II; kail-kail berasa sakit pd kerongkong apabila menelan, kepancingan. kailan sj tumbuhan (herba) yg dibuat sayur, Brassica alboglabra. kain 1. barang yg ditenun drpd benang kapas dll: ~ bulu kambing; ~ cita; ~ linen; ~ sutera; ~ kapur kain putih yg berkanji; 2. barang tenunan yg digunakan utk pakaian atau utk kegunaan lain; ~ baju pakaian (spt seluar, baju, dll): ~ basahan a) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi;~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dsb) yg digunakan utk mengelap; ~ cadar (kain berbentuk segi empat bujur) utk melapik tilam dll); ~ dagang dalam kain samping yg dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga; ~ dagang luar kain samping yg dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga; ~ kaca (Kej) kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu; ~ kembang payung kain yg

dipotong serong dan kelihatan spt payung kembangnya (apabila dipakai); (mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid; ~ lampin kain lembut (utk membalut bayi atau anak kecil); ~ lurik kain yg ditenun dgn tangan (bukan dgn mesin di kilang); ~ sarung kain yg dijahitkan (dicantumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; ~ selimut kain utk menutup tubuh semasa tidur; ~ tudung kain utk menutup kepala; ~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = spt ~ buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat; ~ dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi; ~ jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin; ~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula; ~ sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri; ~ sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll; laksana ~ putih prb pekerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipengaruhi orang; mengalih ~ ke balik rumah, mengalih kata berhadapan prb memutar perkataan (mungkir janji) mudah sahaja dilakukan; se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan); spt ~ dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam; spt ~ khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan); spt berselimut ~ sehasta prb tiada cukup (serba tanggung); sudah tahu di ~ beragi prb perihal orang susah yg

mulai baik penghidupannya; tak tahu akan ~ lagi = telah merabaraba tepi ~ prb perihal orang yg sakit payah; berkain memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin. kaing-kaing; ~ rimba sj burung, pekaka rimba, Lacedo p. pulchella. kais; mengais, mengais-ngais 1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja; ~ pagi makan pagi, ~ petang makan petang prb pendapatan hanya cukup utk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak akan makan); mengaiskan 1. mencakarkan, menggarukan (jari kaki dll); 2. ki mencarikan rezeki. kaisar maharaja; kekaisaran daerah kekuasaan kaisar. kait I 1. besi (bulu dll) yg bercangkuk hujungnya; jarum ~ jarum utk mengait; 2. ki sangkut-paut, tipu muslihat, sesuatu yg terselindung: sebelum menandatangani sesuatu, periksa dahulu kalau-kalau ada ~nya; ~-paut sangkut-paut, hubungan atau kaitan: musibah atas diri seseorang tidak ada ~ dgn orang lain; berkait 1. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya: memetik buah rambutan dilakukan dgn galah yg ~; 2. tersangkut (pd): duri ~ pd bajunya; 3. = berkaitan;

berkaitan, berkait-kaitan bersangkutan, berhubungan, berkenaan: hal-hal yg ~ dgn kewangan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; keberkaitan keadaan (hal) berkait: terdapat ~ sistem-sistem ilmu pengetahuan tersebut; mengait 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara kurang halal; mengaitkan 1. menjadikan berkait (bercangkuk, bersangkut), mencangkukkan, menghubungkan: baginda ~ kelingking anakanda kedua-dua laki isteri; 2. = memperkaitkan menjadikan bersangkutan (berhubungan, bertalian), memperhubungkan: perkara itu lebih menyayat hati apabila diperkaitkan dgn rencana penulis tersebut; kita selalunya memperkaitkannya dgn kebolehan utk mendapatkan ilmu pengetahuan; terkait terlibat; kaitan 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. hasil mengait (merajut): alat ini digunakan utk membaiki ~ tangan atau mesin; 3. yg diikat (dirajut): barang ~; gelung ~; 4. hubungan, pertalian: perkara itu mempunyai ~ yg rapat dgn rundingan damai; tali jangan putus, ~ jangan serkah prb menyelesaikan sesuatu perkara biarlah seadil-adilnya supaya dapat diterima kedua-dua pihak; keterkaitan keadaan terkait: aspek kemasyarakatannya diteliti dlm ~nya dgn unsur struktur karya sastera;

perkaitan

perihal

berkait(an),

perhubungan:

soal-soal

yg

dibincangkan mempunyai ~ langsung dgn masalah perkauman; yg menarik hati saya ialah ~ makna perkataan hias dgn gaya; pengaitan perihal mengaitkan sesuatu, pelibatan: prinsip pembahagian kerja dan ~ tanggungjawab dan kekuasaan; pengait 1. kait (benda yg hujungnya berkait); 2. orang yg mengait: ~ kelapa. kait II; ~ besi sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria longiflora; kait-kait sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, Uncaria acida; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambirgambir hutan, Uncaria ferrea; ~ darat sj tumbuhan (pokok memanjat), kait besi; ~ hitam besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, Uncaria sclerophylla; ~ (kekait) merah sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, Uncaria cordata; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, Zizyphus oenoplia. kaizen (rahsia pembangunan Jepun) peningkatan yg berterusan (diri, organisasi, dsb) demi mencapai tahap kecemerlangan yg lebih tinggi dr semasa ke semasa dlm segala usaha yg dijalankan. kajai; tali ~ tali pd leher kuda utk mengawalnya (kalung kuda). kajang 1. benda yg dianyam drpd daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan utk atap atau pelindung drpd panas dll: dinding rumah mereka ialah drpd ~; 2. helai yg besar (bkn kertas);

kertas ~ kertas yg besar helainya (biasanya berlipat dua); lipat ~ dilipat rangkap, dilipat dua, dsb; hutang samir belum langsai, hutang ~ tumbuh pula = samir tak habis, ~ pula prb hutang lama belum habis dibayar, sudah berhutang lagi; mengajangi memberi beratap dgn kajang, menutupi dgn kajang; usang dibarui, lapuk dikajangi prb a) mana-mana yg tidak baik diganti atau dibaiki; b) adat atau peraturan yg sudah dilupakan dihidupkan kembali; terkajang diberi beratap (berbumbung) dgn kajang; pekajangan buritan atau bahagian belakang perahu yg beratap dgn kajang: maka Sultan Husain segera keluar dr dlm ~ berdiri. kajangan sj ikan, Zenaehopterus dispar. kajat hajat. kajau kayau. kaji I 1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu); pendek ~ pendek kata, pendeknya; putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan;

mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesaikan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati); mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem

pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca. kaji II sj ikan laut, Plectorhynchus spp.. kaji alam; ~ hayat pengkajian kehidupan (tumbuhan, haiwan) dlm hubungannya dgn alam sekeliling, ekologi; ~ haiwan (hutan, tanaman dll) kaji alam hayat mengenai haiwan (hutan, tanaman dll). kaji angkasa pengkajian udara atau angkasa terutama dlm hubungannya dgn penerbangan, aerologi. kaji bahasa ark pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutama kesusasteraan lama, filologi. kaji baka pengkajian baka atau sifat-sifat keturunan pd benda hidup, genetik; ~ manusia kaji baka utk membaiki mutu manusia, eugenik. kaji bina; ~ tubuh pengkajian bentuk dan susunan tubuh binatang dan tumbuhan, anatomi. kaji bintang pengkajian kedudukan (pergerakan, keadaan) bintang (planet, bulan dan matahari), ilmu falak, astronomi. kaji bumi pengkajian sejarah (susunan, pembentukan dll) kerak bumi, geologi. kaji bunyi pengkajian bunyi, akustik; ~ bahasa pengkajian bunyi ucapan, fonetik. kaji burung pengkajian bentuk (tabiat dll) burung, ornitologi.

kaji cuaca pengkajian gejala-gejala dan pergerakan udara, terutama utk meramalkan cuaca, meteorologi. kaji daya pengkajian fizik mengenai pergerakan dan gejala-gejala tindakan daya pd benda-benda, mekanik. kaji fonem (kaji foném) pengkajian fonem (analisis dan penggolongannya), fonemik. kaji fosil pengkajian benda-benda hidup yg telah musnah, paleontologi. kaji gerak; ~ elektrik pengkajian mengenai gejala-gejala arus elektrik dan kuasa-kuasa magnet yg berkaitan dengannya, elektrodinamik; ~ haba pengkajian kaji haiwan mengenai perhubungan antara haba dgn dan pergerakan atau kerja pesawat-pesawat, termodinamik. pengkajian mengenai penggolongan binatang penghidupannya, zoologi. kaji hayat pengkajian mengenai asal usul (sifat-sifat, tabiat, dll) tumbuhan dan haiwan, biologi. kaji kuman pengkajian kuman-kuman, bakteriologi. kaji lembaga pengkajian mengenai lembaga yg belum lahir dr binatang, embriologi. kaji logam pengkajian mengenai penceraian logam dr bijihnya (penghasilannya, serta pengolahannya), metalurgi. kaji makna pengkajian bahasa yg berkaitan dgn makna, semantik. kaji manusia keseluruhan pengkajian manusia mengenai tubuh, bangsa dan alam sekelilingnya, antropologi. kaji morfem (kaji morfém) pengkajian bentuk kata-kata, morfologi. kaji optik pengkajian mengenai penglihatan dan cahaya, (ilmu) optik. kaji penyakit pengkajian penyakit-penyakit (tubuh dll), patologi.

kaji purba pengkajian mengenai benda-benda purba terutama dr zaman prasejarah, arkeologi. kaji sel (kaji sél) pengkajian sel-sel, sitologi. kaji serangga pengkajian serangga, entomologi. kaji teknik (kaji téknik) pengkajian mengenai pengetahuan industri, teknologi. kaji terbang pengkajian dan pengetahuan mengenai penerbangan, aeronautik. kaji tugas organ pengkajian mengenai tugas-tugas dan gejala-gejala benda hidup, fisiologi. kaji tumbuhan pengkajian tumbuhan, botani. kak I singkatan bagi kakak; ~ cik (wan) Kl panggilan kpd saudara perempuan yg lebih tua. kak II bunyi spt bunyi orang ketawa berdekah-dekah (bunyi itik dll). kak III bp hak. kakah I; terkakah-kakah tertawa kuat-kuat, tergelak-gelak, ketawa berdekah-dekah. kakah II Tr permukaan yg tidak rata, menggerutu: habis ~ dinding dicakar oleh kucing. kakak I 1. saudara perempuan yg lebih tua; 2. saudara lelaki yg lebih tua, abang; 3. panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua; berkakak 1. mempunyai kakak; 2. memanggil kakak, menggunakan perkataan „kakak‟ terhadap orang perempuan yg lebih tua (sbg menghormati secara mesra): ia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan-perempuan yg lebih tua sedikit daripadanya.

kakak II; berkakak, berkakakan, mengakak, mengakak-ngakak 1. mengeluarkan bunyi „kak, kak‟ (spt itik); 2. = terkakak-kakak tertawa kak-kak-kak, ketawa gelak-gelak. kakaktua I sj alat pencabut paku. kakaktua II sj burung nuri; jenis-jenis: ~ dada merah, Cacatua roseicapilla; ~ hitam, Probosciger aterrimus; ~ jambul kuning, Cacatua galerita; ~ putih, Cacatua alba, dll. kakaktua III sj ikan laut. kakanda bh panggilan yg bermakna „kakak‟ atau „abang‟ (sekarang biasanya digunakan dlm surat-menyurat). kakang Jw kakak, abang. kakap I sj ikan laut, siakap, Lates calcarifer; ~ batu sj ikan laut, Plectorhincus gibbosus; ~ merah sj ikan laut, jenahak, sendarat, ungar, Lutjanus argentimaculatus; ~ putih sj ikan laut, Lates calcanifer. kakap II = perahu ~ sj perahu yg kecil dan rendah. kakap III; mengakap meronda, mengamat-amati, mengintai-intai, memata-matai; pengakap 1. peronda, peninjau; 2. pandu laki-laki. kakap IV; sirih ~ sirih kerakap (daun sirih pd bahagian pangkal pokok, kasar dan keras). kakap V Mn ark pegang; mengakap memegang, mengerjakan atau mengusahakan (sawah dll). kakar kekar I. mengakas mengais, mencakar. kakas I Mn kais (cakar); ~ ayam cakar ayam;

kakas II ark; mengakas mengerasi atau memaksa. kakawin Jw sj puisi Jawa kuno. kakek (kakék) Id 1. datuk; ~ moyang nenek moyang; 2. = kakek-kakek a) orang lelaki yg tersangat tua: kelihatan seorang ~ datang tergopohgapah; b) sudah tua benar (bkn orang lelaki): suaminya sudah ~. kakemono (kakémono) (Jepun) (S.Lukis) lukisan skrol Jepun yg digantung menegak di dinding. kaki I 1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin ( jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah sekali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat sesuatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt bertemu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing; ~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai bermain (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka

minum minuman keras;

~ buli orang yg suka menyakiti,

menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol; ~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan Mn prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi); berkaki mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd;

mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar. kaki II ark datuk, kakek. kaki III; burung ~ dian sj burung, kedidi pantai, Tringa totanus eurhinus. kaki IV; ~ ayam sj ikan laut. kaki V; ~ bayan sj tumbuhan (pokok), singgah, tembusu tikus, Pteleocarpa malaccensis. kaki ayam 1. kaki pd ayam; 2. kaki yg tidak berkasut; 3. Kl sj kuih dr keledek; berkaki ayam tidak berkasut. kakis; mengakis merosakkan (logam, batu dsb) secara tindakan (proses) kimia; terkakis dapat atau telah dikakis; kakisan hal atau keadaan mengakis; kekakisan sifat (kuasa atau daya) mengakis: mengenal pasti agen yg terlibat, sifat fizikal dan kimianya serta tahap ~nya adalah penting utk mengawal sesuatu agen toksik. kakitangan pekerja (pejabat, syarikat, dll), pembantu (yg turut melaksanakan atau mengurus kerja). kakofoni (Lin) gabungan bunyi yg menyakitkan pendengaran atau tidak sedap didengar. kakografi (Lin) 1. tulisan tangan yg sukar dibaca; 2. ejaan yg menyimpang drpd norma atau yg sebenarnya.

kakok

Mn

ark;

mengakok

memegang,

mengusahakan,

mengerjakan; kakap V. kakologi (Lin) pertuturan yg menyimpang drpd norma sebutan atau tatabahasa, mis slanga. kaksa ark lapisan tanah yg mengandungi bijih timah. kaktus sj tumbuhan (pokok) dr famili Cactaceae berbatang hijau, berisi dan berduri yg biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. kaku 1. tidak boleh dilentur, kejang, kejur: mayat itu sudah ~; kerana sejuk, tangannya menjadi ~; mulutnya ~ ki mulutnya tidak boleh dibuka atau berkata-kata; ~ lidah ki tidak dapat bercakap (berkatakata) dgn lancar; 2. ki tidak kemas, janggal, canggung (bkn gerakgeri dsb), tidak lancar (jalan bahasa dll), tidak hidup (lukisan dll): plot cerpen ini dibuat-buat, wataknya ~ dan persoalan di dalamnya mendatar dan ringan sahaja; gaya dan gerak-gerinya ~; bahasanya ~; lukisan itu ~; kekakuan perihal atau keadaan kaku, kekejuran, kecanggungan. kakus Id jamban. kal ark ukuran banyak (beras dsb) yg sama dgn cupak. kala I masa, waktu, ketika; pd ~ pd masa, pd waktu; ada ~nya, ada masanya (ketikanya), kadang-kadang; barang ~ sebarang waktu; dahulu ~ zaman dahulu, purbakala; sekala; projek ~ projek yg dilaksanakan sekali sahaja dgn peruntukan khas; sekali ~ sekali-sekali, kadang-kadang; berkala (keluar, terbit, dsb) berulang-ulang pd waktu yg tetap (mengikut jangka waktu yg tertentu); tiada ~ tiada tetap waktunya;

majalah ~ majalah yg terbit berulang-ulang pd waktu yg tetap (pd tarikh yg ditetapkan); berkala-kala terkadang-kadang, dr semasa ke semasa; keberkalaan keadaan (hal) berkala: ~ yg terangkum dlm alam fizikal. kala II sj binatang kecil yg mempunyai empat pasang kaki dan sengat pd ekornya; jenis-jenisnya: ~ bangkang, ~ jengking, ~ pisang dll; bintang ~ suatu gugusan bintang (akrab). kala III NS; tali ~ tali tempat berpaut utk perempuan bersalin, tali agas. kala IV sl sj sutera. kala V ark jerat. kala VI; ~ hajat buang air besar. kalah 1. tidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), alah, tewas: Negeri Jerman ~ teruk dlm peperangan itu; pasukan bola sepak kita ~ dgn 3 gol berbalas 2; pertandingan ~ mati pertandingan yg menurut peraturannya, pihak yg kalah tidak dapat bertanding lagi seterusnya; 2. kerugian atau kehilangan wang kerana tidak menang (dlm perjudian dll): ia berjudi dan ~ seratus ringgit; 3. tidak lulus (dlm peperiksaan): ia pandai tetapi ~ dlm peperiksaan; 4. tidak setanding, kurang (kebagusannya dll apabila dibandingkan dgn sesuatu yg lain), tidak sama (besarnya, kuatnya, pandainya, dll): wanita Asia tidak ~ tentang akal fikirannya; memang ~lah bangunan ini kalau hendak dibandingkan dgn yg terdapat di ibu kota; tidak mahu mengaku ~ tidak mahu menerima (mengakui) kelebihan orang; ~ jadi abu menang jadi arang prb kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi); ~ membeli

menang memakai prb sungguhpun mahal tetapi baik mutunya (tahan lama dll); mengalah tidak mahu melawan (berkelahi, bertengkar, dll), mengaku kalah, (dgn tidak menentang dsb), menyerah: Saman ~ dan tidak suka perkara itu berpanjangan; ia tidak mahu ~ walau apa pun yg terjadi; mengalahkan 1. menyerang (menentang dsb) hingga pihak yg dilawan tidak dapat melawan lagi, menjadikan kalah (tertakluk dll), menewaskan: dlm Perang Dunia II, pihak sekutu telah ~ Jerman; 2. mengatasi (lawan atau peserta lain dlm pertandingan dan mendapat mata yg terbanyak dsb), menewaskan: dia memenangi pingat emas setelah ~ tujuh orang perenang lain; 3. mengatasi atau melebihi kebolehan (kebagusan dsb) orang atau pihak lain: dia dapat ~ sesiapa sahaja dlm serba-serbi kecuali dlm perkara wang; 4. mengatakan (menganggap dsb) kalah; terkalahkan dapat dikalahkan; kekalahan perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. kalai I Mn; mengalai berbaring atau bersandar pd; mengalaikan membaringkan, menyandarkan. kalai II; mengalai membersihkan dgn menggosok (barang yg berkarat dll). kalak ark; songsang ~ terbalik, tersongsang.

kalakanji Mn sj tumbuhan (rumput yg mencucuk atau melekat pd pakaian); kelakanji. kalakian sl kala itu, ketika itu, kemudian, lalu: ~, tersebutlah pula baginda ketiga laki isteri bersuka-sukaan di dalam istana. kalam I kata, perkataan; ~ Allah = kalamullah kata-kata Allah; akhirul ~ akhirnya (penutup kata); berpanjang ~ berkata panjang lebar; ilmu ~ ilmu bkn iman; tammatul-~ tamatlah perkataan, selesailah kisah (cerita). kalam II 1. alat utk menulis (drpd kabung dll); ~ batu pena atau alat utk menulis pd papan batu; 2. sl kemaluan (lelaki): maka Bendahara pun hairanlah melihat ~ raja seperti dikhatankan orang. kalam III Mn sj pasir hitam bercampur emas yg diayak; semiang ~ sangat sedikit, terlalu kecil. kalamdan sl sj kotak tempat menyimpan kalam atau pena. kalamina (Kim) sj garam zink yg digunakan utk membuat ubat-ubatan. kalamisani; keris ~ sj keris Jawa (yg lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya). kalamkari sl sj kain cita yg berbunga. kalamullah Ar (al-Quran) kalimah Allah atau kitab Allah. kalandar sl orang zahid (pendeta) yg meminta-minta sedekah, fakir. kalang I galang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas; ~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat;

tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan); berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal: (mati) ~ tanah ki mati; mengalang menggalang, menjadikan berbantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal; mengalangkan menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mempertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi; terkalang tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (menolak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll). kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak „Sidang Roh‟ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri; bahasa ~ bahasa (kata-kata) yg biasa dipakai dlm sesuatu golongan tertentu: ~ atas golongan atas; 2. lingkaran, gelanggang; ~ ayam gelanggang ayam; ~ bulan lingkaran bulan. kalang III; ~-kabut a) kelam-kabut; b) tidak tentu fikiran (binggung). kalang IV; ikan ~ sj ikan keli; tertangkap di ikan ~ prb berlawan dgn orang yg pandai (kaya, berani).

kalap Jw hilang akal, tidak siuman, gila, dirasuk hantu (syaitan): bagaimanapun, persekitaran yg demikian dan dgn daya pukau yg tajam, Sang Pertapa menjadi ~, masih menolak tetapi menerimanya juga; kekalapan kebingungan. kalar ark leher baju. kalas I gelang-gelang atau tali dr rotan pd dayung (utk menyangkut dayung pd perahu); terkalas tersangkut (dayung). kalas II; habis ~ habis semua, tidak tinggal sedikit pun; mengkalas; cuci ~ habis kalas, habis semua. kalat sj ikan laut, Callyodon fasciatus. kalau 1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), jika, jikalau: pekerjapekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandainya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekiranya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum; kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anakanda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya;

berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkali-kali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura. kalbu hati (pusat segala perasaan batin), sanubari: ~ zakiah hati yg suci murni. kaldu air daging yg direbus. kaleidoskop (kaléidoskop) 1. sj alat mainan (berbentuk tiub, dgn lubang kecil pd satu penghujung) yg membolehkan seseorang melihat corak tertentu yg berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan; 2. pola warna, imej, dsb yg sering berubah dgn cepatnya. kalem IB tidak terburu-buru (tergesa-gesa), sabar, tenang. kalendar (kaléndar) 1. jadual atau susunan tarikh bagi sesuatu tahun yg diatur mengikut hari (dlm minggu) dan bulan (dlm tahun), takwim, almanak, penanggalan; ~ dinding kalendar yg digantungkan di dinding; 2. senarai atau jadual (tarikh) peristiwa sesebuah organisasi dlm tahun berkenaan. kalender (kalénder) mesin yg digunakan utk melicinkan kertas atau kain (dgn melalukan kertas atau kain itu menerusi suatu susunan silinder keluli). kaleng (kaléng) 1. besi tipis yg berlapis timah, tin: ~ sering digunakan utk membuat cerek dsb; surat ~ surat terbang (surat buta); 2. bekas berbentuk silinder, dibuat drpd tin utk mengisi cecair dsb, tin: makanan dlm ~; kalengan; kaleng-~; =~ ; = makanan ~ makanan yg diawetkan dlm kaleng, makanan dlm tin.

kalerek (kalérék) Id, bp kerani. kali I 1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat ( jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda (dlm kira-kira darab); 2. waktu (kejadian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerjakan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain(nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ lalu a) = ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; b) (dgn) serentak, sekali gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus;

sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika.... ~ = walau..... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), berserta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarabkan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil;

perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, pergandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx. kali II Jk barangkali: ~ dia sakit. kali III Jw sungai. kali IV kadi. kaliber 1. besarnya lubang senapang (meriam, pistol) atau besarnya peluru; 2. kebolehan (kemampuan, kecekapan) berfikir dll: yg menentukan kalah menangnya parti itu dlm pilihan raya ini kelak ialah ~ calon-calonnya yg bertanding; berkaliber mempunyai kaliber (kecekapan berfikir dll): wartawanwartawan yg ~ lagi bertanggungjawab. kalibut Mn huru-hara. kalicau Mn; mengalicau mengelak, menjauhkan diri (dr sesuatu); mengalicaukan mengelakkan. kalifornium (Kim) sj unsur logam. kaligrafi 1. seni menulis dgn indah, seni khat; 2. tulisan tangan yg menghasilkan huruf atau tulisan yg indah sbg suatu seni, khat. kalih; berkalih sl beralih; ~ muka berpaling muka; ~ tidur beralih letak badan (sewaktu tidur). kalikanji kalakanji. kalikausar I, kalikasar sl barang-barang. kalikausar II sl telaga kausar (sungai di syurga). kaliki Mn betik, pepaya. kaliks lingkaran daun (disebut sepal) yg membentuk salut luar pd bunga yg melindungi kudup bunga.

kalimah Ar lafaz yg dituturkan oleh manusia; (dua) ~ syahadat = ~ yg dua lafaz ikrar bahawa seseorang beriman kpd Allah dan Nabi Muhammad SAW dgn ungkapan yg bermaksud “aku naik saksi bahawasanya tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa (Nabi) Muhammad ialah Rasul Allah.” kalimantang I 1. sj panji-panji putih yg panjang; 2. cahaya yg kelihatan spt jalur putih memanjang; mengalimantang 1. bercahaya putih memanjang dlm gelap; 2. beraneka warnanya (cahayanya). kalimantang II sj binatang, kelemayar. kalimat 1. ayat; anak ~ ayat kecil yg tidak dapat berdiri sendiri dan bergantung pd atau menjadi sebahagian drpd ayat yg lain (ayat majmuk); induk ~ ayat yg dapat berdiri sendiri sbg ayat lengkap dan menjadi bahagian yg terpenting atau ayat pangkal dlm ayat majmuk (bersusun); 2. perkataan; ~ (kata) lepas kalimat (kata) yg berdiri sendiri (tidak berhubungan dgn yg lain). kalimatullah Ar kata-kata Allah. kalimatusyahadat Ar dua kalimah syahadat; kalimaya, kalimayah Jw kelemayar. kalimpanang ark; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat); kelempenang. kalimut; mengalimut Br memburuk-burukkan atau mengata-ngatakan orang lain di belakang, mengumpat. kaling; kolang-~; kolang. kalingan Jk terlindung (tersembunyi) oleh barang yg ada di hadapan. kalio sj lauk yg dibuat, biasanya drpd ayam yg dimasak dgn cili, santan, dll: ~ ayam. kalipso sj rentak (irama) muzik yg berasal dr Hindia Barat. kalimah.

kalis I 1. tidak berkilat atau bersinar (bkn kaca, barang logam, dll, kerana berselaput sesuatu dll), pudar, suram; 2. tidak dapat dimasuki (diserapi) sesuatu (spt air dll): ~ air; ~ gas; 3. tidak dapat (boleh) kena penyakit; ~ air tidak dapat dimasuki air; ~ api tidak boleh terbakar atau dijilat api (bkn pakaian, pintu dsb); ~ bunyi tidak boleh ditembusi bunyi (bkn bilik dsb); ~ cuaca tidak mudah rosak apabila terdedah kpd cuaca (bkn cat dsb); ~ debu tidak boleh dimasuki atau dilekati debu (bkn bilik, peralatan elektronik dsb); ~ gas tidak dapat dimasuki gas; ~ jais tidak dapat menerima ajaran atau nasihat; ~ karat tidak dapat dimakan karat, biasanya disaluti bahan pencegah karat; ~ peluru tidak boleh ditembusi peluru. kalis II Tr biasa dgn sesuatu: perut dia tak kembung makan nasi mentah sebab sudah ~. kalium (Kim) sj unsur logam yg sangat reaktif dan mudah teroksida di udara, digunakan utk membuat baja; ~ hidroksida sj sebatian tak organik yg sangat mengakis. kalkalah kalkasar kalkausar qalqalah. kalikausar I. kalikausar II.

kalkulus kaedah perkiraan yg menggunakan simbol-simbol atau lambanglambang algebra. kalkulasi Id perkiraan belanja (mencetak dll). kalkulator alat elektronik atau mekanikal utk membuat kiraan matematik. kalkun IB ayam belanda. kalo I Jw 1. ayak; 2. tapis. kalo II bp kalau.

kaloi sj ikan darat, ikan gurami, Osphronemus goramy. kalong Jk keluang. kalor Id haba; ~ jenis perbandingan haba; ~ lebur haba yg dapat meleburkan sesuatu logam dll. kalori 1. unit kuantiti haba (banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1°C dr suatu paras suhu yg tertentu, yg bersamaan dgn 4.2 joule); 2. unit ukuran bagi nilai tenaga makanan. kalorimeter (kaloriméter) (Kim) radas yg digunakan utk mengukur kuantiti haba yg terhasil sewaktu berlakunya tindak balas kimia; ~ bom radas yg digunakan utk mengukur kuantiti haba tindak balas, terutamanya haba pembakaran bahan makanan dan bahan api. kalorimetri (kalorimétri) (Kim) pengukuran kuantiti haba yg terhasil sewaktu berlakunya tindak balas kimia, perubahan keadaan jirim, atau pembentukan larutan. kalot Kl; ~-kibut kelam-kabut. kalowatan ark babi hutan yg bertaring, babi rusa. kalpat kelepat. kalsit (Kim) kalsium karbonat semula jadi yg berbentuk hablur, dan merupakan juzuk utama batu kapur, batu marmar, kapur, dll. kalsium (Kim) sj unsur logam yg lembut dan putih; ~ hidroksida sebatian tak organik berbentuk hablur putih, dan digunakan utk membuat simen, bahan turap, dll, kapur, kapur mati, kapur kaustik; ~ klorida sebatian tak organik berbentuk hablur putih (digunakan utk mengeringkan benda-benda, dll); ~ oksida sebatian tak organik berbentuk pepejal putih, yg digunakan utk membuat racun serangga, racun kulat, agen pengering, dll, kapur tohor.

kalu 1. kalau, jikalau; 2. Kd penapis santan yg dibuat drpd buluh atau rotan anyaman. kalui kaloi. kaluk bp kalau. kalulus sl sj perahu; rantai leher; berkalung memakai kalung; mengalungkan mengenakan (menyangkutkan) sesuatu sbg kalung pd leher: beliau dikalungkan dgn bunga malai; kalungan sesuatu yg bergelung spt kalung: ~ bunga. kalung II sj tumbuhan (pokok yg tinggi), medang biawak, setebal, Alangium nobile; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), cabai hutan, Piper lanatum; akar ~ gajah (ular) sj tumbuhan (pokok memanjat), lada rimba, sirih murai, Piper ribesioides. kalung III Tr membaling: jangan ~ anjing tu, nanti kena kejar. kalus (Bio) 1. tisu pelindung yg keras yg terbentuk pd bahagian tumbuhan berkayu yg luka; 2. bahagian kulit yg menjadi tebal atau keras, terutamanya pd tapak tangan atau tapak kaki, disebabkan oleh geseran atau tekanan berterusan, kulit kematu, belulang. kalut = berkalut 1. tidak teratur, tidak aman (tenteram, tenang), kacau, kusut: kalau tidak ada pemerintah tentu negeri ~; hati Tajurim demikian ~; fikirannya ~; 2. bercakap yg bukan-bukan (spt orang yg sakit kuat dll), meracau, ngaco: kerana sakitnya berat, maka ia ~; mengalutkan menjadikan kalut: dia mula pening sendiri dlm kekacauan yg begitu ~; kekalutan kekacauan, kekusutan: ~ politik. kelulus. kalung I benda hiasan (drpd emas, batu permata, dll) yg dipakai di leher,

kalut-malut kacau-bilau (kelam-kabut), kalut-marut; mengalut-malutkan menjadikan kalut-malut. kama (Sanskrit) 1. cinta, asmara; 2. dewa cinta. kamal Ar sempurna, lengkap serba-serbinya. kaman bangsal. kamap sj tumbuhan dlm famili Olacaceae, kemap, petaling gajah, Strombosia spp. kamar I bilik, ruang; ~ baca bilik (ruang) tempat membaca; ~ besi bilik yg berlapis besi utk menyimpan barang-barang berharga; ~ bicara bilik tempat berunding; ~ bola rumah tempat bersenang-senang, kelab; ~ gelap a) bilik yg bertutup rapat di penjara; b) bilik gelap utk mencuci (membuat) gambar foto; ~ kecil jamban; ~ mandi bilik tempat mandi, bilik air; ~ mati bilik tempat menyimpan mayat; ~ tamu bilik utk menyambut tetamu; ~ tidur bilik tidur; sekamar (berkongsi menginapi) satu bilik, sebilik: dulu dia tinggal ~ dgn kau; mengamar Jk bermalam (di rumah tempat bekerja), tidak pulang pd malam hari (bkn orang gaji). kamar II Ar bulan; alkamar. kamar III, kamarban sl ikat pinggang: maka dikurniai Shah Alam akan Sultan Mansor Shah itu drpd kullah dan ~. kamariah; Ar tahun ~ tahun yg dihitung menurut peredaran bulan. kamat I Ar seruan (selepas bang) utk mendirikan sembahyang, iqamat. kamat II Kl sangka, fikir, teka: saya ~ Kelantan akan menang dlm perlawanan bola sepak kali ini. kamat III; kayu ~ sj tumbuhan pokok dan kayunya; kampit II.

kambai; ~ hutan sj (pokok), Wormia oblonga. kamban; mengamban mengikat, membebat. kambang terapung di atas air (udara dll); balai ~ balai di atas air; bom ~ ranjau laut; mengambang terapung atau terkatung-katung (di atas air atau di udara): bulan ~; ambang II. kambar, kambau ark sj penyu, katung. kambas, kambeh (kambéh) Mn buah peria. kambeli sj kain kasar yg dibuat drpd bulu domba: selimut ~. kambi jalur papan dsb yg dipasang melintang pd bahagian bawah dinding dekat lantai dsb sbg tujuan kemasan; berkambi memakai kambi, berbingkai; mengambi 1. mengenakan (memasang) kambi; 2. membuat kambi. kambiang kiambang. kambing I sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ benggala kambing besar (berbulu panjang); ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; ~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; ~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh perangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau

disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertanding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa. kambing II; burung ~ sj burung, celong, burung temenggang, gembala gajah, Platysmurus leucopterus. kambing III; ~ rumput sj tumbuhan (dibuat ubat luka). kambing hitam orang yg dipersalahkan dlm sesuatu kejadian; mengambinghitamkan mempersalahkan seseorang dlm sesuatu kejadian, menyalahkan atau menunjukkan kesalahan (orang dll). kambing-kambing I; ikan ~ sj ikan laut. kambing-kambing II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (batu) pelir kambing, Sarcolobus globosus. kambium (Bio) lapisan sel yg menghasilkan sel-sel baru (terletak di antara xilem dan floem sekunder) pada tumbuhan yg mempunyai xilem dan floem. kambrat Jk teman, kawan. kambu I sj kepala omboh atau pemukul; buat ~ menipu orang (dgn menyuruh ambil bilah yg terpendek dr bilah-bilah yg tidak sama panjangnya dlm genggaman).

kambu II, kambuh jatuh sakit lagi (dgn lebih teruk drpd yg dahulu). kambus; mengambus menimbus, menimbuni (menutupi) dgn tanah dll: kalau tidak dikambus, bangkai itu tentu berbau busuk; terkambus 1. tertimbus (tertimbun) dgn tanah dll; 2. menjadi tohor atau cetek (mis sungai, kerana penuh pasir dll). kambut sj kampit (bakul) yg dianyam drpd daun mengkuang dll. kamceng (kamcéng) bp rapat, akrab (bkn hubungan): berhati-hati bercakap, mereka berdua ~ betul. kameleon (kaméléon) sj binatang kecil seakan-akan cicak drpd famili Chamaeleontidae, yg kulitnya boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling. kameli kambeli. kamera (kaméra) alat utk mengambil gambar foto; ~ digital kamera yg menghasilkan imej digital yg boleh disimpan dlm komputer, dipaparkan pd skrin dan dicetak; ~ kandid kamera kecil utk mengambil gambar seseorang, biasanya tanpa pengetahuannya; ~ polaroid kamera yg dapat menghasilkan gambar segera selepas sahaja gambar sesuatu objek diambil; ~ video kamera yg dapat merakamkan gambar serta bunyi; ~ web sj kamera yg disambungkan pd komputer, yg menghasilkan imej bergerak yg dapat dilihat pd skrin komputer menerusi Internet. kamfor (Kim) sebatian yg berbentuk hablur putih, terdapat semula jadi dlm pohon kapur barus Cinnamomum camphora, dan digunakan utk membuat ubat-ubatan, racun serangga, bahan letupan, dll, kapur barus. kamhar 1. benang yg dibuat drpd bulu domba, benang bulu; 2. kain yg dibuat drpd benang bulu domba.

kami 1. saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua): sudah lama ~ menunggu awak di sini; 2. saya, aku: tidaklah ~ panjangkan cerita tersebut. kamiah Ar kuantiti sesuatu benda. kamik; komak-~; komak. kamikaze (kamikazé) juruterbang tentera udara Jepun yg sanggup mati dgn menjunamkan pesawatnya pd sasaran musuh semasa Perang Dunia II. kamil Ar ark sempurna, lengkap: insan ~; kekamilan perihal (sifat atau keadaan) kamil, kesempurnaan: kamu terlalu taasub kpd kemajuan sehingga terlupa pd ~ insan yg bersaudara denganmu. kamir I ragi utk tapai dll. kamir II Kl; mengamir mengadun. kamis = kamisa Ar kemeja. kamit; kumat-~; kumat. kamkam = tulang ~ tempat rahang atas dan rahang bawah bersambung, tulang pengancing rahang. kamkha sl kimkha. kamkorder kamera video mudah alih yg kecil. kampa, kampah ark sj tumbuhan (pokok renek), Pisonja alba. kampai Mn; berkampai, berkampaian berselerakan, berkaparan: mayatmayat musuh ~ di tempat pertempuran itu; mengampai berbaring: Rijnhaard ~ di atas kerusi malas; mengampaikan membaringkan: ia ~ tubuhnya di atas katil; terkampai terbaring (kerana letih dll): sekujur badannya lemah dan ia pun ~ di atas kerusi malas itu.

kampak I.

kapak I.

kampang sj siput yg biasa terdapat pd kapal dll, Teredo navalis; kapang kampanye IB kempen.

kampas IB sj kain tebal dan kuat; mengampas melapisi dgn kampas. kampemen (kampemén) IB berek tentera, sekumpulan rumah atau perkhemahan tentera. kamper IB kapur barus. kampil I kampit atau bekas yg dianyam drpd mengkuang dll; bilahnya makin lebar ke hujung). kampit I sj sumpit atau beg yg dianyam drpd daun mengkuang dll; kampil I. kampit II sl; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya yg biasa digunakan utk membuat cap raja-raja). kampiun IB 1. johan, juara (dlm pertandingan, perlumbaan, dsb); 2. bp pandai (baik, pintar) sekali. kampoi; ~ benang Kd menggulung, melilit benang pd sesuatu: dia ~ benang. kampret (kamprét) Jw kelelawar kecil. kampuh 1. dua lapis kain (kertas dll) yg dijahit menjadi satu; 2. kain selimut dll yg dijahit dr tiga lapis kain; kain ~ kain sarung yg dijahit dr dua helai kain menjadi satu; berkampuh memakai kampuh sbg selimut dll, berselimut dll dgn kampuh; pisau ~ pisau yg bermata dua pd hujungnya; dek sukar ~ kampit. kampil II, kampilan ark sj pedang atau kelewang (pedang pendek yg

ijuk, nan adat diturut jua Mn prb bagaimana miskin sekalipun, adat terpaksa diturut juga. kampung 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawasan kampung (bukan tanah di kawasan perbandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adikberadik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengumpulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~;

kekampungan bersifat kampung (penghidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. kampus kawasan serta bangunan sesebuah universiti atau institusi pengajian tinggi. kamsen (kamsén) bp komisen. kamsia, kamsiah C, bp terima kasih. kamu 1. kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau; 2. = ~ sekalian engkau sekalian, engkau (awak) semua; berkamu memakai perkataan kamu (biasanya sewaktu bertutur dgn orang lain): baiklah kita bersebut nama dan memakai perkataan biasa saja, berengkau, ~, sebab begitu lebih mesra rasanya. kamus I buku yg mengandungi kata-kata dll (yg disusun menurut abjad) dgn keterangan mengenai makna perkataan dll: ~ bahasa kebangsaan; ~ Melayu-Inggeris; mengamuskan memasukkan ke dlm kamus; perkamusan perihal (yg berkaitan dgn ) kamus (penyusunannya, ilmu mengenainya, dll): Bahagian P~, Dewan Bahasa dan Pustaka; lapangan ~; projek ~; pekamus orang yg menyusun kamus, penyusun kamus. kamus II Jk 1. samak; 2. kulit yg disamak.

kan I singkatan bagi bukan atau bukankah: ~kah gitu yg baik? kan II singkatan bagi akan; tak~ tidak akan. kan III ark langkan (pd perahu). kan IV sj cerek atau teko (tempat air teh dsb). kana I; buah ~ buah yg sudah dikeringkan dan diasinkan atau dimaniskan. kana II; gelang ~ gelang yg dipakai di lengan oleh pengantin dll; gelang I. kana III (Lin) kata umum bagi hiragana dan katakana, iaitu sistem tulisan bahasa Jepun. kanaah, kanaat Ar qanaah. kanabis 1. pokok hem; 2. sj ganja (bahan dadah). kanak; kanak-kanak budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun): ~ yg tidak berdosa; pantun ~; bahasa ~ bahasa anak kecil; kekanak-kanakan 1. spt kanak-kanak (tingkah laku, fikiran, dll), keanak-anakan: berkelakuan ~; ketawa ~; 2. Id terbantut (terhenti) pertumbuhan bahagian tubuh atau kecerdasan. kanal IB, bp terusan, saluran, tali air. kanan 1. bahagian (pihak) yg berlawanan dgn kiri, bahagian (pihak) yg di sebelah timur kalau kita berdiri menghala ke utara; tangan ~ a) tangan yg di sebelah kanan (biasanya digunakan utk makan); b) pembantu yg utama (penting), orang harapan; langkah ~ a) nasib baik (beruntung); b) saat yg baik (beruntung); 2. penting (utama), tinggi kedudukannya (pangkatnya dll): pegawai ~ kerajaan; 3. yg mengikut atau berdasarkan aliran politik yg sederhana (konservatif, tidak revolusioner): pemerintahan masih dikuasai oleh parti yg berhaluan ~; puak ~ tetap menguasai pemerintahan negeri itu;

menganan (berpusing, berbelok, dll) ke arah kanan; menganankan membawa (memusingkan dll) ke arah kanan, mengarahkan ke kanan; terkanan 1. berada di tempat yg paling kanan; 2. terkemuka (terutama, tertinggi, dll): dua orang pegawai ~ Kementerian Luar telah dikirim ke P.B.B; kekananan kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon. Kanaq penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum MelayuProto yg tinggal di kawasan pinggir Kampung Selagi, Mawai daerah Kota Tinggi, Johor. kanbus ark gambus. kancah I 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkecamuk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincangan dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. kancah II peluk, sepemeluk; terkancah terlibat dlm kesukaran dll. kancang Kl; berkancang bekerja beramai-ramai, bergotong-royong.

kancap Jk hingga sama paras dgn tepinya (bkn air dlm kolam dll), sangat penuh. kanceh (kancéh) Mn ark; terkanceh terbantut (terhenti) pertumbuhannya, kerdil. kancil 1. sj mamalia menceruh yg kecil, tidak bertanduk yg terdapat di bahagian tropika Asia dan Afrika Barat; 2. ki orang yg cerdik (pintar); akal ~ tipu muslihat yg licin, cerdik (dgn tipu muslihatnya). kancing I 1. alat (spt cangkuk) utk menutup (merapatkan) baju dll yg berbelah; 2. butang (baju dll); 3. = pengancing alat spt selak dll utk mengunci (menutup) pintu (tingkap dll); ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut (penyakit tetanus); berkancing 1. memakai kancing; 2. berkunci dgn kancing: pintu yg tak ~ itu kutolak; mengancing menutup dgn kancing; ~ baju kemejanya; semua pintu astana dikancingnya; mengancingkan menutupkan (baju, pintu, dll) dgn kancing; terkancing terkunci, tertutup. kancing II; ~ baju sj tumbuhan (herba), daun rotan, rumput juak, subang puteri batik, Bidens pilosa; ~ baju jantan sj tumbuhan (herba), katub perenggang, rumput sekepet burit, rumput teki, Kyllinga bervifolia. kancung I tabung atau bekas drpd buluh (utk mengambil air), gerigik, perian. kancung II; belalang ~; kacung I. kancut kain penutup kemaluan perempuan, cawat.

kanda singkatan bagi kakanda: ya, ~ku yg tercinta; ~-manda sl kanakkanak yg dipilih sbg teman atau saudara tua kpd anak raja yg baru lahir: maka disambut oleh pengasuh ~-mandanya. kandang 1. tempat atau ruang yg berpagar dsb (utk binatang, terutamanya pd malam hari): ~ kambing; ~ kuda; ~ lembu; 2. ruang yg dikelilingi pagar (garis dll), gelanggang, kalangan; ~ bulan gelanggang bulan; ~ orang salah ruang berpagar (dlm mahkamah) tempat orang yg dituduh sewaktu dijalankan perbicaraan; 3. sl makam, kubur: ia hendak mengunjungi ~ ayahnya Sayid al-Marhum jua; ~ mobil Id setal kereta, garaj; ayam laga se~ prb orang yg bersanak saudara berkelahi tidak perlu dicampuri; masuk ~ kambing mengembek (membebek), masuk ~ kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn masyarakat di sekeliling; memperlapang ~ musang, mempersempit ~ ayam prb memberi kesempatan kpd orang yg membahayakan tetapi tidak melindungi orang yg kesusahan; pulang ke ~ prb pulang ke tempat asal; mengandangkan memasukkan ke dlm kandang: tiada siapa ~ kerbau kambingnya. kandar I = pengandar kayu yg diletakkan di bahu utk menggalas atau memikul barang (yg tergantung di kedua-dua hujung kayu), galas; mengandar membawa barang dgn kandar, memikul, menggalas: maka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang. kandar II Jk; mengandar, mengandarkan menjalankan (motokar dll); kandaran kenaikan, kenderaan; pengandar orang yg menjalankan (motokar dll).

kandas = terkandas; mengandaskan menjadikan kandas (tidak berjaya, gagal); terkandas 1. terlanggar sesuatu (spt dasar laut atau sungai, beting, batu karang dll) dan seringkali tidak dapat bergerak lagi: kalau ada beting di pintu pelabuhan, tentulah kapal-kapal besar akan ~; 2. ki tersekat di pertengahan jalan (tidak berkesudahan dgn kejayaan, kebahagiaan, dsb), terbantut, gagal (tidak dapat diteruskan): banyak kanak-kanak yg ~ dlm pelajaran; rancangan dan usahanya ~ di tengah jalan; kekandasan perihal terkandas. kandau sj binatang mamalia (rupa bentuknya spt kera) yg hidupnya di atas pokok dan boleh melayang, kubung, Cynocephalus spp. kandel Jw 1. tebal; 2. ki banyak (wang). kandela (kandéla) (Fiz) unit SI bagi keamatan cahaya. kandi I 1. Jw = kandi-kandi sj pundi-pundi; 2. Kl kampit atau beg drpd kain. kandi II; ~ putih sj bunga. kandidat bp 1. calon, bakal; 2. peserta dlm ujian dsb; mengandidatkan mencalonkan. kandil lampu, pelita, kaki lilin. kandis I sj tumbuhan (pokok yg masam buahnya) dlm famili Guttiferae, asam gelugur, lulai, manggis hutan, bebata (Sabah), sikop (Sarawak), Garcinia spp.; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Garcinia nervosa. kandis II ark manis. kandul ark 1. sj bakul (keranjang); 2. kaki jala.

kandung 1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa; ~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari); berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil; mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamilkan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga; terkandung dikandung, terdapat atau termuat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahankesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm sesuatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. kanduri kenduri. kandut Jw kandung.

kang I singkatan bagi kakang. kang II kep kekang; tali ~ tali kekang (tali utk mengarahkan atau mengendalikan jalan kuda); berkang dikekang. kang III sj tempayan yg besar mulutnya. kangar; lang ~ sj burung helang yg besar. kangen Jw ark rindu, ingin sangat (supaya) bertemu: kerana disuruhlah saya datang ke sini, di samping sudah ~. kanggaru sj binatang maun yg terdapat di Australia yg mempunyai dua kaki belakang yg panjang dan bergerak dgn melompat, Macropus spp. kangjeng Jw paduka tuan (gelaran kpd orang yg berkedudukan tinggi). kangka ladang gambir; pangkalan ~ pangkalan tempat menghimpun gambir utk diangkut (dimuatkan) ke dlm perahu. kangkang I 1. = celah ~ celah di antara dua pangkal paha, kelangkang; 2. ruang (yg luas) atau jarak di antara kaki kiri dan kanan yg terbuka luas (tidak dirapatkan): lunjurkan kaki kanan ke bawah ~ lawan; 3. bahagian seluar di antara dua paha pd bawah punggung, pesak; ~ kera = se~ kera ki (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas; mengangkang 1. berdiri (berjalan, duduk, berbaring) dgn kaki terbuka luas; 2. dgn kaki terbuka luas (ketika berdiri, duduk, dll): duduk ~ di kerusi; mengangkangi berdiri dgn mengangkang di atas sesuatu; mengangkangkan membuka (kedua-dua belah kaki, pintu, dll) luas-luas; terkangkang terbuka luas (kedua-dua belah kaki, pintu, dll): dia duduk ~ di atas tong susu; pintu itu dibiarkannya ~.

kangkang II Jk; mengangkangi menguasai (mengambil) milik orang dgn tidak sah. kangkung I sj tumbuhan (herba yg hidup di air dan dibuat sayur), Ipomoea reptans; ~ bulu sj tumbuhan (herba yg melilit), selepat tungau, Ipomoea triloba; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat) akar cabang limah, akar papan, Vitis lanceolata; (akar) ~ laut sj tumbuhan (pokok memanjat) keledek hutan, akar lanar, Ipomoea digitata; ~ puteri sj tumbuhan (herba air) akar keman hantu, keman gajah, Neptunia prostrata; merayap-rayap spt ~ di ulak jamban prb a) cepat bertambah besar (kanak-kanak dll); b) cepat berkembang biak. kangkung II sj katak yg besar. kangmas Jw, bp abang, kakanda. kangsa 1. perunggu; 2. Mn tin; tutur, Hibiscus floccosus. kangsar II; belalang ~ sj keridik. kangsin C pengacau, penghasut. kani; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar meranang, akar toko takal, ara lumut, Croton caudatum. kaniaya Jw ark aniaya. kanibal 1. manusia yg memakan daging manusia; 2. binatang yg memakan jenisnya sendiri. kanibalisme 1. amalan (tabiat, perbuatan) manusia memakan daging manusia: mereka juga dikatakan suka berpindah-randah dan gangsa I. kangsar I sj tumbuhan (pokok), bebaru, cung kuman, kapas-kapas, tutuk,

mengamalkan

cara

hidup

~;

2.

kekejaman

yg

tidak

berperikemanusiaan. kanigara ark sj tumbuhan (herba dan bunganya), bunga matahari, Helianthus annuus. kanin (Bio) berkaitan dgn anjing: spesies ~. kanisah Ar ark tempat sembahyang orang Yahudi dan Kristian. kanister 1. bekas drpd logam berbentuk silinder yg berisi bahan letupan atau gas pemedih mata yg meletup apabila dilemparkan atau ditembakkan dr senapang; 2. bp bekas kecil (biasanya drpd logam) utk mengisi bahan-bahan kering spt teh dan kopi. kanjal terbantut (kerana tersekat dll). kanjang; berkanjang bertekun dan bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu). kanjar; berkanjar-kanjar, terkanjar-kanjar sl melawan, mengamuk: terlalu gempar hulubalang pendekar terkanjar-kanjar. kanjen kangjeng. kanji I 1. = air ~ air drpd nasi yg mendidih; 2. bubur nasi; 3. campuran air dan bahan pelekat (spt tepung sagu atau tepung ubi) utk mengeraskan pakaian, tajin; 4. (Bio) sj bahan yg terbina drpd unitunit glukosa, dan banyak tersimpan dlm tisu tumbuhan; ~haiwan glikogen; ~ kayu sj kanji yg terdapat dlm kayu dan berfungsi sebagai bahan makanan simpanan utk pertumbuhan pokok; berkanji 1. ada kanjinya, mempunyai kanji: tepung gandum ialah makanan yg ~; 2. keras dgn kanji (bkn pakaian): berseluar bersih yg ~; menganji mengeraskan pakaian dll dgn kanji. kanji II; (baju) ~ perak baju dalam (lelaki), singlet.

kanji III sistem tulisan Jepun yg berdasarkan aksara Cina yg dipinjam atau yg diubahsuai. kanjus I Id penjara, lokap. kanjus II gajus. kanker (Bio) 1. sj penyakit kulat yg merosakkan kayu pokok dan tumbuhan; 2. sj penyakit kudis yg menyerang telinga binatang, terutamanya kucing dan anjing. kano sj perahu yg ringan, panjang dan sempit, runcing di haluan dan buritannya, dan digerakkan dgn menggunakan dayung; berkano menaiki (berlumba, mengayuh dsb) kano: salah satu aktiviti perkhemahan yg menyeronokkan peserta ialah ~ di sungai itu. kanon I gubahan muzik utk dua atau lebih bahagian suara yg melodinya diulangi oleh suara yg masuk berturut-turut. kanon II meriam. kanopi 1. sj langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu; 2. bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg paling tinggi yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan mengurangkan potensi hakisan; 3. khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb. kanser I penyakit barah. Kanser II lambang keempat dlm zodiak, yg berlambangkan ketam. kanta kepingan lut sinar spt kaca dan plastik yg salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung, yg digunakan utk menukar tumpuan alur cahaya, misalnya cermin mata utk memulihkan penglihatan; ~ cekung kanta yg tebal tepinya (tengahnya lebih nipis); ~ cembung kanta yg tebal di tengah-tengah; ~ dekat kanta (pd teropong) yg

paling dekat dgn mata; ~ jauh kanta (pd teropong) yg paling jauh dr mata; ~ kumpuan = ~ majmuk gabungan beberapa kanta yg berlainan; ~ lekap kanta sentuh; ~ mata kanta pd alat optik spt mikroskop dan teleskop yg membolehkan seseorang melihat objek yg diteropong dgn jelas; ~ pembesar kanta yg membuat benda yg dilihat kelihatan besar; ~ sentuh = ~ sesentuh kanta yg kecil tipis yg dilekapkan pd permukaan mata utk menjadikan penglihatan lebih jelas; ~ tangan kanta pembesar yg bertangkai; ~ zum kanta kamera yg dapat dilaraskan supaya objek yg hendak diambil gambar fotonya kelihatan besar atau kecil; tumpuan ~ titik tempat sinar cahaya bertemu sesudah melalui kanta, titik fokus. kantan sj tumbuhan (herba yg bunganya dibuat kerabu, gulai, dll), Phaeomeria speciosa; ~ hutan sj tumbuhan (herba), pokok gingin, tepus putih, Languas javanica. kantang kering (kuala sungai dll apabila air surut). kantata (Muz) sebuah gubahan muzik yg pendek yg dinyanyikan oleh penyanyi solo dan koir dgn iringan orkestra. kanti ark Jw kawan, teman. kantih (Sunda) sj benang tenun; kantil I; kontal-~; kontal. antih.

kantil II Jw ark bunga cempaka putih. kantin tempat makan dan minum di sekolah, pejabat, dll. kanto (Sas) satu bahagian drpd puisi yg panjang. Kantonis suku kaum Cina yg berasal dr bandar Kanton atau daerah Kwangtung di China. kantonmen (kantonmén) binaan sementara atau khemah utk tempat tinggal askar.

kantor Id pejabat; ~ bank pejabat bank; ~ besar ibu pejabat; ~ cetak tempat cetakmencetak, percetakan; ~ kawat pejabat telekom; ~ pajak pejabat yg menguruskan cukai; ~ polisi pejabat polis; berkantor membuka atau mempunyai kantor (di), berpejabat (di): Sudirun sendiri memegang pimpinan umum yg ~ sama-sama satu kamar dgn Daud. kantu kaku. kantuk rasa hendak tidur: ia mencuba menghilangkan ~ utk menghabiskan kerja; mengantuk berasa hendak tidur: ia ~ benar kerana hari sudah larut malam; orang ~ disorongkan bantal prb mendapat sesuatu yg sangat-sangat dikehendaki (diingini); terkantuk mengantuk dgn tiba-tiba. kantung 1. saku, kocek; 2. pundi-pundi, kampit: sebuah ~ kain tersangkut di bahunya; ~ kemaluan = ~ pelir pundi-pundi buah pelir; ~ nasi Jk perut besar; daerah ~ daerah yg menyisip di dlm daerah lain; berkantung mempunyai kantung (pundi-pundi); mengantungkan memasukkan ke dlm kantung (saku): dgn sehelai kertas kerja, satu jumlah yg besar bernilai beratus ribu sudah dapat dikantungkan. kanun undang-undang, hukum, peraturan; ~ adat hukum adat; ~ jenayah kanun keseksaan; ~ keseksaan undang-undang yg termaktub berhubung dgn perbuatan jenayah dan hukumannya; berkanun ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undangundang tertentu: organisasi itu merupakan sebuah badan ~;

mengkanunkan

menjadikan

undang-undang,

mewujudkan

(mengiktiraf dsb) menerusi penggubalan undang-undang: Bahasa Melayu telah dikanunkan sbg bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yg tunggal; terkanun termaktub dlm undang-undang, telah dijadikan undangundang; pengkanunan perihal (tindakan, proses, dsb) mengkanunkan. kanvas 1. sj kain yg tebal dan kuat (digunakan utk khemah dll), kain terpal; 2. sj kain yg tebal digunakan utk melukis (terutamanya lukisan cat minyak). kanyiar Kd (seseorang) mentah, tidak matang: awak tu ~ lagi. kanyon ngarai. kanyor Ph malu; senyum ~ senyum malu. kaok Jk; berkaok-kaok berteriak-teriak, berseru-seru, memekik-mekik; mengaoki memanggil dgn memekik, meneriak. kaolin tanah liat halus yg berwarna putih (putih kekuningan atau kekelabuan) yg digunakan utk membuat tembikar, dlm perubatan, dll. kaolinit (Kim) mineral yg merupakan juzuk utama kaolin. kaos kaus. kap I ark; tali ~ tali di kapal, tali bosa. kap II IB 1. tudung (lampu dll); 2. bumbung (motokar dll), tenda. kap III bp piala. kap IV sj ikan darat, Cyprinus carpio; ~ hitam, Mystacoleucus marginatus; ~ kepala besar, Aristichthys nobilis; ~ lumpur, Cirrhina molitorella; ~ perak, Hypophthalmichthys molitrix; ~ rumput, Ctenopharyngodon idellus.

kap V bp kaf. kapa I; terkapa-kapa kebingungan: apabila Lahuma meninggal, ~lah Jeha kehilangan tempat bergantung. kapa II huruf kesepuluh dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , . kapah; terkapah-kapah 1. termengah-mengah, terngap-ngap; 2. menggeletar ketakutan. kapai; terkapai-kapai 1. bergerak-gerak seolah-olah hendak memegang (menggapai dll) sesuatu (bkn tangan atau kaki): jurumudi itu terlentang ~ berlumuran darah; 2. ki putus asa dan kebingungan (meminta pertolongan dll); gabai II. kapak I alat drpd bilah besi yg tajam dan bertangkai kayu (utk menebang pokok, membelah kayu, dll); ~ ais sj alat spt kapak yg digunakan oleh pendaki gunung utk menakik ais bagi membuat tempat berpijak dan tempat berpaut; ~ bungkus Kl = ~ siam kapak kecil (utk mengatuk orang); ~ menelan beliung prb yg baik dibuang dan ditukar dgn yg buruk; bagai ~ naik pemidangan (peminangan) prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup kebolehan atau alat; di mana ~ jatuh, di situ baji makan prb di mana perkara terjadi, di situ pula diselesaikan; habis ~ berganti beliung prb sangat rajin bekerja; spt ~ menyelam beliung prb orang yg terlebih malas disuruh mengerahkan orang yg malas bekerja; berkapak 1. bergaduh dgn menggunakan kapak utk mencederakan lawan: mereka ~ berparang berebutkan tanah sekangkang kera itu; 2. telah dikapak: beberapa tual batang getah itu sudah ~ dan dijemur utk dibuat kayu api; mengapak memotong atau membelah dgn kapak;

pengapak 1. orang yg mengapak: dia pernah menjadi penebang pokok dan ~ kayu api; 2. sesuatu yg digunakan utk mengapak: asal besi ~ kayu, asal emas menjadi penduk. kapak II Mn kepak, sayap; berkapak; tidak ~ ki tidak berdaya upaya (tidak mempunyai apaapa alat). kapak III sj ikan laut, gedabang, Mene maculata. kapa-kapa atap perahu (drpd daun nipah dll), kajang perahu. kapal I bahtera atau perahu besar yg ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera); ~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkas kapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk mendalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengandungi bijih; ~ kontena kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandu kapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayar Id sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi

kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburu kapal perang kecil yg laju; ~ pemecah ais sj kapal yg digunakan utk memecahkan ais di kawasan perairan yg sejuk utk memudahkan pelayaran; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk api kapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; ~ udara sj kapal berbentuk belon lonjong yg dapat terbang di udara dgn menggunakan gas ringan; ~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~ prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg mengarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg

tidak

bertambah

maju keadaannya

meskipun

banyak

ilmu

pengetahuan yg datang; berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu; mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal; perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura. kapal II kulit yg menjadi keras (di kaki dll), belulang; kapalan berbelulang. kapan I kain pembungkus mayat (biasanya kain putih); hantu ~ hantu yg berbungkus; berkapan berbungkus (dgn kain kapan): mayat itu ~ kain putih; mengapan ark mendermakan kapan kpd orang yg kematian; mengapani membungkus mayat: bagi orang Islam, wajibnya mayat dikapani; mengapankan sesuatu. 1. membungkus mayat utk orang lain; 2. menggunakan sesuatu utk membungkus mayat, mengapani dgn

kapan II Jw 1. bila, bila mana: ~ lagi kita pergi ke sana; aku berbicara ~ saja dan di mana saja; 2. bukankah: mengapa ditagih lagi, ~ sudah dibayar; kapan-kapan bila-bila masa saja, sewaktu-waktu, sebarang waktu: ~ boleh datang kerumah saya. kapang I sj siput yg melekat pd kayu dan makan kayu di air; kampang. kapang II Mn; berkapang bercendawan, berlapuk. kapang III; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), kepayang akar, Enkleia malaccensis. kapangan Jk; bulan (matahari) ~ gerhana bulan (matahari). kapar I kayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya; salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian; berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~; mengaparkan menyerak-nyerakkan, menabur-naburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai; terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput; kaparan barang-barang (sampah dll) yg berkaparan di air. kapar II ark; kaparan belakang (bahagian yg tidak tajam): ~ parang (pedang) belakang parang (pedang); spt kerbau menanduk anak dgn ~ tanduk bukan dgn hujung prb marah bapa akan anaknya tidak sampai membahayakan.

kapas I 1. sj tumbuhan (pokok renek yg buahnya mengandungi serat utk dibuat benang), Gossypium spp.; pokok ~ bulan sj tumbuhan (pokok), medang ketanahan, kerabu, Xanthophyllum rufum; 2. sj kabu-kabu (kapuk) drpd buah kapas yg dibuat benang dll; benang (kain) ~ benang (kain) yg dibuat drpd kapas; spt ~ yg dibusur prb putih bersih (amat putih); untung bagai untung ~ prb perihal orang yg banyak tanggungannya; kapas II; ~ sungai = kapas-kapas, kekapas sj ikan laut, Gerres abbreviatus; ~ laut sj ikan laut, mentimah, Gerres punctatus. kapas III; burung ~ sj burung, kuang-kuit, murai batu, selancang, Lalage nigra. kapasitans (Fiz) nisbah cas pd salah satu konduktor sesuatu kapasitor terhadap beza keupayaan antara konduktor-konduktor itu. kapasiti 1. kemampuan (kebolehan) membuat sesuatu, kekuatan (mesin dll); 2. kemampuan memuat sesuatu, muatan, isi padu. kapasitor (Fiz) peranti yg dapat menyimpan cas elektrik, mewujudkan kapasitans di dlm litar, menahan pengaliran arus terus dan membolehkan pengaliran arus ulang-alik. kapas-kapas sj tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru, Hibiscus floccosus. kapcai bp motosikal berkuasa rendah yg murah harganya: kalau tak mampu, pakailah ~! kapel (kapél) IB sj gereja kecil (di asrama dll). kaper I Jk sj kupu-kupu kecil yg terbang malam. kaper II; ikan ~ sj ikan spt ikan tambera. kapi takal atau kerek (bagi menaikkan layar dll); pecah ~ putus suai prb a) sesuatu yg tidak dapat dibaiki lagi; b) menderita yg amat sangat. kapik; kopak-~; kopak.

kapilari (Bio) salur darah yg halus-halus (yg membentuk jaringan dlm tisu). kapiran Jw tidak terpelihara, terlantar, terbiar, tidak beroleh apa-apa, siasia. kapis sj binatang berkerang, Pecten spp. kapista jahat. kapit sl pengiring, pembantu: siapa yg akan menjadi ~ patik jikalau tiada ia; berkapit ada kapitnya, berpengiring, berpembantu: marilah sertai hamba duduk kerana hamba tiada ~; mengapit 1. menekan drpd kedua-dua belah sisi, menghimpit: nasi itu dikapit dgn dua keping papan supaya padat; 2. mengiringi: ~ pengantin; mengapitkan menjadikan tersepit (terhimpit); terkapit terhimpit, tersepit: benda itu ~ di celah kayu; kapitan 1. alat utk mengapit (memerah), apitan: air tebu yg mengalir dr ~; 2. kapit; pengapit pengiring, ajutan; ~ pengantin pengiring pengantin. kapital modal: ~ asing diperlukan utk pembangunan negara. kapitalis 1. orang (golongan) yg mempunyai modal (utk pelaburan dlm perniagaan, perusahaan, dsb); faham ~ kapitalisme; negara ~ negara yg menganut (berasaskan) kapitalisme; 2. orang yg menyokong kapitalisme. kapitalisme sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan.

kapitalistik menyokong (mengamalkan) kapitalisme: negara-negara ~. kapitan ark ketua kaum atau kumpulan orang Cina (yg tinggal di sesebuah bandar dll). kapitulasi IB pengakuan kalah (dlm perang), penyerahan diri; berkapitulasi menyerah kalah, menyerah diri. kaplok Jk; ~ dada bertepuk dada. kapok Jw jera (tidak mahu melakukan lagi), serik; mengapokkan menghukum dsb supaya serik atau jera. kapol Id, bp buah pelaga, kepulaga. kapri sj kacang kara. Kaprikorn lambang kesepuluh dlm zodiak, yg berlambangkan kambing berekor ikan. kapstok IB, bp penyangkut baju (topi dll). kapsul kelongsong kecil (biasanya diperbuat drpd gelatin) yg berisi dos ubat: ia diberi oleh doktor beberapa butir ~ berwarna kuning; ditelannya tiga butir ~ minyak ikan. kapsyen keterangan gambar, lukisan, rajah, dll: pd umumnya, ~ hendaklah dicetak di sebelah bawah gambar atau ilustrasi yg berkenaan. Kapt. kep kapten; ~ Nordin. kapten 1. (pangkat) pegawai bertauliah dlm tentera darat dan tentera udara yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd leftenan dan setingkat lebih rendah drpd mejar; 2. (pangkat) pegawai bertauliah kanan dlm tentera laut yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd komander dan setingkat lebih rendah drpd laksamana pertama (setaraf dgn kolonel dlm tentera darat dan tentera udara); 3. juruterbang kanan yg bertanggungjawab mengendalikan operasi sesebuah pesawat terbang awam; 4 = ~ kapal orang yg mengendalikan operasi kapal

dagang atau kapal penumpang, nakhoda kapal; 5 orang yg mengetuai sesuatu pasukan permainan (spt bola sepak, hoki dsb), ketua pasukan; 6. orang yg diberi kuasa memimpin sesebuah pertubuhan, kumpulan dsb: pengurus merupakan ~ dlm sesebuah firma. kapucino sj minuman kopi yg berasal dr Itali, dgn krimnya berbusa dan biasanya ditaburi serbuk coklat. kapuh Kl; mengapuh menyatukan, mencantum, menyambung. kapuk I 1. sj tumbuhan (pokok), kabu-kabu, Ceiba pentandra; 2. kabukabu (utk pengisi tilam, bantal, dsb). kapuk II; berkapuk berpeluk, berdakap: para pegawai bersenjata panjang pendek tersandang di bahu dan ~ di rusuk; mengapuk memeluk, mendakap: kedua-dua tangan yg bersarung putih itu ~ senapang; bantal dikapuk ke dadanya, sambil tersenyum nakal. kapuk III Mn kepuk, jelapang. kapu-kapu sj tumbuhan (terapung-apung dlm air), apon-apon kiambang, Pistia stratiotes. kapung; terkapung-kapung terapung-apung; apung. kapur l 1. benda putih yg diperoleh drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, mengecat rumah, dll); 2. = ~ tulis = ~ belanda Id kapur utk menulis di papan hitam; ~ barus sj benda yg rangsang baunya (diperoleh drpd pokok Dryobalanops aromatica atau Cinnamomum camphora, atau dibuat dgn kaedah atau proses kimia); ~ hidup = ~ kuripan = ~ mentah = ~ tohor kapur yg belum dicampur dgn air, kalsium oksida; ~ masak kapur mati yg dicampur dgn pasir dan air; ~ mati = ~ kaustik kapur

yg sudah bercampur dgn air, kalsium hidroksida; ~ paris sj serbuk putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb, plaster paris; ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih; ~ tohor nama lain utk kalsium oksida; bagai kunyit dgn ~ prb perbuatan yg lekas menjadi (serasi sekali); spt ~ di hujung telunjuk prb perihal seseorang yg tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat menolong saudara mara dlm kesusahan; sekapur; sirih ~ sirih lengkap dgn kapur dan kawannya (pinang, gambir, dll); ~ sirih sekejap (sebentar); berkapur mengandungi kapur; tanah ~ tanah yg mengandungi kapur; mengapur 1. menyapu dgn kapur, memberi berkapur: ~ sirih; 2. = mengapuri menjadikan putih dgn kapur, menyapu kapur (pd dinding dll): masjid-masjid dan surau-surau dicat dan dikapur; mengapurkan menyediakan sirih lengkap dgn kapur dll (utk dimakan): Tuan Putera Dayang Seri Jawa pun ~ sirih; pengapuran perbuatan mengapur atau mengapuri (dinding dll); pekapuran 1. = pekapur bekas (tempat) kapur; 2. tempat membakar kapur. kapur II 1. = pokok ~ barus sj tumbuhan (pokok), Dryobalanops aromatica; 2. sj tumbuhan (pokok) keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia; ~ angin sj tumbuhan (lumut), rumput angin, tahi angin, Usnea spp. kar I Id sj kereta; kar II Id, bp peta. kahar I.

kara I; kacang ~ = kara-kara sj tumbuhan (herba dan buahnya), kacang kedelai, Dolichos lablab. kara II; sebatang ~ seorang diri (tidak ada saudara-mara). kara III; udang ~ sj udang laut yg besar dan berkulit keras, udang mengkara. karabin IB sj senapang yg pendek larasnya, karbin. karaf IB bekas air minum. karah bintik (selaput, kotoran) pd gigi (kulit dll); buluh ~ sj buluh betung; berkarah berbintik, berselaput, berdaki. karak I Kl suluh (drpd daun kelapa dll), andang. karak II Tr tempat benang loseng diikatkan. karakter 1. sifat (ciri) perwatakan yg membezakan seseorang drpd yg lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, mis a ialah satu karakter, aksara. karal Kl; mengaral menarik: layang-layang itu dikaral turun. karam 1. tenggelam (perahu dll): sebelum ~, barang-barang dlm kapal itu dapat diselamatkan; 2. digenangi (air): kampung itu ~ oleh air bah; ~ berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum; ~ di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatutnya); ~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara; ~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta; ~ Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi; ~ sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai

(dikasihi); ~ tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebab-sebabnya; orang ~ di laut, aku ~ di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya; telah ~ maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menyesal); mengaram turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikan prb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar; mengaramkan 1. menenggelamkan (perahu dll); 2. ki membencanakan, mencelakakan; kekaraman 1. mengalami bencana yg mengakibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam. karamel (karamél) gula hangus yg digunakan sbg pewarna dan perasa makanan. karan = ~ elektrik arus elektrik; berkaran 1. mengeritingkan rambut dgn elektrik: ~ rambut; 2. keriting atau ikal (rambut) kerana dikeritingkan dgn elektrik: rambutnya panjang dan tidak ~; mengaran mengeritingkan rambut seseorang dgn elektrik. karang I 1. sj batu kapur yg terjadi drpd bahan-bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; 2. timbunan batu kapur: batu ~; bunga ~ sj karang lembut yg dapat digunakan utk menggosok badan dll, span; penyakit ~ (karang-karang, karangan) penyakit pd saluran kencing disebabkan oleh bahan-bahan yg membatu; tinjau ~ anjung di perahu utk meninjau kalau-kalau ada karang; tulang ~ Id tulang yg rupanya spt karang;

berkarang 1. mengandungi karang, ada karangnya; 2. sudah lama benar (bkn penyakit); 3. ark mencari karang: ia bertemu dgn Merah Silu ~ di pantai; terkarang ark terlanggar pd karang; karangan = perkarangan batu karang: laut ini terlalu cemar, banyak ~nya; karang-karangan berbagai-bagai karang. karang II sunting, gubahan (bunga dll); berkarang digubah (disusun, dicucuk, dsb) hingga kelihatan indah atau menarik (bunga, permata, manik, dll): bunga ~; intan ~; mengarang 1. menyusun dsb (bunga, permata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), mencipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; karang-mengarang perihal mengarang (cerita dll), perbuatan (pekerjaan) mengarang; mengarangkan mengarang utk seseorang; terkarang (sudah) dikarang: sebuah senarai Melayu-Cina yg dikatakan ~ sebelum kurun ke-15; karangan 1. gubahan bunga, cucukan (manik dsb), susunan: di atas meja, terletak sebuah ~ bunga yg indah; 2. ciptaan (cerita, lagu, dll), karya: novel itu ialah ~ Samad Said; 3. rekaan, khayalan; 4. sl ahli, pandai, tukang: maka oleh ~ itu, ditarahnyalah kepala budak

itu; 5. yg dikarang oleh, gubahan, ciptaan: antologi cerpen ~ beberapa orang penulis muda; kepengarangan perihal yg berkaitan dgn pengarang: usia ~ seseorang pengarang, haruslah berpanjangan; pengarang 1. tali (benang dll) utk mengarang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. karang III pd waktu yg akan datang, tidak lama lagi, nanti, kelak: ~ barulah tahu; malam ~ malam nanti. karang IV; pekarangan 1. halaman rumah: duduk di muka ~ rumahnya; 2. tanah kampung: kalau ada ~nya kita dirikan rumah-rumah petak kecil. karang V = karangan sl tempat tinggal (kediaman): mereka pergi ke karangan Singa Padu tempat kediaman Panji Semirang. karang VI ark kerang. karang VII Jk; ilmu ~ ilmu kebal. karang VIII; sebatang ~ ark sebatang kara. karang-karang sj tumbuhan (herba), bunga kekarang, lidah jin, Hedyotis philippensis; ~ sepat sj tumbuhan (pokok) katung-katung, keranji kepoyang, Cynometra polyandra; bunga ~ sj tumbuhan (herba), Dentella repensa. karantina IB kuarantin.

karaoke (karaoké) satu bentuk hiburan yg membolehkan individu (kumpulan) menyanyikan lagu terpilih (di khalayak tertentu) dgn iringan muzik yg sedia terakam dlm alat audio visual; berkaraoke bernyanyi dgn cara karaoke: pd malam itu kami ~ dgn beberapa orang teman. karap sj ikat pd alat tenun, suri. karapas (Bio) kulit keras atau bahagian bertulang yg menutupi badan haiwan (spt bahagian belakang penyu atau kura-kura). karar Ar 1. tenang, tenteram: negeri Melaka pun ~lah pd zaman Laksamana menjadi hulubalang itu; 2. tetap (berada di): maka ~lah Sang Sepurba menjadi raja. karas I = kuih ~ sj kuih yg diperbuat drpd tepung beras, karas-karas, kekaras. karas II = kekaras sj tumbuhan (pokok), kayu gaharu, tengkaras, Aquilaria malaccensis. karas-karas sj kuih yg dibuat drpd tepung beras, karas, kekaras. karat I selaput perang kemerah-merahan yg terbentuk pd besi oleh tindakan udara dan air: ~ besi; dimakan ~ berselaput dgn karat (rosak oleh karat); ~ hati ki perasaan jahat; berkarat 1. kena karat, ada karatnya: besi ~ besi yg sudah dimakan karat; 2. ki a) lama (tua); b) jahat; hati ~ jahat hatinya (perasaannya); mengaratkan menyebabkan (menjadi) berkarat; karatan Jk 1. apa-apa yg telah berkarat (lama, tua); 2. ki a) buruk, lama, tua; b) jahat; pengaratan proses yg menyebabkan (menjadi) berkarat.

karat II 1. ukuran ketulenan emas (emas tulen ialah 24 karat); emas 20 ~ emas murni 20 bahagian dan logam-logam lain 4 bahagian; 2. unit berat bagi berlian, intan, mutiara; 3. ki mutu, nilai, kaliber (bkn orang). karat III Kl; mengarat mengangkat. karat IV; ~ besi sj tumbuhan (pokok renek), tampang (tampung) besi, Calicarpa longifolia. karate (karaté) seni mempertahankan diri orang Jepun yg menggunakan tangan, kaki, siku, dan lutut sbg senjata. karakter (karaktér) 1. sifat (ciri) perwatakan yg membezakan seseorang dgn yg lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, mis a ialah satu karakter. karau; berkarau berkacau, bercampur baur, sedang mengaduk; mengarau mengacau supaya bercampur baur; pengarau peranti elektronik yg dapat mengganggu atau mengubah mesej telefon, bunyi radio dsb. karavan kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian dsb, biasanya ditarik oleh kenderaan bermotor lain. karbaid bp karbida; lampu ~ lampu yg dinyalakan dgn karbida. karbida (Kim) sebatian tak organik drpd karbon dgn unsur yg lebih elektropositif: kalsium ~. karbin sj raifal automatik yg ringan. karbohidrat 1. sebatian organik (berupa unsur oksigen, hidrogen, dan karbon) yg terdapat semula jadi pd tumbuhan; 2. zat makanan (berupa gula dan kanji) yg memberi sumber tenaga kpd benda hidup (yg boleh menggemukkan badan jika diambil berlebihan);

berkarbohidrat mengandungi karbohidrat. karboksil (Kim) mengandungi atau terdiri drpd –COOH: kumpulan ~. karbol Id karbolik; dikarbol 1. disiram dgn karbol; 2. bp dimaki hamun (dicaci) cukupcukup. karbolik (Kim); asid ~ asid yg digunakan utk membunuh kuman dll. karbon (Kim) sj unsur bukan logam yg wujud semula jadi dlm bentuk intan, grafit, arang, arang batu, jelaga, dll; ~ dioksida sj gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan digunakan dlm alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dll (terdapat sebanyak 0.03% dlm atmosfera); ~ monoksida sj gas yg tidak berwarna dan sangat beracun; ~ teraktif bentuk karbon yg berupaya menyerap gas, wap, atau pepejal koloid dgn banyaknya kerana struktur dalamannya mempunyai banyak liang; ~ tetraklorida cecair yg tidak berwarna, beracun, dan digunakan sbg pelarut dll; kertas ~ kertas berlapis bahan karbon utk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip); mengkarbonkan 1. menukarkan sesuatu menjadi karbon dgn cara pembakaran, proses kimia dsb; 2. menyalut sesuatu dgn karbon; pengkarbonan proses mengkarbonkan. karbonat (Kim) sj garam drpd asid karbonik. karboniferus (Kim) mengeluarkan (menghasilkan) batu arang atau karbon: batuan ~. karbonik (Kim) mengandungi karbon; asid ~ asid lemak yg terbentuk apabila karbon dioksida dilarutkan dlm air. karbonil; kumpulan ~ (Kim) kumpulan C=O yg terdapat dlm sebatian spt keton, gula dan asid organik.

karbunkel (Ubat) pekung. karburetor (karburétor) alat tempat udara bercampur dgn wap minyak petrol utk menjadi bahan peletup pd enjin kereta dll. karcis Id tiket (wayang, bas, dll); ~ masuk Id tiket utk masuk menonton wayang dll; ~ nama Id kad nama; ~ tampel Id, bp surat kecil tanda membayar sewa pasar (upah penjaga sepeda dll). kardamunggu sj tumbuhan (herba, sj halia), Elettaria cardamomum. kardigan baju panas yg dibuat drpd benang bulu yg dikait, biasanya tanpa kolar dan berbutang di depan. kardinal I pendeta Roman Katolik yg terkanan di bawah Paus. kardinal II, nombor ~ (Mat) nombor yg menyatakan kuantiti mis 1, 2, 3....(lwn nombor ordinal). kardiologi cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn fungsi dan penyakit jantung. kardiomiopati (Ubat) penyakit otot jantung yg kronik. karditis (Ubat) radang pd jantung. kardus kertas tebal (utk membuat kad, kotak, dll), kadbod. karek (karék) Kl; mengarek mengambil berat, memikirkan sungguhsungguh. karel bilik kecil khas di perpustakaan tempat seseorang membaca, belajar, mengarang dsb. karenaIdkerana. karenah (karénah) Ar alamat, bukti, tanda. karengga Mn; kuda ~ sj kuda yg berbulu kelabu kemerah-merahan (kekuning-kuningan). kareseh (karéséh); ~-peseh Mn bercakap bahasa Belanda; keleseh.

karet (karét) Id 1. getah: ban mobil yg dibuat drpd ~; pohon ~ pokok getah; ~ alam getah asli: 2. bp tidak pasti, dapat dipanjangkan atau dipendekkan; jam ~ jam yg tidak betul (jalannya selalu terlambat). kargo barang-barang yg dibawa (diangkut) oleh kapal laut (kapal terbang atau kenderaan lain). kari I gulai daging, ikan, dll yg dimasak dgn rempah. kari II Jw ark baki, sisa, tinggalan. kariah Ar kawasan yg didiami oleh penduduk yg berkongsi masjid atau surau. karib 1. dekat (hubungan kekeluargaan); ~ (dan) baid dekat dan jauh (sanak saudara); ~ kerabat saudara-mara yg dekat; 2. rapat, erat (persahabatan dll): kawan ~ kawan yg rapat; berkarib bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya: ia ~ benar dgn Mak Guna yg bijak itu; mengaribi bersahabat baik dgn, mendekati; mengaribkan merapatkan atau mengeratkan (persahabatan, persaudaraan, dll); kekariban 1. perihal persaudaraan atau hubungan kekeluargaan; 2. perihal erat atau rapat (perhubungan, persahabatan), keeratan (perhubungan, persahabatan). karibu sj rusa besar yg terdapat di kawasan Artik Amerika Utara, Rangifer tarandus. karier kerja atau profesion yg menjadi kegiatan berpanjangan seseorang dlm hidupnya, kerjaya: bidang penterjemahan itu sendiri dapat dijadikan ~. karies (karis) kerosakan atau keadaan busuk pd gigi dan tulang. karih; mengarih mengacau, mengarau, mengaduk: ~ nasi.

karikatur gambar, ajukan suara, perangai, dll seseorang yg menekankan ciri-ciri tertentu utk berjenaka. karil sj arnab. karim I Ar murah hati. karim II sj ikan darat, Trichopsis vittatus. karing sj ikan darat, kawan, Labeobarbus tambra; garing. kariogram (Bio) gambar rajah atau gambar foto kromosom sel yg tersusun secara berpasangan dlm urutan tertentu. karipap sj kuih yg kulitnya dibuat drpd tepung gandum dan intinya drpd ubi kentang dan daging yg bercampur rempah. karisma kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai: heroisme ialah pemujaan terhadap seseorang tokoh, yg dianggap mempunyai kelebihan, keunggulan, ~, dan kewibawaan; berkarisma mempunyai karisma: John diagung-agungkan oleh rakyatnya dan mereka mengira Amerika mempunyai presiden yg paling ~ dlm sejarah. karismatik berkarisma,menunjukkan karisma. karkas; ~ ayam cakar ayam (tulisan yg buruk). karkausar kalikausar. karkun ark sl kerani, jurutulis. karma 1. semua perbuatan manusia sewaktu hidupnya di dunia; 2. kerama, kutuk, sumpah: tak seorang pun yg terlepas drpd ~nya. karmin (Bio) pigmen berwarna merah yg diperoleh drpd sj serangga. karna bp kerana.

karnival 1. pesta besar-besaran biasanya disertai oleh perarakan, acara meriah, dsb; 2. pesta ria bergerak. karnivor (Bio) haiwan (spt harimau) yg memakan daging sbg sumber makanan utamanya, maging. karok Tr sarang labah-labah, sawang. karol nyanyian gembira atau puji-pujian, terutamanya semasa perayaan hari Krismas, lagu hari Natal. karom sj permainan yg menggunakan papan segi empat yg mempunyai lubang di setiap penjurunya, dan setiap pemain (biasanya terdiri drpd dua hingga empat orang) secara bergilir-gilir menjentik gundu utk menolak kepingan bulat leper masuk ke dlm lubang. karombol Id sj permainan bola sodok. karotena (karoténa) (Kim) sj pigmen hidrokarbon yg berwarna kuning, jingga, atau merah, dan terdapat semula jadi dlm tumbuhan, spt lobak merah, kelapa sawit, keledek, labu, dll. karotid (Bio) salah satu drpd dua arteri utama yg membekalkan darah ke kepala dan leher. karpel (karpél) (Bio) organ pembiakan betina tumbuhan berbunga yg terdiri drpd ovari, stil, dan stigma. karpet (karpét) ambal, permaidani; berkarpet berambal, berpermaidani. karpus I sj topi (kopiah). karpus II (Ubat) pergelangan tangan. karsinogen (Ubat) sebarang agen yg mengakibatkan pertumbuhan kanser dlm tisu hidup (mis asbestos, benzena, dll). karsinogenesis (karsinogénésis) (Ubat) pembentukan sel kanser drpd sel normal.

karsinogenik (karsinogénik) (Ubat) cenderung menyebabkan berlakunya kanser (bkn sesuatu bahan dsb). kartel (kartél) persatuan antarabangsa pengeluar atau pengusaha sesuatu barangan utk menguasai pasaran (mengawal harga dsb). kartika; bintang ~ bintang tujuh. kartografi 1. teknik atau seni melukis atau membuat peta; 2. gambar peta (carta dll): sebanyak 202 helai bahan ~ disimpan di pejabat ini. kartogram peta yg mempunyai maklumat statistik yg berbentuk gambar rajah. karton I sj kotak drpd kertas tebal (utk mengisi barang-barang spt rokok dll). karton II IB kertas tebal, kadbod, kardus. kartotek (kartoték), kartotik IB 1. pencatatan dan penyusunan dgn menggunakan kad, pengartuan; 2. kabinet tempat menyimpan kad, perkartuan. kartrij 1. kelongsong (spt bentuk silinder) biasanya drpd logam yg berisi ubat bedil atau penabur, sarung peluru; 2. sarung berserta filem fotograf yg boleh dimasukkan terus ke dlm kamera; 3. alat yg berisi pita bermagnet (saiznya lebih besar drpd kaset) utk rakaman suara atau video; 4. bekas perisian dakwat yg boleh ditukar ganti utk pen mata bulat. kartu Id 1. kad; 2. daun terup; main ~ main terup (berjudi dgn daun terup); ~ (tanda) anggota kad ahli; ~ besar daun terup utk permainan bridge dll; ~ kecil (ceki) daun terup utk permainan ceki; ~ pindahan kad yg dikirim utk menyatakan pertukaran alamat; ~ pos kad yg digunakan sbg surat; ~ pos gambar kartu pos yg bergambar; ~

undangan kad jemputan; dgn ~ terbuka dgn terang-terang (tidak berselindung-selindung lagi); membuka ~ menerangkan maksud dgn terang-terang; mengartukan mencatat di atas kad; perkartuan 1. pencatatan di atas kad dan penyusunan kad mengikut abjad; 2. tempat kartu (kad); pengartuan perihal atau perbuatan mengartukan. kartun 1. = gambar ~ lukisan yg mengisahkan sesuatu (spt hal seharihari, hal politik, dll) dgn cara berjenaka; 2. filem yg dibuat drpd rentetan lukisan (yg menjadi watak cerita). kartunis orang yg kerjanya melukis kartun secara profesional. karu Mn ark; berkaru kacau atau kusut (fikiran, hati), bercelaru; mengaru menyela (menyampuk) orang bercakap. karuai Br sj burung, kuang, Argusianus argus. karuk Ph andang, suluh (drpd daun kelapa kering). karu-karu sj tumbuhan (pokok), bangkal (paya), membatu hitam, Ctenolophon parvifolius. karun orang yg kaya raya pd zaman Nabi Musa dan kerana keangkuhannya, terbenam ke dlm tanah bersama harta bendanya; menjadi ~ menjadi kaya-raya; harta ~ a) harta yg terpendam (tidak diketahui tuannya); b) Mn harta yg diperoleh dgn jalan haram; dapat ~ timbul = dapat harta ~ prb mendapat keuntungan besar dgn tidak bekerja susah-susah. karung sumpit besar drpd kain yg kasar dan agak tebal; berkarung-karung karunia kurnia. beberapa karung (sbg ukuran banyaknya sesuatu): beras diangkut orang ~.

karut I 1. = berkarut kacau, kalut, kusut (fikiran, hati, dll): fikirannya sangat ~; 2. tidak benar, bohong, dusta (perkataan, berita, dll): menceritakan cerita-cerita ~; ~-marut a) sangat kacau (fikiran, hati), sangat kusut, tidak tentu hala; b) terlalu bohong atau dusta (bkn kata-kata dsb); mengarut 1. menyebabkan karut, mengacaukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan perlembagaan; kekarutan perihal karut, kekacauan (kekalutan dll): bagaimana mereka hidup dlm dunia yg penuh kekeliruan dan ~. karut II parut. karut III; ubi ~ ubi garut, ararut. karya 1. kerja; 2. buatan atau ciptaan (seni dll): ~ Abdul Rahim Kajai; ~ seorang pelukis; ~ eceran karya yg diterbitkan secara satu-satu atau sedikit-sedikit spt dlm bentuk rencana (bukannya dlm bentuk buku); berkarya menghasilkan karya (tulisan, ciptaan, gubahan, dsb): tanpa pasaran yg memuaskan, pengarang tentulah tidak akan ~; perkaryaan kegiatan berkarya: penulis menyempitkan ~ mereka, tetapi ini penting bagi mewujudkan kesedaran; pengkaryaan penghasilan karya, penciptaan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak

pengkarya orang yg berkarya atau menghasilkan karya: oleh sebab ~ dilahirkan dan didewasakan di celah pokok getah, sewajarnyalah pengkaryaan tidak meninggalkan tradisi kita. karyaneka (karyanéka) agensi atau pusat pemasaran barang-barang buatan tangan. karyawan penghasil karya, pencipta; ~ tamu tokoh karyawan (biasanya sudah bersara) dlm sesuatu bidang yg diberi penghargaan (dgn segala kemudahan) oleh badan tertentu utk melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya (spt buku, kamus, dll). kas I IB 1. tempat menyimpan wang: ~ negara perbendaharaan negara; 2. wang yg ada tersedia (pd pertubuhan, pejabat, dll); 3. tempat utk membayar (menerima) wang: aku pergi ke bahagian ~ lalu membayar seribu. kas II IB 1. peti kayu (utk mengisi barang-barang yg hendak dikirim); 2. bingkai dan tutup arlogi (jam saku atau jam tangan), tempat pesawat arlogi dll. kasa I; kain ~ kain yg halus dan jarang tenunannya: kelambu biasanya dibuat drpd kain ~; ~ dawai = kawat ~ Id jaringan dawai yg halushalus lubangnya (biasanya dipakai atau dikenakan pd pintu almari makanan). kasa II ark sl angkasa. kasa III Id tempat membayar (menerima) wang; kas I. kasab benang emas (perak): sulaman suji atau ~ ini begitu popular. kasad Ar maksud, niat, tujuan: ~ saya datang ini sekadar hendak berjumpa sahaja;

mengasadkan sl memaksudkan, meniatkan: akan adat anak panah tuan hamba ini apabila tanggal drpd ibunya sudah kenalah yg dikasadkan. kasah I kasa I. kasah II sl sj tikar rotan, lampit. kasah III sj tumbuhan (pokok), dlm famili Sterculiaceae, Pterygota horsfieldii. kasai I 1. sj bau-bauan yg dipakai utk mencuci rambut; 2. sj bedak basah yg wangi (utk menggosok dan mengharumkan kulit badan); berkasai bergosok dgn menggunakan kasai. kasai II 1. sj tumbuhan (pokok), Amoora spp.; 2. sj tumbuhan (pokok), asam kuang, Pometia pinnata; 3. = ~ bukit sj tumbuhan (pokok) tatai, Pometia alnifolia; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), medang berbulu, kasip bukit, redan, Aglaia cordata; ~ paya sj tumbuhan (pokok), cikeh, kulim burung, pasak lingga, Aphanamixis polystachya; ~ talang (sumatera) kasai bukit; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), bunga kombil, kasip hutan, kulim burung, malau, Dysoxylon excelsum. kasai III sj ikan laut; ~ janggut sj ikan laut, Setipinna taty; ~ minyak sj ikan laut, Thryssa mystax. kasak; ~-kisik (kusut) bisik-bisik, desas-desus. kasam Mn dendam, musuh; melepaskan ~ melepaskan dendam; kesam. kasang Mn kering; kesang III. kasanova lelaki yg suka memikat dan memperdaya perempuan. kasap I kesat, tidak licin (spt daun empelas dll); kekasapan perihal (keadaan, rasa dsb) kasap.

kasap II pengurus makanan dll di kapal. kasap III; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), cempening, labu-labu, Clerodendron villosum. kasar 1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan-santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ketertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg berwujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll): buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg dilakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul; berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya; mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu; mengasarkan menjadikan kasar; memperkasar menjadikan lebih kasar; kekasaran tingkahmu. perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~

kasasi Id (Udg) pembatalan sesuatu hukuman oleh mahkamah yg lebih tinggi. kasatmata Jw ark nyata, jelas, maujud. kasau kayu yg melintang pd atap (bumbung) rumah dll (utk memasang atap); ~ betina kasau yg kecil; ~ jantan kasau dasar yg lebih besar (tempat kasau betina dipasang). kasbuk Id, bp buku tunai. kasdu Jw ark sudi, suka (mahu) akan. kasein (kaséin) (Kim) protein yg dimendakkan drpd susu dan merupakan asas keju dan plastik tertentu. kaseinogen (kaséinogen) (Bio) protein utama dlm susu yg bertukar menjadi kasein dgn tindakan resin. kasemek kesmak. kasep (kasép) terlambat; kasip. kaserin Id ark sj tumbuhan (pokok). kaserol (kasérol) sj bekas (bertutup yg dibuat drpd kaca, tanah liat, dsb) yg tahan haba (digunakan utk memasak dan menghidangkan makanan yg dimasak). kaset (kasét) sj alat yg mengandungi pita utk merakamkan bunyi (suara dsb) atau memperdengarkan sesuatu rakaman (dgn alat tertentu). kasi I bp 1. beri, bagi; 2. membuat supaya; kasih III. kasi II sl kembiri, kasim: ayam ~; mengasi mengembiri, mengasim: kucingnya dikasi; pengasian perbuatan (kerja) mengasi.

kasi III sj tumbuhan (pokok), cenarahan, lidah mara, pendarah, tampoi, Ouratea hookeri; bunga ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Maesa indica. kasi-kasi sj ikan laut, Thrissocles baelama. kasid Ar ark utusan, suruhan. kasih I 1. perasaan sayang (terhadap seseorang atau sesuatu, cinta: ~ku padamu masih spt dahulu; ~ seseorang pd agama, negara, dan bangsa; terima ~ pernyataan penghargaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; 2. berasa sayang (akan), berasa cinta (akan): ia bertambah ~ pula pd anak itu; ~ mesra sangat kasih (cinta); ~ ibu sepanjang jalan, ~ anak sepanjang penggalan prb kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang; ~ sepantun tulisan pinggan prb kasih yg tidak kunjung hilang (bagi orang yg terlalu mesra pergaulannya); ~ saudara sama ada, ~ bapa menokok harta yg ada, ~ ibu sama rata, ~ sahabat sama binasa prb kasih yg sama berada itulah kasih yg sempurna (sebab biar bagaimanapun kasih seorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya); ~ itu semangat (roh) yg buta prb kasih itu tidak memilih yg baik atau yg cantik sahaja; ~ tidak bersekutu dgn bijak prb apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat celanya; kerja sebarang tempat, ~ sebarang tempat prb orang yg tidak berperaturan dlm pekerjaannya; kasihkan kasih akan; ~ anak tangan-tangankan, ~ isteri tinggaltinggalkan prb anak yg dimanjakan akan rosak dan isteri yg diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan; berkasih berasa kasih: adat ~ menanggung rindu;

berkasih-kasihan 1. saling berasa kasih, cinta-mencintai: setelah sudah kahwin, maka kedua-duanya pun terlalu amat ~; 2. sl berbaik-baik, bersahabat, tidak bermusuhan: jika Seri Rama hendak ~ dgn kami, kembalikanlah Sita Dewi kpd Maharashi Kala; mengasihi menaruh kasih akan (pd), menyayangi, mencintai: ia sangat dikasihi oleh ibunya; haruslah raja-raja melengkapi negerinya dan ~ segala rakyatnya; kekasihan rasa cinta (sayang); pengasihan perihal mengasihi; berpengasihan mempunyai sifat mengasihi: tangan ibunya yg ~ itu selalu mengusap-usap rambutnya; kekasih orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; pengasih 1. = ilmu ~ = pekasih jampi (azimat, doa, guna-guna, dll) utk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih: dicarikannya pekasih atau pembenci kian ke mari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai; kata orang, saya ini memakai ilmu ~; 2. selalu menaruh (menunjukkan) belas kasihan, bersifat belas kasihan, penyayang: ibu yg ~ dan penyayang; perkasihan perihal berkasih: hal ini menguatkan tali ~ antara kita. kasih II; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau membangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll

yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (seseorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri. kasih III = mengasih bp 1. memberi: jangan ~ dia minum; ~ tahu memberitahu; 2. membiarkan, mengizinkan, tidak menegahkan; ~ lihat memperlihatkan; ~ turun menurunkan; 3. membuat supaya, menjadikan: ~ mati sama dia; pengasih pemberian, hadiah; kasi I. kasih sayang 1. cinta kasih; 2. (perasaan) belas kasihan; berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~. kasik Kl 1. kurang: dia tidak ~ apa-apa pun; 2. mahu, ingin: kalau awak tidak mahu beri, saya pun tidak ~. kasim kasi, kembiri; mengasim mengasi, mengembiri. kasima Jk; terkasima termangu-mangu, tertegun (kerana bingung, terperanjat, dsb). kasino bangunan atau dewan tempat berjudi. kasintu (Sunda) ark ayam hutan. kasip I Jw terlambat, terlewat: jangan tunggu sampai ~. kasip II; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), kasai bukit, medang bebulu, redan, Aglaia cordata; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), bunga kombil, kasai tembaga, Dysoxylon excelsum. kasir I IB pemegang wang tunai.

kasir II sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beras-beras, kedondong matahari, kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii. kasisang Br sj serangga yg merosakkan tanaman spt padi. kasmaran = edan ~ sl mabuk (gila) berahi, jatuh cinta: ia mahasiswa yg sedang ~; kesmaran. kasmutik Id sj minyak rambut. kasolit (Kim) mineral yg mengandungi plumbum dan uranium. kaspe (kaspé) IB ubi kayu, singkong. kasrah Ar tanda bacaan huruf Arab yg menandakan bunyi /i/, baris di bawah. kasta 1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka; berkasta mempunyai kasta, terbahagi kpd atau tergolong dlm kasta: mereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dgn lelaki yg ~ rendah; berkasta-kasta terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasingasingkan; mengkastakan membahagikan kelompok manusia mengikut kasta: apakah kau cuba utk ~ pengikut kita? kekastaan perihal kasta: semangat ~ itu mempunyai pengaruh yg besar.

kastam 1. cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport; 2. jabatan kerajaan yg memungut cukai (atas barangbarang yg diimport atau dieksport): bapanya bekerja sbg pegawai rendah pejabat ~; pegawai ~. kastard sj makanan drpd campuran telur, susu, gula, dsb. kasteria kesateria. kasti IB sj permainan dgn bola kecil yg keras dan pemukul. kastil IB bangunan kepunyaan bangsawan (pd zaman dahulu) yg dibentengi (dikubui) utk mempertahankannya drpd serangan. kastria kesateria. kastroli IB sj ubat pencuci perut (dibuat drpd minyak jarak). kasturi I; kuih ~ kuih rengas. kasturi II kesturi. kasual (tentang pakaian) tidak formal: Linda telah menunjukkan beberapa ciptaan pakaian ~. kasuari = burung ~ sj burung yg tidak dapat terbang (spt burung unta), Casuarius spp. kasur Id tilam; jatuh di ~ prb mendapat kesenangan hidup; tidur di ~ prb berbinikan orang kaya. kasus Id keadaan (perkara, persoalan, dsb) yg sebenarnya atau yg tertentu (khusus), keadaan (kejadian dsb) yg khusus yg ada kaitannya dgn seseorang atau sesuatu, kes. kasut I alas kaki (spt sepatu, selipar, dll); ~ bola kasut utk bermain bola sepak; ~ but kasut yg menutup kaki sampai ke atas buku lali; ~ getah kasut drpd getah; ~ kayu terompah; ~ luncur kasut yg mempunyai bilah logam yg nipis pd tapaknya yg

dipakai utk meluncur di permukaan ais; ~ roda kasut yg mempunyai roda kecil yg biasanya dipakai utk berjalan meluncur;~ rumput Id selipar (drpd anyaman rumput); ~ tumit tinggi kasut yg tinggi dan halus tumitnya (dipakai oleh wanita); berkasut 1. mempunyai kasut: sepanjang hidupnya, ia tidak pernah ~; 2. memakai kasut: dia tidak ~ ke kedai. kasut II; binatang ~ sj binatang (bersel satu dan berbentuk spt kasut), Paramecium spp. kasut III; bunga ~ sj tumbuhan (herba), Paphiopedilum exul. kaswi sj kuih drpd tepung beras atau tepung gandum dan gula yg dikukus (biasanya disalut dgn kelapa parut). kasyaf Ar (bkn ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati; mengkasyaf membuka hati: zikir „lailahaillallah‟ itu ~ kalbunya. kat bp dekat. kata 1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata: ada empat suku ~ pd perkataan „hulubalang‟; ~ adat peribahasa yg berkaitan dgn adat; ~ akar (Lin) bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak, atau morfem terikat spt jerumus dlm terjerumus; ~ alu-

aluan ucapan (kata-kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb); ~ ambilan kata yg diambil drpd bahasa asing, kata pinjaman; ~ bantu (Lin) jenis perkataan kecil yg biasanya bersambung pd kata lain (spt kah, lah, pun, dll), partikel; ~ bantu bilangan (Lin) kata yg membantu kata bilangan, penjodoh bilangan spt bilah, buah, ekor, helai, keping, orang, pucuk, dll; ~ basi ungkapan dll yg (sudah) selalu benar digunakan; ~ benda ark = ~ nama; ~ bilangan kata yg menyatakan banyaknya benda; ~ bulat persetujuan penuh, persetujuan sebulat suara; ~ dasar = ~ pokok kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll); ~ depan Id = ~ penghubung; ~ dua pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yg mengemukakan tuntutan (syarat dsb) yg mesti diterima oleh pihak lain yg terlibat dlm pertikaian (perundingan dsb) dengannya (dgn ugutan atau implikasi bahawa kalau tidak diterima oleh pihak yg lain itu akan menimbulkan peperangan, akibat buruk, dll); ~ entri = ~ masukan; ~ ganti (Lin) kata yg menjadi ganti kpd kata nama (dan menunjukkan atau merujuk kpd orang, haiwan atau sesuatu, misalnya dia, ia, mereka); ~ hati a) gerak hati, perasaan yg timbul dlm hati; b) angan-angan (dlm hati); ~ hikmat = ~ pujangga perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi; ~ hubung (Lin) kata yg gunanya (fungsinya) menghubungkan dua kalimat (perkataan, rangkai kata, dsb), mis kerana dan supaya, sendi kata; ~ jadian = ~ terbitan; ~ keadaan ark = ~ sifat; ~ kerja (Lin) kata yg menyatakan sesuatu perbuatan; ~ kerja pasif (Lin) bentuk kata kerja (spt dipukul, ditangguhkan, kehujanan, dll) yg menyatakan bahawa pokok kalimatnya menderita sesuatu perbuatan

(menjadi objek atau penyambut kpd kata kerja); ~ keterangan (Lin) kata yg menerangkan sesuatu kata; ~ laluan a) (Komp) gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod unik yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem; b) kata, ungkapan dsb rahsia yg dijadikan sbg pengenalan diri utk memasuki sesuatu tempat, menganggotai sesuatu pertubuhan dsb; ~ lawan = ~ berlawan kata yg berlawanan ertinya (spt besar dgn kecil, kuat dgn lemah, dll); ~ majmuk (Lin) kata yg merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yg dianggap sbg satu unit dan mempunyai satu pengertian (mis bumiputera, papan hitam, dll); ~ masukan kata atau ungkapan utama yg terkandung dlm sesebuah kamus, biasanya menurut urutan abjad yg ditakrifkan atau diberi keterangan tentang maknanya dll; ~ membazir (mubazir) kata yg tidak perlu turut digunakan kerana makna yg dimaksudkan telah jelas dlm perkataan lain; ~ nama (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat atau benda, antaranya termasuk kata nama am dan kata nama khas; ~ nama am (Lin) kata yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis jalan, guru dan kegemilangan; ~ nama khas (Lin) kata yg merujuk kpd orang, tempat benda yg khusus, mis Kuala Lumpur dan Muhammad; ~ nista kata-kata yg mencerca atau mencaci (sumpah seranah); ~ orang cakap orang, khabarnya; ~ pemutus (putus, pasti) kata yg menentukan (memutuskan atau memastikan) sesuatu perkara (spt pertunangan dll); ~ pendahuluan = ~ penghantar (pengantar) kata alu-aluan utk sesebuah buku dll, mukadimah; ~ penghubung = ~ perangkai kata hubung; ~ pinjaman kata yg telah digunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; ~ pokok = ~ dasar; ~ pujangga = ~

hikmat; ~ sambutan ucapan (kata-kata) utk mengalu-alukan kedatangan seseorang; ~ sandang kata yg bertugas utk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama spt „sang‟, „si‟; ~ sasulan kesilapan menggunakan sesuatu kata bagi kata yg lain yg hampir sama bunyinya; ~ seasal kata-kata dlm berbagai-bagai bahasa yg sama asalnya; ~ sebunyi (Lin) kata-kata yg sama bunyinya (sebutannya) tetapi berlainan ertinya, homofon; ~ seerti kata-kata yg sama ertinya dlm sesuatu bahasa (spt kutip dgn pungut, dll), sinonim; ~ sendi nama (Lin) kata, spt di, ke dan dari yg digunakan di depan kata nama atau frasa nama; ~ sepakat (sefaham) persetujuan, muafakat; ~ seru a) kata utk menyeru (memanggil dll); b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); ~ sifat (Lin) kata yg menunjukkan (menyatakan) sifat atau keadaan seseorang atau sesuatu, adjektif; ~ tambahan Id kata yg menunjukkan keadaan kata-kata selain kata nama dan kata ganti; ~ terbitan kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan; ~ tugas (Lin) kata yg tidak mempunyai makna leksikal, tetapi mempunyai makna tatabahasa dan menunjukkan hubungan tatabahasa, mis dan, kepada dan ialah; ~ ulang (berulang) kata yg diulangi sebutan (penulisan) seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berkali-kali); ~ berjawab, gayung bersambut prb baik dibalas dgn baik dan jahat dibalas dgn jahat; ~ dahulu bertepati, ~ kemudian bercarian = ~ biarlah kota prb janji hendaklah ditepati; ~ seorang dibulati, ~ bersama diperiakan prb hal seseorang boleh diputuskan dgn orang itu sendiri tetapi perkara bersama hendaklah dirundingkan; ~ periuk, belanga hitam prb orang yg memburukkan orang lain sedangkan

dirinya sendiri buruk juga; ~ tidak dipegangnya, janji tidak ditepati prb orang yg suka mungkir janji; ~ yg benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan prb tidak mahu mengakui kebenaran; elok ~ dlm muafakat, buruk ~ di luar muafakat prb kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu selamat; mengalih kain ke balik rumah, mengalih ~ ke hadapan prb memungkiri janji dgn tiba-tiba; sekata 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza-beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; katakan 1. memisalkan, mengandaikan: ~lah kamu tidak ada gigi, tentulah kamu tidak dapat makan dgn banyak; ~lah orang di sini bodoh, atau ~lah apa yg kau suka; 2. bp gamaknya, kiranya, boleh dianggapkan (dimisalkan): bukan dia tak tahu, dia sengaja, muka tarpallah ~; berkata mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluarkan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya;

~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; berkata-kata bercakap-cakap, berbicara: janganlah tuan banyak ~ dan bicara lagi; hanya diamlah ia tiada ~ lagi sambil menyudahkan kerjanya; ~ dgn lutut prb bercakap-cakap dgn orang bodoh; mengata 1. mengucapkan kata-kata; jangan kata lagi a) tidak usah disebut lagi; b) sudah diketahui umum; 2. bercakap buruk tentang seseorang: ceritanya tak lain drpd ~ kawan-kawannya sahaja; barang yg dikata, itulah kota prb janji hendaklah ditepati; mengatai, mengata-ngatai 1. mengeluarkan perkataan yg kurang sedap terhadap, bercakap buruk tentang (orang dll), mencaci, mencerca: orang muda itu ~ dia; dia sendiri dikata-katai dan suaminya disindir-sindir; 2. menegur (dlm erti mengherdik dll), memarahi; ~ adik memarahi adik; mengatakan 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan: maka sekali-kali bapaku itu tiada mahu ~ aku ini tahu atau pandai atau memuji aku; 2. menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan: maka semuanya orang itu ~ mimpinya kpd raja; ada suatu perkara penting yg hendak dikatakannya kpd kita; 3. bp menganggap (sbg), membuat kesimpulan (bahawa): kalau kita boleh berbuat demikian, barulah kita dikatakan mempunyai fikiran yg kritis; binatang ini boleh dikatakan besar juga; 4. mencakapkan (utk atau sbg melahirkan pandangan dll tentang sesuatu): apa hendak dikatakan, bukan kita boleh menahannya; 5. memisalkan, mengandaikan;

memperkatakan 1. melahirkan (dgn kata-kata), mempercakapkan, menceritakan: terasa senang hatinya sebab ia dapat ~ apa yg tersimpan di dlm hatinya; dan sepanjang hari itu orang ~ hal itu; 2. membincangkan, membicarakan: mereka berkumpul ~ dagangan mereka pd hari itu; ~ masalah penulisan yg serius; ~ kesusasteraan rakyat; terkata 1. = terkata-kata dapat berkata-kata atau mengatakan sesuatu; tidak (tiada) ~ tidak dapat berkata-kata (utk menyatakan pendapat, perasaan, dll mengenai sesuatu), tidak berdaya mengatakan sesuatu: tiadalah ia terkata-kata lagi akan kelakuan Pak Pandir itu lalu ia berkemas barang-barangnya; maka adapun segala orang tiada percaya boleh dipecahkan kota Melaka itu pun terkatuplah mulutnya, tiadalah terkata-kata lagi; 2. = terkatakan dapat diceritakan (dinyatakan, diperikan), terperikan: maka orang mati pun tiada terkatakan lagi banyaknya; tiada ~ lagi bencinya baginda; terkata-katai Mn mengigau; perkataan 1. bunyi atau gabungan bunyi dlm sesuatu bahasa yg disebutkan atau dituliskan dsb dgn menggunakan huruf-huruf utk menyampaikan sesuatu maksud, kata: ~ bahasa Melayu dapat dieja dgn berpandukan bunyinya; ~ „syair‟ berasal drpd bahasa Arab; 2. kumpulan kata (yg diucapkan dsb), kata(-kata): pengemis itu menolak segala ~ dan dugaan orang yg bermuka cengkung itu; dgn ~ lain dgn kata(-kata) lain; 3. sl cerita, kisah, hal: jikalau dihikayatkan semuanya, jemulah orang mendengar dia, sebab itulah maka kami pendekkan ~nya.

katabolisme (Bio) pemecahan bahan kompleks menjadi bahan ringkas dlm organisma hidup utk menghasilkan tenaga. katabolit (Bio) bahan yg dikeluarkan hasil drpd proses katabolisme. katah ark; terkatah-katah terguling-guling, terpelanting. katai katik. katak I sj binatang yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor; jenis-jenisnya: ~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra; ~ lembu (bertanduk) sj katak, Megalophrys nasata; ~ pisang sj katak, Rana erythraea; ~ puru sj katak, kodok, Bufo bufo; ~ di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya; ~ ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan; ~ hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb); alim bagai ~ tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmunya; bagaimana hari tak hujan, ~ betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi; laksana ~ , sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil; tak akan ada ~ beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai); terkilap-kilap bagai ~ disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan; tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok. katak II Mn ark tidak panjang, pendek: baju ~; meriam ~. katak III Mn ark lipat-lipatan kulit pd leher dll, gelambir;

berkatak-katak berlipat-lipat (bkn kulit dll), bergelambir. katak IV; ~ udang sj tumbuhan (pokok), ketak udang, otak udang, pauh pipit, Buchanania lucida. katakana (Lin) sistem tulisan silabik yg digunakan dlm bahasa Jepun, khususnya utk mentranskripsikan kata asing. katalase (Bio) enzim yg memangkinkan penguraian hidrogen peroksida kpd air dan oksigen. katalepsi (katalépsi) (Ubat) keadaan seseorang yg tidak sedar beberapa ketika dan tubuhnya kaku, mis pd pesakit skizofrenia. katalisator IB bahan utk mempercepat tindakan kimia, mangkin. katalog butiran senarai yg lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan tentang perinciannya; 2. senarai buku atau sumber di perpustakaan; mengkatalogkan 1. menyenaraikan maklumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan katalog barangan yg berkenaan; 2. membuat klasifikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis sudah dikatalogkan utk bacaan umum; pengkatalogan proses dsb menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dsb) dlm katalog, proses membuat katalog: sistem ~ di perpustakaan dgn penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia; pengkatalog orang yg mengkatalogkan. katam potong, ruas; se~ tebu seruas tebu; mengatam memotong, mengerat: ~ dan menyiang daging; tulang kau akan dikatam-katam dan disedekahkan. buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku

katamaran sj kapal layar yg mempunyai dua badan kapal berkembar yg selari kedudukannya. katan Kl modal: saya tidak ada ~ hendak membuka perniagaan. katang-katang I sj bakul empat persegi (drpd mengkuang dll). katang-katang II sj tumbuhan (pokok menjalar), Cynometra spp.; bagai diurap dgn daun ~ prb, Mn orang yg panas hati hendak berkelahi. katapel (katapél) ark IB 1. lastik; 2. alat utk melepaskan kapal terbang (drpd kapal induk). katar I sj perahu layar. katar II (Ubat) radang pada selaput hidung dan kerongkong, sakit kerongkong. katarak sj penyakit mata yg menyebabkan kanta mata menjadi legap hingga mengaburkan pandangan. katarsis 1. kelegaan emosi (perasaan), kelegaan drpd ketegangan dan pergolakan batin: banyak remaja yg memilih majalah ataupun buku murah yg dapat mendatangkan kepuasan estetika ataupun bahan yg mendatangkan ~; 2. (Ubat) proses pengubatan yg digunakan utk meluahkan perasaan pesakit berhubungan dgn pengalaman buruk yg terpendam dgn mengulangi pengalaman itu melalui pertuturan atau perbuatan. kate (katé) kerdil; katik I. katedral gereja besar bagi daerah di bawah bidang kuasa seorang biskop. kategis IB guru agama Kristian (Katolik). kategori 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah pengguna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah);

mengkategorikan memasukkan ke dlm atau menentukan sbg tergolong dlm sesuatu kategori tertentu: permainan ini boleh dikategorikan sbg sukan rakyat yg amat digemari oleh rakyat; pengkategorian proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian, penggolongan: penulis membuktikan bahawa ~ jenis-jenis itu mempunyai konsep yg tersendiri. katek (katék) Jk ketiak; mengateki menggelikan, menggeletek. katel (katél) Jk sj labah-labah besar. katelum Id ark penjuru benteng yg menganjur ke luar. kater; pengkateran penyajian. katerer bp jurusaji. katering perkhidmatan penyediaan makanan, penyajian. kates (katés) Jw buah betik. katgut sj tali halus dan kukuh yg diperbuat drpd usus haiwan, terutamanya kuda dan bebiri, biasanya digunakan sbg tali raket, gitar, viola dsb. kati I ukuran berat yg sama dgn 16 tahil; se~ sama berat, diuji sama merah prb sama tinggi darjatnya; mengati menimbang dgn kati; katian bp timbangan kati, ditimbang dgn kati. kati II sj tumbuhan (pokok memanjat), sekati lima, Aganosma marginata. katib Ar penulis, jurutulis, penyalin (tulisan), setiausaha: maka ~ pun segeralah menuliskan surat sebagaimana yg dimaksudkan oleh baginda. katibin Ar (jamak bagi katib) penulis-penulis. katifah = kain ~ kain tebal (utk selimut), ambal, permaidani.

katih I Kl, Ph, Tr 1. kaki: tangan-tangan yg nampak spt ~-~ belalang kecong; tak tih sebulan lagi, panjang ~ cepat berlari; 2. ki tinggi (bkn orang), panjang. katih II; ~ mura sj tumbuhan (herba), rumput cengkering, rumput sebuih, rumput seri galuh, sepitam, Hedyotis glabra. katik I kecil (tidak mahu besar), sentiasa kecil (bkn orang, ayam, dll); ayam ~ ayam yg kecil sahaja (tidak mahu besar); si ~ gelaran atau panggilan (sbg bergurau) kpd seorang yg kecil sahaja (tidak mahu besar atau tinggi). katik II; rumput ~ belalang sj tumbuhan (rumput), rumput tulung sentadu, rumput patah siku, Paspalum orbiculare. katik III; kotak-~; kotak II. katil sj perabot tempat seseorang tidur atau baring, ranjang; ~ bujang katil utk seorang; ~ kelamin katil utk dua orang; bersekatil bersama-sama di atas satu katil. katimaha Jw sj tumbuhan (pokok yg kayunya digunakan utk membuat hulu dan sarung keris dll), temahai, timaha, timanga, ketimaha, Kleinhovia hospita. katimumul Jw sj penyakit pd kuku (jari). katimun Jk mentimun. kation (Kim) ion yg bercas positif dan bergerak ke katod semasa elektrolisis. katir kayu lempung atau buluh yg dipasang di sisi perahu (supaya jangan terbalik). katirah Jw sj tumbuhan (daunnya merah). katlum katelum. katod (Kim) elektrod negatif dlm sel elektrolisis.

Katolik mazhab agama Nasrani (yg di bawah pimpinan Paus di Rom). katoptrik cabang ilmu optik yg berkaitan dgn pemantulan cahaya oleh cermin. katrol IB kayu kerek, kapi, takal; dikatrol diangkat dgn katrol. katuk I; mengatuk Kd, Pn mengetuk (dgn pemukul). katuk II; seluar ~ seluar dalam. katung I; terkatung-katung 1. terapung-apung (di air): perahu Pak Kaduk pun hanyutlah ~ ke hulu ke hilir; 2. melayang-layang (di udara); 3. ki tidak pasti (bkn nasib atau kedudukan seseorang, sesuatu perkara, dll), tidak tentu apa yg akan terjadi (apa kesudahannya dsb): hampir setengah tahun lamanya, perempuan muda yg malang itu ~ tidak tentu arah. katung II sj penyu, Dermochelys coriacea; tersenget-senget bagai ~ di bawah reba prb orang kecil yg takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. katung III 1. = katung-katung sj tumbuhan (pokok), belangkan, cucu ikan, kangkatung, kepoyang, keranji, kurang sepat, melangkan, mengketai, Cynometra polyandra; 2. = ~ laut sj tumbuhan (pokok) belangkan, ramiflora. katung IV; baju ~ baju berlengan pendek. katup I 1. ditutup (tertutup) rapat-rapat; 2. sesuatu yg digunakan utk menutup, tutup, tutupan; berkatup (telah, sudah) ditutup: pintu pejabat itu sudah ~; mengatup menutup (pintu, mulut, dll): ia naik ke rumahnya dan ~ pintu; kangkatung bukit, kangkatung laut, Cynometra

mengatupkan, memperkatupkan menutup sesuatu rapat-rapat, menutupkan, merapatkan: pintunya; terkatup tertutup rapat-rapat (bkn pintu dll), terkancing (mulut): ia berdiri tegak bertentang dgn muka pintu yg ~ rapat itu; katupan tutupan (pintu dll): terdengar akan langkah terakhir dan disusuli oleh ~ pintu; pengatup sesuatu utk mengatup. katup II; ~ perenggan sj tumbuhan (herba), kancing baju jantan, rumput teki, Kyllinga brevifolia. katup-katup sj tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait rimba, letup-letup, Bauhinia bidentata. katut; ~ selayar sj tumbuhan (pokok), saga monyet, semelit jekuk, Breynia discigera. katwal ark sl mata-mata, polis; ketual. kau singkatan bagi engkau; ~ orang bp kamu sekalian. kaudal (Bio) berkaitan dgn ekor: sirip ~. kaukab Ar ark planet. kaul I Ar 1. kata, perkataan; ~ yg sah perkataan yg benar; 2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, keturunan puteri Balkis; 3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya; membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji); 4. ark janji yg diikrarkan teguh-teguh; hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan; budak-budak yg lalu di jalan itu disuruhnya tangkap, dimasukkan ke dlm pagar dan dikatupkan

berkaul berniat atau berjanji hendak melakukan sesuatu (apabila permintaannya diluluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hendaklah pd tempatnya; mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati. kaul II rabuk (sj serabut yg terdapat pd pohon enau dll). kaula Jw ark 1. hamba, abdi; 2. hamba, patik; kawula. kaum 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh-tumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orangorang yg berpangkat tinggi, golongan bangsawan, dsb); ~ borjuis golongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg

berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orangorang yg kaya (bermodal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pangkatnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orangorang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; mengikut 2. berkaum-kaum; (berimam), 3. ark (ber)sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg berkaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. kaung (Sunda) enau, kabung; rokok ~ rokok yg digulung dgn daun kaung. kaunseling proses teratur yg melibatkan perbincangan yg rapi tentang masalah yg dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat; imam sembahyang

mengkaunseling memberikan kaunseling kpd: kaunselor sekolah itu gagal ~ pelajar yg bermasalah. kaunselor orang yg (layak) menjadi pembimbing dan penasihat kpd orang lain yg menghadapi masalah, orang yg berkemampuan memberikan khidmat kaunseling. kaunter I meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urus niaga dijalankan, tempat makanan disajikan kpd pelanggan, atau barang-barang dipamerkan. kaunter II (Eko) saham yg disenaraikan di bursa saham, mis kaunter Tenaga Nasional Berhad bererti saham syarikat ini disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). kaup; mengaup 1. mengambil banyak-banyak sekali gus dgn tangan, mengaut, meraup: ia ~ pakaian yg sudah berlonggok di atas lantai; ~ daun-daun kering yg bertimbun; 2. ki mengambil banyak-banyak: kaum penjajah hendak ~ hasil negeri ini; pengaup alat utk mengaup; perempuan. kaus I 1. sl kasut, sepatu: ini surat dr bawah ~ Raja Langit datang kpd Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yg jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sj kain kasa yg dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yg pendek lengannya. kaus II Ar ark 1. busur panah; 2. salah satu tanda dlm rasi Sagittarius. kausatif (Lin) bkn bentuk kata kerja transitif yg berakhiran -kan yg mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (mis dlm ayat Ali kaut. Kaur sebahagian drpd nama orang Sikh, yg menandakan ia seorang

membesarkan rumah, -kan dlm kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar). kauseri IB ceramah. kaustik (Kim) dapat mengakis atau merengsa tisu hidup (bkn bahan): soda ~; kekaustikan sifat atau keadaan kaustik: bahan itu dicairkan utk mengurangkan ~nya. kaut; mengaut 1. mengumpulkan dgn tangan (dan menarik ke arah diri sendiri), mengambil sesuatu banyak-banyak, meraup: Karim gelakgelak sambil ~ daun terup di hadapannya; 2. ki mengambil banyakbanyak, mengikis: negara asing sedang ~ kekayaan nasional kita utk kemewahan mereka; ~ keuntungan mengambil untung dgn banyaknya; ~ laba dgn siku prb sentiasa hendak beroleh untung banyak; pengautan perihal atau perbuatan mengaut; pengaut alat utk mengaut (tanah dll); Hindu semasa perayaan kaup. utk memuja Dewa kavadi benda berhias yg diusung pd sebelah bahu oleh penganut agama Thaipusam Subramaniam. kavalri 1. pasukan askar berkuda; 2. pasukan tentera darat yg menaiki kereta perisai. kaveat (kavéat) (Udg) notis rasmi kpd mahkamah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yg memberikan notis ini; pengkaveat orang yg memfailkan (mendaftarkan) kaveat. kaviar telur sj ikan yg diasinkan dan dimakan sbg hidangan istimewa dan mewah.

kawa I; buah ~ sj tumbuhan (pokok), Canarium purparascens. kawa II Tr (pokok) kopi. kawa-kawa ark sj labah-labah. kawad perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak; ~ cam proses mengecam orang yg disyaki dlm sesuatu jenayah dgn membariskan mereka di hadapan pihak berkuasa atau orang yg dianiayai; ~ kaki kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis yg mengutamakan pergerakan kaki serentak; ~ perpisahan kawad yg diadakan bagi meraikan perpisahan seseorang pegawai tinggi (spt polis dan tentera) yg akan bersara; ~ senjata kawad (polis, tentera dsb) dgn membawa senjata api spt M16; berkawad berbaris atau berjalan dgn rentak yg sama (bkn tentera, polis, dll), mengadakan perbarisan: satu pasukan Askar Melayu Diraja akan ~ di Stadium Merdeka. kawah I 1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi, lubang kepundan. kawah II; bunga ~ sj tumbuhan (herba), janggut rimau, Polygonum dichotomum. kawai Pl, bp mengambil semua, membolot. kawak = kawakan berpengalaman. kawal 1. orang yg menjaga, penjaga; ~ sambang penjaga yg meronda, peronda; 2. penjagaan, pengawasan: segala hulubalang pun berkhemahlah masing-masing pd ~nya; Jk 1. tua benar, tua bangka; 2. ki sudah

berkawal 1. berjaga (mengawasi di sesuatu tempat): beberapa orang anggota polis tinggal ~ di tempat itu; 2. diawasi, dijaga: makin ~, makin kecurian; mengawal, mengawali 1. menjaga dan mengawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak; mengawali mengawal berterusan atau beramai-ramai: pd tatkala itu, Taifah pun ada ~ istana itu; terkawal (dapat) dikawal, diawasi; kawalan 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

pengawalan perihal (perbuatan) mengawal: ~ penyakit tumbuhan dgn menggunakan racun kulat boleh dilaksanakan; pengawal 1. orang yg mengawal, penjaga, pengawas: Taruna dan Aduka sama-sama menjadi ~ dan pesuruh penghulu yg setia; 2. orang yg mengawal (mengetuai) jabatan kerajaan yg tertentu: ~ Hasil Dalam Negeri; ~ Kastam; ~ kampung pasukan (orang) yg bertugas secara sukarela utk menjaga keselamatan kampung; ~ pantai (pasukan) petugas yg mengawasi lalu lintas kapal, mencegah penyeludupan, membantu kerja menyelamat di laut dsb. kawal selia tindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dsb supaya dapat berjalan dgn betul dan lancar selaras dgn aturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan: ~ perdagangan mata wang memerlukan tindakan bersepadu semua negara; pendisplinan kuasa pasaran boleh menggalakkan ~ korporat yg baik; mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit; pengawalseliaan perihal (proses atau perbuatan) mengawal selia: akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yg menjalankan perniagaan bank; ~ mutu program francais juga diragui; pengawal selia pihak (badan atau orang) yg menjalankan kawal selia: keadaan itu mendesak ~ sekuriti utk berbincang dan bertukartukar maklumat; kajian itu menonjolkan isu utama yg membabitkan semua ~ kewangan.

kawan I 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-muda; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pemakan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berkawanan berkelompokkelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~ dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri);

mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerombolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses mengawan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. kawan II sj ikan darat, Labiobarbus curieri. kawan III; burung ~ sj burung, burung mati sekawan, enggang buluh, Anorrhinus galeritus carinatus. kawang; minyak ~ sj minyak yg diperoleh drpd pokok tengkawang. kawanua (Minahasa) orang senegeri atau setanah air. kawar Kd pencuri. kawasan 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan pemerintahan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan,

pemerintahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya

atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap berbahaya (kerana terdapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombolan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling lingkungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. kawat I 1. tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll), dawai: karan elektrik mengalir melalui ~ tembaga; 2. = berita ~ = khabar ~ = surat ~ telegram: besoknya Pak Wir telah mengirim ~ kpd menantunya; mengetuk ~ = memukul ~ = menokok ~ Id mengirim berita dll dgn telegram; ~ (ber)duri kawat (dawai) yg berduri atau berkait-kait tajam (digunakan utk membuat pagar dll); ~ jaring = ~ kasa kawat yg dianyam halus-halus; ~ mata punai kawat yg dianyam dgn mata atau lubang-lubang yg besar (digunakan utk membuat reban atau

kurungan ayam dll); ~ penahan kawat yg mengurangkan aliran karan elektrik; sungguh ~ yg dibentuk, ikan ditebat yg diadang prb tipu muslihat yg tersembunyi utk mencari keuntungan diri sendiri; mengawatkan mengirim berita dll dgn telegram: pd hari itu juga, dikawatkan hal yg mencemaskan itu ke India. kawat II kawad. kawi I; bahasa ~ a) bahasa Jawa kuno; b) bahasa Jawa yg biasa dipakai dlm kesusasteraan, bahasa pujangga. kawi II sl (sesuatu yg) kuat, kukuh, teguh: adat yg ~ adat yg dipakai dan dimuliakan sejak zaman dahulu. kawibawan kewibawaan; malaccensis. kawula Jw 1. ark hamba, abdi, rakyat; 2. saya, patik; 3. Id rakyat sesuatu negara, warganegara; kaula. kaya I 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya wibawa. kawik sj tumbuhan (pokok), durian api, durian hutan, sahun, Durio

sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyaknya (luasnya dsb), memperbanyak atau memperluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya;

mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. kaya II Jw seperti, sebagai, macam: ~ anjing liar bergerombolan. kaya III seri kaya. kayai Mn ark; mengayaikan menguatkan diri (utk berdiri) menggagahkan; terkayai berupaya atau kuasa (utk melakukan sesuatu); tidak ~ berjalan tidak berupaya berjalan. kayak I kaya II. kayak II sj sampan yg asalnya digunakan oleh orang Eskimo; berkayak naik kayak; mendayung kayak: mereka akan ~ di perairan Perancis selepas menyeberangi Selat Inggeris. kayan I; kayu-~ kayu-kayuan; kayu I. kayan II Kl; terkayan-kayan mundar-mandir (tanpa tujuan). Kayan III suku kaum peribumi Sarawak, yg termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg sering berpindah-randah di pedalaman kawasan Belaga dan hulu Sungai Baram, dan kegiatan utamanya ialah menanam padi huma. kayang Kl kawasan tanah berumput yg menjadi hak milik seseorang. kayangan negeri yang-yang, tempat dewa-dewa; yang II.

kayap penyakit kulit yg berupa bintik-bintik merah dan gatal; jenis-jenis: ~ api, ~ badak, ~ basah, dll. kayau; mengayau membanjiri (bkn air bah), menggenangi. kayu I 1. = pohon ~ = pokok ~ pohon yg hidup atau tumbuh (digunakan juga) utk menyatakan nama atau jenis pohon spt ~ ara, ~ kembang, dll; batang ~ batang pohon; dahan ~ dahan pohon; daun ~ daun pohon; 2. bahagian batang (dahan dsb) yg keras yg banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dll): bahan api ialah bendabenda yg dibakar utk mendatangkan panas spt ~, arang batu, minyak tanah, dll; perabot yg dibuat drpd ~ jati; 3. yg dibuat drpd kayu (batang atau dahan pokok): kerusi ~; rumah ~; ~ akhir (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih kecil, lebih tumpat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian drpd bahagian kayu awal; ~ antara (Bio) lapisan pd sebelah dlm gubal kayu yg mempunyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dr segi warna dan sifat umum);~ api = ~ bakar kayu yg digunakan sbg bahan api; ~ arang sj kayu yg keras dan hitam warnanya; ~ awal (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pd awal musim pertumbuhan;~ balak a) batang kayu yg telah dipotong; b) Id batang kayu yg telah ditarah; ~ bangunan kayu yg baik utk dibuat rumah dsb; ~ belantan sj gada (pemukul) drpd kayu; ~ besi sj kayu yg keras dan berat (berwarna hitam); ~ bongkok ki orang yg hina lagi miskin (selalu dipandang rendah); ~ cagak kaki penyangga (meriam dll) drpd kayu; ~ gabus

kayu yg lembut dan ringan; ~ gergaji (Hut) kayu yg dihasilkan drpd pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, mis papan dan beroti; ~ hutan kayu drpd pokok-pokok di hutan; ~ jaras kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; ~ keras (Hut) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dll); ~ kumai (Hut) kayu panjang yg dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk utk tujuan hiasan;~ lapis kayu keping yg nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu); ~ lembut (Hut) tumbuhan Gymnospermae yg menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dll); ~ lempung a) kayu yg ringan; b) Kl orang yg berbadan besar tetapi tidak kuat; ~ malam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, Diospyros spp.; ~ manis kulit drpd sj pokok yg manis-manis pedas rasanya (digunakan dlm masakan); ~ masam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), Aporusa spp.; ~ muda (Bio) bahagian kayu yg cepat tumbuh yg terbentuk di keliling empulur pokok.~ palang a) pengancing pintu drpd kayu; b) salib; ~ pembaris (rul, skil) kayu dll yg bersenggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus); ~ putih tumbuhan yg menghasilkan sj minyak utk dibuat ubat, Meloleuca leucadendron; ~ satar Id kayu pembaris; ~ ukur a) kayu utk mengukur panjang dll sesuatu; b) ki ukuran atau standard yg digunakan utk membuat perbandingan atau penilaian: ~ ukur utk mengetahui yg mana baik dan yg mana tidak baik; ~ besar di

tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan prb pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya; ~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat prb kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya; ~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan prb orang yg tidak sempurna akal fikirannya; ~ yg banyak akarnya tak takutkan ribut = ~ yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak kawan tidak takut akan susah; bagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa; besar ~ besar dahannya = gedang ~ gedang dahannya prb apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya; di mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti prb tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri; kalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu prb kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi; laksana pohon ~ tidak berbuah prb ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna; seberat-berat ~ terapung juga dlm air prb fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut; tak ~ jenjang dikeping prb dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud; umpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan prb nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi; umpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain;

kayu-kayu 1. bp orang yg diperalatkan oleh orang lain (spt menggunakan namanya utk membeli sesuatu dll); 2. bp lelaki yg dijadikan sbg kendak (oleh perempuan); kayu-kayuan, kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu; berkayu 1. ada kayunya, berteras; 2. mencari kayu (di hutan): pergi ~ pergi mencari kayu; perkayuan 1. (segala jenis pekerjaan) yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, membuat kerusi drpd kayu); 2. alat-alat rumah drpd kayu: ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak; 3. rangka rumah. kayu II gulung (sbg satuan atau unit utk mengira banyaknya kain, cita, dll): kain khasah bunga emas setengah ~. kayu III 1. sj ikan laut, Euthynnus alleteratus; 2. sj ikan laut, Germo sibi. kayuh I = pengayuh; berkayuh, mengayuh 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan; berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermainmain sahaja);

mengayuhkan

1.

menjalankan

perahu

(dgn

menggunakan

pengayuh), menjalankan perahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak; terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya mengayuh; tidak ~ lagi biduk hilir prb tidak berdaya lagi, lemah benar; kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi; kekayuhan perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; pengayuh 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajatnya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera mengetahui maksudnya atau dalam dangkal pengetahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. kayuh II gulung (kain putih, cita, dll); rayau). kayun II Mn ark laku atau laris (barang-barang jualan). kazab pembohong, palsu. kayu II. kayun I; berputar ~ = putar ~ bp berjalan-jalan ke sana sini (merayau-

KB kep Kota Bharu. KBSM kep Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. KBSR kep Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KDN kep Kementerian Dalam Negeri. KDNK kep Keluaran Dalam Negara Kasar. ke I 1. awalan utk membentuk bilangan yg menunjukkan kedudukan dlm sesuatu siri atau urutan: ~tujuh; ~dua puluh; 2. awalan bagi membentuk kata nama (biasanya disertai dgn akhiran an): ~kasih; ~hendak; ~cantikan; ~perluan; 3. kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo; 4. pergi (menuju sesuatu tempat): saya hendak ~ pasar. ke II bp kah: dia sudah balik ~ atau belum? kean Kl sj kuih berkuah (dibuat drpd beras). kebab 1. sj sate; 2. sj makanan yg terdiri drpd daging, tomato, dll yg dicucuk dan dipanggang. kebabal putik nangka. kebah basah kerana keluar peluh (ketika hampir pulih drpd demam), berkurang atau mereda (demam) selepas keluar peluh: dia baru saja ~ drpd demamnya. kebaji Mn ubat (jampi dll) yg menimbulkan kebencian terhadap seseorang atau antara suami dgn isteri (supaya bercerai): Hanafi kena ~ supaya benci pd sekalian perempuan yg lain. kebal I 1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll), tidak lut: mereka ~, tidak lut oleh senjata; kereta ~; ilmu ~ ilmu yg membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru; 2. tidak boleh didakwa (dituntut) dlm mahkamah:

ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen; 3. Id tidak dapat dihinggapi penyakit; ~ daging tidak lut; ~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras; ~ pakan kebal kerana tidak dapat dikenai senjata dll; ~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dlm badan (dgn dijampi); ~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan; mengebal menjadi kebal; mengebalkan menjadikan kebal; kekebalan 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd diplomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan. kebal II; ~ ayam sj tumbuhan (pokok), balung ayam, medang bunga, pusat beludu, Pentace triptera. kebam I; mengebam; ~ bibir memasukkan bibir ke dlm mulut (hingga tidak kelihatan lagi); terkebam-kebam tergerak-gerak bibir sehingga masuk ke dlm mulut. kebam II warna putih kebiru-biruan (spt warna timah, langit, dll). kebambam Jk sj tumbuhan (pokok dan buahnya), sj mempelam, Mangifera odorata.

keban bakul tempat menyimpan benang dan jarum. kebarung baju yg potongannya merupakan gabungan potongan kebaya dan kurung. kebas I 1. sj penyakit lumpuh (pd anggota); 2. berasa kaku (pd anggota); 3. semut-semutan pd anggota (kerana lama terhimpit dsb); membuang-buang ~ berjalan-jalan supaya hilang kebas (semutsemutan); mengebaskan menjadikan (menyebabkan) kebas: duduk bersila lama-lama boleh ~ kaki. kebas II: ~-kebus bunyi kain dll dikibas (dikibar keras-keras); ~-tangas perbuatan mengibas-ngibas atau menyebat-nyebat (oleh bomoh utk menghalau penyakit dll); mengebas 1. mengibar-ngibar kain dll dgn keras (supaya hilang debunya dll), mengibas(kan): kain yg penuh debu itu dikebasnya sebelum dipakai; 2. memukul-mukul sesuatu (spt meja dll) dgn kain (utk menghilangkan debu dll): lantai yg kotor itu dikebasnya dgn kain buruk; 3. bp mengambil dgn tiada izin pemilik, mencuri (biasanya barang yg kurang berharga): rokok aku habis dikebasnya. kebasi sj ikan laut, nandung, pias, selangat, Anodontosoma chacunda. kebat I ikat, bebat, balut; ~ pinggang Mn ikat pinggang; se~ bagai sirih Mn sekata, sepakat; mengebat mengikat, membebat, membalut; ~ erat membuhul mati prb menetapkan sesuatu aturan atau perjanjian yg tidak dapat diubah lagi; ~ erat-erat membuhul matimati prb membuat perjanjian hendaklah dgn sempurna; ~ sekebat erat, melangkah selangkah sampai, berkata sepatah sedang prb orang yg tetap pendiriannya;

mengebatkan menjadikan sesuatu sbg kebat, mengikatkan; terkebat 1. terikat, terbebat, terbalut; 2. ki terlibat (dlm sesuatu perkara); pengebat alat utk mengikat (membebat, membalut); tali ~ tali pengikat. kebat II; ~-kebit tidak pernah diam (selalu bergerak, bekerja, dll). kebaya baju perempuan yg bertangan panjang dan berbelah di bahagian dadanya (ditutup dgn butang, pin, atau kerongsang); ~ labuh = ~ panjang kebaya yg labuh (hingga ke lutut); ~ pendek = ~ bandung kebaya yg singkat (hingga ke pangkal paha). kebayak ark kebaya. kebayan 1. sl orang suruhan; 2. = nenek ~ perempuan tua yg menjadi perantara dlm percintaan antara pemuda dan pemudi (dlm cerita dongeng zaman dahulu); 3. Jw pegawai kampung (tugasnya menyampaikan perintah). kebayang sj tumbuhan (pokok), merelang, pauh kijang, Irvingia malayana. kebek (kébék); I terkebek-kebek berjalan terhegeh-hegeh (sekejap ke kiri sekejap ke kanan). kebek (kébék) II Pr; mengebek mencari. kebel sj tumbuhan (pokok), Eurycoma longifolia. kebelai sangat lapar. kebembem kebambam. keber (kébér); mengeber Kl, Tr 1. membentang kain (drpd lipatannya); 2. menceritakan, mendedahkan (hal orang): dia tu kalau bercakap, mulalah ~.

kebil; terkebil-kebil terkelip-kelip (mata), sekejap celik sekejap pejam (spt mata orang yg kehairanan, terperanjat, dll): anak-anaknya juga tercengang sambil mata mereka ~. kebiri kembiri I. keboba Kl nakal (kanak-kanak). kebuk 1. alat utk membuat laksa; 2. sj kepuk yg mengandungi piston atau omboh (pd enjin kereta); 3. ruang atau rongga tertutup; ~ awan (Fiz) sj radas yg mengandungi udara yg tepu lampau dgn wap (lazimnya alkohol) dan digunakan utk mengkaji zarah asas sesuatu bahan radioaktif; ~ jantung (Bio) ruang dlm jantung tempat darah berkumpul (ada empat kebuk pd jantung manusia); ~ pengionan (Fiz) sj radas yg berisi gas pd tekanan rendah, mengandungi dua elektrod (terdapat voltan tinggi di antara keduaduanya), dan digunakan utk mengesan, mengukur, dan mengkaji sinaran pengionan; ~ wasap (Kim) sj kebuk yg dibina di dlm makmal dan digunakan sbg tempat utk menjalankan eskperimen yg menggunakan atau membebaskan bahan atau gas beracun. kebul Jk asap; kepul I. kebuli kabuli. sayur-sayuran dll, ladang kecil: ~ sayur; ~ buah-buahan; tuan ~ Id pengurus (pengusaha) ladang; tukang ~ orang yg mengerjakan (membersihkan) pekarangan rumah dan menjaga pokok-pokok yg ditanam; ~ binatang taman haiwan, zoo; ~ bunga taman bunga; ~ percubaan kebun tempat menguji berbagai-bagai tanaman; ~ raya Id kebun tempat ditanam berbagai-bagai tumbuhan (di Bogor); kebun tanah yg tidak berapa luas dan ditanami pokok buah-buahan atau

berkebun bercucuk tanam di kebun, bekerja mengurus kebun; memperkebuni mengusahakan tanah supaya menjadi kebun, mengerjakan tanah sbg kebun; perkebunan 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; pekebun orang yg memiliki atau yg mengurus kebun; ~ kecil pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); pengebun orang yg kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun. kebur; mengebur mengacau (air dll), mengaduk, mengarau. keburu Jk 1. tergesa-gesa, tergopoh-gapah; ~ nafsu terdorong oleh nafsu, terburu-buru (tidak berfikir panjang terlebih dahulu); 2. masih sempat; masih ~ belum terlambat atau ketinggalan, masih sempat; tidak ~ tidak sempat, terlambat, ketinggalan. kebut I; tukang ~ Id bp penjaga garis di padang bola sepak. kebut II; mengebut, mengebuti membuang (menghilangkan) debu dgn kain dll, mengebas: ~ pakaian. kecah; kecuh-~; kecuh. kecah (kécah); ~-becah kacau-bilau, halai-balai; berkecah tidak kemas atau tidak teratur, berserak, berselerak, kacau-bilau: kalau longgok adunan itu kelihatan terlalu ~ atau tidak tentu bentuknya, betulkanlah sedikit-sedikit dgn tangan; mengecahkan menyerakkan, menyelerakkan, menaburkan: kecahkan udang itu rata-rata dan tuangkan sekali kuahnya.

kecai; berkecai, berkecai-kecai, terkecai 1. pecah kecil-kecil (spt kaca yg jatuh terhempas), hancur, bersepai, remuk; 2. koyak-koyak (kain, kertas, dll) hingga menjadi kepingan yg kecil-kecil, hancur: surat itu dikoyak-koyaknya hingga menjadi berkecai-kecai; mula-mula orang tidak percaya bahawa mayat yg sudah hancur ~ itu ialah mayat Buyung; 3. ki hancur, musnah: harapan seorang ibu melihat anak sulung, menantu dan empat orang cucunya berbuka puasa bersamanya ~ apabila mereka terkorban dlm satu kemalangan semalam; mengecaikan menjadikan atau menyebabkan berkecai, menghancurkan: kemalangan itu telah ~ harapannya; ketai. kecak; berkecak bercekak; ~ pinggang bercekak pinggang. kecak (kécak) incang-incut (kerana tercedera kaki), tertempang-tempang. kecam I; mengecam mengkritik (keras), membidas, mencela: beliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yg kerap menggunakan bahasa Inggeris dlm urusan-urusan pejabat; kecam-mengecam saling mengecam antara satu sama lain: keduadua pihak yg bertelagah itu ~ dan tidak mahu beralah; kecaman kritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama; pengecam pembidas, pengkritik, pencela. kecam II sj tumbuhan (pokok), kelat lapis (merah, paya), sekujah, Eugenia longiflora (lineata); ~ hutan sj tumbuhan (pokok) mengambir, Maesa ramentacea. kecambah tumbuhan yg baru keluar drpd benih; ~ kayu ara takkan jadi pulut-pulut prb orang yg berani tidak akan menjadi penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya);

berkecambah

1.

mulai

(baru)

tumbuh;

2.

tumbuh

dgn

banyak(nya); cambah. kecamuk; berkecamuk 1. menjadi hebat (peperangan, perjuangan, dll), menghebat, menjadi-jadi, merajalela: ketika itu perang dunia sedang ~; 2. menjadi kacau atau tidak tenteram (fikiran, perasaan, dll), kacau-bilau: perasaannya ~, cemas, duka, gembira, dan sayu; berbagai-bagai ingatan ~ dlm kepalanya; kekecamukan keadaan atau perihal berkecamuk: ~ fikiran dan perasaan. kecandan kecindan. kecap bunyi spt bunyi cicak; mengecap 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi cicak; 2. = mengecapngecap, berkecap-kecap, terkecap-kecap mengatup-ngatupkan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap: dia makan sambil ~-ngecap; 3. merasa (mencuba) masakan dll, mencicip: ~ gulai utk mengetahui sedap tidaknya; 4. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan; ~ nikmat; kecapan sesuatu yg dikecap (dgn lidah); pengecap 1. orang yg mengecap (merasai, menikmati); 2. perasa (lidah). kecap (kécap) Id kicap. kecapi I sj alat bunyi-bunyian bertali yg dipetik sbg gitar (spt cerempung); memetik ~ bermain kecapi; berkecapi bermain kecapi. kecapi II sj tumbuhan (pokok dan buah), sentul, Sandoricum koetjape; buah ~ buah sentul.

kecar; ~ lakum sj siput darat yg beracun, Nanina humphreysiana; ~ lotong sj siput tanpa karang, Atopos maximus. kecar (kécar) ark sj rojak. keceh (kécéh) Kl; mengeceh menggores (memantik) api, menggesekkan (mancis dll) supaya keluar api. kecek (kécék) I 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anakanak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~, beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual,

pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu. kecek (kécék) II; main ~ sj permainan (dgn memutar duit syiling dan menutupnya dgn telapak tangan), main lerap. kecele (kecelé, kecélé) Jk tidak beroleh yg diharapkan (dicari, dijangka, dll), kecewa, hampa. keceng (kécéng) tertutup mata sebelah; sekeceng; ~ mata sekelip mata, seketika, sekejap: malam tadi ~ mata pun saya tidak tidur; mengecengkan; ~ mata memejamkan mata sebelah (ketika membidik, mengamati sesuatu dll); kereceng. kecepek (kecépék); senapang ~ senapang lantakan (ubat bedil diisikan dr hujung larasnya). kecepung kecimpung. kecer (kécér) Jw sj alat bunyi-bunyian, gembreng. kecewa (kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak berjaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa;

kekecewaan perihal kecewa, perasaan kecewa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~. keci (kéci) I sj kapal layar empat persegi. keci (kéci) II; kain ~ sj kain mori yg halus (tipis). keciak; berkeciak berbunyi spt bunyi anak ayam, menciap-ciap. kecibak = bunyi ~ bunyi spt bunyi air dipukul-pukul (ditepuk-tepuk), kecipak: semua melodi itu dicampur dgn bunyi ~ air dan keletak pendayung terkena sisi perahu masuk ke telinga Muslim; berkecibak bergerak pantas (ikan) di permukaan air dgn bunyi kecibak: sekali-sekala ~ ikan haruan bermain di permukaan air. kecibeling 1. sj tumbuhan (pokok), Desmodium gangeticum; 2. sj tumbuhan (pokok), Ruella naflera. kecicak; berkecicak dipijak-pijak; tanah yg ~ tanah yg dipijak-pijak. kecik bp kecil. kecil 1. tidak besar atau kurang besarnya drpd yg biasanya (seharusnya, selalunya, dsb): seorang yg berbadan ~; rumah ~; kereta ~; almari ~; mangkuk ~; 2. tidak lebar, tidak luas: jalan ~; bilik ~; kawasan (daerah) ~; 3. masih rendah umurnya (masih kanak-kanak): budak yg masih ~ itu janganlah dipukul; 4. tidak besar modalnya atau urusan perniagaannya (perusahaannya dsb): pedagang ~; perniagaan ~; perusahaan ~; 5. tidak banyak (jumlahnya dll), sedikit: sebilangan ~ sahaja pelajar yg memilih kursus tersebut; perbezaan ~; perbelanjaan ~; 6. tidak penting (mustahak): perkaraperkara ~ tidak dibincangkan dlm mesyuarat itu; 7. tidak melibatkan banyak orang (pihak dsb) atau menimbulkan kesan yg sangat buruk (bkn pertengkaran, pergaduhan, perselisihan, dsb); 8. tidak rumit, tidak sukar diatasi: ada beberapa masalah dan

rintangan ~ yg perlu diselesaikan dulu; 9. tidak tinggi (pangkat, taraf, kedudukan); orang ~ orang bawahan, orang kebanyakan; 10. tidak kuat, halus: ketawa ~; suara ~; ~ jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa prb pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd orang-orang muda); ~ teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak prb kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yg sukar diubah apabila telah dewasa; sekecil-kecil(nya) paling kecil: agar dosanya dari yg sebesarbesarnya hingga kpd yg ~ diampunkan Allah; berkecil-kecil tidak secara besar-besaran, (dgn) sedikit demi sedikit, kecil-kecilan: mereka berniaga ~; berkecil-kecilan 1. berlumba (berebut) mana yg kecil; 2. bergaul ketika masih kecil; 3. berkecil-kecil; mengecil menjadi kecil: api pelita akan ~ apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dlm; alam fikirannya semakin ~; kecil-mengecil 1. hina-menghina, rendah-merendahkan; 2. kecilkecil; benda ~ benda yg kecil-kecil; mengecilkan 1. menjadikan kecil, menjadikan tidak atau kurang besar (lebar, luas, dsb): kita boleh ~ api dapur ini dgn serta-merta; ~ perbelanjaan mengurangkan perbelanjaan; 2. = mengecilngecilkan memandang atau menganggap kecil (tidak penting, tidak berharga, dll), merendahkan, menghinakan, mengabaikan: surat kawannya yg mengecil-ngecilkan dirinya menjadi punca kemarahannya;

memperkecil 1. menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan; 2. = memperkecil-kecil menganggap tidak penting dsb, mengecil(-ngecil)kan: peranan akhbar-akhbar dan majalahmajalah tidak dapat diperkecil; kecilan Jk 1. lebih kecil; 2. tidak penting atau mustahak: perbuatan ~ yg melanggar peraturan protokol; kecil-kecilan berkecil-kecil, tidak secara besar-besaran, sedikitsedikit: memulakan perusahaan secara ~; dia baru hendak mengenal politik secara ~; serangan ~; kekecilan 1. keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dsb, bilangan atau jumlahnya dll); 2. keadaan tidak penting (bkn kedudukan dll): semakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sbg hamba Tuhan; 3. Jk terlalu kecil; pengecilan perihal (perbuatan dsb) mengecilkan: pengurangan perbelanjaan awam akan melibatkan ~ peruntukan tersebut; pengecil; kata ~ Id bentuk kata yg menyatakan kecil. kecil hati 1. tersinggung perasaan, marah sedikit; 2. tawar hati; berkecil hati 1. berasa tersinggung perasaan (agak marah); 2. tawar hati; mengecilkan hati menyebabkan (berasa) kecil hati, menyinggung perasaan: sbg anak, kita janganlah sekali-kali ~ orang tua kita; kekecilan hati 1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan. kecimpung bunyi air ditepuk(-tepuk), ketimbung, ketimpung; berkecimpung 1. bermain dlm air sambil menepuk-nepuknya (hingga berbunyi); 2. menceburkan diri dlm sesuatu pergerakan

(kegiatan dll), giat bergerak dlm sesuatu lapangan (usaha dll): sudah lama beliau ~ dlm lapangan drama dan persuratan; perkecimpungan perihal berkecimpung (dlm sesuatu kegiatan dll): seharusnya ~ mereka yg telah lama dlm bidang penulisan itu akan dapat membantu mereka utk menguasai gaya bahasa itu dgn baik. kecimus Mn cemuhan (ejekan) dgn mencebikkan bibir; mengecimus mencemuh (mengejek, menghina) dgn mencebikkan bibir. kecindan Mn gurau senda, jenaka, kelakar; mulut manis ~ murah pandai mengambil hati orang; berkecindan bergurau senda, berjenaka, berkelakar, berlawak. kecipak bunyi spt bunyi air ditepuk-tepuk; berkecipak, berkecipak-kecipak berbunyi spt bunyi air yg ditepuktepuk: sampannya beroleng-oleng ~. kecipuk bunyi spt bunyi air yg ditepuk-tepuk, kecipak. kecipung kecimpung. keciut bunyi berdesing (spt bunyi peluru yg ditembakkan). kecoak Jk lipas; kecuak. kecoh (kécoh) I tipu (spt curang dlm mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dll): dlm perdagangan, banyak ~; mengecoh menipu (dgn kecurangan-kecurangan), memperdayakan: saudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka; terkecoh tertipu, terpedaya; pengecohan penipuan: ~ berlaku dr segi timbang dan harga pasaran yg ditetapkan lebih rendah drpd yg sepatutnya; pengecoh penipu.

kecoh (kécoh) II heboh, bising, riuh: kedengaran sesuatu yg ~, terdengar suara yg keras dan garang; mengecoh, mengecohkan 1. membuat heboh (bising dll), meriuhkan; 2. mengacaukan, merumitkan: semua itu benar-benar mengecohkan fikirannya; kekecohan perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan: Nahidah tidak mahu ~ berlaku. kecok (kécok) Kl, Tr pincang (ketika berjalan), tempang (kerana cedera kakinya dll). kecong (kécong) Mn tipu, perdaya; ~-kecoh bertimbang ciak prb setiap dakwaan hendaklah didasarkan pd bukti-bukti yg cukup; mengecong menipu, memperdaya. kecor (kécor) Kl riuh, heboh. kecu (kécu) Jw penyamun, perompak; mengecu menyamun, merompak. kecuak Jk lipas; kecoak. kecuali 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasaan, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak berpihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negaranegara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguatkuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan

peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg menyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan IndoChina; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. kecubung I 1. sj tumbuhan (pokok renek, yg bijinya memabukkan), Datura metel; 2. = ~ hitam (putih) sj tumbuhan (herba), Datura metel (fastuosa); ~ hutan (rimba) sj tumbuhan (pokok renek), jambul siul, kayu tabat, kemantan, kematan, pisang hutan kecil, Randia macrophylla; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, kepayang air, Gardenia tentaculata; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar batu, akar perut gagak (kerbau betina), Byttneria maingayi; batu ~

sj batu permata yg berwarna spt bunga kecubung; ~ berulam ganja prb sama-sama jahat; berkecubung berbentuk spt bunga kecubung (spt corong atau trompet); mulut ~ a) mulut (pemuras) yg berbentuk spt trompet; b) manis mulutnya (sangat lemah lembut percakapannya). kecubung II Kl, Tr bengkak. kecuh; ~-kecah sangat sibuk (ketika melakukan sesuatu), terburu-buru, tergesa-gesa, terkocoh-kocoh; dgn se~ dgn seketika sahaja. keculun sj tumbuhan (pokok), Clerodendron disparifolium. kecumik; berkecumik komat-kamit. kecundang I = terkecundang gagal, kalah, tewas (dlm pertarungan, perlawanan), gagal: sekali ini aku terkecundang betul-betul; konsep MAPHILINDO yg menggabungkan tiga negara itu telah ~ akibat politik semasa; kekecundangan keadaan kecundang: semoga hari-hari esok yg bakal kulalui dapat menebus ketewasan dan ~ hari ini. kecundang II Mn hasutan; cundang II. kecung;I mengecung menggaul atau mengocok (daun pakau): ~ dan kemudian membahagi-bahagikan daun pakau. kecung II Kd sj bakul yg digunakan utk mengisi emping padi. kecup = kecupan ciuman dgn melekatkan bibir; mengecup mencium dgn melekatkan bibir pd sesuatu; mengecupi mengecup berulang kali atau utk beberapa ketika: maka Tun Tuah pun tersenyum-senyum seraya dikecupinya akan pustakanya itu; kucup. kecur I keluar air liur (kerana mengingini sesuatu makanan dll): melihat gulai dan panggang di atas dapur, ~ liur anak itu.

kecur II 1. penopang yg tergantung (tempat penebang kayu duduk bekerja); 2. buyung yg bermulut kecil. kecut I 1. kering dan berkedut (bkn kulit tubuh, buah, dll), kisut, lisut (kulit tubuh), kempis (bisul): buah yg ~ dan hampir busuk; bunga yg ~; ia kelihatan masih muda, belum begitu ternampak kedut dan ~nya; 2. berkerut; ~-berut Kl, Tr terlampau kecut (sayur, kulit tubuh, dll); 3. = ~ hati ki takut, gentar, gerun: ia gementar, ~ hatinya bukan main; ~ perut ki (berasa) sangat takut, ngeri, gerun; mengecut menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil: kain itu ~ setelah dibasuh; mengecutkan 1. menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengedutkan, mengerutkan: ubat ini boleh ~ bisul dgn segera; 2. = ~ hati menakutkan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati; kekecutan perihal kecut; pengecutan perihal atau perbuatan mengecut(kan): ~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak; pengecut orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap. kecut II; berkecut-kecut mengeluarkan bunyi spt bunyi roda yg tidak lancar putarannya (kerana kekurangan minyak). kecut III Jk masam. kedabu sj tumbuhan (pokok), Sonneratia ovata. kedada; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), berombong hutan, kendada, Duabanga sonneratioides.

kedadahkedadak (sj penyakit), taun, cika. kedadak I penyakit yg menyebabkan selalu buang-buang air dan muntahmuntah, penyakit taun, cika. kedadak II; pekak ~ sangat pekak. kedah I terbuka lebar (mulut), ternganga (mulut), terkangkang (kaki); mangkuk ~ mangkuk yg bermulut lebar dan bertutup. Kedah II negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 9479 km , Alor Setar sbg ibu negeri. kedai bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup-urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mempunyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamerkan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya;
2

kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mempamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. kedak; lintang-~ ; lintang. kedal 1. sj penyakit kulit (yg membuat kulit bertelau-telau atau berbelangbelang); 2. bertelau-telau (berbelang-belang) putih pd kulit: Raja China pun sakit, lalu ~ semuanya tubuh baginda; ~ anjing telau (belang-belang) kecil pd kulit (kerana penyakit kusta); ~ gajah kedal yg menimbulkan telau (belang-belang) besar; ~ tulah sl kedal yg menghinggapi seseorang kerana kedaulatan raja: telah pagi hari dilihatnya puteri itu ~ tulah sebab dijamah baginda itu; menggetil puncak ~ orang prb menyakiti hati orang dgn sindiran atau perbuatan; berkedal Mn dihinggapi penyakit kedal, bertelau-telau; muka licin, ekor ~ prb a) baik pd lahirnya sahaja (tidak pd batinnya); b) pd lahirnya hidup mewah tetapi sebenarnya banyak hutang. kedaluwarsa sudah tiba waktunya (utk membuat tuntutan dll), habis tempoh. kedamba 1. sj tumbuhan (pokok), kedumba, mengkal, sebuta, Nauclea subdita; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat), Rhynchodia rhynchosperma. kedampang sj tumbuhan (pokok), rongga jantan, Sterculia parviflora.

kedana papa, miskin: kerana kegagalan perniagaannya, dia jatuh ~. kedang I terentang, terhulur lurus (tangan dll); mengedangkan menghulurkan (tangan dll) lurus-lurus, mengejangkan (tangan dll), meluruskan (tangan dll): maka tangan kanan dikedangkannya serta menyembah; terkedang terbaring mengunjur, terkejur: Tuk Wan ~ di atas tilam buruk dlm bilik di anjung dapur; gedang II. kedang II Mn; mengedang membuang air nasi supaya cepat masak (atau tidak terlalu lembik). kedanga; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Horsfieldia globularia. kedangkai sj tumbuhan. kedangkang lingkungan besi yg melindungi pemantik senapang. kedangsa; limau ~ sj limau (kulitnya hijau), Citrus medica. kedangsangan Jk bersusah payah membuat sesuatu, melakukan sesuatu dgn penuh daya upaya. kedap I 1. sangat rapat (bkn anyaman, tenunan, dll); 2. tertutup rapat (hingga tidak dapat dimasuki air, gas, dll): ~ air; ~ cahaya; ~ gas (udara). kedap II Kd pokok padi yg telah dituai, diikat dan dikumpulkan utk dibanting. kedarah = muntah ~ bk makan. kedari labi-labi. kedasih Jk sj burung kecil. kedau ark; mengedau memekik (meminta tolong dll). kedaung sj tumbuhan (pokok), beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur, Parkia javanica.

kedayan I sl pengiring, hamba: Adipati dan segala ~nya berjalan di hadapan Raden Wira Nantaja. Kedayan II suku kaum peribumi di Sabah, Sarawak dan Brunei, yg termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, yg tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, spt mencacah badan dgn berbagai-bagai bentuk gambar, menindik cuping telinga dan memakai gelang timah atau tembaga yg agak berat sejak dr kecil lagi. kededek (kedédék) = berkededek Kl berlebihan (kerana tidak habis dimakan atau dijual): makanan dan gulai di rumahnya ~. kedek (kédék); kedek-kedek = terkedek-kedek; mengedek-ngedek menggoyang-goyangkan tubuh ketika berjalan (spt itik); terkedek-kedek (berjalan atau berlari) tergoyang-goyang (spt itik): anak itu menggelengkan kepalanya sungguh-sungguh dan cepatcepat lari ~. kedekai, kedekak, kedeki, kedekik sj tumbuhan (pokok dan buahnya dibuat ubat), Terminalia chebula. kedeking terlalu keras (kuih dll). kedekut sangat berkira-kira hendak membelanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit: ~ benar ayahnya, tidak mudah memberinya wang. kedelai 1. = kacang ~ sj kacang (bijinya dibuat tempe atau kicap), kacang soya, Glycine max; 2. sj tumbuhan (pokok), jelai, Alphania paucijuga. kedelam kemendelam. kedeli kedelai. kedemah; pokok ~ sj tumbuhan (herba), rumput lumur, seketan, Ophiorrhiza singaporensis.

kedemat ark khidmat. kedemi sj ikan laut, gedemi, Remora spp.. kedempung I bunyi sesuatu yg jatuh ke dlm air. kedempung II rosak kerana dimakan ulat (bkn buah-buahan); spt (laksana) buah ~, di luar berisi di dlm kosong prb orang yg bongkak (cakapnya besar tetapi tidak berisi). kedemut; ikan ~ sj ikan laut, Caranx spp. kedengkang bunyi spt bunyi tong atau besi dipukul. kedengkik kurus kering, terlalu kurus. kedengking bunyi denting, kerenting, lenting. kedengkung kedengkang. kedenuk sj tumbuhan (pokok), jangkang paya, medang gambung, mengambung, merambung bukit, temengau, Veronica javanica. kedepung kedempung II. keder (kedér) Jk gentar, takut. keder (kédér) Jk tidak tahu arah, bingung (spt orang sesat jalan). kedera sj ikan laut, Valamugil annesuis. kedera (kedéra) kerusi (tempat duduk pd usungan), kerusi tandu; berkedera menaiki (memakai) kedera, diusung di atas kedera. kederang 1. sj tumbuhan (pokok berduri yg akarnya dibuat pencelup), Cudrania javanensis; 2. sj tumbuhan (pokok), sepang air, Hymenocardia wallichii. kedewas (kedéwas) = bawal ~ sj ikan laut, bawal hitam, Stromateus nigra. kedi 1. orang yg spt laki-laki atau perempuan tetapi tidak sempurna sifat kelaki-lakian atau keperempuanannya, banci, pondan, papak; 2. perempuan yg tidak datang haid sama sekali.

kedi (kédi) orang yg membawa kayu golf dan peralatan lain utk pemain golf. kedian bp kemudian. kedidi sj burung, kepala besar, kepala rapang; ~ besar sj burung, Pluvialis squatarola; ~ kelicap = ~ pasir, sj burung, Actitis hypoleucos; ~ padang sj burung, Glareola pranticola; ~ pantai sj burung, kaki dian, Charadrius alexandrinus; laksana ~, di mana pantai terjengget-jengget (tercunggit-cunggit) prb orang yg sentiasa tidak tetap kelakuannya; berkedidi = bersikedidi berjalan terjongket-jongket (terlompatlompat); kudidi. kedih tidak besar-besar atau lambat sungguh besarnya (bkn orang, tumbuhan, dll), terbantut, tergencat; mengedih menjadi kurang (penyakit), beransur pulih. kedik lentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan) lwn bongkok; mengedik melentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan); mengedikkan melentikkan (badan) ke belakang; terkedik terlentik sedikit ke belakang (bkn badan, bahu). kedikit ark kedekut. kedip kelip (bkn mata, lampu, dll), kedipan; berkedip, terkedip tertutup seketika (sesaat) sebelum terbuka semula (bkn mata), berkelip, terkelip; tidak ~ (agak lama) tidak tertutup walau sesaat pun (bkn mata); berkedip-kedip, terkedip-kedip seketika terbuka seketika tertutup (bkn mata), pejam celik dgn pantas (bkn mata), seketika terbuka (terang) seketika padam (bkn lampu), berkelip-kelip, terkelip-kelip: matanya ~ apabila disinari cahaya dr lampu suluh itu; lampu-

lampu yg menghiasi kedai itu ~; tidak ~ terbuka sahaja agak lama (bkn mata); mengedipkan menutup (mata) seketika (dan membukanya semula), mengelipkan, mengejapkan (mata); kedipan perihal berkedip (mata, lampu), kelipan (mata dll): pondok kecil itu samar-samar juga menerima cahaya drpd ~ lemah pelita itu; kejip. kedira kedera kediri sendiri; kendiri. kedit kendit. kediti keliti. kedok Id 1. penutup muka (utk menyembunyikan muka atau menyamar), topeng; ~ gas penutup muka utk melindungi muka drpd gas racun; 2. ki sesuatu yg dipergunakan utk menyembunyikan perkara (tujuan dll) yg sebenar: sambil memakai ~ sosialis, mereka memeras rakyat; berkedok 1. memakai kedok (topeng), bertopeng: tidak dapat ia camkan muka perompak-perompak itu kerana mereka ~; 2. mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu): harus kitab-kitab itu lebih baik drpd segala apa yg pernah ditulis oleh musuh-musuh Islam yg ~ pengetahuan itu; memperkedok memakai atau menggunakan sesuatu sbg kedok (utk menyembunyikan muka, tujuan, muslihat, dsb), mempertopeng. kedombak I sj tumbuhan (pokok). kedombak II sj ikan laut. kedondong I sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Canarium spp.;

~ bahu = ~ bulan = ~ hutan = ~ kerut sj tumbuhan (pokok), kenari hutan, Canarium nitidum; ~ kerut = ~ matahari sj tumbuhan (pokok dan buahnya), campa biru, gigi buntal, mesiput, Canarium kadondon; ~ matahari sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasi kempas roman, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii; amra ( jangan) disangka ~ prb sesuatu yg menyerupai yg buruk itu jangan disangka buruk. kedondong II sj ikan laut, bulus-bulus, Sillago spp. kedongkok gelang-gelang berukir di antara hulu dgn bilah keris; pendongkok. kedorong Jk terlanjur, terlepas (perkataan dll), terdorong (perbuatan dll). kedu; terkedu lentik ke belakang tubuhnya (kerana sakit pinggang dll), terkedik. kedubang sj pedang pendek; gedubang. keduduk I; mengeduduki menduduki, mendiami; duduk I. keduduk II sj tumbuhan (pokok renek), kenduduk, seduduk, sekeduduk, senduduk, Melastoma malabathricum; ~ gajah, ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), kerakap rimau, lidah buaya, pakan rimba, senduduk gajah, senduduk hutan, tengkuk biawak, Allomorphia malaccensis (exigua); ~ gajah batu sj tumbuhan (pokok renek), puding (senduduk) hutan, Allomorphia alata. keduk Jw; mengeduk 1. mengorek, menggali; 2. ki menghimpunkan (mengumpulkan) wang, mengambil untung, dll. kedul sj bola yg dibuat drpd kayu (gading atau tanduk). kedumba kedamba.

kedunak sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gintik, akar tawan hitam, akar tentawan, Meladorum pisocarpum. kedung Jk lubuk. kedut I kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain); berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; mengedut menjadi berkedut (berkerut, berlipat-lipat, beropolropol); mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut; kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh. kedut II ark; mengedut merentap, meragut, merampas, merebut. kedut III Jw ark getaran atau denyutan urat (dipercayai mengalamatkan sesuatu). keembung sj tumbuhan (pokok), Impatiens balsamina. kehek (kéhék) Kl, Tr mengeluarkan (makanan dll) dr dlm mulut, meluahkan. kehel (kéhél); terkehel 1. terpelecok (kaki, tangan, dll), tergeliat (tulang anggota); 2. terpesong atau terbabas (dr haluan perjalanan atau pelayaran), menyimpang (dr hala yg dituju). keher (kéhér) Kl perlahan-lahan: berjalan ~-~. kei (kéi) alat menenun kain; kek II.

kejai = pohon ~ pokok getah; getah ~ sj getah; ~ berlapis Mn sangat kedekut (bakhil); berkejai menggeliat sambil mengejang-ngejangkan anggota; mengejai mengejangkan (anggota), meregangkan (kaki dll). kejal keras (daging dll), pejal. kejam I tertutup (mata) hingga tidak dapat melihat, pejam; ~ celik seketika terbuka seketika tertutup (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu): matanya ~ celik; lampu neon yg ~ celik menerangi jalan itu; mengejamkan memejamkan (mata): beberapa ketika sesudah ia ~ matanya, ia pun tertidurlah. kejam II 1. tidak berperikemanusiaan, tidak mempunyai (menunjukkan) belas kasihan sama sekali, bengis, ganas, zalim: berlaku ~; ayah dan ibunya dibunuh oleh pengganas-pengganas secara ~; hukuman yg ~; 2. sangat kedekut atau bakhil, tidak mudah berbelanja; mengejami 1. membuat (melakukan) sesuatu dgn kejam (tiada belas kasihan), berbuat kejam drpd; 2. berlaku keras kpd; kekejaman perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman: lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup menderita ~ musuh. kejam III; ~ penggeli sj tumbuhan (pokok), Canarium grandiflorum. kejamas pencuci rambut, langir. kejan; mengejan 1. mendesak, mendera, menggesa; 2. meneran; ejan I. kejang kaku (anggota dll), kejur, tegang (urat dll): mayat Bakri terbaring di situ ~ pucat; ~ mulut mulut terkancing atau tertutup rapat; mati ~ mati kaku (binatang yg mati tidak dgn disembelih);

berkejang, berkejang-kejang melunjurkan keras-keras (tegangtegang), meregangregangkan (kaki); mengejang menjadi kejang: dia mengurut-urut perutnya melawan rasa sakit yg ~ itu; mengejangkan meluruskan (kaki) keras-keras (hingga menjadi kaku): dia ~ urat sarafnya; terkejang-kejang menjadi kejang dgn tiba-tiba dan berkali-kali; kekejangan 1. = kejangan sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt ditarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; 2. keadaan kejang (kaku), kekakuan. kejap I 1. kelip, kedip (mata); ~ mata kelip mata; 2. = sekejap sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; berkejap-kejap berkelip-kelip, berkedip-kedip (bkn mata dll); mengejapkan mengelipkan, mengedipkan (mata): ia merenung tajam, matanya tidak sedikit pun dikejapkannya; terkejap-kejap terkelip-kelip, terkedip-kedip (bkn mata dll): kelihatan api pelita ~ di serambi rumah; kejapan gerakan mengejapkan (mata). kejap II tidak mudah tercabut (terurai dll), ketat, teguh: sebilah keris terselit ~ di pinggangnya; tayar itu dipasangkan ~-~ pd roda; mengejap memadat: tanah yg ~ dihakis oleh udara kering; mengejapkan meneguhkan atau mengetatkan ikatan dsb: Tuk ~ kain di pinggang. kejar hambat, buru; main ~-~ main hambat-menghambat (sj permainan kanak-kanak);

berkejar pergi dgn terburu-buru (ke sesuatu tempat), meluru (ke sesuatu tempat), berlari cepat (utk mendapatkan seseorang): dua buah kereta bomba telah ~ ke tempat kebakaran itu; berkejaran, berkejar-kejaran berlari beramai-ramai (banyakbanyak), berlari hambat-menghambat (buru-memburu): dua tiga ekor ayam ~ apabila Majid menaburkan padi; beberapa orang kanak-kanak riuh berkejar-kejaran di halaman rumah; mengejar 1. berlari dll utk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, bersungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; mengejarkan 1. menghantar atau membawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya mengejar (seseorang atau sesuatu); terkejar dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul); terkejar-kejar terlari-lari, terburu-buru, tergesa-gesa: pemuda itu datang ~ hendak menari dgn Jasmah; kejaran perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung;

pengejaran perihal (perbuatan) mengejar, pemburuan. kejat 1. kejang, kaku, tegang (tubuh atau anggota); mati ~ mati kaku; 2. tidak mudah tercabut, ketat, kukuh, tegap, tidak goyah (bkn tiang yg terpacak); 3. padat dan rapat (tidak berlubang-lubang atau bercelahcelah), kedap; mengejatkan membuat sesuatu menjadi kejat; pengejatan perihal (perbuatan, proses) memejatkan sesuatu. kejeblos Jk 1. terperosok (ke dlm lubang dll); 2. termasuk ke dlm perangkap, terjebak; jeblos. kejen (kején) Jk mata bajak. kejengkang Jw jatuh terlentang; jengkang. keji sangat buruk (rendah), hina (bkn sifat, kelakuan, perbuatan, dll), amat tidak sopan (bkn kelakuan, perbuatan, dll): kalau orang yg jahat mati ia akan meninggalkan nama yg ~; ia menyumpah-nyumpah sambil mengeluarkan kata-kata yg ~; berkeji; ~ diri merendahkan diri (sedia atau sudi mengerjakan sesuatu); mengeji menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain; mengejikan menimbulkan rasa keji: perbuatannya itu sungguh ~; memperkejikan sl menganggap (memandang) keji, menghina, merendahkan, mencela (menista, mencaci, dll): jangan kiranya fakir diperkejikan; kekejian sifat (perbuatan) yg keji, keburukan, kehinaan. kejip kedip, kejap I.

kejora; bintang ~ planet yg nampak (terbit) pd waktu subuh, bintang barat, bintang timur, zuhrah. keju (kéju) sj makanan yg dibuat drpd dadih susu; ~ krim keju lembut berwarna putih yg diperbuat drpd krim dan susu. kejuju; mengejuju bergerak terus (ke atas, ke hadapan), menjuju, menuju. kejur I keras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut); terkejur terlunjur dlm keadaan kejang atau kaku (spt mayat yg terbaring): Pinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun. kejur II sj ikan darat, tengas, Acrossocheilus hexagonolepis. kejut kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangkasangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budakbudak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah

terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat;

pengejut mudah terkejut (terperanjat). kek (kék) I sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung, mentega, gula, dll dan dibakar; ~ buah kek yg mengandungi campuran buah-buahan kering spt kismis, aprikot dsb; ~ keju kek yg diperbuat drpd keju krim, gula, telur dsb; ~ lapis kek yg terdiri drpd beberapa lapis yg berwarnawarni dan berempah. kek (kék) II alat menenun kain; akik II. kek (kék) III bp singkatan bagi kakek. kekabusj tumbuhan (pokok) dlm famili Bombacaceae, kekabu hutan, kapuk dan tambaluang (Sabah), Bombax spp. kekacang I famili tumbuhan yg bijinya terkandung dlm lenggai, legum; ~ makanan ternak kekacang yg dijadikan makanan binatang ternak. kekacang II = ikan ~ sj ikan laut, kacang-kacang. kekah I sj monyet yg hitam bulunya dan panjang tangannya, lotong ceneka, Presbytis femoralis; kerakah II. kekah II; mengekah Kl, Tr menggigit (dgn membuka mulut lebar-lebar dan mengatupnya), mengerkah. kekah III; duduk ~ Mn duduk dgn mengangkangkan kaki (tidak bersila rapat). kekah (kékah) akikah. kekait; ~ merah sj tumbuhan (pokok memanjat); kait II. kekaki 1. alas atau tapak drpd konkrit dsb tempat berdirinya sesuatu, spt patung, tiang dsb; 2. sesuatu yg menjadi penyangga atau penopang antara dua lapisan atau lebih benda, mis kek yg bertingkat-tingkat: kek buah yg dibuat khas itu turut dihiasi tujuh ~ yg setiap satunya disaluti aising.

kekal tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubahubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan). kekalu Ph sj makanan spt emping yg dibuat drpd padi muda. kekam buih (sampah dll) yg hanyut atau terapung-apung dlm air; mati ~ keadaan air ketika laut paling pasang atau paling surut, air (pasang) perbani; kekat. kekandi sl pundi-pundi, kantung; kandi I. kekang = kekangan 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk

mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; mengekang 1. menarik tali kekang (utk memberhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; terkekang dihentikan (kuda yg berlari), terkendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); pengekangan perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dll); kang II. kekapal; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serapat, akar sesapat, akar sedudu bukit, Hoya diversifolia. kekapas I sj burung, burung daun, Chloropsis spp. kekapas II sj ikan laut, Gerres spp.; kapas II. kekapis kapis. kekar I 1. kembang, mekar (bunga); 2. bercerai-cerai, berserak-serak, berpecah-pecah (tidak berlonggok atau berkumpul); mengekar mekar, berkembang (bunga): bunga sedang ~; mengekarkan memecahkan atau menceraikan (supaya tidak terkumpul lagi), menyelerakkan: nasi yg berketul-ketul itu dikekarkannya dgn garpu. kekar II Jk padat dan rapi (bkn anyaman, tenunan), tegap dan kuat (bkn tubuh). kekara kacang kara; kara I.

kekaras I karas-karas (sj kuih), karas. kekaras II sj tumbuhan (pokok), karas. kekas I; mengekas mengais (bkn ayam dll); kakas I. kekas II (Palembang) sekeping tanah yg diapit oleh ladang baru dan ladang yg sudah ditanami. kekat ark buih (sampah dll) yg hanyut di air, kekam; balik ~ berubah arus, pasang menjadi surut; mati ~ keadaan air ketika paling pasang atau paling surut, air perbani; kekam. kekau terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut dll); terkekau-kekau sekejap-kejap terkejut (terjaga) drpd tidur. kekawin Jw kakawin. kekeh (kékéh); terkekeh-kekeh ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak: para hadirin ~ segirang hati; Udin ~ kesukaan; kekehan bunyi (suara) terkekeh-kekeh: ~nya memecah kesepian malam itu. kekek (kékék) I; terkekek-kekek tertawa nyaring, terkekeh-kekeh; mengekek, menggelekek; kekekan bunyi gelak ketawa yg berlebihan: terdengar ~ ketawanya. kekek (kékék) II; burung ~ 1. sj burung, pekaka, raja udang, Halycyon chloris; 2. sj burung, burung gatal birah, burung kelengking, Anthracoceros malayanus. kekek (kékék) III sj ikan laut, Leiognathus spp.; ~ gedabang sj ikan laut Leiognathus equulus; ~ jalur a) sj ikan laut, Leiognathus daura; b) sj ikan laut, Secutor insidiator; c) = ~ jara sj ikan laut, Leiognathus daura; ~ labu a) sj ikan laut, Gazza minuta; b) sj ikan laut, Leiognathus splendens. mengekek-ngekek ketawa terkekek-kekek,

kekek (kékék) IV = ~ baju bahagian ketiak baju kurung. kekel (kékél) I; mengekel-ngekel berdekah-dekah, terbahak-bahak: lagi sekali ketawa yg gamat drpd penonton-penonton, mereka ketawa ~. kekel (kékél) II bakhil, kedekut, kikir. kekeng (kékéng) Kl, Tr; mengekeng, mengekengkan mengangkangkan. kekepuk I; ~ cendawan selaput halus di keliling batang cendawan. kekepuk II kepuk-kepuk. keker Jk kekar II. keker (kékér, kéker) Id, bp teropong; mengeker meneropong. kekeruh keruh-keruh. kekgi Tr sebentar lagi, sekejap lagi: ~ cik baliklah dr kedai Jusoh. keki (kéki) Jk 1. berasa tidak senang (tidak gembira) melihat hal atau kelakuan orang lain: saya ~ melihat kelakuannya; 2. (berasa) iri hati. kekili 1. lingkaran kecil rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau, kili-kili; 2. sj gelendong, alat utk menggulung tali pancing dll, kili-kili. kekisi 1. jeruji, terali, kisi-kisi; 2. (Kim) susunan atom, ion, atau molekul dlm tiga dimensi yg tetap, spt yg terdapat dlm hablur; ~ hablur kekisi yg membentuk struktur hablur akibat susunan atom, ion, atau molekul. kekmo (kékmo) Kl saya. keknya (kéknya) Kl tetapi: saya boleh pergi ~ awak mestilah menunggu saya. kekok (kékok) 1. kaku ketika berbuat sesuatu (kerana belum biasa), tidak lembut atau tidak kemas gerak-gerinya, canggung: kulihat ~ sahaja

ia berjalan bergandingan dgn isterinya; 2. sukar menggunakannya (bkn alat dll); 3. Mn = ~ akal ki tidak jujur, busuk hati. kekekokan perihal (keadaan) kekok: jelas ada ~ dlm hubungan suami isteri itu. kekoleh (kekoléh) sj penganan; koleh. kekolong gelung-gelung drpd rotan (logam dll); kolong II. kekong (kékong) Kl, Tr; mengekong mengangkat atau mendukung (budak) di belakang atau di atas bahu. k-ekonomi ekonomi yg berasaskan pengetahuan, iaitu penggunaan ilmu dan teknologi yg lebih intensif dan meluas dlm semua sektor ekonomi serta dlm pengurusan awam dan korporat: dlm usaha negara menuju ke arah ~, tentu sekali perbelanjaan kerajaan dlm memajukan sektor IT akan bertambah secara berterusan. kekorok kerongkongan, korok-korok. kekot (kékot); mengekot merapatkan paha dan tangan ke badan (spt orang kesejukan dll), merekot. kekpong (kékpong) Kl mendukung atau mengangkat (budak) di pinggang. kekuda kuda-kuda. kekudung tudung kepala, kain utk menutup kepala (perempuan); kudung II. kekuma kuma-kuma. kekumus kemukus. kekunci butang yg mewakili abjad dan nombor-nombor yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer. kekunyit I kunyit-kunyit (ikan). kekunyit II sj burung; kunyit II.

kekunyit III 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), mengkunyit, merkunyit, Coscinium blumeanum; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat); kunyitkunyit II. kekurakura-kura. kekwa (kékwa) sj tumbuhan dan bunganya, Chrysanthemum spp. kelab 1. perkumpulan, persatuan; ~ belia perkumpulan pemuda dan pemudi; 2. bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul (bermesyuarat, bersenang-senang, dll): suaminya pergi bermesyuarat di ~; ~ malam tempat hiburan (dgn minum-minum, berdansa, dll) yg dibuka pd waktu malam. kelabakan Jk 1. menggelepar-gelepar (spt ayam yg disembelih); 2. kebingungan (spt orang dlm kesusahan). kelabang Jw lipan; mengelabang mendandan (menjalin) rambut; kelabangan dandanan (jalinan) rambut. kelabat I sj tumbuhan (herba), halba, Trigonella foenumgraecum. kelabat II Br sj monyet besar, mawas, orang hutan. kelabau sj ikan darat, Osteochilus melanopleura. Kelabit suku kaum peribumi Sarawak, yg termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, tinggal di pedalaman, yg amat mementingkan perhiasan berasaskan manik, menanam padi dan menghasilkan padi bermutu yg dikenali sbg beras Bario. kelabu 1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~; mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengetahuan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan muslihat), mengabui (mata), memperdaya, menipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang

asing sehingga dimaksudkan;

mereka tidak dapat menangkap apa yg

mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; kekelabuan keadaan kelabu; kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~. kelabung; berkelabung, terkelabung bercampur aduk, kacau-bilau, bersepah (pakaian dll). kelabut; berkelabut kelam-kabut, tidak tentu arah: ~ kelekatu terbang dan hinggap di lampu itu; ~ asap rokok keluar dihembuskannya. keladak hampas (kotoran dll) yg mendap ke bawah air; ~ minyak (kopi dll) hampas minyak (kopi dll) yg mendap ke bawah; ~ perut a) najis (tahi) yg akhir sekali keluar dr orang yg akan meninggal; b) ki anak yg penghabisan; berkeladak mengandungi keladak, kotor kerana keladak: air kapur dlm balang itu ~. keladan sj tumbuhan (pokok), kuras, Dryobalanops oblongifolia. keladau ark; mengeladau menjaga, mengawasi, mengamat-amati. keladi 1. sj tumbuhan (herba yg ubinya boleh digoreng atau digulai), talas; ~ babi = ~ cina = ~ telur = ~ udang = birah ~ sj keladi, Colocasia antiquorum; ~ cali = ~ cantik = ~ hitam = ~ rimau = ~ ular sj keladi, birah hitam, birah kijang, Alocasia denudata; ~ sebaring sj keladi birah, Alocasia indica; 2. sj tumbuhan (herba yg banyak macamnya); ~ air sj tumbuhan (herba), kelipuk padang, Sagittaria guayanensis; ~ bukit sj tumbuhan (herba), mata bisul, mata udang, selimpat air,

senjuang hutan, Aglaonema pictum; ~ bunting sj tumbuhan dlm air, bunga jamban, kemeling telur, Eichhornia crassipes; ~ moyang sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp.; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), birah kecil, Typhonium spp.; akar ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang rimba, Vitis gracilis; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bukit, rumput kurau, rumput tahi kerbau, Fimbristylis miliacea; air di daun ~ = daun ~ dimandikan prb sukar ditunjuk ajar atau dinasihati; spt birah dgn ~ prb hampir sama sahaja. kelah I; ikan ~ sj ikan darat, Tor spp. kelah II IB; pengaduan, tuduhan, dakwaan; mengelah melaporkan atau mengadukan (sesuatu kpd pihak berkuasa), membuat pengaduan, menuduh, mendakwa. kelah (kélah) = perkelahan; berkelah bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai (di pantai dll), berpiknik: ramai pelawat yg datang ~ ke Pantai Port Dickson tiaptiap hujung minggu; perkelahan perihal berkelah, piknik: adat bermain pantai ini merupakan suatu ~ kaum tani yg terbesar. kelahi pertengkaran, perbalahan, pergaduhan; sehabis ~ teringat silat prb setelah selesai sesuatu perkara atau pekerjaan, baru teringat cara yg baik menyelesaikannya; berkelahi bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; ~ di ekor alahan prb memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak

berambut prb berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan; memperkelahikan berkelahi, menyerang; perkelahian pertengkaran, perbalahan, pergaduhan: terjadilah ~ hebat antara suami isteri itu. kelai Mn; mengelai, mengelai-ngelai berbaring dgn bersandar. kelain; mengelainkan menjadikan tersendiri (terasing), memisahkan, mengasingkan; lain. kelak I (masa atau hari) akan datang, kemudian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti. kelak II Jk kelah. kelak III; ~-kelik Jk kelip-kelip, kedip-kedip. kelak IV; ~-keluk a) keluk-keluk; b) ki selok-belok. kelak V sj burung, Macrophygia assimilis. kelakanji sj tumbuhan (rumput); kalakanji. kelakar I jenaka, gurau senda, lawak, olok-olok, seloroh; berkelakar berjenaka, bergurau senda, berlawak, berolok-olok, berseloroh: ia ~ dan kami pun ketawa terbahak-bahak. kelakar II Sr 1. perbualan; 2. omong kosong. kelakkeling gelang besi yg disarungkan pd jari (utk menambahkan kesan penumbuk). kelalang sj bekas air yg berleher, gamuh, labu tanah; ~ hampagas sj bekas air yg dindingnya berlapis dua dan terpisah oleh ruang yg tidak 1. menyebabkan (orang) berkelahi; 2. merebutkan (memperjuangkan) sesuatu dgn berkelahi; 3. melawan

berudara supaya cecair di bahagian dalamnya sentiasa mempunyai suhu yg sama. kelalap Jk mati lemas, tenggelam ke dlm air. kelalawar I kelawar I. kelalawar II sj ikan laut, Antennarius hispidus. kelalut tidak teratur tumbuhnya (spt belukar dll), tidak berketentuan (percakapannya). kelam I 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihatan (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; menggelapkan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan mengelamkan, penggelapan. kelam II bilah-bilah besi yg digunakan utk memperteguh sambungan balak dll. kelama; ~ hijau sj tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapati, kerak nasi paya, kerenak, kernau, rumput kulang pulut, rumput loh, Alternanthera trianda (sessilis). kelamai sj kuih yg menyerupai dodol; gelamai. 2. menjadikan (agak) gelap, menyuramkan,

kelambai, si kelambai Mn sj hantu (gergasi perempuan yg berambut merah); api si kelambai api kebakaran yg menjalar-jalar; sarung ~ = rambut dijalin ~ rambut yg terlalu kusut; gedembai. kelambir I kelapa, nyiur. kelambir II gelambir. kelambit keluang. kelambu I 1. sj kain kasa (atau kain berlubang halus-halus) yg dipasang menyelubungi tempat tidur (utk mencegah nyamuk); ~ punjut kelambu yg digantungkan pd satu tali sahaja; 2. kain, plastik dll yg menutupi sesuatu: ~ kereta; ~ Kaabah; berkelambu memakai (mempunyai) kelambu: tempat tidur yg ~; mengelambu bergantungan apabila dipakai (kerana terlampau besar atau longgar), geleber, gedoboh; pakaian ~ pakaian yg geleber (kerana terlampau longgar). kelambu II; angin ~ angin utara; ~ menunggal angin yg bertiup ke utara; ~ sebelah angin yg bertiup ke arah laut; musim ~ menunggal musim angin utara. kelambu III; pokok ~ sj tumbuhan (herba), ca padang, teh makau, Scorparia dulcis. kelambur berkedut-kedut, berkerut-kerut, lisut. kelamin 1. pasangan atau jodoh (laki-laki dan perempuan), dua sepasang; katil ~ katil utk dua orang; 2. keluarga (suami isteri dan anak); 3. = alat ~ kemaluan manusia atau binatang (pd laki-laki atau perempuan, jantan atau betina); penyakit ~ penyakit pd kemaluan (lelaki atau perempuan); perhubungan ~ persetubuhan,

perhubungan jenis; 4. = jenis ~ jantina, jenis (lelaki atau perempuan, jantan atau betina); sekelamin 1. sepasang (suami isteri), dua sepasang (jantan dan betina); 2. sekeluarga: ran itu didiami oleh ~ orang Sakai; berkelamin 1. berpasangan (lelaki dan perempuan), dua sepasang; 2. bersama isteri atau suami (dan anak): taman bunga masih ramai dgn orang yg bersiar-siaran ~ dan berpasang-pasang; 3. beristeri (bersuami), beristeri (bersuami) dan beranak, berkeluarga: ia sudah bosan membujang dan ingin pula hidup ~; mengelamin mengahwini; perkelaminan perihal berkelamin, kehidupan sbg suami isteri atau sbg suatu keluarga: kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan, yg hendak mendirikan rumah tangga harus mengetahui hal-hal yg berkaitan dgn ~. kelam-kabut tidak keruan, tidak tentu arah, kacau-bilau: keadaan pd waktu itu ~; perasaanku ~; berkelam-kabut majlis itu; mengelam-kabutkan bilaukan: terdapat menyebabkan satu lagi kelam-kabut, anasir yg mengacautidak dikira berkeadaan (berlaku, bergerak dgn) tidak berketentuan atau teratur, berkacau-bilau: wanita-wanita turut ~ dlm

bertanggungjawab yg sentiasa ~ keadaan perdagangan. kelamkari sl kain cita yg berwarna. kelampadang sj tumbuhan (pokok renek), mempadang, Vaccinium malaccense. kelampi sj tumbuhan (pokok), kelempayan, Anthocephalus indicus. kelampung I terapung-apung, hanyut dlm air.

kelampung II; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), ranti, terung meranti, terung perat, Solanum nigrum. kelamun; mengelamun termenung sambil mengangan-angankan (mengingat-ingatkan, mengenang-ngenangkan) sesuatu, berkhayal, melamun: kedua-duanya sedang duduk ~; cikgu Amit asyik ~ di atas tangga; mengelamunkan menyebabkan seseorang mengelamun, melalaikan: mereka hanya akan ~ kita ke daerah yg bercanggah dgn fitrah keinsanan kita; pengelamunan menungan berserta angan-angan, khayalan; pengelamun orang yg suka atau selalu mengelamun. kelan mengkelan. kelana I 1. pengembara: negeri itu bernama Pandan Salas akan tetapi sudah dialahkan oleh seorang ~ bernama Kuda Nestapa; ~ perajurit perajurit yg mengembara; 2. gelaran kebesaran berasal dr Bugis (mis Datuk Kelana Sungai Ujung); berkelana = mengelana mengembara, merantau: aku sentiasa miskin, sentiasa ~; perkelanaan perihal (perbuatan dsb) berkelana, pengembaraan: ia hanya wujud dlm impian utk memungkinkan aku meneruskan ~ ini? kelana II sj tumbuhan (pokok memanjat), kelunuh, ubi kelonak, Dioscorea prainiana. kelang I; ~-kabut kelam-kabut. kelang II sj ikan laut, Siganus spp. kelang (kélang); ~-kelok berliku-liku (jalan, sungai), berkelok-kelok, bengkang-bengkok. kelanggar Jk terlanggar, tertumbuk-tumbuk; langgar I.

kelanggara sl kelenggara. kelangkan Jk langkan. kelangkang bahagian tubuh di antara kedua-dua pangkal paha: tulang ~ lima ruas tulang di hujung tulang punggung (os sacre). kelanit; mengelanit membuka jahitan (dgn mencabut-cabut benangnya). kelanjar Mn; berkelanjaran berasa sakit atau sengal urat (selepas diurut); mengelanjar menganjal, memantul. Kelantan negeri di timur laut Semenanjung, keluasan 14,893 km , Kota Bharu sbg ibu negeri. kelantang I; mengelantang menjemur kain dll yg telah direndam dlm air sabun (supaya mudah hilang kotornya). kelantang II, kelanting sj tumbuhan (pokok kecil), beras-beras, betutu, ceremai burung, jerak, Eurya japonica (acuminata). kelap I; ~-kelip kejam celik (mata), berkelip-kelip, berkedip-kedip (mata, lampu); sekelap; ~ mata sekelip (sekejap) mata; mengelapkan; ~ mata memejamkan mata sesaat, mengelipkan mata; terkelap terkedip atau terkelip (mata), tertutup mata seketika (terlena seketika). kelap II sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, rambai hutan (pontianak), Symplocos rubiginosa. kelapa sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), nyiur, kerambil, Cocos nucifera; jenis-jenisnya: ~ dadih; ~ gading; ~ hijau; ~ puyuh dll; ~ laut sj tumbuhan palma (pokok dan buahnya), Lodoicea maldivica; ~ loji sj kelapa yg lembut isi dan tempurungnya; minyak ~ minyak
2

yg dibuat drpd kelapa kering; tuak ~ sj minuman yg dibuat drpd nira kelapa; ~ bali = ~ sawit; ~ belia = ~ dara pohon kelapa yg baru hendak berbuah; ~ bulan (dimakan bulan) = ~ puan kelapa yg isinya lembut (lunak); ~ kering isi kelapa yg telah dijemur hingga kering (utk dijadikan minyak), kopra; ~ komeng a) kelapa yg tebal sabutnya dan kecil tempurungnya serta nipis isinya; b) ki cakap panjang meleretleret tetapi isinya tidak seberapa; ~ muda (buah) kelapa yg belum tua dan masih lunak atau lembut isinya (rasa airnya sedap); ~ parut kering kelapa yg telah diparut dan dikeringkan; ~ puyuh sj tumbuhan (herba), lembah, lumbah, lumbah padi (rimba), Curculigo lotofolia; ~ sawit sj tumbuhan (palma) yg buahnya kecil dan menghasilkan minyak, kelapa bali; ~ tua (buah) kelapa yg sudah tua dan keras isinya; ~ ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya (gadis yg ternoda). kelapayang kelepayang. kelapung sj tumbuhan (pokok), kelumpang, Streculia foetida. kelar I 1. bekas atau tanda hirisan (takik, tetakan) yg tidak dalam (spt pd ikan, batang pokok, dll), jalur atau garis luka pd badan (akibat pukulan yg kuat dgn rotan dll); 2. lekuk-lekuk atau gelang-gelang (pd saluran nafas, tubuh lipan, dll); 3. lingkaran (drpd rotan dll); berkelar bergaris agak dalam (tanda hirisan pisau, bekas pukulan yg kuat dgn rotan); berkelar-kelar 1. berkelar pd beberapa tempat (tanda hirisan, tetakan, dsb); 2. bergelang-gelang, bersekat-sekat (bkn tanduk, badan lipan, dll);

mengelar menakik-nakik, menggaris-garis (agak dalam), menetak atau menghiris (tidak sampai putus): ikan itu dikelar-kelar sebelum digarami; terkelar dikelar, ditakik-takik, ditetak atau dihiris (tidak sampai putus): leher mayat itu kelihatan ~ selaku leher ayam yg disembelih. kelar II IB, bp selesai, siap. kelara; ikan ~ sj ikan laut (anak sembilang), Plotosus canius. kelarah I 1. ulat dlm buah (yg menyebabkan buah busuk); 2. Kl luarnya elok tetapi dalamnya rosak (keledek, ubi kentang, dll). kelarah II Kl tidak licin (spt papan yg belum berketam), kasap, berkerutu. kelarai 1. corak (anyaman, tenunan, dll) yg berbentuk damdam; 2. Mn simpul di tepi anyaman, sulaman (suji) di tepi kain; ~ sesat taja prb pekerjaan yg dr mulanya sudah salah; mengelarai 1. membuat anyaman (tenunan) yg bercorak damdam; 2. menyimpul pinggir anyaman, menyuji di tepi kain; bongkok dek menganyam, silap (sesat) ~ prb sungguhpun telah cekap dlm sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan. kelari sj ikan darat. kelaring; berkelaring Kl berselaput (di sana sini) dgn kotoran (bkn pakaian dll). kelas I 1. bilik (tempat) belajar, bilik darjah: murid-murid masuk ke ~ beramai-ramai; 2. perkumpulan utk mempelajari sesuatu; ~ lukisan (tarian, jahit-menjahit, masakan, dll) perkumpulan yg bertujuan mempelajari seni lukis (seni tari, jahit-menjahit, cara-cara memasak, dll); ~ persediaan kelas tempat penuntut-penuntut diberi latihan khas sebelum mengikuti pelajaran yg khusus atau mendalam; 3. peringkat, tingkatan (pelajaran yg diikuti): pelajar-pelajar ~

rendah; 4. golongan atau kumpulan (dlm masyarakat) yg berbeza antara satu sama lain atas ciri-ciri tertentu (spt taraf hidup, kedudukan sosial berdasarkan asal keturunan dll): beliau meramalkan berlakunya pertentangan ~ atau golongan-golongan dlm masyarakat; 5. golongan, kumpulan (berdasarkan persamaan pelbagai sifat yg tertentu): manusia termasuk dlm ~ binatang mamalia; 6. bahagian, kategori, kumpulan (berdasarkan tingkatannya yg tertentu): pemborong-pemborong ~ E; ~ atasan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling tinggi, mis kaum bangsawan; ~ bawahan golongan orang yg menduduki taraf sosial yg paling rendah, mis buruh, petani dsb; ~ dewasa perkumpulan yg terdiri drpd orang-orang dewasa utk belajar membaca dan menulis; ~ ekonomi kelas dlm pengangkutan awam, mis kapal terbang dan kereta api, yg kadar tambangnya paling murah; ~ kambing bp tingkatan (taraf) yg paling rendah, kelas (bahagian) yg paling murah bayaran yg dikenakan kpd penonton (di panggung wayang dll); ~ kata (Lin) golongan kata; ~ menengah golongan masyarakat antara kelas bawahan dan kelas atasan, termasuklah ahli perniagaan dan profesional spt peguam, akauntan, doktor dsb; ~ pertengahan kelas menengah; berkelas termasuk dlm kelas (golongan, kumpulan atau kedudukan sosial tertentu): memang terdapat jurang sosial yg agak ketara antara mereka yg ~ rendah dgn yg ~ menengah; berkelas-kelas berasing-asing dlm kedudukan (ada yg tinggi dan ada yg rendah tarafnya), berpangkat-pangkat, bertingkat-tingkat: yg menarik hatinya ialah masyarakat di situ masih ~;

mengelaskan membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kpd berbagai-bagai golongan (kumpulan, tingkatan, dll), menentukan kelas sesuatu: ahli-ahli kimia ~ bahan-bahan kimia mengikut suatu sistem tertentu; pengelasan perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kpd kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll); ~ tanah (tumbuhan) pengasingan tanah (tumbuhan) kpd jenis (kumpulan) tertentu. kelas II antara pasang dan surut; mengelas pasang perbani. kelas III; mengelas; ~ daging mengempukkan daging seketika (sebelum digoreng). kelas IV; mengelas Kd memilih (buah dll) dgn teliti, membelek-belek utk memilih. kelasa I 1. bonggol pd tengkuk atau punggung binatang (spt lembu, unta, dll), ponok; 2. bonggol di antara tulang belikat kuda. kelasa II Jw tikar mengkuang. kelasah; kelusuh-~; kelusuh. kelasak sj perisai yg dibuat drpd kulit. kelasi I anak kapal, pekerja dlm kapal. kelasi II sj kera yg panjang hidungnya, Hylobates leuciscus. kelat I rasa hampir-hampir pahit (spt rasa pinang), rasa sepat; ~ dehe Kl, Tr terlalu kelat. kelat II = tali ~ tali utk menarik layar kapal atau utk menumbangkan pokok yg ditebang; juru~ anak kapal yg mengendalikan tali kelat; mengelati menarik tali kelat.

kelat III; ~ bahu sj gelang yg dipakai di pangkal lengan; ~ dahi perhiasan drpd kertas emas dipakaikan pd dahi pengantin perempuan, gandik; ~ sanggul cucuk sanggul; berkelat dikepilkan: agar tuan sudi menghulurkan sumbangan derma kpd Tabung Projek Ikhtiar mengikut susun cara spt dlm borang ~. kelat IV lekat, susah dibuka (mata, kerana terlalu mengantuk): apabila mata mereka telah mula ~, barulah mereka berhenti berbual; matanya ~ berasa lekat (sehabis tidur); pengelat; jarum ~ jarum penyemat. kelat V sj tumbuhan (pokok); jenis-jenisnya: ~ api; ~ asam; ~ hitam; ~ jambu; ~ lapis (merah, paya), Eugenia spp.; ~ hempedu sawa = ~ liau = ~ pagar anak = ~ samak jawa sj tumbuhan (pokok), Ouratea crocea; ~ layu putih sj tumbuhan (pokok), cenderai kayu, kayu sugi, nilau, Guioa pubescens; ~ pasir = ~ putih sj tumbuhan (pokok), Parastemon urophyllum; ~ paya sj tumbuhan (pokok); a) gambir hutan, Trigonopleura malayana; b) Eugenia spp.; ~ samak sj tumbuhan (pokok), samak, Eugenia palembanica; ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), kepayang air, medang ketutuk, meroyan, Ixora fluminalis; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum. kelati kacip. kelatu Ml ketuk (di kepala) dgn buku tangan, luku. kelawai; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar dedawai, tenak, Myxopyrum nervosum. kelawan keluan.

kelawar I sj keluang kecil (makanannya serangga); ~ gondol, Cheiromeles torquatus; ~ buas, Megaderma lyra; ~ rumah, Scotophilus kuhli; ~ telinga lebar, Megaderma spasma. kelawar II bentuk cengkih pd daun pakau. kelawar III sj ikan darat, Antennarius spp. kelawat sj tumbuhan (herba), kelelawat, Torenia atropurpurea; pokok ~ sj tumbuhan (herba), pokok telang hutan, Torenia peduncularis. kelayak khalayak. kelayang; burung ~ burung layang-layang; layang III. kelayar sj tumbuhan (rumpai), Monochoria vaginalis. kelayau; mengelayau 1. memandang dr satu tempat ke satu tempat, mengalih-alihkan pandangan: ~ matanya memandang ke sekeliling; 2. melamun (memikirkan atau mengkhayalkan sesuatu): fikiranku ~ lagi. kelayu sj tumbuhan (pokok), arang para, kelat jantan, kelat layu hutan (laut), mertajam, terajam, Erioglossum rubiginosum; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), bedara emping, benitan, kelentit nyamuk, rambutan pacat, tampung kecil, Arytera littoralis. keldai sj binatang seakan-akan kuda tetapi lebih kecil; ~ hendak dijadikan kuda prb orang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai. kelebak (kelébak); terkelebak terbuka lebar (luka), terbabang, koyak atau rabak (layar dll). kelebang (kelébang); ubi ~ sj tumbuhan (ubi), Dioscorea alata. kelebat (kelébat); sekelebat = ~ mata = sekelebatan selayang pandang, sekali imbas, sepintas lalu; kelebek (kelébék) I kelebet. kelibat III.

kelebek (kelébék) II mengelebek Kl, Tr membuka rongga (spt mata dll) dgn tangan. kelebek (kelébék) III Kd melihat dgn teliti. kelebet (kelébét) terlipat (alas meja, kertas, dll) pd bahagian hujung atau tepinya sehingga tergantung-gantung, terkelepai, atau bertindih (tepinya), kelepet; mengelebetkan melipatkan alas meja, kertas, dll) di hujung atau tepinya sehingga tergantung-gantung atau bertindih tepinya. kelebi; buah ~ buah halkum. kelebok (kelébok) Kd lumpur. kelebu Jk karam, tenggelam, dimasuki air (bkn sampan dsb); mengelebukan mengaramkan, menenggelamkan (sampan dsb). kelebuk I bunyi sesuatu benda (spt buah kelapa dll) jatuh. kelebuk II sj tumbuhan (pokok), nangtan, Ficus roxburghii. kelebur runtuh (spt tanah lembik dipijak); keleburan jurang, lubang perangkap. kelebut benda tempat disarungkan kopiah (pakaian dll), acuan (kasut dll). kelecat; terkelecat Tr terpelanting, tercampak: jatuh ~. keleceh (kelécéh); terkeleceh terkucil, tergelincir. kelecek (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan; terkelecek terpeleset (kerana licin dsb), tergelincir. kelecus sj tumbuhan (pokok), belucus, derum, mempat, mempat hitam (hutan, jantan), sampat, selencus, Cratoxylon ligustrinum (polyanthum).

keledang (kelédang) sj tumbuhan (pokok), nangka pipit, Artocarpus lanceifolia; ~ babi sj tumbuhan (pokok), Artocarpus anisophyllus; ~ berok sj tumbuhan (pokok), tampang ambung (gelugur, jantan, dll), Artocarpus lakoocha. keledar (kelédar); topi (tali pinggang) ~ topi (tali pinggang) yg dipakai utk keselamatan sbg persediaan menghadapi bahaya (kemalangan dsb); berkeledar 1. bersedia (bersiap-siap) utk menghadapi bahaya dll; 2. = berkeledaran tidak teratur atau tidak tersusun, berselerak, bertaburan. keledek (kelédék) = ubi ~ sj ubi yg manis, ketela ubi, Ipomoea batatas; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar keremek, akar lanar, Ipomoea digitata; (akar) ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis gracilis. keledi (Muz) sj alat tiup berlidah suku kaum Kayan dan Kenyah di Sarawak. keledut kedut I. kelek (kélék) I ketiak; mengelek mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit: pelakonnya bernyanyi sambil ~ buyung air; ~ anak mendukung anak dekat ketiak. kelek (kélék) II; kelek-kelek, kelek-kelekan, kelekan 1. kayu atau besi pemegang pd jambatan (tangga dll), langkan (pd jambatan dll); 2. sj serambi (pd balai istana): maka segala anak raja-raja itu duduk di kelek-kelekan balai kiri kanan; ~ anak bahagian rumah ibu yg bertemu dgn pelantaran.

kelekati I sj anai-anai; ~ memanjat peran, sebelum mati belum jeran prb terlalu gemarkan sesuatu hingga sanggup membahayakan (membinasakan) diri; kelekatu. kelekati II ark kacip. kelekatu sj anai-anai yg bersayap (kerap berterbangan berkeliling lampu), laron; ~ hendak terbang ke langit prb berkehendakkan atau mengerjakan sesuatu yg tidak mungkin berhasil; spt ~ masuk api, tidak tahukan mati lakunya prb umpama orang yg cintakan sesuatu hingga tidak menghiraukan bahaya; kelekati I. kelekik Kl rumit, sukar, sulit. kelelap kelalap. kelelawar kelawar I. kelelawat sj tumbuhan (herba), kelawat, Torenia atropurpurea. kelelesa sj mengkarung (bengkarung). kelelot (kelélot); berkelelot menjelir-jelirkan lidah (utk mengejek); mengelelotkan menjelirkan (lidah) utk mengejek. kelem Jk karam, tenggelam. kelemair kelemayar I. kelemantang kalimantang. kelemanyar kelemayar I. kelemata = kumbang ~ sj kumbang yg mengorek lubang pd pokok kelapa. kelemayar I sj binatang yg menyerupai lipan (liurnya bercahaya), Orphnaeus brevilabiatus; ~ intan cahaya (sinar) intan. kelemayar II; rumput ~ (kelemanyar) Pr sj tumbuhan (rumput) yg dibuat tali atau tikar, Cyperus spp..

kelemayuh I sj penyakit yg disebabkan tisu daging mati kerana tidak mendapat bekalan darah, gangren; berkelemayuh diserang atau menghidap kelemayuh: kaki kirinya ~. kelemayuh II sj tumbuhan (herba), kelemoyang, Homalomena spp. kelembahang sj tumbuhan (herba yg daunnya menyebabkan gatal apabila tersentuh pd kulit), kemahang, Alcasia ovalifolia; anak ~ seseorang (perempuan) yg gatal atau gasang. kelembai I sj hantu; kelambai. kelembai II sj tumbuhan (pokok), kelumbai, dala, kecerek, kemantu hitam, kepayang hantu, Crataeva macrocarpa. kelembak I 1. sj tumbuhan (pokok) yg kayunya berbau harum, gaharu, Aquilaria malaccensis; 2. sj tumbuhan (herba), Rheum officinale. kelembak II sj kupu-kupu. kelemban (kelémban); berkelemban berjalan (menuju sesuatu) dgn mengikut jalan yg jauh (tidak dgn memintas). kelemben sj kuih spt roti; kelombeng. kelembuai siput kiung, Ampulla ampullacea. kelembubu angin yg bertiup berkisar; halimbubu. kelembung kembung, gelembung. kelemek (kelémék); terkelemek terpiuh (bkn dawai dll), terpulas, bengkok. kelemoyang sj tumbuhan (herba), Homalomena spp.; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), Rhaphidophora minor; rumput ~ sj tumbuhan (herba), cengkenam, jerunang, lengkuas kecil (padang, ranting), Languas conchigera. kelempai ark; terkelempai terlentok (terbaring) dgn lemah longlai;

mengelempai berbaring dgn lemah longlai: kasau lentik helang berbega, berbunga sawa ~, bertakuk bersedelinggam. kelempayan 1. sj tumbuhan (pokok), kelampi, Anthocephalus cadamba; 2. sj tumbuhan (pokok), bunga nangka pipit, mempayan, mengkal, pulasan hutan, tumbung dayung, Nauclea maingayi. kelempenang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gasing putih, gasinggasing, ketutu, mempenang, minyak pinyang, Pericampulus glaucus. kelempening sj tumbuhan (pokok), berangan babi, peniau, Quercus (Pasania) kunsleri. kelempeti sj tumbuhan (pokok), Aporosa benthamiana. kelemping terkelepai (spt susu perempuan tua), bergayut, terkulai. kelempung sj tumbuhan (pokok), kelumpung, Ficus obpyramidata. kelemuak Kd lumpur yg terdapat di dlm air. kelemumur kulit mati yg berkeping-keping halus pd kulit kepala, ketombe; berkelemumur terdapat atau ada kelemumur (pd kulit kepala). kelemunting kemunting. kelemut kemik-kemik (bkn tin dll), kerumuk atau renyuk (bkn kertas dll). kelencong (keléncong) I sekeping kayu berlubang dua (utk dicucukkan tali perahu). kelencong (keléncong) II; terkelencong terkeluar atau beralih dr hala atau tujuan asal. kelendara lingkaran-lingkaran (drpd rotan dll) pd tiang kapal (utk diikatkan andang-andang pd tiang). keleneng (kelénéng) 1. bunyi loceng besar (di gereja dll); 2. bp sj loceng kecil (spt yg dipasang pd leher lembu, gelang kaki, dll).

kelengar Jk pengsan; ~ matahari pengsan disebabkan panas matahari. kelenggara; ark mengelenggarakan menyelenggarakan, menguruskan. kelengkang kelangkang. kelengkang (keléngkang) sj gelang tempat digantungkan (dicucukkan) kunci dll. kelengkeng (keléngkéng) I = jari ~ jari tangan yg terkecil; ~ kaki jari kaki yg terkecil; telunjuk lurus ~ berkait prb pd zahirnya baik tetapi hatinya jahat. kelengkeng (keléngkéng) II; kurung ~ ruang atau sangkar yg terkecil dlm belat ikan. kelengkeng (keléngkéng) III buah (pokok) laici; lengkeng. kelengkeng (keléngkéng) IV; burung ~ 1. sj burung, burung kekek, Anthracoceros malayanus; 2. sj burung, burung lang ling, burung lilin, Anthracocerus malabaricus leucogaster. kelengkiak sj semut (hitam dan besar), kiak-kiak. kelengkuk kelapa muda; kelongkong. kelengkung kerongkong. kelening bunyi spt bunyi loceng basikal. kelenjar organ yg mensintesis bahan-bahan kimia dan merembesnya utk digunakan oleh badan atau utk disingkirkan; ~ peluh (air liur dll) kelenjar yg mengeluarkan peluh (air liur dll); sakit ~ (kelenjaran) sakit bengkak pd kelangkang (pd pangkal paha), sakit macang, sakit mangga. kelentang bunyi spt bunyi tin kosong dipukul; ~-kelentung bunyi bising spt bunyi tin kosong dipukul bertalu-talu (atau bunyi beberapa tin kosong dipukul serentak). kelentang (keléntang) buah kelur; kelintang.

kelenteng (kelenténg), kelenting 1. rumah berhala Cina; 2. bunyi spt bunyi loceng kecil. kelenteng (kelénténg), kelenting bunyi spt bunyi loceng. kelentit I daging yg tersembul dekat lubang kemaluan perempuan. kelentit II; ~ kering (nyamuk, padang) sj tumbuhan (pokok renek), gelam padang jantan, kelapit nyamuk, mempoyan padang, Decaspermum fruticosum; ~ nyamuk a) = akar ~ kera sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perejab, akar sembelit, semelit darah (putih), Santaloides rugosum; b) = ~ nyamuk laut sj tumbuhan (pokok) medang putih, pena-pena, pokok serawan burung, senyamuk, Guioa pleuropteris; c) sj tumbuhan (pokok menjalar), akar pinang ketul (kutai), Agelaea wallichii. kelentom (keléntom) IB tekanan suara, aksen. kelentong (keléntong) I sj alat bunyi-bunyian (spt gendang kecil) yg digunakan oleh penjaja atau penggalas barang-barang kelontong (barang-barang spt benang, jarum, sikat, dll); Cina ~ penjaja (Cina) yg menggunakan kelentong (utk menjual barang-barang kelontong). kelentong (keléntong) II kelentom. kelentong (keléntong) III bp menipu (biasanya dgn menggunakan katakata yg memperdaya atau mempengaruhi); mengelentong menipu: dia cuba ~ mereka dgn kata-kata yg menarik dan sukar difahami; rakyat tidak rela lagi dikelentong oleh pemimpin yg tidak bermaruah. kelentugi Br sj halipan (tubuhnya hitam dan kakinya kuning). kelentung 1. bunyi spt bunyi loceng lembu; 2. bunyi besi (tin dll) jatuh atau dipukul; 3. = kelentungan sj genta drpd kayu (digantungkan pd leher lembu atau kerbau), gertuk, kertuk, keruntung;

di mana ~ berbunyi, di situ kerbau tinggal diam prb di mana ada pemerintahan yg baik, di situ rakyat tinggal tetap dan berbahagia. kelenung 1. dengungan (bunyi) gong atau canang yg dipalu; 2. sj canang kecil. kelenut sj tumbuhan (pokok), keluak, keluet, Pterocymbium javanicum. kelenyar kelenjar. kelenyuk terkehel, tergeliat, salah urat. kelepai; berkelepai, terkelepai terkulai (spt dahan patah yg tergantunggantung di pokok), tergantung-gantung ke bawah (spt bendera yg tidak berkibar dll). kelepak 1. bunyi spt bunyi sayap dikibas-kibaskan; 2. bunyi spt bunyi tamparan. kelepak (kelépak) 1. terkelepai spt telinga gajah, terkulai; 2. kelemping (bkn susu perempuan tua); ~-kelepang bunyi spt gendang dipalu: paluan kompang berterusan dgn ~; ~ baju lipatan kain yg berkelepai di bahagian dada baju; baju ~ baju yg terbuka di bahagian dadanya. kelepal dompet (kantung) peluru; kerpai. kelepar gelepar. kelepat; mengelepat menutup lubang-lubang atau celah-celah papan kapal dgn gala-gala (pakal dsb), memakal. kelepayang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kepawang, akar kepayang, pepayang, teruah, Hodgsonia capniocarpa. kelepek (kelépék) kelepet; terkelepek 1. terkelepet; 2. terkelepai (spt dahan patah yg masih tergantung-gantung di pokok), terkulai. kelepet (kelépét) lipatan (pd tepi kain dll);

terkelepet terlipat pd tepi atau hujungnya (bkn kertas, kain, dll), kelebek, terkelepek. kelepik 1. bunyi spt bunyi benda kecil jatuh; 2. bunyi spt bunyi bendera berkibar-kibar (atau sayap dikibas-kibas); mengelepik-ngelepik berbunyi spt bunyi bendera berkibar-kibar kencang. kelepir I buah pelir. kelepir II Kd; mengelepir mengetis atau mengibaskan jari (utk mencampakkan ulat dll), mengitai (tangan); kepir. kelepir III Tr sj beg kecil. kelepit terkulai atau terkelepai (spt telinga gajah, pelepah yg patah tetapi masih tergantung-gantung dll. kelepot (kelépot) bertimpuh. kelepuk bunyi barang jatuh. kelepung I; ~ gagah sj tumbuhan (pokok), Randia exaltata. kelepung II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan gula melaka dan diselaputi dgn kelapa parut, buah melaka, ondeh-ondeh. kelepur; mengelepur menggelepar, menggelepur; gelepur. keler (kélér) Id peti tempat menyimpan botol minuman keras dll. kelereh (keléréh) sj tumbuhan (pokok renek), mempenai, Homonia riparia. kelerek (kelérék) IB kerani (di pejabat). kelereng (keléréng) 1. biji buah lerak; 2. guli, gundu, kelici. kelesa (kelésa) agak malas mengerjakan sesuatu, tidak rajin dan cergas. kelesah (kelésah) tidak tenteram (perasaan), resah, gelisah. keleseh (keléséh); ~-peseh bertutur dlm bahasa Belanda: banyak anak gadis yg lepas sekolah, pandai ~-peseh; kareseh, keresepese.

kelesek (kelésék) kulit batang pisang yg kering. keletah (kelétah) gerak-geri atau pertuturannya dibuat-buat, suka bergaya, genit: gadis ~; berkeletah berlagak atau berkata-kata dgn gaya yg dibuat-buat, bergaya: Si Bunga Pekan sedang ~ dgn perkataan-perkataan yg pelat. keletak 1. bunyi spt bunyi terompah yg kena pd lantai batu; 2. bunyi spt bunyi batu kecil jatuh ke papan. keletang bunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke batu. keletap bunyi spt bunyi punat kamera dipetik. keletar geletar, gementar, ketar. keletik 1. bunyi jentera jam (bunyi tik, tik); 2. bunyi spt bunyi benda kecil jatuh ke lantai; geletik. keleting bunyi spt bunyi duit syiling berhantukan (jatuh ke batu dsb). keletuk 1. bunyi ketukan (pd meja dll); 2. = ~ kayu sj alat drpd kayu yg berbunyi tuk, tuk apabila digoncang-goncangkan. keletung bunyi spt bunyi tin dipukul, kelentang. kelewak (keléwak) Kl Tr berkeliaran. kelewang (keléwang) 1. sj pedang pendek (bilahnya makin lebar arah ke hujung); ~ lipat hujung kelewang yg bahagian hujungnya lebih lebar dan nipis; ~ pucuk berkait kelewang yg hujungnya melengkung; ~ tebal hujung kelewang yg bahagian hujungnya makin lebar dan tebal; 2. Kl sj parang panjang yg berukir pd hujungnya. kelewar; (keléwar); berkelewar Kd merayau, berjalan ke sana ke mari: kerbau-kerbau ~ di dlm kampung itu. kelewat (keléwat) Jk terlalu, terlampau; keliwat; lewat.

keleweh (keléwéh); mengelewehkan; ~ bibir mencebikkan bibir, membalikkan tepi bibir ke bawah, menjuihkan bibir: Normah melawan cemikan itu dan ~ bibirnya kpd Lili; terkeleweh melendut ke bawah (tidak tegang rata), tercebik (bkn bibir), terbalik ke bawah tepinya (bkn bibir bawah): Jin tersenyum, ~ bibirnya yg tebal itu. kelewer (keléwér) layar depan. keli = ikan ~ sj ikan darat, Clarias batrachus; bagai ~ kena ketuk prb bersungut-sungut dgn tidak tentu biji butirnya; spt ~ dua selubang prb seorang perempuan yg mempunyai dua orang kekasih. kelian I bp kalian (kamu, awak). kelian II ark galian, lombong: ~ emas. kelian III ark pegawai desa di Bali. keliar; berkeliaran berjalan (bergerak, bersiar-siar, dll) merata-rata atau ke sana sini, merayau, bertualang: mata-mata gelap ~ di bandar itu. kelias pelias. keliat; mengeliat menggeliat; geliat. kelibang; ~-kelibut = berkelibangan berterbangan, terbang berpusingpusing (bkn kelekatu dll). kelibat I pengayuh (dayung) yg berdaun pd kedua-dua hujungnya; mengelibat mengayuh (berdayung) dgn kelibat; gelibat I. kelibat II Jk terlibat, terbabit (dlm sesuatu perkara); libat. kelibat III rupa seseorang atau sesuatu yg kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan: usahkan dia, ~nya pun tak nampak; ia dapat melihat hanya ~ kereta abangnya membelok di jalan itu;

sekelibat = ~ mata seketika, sekelip mata, sepintas lalu, sekali imbas, selayang pandang: di dalam cahaya pelita kelihatan ~ lembaga Pak Imam; terkelibat terbayang seketika atau sepintas lalu; kelebat. kelibut; kelibang-~; kelibang. kelicap sj burung; ~ bakau = ~ belancam sj burung, Nectarinia calcostetha; ~ belukar sj burung a) Anthreptes s. singalensis; b) burung cegar, Enicurus ruflcapillus; c) merbah sampah kuning, Macronus g. gularis; ~ berjambul sj burung, pipit anggerik, Yuhina zantholeuca interposita; ~ bunga kantan = ~ mas sj burung, Stachyris spp.; ~ gunung = ~ merah sj burung, Aethopyga spp.; ~ jantung = ~ pisang sj burung, Arachnothera spp.; ~ kunyit sj burung, Aegithina tiphia micromelaena; ~ mayang kelapa = ~ belukar = ~ kelabu = ~ rimba sj burung, Anthreptes spp.; ~ perepat sj burung, Gerygone sulphurea; ~ pucat pisang sj burung, kacici, Orthotomus a. atrogularis; ~ ranting sj burung, Muscicapa tickelliae sumatrensis. kelici I sj tumbuhan (akar memanjat), Acacia pseudointsia; ~ rimba sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, darah belut, gorek, kulang, maticang, mentiung, tampu, rengat, Mezoneuron sumatranum; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kacang betina, Rourepsis pubinervis. kelici II 1. buah yg bulat keras (dibuat mainan dll); 2. guli, gundu, kelereng. kelicu kicu. kelidai sj kayu yg sangat keras; kenidai. keliding Ph alat utk membuat periuk belanga drpd tanah, gelinding.

kelido Sr senduk (drpd kayu), sudip. kelih dapat melihat, celik (mata); tidak ~ mau tengok prb mahukan hasil (faedah) tetapi tidak mahu berikhtiar utk mendapatkannya; mengelih melihat, menyaksikan, mengawasi. kelik I kelok, liku; mengelik mengalihkan (menggerakkan, mengelakkan) sedikit tubuh (utk mengelakkan tikaman, pukulan, dll): sebaik-baik sahaja Ali menikam, Kassim pun ~; mengelikkan mengelakkan atau menghindarkan (tikaman, pukulan, dll) dgn mengelik. kelik II; terkelik menggerodak, berbunyi (perut) sebab lapar. kelik III Kl balik, pulang. kelikah, kelikat tabiat; khalikah. kelikih, keliki Mn buah betik, kepaya. kelikir I 1. gelung-gelung rotan, lingkaran-lingkaran (drpd rotan dll) pd kemudi atau tiang kapal; ~ dayung gelung yg mengikat dayung pd keliti atau pemegangnya; 2. gelung (drpd rotan dll) yg dipasangkan (dicucukkan) pd hidung kerbau, kili-kili; kena ~ ki berada di bawah kuasa seseorang, terbelenggu (dikuasai orang); putus ~ rompong hidung prb sengketa yg tidak dapat diselesaikan (diperdamaikan) lagi. kelikir II = batu ~ batu kecil-kecil (digunakan utk membuat jalan raya); intan disangkakan batu ~ prb tidak tahu menghargai sesuatu; kerikil. kelik-kelik Mn sj semut yg berbisa; ~ dlm baju, musuh dlm selimut prb musuh berhampiran dgn kita yg boleh menyusahkan (merosakkan) kita.

keliling 1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling; ~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~ geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanyaan-pertanyaan yg dikemukakan setelah selesai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening); sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempattempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke

tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut haluan yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan. kelilip Jw benda yg termasuk ke dlm mata (spt debu, pasir, dll); kelilipan termasuk ke dlm mata (debu, pasir, dll). kelim I lipatan pd tepi kain yg dijahit; ~ Betawi kelim dua kali (digunakan pd kain yg halus); ~ lapis sj kelim yg digunakan pd kain kasar; ~ papan sj kelim yg pipih (bagi kain benang yg halus); ~ sambung sj kelim yg digunakan apabila menyambung dua bahagian badan baju; ~ tindih kasih kelim yg di dalamnya dilapik dgn pita; berkelim ada kelimnya, berlipatan (yg dijahitkan); mengelim menjahit kelim: kain ini cantik rupanya, senang menjahitnya dan ~ tepinya; pengelim alat utk mengelim (pd mesin jahit). kelim II pintalan (pilinan) pd tepi kulit karipap dsb yg telah dicantumkan utk mengejapkan cantumannya (supaya tidak dimasuki minyak dsb). kelima; ~ paya sj tumbuhan (herba), kesum, kesuma, tebuk seludang, tuba seluang, Polygonum pubescens (fiaccidum). kelimpanan Mn kelilip. kelimun himpunan orang ramai, kerumun. kelimut; kelam-~; kelam I. kelinang (Muz) sj canang yg digunakan dlm pertunjukan wayang kulit Melayu. kelinci sj binatang yg mengunggis, arnab, terwelu, Oryctolagus cuniculus.

kelincir gelincir. kelindan I 1. benang yg masih dipintal, benang bagi tali pemutar jentera atau kincir; 2. tali atau benang berpintal utk menggerakkan jentera (roda penggulung benang); 3. benang jahitan yg sedia tercucuk pd jarum; jahit sudah, ~ putus prb selesai semuanya; lalu penjahit, lalu ~ prb apabila berhasil usaha yg mula-mula usaha yg berikut pun akan berhasil juga. kelindan II alat menggulung benang, gelendong. kelindan III pembantu pemandu lori: ~ lori itu melambai-lambaikan tangannya tiada memberi kami memotong lorinya. kelindan IV; terkelindan berasa (terasa) tidak puas atau tidak senang hati (kerana atau kalau tidak dapat berbuat sesuatu yg diingini), terkilan, terbuku (dlm hati): spt ada yg ~ dlm hatinya kalau tidak dicakapkannya hal itu. kelindas Jk tergelek, tergilas; lindas. kelinding gelinding. keling I IB paku besi yg berkepala dua (utk melekatkan dua keping besi); mengeling melekatkan (menyatukan) besi dgn menggunakan keling. keling II sl sj kapal. Keling III 1. sl sebuah empayar di pantai Coromandel Semenanjung India, yg disebut Kalinga dan Telingana, yg terkenal dgn pelayar atau pedagang yg datang ke Asia Tenggara seawal abad ke-3: maka kata Bendahara, "Apa maksud Orang Kaya Saudagar datang ke Melaka ini, kerana tanah ~ dan tanah Melaka ini terlalu jauh pelayaran?"; 2. sl panggilan bagi orang (pedagang, pelayar) yg berasal dari Kalinga

dan Telingana yg datang ke Tanah Melayu seawal abad ke-3: adapun pd masa itu Holanda dan orang Cina dan orang ~ pun semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagai-bagai rupanya dan lakunya; 3. Kd, Pn orang India yg beragama Islam; ~ pelikat orang India yg beragama Islam. kelingkam kerikam. kelingsir I Jk penyakit burut (menyebabkan buah pelir menjadi besar). kelingsir II gelingsir. kelinjat Mn ark; terkelinjat-kelinjat tergerak-gerak (gementar) tubuhnya kerana terperanjat. kelintang buah kelur; kelentang. kelintar Jw; kelintaran, berkelintaran berjalan (bergerak) berkeliling atau berulang-alik, bergerak ke sana sini: segala unggas mergastua berterbangan dan berkelintaran mencari mangsanya. kelinting I Jw = kelintingan sj loceng kecil, giring-giring. kelinting II sj tumbuhan (pokok), kelating, Campnosperma griffithii. kelip I = kelipan; sekelip; ~ mata sekejap mata (sekedip mata), sesaat: dgn ~ mata sahaja dompet wang itu telah disambar orang; berkelip, terkelip tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terkedip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu); berkelip-kelip, terkelip-kelip kejam (pejam) celik dgn pantas (bkn mata), seketika terang seketika padam (bkn lampu), berkedip-kedip, terkedip-kedip (bkn mata, lampu, dll), gemerlapan (bintang dll): matanya terkelip-kelip spt orang kesilauan;

berkelipan berkilauan, gemerlapan: bintang-bintang nampak ~ di angkasa; mengelipkan; ~ mata mengejamkan mata sesaat sahaja (dan membukanya kembali), mengedipkan mata, mengejapkan mata; kelipan perihal berkelip, gerakan (mata) berkelip, kejapan (mata dll): bertemulah dua pasang mata tanpa ~, membayangkan isi hati; kerlip I. kelip II = wang ~ Id sj duit syiling (bernilai 5 sen). kelip-kelip I sj serangga yg bersayap (tubuhnya mengeluarkan cahaya yg berkedip-kedip); bagai ~ terbang malam prb rahsia yg sudah diketahui orang. kelip-kelip II sj kertas berkilat (berwarna emas, perak, dll) yg dibuat perhiasan, jemeki, kida-kida, labuci. kelipar I gelipar. kelipar II Kl 1. alpa, cuai, lalai (hingga menyebabkan kehilangan atau kecurian sesuatu); 2. berjumpa, bertemu. kelipat Mn lipatan, kelepet; berkelipat berlipat; tak ~ perut prb tidak boleh menyembunyikan sesuatu atau menyimpan rahsia. kelipuh sj tumbuhan; kelipuk. kelipuk sj tumbuhan (herba air dan bunganya), kelipuh, ati-ati payah, seroja biru, telepuk, teratai kecil, tunjung biru, Nymphaea stellata; ~ padang sj tumbuhan (herba), keladi air, Sagittaria guayanensis. kelipuk-kelipuk Pr terkelip-kelip, terkedip-kedip, kejam celik (mata). kelir I 1. tirai wayang kulit, tirai (layar putih) utk tayangan wayang gambar; 2. ki sesuatu (helah, muslihat, dll) utk menyembunyikan

tujuan yg sebenar; bermain di belakang ~ prb memimpin dgn diamdiam (secara sulit). kelir II IB, bp warna; potelod ~ pensel berwarna; dikelir diwarnai (dgn cat dll). keliru 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemudapemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyangkakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, mengacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat anggapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusutan: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. kelis; mengelis mengalihkan (mengetepikan) diri dgn pantas (utk mengelakkan pukulan dll), mengelik, mengelit. kelisa I; kacang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang botor, kacang belimbing, Psophocarpus tetragonolobus. kelisa II sj ikan darat, Scleropages formosus.

kelisa III ark gereja, rumah berhala. kelit; berkelit mengalihkan (mengetepikan) diri dgn pantas (utk mengelakkan pukulan, memberi laluan kpd seseorang dll), mengelik, menyisi, berkelit-kelit mengelik berkali-kali, berkali-kali menghindarkan (mengalihkan) diri dgn pantas; mengelit mengundurkan (mengalihkan) diri dgn pantas (utk mengelakkan pukulan, tikaman, dll), mengelik, mengelis; mengelitkan mengelakkan atau menyisikan (diri) dgn pantas, mengundurkan mengelikkan. keliti penyangkut pengayuh (dayung) di sisi perahu; kediti. kelitik Jw; wayang ~ wayang yg menggunakan patung kayu. keliut keriut II. keliwat terlalu, terlampau; lewat. kelkah Kl penyelak pintu. kelmarin 1. sehari sebelum hari ini, semalam: hari ini hari Khamis, ~ hari Rabu; 2. dua hari sebelum hari ini, sehari sebelum semalam: hari ini hari Khamis, jadi ~ hari Selasa; 3. beberapa hari (minggu) yg lepas: dia sedang dirawat di rumah sakit kerana dilanggar kereta ~; ~ dulu Kd, Pn dua hari sebelum hari ini; ~ dulu balik sana Kd tiga hari sebelum hari ini. kelobak Mn; terkelobak terkeloyak, terkupas (kulit); kobak I. kelobot Jw kelongsong jagung (utk menggulung rokok). kelocak I; mengelocak mengelupas (kulit dll), terkelupas. kelocak II; berkelocak bergoncang (mis cecair di dlm bekas yg digoncangkan); kocak I. atau menyembunyikan (diri) dgn cepat,

kelodak kotoran spt habuk tanah, lumpur, pasir dsb yg mendak dan berkumpul di dasar sungai, longkang dsb; berkelodak mengandungi atau dicemari kelodak: air lebihan yg ~ mengalir terus ke sungai sehingga boleh merosakkan banyak hidupan akuatik; pengelodakan pembentukan atau pengenapan kelodak: sebahagian besar ~ disebabkan pembangunan kerja tanah yg tidak terkawal oleh pemaju dan kontraktor yg tidak bertanggungjawab. kelodan 1. = panah ~ sl sj panah; 2. sj bintang yg bergerak, tahi bintang. kelohok gelohok. keloi I sj tumbuhan (pokok renek), rami (seratnya dibuat tali), a) Bohemeria nivea; b) Bohemeria tenacissima. keloi II Kd; alat ~ alat perhubungan elektronik utk memanggil seseorang; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memanggil seseorang melalui alat elektronik; mengeloi memanggil. kelok (kélok) liku, selekoh (jalan): setelah ia hilang di ~ jalan, barulah kedua-duanya berpaling arah ke dlm rumah; kelang-~ berliku-liku (bkn jalan, sungai); berkelok = mengelok bertukar haluan (ke kanan atau ke kiri), berbelok, membelok: Tuan Hess ~ ke lorong arah pintu salun diikuti Encik Ramli; berkelok-kelok 1. banyak liku, berselekoh-selekoh (jalan bengkang-bengkok): jalan ke tempat itu ~; 2. membelok berkali-kali (ke kanan dan ke kiri): kapal itu belayar sambil ~ utk menghindarkan serangan kapal selam; oleh

mengelok berkelok; mengelokkan 1. menjadi melengkung, melengkungkan, membengkokkan: ~ dawai; 2. mengubah haluan (ke kanan atau ke kiri), membelokkan. kelokak keloyak. kelokok bunyi ayam belanda; berkelokok mengeluarkan bunyi kelokok (bkn ayam belanda), berbunyi kelokok: ayam belanda itu ~ apabila diusik oleh budakbudak. kelola; mengelola mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, spt perusahaan, pejabat, dll), mengurus, menyelenggara: pegawai-pegawai yg mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dll supaya mereka menjadi pengurus yg cekap; mengelolakan mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (spt perusahaan, pejabat, dll), menyelenggarakan: kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; diperlukan seorang yg berpengalaman utk ~ perusahaan baru itu; kelolaan arahan dan kawalan, selenggaraan: susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan; pengelolaan perihal mengelola(kan), pengarahan dan pengawalan, pengurusan, penyelenggaraan: beliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio; ~ ladang pengurusan (penyelenggaraan) ladang; pengelola orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: syarikat perniagaan. ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~

keloloh Kd, Pn kurang sopan atau tertib (kelakuan atau perkataan), tidak senonoh. kelolong; terkelolong sl termengkelan. kelom IB, bp kasut kayu, bakiak, terompah; kelum II. kelombeng (kelombéng) Jk sj kuih (roti). kelomet (kelomét) kelumit. kelompang 1. kulit telur (buah dll) yg tidak berisi; 2. kosong (tidak berisi); 3. kecewa, hampa; kelompangan keadaan kosong, kekosongan. kelompok himpunan (beberapa orang, binatang, benda, dll), kumpulan (yg kecil bilangannya, jumlahnya, dsb), gugusan (awan, bintang): di langit kelihatan ~-~ awan hitam bergerak perlahan-lahan menuju ke selatan; ~ bintang (pulau) gugusan bintang (pulau); ~ kata beberapa perkataan yg dianggap sbg satu kumpulan (ikatan), rangkai kata; berkelompok bersatu (berhimpun, bergabung) menjadi kelompok (golongan kecil dll), berkumpul (bkn orang dll), (berada) berdekatan atau berdampingan hingga merupakan suatu kelompok atau kumpulan kecil: beberapa orang pekerja berehat ~ di bawah pokok; berkelompok-kelompok berhimpun atau berkumpul (terhimpun atau terkumpul) di dlm beberapa kelompok: pekerja-pekerja tersebut diasing-asingkan ~ menurut tugas masing-masing; mengelompokkan menyatukan (mengumpulkan dsb) menjadi kelompok atau beberapa kelompok, membahagikan (mengasingkan) kpd beberapa kelompok atau kpd kelompok-kelompok tertentu, menjadikan berkelompok atau berkelompok-kelompok: usaha ~

ilmu kpd bidang-bidangnya adalah utk tujuan pembentukan istilah dan perkamusan; kelompokan kelompok (himpunan, kumpulan kecil); kekelompokan perihal atau keadaan kelompok; pengelompokan perihal (perbuatan dsb) mengelompokkan. kelompong bahagian kelon Jw; telefon tempat diletakkan gagangnya: anak dll dia menyangkutkan kembali gagang telefon itu pd ~nya. mengeloni mendakap (memeluk) sambil berbaring; elon. kelona, kelonak sj tumbuhan (pokok memanjat) akar kakup, kenana, Dioscorea spp.; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar (rebanar), akar lampu bukit, Smilax megacarpa; akar ~ betina sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar gadung tikus, banar (canar) babi, gadung jantan, Smilax helferi. kelonek (kelonék) kelonet. keloneng (kelonéng) bunyi spt bunyi loceng dll. kelonet (kelonét); sekelonet sangat sedikit, sangat kecil, sekelumit. kelong (kélong) I sj belat ikan yg terbahagi kpd beberapa sekatan atau kurung: ikan-ikan yg melalui ~ itu terperangkap di dalamnya. kelong (kélong) II ark sj pantun Bugis; berkelong berpantun cara Bugis, menyanyikan kelong. kelong (kélong) III 1. Kl, Tr tipu, kecoh; 2. Tr berkepul-kepul (bkn asap): kamu membakar apa, sampai ~. kelongkang kayu dll yg dipasang pd leher kerbau atau lembu utk mencegahnya pergi (merayau) ke mana-mana.

kelongkong 1. tempurung kelapa yg masih lembut; nyiur ~ nyiur yg masih muda (isinya nipis dan lunak); 2. = kelongkongan buah kelapa yg sudah dimakan tupai; kelengkuk. kelongsong pembalut atau pembungkus yg berbentuk bulat torak (spt bentuk silinder) atau bulat tirus (spt bentuk kon), belongsong: kacang goreng itu segera dimasukkannya ke dlm ~ kertas; ~ azimat kelongsong logam berisi azimat yg dipakai sama ada di lengan, leher atau pinggang; ~ jagung daun yg membalut tongkol jagung; ~ sirih tempat sirih (yg bulat dan panjang bentuknya), jorong; ~ ular kulit nipis yg tertanggal ketika ular bersalin kulit, selumur ular. kelongsor gelongsor. kelonsong kelongsong. kelontang 1. bunyi spt bunyi tin dipalu; 2. sj alat yg dibunyikan utk menghalau atau menakutkan burung (di bendang dll). kelontong I sj alat yg digunakan oleh penjaja (utk menarik perhatian pembeli), kelentong; barang-barang ~ barang-barang kecil utk penggunaan hari-hari (spt benang, jarum, sikat, dll); kedai (toko) ~ kedai (toko) yg menjual barang-barang kelontong; tukang ~ penjaja (penggalas) barang-barang kelontong. kelontong II Kl, Tr 1. buah (spt durian, kelapa, dll) yg telah ditebuk dan dimakan isinya (oleh binatang); 2. ki telah dicabuli (gadis), sudah hilang gadisnya, bernoda; 3. ki kosong, tidak berisi (bkn karangan, percakapan, dll). kelonyor; air (minyak) ~ bp sj air yg harum baunya (eau-de-Cologne). kelop bp cocok (sesuai), tepat, tidak berlainan; klop. kelopak I sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut;

~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda;~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm perniagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkembang) kulit penutupnya. kelopak II; burung ~ pinang sj burung, Sitta frontalis. kelorah keruh, kotor (air). kelorak sj tumbuhan (pokok memanjat); rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput kelurat, rumput kerurut, Lophatherum gracile. kelorek (kelorék) Kl, Tr sangat berkira-kira dlm membelanjakan wang, bakhil, kedekut, kikir: saudagar itu ~ orangnya. kelos IB gelendong, kumparan, gulungan benang. kelotak; mengelotak mengopek (mengupas) kulit buah yg keras, mengelotok, menggelotak; ~ kelapa mengopek (menanggalkan) tempurung buah kelapa drpd isinya; gelotak, kelotok. kelotok; mengelotok mengelotak; kelotak. keloyak; berkeloyak tanggal kulitnya (bkn buah, daging, dll), mengelupas (kulit); terkeloyak tertanggal, terkupas (kulit), tersiat (kulit). keloyang 1. sj burung, burung takau, burung seluwit, Calyptomena viridis; 2. sj burung, burung koran, perling, Aplonis panayensis strigatus.

kelu = ~ lidah 1. tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yg ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebabkan tidak dapat berkatakata; ~ diri mendiamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumatkamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul. keluai; musang ~ sj binatang, luak, musang pulut, musang sebarau, Paradoexurus leucomystax. keluak; buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kepayang, payang, Pangium edule. keluan Mn tali yg dicucukkan pd hidung kerbau (lembu); bagai jawi ditarik ~ prb menurut sahaja semuanya; menjilat ~ bagai kerbau prb sangat kecewa (kerana tidak tercapai yg diharapkan); putus tali putus ~, putus ~ rampung hidung prb perhubungan persaudaraan (kekeluargaan) yg telah putus sama sekali (kerana perselisihan); mengeluani memasang keluan (pd hidung kerbau, lembu dsb): rasa tak mengapa hidung dikeluani. keluang sj kelawar besar (makanannya buah-buahan), kalung kelambit, Pterocarpus edulis; bagai ~ bebar petang prb berkerumun (berhimpun) beramai-ramai. keluangsa sl keluarga (orang baik-baik), sanak-saudara. keluar 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung

dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah; 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi; 6. dilafazkan, diucapkan (katakata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar; ~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan; mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka; mengeluarkan 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke

ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr P.B.B.; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri;

terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm

satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan dan Indonesia. keluarga 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hidup-hidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina

akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hubungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan keluat khalwat. kelub kelab. kelubi sj tumbuhan (palma), asam paya, salak hutan, Zalacca conferta. kelubu sj tumbuhan (pokok memanjat), Caesalpinia bonducella. kelubung I sesuatu (spt kain dll) sbg pembungkus atau penutup, selubung; berkelubung bertutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, berselubung: Bibah sedang duduk ~ dan hanya nampak matanya sahaja; mengelubungi 1. menutup (hampir) seluruh tubuh dan anggota dgn kain dll, menyelubungi; 2. ki meliputi: kabut yg ~ kawasan sekeliling. kelubung II; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), janggut (tongkat) Ali, rumput paha belalang, rumput sarung pipit, terubung, Panicum sarmentosum. keluburan lubang utk memerangkap gajah dll. kelucuk kelocak I. persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga.

keluh = ~-kesah 1. kata-kata dsb yg melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami); 3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kesedihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), gelisah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); ~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan; berkeluh = mengeluh; mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~; mengeluhkan mengeluh tentang sesuatu perkara (keadaan dsb) yg mendukacitakan, merintihkan: ia ~ kepincangan-kepincangan dlm masyarakatnya; keluhan 1. kata-kata mengeluh, keluh-kesah, rintihan: ~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; 2. tarikan serta hembusan nafas yg panjang (sbg menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan): yg terdengar hanya ~nya; kekeluhan perihal mengeluh: nada ~;

pengeluh 1. orang yg suka (kerap) mengeluh; 2. bersifat suka mengeluh. kelui I kelui II keloi I. keloi II.

keluih Jk sj tumbuhan (pokok), pohon kulur, pohon sukun biji, pohon timbul, Artocarpus communis. keluik sj tumbuhan (pokok), bayur, kelenut, Pterocymbium javanicum. keluk 1. lengkung; 2. garis yg melengkung bentuknya (dlm graf, rajah, dll); ~-lekuk ki perbuatan curang (tidak jujur); berkeluk 1. berbentuk melengkung,melengkung; berkeluk-keluk 1. berbentuk melengkung-lengkung; mengelukkan menjadikan melengkung, melengkungkan: ~ dawai. kelukub kerukup. kelukup sj tumbuhan (pokok), Shorea eximia. kelukur Mn; berkelukur, berkelukuran melecet kulitnya, terkelupas, tergaris (kulit). keluli besi baja (waja). kelulu; tidak ~ tidak wajar atau selayaknya, tidak patut (tidak berkira-kira, berfikir-fikir atau berhati-hati): ia menghempaskan diri bertalu-talu, melolong, menangis tidak ~. kelulus sl sj perahu. kelulut I sj tumbuhan (pokok renek), pepulut, pulut-pulut, pulut lembu, Urena lobata; ~ merah sj tumbuhan (herba), Cyathula prostrata; ~ putih sj tumbuhan pokok (renek), pokok lidah ular, ketumbar hutan, Sida acuta; akar ~ = rumput ~ sj tumbuhan (herba), Fuirena glomerata.

kelulut II sj tabuan kecil, Melipona minuta. kelulut III sj serangga, Laccifer lacca. kelum I termasuk ke dlm tepinya atau pinggirnya (bkn bibir dll). kelum II kasut kayu; kelom. kelumbai sj tumbuhan (pokok), Crataeva macrocarpa. kelumbung kelubung I. kelumit Jk; sekelumit sedikit atau kecil sekali, sejemput, sekelonet: ~ rasa rindu yg terpendam, dan sekilas pandangan yg manja. kelumpang 1. sj tumbuhan (pokok), kelumpung, Sterculia foetida; 2. = ~ burung sj tumbuhan (pokok), perupuk, rongga jantan, unting-unting, Sterculia parviflora; 3. = ~ keras sj tumbuhan (pokok), katak udang, otak udang, Buchanania lucida. kelumun Mn kelubung, selubung; berkelumun berkelubung, berselubung; mengelumuni mengelubungi, menyelubungi, meliputi. kelun Jw; berkelun, berkelun-kelun berkepul-kepul (asap), bergelunggelung (bkn asap yg menuju ke udara), menabun (asap): wap panas ~ keluar drpd roti yg baru dihidangkan. keluna sj ikan laut. kelung I lengkung atau lekuk di tengah-tengah (pd perisai dll); piring ~ piring yg melengkung ke dlm di tengah-tengah, piring dalam; berkelung berkeluk, melengkung (ke dlm): permukaan air di dlm saluran itu ~ membentuk meniskus. kelung II lingkaran (drpd rotan dll); kelunut kelenut. gelung I.

kelupas I;

mengelupas = berkelupas,

terkelupas

terkupas atau

tertanggal (kulit, cat, dll): beberapa minggu selepas bayi itu dilahirkan, kulitnya ~; mengelupaskan menyebabkan (menjadikan) terkelupas atau tertanggal (kulit, cat, dll); pengelupasan perihal (proses atau tindakan) mengelupas atau mengelupaskan: asid maleik menggalakkan ~ halus serta berkesan. kelupas II; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kirai, seruci, Hiptage sericea. kelupur gelupur. kelur I Jk sj tumbuhan (pokok), pokok merunggai, remunggai, Meringa oleifera. kelur II Tr melaung, memanggil: “Tolong,” ~ Mamat. Kita hendak turun ke laut sekarang. keluron Jw 1. gugur (anak dlm kandungan); 2. anak gugur. keluruk Jw berkokok. kelurut I bengkak (sakit) pd hujung jari. kelurut II; ~ tanjung sj tumbuhan (pokok renek), kankabona, kayu putih, naga buana, naga jimat, semelit patung, ubat kelumut, Phyllanthus pulcher. kelus telah terkupas (tertanggal) kulitnya. kelusuh; ~-kelasah sangat gelisah. kelusuk; mengelusuk menggosok kuat-kuat; gelosok. kelut; ~-melut tidak keruan, kacau-bilau, kusut, kalut. kelutum sj tumbuhan (pokok), Artocarpus altissima. keluyu sj ikan laut, cucut, ikan yu. keluyuk sj masakan Tionghua (daging babi bercampur gula dll).

keluyur Jk; berkeluyuran, mengeluyur pergi ke sana sini (dgn tiada tujuan tertentu), berkeliaran, merayau(-rayau). kelvin (kélvin) (Kim) unit asas bagi suhu termodinamik. Kem. kep Kementerian: ~ Pendidikan. kem (kém) I 1. kawasan perkhemahan atau kumpulan bangsal (rumah pondok dsb) yg dijadikan tempat tinggal sementara utk satu atau beberapa kumpulan orang (spt tentera, pekerja lombong, ahli sukan, dll); ~ pelarian tempat tinggal atau tempat perlindungan sementara bagi orang-orang pelarian khemah, pelarian; 2. bp kumpulan (orang, parti, dsb) yg menyokong atau sependirian demi sesuatu doktrin (fahaman dsb). kem (kém) II bahagian yg menganjur pd roda atau aci utk menukar gerakan berpusing menjadi gerakan ke atas, ke hadapan dan ke belakang. kema Pr kami, kita semua. kemab tidak dapat berkata-kata (kerana takut, terkejut, dll), kelu. kemabal kebabal. kemaca, kemacar Kl biasa (tidak istimewa), lazim, tidak bernilai tinggi; barang ~ barang biasa; orang ~ orang kebanyakan. kemahang kelembahang. kemak; ~-kemik Jk komak-kamik (komat-kamit): mulutnya ~-kemik membaca doa. kemal = berkemal, berkemal-kemal tidak atau belum cukup kering (bkn kain dll), agak basah, lembap. kemala sj batu bercahaya (berasal drpd binatang) yg dikatakan banyak hikmatnya: dibubuhnya ~ yg bercahaya-cahaya; ~ hikmat sj batu yg berhikmat; gemala.

kemalai gemalai. kemalau sj tumbuhan (pokok), sekepul, Parinarium costatum. kemam; berkemam bergumam (tertahan di dlm mulut); mengemam membiarkan sahaja atau menahan di dlm mulut (tidak menelannya), menggumam, mengulum: ~ gula-gula; ~ seketul daging; ~ jari memasukkan jari ke dlm mulut dan membiarkan sahaja demikian. kemamam Pr 1. kebas, semutan; 2. letih lesu (selepas sakit). kemamang Jw sj hantu (rupanya spt kepala orang yg bernyala). kemamar Kl seolah-olah hilang ingatan atau pemandangannya, seakanakan kurang siuman, mamai: dia itu telah ~, lain yg dipinta lain yg diberikannya. keman sj tumbuhan (pokok renek), kembang gajah, malu-malu, memalu, rumput rimau, semalu, Mimosa pudica; ~ air (gajah) = akar ~ hantu sj tumbuhan (herba air), kangkung puteri, Neptunia prostrata (oleracea). kemanakan 1. anak kpd abang (kakak) atau adik, anak saudara; 2. Mn anak saudara perempuan; 3. ark sanak saudara; ~ di bawah lutut anak hamba sahaya. kemancar baki santan setelah patinya diperah: ambil santan pati dan ~ secukupnya. kemancung sj tumbuhan (pokok renek), asing-asing, janggi padang, Breynia reclinata. kemandang Jw kumandang. kemang I sj tumbuhan (pokok), Mangifera kemanga; ~ pulas = ~ putar sj tumbuhan (pokok), lekub, macang pulasan, Mangifera maingayi; ~ air sj tumbuhan (herba air), keman air, Neptunia prostrata.

kemang II sj hantu (dikatakan suka mengganggu bayi). kemangi sj tumbuhan (pokok renek dan daunnya), ruku-ruku, selasih hitam (jantan, putih), Ocimum basilicum. kemangur sj tumbuhan (pokok), ceremai, Cicca acida. kemani; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput bidis, Saccolepis myosuroides. kemantan sj tumbuhan (pokok renek), kematan, kecubung hutan (rimba), Randia macrophylla. kemanten (kemantén) pengantin. kemantu = ~ hitam sj tumbuhan, cemama(r), cerek hitam, pokok cerek, secerek, suntang hitam, Clausena excavata. kemap sj tumbuhan (pokok), petaling gajah, Strombosia rotundifolia; kamap. kemar hemar. kemarahan sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), laurona. kemarau 1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah. pisang-pisang bulu, tenol, Knema

kemaruk 1. selalu terbuka selera hendak makan (setelah sembuh drpd sakit): sejak segar drpd sakit, aku tengok dia ~ betul; 2. ki berbelanja (berbuat sesuatu) dgn berlebih-lebih (kerana baru hidup mewah, naik pangkat, dll); 3. ki mahukan sesuatu banyak-banyak, haloba, tamak: dia ~ wang sekarang. kemas 1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barangbarang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya;

mengemaskan

1.

menjadikan

tersusun

(teratur,

rapi,

dll),

membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemaskan): ~ bilik; ~ daftar fail. kemas kini lengkap dgn (mengandungi, mempunyai, dsb) maklumat (data, ciri-ciri, unsur-unsur, dsb) yg terbaru, sejajar dgn kemajuan (perkembangan dll) semasa: menyediakan data dan fakta yg ~; reka bentuk dan mutu yg ~; daftar atau jadual yg ~; mengemaskinikan menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~

lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama; pengemaskinian perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: bukubuku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan. kemat bp hikmat; kalah adat dek muafakat, kalah ~ dek bergeseng prb NS persahabatan antara laki-laki dgn perempuan itu lebih mesra jika mereka bercampur hari-hari. kematu 1. = keras ~ sangat keras: kulit tapak kakinya menjadi keras ~; buah manggis itu sudah ~; 2. kulit keras atau tebal yg terbentuk pd bahagian kaki disebabkan geseran atau tekanan; berkematu menjadi kematu: tangan yg kasar dan ~. kemawan = awan-~ sl kelompok awan, gumpal-gumpal awan. kemayuh pengayuh. kembabal kebabal. kembacang embacang. kembah Kl; berkembah bersepah-sepah, berselerak, bertaburan (tidak teratur): biliknya ~ dgn baju kotor. kembahang kelembahang. kembal I sj bakul kecil drpd mengkuang (bentuknya seakan-akan kembu atau kepis); ~ gundi (gandi) kembal yg berhias dgn kertas yg berwarna-warni. kembal II; ikan ~ emas a) sj ikan laut, Eutynnus alleteratus; b) ikan (kembal emas) yg dikeraskan (dijemur). kembala ark gembala I. kembali 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun

~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (menghantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu

telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (menyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kembali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kembali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembalikan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian pengembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah perihal (perbuatan dsb) mengembalikan, diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pemulangan, pemulihan. kemban kain yg dibelitkan di badan utk menutup dada (perempuan); berkemban 1. memakai kemban; 2. memakai kain sarung hingga ke paras dada (tidak berbaju): beberapa orang perempuan yg kelihatan ~ sedang mencuci baju di perigi. kembang I 1. mekar terbuka (kuntum bunga), menjadi terbuka atau terbentang (bkn sesuatu yg kuncup atau terlipat spt payung, layar, dll): bunga yg telah ~; 2. menjadi besar atau luas (naik atau muai dsb): kepingan besi itu ~ setelah dipanaskan; adunan kuih itu dibiarkan beberapa jam supaya ~; 3. menjadi luas (maju dsb);

~ hatinya besar hatinya, berasa sukacita, menjadi girang atau gembira hatinya; ~ hidung berasa bangga (kerana dipuji, dimuliakan, dsb); ~-kembut memancar-mancar dan mengedipngedip; ~ rabu girang, gembira; ~ tengkuk berasa berdiri bulu roma (spt seseorang yg terlihat sesuatu yg menakutkan atau mengerikan), seram bulu tengkuk (kerana ketakutan); berkembang 1. kembang (terbuka atau terbentang): payung uburubur ~ dibawa dlm perarakan; 2. menjadi makin sempurna (luas, maju, dsb), menjadi makin tersebar, meluas: fikiran dan pandangan Bidin mulai ~ dan maju; agama Islam ~ dgn pesatnya setelah Mekah dikuasai oleh Nabi; berkembangan berkembang (mekar) merata-rata (di sana sini), banyak atau semuanya berkembang (terbentang, terbuka, dsb): di halaman rumah itu kelihatan bunga-bungaan yg ~ semerbak baunya; maka tombak pun diuraikan dan payung pun ~lah; mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; mengembangkan 1. membentangkan (layar, payung, dll), membuka (barang yg tertutup atau kuncup), memekarkan; ~ buku membuka buku; ~ mata membuka mata; ~ sayap a) membentangkan atau melebarkan sayap (spt burung yg hendak terbang); b) ki meluaskan pengaruh (usaha dll) ke daerah atau lapangan lain; 2. menjadikan besar (lebar, luas, dll): ukuran dada bertambah kira-kira tiga inci apabila dada dikembangkan; ~ hati menyukakan (menggembirakan,

menyenangkan) hati; 3. menjadikan berkembang (maju, tersebar, dsb), memajukan, meluaskan, menyebarkan: Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya berazam hendak ~ bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama (memperluas pengaruhnya dan memperbanyak penganutnya dsb); ~ pengaruh meluaskan pengaruh; memperkembangkan bahasa Malaysia menjadikan perlu dirancang makin dan berkembang, dibina serta mengusahakan supaya berkembang dgn lebih luas (lebih pesat dsb): diperkembangkan dgn rapi; terkembang terbuka menjadi lebar (bkn payung dll), terbentang (tidak kuncup, berlipat, dsb): surat khabarnya ~ di hadapannya; maka ~lah payung kerajaan iram-iram kekuningan; kembangan keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; perkembangan perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; pengembangan 1. perihal mengembang (menjadi lebih besar, panjang, terbentang, dsb): ~ dan penguncupan benda-benda yg dipanaskan dan disejukkan ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita; ~ air (cecair, gas, pepejal, dll) perihal air (cecair, gas, pepejal, dll) menjadi bertambah banyak atau besar (kerana dipanaskan); 2. perihal (usaha, kegiatan, dsb) mengembangkan; ~ bahasa dan sastera usaha mengembangkan (memperluas) bahasa dan sastera;

pengembang orang yg mengembangkan (memperluas pengaruh dsb): pengaruh drpd kesan tatabahasa Melayu tradisional menjadi amat kuat dgn Za‟ba sbg ~nya; ~ agama orang yg mengembangkan agama (dgn menyebarkan ajarannya dan menambah bilangan penganutnya). kembang II 1. bunga (digunakan juga utk menyatakan nama berbagaibagai bunga): ~ bangkai, ~ jepun, ~ naga sari; cita ~ cita (kain tenun) yg coraknya berbunga-bunga; 2. kata yg menjadi sebahagian drpd nama beberapa tumbuhan; ~ semangkuk sj tumbuhan (pokok), Scaphium spp; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kayu cenderus, seburus hitam, segan petaling, Urophyllum trifurcum; ~ api bunga api; ~ gula gula-gula (berbagai-bagai makanan yg dibuat drpd gula); ~ latar bp pelacur; ~ pala kulit di keliling biji pala; mengembang 1. seperti atau menyerupai kembang (bunga); ~ bakung mengombak (ikal) dan cantik spt bunga bakung (bkn bunga); 2. meletakkan bunga di kubur. kembang biak; berkembang biak membiak menjadi banyak: kumankuman jenis ini sangat mudah ~; mengembangbiakkan menjadikan berkembang biak. kembang kempis 1. turun naik (dada seseorang) ketika bernafas, berdebar-debar, terengah-engah; 2. = kembang kuncup seketika mengembang seketika menguncup; mengembangkempiskan menjadikan kembang kempis. kembar 1. tidak berbeza sama sekali (rupanya atau keadaannya): keduaduanya berpakaian ~; 2. = anak ~ dua orang anak (atau lebih) yg dikandung bersama-sama oleh seseorang ibu dan dilahirkan pd

waktu yg sama atau hampir sama; ~ Siam kembar dgn bahagian tubuh yg menempel antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala (pertama kali berlaku di Siam pd tahun 1829); ~ tiga (empat dll) tiga (empat dll) orang anak yg sama atau hampir sama hari lahir mereka; 3. rangkap, dubel; ~ empat rangkap empat; 4. bergabung, berapit; nombor ~ Id dua keluaran yg digabungkan menjadi satu terbitan (bkn majalah); pemerintahan ~ dua pemerintahan yg serentak menguasai daerah yg sama; senapang ~ senapang yg mempunyai dua laras; tali (kawat) ~ dua (tiga dsb) tali (kawat) yg dipintal drpd dua (tiga dsb) lembar tali (kawat): talinya berupa rami ~ tiga; berkembar 1. bergabung (berangkai dll) menjadi sepasang, berpasangan, bersaingan; 2. sama rupanya atau keadaannya, seragam (pakaian dll); mengembari 1. menandingi (bertanding dgn), melawan, menentang: maka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia; 2. menyamai, menandingi: tak mungkin ~ orang-orang besar itu; 3. menjadikan pasangan bagi, memberi berpasangan (dgn): dibuatnya sepucuk meriam lagi utk ~ meriam Portugis itu; 4. sl mengiringi, menemani, menyertai, membantu, menolong; mengembarkan mengapitkan; terkembari; tiada ~ tidak dapat mengembari atau dikembari (ditentangi), tiada terlawan: cih, manatah hulubalang Majapahit, maka tiada ~ orang mengamuk sekian ini! menjadikan berkembar (berpasangan dll),

kembaran satu drpd dua (atau lebih) yg kembar, pasangan (yg erat): dianggap isterinya ~ jiwanya. kembara; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; pengembaraan 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi; pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. kembayat; kain ~ sj kain halus keluaran bandar Cambay di Gujarat (India). kembera berterbangan (berlarian) dgn kacau-bilau, bercempera. kembiang sj tumbuhan (herba air), kiambang, Pistia stratiotes. kembili sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan umbinya), Coleus tuberosus. kembiri I tidak ada jantannya atau sifat kejantanannya, sudah dihilangkan jantannya, kasi, kasim: kambing ~; mengembiri menghilangkan jantannya atau sifat kejantanannya: ~ binatang; pengembirian perbuatan mengembiri. kembiri II sj tumbuhan (pokok) dan buahnya, buah keras, kemiri, Aleurites moluccana. kemboja sj tumbuhan (pokok) dan bunganya, bunga kubur, cempaka (biru), Plumeria acuminata.

kembol (kémbol); mengembol menjadi gembung atau besar kerana penuh berisi (bkn saku dll). kembola sj tumbuhan (pokok), belimbing batu (manis), Averrhoa carambola. kembu sj bakul kecil (tempat menyimpan ikan), kepis; kumbu. kembuk = kembukan sj mangkuk besar tempat mencuci tangan, kobokan. kembung I 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan gembung I. kembung II; ~ padi kepuk (tempat mengisi padi). kembung III; ikan ~ sj ikan laut, pelaling, temenung, Scomber spp.; ikan ~ lelaki sj ikan laut, Scomber kanagurta; ikan ~ perempuan sj ikan laut, Scomber negluctus. kembur I ark = berkembur, mengembur; cakap ~ cakap angin (percakapan utk menghabiskan masa sahaja), perbualan kosong; berkembur-kembur bercakap-cakap utk menghabiskan waktu (sambil bergurau senda dsb), berbual-bual kosong, berborak-borak. kembur II Tr terpercik: habis ~ air dlm pasu bila putik kelapa jatuh. kemburan I tulang-tulang tangan. kemburan II Tr keladak, sembai. kemburuan ark cemburuan. menjadikan kembung, menggembungkan, menggelembungkan, melembungkan, membusungkan: ~ perut;

kembut I Mn sj sumpit yg dibuat drpd pandan (utk mengisi buah-buahan dll). kembut II; berkembut, berkembut-kembut berkepul-kepul (asap): ia memasang sebatang rokok, menghisap dan menghembuskan asapnya berkembut-kembut. kemdian ark kemudian. kemeh (keméh) Sr kencing, kemih. kemeja (keméja) = baju ~ sj baju potongan Eropah (berlengan panjang atau pendek) utk lelaki: Encik Rahman hanya memakai ~ lengan panjang dan seluar panjang; ~ lepas kemeja (biasanya berlengan pendek) yg bahagian bawahnya tidak diselitkan ke dlm seluar ketika memakainya; ~ papan kemeja berkanji (menjadikannya keras); berkemeja memakai kemeja: berseluar biru dan ~ putih. kemejan = yu ~ sj ikan laut, yu kia-kia, Rhynchobatis spp.; kemenyan III. kemeli ark kambeli. kemeling; ~ telur sj tumbuhan (herba air), bunga jamban, keladi bunting, Eichhornia crassipes. kemelut 1. keadaan yg genting atau berbahaya (bkn penyakit terutama penyakit demam); ~ naik keadaan penyakit yg makin genting atau berat; ~ turun keadaan penyakit yg beransur pulih; 2. keadaan atau saat yg genting atau berbahaya (bkn ekonomi, politik dsb), kegentingan, krisis: masyarakat harus dibimbing utk membuat keputusan sendiri apabila menghadapi konflik dan ~ dlm kehidupan; masa ~; ~ ekonomi krisis ekonomi; berkemelut berada dlm kemelut, mengalami kemelut: membiarkan mereka ~ mencari-cari simbolisme retorik.

kememeh (keméméh) Tr mata yg baru terbuka selepas bangun tidur: masih ~, kamu sudah sampai. kemendalu bendalu. kemendang ark getaran udara (di atas tanah yg menjadi panas kerana disinari matahari); berkemendang, mengemendang kelihatan (tampak) terbayang, membayang. kemendelam sl sj buyung tempat mengisi air. kemendikai semangka; mendikai. kemendir kemendur. kemendit = tali ~ tali pinggang; kendit. kemendur IB 1. pemimpin pasukan (berpangkat perwira tinggi); 2. = ~ laut syahbandar, pembesar pelabuhan; 3. Mn pengurus pemerintahan negara (pd zaman penjajahan), pamung peraja, kontrolir; 4. kepala atau pengawas pekerja, mandur. kemengu sj tumbuhan (pokok renek), Calotropis gigantea. kemeniran sj tumbuhan (pokok renek); meniran. KEMENTAH akronim bagi Kementerian Pertahanan. kementam; berkementam berbunyi berdentam. kemenyan I dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila dibakar, luban jawi; jenis-jenisnya: ~ arab, ~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; belum (sudah) diasapi ~ belum (sudah) berkahwin; apakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang

lain; gaharu dibakar, ~ berbau prb memperlihatkan kelebihan supaya dipercayai orang. kemenyan II; akar ~ hantu sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea pyrifolia. kemenyan III = yu ~ sj ikan laut; kemejan. kemera; ~-tara KI bertaburan, berselerak, kembera. kemesak 1. sj tumbuhan (pokok), cenderai, ceret budak, semangkuk, Croton argyratum; 2. sj tumbuhan (pokok), calang paya, kayu meroyan, lidah api, Croton griffithii. kemesit Kd kering, kecut (buah dll). kemetot (kemétot) terencat (bangunnya), kerdil, tergencat. kemi sj ikan laut, gedemi, Echeneis naucrates. kemih air seni, kencing; berkemih buang air kecil, buang air seni, kencing. kemik 1. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kepik, penyuk: bertaburan tong sampah yg ~ dan berkarat; 2. penyek, penyet (hidung); hidung ~ hidung penyek; terkemik menjadi kemik (kerana jatuh, terpukul sesuatu dsb). kemilap gemilap. kemilau kilau. kemili I NS memilin (memintal) tali kembar empat. kemili II kembili. kemin I Pr kemas atau rapi buatannya (kerusi, meja, dll). kemin II Kd menggulung atau memintal (rokok, misai). keminting buah keras, kemiri. kemirau masih mentah dan keras (bkn buah), kirau.

kemiri sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keras, kembiri, Aleurites moluccana; ~ jatuh ke pangkalnya prb mendapat tempat yg sewajarnya, kembali ke tempat asalnya. kemis; berkemis, mengemis meminta sedekah, meminta-minta: negeri ini tidak sekali-kali akan ~ pd mana-mana kuasa utk mendapatkan bantuan; perempuan tua itu terpaksa ~ utk hidup; pengemis peminta sedekah. kemit; ~ tubuh a) sesuatu (spt pakaian, barang perhiasan dll) yg diberikan sbg tanda kasih, bekas tubuh; b) = gelang ~ tubuh sj gelang; ~ hantar ark pesuruh. Kemlu akronim bagi Kementerian Luar (Negeri). kemoceng (kemocéng) kemucing. kemofisiologi (kémofisiologi) kajian tentang kimia hidupan dan tindak balas kimia yg berlaku pd organisma. kemoja kemboja. kemosintesis (kémosintésis) (Bio) pembentukan sebatian organik oleh organisma, mis sesetengah alga dan bakteria, dgn menggunakan tenaga yg dihasilkan melalui tindak balas kimia. kemotaksis (kémotaksis) (Bio) gerak balas organisma terhadap rangsangan bahan kimia tertentu. kemoterapi (kémotérapi) (Ubat) cara rawatan yg menggunakan bahan kimia tertentu utk merawat dan mengawal sesetengah penyakit (terutamanya penyakit kanser). kemotropisme (kémotropisme) (Bio) kelengkungan tumbuhan atau bahagian tumbuhan sbg gerak balas terhadap rangsangan kimia. kemoyang kelemoyang.

kempa = kempaan sesuatu yg digunakan utk mengapit (menekan, memerah, dll), apitan; ~ air apitan yg dijalankan dgn kuasa air; bulu ~ sj kain drpd bulu kambing yg diapit utk dibuat topi dll; cap ~ sl meterai (tera) raja-raja Melayu zaman dahulu; mengempa mengapit, menghimpit (dgn perkakas atau dgn keduadua belah tangan); ~ tebu menghimpit tebu utk mengeluarkan airnya; ~ tangan mengepal-ngepalkan tangan; terkempa terapit, terhimpit, tertekan. kempang I ark sj perahu (dibuat drpd batang kayu). kempang II; ~-kempis kembang kempis. kempas I sj tumbuhan (pokok), Koompassia malaccensis; ~ roman sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasir, kedondong matahari, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii. kempas II; ~-kempis turun naik (dadanya), mengah-mengah (nafasnya), kembang kempis. kempeitai (kémpéitai) (anggota) polis tentera Jepun yg dibenci dan ditakuti kerana kekejamannya (semasa pemerintahan di negara yg diduduki). kempek (kempék) Jk sj bekas drpd anyaman dll digunakan sbg tempat sirih (wang dll). kempelang; mengempelang menampar, menempeleng, meninju (memukul) kepala dgn kuat; kempelangan pukulan yg kuat. kempen (kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan

memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya; berkempen melancarkan (menjalankan) kempen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah. kempening sj tumbuhan; mempening. kemperas sj ikan air tawar, Cyclocheilichthys spp. kempiluh, kempilur sj bekas (bakul) yg bertutup dibuat drpd anyaman. kempis I menjadi pipih atau kendur (kerana kurang atau tiada lagi isinya), tidak kembung atau melembung lagi: tayar kereta ini ~ kerana kurang anginnya; perutnya ~ dan pipinya cengkung; mengempis menjadi kempis: tayar keretanya semakin ~; mengempiskan menyebabkan (menjadikan) kempis: ia ~ tayar kereta dgn mengeluarkan anginnya. kempis II Jk sj botol yg dibalut dgn anyaman rotan (utk diisi air minum). kempit sj buyung. kempu sj kotak yg bulat dan bertutup utk menyimpan pakaian (barang kecil-kecil dll). kempuh Mn empuk (makanan), masak (bkn sesuatu yg dimasak, dipanggang, dll), ranum (bkn buah-buahan), busuk atau rosak. kempul I Jw sj alat bunyi-bunyian (seakan-akan canang besar). kempul II; berkempul-kempul mengah-mengah (nafas), sesak nafas; terkempul-kempul terengah-engah, termengah-mengah. kempun; terkempun-kempun terkepit (spt kain ketat di antara kedua-dua belah paha).

kempunan 1. ingin benar (akan), selalu ingat (akan): ia ~ hendak mengetahui rahsia itu; 2. berasa kecewa (hampa) kerana tidak tercapai sesuatu keinginan atau idaman: dicarikannya juga buah yg dipesan oleh ayahnya itu kerana takutkan ayahnya ~ nanti; 3. dlm kesukaran (kebimbangan), dlm keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dll): lepas dr ~; menanggung ~. kempung I 1. lekuk atau termasuk ke dalam kerana kurang berisi (bkn pipi), cekung (pipi), caung atau kempis (pipi): pipinya ~ dan matanya cengkung; 2. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kemik. kempung II 1. Jw bahagian bawah perut; 2. = kempungan Jk gelembungan. kemput Jk 1. kempung, cekung, caung (pipi); 2. ki kosong, habis harta benda. kemu I Jw; berkemu berkumur (mencuci mulut). kemu II Jk; mengemu menggumam, mengulum. kemucing sj alat utk mengebas (membersihkan) debu, bulu ayam. kemudi 1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda);

~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahannya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memegang memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus

(rumahtangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb). kemudian 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (sesudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu

kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (menaruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menangguhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. kemudu sj tumbuhan (pokok), Pisonia spp.; ~ selat = ~ siam sj tumbuhan Pisonia excelsa; mengkudu. kemuk; ~-kemik banyak bahagian yg kemik (bkn tin), banyak kemiknya. kemukus lada (cabai) berekor, temukus, Piper cubeba. kemul Jw selimut; mengemuli menyelimuti. kemumu I 1. sj lumut laut; 2. Mn sj keladi (keladi Cina) yg boleh digulai daun dan batangnya. kemumu II ark, kemumur kelemumur. kemuncak bahagian (tempat, tingkatan, atau paras) yg tertinggi sekali, puncak: semasa ~ tamadun Greek, wanita dijadikan alat memuaskan nafsu lelaki; ~ gunung; ~ kejayaan. kemuncup sj tumbuhan (rumput), rumput jarum, Chrysopogon (Andropogon) aciculatus. kemundir kemendur.

kemung sj alat bunyi-bunyian spt canang, gong; ~ gantung kemung yg digantungkan; ~ jongkak kemung yg diletakkan pd alas atau telapakannya. kemungkus I ark; telur ~ telur tembelang. kemungkus II kemukus. kemuning sj tumbuhan (pokok); ~ gajah = ~ badak = ~ limau sj tumbuhan (pokok), ketengah, Merrillia caloxylon; ~ jantan hutan sj tumbuhan (pokok), mata keli jantan, Canthium confertum; ~ lada sj tumbuhan (pokok), Murraya peniculata (exotica). kemunting sj tumbuhan (pokok renek), Rhodomyrtus tomentosa; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), akar senduduk, Marumia nemorosa; ~ bukit = akar ~ = akar ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), senduduk halus, Anplectrum divaricatum; ~ cina sj tumbuhan (pokok kecil), Lochnera (Vinca) rosea; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin, rotan duduk, rotan gelang, rotan kerai, rotan perupuh, rotan segera, rotan tunggal, Daemonorhops geniculatus. kemuruk busuk, tembelang (bkn telur); telur ~ telur tembelang, telur kemungkus: gas ini busuk baunya spt bau telur ayam ~. kemut; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (spt mulut kanak-kanak yg menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemutkemut. kemutul, kemutun sj tumbuhan (pokok), Cratoxylon formosum.

ken (kén) sl gelaran bagi anak lelaki atau perempuan: ~ Angrok; ~ Tambohan. kena 1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontaran, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam kepialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksudnya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, tawaran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali(dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit,

~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi; ~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri mendapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu); ~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah mendapat malu yg berpanjangan; berkena ada hubungan kerabat (kekeluargaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya; berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, bersangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila

perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; mengena 1. tepat kena pd sasaran, matlamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. memperoleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehendaki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hubungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatancatatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasaran): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3.

menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), mewajibkan, menjadikan tanggungan atau bebanan (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pewarna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengenangenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) memukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan perasaan atau sifat diri sendiri; terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (diganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit;

~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~ , dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama tertipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; perkenakan menyuruh seseorang memperdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang; pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit. kena (kéna) ark awak, engkau, kamu. kenahang kenohong. kenal = ~ akan (kpd) 1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa; ~ huruf tahu atau boleh membaca (walaupun pd peringkat rendah); belajar ~ bp mulai mengetahui; ~~ Cina prb baru kenal (belum mesra lagi);

berkenal = ~ dgn bersahabat (dgn), bergaul dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; berkenalan bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; mengenal 1. dapat mengetahui atau mengecamkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; mengenali 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupanya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; mengenalkan membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar;

memperkenalkan 1. menyatakan atau memberitahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; kenalan orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang; kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan; perkenalan 1. perihal (perbuatan dll) memperkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenalan; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya; pengenalan 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2.

perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~; pengenal 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenainya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan. kenaling Kl menggeletar (kerana ketakutan), berasa gentar. kenal pasti; mengenal pasti mengetahui serta menentukan, mengetahui sehingga dapat menyatakan dgn pasti: kerajaan akan memperhebat lagi usaha bagi ~ bidang perusahaan baru yg boleh disertai oleh usahawan Melayu; polis telah ~ ketiga-tiga orang lelaki yg terbabit; pengenalpastian perihal (usaha dsb) mengenal pasti: makluman itu dapat membantu pihak pentadbir dlm proses ~ pelajar-pelajar yg memerlukan kelas pemulihan dlm bahasa Malaysia. kenalpot IB, bp sj alat utk mengurangkan bunyi (pd enjin). kenan I; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu;

memperkenankan

mengizinkan,

meluluskan,

menyetujui,

memakbulkan (bkn Tuhan): tidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; semoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan; perkenanan perkenan; perkenan izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. kenan II 1. tanda atau cacat pd kulit (anggota, tubuh, dll) semenjak lahir, cenangga; 2. keganjilan tertentu (pd gerak-geri, kelakuan, dll) bawaan semenjak lahir atau kecil; ~ anjing keganjilan tentang suara (spt tangisan yg menyerupai salakan anjing dll); ~ kera keganjilan tentang gerak-geri (menyerupai gerak-geri kera). kenang timbul kembali dlm fikiran dgn rindu dll (sesuatu yg telah lama berlaku atau hilang drpd pandangan): kalau tidak ~ sekali, ~ sedikit ada jua; mengenang mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); mengenangkan 1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu;

2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; terkenang; ~ akan = ~ kpd = terkenangkan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal; terkenang-kenang selalu terkenang (teringat) akan seseorang atau sesuatu; kenangan 1. apa yg dikenangkan atau yg timbul (terbayang) dlm ingatan: tiba-tiba ~nya bertukar kpd ibu bapanya di kampung; ~ si Tenggang melayang ke masa kecilnya; 2. hal (daya atau kemampuan) mengenangkan atau mengingati sesuatu; sudah luput drpd ~ sudah tidak dikenang atau diingati lagi; kenang-kenangan 1. segala sesuatu yg dikenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja; 2. (menjadi) sesuatu yg dapat mengingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (misalnya peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~. kenanga sj tumbuhan (pokok) dan bunganya yg harum baunya, cenanga, semenderasa, Canangium odoratum; minyak ~ minyak yg diperbuat drpd bunga kenanga (baunya harum); ~ hutan a) = ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), Desmos dasymaschala; b) sj tumbuhan (pokok), antat, kelat kerantau, lidahlidah, melidah, pokok kuning, Alangium ebenaceum. kenantan kinantan.

kenap Id sj meja kecil. kenapa bp kena apa, sebab apa, mengapa: ~ kau mengikut jalan ini? kenari I sj tumbuhan (pokok), Canarium commune; ~ belanda sj tumbuhan (pokok), Anygdalus communis; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kedondong bahu, kedondong bulan, kedondong hutan, kedondong kerut, Canarium nitidum. kenari II; burung ~ sj burung kecil yg kuning bulunya, Serinus canarius germanicus. kenari III; ketam ~ sj ketam. kenarus; rumput ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), paku (rumput) serani, Lycopodium cernum. kenas 1. pekasam drpd lokan dll; 2. siput (kerang, tiram) yg diasinkan. kencah kincah. kencana sl emas; anak-anakan ~ patung drpd emas. kencang I 1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~; mengencang menjadi kencang (deras, pantas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~; mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll); memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. mempercepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll);

kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan. kencang II; ~-kencung bunyi spt bunyi enjin (bunyi cang-cung). kencar; terkencar-kencar tidak tahu apa yg akan dibuat, gopoh-gapah, gugup, tergesa-gesa. kenceng (kéncéng) I C sj gurdi (bor kecil) yg diputar dgn busur. kenceng (kéncéng) II sj kawah yg bertangkai (dibuat drpd besi atau tembaga). kencing I 1. = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan, air seni; 2. = berkencing buang air kecil, berkemih; jamban ~ bilik air (tempat membuang air kecil); ~ darah sj penyakit yg menyebabkan keluar darah dr kemaluan; ~ manis sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; ~ nanah sj penyakit jantina yg menyebabkan keluar nanah dr kemaluan; air ~ lembu nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; guru ~ berdiri anak murid ~ berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya); mengencingi 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri; terkencing kencing dgn tidak sengaja, kencing dgn tidak dapat ditahan lagi; pengencingan = pekencingan 1. pundi-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan. kencing II; ~ kambing sj tumbuhan (pokok renek), akar lakum hutan, akar lembut, Jasminum griffithii; ~ pelanduk sj tumbuhan (herba), dedalu ingap, Apostasia nuda; akar ~ kerbau sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit, kekunyit, Fibraurea chlorleuca. Kensiu (kénsiu) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg tinggal di kawasan pinggir daerah Baling, Kedah.

kencong (kéncong) I Mn serong, bengkok, miring, pencong; kasut ~ kasut yg hujungnya bengkok ke atas; mengencong menyimpang (bkn jalan dll), membelok; mengencongkan mengherotkan (bibir), membengkokkan; ~ perkataan orang memesongkan perkataan orang. kencong (kéncong) II sj tumbuhan (pokok), larak, pokok girah, Ellipeia (Popowia) nervosa; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jangkang, akar larak, Fissistigma manubriatum. kencung sj bunyi (spt bunyi cung-cung). kencur Jw sj tumbuhan (herba), cekur, Kaempferia galanga. kendaga peti atau kotak kayu yg dihiasi dgn kulit kerang (atau dibebat dgn anyaman). kendak lelaki atau perempuan yg dijadikan teman berzina (atau teman bersekedudukan di luar nikah); berkendak bermukah, berzina: maka Hang Tuah pun dibuatkan orang fitnah dikatakan ia ~ dgn seorang dayang raja; memperkendak, memperkendaki menjadikan kendak, mengajak berkendak: maka gundik raja yg diperkendak oleh Hang Kasturi itu dilihat oleh Hang Tuah. kendal Jw sj tumbuhan (pokok), pelekat, sekendal, sekendi, Cordia myxa (obliqua). kendala 1. rintangan, halangan, gendala; 2. paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; 3. sesuatu yg mengekang: ~ kewangan; mengendalakan merintangi, menghalangi: kepercayaan karut ini boleh ~ pembangunan kampung. kendali Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu;

mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengurus(kan), mentadbir(kan), mengawal perjalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil perbuatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (mengekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir. kendana Mn ark; mengendanai mengawas, mengamat-amati, menjaga. kendang I Jw gendang. kendang II rim (bkn kertas); sekendang satu rim (sebanyak 500 helai): kertas ~. kendang III sj ikan laut, Scatophagus argus. kendang (kéndang) Mn; kendang-kendang, kendang-kendangan; kain ~ kain pakaian sehari-hari (terutamanya selendang). kendati 1. = kendatipun walaupun, meskipun, biarpun: janggallah sekiranya permulaan babak ini didahului oleh si gadis, kendatipun begitu, tentunya ada juga yg berlaku; 2. ark jangankan. kendeka (kendéka) Jk; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Avicennia marina.

kendelam

kemendelam.

kendera; berkendera menaiki sesuatu jenis kenaikan (spt motokar dll), menunggang kuda (gajah dll); mengenderai menaiki kereta dll, menunggang kuda dll: dgn ~ sebuah jip, ia segera membawaku mendaki Bukit Barisan; kenderaan kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; berkenderaan menggunakan atau mempunyai kenderaan (spt berbasikal, berkereta, berkuda, dll): mereka datang beramai-ramai, ada yg ~ dan ada yg berjalan kaki sahaja; walaupun ia pegawai yg berdasi dan ~ mobil, ia kemudian menggabungkan dirinya dgn syarikat buruh; pengendera 1. orang yg menaiki atau menggunakan kenderaan (spt kereta dsb); 2. ark penunggang (kuda, gajah, dll). kenderap sj ikan air tawar, kenjing, tinggang, Bagarius bagarius. kenderi I; saga ~ sj ukuran berat bagi menentukan berat emas: 12 ~ sama dgn 1 mayam.

kenderi II; kayu ~ = ~ batang sj tumbuhan (pokok), Adenanthera pavonina. kendi I sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin). kendi II; burung ~ 1. sj burung gajah, burung pisau raut, Numenius phaeopus variegaus; 2. sj burung, burung raut, Numenius arquata ocientalis. kendik; berkendik-kendik Kd berjalan terhenjut-henjut (spt orang yg memikul air). kendil Jw sj periuk. kendiri sendiri; kekendirian keadaan atau sifat kendiri; kediri. kendit ikat pinggang, tali pinggang (drpd kain, benang, dll); kemendit. kendo (kéndo) sj seni bermain pedang di kalangan masyarakat Jepun. kendong (kéndong); mengendong membawa barang dgn dibungkus dlm kain sarung (sapu tangan dll): buah-buah itu dipungutnya dan dikendongnya. kenduduk; ubi ~ sj ubi, Dioscorea alata. kendung, kendungan sj tumbuhan (pokok), Symplocos laurina. kendur 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan,

bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan. kenduri I perjamuan makan (yg lazimnya didahului oleh zikir, doa, dsb) kerana sesuatu tujuan keagamaan (minta berkat, mendoakan orang

yg telah meninggal, memperingati sesuatu peristiwa, dll), selamatan: malam itu diadakan ~ di surau tersebut; ~ apam kenduri bagi menyambut Mikraj (biasanya diadakan dlm bulan Rejab); ~ arwah kenduri utk memperingati (mendoakan) orang yg telah meninggal; ~-kendara berbagai-bagai jenis kenduri; ~ kunut kenduri yg diadakan dlm bulan puasa; ~ maulud kenduri kerana menyambut (meraikan) hari lahir nabi; ~ meniga (menujuh, empat puluh, meratus) hari kenduri arwah yg diadakan pd hari yg ketiga (ketujuh, keempat puluh, keseratus) hari selepas kematian seseorang; ~ moreh kenduri yg diadakan dlm bulan puasa (pd waktu berbuka puasa atau selepas sembahyang terawih); ~ selamat kenduri kerana bersyukur atas selamatnya sesuatu pekerjaan (perkembalian atau kepulangan seseorang dll); berkenduri mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; mengendurikan 1. mengadakan kenduri utk (memperingati orang mati dll): orang itu pun dibunuh lalu dikapani dan ditanam serta dikendurikan hingga penujuhnya; 2. menjadikan bahan kenduri, menggunakan sesuatu utk kenduri: daging kambing itu pun dikendurikan; kanduri. kenduri II; ~ batang sj tumbuhan (pokok), saga, Adenanthera paronina. keneh (kenéh) kenek. kenek (kenék) IB penolong (pembantu) tukang, pembantu pemandu kenderaan, kelindan; keneh. keneker (kenékér) IB guli, kelereng.

kenen (kénén) bp; mengenen 1. membuat pukulan (hantaran, balingan, dll) secara tidak langsung dengan melencongkan bola dsb ke tempat lain sebelum ke sasaran; 2. membuat atau mengatakan sesuatu dgn tujuan mengenakan atau menyindir orang lain. kenerak sj tumbuhan (pokok), galai, Goniothalamus tapis. kenerian sj tumbuhan (pokok memanjat), Premna ridley. kenes (kenés) Jw genit, bergaya, keletah. keng (kéng) bunyi anjing dll. kengkalung rantai leher; berjalan; mengengkang berjalan dgn kedua-dua belah kaki agak membuka ke kiri dan ke kanan disebabkan kaki mengempar ke luar, mencakah: dia datang ~ ke meja minuman itu; terkengkang-kengkang dlm keadaan mengengkang: seorang demi seorang turun dr bas, berjalan ~. kengkarung bengkarung. kengkatuk sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dedaup, dau, Bauhinia flammifera. kengkeng (kéngkéng) I; mengengkeng menjerit keras kerana kesakitan (bkn anjing), memeking (bkn anjing), mendengking-dengking (menangis dll). kengkeng (kéngkéng) II; terkengkeng terangkat kaki sebelah (bkn anjing dll), terkelepai (bkn tulang yg patah). kengkiak kengkiang kiak-kiak. rengkiang. kalung I. kengkang (kéngkang) dlm keadaan kaki mengempar ke luar ketika

kengkunang; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), barung, obak, sopi, Elaeocarpus robustus. kengwa (kéngwa) C sj tumbuhan (herba yg berwarna putih dan kembang tengah malam), gul bakawali. kenidai 1. sj tumbuhan (pokok); 2. = ~ babi sj tumbuhan (pokok), kernam, kernung, Bridelia stipularis; 3. = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), kerenam, Bridelia monoica; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), berenam, hujan panas putih, memputeri, mengkerai, Glochidion sericeum; ~ gajah = ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Bridelia pustulata; ~ paya sj tumbuhan (pokok) Glochidion brunneum; ~ punai sj tumbuhan (pokok), kerenam, petaling pagu, sebasah, Antidesma cuspidatum. kenik sj tumbuhan (pokok), kayas, Antiaris toxicaria. kenikah; ~ batu sj tumbuhan (herba), kerukuh batu, Hedyotis auricularia. kening 1. = bulu ~ bulu di atas kelopak mata (di bahagian bawah dahi), alis; angkat ~ memberi isyarat atau alamat dgn menggerakkan kening ke atas; terangkat ~ pagi hari ketika matahari baru terbit (di antara pukul 7.30 hingga 8.00); belum terangkat ~ pagi hari sebelum matahari berada di atas kaki langit; 2. Mn dahi: ~nya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingat sesuatu; beradu ~ berhadap-hadapan muka, berjumpa; berkilat ~nya cantik rupanya. kenini sj ubat pil (utk mengubati penyakit malaria). kenit terlalu kecil. kenjah; berkenjah-kenjah bersepah-sepah, bertaburan. kenjar tegang. kenjing sj ikan darat, kenderap, tinggang, Bagarius bagarius.

kenjur

kejur I.

kenkacang; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mekacang, akar nyamuk, akar rusa-rusa, Agelaea vestila. kenohong ark sj penyakit kusta. kenop I IB benda bulat yg dipasang pd pintu sbg pemegang atau sbg pembuka pintu (apabila diputarkan), bahagian yg bulat bentuknya pd radio (televisyen dll) yg diputarkan utk menghidupkan atau mematikan radio dsb (mengawal kecil besar suara dll). kenop II IB kancing baju. kenop III, kenot IB sj pemukul drpd getah, gada getah. kensel (kénsél) bp; dikensel dibatalkan, dimansuhkan: oleh sebab saya kurang awas, lesen saya ~. kental 1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, memekatkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (mengaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan mengental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah.

kentala; burung ~ sj burung. kentang = ubi ~ sj ubi (dimasak dlm gulai atau dijadikan bahan kuih), Solanum tuberrosum. kentar ark sj ukuran berat utk menimbang emas. kentara jelas kelihatan, tampak dgn terang (nyata); mengentarakan kentas gentas. menjadikan (menyebabkan) ketara. kentara, menampakkan dgn jelas (nyata);

kentung bunyi buluh atau kayu berongga dipukul; berkentung-kentung berbunyi spt bunyi buluh atau kayu berangga (bercabang) dipukul; kentung-kentung, kentungan buluh atau kayu berongga yg dijadikan alat bunyian (dipalu utk menyatakan waktu atau menyampaikan sesuatu alamat), ketuk-ketuk; ketung II. kentut 1. angin yg keluar menerusi pelepasan (jubur); 2. = berkentut mengeluarkan angin menerusi pelepasan; mengentutkan mengeluarkan kentut (dgn sengaja); terkentut berkentut dgn tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dgn tiba-tiba. kentut-kentut sj tumbuhan (pokok renek), sekentut, Saprosma glomerulatu. kenung 1. bunyi spt bunyi gong (canang besar) dipukul; 2. Jw sj alat bunyi-bunyian spt gong. kenup kenop II. kenur bp benang kasar, tali. kenya Jw ark anak dara, gadis, perawan. kenya (kénya); berkenya sabung-menyabung (bkn kilat).

Kenyah suku kaum peribumi di Sarawak, yg termasuk dlm kumpulan Orang Ulu, kebanyakannya tinggal di pedalaman di hulu Sungai Baram berasal dr daerah Bugis dan pedalaman Kalimantan. kenyal 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. kenyam; mengenyam 1. mengecap (masakan atau makanan); 2. merasai (kemewahan dll), menikmati. kenyang 1. hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dgn cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dgn cukupnya (bkn perut): perutku ~, aku sudah makan; 2. sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu): tanah itu harus disiram dgn air hingga ~; 3. ki selalu (banyak) mendapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu): ~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan; dia sudah ~ dgn cercaan demikian; orang yg ~, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga prb orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah; mengenyangkan menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku;

kekenyangan 1. perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan; 2. terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak): maka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~. kenyap ark kecap. kenyat; ~-kenyit = ~-kenyut berdenyut-denyut, kemut-kemut. kenyek Tr memicit, memenyekkan: beruk Pak Jalil sedang ~ kutu. kenyi, kenyih Jk mudah mendapat (berasa) sakit. kenyir ingin (hendak makan). kenyit; mengenyit mengelipkan mata atau mengangkat kening sbg memberi isyarat, biasanya dgn sebelah mata: tetapi kalau berjumpa anak dara orang di tengah jalan, ~ mata pula; mengenyitkan mengelipkan sebelah mata: Ong senyum-senyum sambil ~ matanya kpd aku; terkenyit-kenyit terkelip-kelip: ~ mataku menelek di cermin kecil itu; mukanya merah, matanya ~; kenyitan kelipan dgn sebelah mata: dgn ~ mata, Tuan Hess berisyarat kpd Encik Ramli. kenyut; mengenyut menghisap susu, menyusu; kenyutan puting getah. keok (kéok) I bunyi ayam ketika ditangkap atau kerana ketakutan; berkeok-keok, berkeokan berbunyi keok-keok (spt bunyi ayam ketika ditangkap): pd satu tengah malam, kami terkejut oleh bunyi bising ayam berkeokan di bawah rumah. keok (kéok) II bp kalah, tewas. terkeok tertewas: yg ada, hanya asyik hendak makan saja sehingga lawan ~ langsung. keong (kéong) sj siput darat; rumah ~ kulit siput keong.

kep (kép) I penggalak (pd senapang); kip. kep (kép) II bp sj tutup kepala. kep (kép) III bp jambul. kep (kép) IV; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar larat (larit, lerek), akar singuluh, Melodorum fulgens. kepada 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. kepah I sj remis; jenis-jenis: ~ batu, ~ bugis, ~ kurap dll. kepah II Kl, Tr; mengepah mengulum dan menghisap: ~ daging (tebu dll). kepai; udang ~ sj udang kecil, geragau. kepak 1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibarngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibarkan (sayap). kepak (képak) I; mengepak mendukung (budak dll) di rusuk. kepak (képak) II; mengepak-ngepak terkapai-kapai.

kepak (képak) III ark; mengepak membengkokkan (dahan dll) hingga patah; terkepak bengkok atau patah (dahan kayu dll). kepaksa ark Id terpaksa. kepal I 1. = kepalan gumpal (nasi, tanah dll, yg padat setelah digenggamgenggam): disuapkannya ~ nasi itu ke mulutnya; 2. seisi genggaman tangan (bkn nasi dll), sebanyak yg dapat dipadatkan dlm genggaman (bkn nasi dll), genggam: se~ nasi; 3. = ~ tangan = kepalan genggaman (tangan), penumbuk, tinju; diberi ~ ditumbuk (ditinju); se~ menjadi gunung, setitik menjadi laut prb a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan; berkepal-kepal beberapa kepal (nasi dll), bergumpal-gumpal; mengepal 1. = mengepal-ngepal memadatkan (nasi, pulut, tanah, dll) dlm genggaman tangan; 2. menggenggam: Mahat meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya ~ penumbuk; mengepalkan menjadikan (tangan) tergenggam, menjadikan kepalan, menggenggamkan: Rafidah ~ kedua-dua belah tangannya utk menahan drpd menangis; terkepal tergenggam: jari-jari tangannya yg ~ itu masih lagi terletak di atas meja itu; kepalan 1. kepal, gumpalan (nasi, tanah dll); 2. genggaman tangan. kepal II; ~ batu sj ikan laut; a) Abudefduf bengalensis; b) Abudefduf curacao; c) Abudefduf melas; ~ laut sj ikan laut, Abudefduf notatus. kepal III sj kuih (dibuat drpd pulut yg dikisar dan dimasak dgn santan dan gula melaka). kepala I 1. bahagian tubuh (manusia atau binatang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu;

sakit ~ sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~; ~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata terpenting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kampung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain

(sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, lokomotif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayat Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintu bahagian betulbetul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh; ~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb

diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg dimanjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun; berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; mengepala berlaku atau memainkan peranan sbg kepala (pemimpin dll); mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola; pengepala orang yg mengepalai. kepala II; ~ beruk sj tumbuhan (benalu), dedalu api laut, Hydnophytum formicarium; ~ landak sj tumbuhan (pokok), cempaka ganda, Talauma candollei; ~ patung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dama-dama, Kadsura scandens; daun ~ tupah sj tumbuhan (paku-

pakis), Drynaria quercifolia; rumput ~ lalat sj tumbuhan (rumput), rumput para-para, rumput purun batu, Fimbristylis diphylla; rumput ~ lalat halus sj tumbuhan (rumput), rumput janggut kuau, rumput purun batu, rumput salah pemakai, rumput serai jantan, Fimbristylis aestivalis. kepala III; ~ timah sj ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax. kepalang 1. = alang ~ (terlalu, sangat) sedikit, tidak memadai, tidak berapa atau tidak cukup (besar, tinggi, dll); bukan (alang) ~ bukan sedikit, (terlalu) banyak, bukan buatan, bukan main, amat sangat: bukan alang ~ perbelanjaannya; medannya indah bukan ~, rantaunya luas bagai dibentang; bukan ~ terperanjatnya dia; 2. = ~ tanggung kurang sempurna, tidak cukup, tanggung-tanggung: kalau kita tidak mempunyai cukup persediaan, ~lah kita mengadakan Hari Raya tahun ini; jangan ~ jangan tanggung-tanggung (kurang sempurna), jangan tidak mencukupi; 3. = sudah ~ sudah terlanjur, sudah separuh jalan (membuat sesuatu): sudah ~ dibuat biarlah dihabiskan kerja itu. kepam menjadi lapuk atau buruk kerana tersimpan lama atau tidak dianginkan (bkn kain lembap dll), hilang cahaya atau warnanya (kerana kena panas matahari), menjadi pudar. kepang sj tumbuhan (pokok), Aquilaria malaccensis; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), Linostoma scandens. kepang (képang) I 1. jalinan (anyaman) tali atau rambut, kelabangan (rambut); 2. Jw anyaman drpd buluh yg diraut tipis dan dianyam silang-menyilang; kuda ~ kuda-kudaan yg dibuat drpd anyaman bilah buluh utk tarian; berkepang beranyam, berjalin (bkn rambut, tali, dsb);

mengepang menganyam, menjalin, mengelabang (rambut, tali); kepangan cara atau hasil mengepang (menganyam). kepang (képang) II; ~-kepot erang-erot, tidak rapi, gumal. kepar I; ikan ~ sj ikan darat, patung, Pristolepis fasciatus. kepar II; berkeparan bergelimpangan di sana sini, berselerakan, bertaburan, berkaparan. kepar (képar) IB sj kain yg bergaris-garis. keparat 1. kafir, tidak bertuhan; 2. bk (kata makian) celaka, bangsat, jahanam: tutup mulutmu betina ~; anak ~ anak celaka; kena ~ kena tulah. kepari; pokok ~ sj tumbuhan (herba), Mentha arvensis. kepau sj tumbuhan (palma), Pholidocarpus kingiana. kepaya sj tumbuhan (pokok) dan buahnya (yg boleh dimakan), betik, papaya, Carica papaya; langkas buah ~ (papaya) prb suatu perkara yg mustahil. kepayang sj tumbuhan (pokok) yg bijinya memabukkan, buah keluak, Pangium edule; mabuk ~ a) mabuk kerana makan kepayang; b) ki hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dll); ~ air a) sj tumbuhan (pokok), Crataeva lophosperma (membranifolia); b) sj tumbuhan (pokok), kelat tanduk, medang ketukuk, meroyan, Ixora fluminalis; c) sj tumbuhan (pokok renek), jarum merah, mata pelanduk, sepati, Ixora arguta; d) sj tumbuhan (pokok), jambu batu paya, sempedu burung, Gardenia carinata; e) sj tumbuhan (pokok renek), jambu air, jenjarum, Gardenia tentaculata; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), kelembai, kemantu hitam; ~ ipil sj tumbuhan (pokok), kepayang air, sempedu burung; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), kelempayang, Hodgsonia

capniocarpa; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), akar lokan, kayu keleka singga, sentuh, Trichosanthes tricuspidata; umpama buah ~, dimakan mabuk dibuang sayang prb sesuatu yg disayangi tetapi merosakkan. kepayat; ikan ~ sj ikan darat; kepiat II. kepecong (kepécong) Mn kesemutan, semutan, ular-ularan. kepek (kepék) cantik juga. kepelaga kepulaga. kepencong (kepéncong) Mn buah kepayang, keluak. kepeng (képéng) sj mata wang yg nilainya kurang drpd satu sen. kepepet (kepépét) Jw ark 1. tertekan (di antara dua benda), terdesak, terhimpit (terjepit, tersepit); 2. ki dlm kesulitan. keperancak ark sj bunga. kepergok Jw ark (tiba-tiba) terjumpa, terserempak, tersua; kepet (képét) I tidak beristinjak (bercebok). kepet (képét) II Jk sirip. kepetang Mn kelmarin. kepialu I pening (sakit) kepala; demam ~ demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis); ~ berlat demam yg menyebabkan kepala berasa sakit dan panas; ~ disumbat demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; ~ kelabu kambing demam yg menyebabkan badan berasa sejuk; ~ kemudian demam kerana kena panas; ~ kura demam yg keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit); ~ radang demam yg pergok. kempek. kepek (kepék) II Tr tidak mancung, kemik; hidung ~ pun orang pandang

menyebabkan tubuh menjadi panas dan orang yg menghidapinya meracau. kepialu II; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar cenderai, akar sekapu, akar sempelas, lidah kucing, Grewia umbellata; daun ~ daun pokok lakum (Vitis trifolia) yg dijadikan ubat (utk penyakit demam). kepiat I hampas kelapa, kelapa parut yg telah diperah santannya. kepiat II sj ikan darat, lampan, Puntius schwanefeldii; kepayat. kepik I sj kumbang kecil (yg berbau busuk). kepik II lekuk kecil (pd benda), kemik, penyek, pipih. kepil berdamping(an), berdampil, berhampiran, berdekatan, rapat; mengepil berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; mengepilkan 1. menjadikan (menyebabkan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dll): maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka gajah pun dikepilkan di balairung; 2. menyertakan (bersama sesuatu): bil yg berkenaan dikepilkan bersama surat ini; terkepil terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid. kepincut Jk sangat ingin akan, tertarik (tertawan) kpd. kepinding I Mn pijat-pijat, kutu busuk. kepinding II sj tumbuhan (pokok), medang api, pinang pergam, Elaeocarpus stipularis.

keping I 1. pipih dan nipis: getah ~; 2. penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dsb) atau bagi sesuatu yg luas (spt tanah): dua ~ kertas; se~ tanah; 3. = kepingan; berkeping-keping 1. merupakan atau terdiri drpd kepingankepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; mengeping menjadikan (membelah dll supaya menjadi) berkepingkeping: bekerja keras ~ kayu; ~ getah; kepingan 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. keping II sj ikan laut, kepal laut, Abudefduf notatus. keping III; akar buah ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), susuh ayam hutan, Luvunga scandens. kepingin Jw ingin: sudah ~ hendak bertemu dgn kaum kerabat. kepinis sj tumbuhan (pokok), tempinis, Sloetia elongata. kepinjal Jw kutu anjing (tikus dll). kepir merenjis, memercikkan (dgn jari); kelepir II. kepiran Jw terbiar (tidak diendahkan), terabai (tidak terpelihara), terlantar, tidak timbul dlm fikiran. kepis Jw sj bakul (tempat menaruh ikan), kembu.

kepit; berkepit = ~ tangan berpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan: tidak lagi luar biasa sekarang bagi pemudapemudi Melayu berjalan ~ tangan; mengepit memegang (menghimpit, membawa) di antara lengan dan badan (di bawah ketiak) atau di antara dua jari: ayahnya berjalan ~ tikar sembahyang di bawah ketiaknya dan menuju ke surau; ia ~ sebatang rokok yg sudah separuh dihisapnya; ~ daun kunyit prb Mn memuji diri sendiri; ~ kepala harimau prb menggertak (menakut-nakutkan) orang dgn mempergunakan nama orang yg berkuasa; terkepit terhimpit (di bawah ketiak), tersepit (di antara dua jari): puntung cerut yg ~ di jarinya itu dihisapnya semula; kepitan 1. sesuatu yg dikepit; 2. alat atau bahagian sesuatu yg mengepit; ~ fail alat mengepit kertas pd fail; pengepit alat utk mengepit sesuatu. kepiting sj ketam; (se)bagai ~ batu prb sangat bakhil (kedekut). kepleset (keplését) Jw terpeleset, tergelincir. kepoh; mengepohkan menepiskan atau menangkis (pukulan dll) ke sisi, mengepokkan. kepoh (képoh) I sj tumbuhan (pokok), kelapung, kayu lepung, Sterculia foetida. kepoh (képoh) II sibuk, loghat. kepok (képok) I; mengepokkan menepiskan atau menangkis (pukulan dll) ke sisi, mengepohkan; terkepok tergelincir (terdesak, tersorong) ke tepi atau ke belakang. kepok (képok) II Tr memukul telur (utk membuat kuih baulu atau kek). kepol ark bp pergi.

kepompong 1. sarung drpd daun, air liur serangga dsb atau gulungan daun yg di dalamnya terdapat anak serangga (ulat) pd peringkat awal tumbesarannya; 2. (Bio) pupa; 3. ki kekangan atau batasan yg menghalang seseorang drpd melihat dunia luar, atau melakukan sesuatu dgn lebih bebas: sekarang mereka sudah sedar dan mahu keluar dr ~ mereka yg sempit. keponakan Jk anak saudara, kemanakan. kepong (képong) Tr; mengepong mendukung (kanak-kanak dll) di pinggang. kepot (képot) herot, gumal; kepang II. keprak Jw sj alat bunyi-bunyian drpd keping-keping kayu dan tin (digunakan ketika bermain wayang). kepruk I Jw; tukang ~ tukang pukul; mengepruk memukul hingga pecah atau cedera parah: ~ kepala. kepruk II, keprok Jw; jeruk ~ sj limau manis, Citrus nobilis. kepudang sj burung, burung kunyit, Oriolus maculatus. kepuh I; mengepuh menggelembung (kerana berisi angin), melembung, mengembang tegang (bkn layar). kepuh II Kd reban ayam. kepuk I 1. tempat menyimpan padi, kapuk, rengkiang padi, lumbung padi: kenapa ~ di ladang, kalau tidak berisi padi; 2. sj bakul drpd kulit kayu (tempat diisi nasi, beras, dll); 3. sj bakul (tempat diisi ikan), kembu, kepis. kepuk II lekuk; mengepukkan melekukkan. kepuk-kepuk kolar (leher baju) yg tinggi.

kepul I gumpalan asap atau awan yg tebal: ~-~ asap keluar dr corong asap kapal itu; berkepul, berkepul-kepul bergumpal-gumpal tebal (bkn asap yg naik ke udara atau awan yg terapung-apung di udara): berkepulkepul asap dr sampah-sarap yg dibakar itu naik ke celah-celah daun manggis; mengepul menjadi bergumpal-gumpal (bkn asap, awan), keluar berkepul-kepul (bkn asap dll): asap rokok itu ~-ngepul naik ke atas dan menghilang dlm kegelapan malam yg hitam pekat itu; mengepulkan menghembuskan asap rokok dll menjadi berkepulkepul (bergumpal-gumpal): ia duduk termenung sambil ~ asap rokoknya; kepulan gumpalan (asap dll): ~ asap hitam kelihatan menuju ke udara. kepul II sj ukuran isi atau sukatan banyak bagi beras (¼ cupak). kepulaga sj tumbuhan (rizom), Amomum cardamomum. kepulesan Jw tidur lena; pules. kepundan 1. lumpur (abu, lahar) dr kawah gunung berapi; 2. = lubang ~ lubang (kawah, mulut) gunung. kepundung Jw 1. sj tumbuhan (pokok) yg buahnya spt buah langsat, Andropogon nardus; 2. sj tumbuhan (pokok), menteng, Baccaurea dulcis. kepung I; berkepung (duduk dll) membentuk bulatan (lingkungan) atau mengelilingi sesuatu (duduk dll) dlm satu bulatan atau lingkungan: beramai-ramai duduk ~ di pantai sambil makan; mengepung mengelilingi (orang dll) supaya terkurung atau terperangkap (tidak dapat lepas lari), melingkungi (orang, binatang,

tempat persembunyian, dll): mereka sedang ~ seekor harimau buas; maka dikepunglah oleh Bugis kubu Terampak itu dilingkunginya; terkepung sudah dikelilingi atau dilingkungi (sehingga terperangkap atau tidak dapat melepaskan diri): maka ~lah Raja Kecil itu hampir tewas; kepungan lingkungan atau barisan berkeliling yg dibentuk (dibuat) oleh orang-orang (pasukan dsb) yg mengepung: mereka mengatur rancangan utk menembusi ~ Jerman terhadap kepulangan Inggeris; pengepungan perbuatan (kegiatan dsb) utk mengepung (orang, binatang, dll, supaya tidak dapat melepaskan diri): segera diadakan ~ di seluruh kampung utk menangkap pencuri itu; pengepung orang yg mengepung. kepung II 1. = ~ hantu sj tumbuhan (pokok), Shorea macroptera; 2. = ~ labu sj tumbuhan (pokok), Shorea rigida. kepur sj tumbuhan (pokok), lemak itik, siku keluang, Tarrietia simplicifolia. kepurun = bubur ~ bubur sagu. kepuyu sj ikan; puyu II. kepuyuh puyuh I. kepuyuk Mn lipas, kacoak. kera I 1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar

yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat mengerjakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari-lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai. kera II; burung ~ sj burung, burung sanuk, Rhopodytes tristis longicaudatus. kerabat I Ar 1. sanak saudara, saudara-mara, keluarga: ia menjadi tabib bagi ~ diraja; kaum ~ saudara-mara; 2. dekat (rapat) dlm perhubungan kekeluargaan; ~ diraja bd keluarga diraja; berkerabat ada hubungan kekeluargaan, bersaudara: aku memang sedia menolong orang yg ~ dgn aku; kekerabatan yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~; perkerabatan perhubungan (pertalian) kekeluargaan, persaudaraan. kerabat II Kl, Kd, Tr panjat. kerabik rabik, robek, sobek; kerabit. kerabin karabin. kerabit robek, rabik, sobek;

mengerabit, mengerabitkan merabik-rabik, menyobek-nyobek; kerabik, kerebok, kerobek. kerabu I Mn sj rojak (dibuat drpd campuran hirisan mentimun, bawang, lombok, garam dll); mengerabu membuat kerabu. kerabu II sj perhiasan yg dipakai di telinga, subang (nipis drpd emas); berkerabu memakai kerabu. kerabu III 1. sj tumbuhan (pokok), Lophopetalum fimbriatum; 2. sj tumbuhan (pokok), pokok telur buaya, senayan api, Xanthophyllum rufum; 3. sj tumbuhan (herba), pokok getang, Spilanthes acmella. keracak 1. melompat-lompat atau melonjak-lonjak (kerana kegirangan dll); 2. deras perjalanannya (bkn perahu), laju; 3. riak air di belakang kapal, perahu, dsb yg sedang bergerak. keracang kerajang. keracap 1. sj alat bunyian drpd buluh atau kayu (digunakan dlm permainan makyung dan menora); 2. bunyi buluh yg dihantukhantukkan. keraeng (keraéng) gelaran bagi orang bangsawan (di Makasar). kerah I kerja utk raja atau kerajaan yg dijadikan sbg suatu kewajiban (spt menjaga keselamatan negeri, membaiki jalan, dll dgn tidak menerima bayaran), kerja raja, rodi; juru~ sl penolong ketua kampung; berkerah sl = mengerahkan: maka Temenggung pun menyuruhkan orang kaya-kaya dan saudagar-saudagar ~ orangnya, berkawal kampungnya masing-masing; mengerahkan 1. memanggil orang berkumpul utk mengerjakan (membuat) sesuatu beramai-ramai, mengumpulkan (rakyat tentera

dll) utk menghadapi ancaman musuh dll: Australia telah ~ rakyatnya utk berkhidmat dlm tentera di seberang laut; 2. mengumpulkan (menyatukan) serta menggunakan (tenaga dll): ~ tenaga rakyat utk menyiapkan kerja-kerja pembukaan tanah baharu; kerahan 1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti diusahakan bersama-sama (dgn bergotongroyong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajiban kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga; kerah-kerahan sl pegawai yg mendaftarkan (mencatatkan) nama hulubalang dll; pengerahan perbuatan (tindakan) mengerah atau mengerahkan: dasar ~ atau penggunaan senjata hendaklah dirancang dgn berhati-hati; pengerah 1. orang yg mengerah(kan), jurukerah; 2. sj alat utk mengerahkan (menghimpunkan) orang; gong ~ sl gong yg dipalu utk mengerahkan (mengumpulkan) orang. kerah II IB leher baju (yg keras), nia. kerahi Jw sj mentimun, Cucumis melo. kerai I sj bidai (dipasang pd pintu, jendela, dll); kere. kerai II sj ikan darat; jenis-jenis; ~ jelawat jelawat, Leptobarnus hoevei; ~ kunyit, Puntius daruphani.

kerai III; rotan ~ sj tumbuhan (rotan), rotan cincin, rotan duduk, Daemonorhops geniculatus. kerajang kepingan logam yg sangat nipis; emas ~ emas yg berupa kepingan nipis spt kertas; ~ timah kepingan aloi timah atau aluminium yg sangat nipis dan mudah lentur, yg digunakan utk membalut dan membungkus makanan, coklat dsb. kerajat I 1. sl cukai, bea; 2. NS perbelanjaan kerana kematian seseorang; berkerajat kematian. kerajat II; ark memutuskan ~ mengerat rambut yg pertama utk pengantin perempuan. kerak I lapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling bahagiannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu membayangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb menambahkan perbelanjaan yg membazir; sudah biasa makan ~ prb sudah biasa mengalami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman; berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis-habisan. kerak II; ~-kerik = ~-keruk bunyi spt bunyi mengeruk-ngeruk periuk (kuali dll). memerlukan (menggunakan) perbelanjaan kerana

kerak III; ~ nasi sj tumbuhan (herba); a) sandar malam, siku dangan (dengan), sundal malam, Polianthes tuberosa; b) = ~ merah rumput sisik naga, terutup batu, Torenia polygonoides; c) Desmodium capitatum; d) Oldenlandia diffusa; ~ nasi paya sj tumbuhan (herba), bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, keremak, ketung pulut, rumput kutang pulut, rumput loh, Alternanthera triandra; kerak IV; burung ~ sj burung, burung cenuk, burung sanuk, Rhinortha chlorophaea. kerakah I sl sj kapal (zaman dahulu). kerakah II sj kera; kekah I. kerakal batu kerikil yg agak besar-besar, batu yg digunakan utk melapisi jalan dll; hukuman ~ hukuman kerja berat (orang yg dihukum disuruh memecahkan batu, membuat jalan, dll); mengerakali melapisi jalan dll dgn kerakal. kerakap I 1. sj sirih (daunnya lebar); 2. = sirih ~ daun sirih yg keras dan tebal; bagai ~ atas batu (tumbuh di batu), hidup enggan mati tak mahu prb hidup melarat dan miskin. kerakap II; ~ air sj tumbuhan (herba), Sonerila heterostemon; ~ rimau sj tumbuhan (pokok renek); a) keduduk gajah, lidah buaya, pakan rimba, senduduk gajah, senduduk hutan, tengkuk biawak, Allomorphia malaccensis; b) akar bugu, sirih rimau, Piper porphyrophyllum. kerakeling kelakkeling. kerak-kerak, = ~ merah sj tumbuhan (herba), rumput sawi air, sumpu cacing, Bonnaya antipoda. keram Jk; mengeram memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan.

kerama sl kutuk, sumpah, tulah, bencana atau kecelakaan (yg disebabkan oleh kutuk): tiada tuan hamba tahu ~ akan datang kpd tuan hamba? keramas Jw pencuci (pembersih) rambut, kejamas, langir; ~ kutu ubat utk membersihkan kepala drpd kutu. keramat 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar saleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. kerambil kelapa, nyiur; biarpun setandan bagai ~ , namun untung berlain-lain prb walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih berlainan; memagar ~ condong, buahnya jatuh ke ladang orang prb kita yg memelihara (bersusah payah), orang lain yg mendapat faedah atau hasilnya.

kerambit sj sabit kecil yg melengkung matanya, beladau, jembiah bengkok. kerampagi kerempagi. kerampang kelangkang. keramunting sj bunga, kemunting. keran I sj dapur atau tempat pembakaran, anglo, kompor. keran II IB kepala paip (air). kerana kata yg digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan, dsb) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan dll, sebab, oleh sebab, lantaran: mereka berjaya ~ kecekapan dan usaha yg sungguhsungguh; pertempuran berlaku ~ kedua-dua pihak tidak mahu bertolak ansur; dia marah ~ dihinakan orang; apa ~nya maka begitu apa mulanya (sebabnya) maka begitu; ~ apa sebab apa; ~ Allah a) menurut kemahuan (perintah) Allah; b) dgn percuma (tidak menuntut apa-apa bayaran), utk mendapat pahala sahaja; oleh ~ = dari ~ disebabkan oleh, kerana. kerancang I; emas ~; kerajang. kerancang II; baju ~ baju kerawang(an). keranda peti utk menguburkan mayat, larung, long. kerandang sj tumbuhan (pokok renek), berenda, kerenda, Carissa carandas. kerandut = ~ buah zakar pundi-pundi pengisi buah zakar. kerang I sj tiram; jenis-jenis: ~ batu; ~ bulu; ~ kera; ~ lumpur dll; ~ busuk ki (sering kali) tersengih-sengih (tertawa) dgn tidak menentu;

kerang-kerangan berbagai-bagai jenis binatang yg berkulit kapur (spt siput, lokan, tiram, dll): mereka mencari ~ di pantai; berkerang mencari kerang; pe(r)kerangan 1. longgokan (timbunan) kerang, bukit drpd kerangkerangan; 2. berbagai-bagai jenis kerang. kerang II ark; batu ~ batu karang; pinggan ~ pinggan kasar; kerang-kerangan batu yg disusun (dibariskan) menjadi titian (pd tempat yg lecak atau berlumpur); karang I. kerang III Kl keras, menjadi keras (bkn buah). kerang IV; ~-kerung bunyi spt bunyi tin jatuh atau dipukul; kerung II. kerang V; ~-kerup sj tumbuhan (herba), letup-letup, timun padang, Passiflora foetida. kerang (kérang); ~-keroh a) = ~-kerut erang-erot, kepang-kepot; b) sangat curang, suka menipu. keranggang geranggang. kerangka 1. rangka-rangka (kapal, rumah, dll), tulang-tulang (yg dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dll): ~ rumah; ~ gajah; 2. rangka (lukisan dsb), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dll), rangka: falsafah yg mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan; ~ utama komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn pengguna yg ramai); terkerangka 1. masih dalam bentuk rangkanya (bkn binaan rumah dsb); 2. ki masih dlm peringkat permulaan (belum sempurna). kerangkai sj tumbuhan (pokok), Quercus rajah. kerangkang kelangkang.

kerangkeng (kerangkéng) Jw = kerangkengan 1. kurungan yg memakai pagar atau jari-jari besi (tempat binatang buas spt harimau dll), bilik penjara (utk orang salah); 2. sj kandang kanak-kanak. kerangking = kerangkingan kerangkeng. kerani pekerja di pejabat yg membuat kerja-kerja rencam (spt pengurusan surat, fail, rekod, dokumen, dsb); ~ bank kerani yg bekerja di bank; ~ besar kerani kanan yg mengepalai sekumpulan kerani di pejabat dsb; ~ cabuk bp panggilan bagi seseorang kerani tingkatan biasa, terutamanya yg telah lama berkhidmat, biasanya digunakan utk merendah diri atau menghina seseorang; ~ fail kerani yg menyelenggarakan atau mengurus fail pejabat; ~ pos kerani yg bekerja di pejabat pos; ~ sementara kerani yg perkhidmatannya boleh ditamatkan pd bila-bila masa; perkeranian yg berkaitan (berhubungan) dgn kerani atau tugas dan tanggungjawab kerani: drpd jumlah itu, golongan pekerja ~ dan teknik merupakan jumlah penyertaan yg terbanyak. keranjang sj bakul besar yg dianyam kasar-kasar: Amir datang dgn sebatang kayu pengandar dan dua buah ~; ~ orang bakul tempat diisi orang; ~ sampah bakul sampah; bola ~ Id permainan bola yg menggunakan keranjang sbg gol; mata ~ ki sangat suka melihat perempuan. keranji 1. sj tumbuhan (pokok), belangkan, kangkatung, katung(-katung), mengketai, Cynoptera polyandra; 2. sj tumbuhan (pokok), gambirgambir, kenar, merlimau, Aglaia odoratissima; 3. = ~ burung (lotong, sakhlat, tembaga) sj tumbuhan (pokok), sepan kuran, Dialium platysepalum;

~ burung a) = ~ umbut sj tumbuhan (pokok), Dialium maingayi; b) = ~ beledu sj tumbuhan (pokok), Dialium patens; ~ papan sj tumbuhan (pokok), Dialium laurinum. keranta ark sj kutu pd tubuh orang yg akan atau telah mati. kerantai 1. sj tumbuhan (pokok), balun hijau, gerenggung, kedondong hutan, tengkorak lang, Agalia griffithii; 2. = ~ merah sj tumbuhan (pokok), gerunggan semut, Santiria laevigata; ~ batu sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, telur belangkas, Santiria apiculata. keranting I sj serangga, belalang ranting. keranting II; (akar) ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, Smilax barbata. kerantu sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kemarahan, penarahan hitam, penerahan sanak, pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurina. kerantung; ~ buluh sj alat bunyi-bunyian drpd buluh (dibunyikan dgn memukulnya), kentung-kentung, kentungan. keranyah sisa (kelebihan) makanan; makan ~ gelojoh, pelahap. kerap I 1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; 2. tidak jarang, rapi (bkn anyaman, tenunan dll), rapat-rapat (letaknya dsb) antara satu sama lain (barang yg berderet-deret): tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~; mengerapi membuat (melakukan) berkali-kali atau berulang-ulang;

mengerapkan 1. menjadikan kerap; 2. menganyam (menenun) kerap-kerap; kekerapan keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan. kerap II; ~-kerup = kerap-kerap bunyi spt bunyi orang makan keropok; kerup. kerap III Kd mengipas: dia ~ nenek. kerapah; berkerapah Kl bersepah-sepah, berkaparan, berserak-serak. kerapan perlumbaan lembu (di Madura). kerapis; keropas-~; keropas. kerapu I 1. sj ikan laut, Cephalopholis pachycenton; 2. sj ikan laut, Epinaphalus pachycentron; 3. sj ikan laut, Serranus spp.; ~ bara sj ikan laut, a) Epinephelus fasciatus (Epinephelus miniatus; b) Plectropomus maculatus; c) Serranus miniatus; ~ batik sj ikan laut, Epinephelus chlorostigma; ~ batu sj ikan laut, Epinephelus guaya; ~ hitam = ~ kayu = ~ keling = ~ lumpur sj ikan laut, Epinephelus tauvina. kerapu II; berkerapu kasap, kesat; gerapu I. keras I 1. kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dll) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak): hanya tulang-tulangnya yg ~ sahaja masih tinggal tidak hancur; keluli lebih ~ drpd besi; daging ini sangat ~; pakaian ~ pakaian berkanji dan berseterika; 2. dgn giat atau bersungguh-sungguh, dgn sepenuh tenaga atau usaha, dgn sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dsb): beberapa orang yg cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan; mereka meminta ~ supaya ia sendiri datang; 3. dgn tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat: berpegang ~ kpd faham dan kepercayaan kuno; kemahuan yg ~; 4. tidak dgn sikap bertolak

ansur (bkn bantahan, tentangan, dsb), tegas: ibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu; 5. tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dll), ketat, sungguh-sungguh: terlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira; tempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 6. berat akibatnya, tidak berdasarkan belas kasihan (bkn tindakan dsb), tegas, tidak berkira-kira: tindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yg curang; 7. dgn sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dsb): dilarang masuk tanpa urusan rasmi; penonton-penonton dilarang ~ merokok; 8. membahayakan dan mungkin membawa maut (bkn penyakit), teruk, berat: terburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~; 9. kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb), hebat: inilah tanda patik membunuh perajurit yg terlalu ~ itu; diberinya oleh raja Siam ketumbukan yg ~; terlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya; 10. kencang, deras (angin dll), sangat lebat (hujan): angin pun bertiup terlalu ~; gajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dgn ~nya; hujan amat ~nya; 11. nyaring, kuat (suara, bunyi, dll): kedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kpd orang-orangnya; sesetengahnya tidur berdengkur dgn ~; 12. tidak lemah lembut atau sopan santun (bkn kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan: oleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yg ~; 13. dapat memabukkan (bkn minuman spt bir, wain, wiski, dsb), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (bkn rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bkn ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dsb (bkn bau), rangsang (bkn bau): kesihatannya merosot kerana

kerap meminum minuman ~; rokok ini agak ~ bagi orang yg belum biasa merokok; terlalu ~ bau gas ini; 14. ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bkn spring dsb), tegang; 15. tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu: tempat ini ~ kerana ada puaka; ~ batang leher berpegang teguh pd pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah); tegar hati, mengotot;~ genjur keras sekali (bkn sikap, tabiat); ~ hati a) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil; b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh); ~ hidung menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya); ~ kaku = ~ kematu = ~ membatu sangat keras (tidak lunak); ~ kejur tidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku; ~ kekung (kelengkung) Kl, Tr sangat keras (spt batu); ~ keng Kl, Tr keras kepala; ~ kepala tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar; ~-kerak tidak teguh dan tidak dapat diubah dgn pujukan dsb (bkn kemahuan, ketabahan, dsb seseorang); ~ lidah tidak dapat melafazkan kata-kata asing dgn mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata); ~-makas = ~mangkas terlalu keras (bkn buah-buahan dll); ~ mulut a) tidak mahu dan tidak mudah kalah dlm perdebatan (kuat bertengkar); b) tidak mudah dikendalikan (kuda dll); ~ bagai batu, tinggi bagai langit prb tidak mahu menurut perintah orang atasan; ~ ditakik, lunak disudu prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dgn bijaksana (dgn lemah lembut kpd yg menurut dan dgn memaksa kpd yg melawan); lunak tak tersudu, ~ tak tertakik prb perkataan orang yg bijaksana baik dgn lemah lembut atau dgn kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya;

berkeras 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; berkeras-kerasan sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dlm pertengkaran, perkelahian, dll); bersikeras berkeras, mengotot; mengeras 1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dsb): lama-kelamaan kalsium karbonat yg di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; 2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras; mengerasi 1. memaksa, menggagahi: maka dikerasi oleh tuanku Dato‟ Batin Alam suruh ia memukat juga; 2. bertindak (bersikap) keras kpd, memperlakukan dgn keras (dgn menggunakan paksaan): Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; keras-~ berkeras-kerasan; mengeraskan 1. menjadikan keras (tidak lembik): ~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dll; 2. ki menguatkan, menyaringkan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dsb), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dsb): Cikgu Hashim bertanya dgn suara yg agak dikeraskan; ~ hati menabahkan (memberanikan) hati; 3. memaksa: ia ~ budak itu tinggal bersamanya;

memperkeras menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dll): perasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat; terkeras terkuat (bkn suara, bunyi), terkasar (bkn tindakan, sikap, dll): suaranya sekali ini agak ~ sedikit; kekerasan perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm sesuatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; pengerasan perihal mengeraskan atau mengerasi (tindakan keras, pemaksaan, dll); pengeras 1. jampi utk memperkuat diri atau utk menakutkan (memaksa, menundukkan) orang; 2. bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya; 3. alat utk mengeraskan atau menguatkan (suara dll); 4. sesuatu (spt jarum, duit syiling, dll) yg diberikan kpd tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sbg imbalan); berpengeraskan menggunakan sesuatu sbg pengeras: dgn hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga. keras II; ~ tulang Jw sj tumbuhan (herba), manik, muni, rami hutan, sambau paya, sembau, sigueh putih, Chloranthus officinalis; buah ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keminbing, kemiri, Aleurites moluccana; buah ~ laut sj tumbuhan (pokok), baru-baru, baru laut, waru, Thespesia populnea; bagai buah ~ di dalam sekul prb percakapan yg kelam-kabut. keras III; ~ ekor sj ikan laut, Megalaspis cordyla.

keras IV; ~-leras sj kuih. kerasan Jw tahan (mendiami sesuatu tempat), betah: aku tidak ~ tinggal di sini. kerat I 1. bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal: tulang belakang tubuh manusia ada tiga puluh tiga ~ semuanya; se~ dawai sepotong dawai; tulang empat ~ anggota (kaki dgn tangan); (dgn) tulang delapan ~ (dgn) tubuh dan anggota sahaja; se~ jalan sebahagian jalan (belum sampai ke penghabisan jalan atau perjalanan): kemenangan kita di Rusia ialah kemenangan se~ jalan; 2. (digunakan utk menegaskan sedikitnya bilangannya): orang Melayu tidak harus berpuas hati dgn empat lima ~ sahaja yg berjaya dlm lapangan perniagaan; berapa ~ antara mereka itu yg benar-benar sanggup berkorban; berkerat telah atau sudah dikerat: batang ubi yg ~ itu diikatnya dlm dua berkas; ~ rotan memutuskan tali persahabatan (persaudaraan); mengerat memotong, memenggal, memancung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikerat-keratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang; terkerat terpotong (kayu, jari, dll), terpenggal (kepala), terhenti (percakapan, perbualan) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; keratan bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, penggalan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di

hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar. kerat II bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg keras. kerat III; ~ telunjuk sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, Canarium rufum. keratabasa Jw ark penjelasan (penerangan) erti perkataan dgn berdasarkan tafsiran atau huraian tentang bunyi atau suku kata yg terdapat pd perkataan itu. keratang kertang III. keratau sj tumbuhan (pokok dan buahnya); kertau. keratin (kératin) (Bio) sj protein yg terdapat pd kuku, tanduk, sisik, dan lapisan luar kulit. kerating sj tumbuhan (pokok memanjat), akar (tongkat) ali, akar dedingin, akar restung, akar tanding, itah (ubi) besi, kelih, Smilax myosoti fiora. keraton Jw istana raja: bahasa ~ bahasa istana. kerau I; bakul ~ sj bakul yg dianyam drpd bilah-bilah buluh. kerau II Kd keras kerana belum masak betul (bkn buah). kerawai I sj tebuan (sarangnya dibuat drpd tanah). kerawai II sj tumbuhan (pokok menjalar yg daunnya dijadikan baja), Mucina pruriens. kerawak; tupai ~ sj tupai besar yg berbulu merah, Sciurus bicolor. kerawang (ukiran, tenunan, sulaman) yg berlubang-lubang: kanak-kanak perempuan hendaklah dilatih memilih warna dan membuat ~; berkerawang berukir (bertenun, bertekat) dgn kerawang: kerisnya jalak jantan, ~ di pangkalnya;

mengerawang membuat (menenun, menekat, mengukir) kerawang; ~ langit mengangan-angankan yg bukan-bukan, mengelamun. kerawat I tali drpd kulit atau rotan (utk membebat beliung dll), simpai (tali) rotan; makan ~ sangat miskin. kerawat II Kd kawat berduri. kerawit; ~ bintil akar sj cacing yg merosakkan pokok; cacing ~ sj cacing halus (terdapat dlm perut), Enterobius vermicularis. kerayung sj tumbuhan (pokok), beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, kedaung, kedawang, Parkia javanica; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar asam riang, akar iang-iang, akar yang-yang, Vitis hastata. kerbang sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat tali), Artocarpus elastica. kerbat I; mengerbat mengikat dgn membelit-belit, mengebat. kerbat II sl sj pundi-pundi drpd kulit (utk diisi air), kirbat. kerbau I sj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg berbintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peliharaan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah

kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb tercengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~ , dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang

talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah ditepati; laksana ~ , di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb menghalang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb menolong orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahuan orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya. kerbau II; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput ala negeri, rumput pahit, Paspalum conjugatum; rumput ~ derapah sj tumbuhan (pokok renek), kacang kayu betina, Desmodium heterocarpum (polycarpum).

kerbuk ark; mengerbuk menebuk, menggerek: nyiur dikerbuk tupai. kercap = ~-kercip = ~-kercup bunyi orang mengecap masakan (makanan). kercau I bunyi spt bunyi orang bermain dlm air. kercau II kaku (anggota), kejang, kejur. kercing I ark; mengercingkan memejamkan, memicingkan: ~ mata. kercing II sj ikan kaut, Lethrinus miniatus. kercip; kercap-~; kercap. kercit; ark mengercitkan mengelipkan, mengedipkan, mengejapkan; ~ mata mengelipkan mata. kercup; kercap-~; kercap. kercut sj tumbuhan (rumput), daunnya dibuat tikar dll, kumbuh, mansiang agam, mansiro hitam (kambuih), rumput kerecut, rumput kumbar, Scirpus mucronatus. kerdak 1. benda halus (spt hampas kopi, kotoran, dsb) yg mengendap (mendak) ke bahagian bawah air atau cecair (atau ke dasar sesuatu bekas), keladak, endap-endap; 2. barang-barang yg rendah nilainya. kerdam bunyi kuat yg bergema (spt bunyi barang berat terhempas); kerdum. kerdan; aras ~; kerdas keredas. aras III.

kerdil sentiasa kecil (tidak mahu besar), terencat tumbuhnya (bkn orang, binatang, dll): ayam ~; orang ~; mengerdilkan kita; kekerdilan perihal (keadaan) kerdil. kerdip; berkerdip berkedip, berkelip (mata, lampu neon, dll); menjadikan kerdil, mengecil-ngecilkan atau menganggap sesuatu kurang penting: kita dgn sengaja ~ sastera

berkerdipan berkelipan atau berkedip secara berterusan; mengerdip berkedip (bkn mata, lampu dll): hanya kelihatan bintang-bintang ~ di langit bersih; mengerdipkan mengelipkan (mata), menggerakkan kelopak mata (ke atas dan ke bawah): ~ mata; kerdipan; ~ mata kedipan mata; mengerdomkan memaki. kerdum bunyi bergaung (bergema); kerdus kardus. kerai I. kerobek, kerdutkedut, kerut. kere (keré) bidai; kerabit. kerecak keracak. keceng. kereceng (kerécéng); mengerecengkan; ~ mata mengerdip-ngerdipkan mata (mengejap-ngejapkan mata); keredak kotoran yg sudah kering dan melekat pd sesuatu. keredas 1. = ~ antan = ~ padi sj tumbuhan (pokok), buah pelung, geredas padi, Pithecellobium bubalinum; 2. = ~ api (ayam, belalang, padi) sj tumbuhan (pokok), Pithecellobium microcarpum. keredep (kerédép) Jk; berkeredep, mengeredep berkelip-kelip, berkilaukilau. keredong (kerédong) Jk selubung; berkeredong berselubung. kerejut; berkerejut Pr berkedut (bkn kain atau kulit). kerek (kerék) Kl 1. rapat (tidak renggang); 2. kerap, selalu, berulang kali. kerebok (kerébok) mengerebok menembuk, mengoyakkan; kerdam. kedip, kelip I. kerdom Id, bp; berkerdom, berkerdom-kerdom memaki-maki;

kerek (kérék) I sj roda yg memakai tali atau rantai (utk menaikkan atau menurunkan barang-barang berat), kapi, takal; mengerek menggunakan kerek utk menaikkan (menurunkan) barang; kerekan kerek, kapi, takal. kerek (kérék) II sepuluh kerat gula enau (nira kabung). kerekau Kd cari, hendak mendapat. kereket (kerékét); berkereket berbunyi spt lantai buluh atau papan dipijak-pijak. kerekot (kerékot) I 1. bengkok-bengkok (bkn jari dll); 2. berkerut-kerut (tidak rata dan licin), menjadi kerukut (bkn lantai). kerekot (kerékot) II sangat kedekut (bakhil). kerekot (kerékot) III; mengerekot berbaring dgn merapatkan tangan dan kaki ke tubuh (kerana sakit atau kesejukan): Bujal ~ macam udang; pd malam yg sejuk itu dia tidur ~ dgn berselimutkan sehelai kain biasa; mengerekotkan merapatkan tangan dan kaki rapat ke tubuh (kerana sakit atau kesejukan). kerekup kerem kerukup. keram.

keremak sj tumbuhan (rumpai), kermak, kermak bukit, bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, kerak nasi paya, kernau, ketung pulut, rumput kulang pulut, Alternanthera triandra (sessilis); ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (rumpai), ari(ng)-aring, rumput kuning putih, urang-uring, Eclipta alba; ~ rusa sj tumbuhan (herba), lutut ayam, Mygrophila quadrivalvis; ~ susu sj tumbuhan (herba) ara tanah, gelang susu, Euphorbia hirta; akar ~ sj tumbuhan (pokok

memanjat), akar kangkung laut, akar lanar, keledek hutan, Ipomea digitata. keremangka sj tumbuhan (pokok), cakmau, caman, camau, cemah, pati belalang, sejuang hutan, Dracaena maingayi. keremi cacing kerawit. keremot (kerémot) ark keremut. kerempagi sj pisau cukur, pisau lipat. kerempung ark perut bahagian bawah. keremunting kemunting. keremut berkedut-kedut (muka), berkerut-kerut. keren (kerén) Jk tampak berani serta tangkas, garang dan suka melawan, lekas marah, lekas berlari dgn pantas (bkn kuda dll). kerenah (kerénah) ragam, tingkah laku, kemahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. kerenam sj tumbuhan (pokok), kenidai, punai, sebasah (bukit), Antidesma cuspidatum. kerenan 1. = ~ makan sj tumbuhan (pokok renek), cenderai gajah, kenidai babi, kenidai samak jambu, Bridelia stipularis; 2. sj tumbuhan (pokok), kenidai (jantan), Bridelia monoica. kerencang bunyi spt bunyi besi (rantai, wang logam) berhantukan atau bersentuhan. kerencat terencat kerencing rencat. kerencang.

kerencung I sj tumbuhan (herba), daun sejuk, ganti batang, rajah bangun, teres, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calycium). kerencung II bunyi seakan-akan bunyi kerencang. kereng Jw keras hukumnya atau perintahnya (terhadap anak dll), garang, pemarah. kerengga sj semut yg besar dan merah, Oecophylla smaragdina. kerenggamunggu buah pokok kepulaga (yg dijadikan rempah), buah pelaga, buah pulaga. kerengkam sj lumut laut. kerengkek (keréngkék) sj ikan darat, pata puling, Puntioplites fasciatus. kerengkiang tempat menyimpan padi; kerengseng (keréngséng) I kereniok ark Kd lima. kerentam gerentam. rencat. kerentat kerencat; kerenyau kernyau. kereseng. gerengseng I. kerengseng (keréngséng) II corak kain; rengkiang.

kerenting bunyi denting (spt bunyi wang syiling jatuh), kerencing. kerenyeh (kerenyéh) Kd tersengih, kerisin: Amboi, senang hati dok ~. kerenyet (kerényét) Kl tindas (pijat-pijat, kutu, dll) supaya mati, tenyeh. kerenyot (kerényot); mengerenyot mengerutkan (memencongkan) mulut, menyeringai. kerepai kerepak kerepas I kerpai. kerpak. kerpas.

kerepas II Mn pipih, pecak; mengerepas; ~ mata memejamkan mata, mengejapkan mata.

kerepeh (kerépéh) Kl kelebihan atau sisa lauk. kerepek (kerépék) I ubi kayu, pisang, keladi dsb yg dihiris nipis-nipis dan digoreng. kerepek (kerépék) II 1. sj ikan laut, Chelmon costratus; 2. sj ikan laut, Heniochus acuminatus. kerepes (kerépés); mengerepes meraba-raba (spt orang mencari benda kecil). kerepot (kerépot) = berkerepot berkedut-kedut, berkerut-kerut; mengerepotkan menjadikan sesuatu berkerepot: garis-garis kedut yg ~ muka. kerepuh; ~ taayam sj ikan laut, Caranx sexfasciatus. keresek (kerésék) bunyi daun kering dipijak. kereseng (keréséng) pecah kulitnya, rekah, terbuka sedikit hingga kelihatan isinya; terkereseng; mulut ~ mulut menyeringai (mengerising, tersengih), mulut yg terbuka kerana bibir sumbing. keresepese (kerésépesé) bp bercakap-cakap dlm bahasa Belanda; keleseh. keresoi = kerbang-~ Kd terurai dan kusut (rambut), menggerbang. keresot (kerésot) kedut, kerut (pd muka atau dahi), kisut, lisut. keret (kérét) tembok, bingkai (telaga dll). kereta (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakaran); ~ jenazah = ~

mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg digunakan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasanya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~.

kereta api sj kenderaan yg terdiri drpd beberapa buah gerabak yg dirangkaikan dan berjalan di atas landasan (rel); ~ bawah tanah (sistem rangkaian) kereta api elektrik yg beroperasi di bawah tanah, terutamanya dlm bandar raya yg besar dan sibuk; ~ cepat = ~ ekspres kereta api yg berjalan cepat dan hanya berhenti di stesen-stesen besar; ~ elektrik kereta api yg bergerak dgn menggunakan tenaga elektrik; ~ komuter komuter; ~ mel kereta api yg membawa surat, bungkusan, dsb. keretan (kerétan) gores (korek) api, mancis api, geretan. keretek Jw titian, jambatan. keretek (keréték) Jw = rokok ~ sj rokok yg mengandungi tembakau bercampur cengkih: asap rokok ~nya itu dihembuskannya berkepulkepul. keretot (kerétot) 1. bengkok-bengkok (jari dll); 2. berkedut, menggerutu (bkn kulit buah); 3. kerdil (bkn orang atau binatang). keretuk; ~ babi sj tumbuhan (herba), pemati ulat, pokok ekor anjing, pokok ekor kucing, serengan hutan, Uraria crinita. keretup 1. bunyi spt keropok dimamah; 2. bunyi spt bunyi kaki dan tangan ditarik; berkeretup mengeluarkan bunyi keretup: Rudin mengurut kaki dan tangan lebai Pa sehingga ~ kedengaran ke telinga Imam Min. keri sj sabit kecil utk memotong atau menebas rumput dll; mengeri memotong (menebas) rumput dgn keri. keri (kéri) Jw 1. terlupa utk dibawa bersama-sama; 2. tertinggal di belakang kerana tidak dapat mengejar atau menyaingi seseorang yg di hadapan; 3. tercicir atau terkebelakang dlm sesuatu spt pelajaran, kemajuan dsb.

keria I; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd keledek yg dilumatkan dan dicampur tepung gandum (kemudiannya digoreng dan disira dgn gula). keria II sj burung, Grus antigone sharpii. keriak ark teriak; berkeriak berteriak. kerian sj tumbuhan (pokok), keriang batu, Eugenia pseudosubtilis. keriang I; ~-keriut bunyi spt bunyi pintu buruk (atau yg ketat engselnya) dibuka dan ditutup, berbunyi „kiat-kiut‟. keriang II 1. sj tumbuhan (pokok), beriang, iang-iang, riang-riang, yangyang, asam pagi, asam riang, Archytaea vahlii; 2. = ~ batu sj tumbuhan (pokok), kerian, Eugenia pseudosubtilis. keriap; berkeriapan, mengeriap berkerumun banyak-banyak (bkn semut dll), menggerumut. keriat; ~-keriut keriang-keriut. keriau ark; berkeriau berteriak, memekik, menjerit, memaki-maki: Leong ~ kesakitan. kerical = pacal ~ sl hamba yg hina. kericau; berkericau = mengericau berbunyi spt bunyi burung murai dll, berkicau. kericik I sj tupai kecil. kericik II bunyi spt bunyi air mengalir deras di celah-celah batu; berkericik mengeluarkan bunyi kericik: air ~ perlahan dan membuatku sangat letih. keridas = kadas ~ sj penyakit kulit yg menyebabkan rasa gatal-gatal, kurap yg sangat gatal. keridau riuh rendah.

keridik 1. sj serangga yg berkepak, cengkerik, jengkerik; jenis-jenis: ~ api, ~ padang; 2. sj serangga yg berbisa. kerih I bunyi (teriak) kera; mengerih 1. berbunyi dgn kuat (bkn kera); 2. mengerang (kerana kesakitan dll). kerih II dgn berbagai-bagai kesukaran, dgn susah payah, tidak cepat maju. kerik I 1. bunyi spt bunyi menggores (mengikis atau mengeruk) benda keras (spt batu, kepingan logam, periuk, dll); 2. bunyi spt bunyi pintu buruk yg ketat engselnya dibuka atau ditutup; berkerik mengeluarkan bunyi kerik: aku menoleh apabila aku dengar bunyi pintu ~; mengerik 1. mengikis (mengeruk, menggaruk) dgn benda tajam (spt pisau dsb), menghilangkan sesuatu (spt tulisan dakwat, cat, dll) dgn mengikisnya (dgn pisau dll); 2. Jk menggosok-gosok (bahagian tubuh yg sakit kerana kesejukan atau masuk angin) dgn wang sen dll; kerikan 1. kikisan; 2. sesuatu yg dikerik. kerik II; ~ api ark korek (gores) api, mancis api. kerikal sl sj pinggan besar atau talam yg berkaki (dibuat drpd logam dll): apabila utusan datang atau pergi, ceper dan ~ dibawa hamba raja dr dalam. kerikam benang kasar drpd logam (yg berwarna emas atau perak) yg digunakan utk menyulam; kain ~ sj kain linen yg kasar. kerikil = batu ~ batu kecil-kecil (digunakan dlm pembinaan jalan raya, bangunan, dll); berkerikil berbatu kerikil dan tidak rata (bkn permukaan jalan dsb): perlumbaan sejauh 15 kilometer melalui jalan yg ~;

mengerikil,

mengerikili

menggunakan

batu

kerikil

utk

memperkukuh atau melapis jalan dll): ~ jalan; kelikir II. kerikit Jk; mengerikiti menggigit sedikit-sedikit (tikus dll), mengunggis, mengerip, mengerumit. keriling Ph bengkok (bkn dahan). kerinan Jw ark terlambat bangun drpd tidur, kesiangan. kerincing 1. bunyi spt bunyi wang logam berhantukan, kerenting, denting; 2. sj bunyi-bunyian yg dibuat drpd logam. kering I 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawasan, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat terkejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8-9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~

kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, mengusahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanahtanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengeringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. kering II bunyi spt bunyi loceng basikal; berkering berbunyi spt bunyi loceng basikal. kering III sj ikan laut, Centriscus scutatus. keringat peluh; ~ dingin peluh yg menyebabkan badan berasa dingin, peluh sejuk; biang ~ bintil-bintil (bintik-bintik) merah pd kulit; dgn ~nya sendiri dgn usahanya (kegiatannya) sendiri; mandi (memeras) ~ bekerja (berusaha) dgn sepenuh tenaga, bertungkus-lumus; makan ~ orang menikmati kesenangan dll dgn memperhamba (memeras

tenaga) orang; membuang ~ mengerjakan sesuatu yg sia-sia; keluar ~ keringnya tersangat susah (payah); berkeringat, keringatan ark mengeluarkan keringat, berpeluh; mengeringatkan ark membuat sesuatu dgn bertungkus-lumus (susah payah). keringsing geringsing. kerinjal = buah ~ buah pinggang, ginjal; sakit ~ sakit buah pinggang. kerinjang; mengerinjang sl melangkah-langkahkan (menginjak-injakkan, menjejak-jejakkan) kaki. kerinjing sj tumbuhan (pokok), Bishofia javanica. kerintil bergantungan bergugus-gugus atau banyak-banyak (bkn buahbuahan). kerinting I keriting. kerinting II siput atau kerang yg diasinkan. kerinting III sj tumbuhan (palma), rinting, Ptychoraphis singaporensis. kerip bunyi spt bunyi mengikis (mengerit); mengerip menggigit berdikit-dikit mengerumit (mis arnab, tikus, dsb); pengerip sesuatu yg mengerip (mengunggis); gigi ~ gigi utk mengerip; kerit I. keris sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll; ~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi (bkn arnab, tikus, dsb), mengerumit, mengunggis; binatang ~ binatang yg mengunggis atau

= ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk rajaraja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya; ~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh; berkeris 1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~ di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri; mengeris menikam dgn keris. kerisi 1. sj ikan laut, Nemipterus spp.; 2. sj ikan laut, Synagris nemurus (taeniopterus); ~ bali sj ikan laut, Pristipomoides spp.; ~ birat sj ikan laut, Nemipterus nemurus. kerisik I daun pisang yg telah kering; mengerisik menjadi kering dan mengelupas (bkn kulit kaki dll). kerisik II bunyi spt bunyi daun kering bergeseran; berkerisik berbunyi spt bunyi daun kering bergeseran; kerisikan bunyi berkerisik. kerisik III kelapa goreng yg ditumbuk atau digiling.

kerisik IV ark pasir kasar, kersik. kerisin → kerising. kerising tersengih-sengih dgn tidak berketentuan, seringai; ~-kerenyih selalu (suka) kerising; mengerising menyeringai; terkerising dlm keadaan tersengih-sengih. kerit I bunyi spt bunyi orang mengerit (menggores) sesuatu dgn benda tajam; mengerit menggigit berdikit-dikit, mengerip, mengunggis (bkn tikus dll); mengeritkan; ~ gigi menggeserkan gigi (kerana marah dll), menggertakkan (menggeratkan) gigi; kerip. kerit II; ~ dayung = belalang ~-~ sj belalang (yg berbunyi kerit-kerit pd waktu malam). keritik bunyi spt bunyi daun kering (rambut dsb) dibakar; berkeritik-keritik berbunyi spt bunyi daun kering (rambut dsb) terbakar. keriting bergulung-gulung (bkn rambut), ikal kecil-kecil: kulitnya hitam dan rambutnya ~; mengeriting menjadi keriting; mengeritingkan menjadikan keriting; pengeriting alat, bahan dsb yg digunakan utk mengeritingkan rambut: ~ rambut. keriuk; berkeriuk, terkeriuk berketuk (bkn ayam betina), berkokok (bkn ayam jantan).

keriut I; berkeriut, berkeriutan berbunyi spt bunyi pintu dibuka (yg engselnya ketat atau berkarat): pintu bilik itu ~ ditolak orang; keriang I. keriut II sj burung, Pluvialis dominica fulva. kerja 1. usaha (kegiatan, urusan) yg bertujuan utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dsb) sesuatu: beberapa minggu lagi selesailah ~ membesarkan jalan itu; banyak lagi ~ yg perlu dibuat utk menyambut ulang tahun kemerdekaan; 2. = pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya; 5. bp = bekerja: awak tidak ~ hari ini?; ~ siang malam manakan tak teruk badan; ~ amali kerja mempraktikkan (melakukan) apa yg tersebut dlm teori; ~ bakti kerja yg dilakukan utk kepentingan negara atau orang ramai (bukan utk mendapatkan bayaran); ~ borong kerja yg pembayarannya didasarkan pd keseluruhan kerja yg terlibat (bayarannya setelah selesai seluruhnya atau menurut banyak kerja yg dibuat semuanya); ~ halus kerja yg memerlukan kemahiran serta ketelitian; ~ kahwin segala kegiatan dan urusan yg berkaitan dgn perkahwinan; ~ kapal kerja di kapal (sbg anak kapal); ~ kasar kerja yg lebih memerlukan kekuatan tenaga drpd kemahiran; ~ kayu

pertukangan kayu; ~ kosong bp jawatan yg belum dipenuhi, lowongan kerja; ~ ladang kerja di ladang, (usaha) berladang; ~ lapangan kajian saintifik yg dijalankan di luar bilik darjah, makmal atau pejabat utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu);~ latihan sesuatu yg dibuat utk memahirkan diri atau utk mendapatkan pengalaman; ~ lembur kerja yg dibuat di luar waktu pejabat; ~ luar a) kerja selain kerja atau tugas biasa (dibuat utk menambah pendapatan); b) kerja yg dibuat di luar pejabat atau tempat kerja yg lazim; ~ mengikut peraturan kerja yg dijalankan tidak lebih drpd (atau secara terperinci mengikut) yg ditentukan oleh peraturan kerja; ~ paksa kerja yg diwajibkan melakukannya (sbg hukuman); ~ pejabat kerja pengurusan (pentadbiran dll) yg biasa dilakukan di pejabat; ~ raja sl kerja yg diwajibkan membuatnya (dgn tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi; ~ rampaian berbagai-bagai kerja atau latihan utk memahirkan muridmurid dlm ilmu pelajaran yg berkenaan; ~ raya kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan oleh kerajaan utk faedah orang ramai (spt membina jalan raya, mengadakan bekalan air, dll); ~ sambilan kerja yg dibuat (secara sambilan) di samping kerja biasa atau kerja tetap yg lain; ~ sawah kerja di sawah, bersawah (bertanam padi); ~ sawat kerja yg dilakukan oleh pesawat (jentera); ~ sementara kerja utk jangka masa tertentu (bukan berterusan); ~ tangan kerja yg dibuat dgn tangan (spt anyam-menganyam, pertukangan, dsb); ~ tetap kerja yg berterusan (dilakukan oleh pekerja berjawatan tetap); ~ baik berimbauan, datang buruk (malang) berhamburan prb ketika hendak mengadakan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu, ketika timbul kemalangan, dibantu beramai-ramai; ~ raja dijunjung

~ kita (sendiri) dikelek prb kerja sendiri pun boleh dibuat di samping membuat kerja orang; ~ sebarang hubah, kasih sebarang tempat prb bekerja dgn tidak berperaturan; sedikit ~ banyak berantun prb orang yg malas; tidak ~ cari ~ prb orang yg sengaja melakukan sesuatu yg akhirnya menyusahkan dirinya juga; sekerja sama pekerjaan (terlibat dlm jenis kerja yg sama); kesatuan ~ kesatuan (perkumpulan atau pergabungan) pekerja yg terlibat dlm jenis kerja yg sama; bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; mengerjakan 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (melakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark mengusahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji

(berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, membunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengadakan serta mengurus majlis perkahwinan dll; terkerjakan terbuat, terlaksanakan, dapat dijalankan (dilakukan): susahnya terlalu sangat banyak kalau tiada ~ oleh paman; memperkerjakan menyuruh atau menempatkan (seseorang) bekerja (di): aku diperkerjakan selama beberapa bulan di dok perusahaan Bethleham Steel; pekerjaan 1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya;

~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambatlambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); sepekerjaan sama (sejenis) pekerjaannya, sekerja; berpekerjaan mempunyai pekerjaan (pencarian); tidak ~ a) tidak mempunyai pekerjaan: banyak anak muda yg telah tamat persekolahan berkeliaran tidak ~; b) tidak berkepentingan; pengerjaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengerjakan atau membuat sesuatu, cara (proses) melakukan sesuatu, pengolahan; ~ minyak pengolahan minyak; ~ utama Id perihal mengerjakan hitungan yg menjadi sendi atau asas segala hitungan (spt menambah, mengurangi, membahagi, dan memperbanyak); pekerja orang yg bekerja (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg bertanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiaptiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerjanya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar

dsb melakukan kerja lapangan; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; pengerja orang yg mengerjakan atau mengusahakan sesuatu: orang kaya spt tuan tanah benar-benar berpengaruh ke atas penyewa atau ~ tanah mereka. kerjang I; mengerjang menendangkan kaki ketika dlm keadaan terbaring (spt orang yg sedang berenang). kerjang II; emas ~; k erajang. kerjantara ark usaha mempertemukan orang yg mencari pekerjaan dgn orang yg mencari tenaga kerja (iaitu antara bakal pekerja dgn bakal majikan). kerjap kedip (mata), kelip; mengerjapkan; ~ mata mengelipkan mata, mengedipkan mata, mengejapkan mata; mengerjap-ngerjapkan; ~ mata mengelip-ngelipkan mata, mengedip-ngedipkan mata, mengejap-ngejapkan mata. kerjasama 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orangorang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli-ahlinya (dgn cara saling membantu, menyumbang, dsb) utk faedah bersama;

bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. kerjaya 1. perjalanan atau kemajuan seseorang dlm sesuatu lapangan kehidupan: ~ Churchill sbg ahli politik; 2. profesion atau pekerjaan yg dipilih sbg cara mencari nafkah. kerjung Kl; mengerjung memberkas, mengikat, memegang supaya tidak dapat lari (bergerak dsb). kerkah; mengerkah menggigit (mengunyah, memakan) sesuatu yg keras: kepalanya pecah dikerkah harimau; dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung prb selalu hendak membalas perbuatan jahat orang; pengerkah; gigi ~ gigi utk mengerkah. kerkak bunyi spt bunyi barang keras digigit atau dikunyah, kerkup. kerkap I kerkap II kerkah, kerkak. kerakap I.

kerkau; mengerkau mencengkam (mencengkeram) atau menggaruk dgn kuku yg panjang, mencengkam atau mencakar; terkerkau kejang atau kerekot jarinya (spt cakar ayam). kerkeling kelakkeling. kerki = tingkap ~ sj tabir yg dipasang pd tingkap usungan atau kenderaan. kerkop IB bp perkuburan orang Eropah. kerkuh kerukup. kerkuk Kl, Tr sj tumbuhan (pokok), ceri, kerkup siam, Muntingia calabura. kerkum sl kerani besar.

kerkup I bunyi spt bunyi barang keras digigit,kerkak. kerkup II; ~ siam sj tumbuhan, kerkuk, ceri, Muntingia calabura. kerlap I; berkerlapan, mengerlap bercahaya gemerlap (spt intan dll), bergemerlapan, berkilauan, mengilat: terlalu gemerlap sinarnya, ~ rupanya, cahaya kandil dan pelita itu mengerlap spt bintang di langit. kerlap II; terkerlap tertidur seketika, terlena sebentar. kerlap III; terkerlap tergeliat, terpelecok, terpiuh (pergelangan tangan dll). kerlik sj tumbuhan (pokok) dlm famili Hamamelidaceae, keruntum, Rhodoleia championii. kerling I = kerlingan pandangan mata ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala), jelingan: setiap kerlingan gadis itu mendebarkan hatinya; mengerling memandang ke kanan atau ke kiri (dgn tidak menggerakkan kepala), menjeling: pelayan itu ~ dgn ekor mata yg tajam. kerling II; mengerling mengerlap, gemerlap. kerlip I kedip, kejap (bkn mata, lampu, dll); sekerlip; ~ mata sekejap mata; berkerlip = mengerlip berkedip-kedip, berkelip-kelip (bkn mata, lampu, bintang, dll): di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada bintang yg ~; kerlipan perihal mengerlip, kedipan: tompok-tompok awan putih menutup ~ bintang; k elip I. kerlip II bp jatuh cinta. kerluk Kl, Tr termasuk ke dalam (spt kepala kura-kura), terperosok.

kerlung Kl memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja, tamak. kerma kerama. kermah sj siput, Oliva nobilis (subulata). kerman sj tumbuhan (pokok), cemana, cerek putih, Micromelon minutum. kermanici IB sj lauk yg dibuat drpd daging lembu atau babi. kermi I = cacing ~ cacing kerawit; kermian = sakit ~ Jk sj penyakit yg disebabkan oleh banyak cacing kermi dlm perut. kermi II sj tumbuhan (rumpai), kermak, Alternanthera triandra (sessilis). kernai; mengernai mencencang, menyayat-nyayat (daging dll). kernam k erenam. kernap; padi ~; p adi I. kernet (kernét) Id, bp pembantu pemandu kenderaan (spt lori dll), kelindan; k ornet I. kernu ark sl sj bekas drpd tanduk tempat ditaruh ubat bedil. kernyam; mengernyam 1. tidak tetap duduknya, gelisah, lincah; 2. bp bernafsu, gatal (bkn perempuan). kernyat; ~-kernyut berbunyi spt bunyi engsel pintu yg dibuka atau ditutup, berbunyi keriat-keriut. kernyau bunyi spt bunyi orang mengunyah timun dll. kernyih seringai, kerising; mengernyih menyeringai, tersengih: Manap ~ lagi menampakkan giginya; terkernyih mengernyih, tersengih. kernying; mengernying menampakkan gigi (kerana marah), menengking. kernyit berkerut dahi atau alis (kening); mengernyit mengerutkan dahi atau alis (kening);

mengernyitkan; ~ alis mengerutkan kening, mengernyit. kernyut I kedut, kerut; berkernyut, berkernyutan berkedut, berkerut (kulit dll); mengernyutkan mengernyitkan, mengerutkan (alis dll). kernyut II; berkernyut berdenyut(-denyut). kernyut III bunyi spt bunyi gigi bergeseran. kero (kéro) I Id; tempat tidur ~ tempat tidur yg dibuat drpd besi yg bulat panjang. kero (kéro) II Jw juling: matanya ~. kerobak 1. berlubang-lubang, cabik, carik, koyak; 2. berparut-parut, bopeng; ~-kerobek = ~-kerabik = ~-kerabit a) cabik-cabik, koyak-koyak; b) berparut-parut, bopeng. kerobek (kerobék); mengerobek mencabik-cabikkan, mengoyakngoyak; k erabit. kerobok sj bakul (tempat diisi makanan). kerocok 1. sj alat bunyi-bunyian spt orok-orok; 2. bunyi spt bunyi air (cecair) berkocak atau dikocakkan. kerodak keladak. keroh (kéroh) tidak jujur, curang, bersembunyi-sembunyi (tidak berterus terang); k erang. keroi sj tumbuhan (pokok), kerohi, rejang, Lophopetalum pallidum. kerok Jw sj sikat (penggaruk) utk membersihkan bulu kuda; mengerok membersihkan bulu kuda dgn kerok; k eruk I. keroket (kerokét) IB sj penganan drpd kentang bercampur daging dll. kerokot I Jw sj tumbuhan (herba), gelang (pasir), rumput beremi, segan jantan, Portulaca oleracea.

kerokot II k erukut. keron IB bp (gambar) mahkota. keroncang ark kerajang. keroncong I = berkeroncong, berkeroncongan 1. berbunyi spt bunyi loceng kecil (giring-giring); 2. berbunyi dlm perut (kerana lapar): makanan masih belum dihidangkan dan perut masing-masing sudah berkeroncong. keroncong II lagu atau irama lagu Melayu (rentak lama); berkeroncong memperdengarkan (menyanyikan) lagu keroncong: siapa yg ~ itu? Merdu benar suaranya. keroncong III = gelang ~ gelang kaki yg padanya terlekat giring-giring (loceng-loceng kecil): penari-penari yg memakai gelang ~ sedang menari dgn rancaknya; berkeroncong memakai gelang keroncong. keroncong IV ruang atau kurungan di sebelah dalam bubu (perangkap ikan); ikan dlm ~ prb sudah tertangkap atau terperangkap (tidak dapat ditolong lagi); mengeroncongkan; ~ bibir memuncungkan bibir (spt orang sedang mengeluarkan asap rokok yg berkepul-kepul dr mulut). keroncong V; keroncongan sj tumbuhan (pokok), giring-giring, kacang kayu, kacang sekucuk, orok-orok, Crotalaria striata. keroncor sj ketam jantan yg besar (yg betina disebut belangkas), Limulus moluccanus; spt ~ dgn belangkas prb sangat mesra atau kasihmengasihi (bkn persahabatan atau percintaan). kerong-kerong (kérong-kérong) 1. sj ikan laut, Plectorhyncus cuvieri (diagramma); 2. sj ikan laut, Therapon jarbua (theraps); habis

umpan ~ tak dapat prb usaha (perbuatan) yg mendatangkan kerugian. kerongkong = kerongkongan 1. saluran pd leher yg melaluinya makanan masuk ke perut: makanan ditelan masuk ke dlm perut melalui ~; 2. halkum, lekum, tenggorok: belum basah ~ku belum minum seteguk air pun; berair ~ku ada rezeki untukku; kering ~ menasihati dia puas sudah menasihati dia; r ongkong I. kerongsang sj perhiasan drpd emas dll yg disematkan pd dada baju; berkerongsang memakai (tersemat dgn) kerongsang: gigi yg bersumbi emas, baju yg ~ berlian. kerongsong k elongsong. kerontang ark; kering-~ kering-kelontang; k ering I. kerop (kérop) Sb bulu mata palsu: ~ yg lebat, hitam, dan lentik dapat menambahkan kecantikan paras muka seseorang. keropak daun lontar yg bertulis (naskhah lama di Jawa dan Bali). keropas; ~-kerapis a) bermacam-macam barang kecil yg tidak ada nilainya; b) membuat kerja-kerja kecil (yg tidak berapa berguna). keropeh (keropéh) Kl sisa makanan. keropeng (keropéng) selaput yg kering pd kudis atau luka; mengeropeng mengopek keropeng (dr kudis, luka yg sudah kering, dll); keruping, kuping II. keropok I Mn; sekeropok sekelompok, setompok. keropok II Jk keropong, kosong, tidak berisi, kropok. keropok III 1. sj makanan yg dibuat drpd adunan tepung sagu dgn ikan (udang dll) yg telah dilumatkan dan dihiris nipis-nipis dan dijemur sebelum digoreng berkeping-keping; 2. hirisan kulit kerbau atau lembu yg dikeringkan dan digoreng.

~ lekor sj keropok basah berbentuk torak yg dihiris sebelum digoreng. keropong Jk kosong, gerohong, tidak berisi. keropos 1. Jw tidak padu (padat), berongga-rongga; 2. Id mengembang atau menjadi nipis kerana panas (bkn udara). kerosang k erongsang. kerosek (kerosék) I bunyi spt bunyi beras dikosek. kerosek (kerosék) II Kd Pl cari. kerosin (kérosin) minyak tanah (yg telah dijernihkan dan digunakan sbg bahan api), minyak gas. kerosok I bunyi spt bunyi daun kering dipijak; berkerosok, mengerosok berbunyi spt bunyi daun kering dipijak. kerosok II; tembakau ~ daun tembakau kering. kerosok III sj ikan laut, Monocanthus choirocephalus; ~ padi sj ikan laut, Alutera monoceps (scripta). kerosong kulit ular (yg tanggal dr badan ular yg bertukar kulit), kelongsong, selumur; mengerosong mengelupas (kulit). kerosot Kd kusut, kerusut. kerotok sj loceng drpd kayu (dikenakan pd leher kerbau atau lembu), kerunting. kerotot berkerut-kerut serta berlubang-lubang atau bergigi-gigi (bkn kikir, kulit limau purut, dll). keroyok; mengeroyok menyerbu (merempuh, menyerang) beramai-ramai: ia mendapat luka-luka kerana dlm perebutan barang-barang rombengan itu, ia dikeroyok oleh saingan-saingannya;

keroyokan rempuhan atau serangan beramai-ramai, serbuan (oleh orang yg tidak sedikit bilangannya), pergaduhan (perkelahian) beramai-ramai; pengeroyokan perihal atau perbuatan mengeroyok; pengeroyok orang yg mengeroyok. kerpai sj bekas utk diisi ubat bedil, kernu. kerpak 1. bunyi spt bunyi ranting patah; 2. sj alat drpd buluh yg dibunyikan dgn menarik tali (utk menakutkan burung di sawah). kerpas bunyi spt bunyi orang atau binatang besar melalui semak-semak. kerpasan (Geog) hujan, hujan batu, salji dsb yg terhasil drpd pemeluwapan wap air di udara yg jatuh ke permukaan bumi. kerpik bunyi kayu dll patah (spt bunyi kerpak). kerpis bunyi seakan-akan kerpas tetapi lebih lembut. kerpuk bunyi seakan-akan bunyi kerpak. kerpus I bumbung rumah yg diturap. kerpus II IB bp rumah kurungan bagi askar; dikerpus dikurung sbg hukuman (bagi askar). kersai berderai-derai, tidak lembik melekat (bkn nasi dll), berbutir gembur (tidak berketul-ketul atau bergumpal-gumpal). kersak bunyi spt bunyi rumput kering dipijak atau daun kering bergeseran. kersang 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); gersang. kersani; besi ~ sl besi yg baik mutunya (berasal dr Khorasan di Parsi). kersau Pn keriting. kersik I pasir kasar, batu kerikil yg halus-halus, gersik; melekatkan (menampalkan) ~ ke buluh prb sesuatu yg dikerjakan dgn bersusah

payah tetapi sia-sia; spt ~ di pulau prb terlalu banyak (bkn bendabenda kecil spt buah-buahan yg bertaburan dll). kersik II bunyi spt bunyi daun kering bergeseran; berkersik berbunyi spt bunyi daun kering bergeseran; berkersik-kersik berulang kali. kersing kereseng. kersip kerlip, kedip, kerdip. kersuk bunyi spt kersak tetapi lebih kuat. kersul kersang. kertah sj ketam darat. kertak bunyi spt bunyi lantai papan dipijak atau bunyi dahan patah; ~kertuk berbunyi kertak berkali-kali; berkertak; ~ gigi menggeserkan atau tergeser gigi dgn gigi hingga menyebabkan bunyi kertak-kertuk. kertang I = berkertang kotor disebabkan sesuatu yg melekat: kainnya ~ kena darah ayam. kertang II ark bunyi spt tin kosong dipukul, bunyi tang; mengertang memukul tin kosong dll (hingga berbunyi tang); mengertangkan; ~ perisai menangkiskan perisai. kertang III; ikan ~ sj ikan laut, Epinephelus spp.; p ertang. kertap bunyi spt bunyi barang keras digigit atau daun pintu ditutup; ~kertup berbunyi kertap berkali-kali; berkertap berbunyi kertap: giginya ~. kertas I 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); mengeluarkan bunyi atau berbunyi kersik

~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembungkus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon peperiksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dikeluarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara

tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepentingan orang ramai); ~ rokok kertas utk menggulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang mengundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). kertas II bunyi spt kertas diramas-ramas (direnyuk-renyuk), kertus. kertas III; bunga ~ sj pokok bunga (warna bunganya merah, kuning, dll), Bougainvillea spp. kertatuk 1. sj ikan laut, kertang, Ichthyoscopus lebeck (inermis), Uranoscopus lebeck; 2. sj ikan laut, Batrachus gangena. kertau sj tumbuhan (pokok dan buahnya, yg daunnya dijadikan makanan ulat sutera), be(be)saran, tut, Morus alba (indica). kertik bunyi spt bunyi ranting kering dipijak (atau patah dipijak), bunyi detik jam. kerting bunyi spt bunyi wang logam (duit syiling) jatuh ke batu. kertip bunyi yg lebih lemah drpd kertap. kertuk 1. bunyi spt bunyi mengetuk dll; 2. sj loceng kayu (digantungkan pd leher lembu atau kerbau), kelentung(an), kerunting; 3. sj alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh dan tempurung.

kertung; rotan ~ sj tumbuhan (rotan), rotan cincin, rotan semang, Daemonorhops grandis. kertup = ~-kertap bunyi spt bunyi orang menutup pintu dan tingkap rumah (seakan-akan kertap); ~-kertip bunyi ketukan yg tidak kuat. kertus I tabung kecil drpd tembaga dll yg mengandungi ubat bedil dan peluru, paterum; uncang ~ sj pundi-pundi tempat menyimpan kertus (paterum). kertus II 1. bunyi spt bunyi kertas diramas-ramas atau direnyuk-renyuk, kertas; 2. bunyi daun kering bergeseran. keruan ketahuan, tentu; ~ sahaja bp tentu sahaja; belum ~ belum dapat ditentukan (dipastikan), belum ketahuan (diketahui); sudah ~ tempatnya sudah ketahuan (diketahui) tempatnya; tidak (tak) ~ a) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pangkalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (bkn fikiran, perasaan), tidak jelas (bkn percakapan dll): hati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan; b) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal: panas hatinya di dlm membakar tidak ~; hatinya cemburu, cemburu tak ~; ketidakkeruanan keadaan tidak keruan; keadaan tidak tentu arah: ~ hidup manusia. kerubian, kerubin suatu golongan malaikat. kerubung I; berkerubung berkerumun; mengerubungi mengerumuni, mengerubuti, menghurungi (bkn agas, lalat, dll): bangkai kucing itu dikerubungi lalat. kerubung II Kd, Pr sj bekas tempat menyimpan padi (dibuat drpd tikar dan buluh).

kerubung III; ~ padi sj tumbuhan (rumput), rumput mentebung, rumput pahit, rumput rotan beras, Cyrtococcum oxyphyllum. kerubut I; ~ emas (Sej) kedatangan atau perpindahan orang secara beramai-ramai ke kawasan atau daerah lombong emas yg baru ditemui; mengerubuti Jk mendatangi beramai-ramai utk melihat (menyaksikan dll), mengerumuni; kerubut II 1. sj tumbuhan (pokok kecil), bunga semubut, geroboh, se(m)burut, telinga kelawar, Thottea grandiflora; 2. Id sj tumbuhan (benalu), Rafflesia arnoldi. kerucut 1. sj pembungkus atau kelongsong (drpd kertas, daun, dll) yg runjung bentuknya, digunakan utk mengisi kacang goreng dll; 2. kon; mengerucut 1. berbentuk spt kerucut (makin ke atas makin tirus), merunjung; 2. menguncup. kerudung 1. tudung (kepala, muka), cadar (penutup kepala, muka), kain tudung kepala (muka): sambil membetul-betulkan belitan ~nya, ibu meredakan ketegangan; 2. tudung lampu, terendak (lampu); mengerudungi menutup (kepala, muka) dgn kerudung, menudungi (kepala, lampu), membubuh terendak pd (lampu): ~ kepala; ~ lampu. kerudut berkerut-kerut serta berlubang-lubang halus, kerotot. keruh I 1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenangkan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn keadaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak

keruan (bkn perasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja; mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll); mengeruhkan menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; kekeruhan keadaan atau sifat keruh, keadaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku. keruh II dengkur, dengus; berkeruh, mengeruh berdengkur, mendengus: malam itu Bujal tidur dgn nyenyaknya sambil mengeruh keras. keruh III; ~ bumi sl sj ukuran jarak jauh (kira-kira dua hingga tiga batu atau tiga hingga lima kilometer): kira-kira empat ~ bumi jauhnya berjalan, datanglah pd suatu sungai. keruh IV; daun ~ sj tumbuhan (palma), daun lat, daun payung, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar, Teysmannia altifrons.

keruh-keruh sj agas. keruing sj tumbuhan (pokok), resak putih, Vatica scortechinii; ~ bulu = ~ cair = ~ pekat sj tumbuhan (pokok), gombang, pokok damar obor, Dipterocarpus baudii; ~ cair = ~ dadih = ~ gombang = ~ keluang = ~ pekat = ~ suji sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus cornutus; ~ pekat sj tumbuhan (pokok) Dipterocarpus costulatus; ~ buluh = ~ balai = ~ cair = ~ gombang = ~ mempelas sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus crinitus; ~ beku = ~ didih = ~ gombang = ~ pekat sj tumbuhan (pokok), meranti sabut, resak, Vatica perakensis. keruit I; berkeruit-keruit bergerak-gerak hujungnya (cacing, ekor binatang, dll); mengeruit berkeruit-keruit, menguit-nguit. keruit II; cacing ~ cacing kerawit. keruk I bunyi spt bunyi menggaruk (mengikis, mengerik, dsb); kapal ~ kapal korek; mengeruk 1. menggaruk atau mengerik dgn kuat (dgn tangan, penggaruk, dsb) utk mengambil sesuatu, mengikis, mengerik: ~ tanah dgn tempurung; ~ kerak nasi dgn senduk; 2. mengorek, menggali, mengeduk: ~ lumpur; 3. menggaruk dgn tangan; 4. menyelukkan tangan (memasukkan tangan ke dalam); mengerukkan; ~ tangan a) membuat tangan mengeruk (mengerik, mengorek) sesuatu; b) menyelukkan tangan; terkeruk-keruk tergaru-garu, tergaruk-garuk (kerana berasa gatal dsb): dia ~ kerana terkena miang rebung; pengerukan 1. perihal (perbuatan) mengeruk; 2. pengorekan. keruk-keruk sj agas, keruh-keruh.

kerukup sj tumbuhan (pokok), kerekup, kelukub, kerkuh, akar temberak, Flacourtia jangomas. kerukut = mengerukut bengkok-bengkok (bkn jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (bkn kaki atau tangan), tidak rata atau licin (spt daun kering), renyuk, berkedut-kedut; mengerukutkan menjadikan kerukut (mengerukut), mengerutkan. kerul ikal, mengombak-ombak (rambut); berkerul 1. menyikat atau membuat rambut supaya ikal (mengombak-ombak); 2. menyikat rambut rapi-rapi (supaya dirinya kelihatan lebih kacak): orang-orang yg ~ dan tidak memakai songkok bukan tempatnya di rumah ini. keruma Jk kuman (pd kudis dll). kerumit; mengerumit menggigit atau memakan sedikit-sedikit (bkn arnab, tikus, tupai, dll), mengunggis, mengerip; terkerumit-kerumit terdemut-demut, terkemut-kemut (ketika bekerja, berjalan, dll), lambat-lambat: berjalan ~. kerumuk Mn; berkerumuk gumal (bkn pakaian, kertas, dll), renyuk, peronyok, kumal; mengerumukkan merenyukkan, menggumalkan: dgn marah, surat itu dikerumukkannya. kerumun; berkerumun berkumpul atau berhimpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; mengerumuni datang beramai-ramai (banyak-banyak) mengelilingi seseorang atau sesuatu, mengerubungi: setibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; semut ~ gula;

mengerumunkan = memperkerumunkan ark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu; kerumunan kumpulan orang yg berkerumun: dlm beberapa saat itu, aku hilang dlm ~ mereka. kerumus ark; mengerumus memeluk dan mencium. kerun IB bp (gambar) mahkota; keron. kerunas Kd kopek (cubit dll) sedikit-sedikit (spt orang mencubit kuih atau mengeropeng kudis); mengerunas mengopek sedikit-sedikit: Midun asyik ~ sesuatu dgn jarinya yg tidak berkuku di meja itu tanpa mempedulikan cakapku. kerung I lekuk (pd senduk, barang yg melengkung dll), lubang yg bulat panjang pd sesuatu benda. kerung II = ~-kerang bunyi spt bunyi pinggan mangkuk berhantukan dgn kuat atau barang keras digoncangkan di dlm tin. kerungan sj ikan laut, Megalaspis cordyla. keruntang; ~-pungkang ark kacau-bilau. kerunting ark sj loceng drpd kayu yg digantungkan pd leher kerbau, kertuk, kelentung. keruntul bergantungan banyak-banyak atau bergugus-gugus (bkn buahbuahan), kerintil. keruntum 1. sj tumbuhan (pokok), pasir lingga, Tristania maingayi; 2. sj tumbuhan (pokok), pelawan, seluncur, Tristania subauriculata. keruntung 1. tabung(an); 2. Mn sj bakul yg dianyam dan diberi bertali (utk menyimpan ikan); mengeruntungkan memasukkan ke dlm keruntung. kerunyut Mn kedut, kerut; berkerunyut berkedut(-kedut), kerepot, lisut (bkn kulit);

mengerunyutkan merenyukkan: dia ~ akhbar di tangannya; terkerunyut gumal (bkn kain dll), renyuk, berkedut(-kedut); kerunyutan keadaan kerunyut, kekedutan: tulang tua yg hanya dibaluti oleh kulit-kulit yg lembik, kendur penuh ~. kerup bunyi spt bunyi orang mengunyah makanan yg garing (spt keropok dll); kerap II. keruping selaput kering pd kudis atau luka, keropeng; pengerupingan pembentukan keruping kudis pd luka. kerusi 1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemasan; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyanggoyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg memerlukan seseorang itu memikul tanggungjawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas

pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, mesyuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (pertubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah. kerusut Kd, Pn kusut; berkerusut dlm keadaan kusut. kerut I 1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut);

~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dustanya (bkn kata-kata); berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~ ; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. mengecutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya. kerut II bunyi spt bunyi menggoreskan sesuatu yg tajam pd benda keras. kerut (kérut); kerang-~; kerang. kerutak Mn ark; mengerutak menggigit (mengunyah) benda keras (spt tulang dll), mengerkah. kerutis; mengerutis Kl, Tr mengopek (mencubit, memecahkan) sesuatu sedikit-sedikit: ~ kuih; ~ keruping kudis. kerutu tidak halus dan licin (spt kulit katak dll), kasap; mengerutu menjadi kasap atau kesat (kulit dll); gerutu I.

kerutuk Kl, Tr sj masakan yg dibuat drpd daging ayam bercampur rempah dan dimasak hingga kental (rupanya spt rendang). kerutung; mengerutungi mengerumuni, mengerubungi: ditunjukkan kemarahannya kpd orang ramai yg ~nya. kerutup I bunyi spt bunyi bertih digoreng atau daun basah dibakar. kerutup II; mengerutup Kd, Pn 1. memakan beramai-ramai hingga habis; 2. mengerumuni (mengerubungi) utk menyerang atau memukul. kerutus kerutup I. kerutut I kerotot. kerutut II sj tumbuhan (pokok renek), akar peleh angin, akar pelir kambing, kedondong bulan, meroyan kabut, Chailletia (Dichapetalum) griffithii. keruyuk Jk; berkeruyuk berkokok. keruyup Kd, Pnkuyup. kes (kés) I 1. perkara, hal, kejadian: ~ rompakan itu akan dibawa ke mahkamah rendah; beberapa ~ penyakit itu telah didapati dlm kawasan ibu kota; 2. (Udg) prosiding di mahkamah yg melibatkan persoalan undang-undang dan ekuiti. kes (kés) II bp tunai, kontan; wang ~ wang tunai. kesa I ark kesatu, yg pertama. kesa II Tr tidak enak rasanya (makanan): kuih yg dibeli di kedai itu ~, sedap lagi yg aku buat. kesah = keluh-~ ternyata atau terlahirnya rasa gelisah (kesal, runsing, dll); mengesah melahirkan perasaan gelisah (kesal, tidak tenteram, dll), mengeluh; keluh. kesak; mengesak beralih (berengsot) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan, mengesot: ~ dr duduknya;

mengesakkan mengengsotkan perlahan-lahan (almari, meja, dll). kesal = ~ hati 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: pendudukpenduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan kekesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~. kesam ark; berkesam menaruh dendam; kasam. kesambet Jk sakit dll kerana diganggu hantu (orang halus dll); sambet. kesambi sj tumbuhan (pokok), gunciak, guncak, kesumba, kuncur, kuncur putih, sekincak, Antidesma ghaesembilla. kesami sj tumbuhan (pokok kecil), geluicik, keteng, lengketing, telur cicak, Myrica farquhariana. kesan 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah

itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu kejadian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (mendengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menimbulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu pengaruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya;

keberkesanan perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan sesuatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memerhatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~. pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. kesandung Jw tersandung, terserandung. kesang I; mengesang membuang hingus (dgn terus menghembuskannya keluar dan tidak dgn mengesatnya dgn sapu tangan dsb). kesang II sj serangga yg merosakkan padi, Acanthocoris scabrator.

kesang III Mn kering. kesangka sj periuk besar drpd tanah liat, belanga besar. kesangsang Jw tersangkut. kesap; ~-kesip kedip-kedip, kelip-kelip (mata). kesasar Jw terikut jalan yg salah, salah jalan, tersesat: kecaman terbuka terhadap kehidupan moden di kota yg ~. kesat 1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2. ark tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~ ; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya; ~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masamasa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb Mn sudah diselesaikan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan); mengesat 1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan.

kesateria 1. perajurit yg gagah berani; golongan ~ golongan masyarakat yg terdiri drpd perajurit; 2. orang yg gagah berani; kekesateriaan sifat-sifat kesateria, watak kesateria: pelajaran juga menyedarkan bangsawan feudal akan kebaikan perasaan belas kasihan dan ~; sateria. kesed (késéd) Jk = kesedan keset. kesek I (késék); mengesek menggesek dgn sesuatu benda yg kesat; gesek. kesek II (késék) Tr cacat sebelah mata: mata dia ~ sejak lahir lagi. kesel Jw letih, penat. keselak Jk tersedak, kesedakan. keseleo (keseléo), keseliyo Jk terseliuh, terpelecok, tergeliat (kaki dll), salah urat. kesenai sj tumbuhan (pokok renek), mepai, Ficus rostrata. keseng (késéng); terkeseng-keseng tersipu-sipu; kemalu-maluan: ia bangun dr terjatuh itu ~ menghadap orang yg melihatnya. kesep (késép) tidak berbiji; kesip I. keser (késér) Kl, Tr; mengeser datang dgn perlahan-lahan (lambatlambat), undur dgn perlahan-lahan; terkeser-keser terhegeh-hegeh (berjalan dll). keset (kesét) Jk = kesetan pengesat kaki. kesian bp kasihan. kesiap Jk; terkesiap terperanjat, terkejut. kesidang sj tumbuhan (pokok kecil), lenggiang, Canangium scortechinii. kesih; kesuh-~; kesuh. kesik; kesuk-~ = kesik-kesik; kesuk. kesima Jk; terkesima tercengang, termangu-mangu, hilang akal.

kesimbukan 1. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kentut, daun sekentut, Paederia foetida; 2. sj tumbuhan (pokok), Saprosma arboreum. kesinan sj tumbuhan (pokok renek), Ficus quercifolia. kesing sj serangga, Rhyncota sp. kesinga sj tumbuhan (pokok), bongkok, gandang, ganding, merpoi, merpuing, mersinga, tengkawa, Carallia brachiata. kesip I tidak berbiji atau terlalu kecil bijinya (bkn buah-buahan); mengesip menghisap-hisap (buah, gula-gula, dll): dikesip-kesipnya gula-gula itu kerana hendak menghilangkan rasa pedas di lidahnya. kesip II Jk kedip, kelip; berkesip, berkesip-kesip matanya. kesiur ark; berkesiur berbunyi spt seruling dll, bersiul. keskul tempurung dll utk diisi makanan (digunakan oleh peminta sedekah), sekul. kesmak sj tumbuhan (pokok) dan buahnya, Diospyros kaki. kesmaran ark; edan ~ sl gila berahi, mabuk cinta. kesohor Jk termasyhur. kesomplok Jk 1. terlanggar, terhantuk, tertumbuk, tersampuk; 2. kehabisan wang. kesot (késot); berkesot, mengesot bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris; berkelip(-kelip), berkedip(-kedip): ~

mengesotkan

mengalihkan

(sesuatu)

dgn

menyorong

atau

menariknya sedikit(-sedikit) atau perlahan-lahan, mengengsotkan, menggeserkan; ~ almari; terkesot-kesot bergerak dgn mengesot; ~ bagai anak tidak diakui prb kemalu-maluan. kesting ark kain utk dibuat baju dll. kestul Id, bp pistol. kesturi I sj benda yg harum baunya (diperoleh dr musang jebat), jebat; musang ~ sj musang yg menghasilkan kesturi, musang jebat (rase); tikus ~ tikus yg kecil dan berbau; ~ mati kerana baunya prb perihal orang yg ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya. kesturi II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), Arachnis flosaeris (moschifera); kuay ~ sj tumbuhan (pokok yg harum kayunya), Juniperus chinensis; kayu ~ hutan sj tumbuhan (pokok), cemperi ayam (batu hitam), kayu garang jantan, kayu menghilang api, kayu serendah, kayu meresek hitam, sebasah paya, Gomphandra lanceolata; limau ~ sj limau kecil, Citrus microcarpa. kesturi III; burung ~ sj burung spt burung bayan atau serindit. kesu; ~-kesi bunyi spt bunyi orang berbisik(-bisik), kesuk-kesik, kesikkesik. kesuari sj burung yg besar, Casuarius galeatus. kesuh; ~-kesih termengah-mengah, terengah-engah. kesuk; ~-kesik bunyi spt bunyi daun-daun bergeseran ditiup angin, bunyi orang berbisik-bisik. kesum 1. sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesumba keling, kunyit jawa, Bixa orellana; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya

dibuat ubat), Polygonum minus; 3. sj tumbuhan (herba), kelima paya, Polygonum pubescens. kesuma 1. sl bunga; 2. perempuan cantik yg elok (molek, rupawan); 3. bangsawan; ~ bangsa ki pemuda dan pemudi (dlm sesuatu bangsa). kesumat permusuhan, kebencian; dendam (dan) ~ dendam dan kebencian: timbul hiba dlm hatinya, ganti drpd dendam dan ~. kesumba I 1. sj tumbuhan (pokok yg menghasilkan cat atau pencelup merah), Carthamus tinctorius; 2. = merah ~ merah tua: berbaju ~ berkancing dan berdestar pelangi; nyiur ~ nyiur yg berwarna merah tua; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), berbelak, menarung gajah, Trichospermum kurzii; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), cendarah hantu, julung jantan (putih), kayu katu, lengkung, rambai hutan, sengkuang, Ostodes macrophylla; ~ keling sj tumbuhan (pokok kecil), jarak belanda, kesum, kunyit jawa, Bixa orellana; dikesumba dicelup (diwarnai) dgn warna merah (drpd kesumba). kesumba II 1. sj burung, Harpactes k. kesumba; 2. sj burung, burung gembala rimau, Harpactes oreskios uniformis. kesungai sungai. kesup bunyi spt bunyi budak menghisap puting; mengesup mengucup, menghisap, mencucup. kesusu Jw tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa. kesut ark; terkesut-kesut susah dan ketakutan. Ket. kep Ketua. ketaban ark kayu palang pd kemudi sepak (di sisi perahu). ketagih tagih II.

ketah sl

kutaha.

ketai I; berketai–ketai hancur remuk, pecah menjadi kecil-kecil (spt pinggan mangkuk yg jatuh terhempas), robek-robek (bkn kain, dll); kecai. ketai II bp kalah paling teruk (dlm permainan pakau). ketak I bunyi spt bunyi ketukan pd papan; ketuk-~ bunyi ayam yg baru bertelur; berketak, berketak-ketak, berketuk-ketak berbunyi ketuk-ketak (bkn ayam yg baru bertelur); berketak-ketik 1. berbunyi spt bunyi jam; 2. berdebar-debar (hati). ketak II 1. kerut atau pelipatan pd kulit; 2. bahagian serangga dll (spt lipan dll) yg bersekat atau bergelang-gelang rupanya: badan serangga itu mempunyai ~-~; berketak 1. berpelipatan (bkn kulit pd leher dll), berkedut-kedut; 2. berombak-ombak (bkn rambut), beralun-alun: Mamat bersiul-siul sambil menyikat rambutnya yg ~-ketak itu. ketakung sj tumbuhan (pokok yg boleh dipakai sbg ganti rotan), Nepenthes ampullaria. ketam I tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, mengatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. ketam II; mengetam menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak;

pengetaman perihal (perbuatan dsb) memotong padi (dgn pengetam), penuaian; pengetam sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai. ketam III sj alat utk melicinkan kayu (papan dll); jenis-jenisnya: ~ betina, ~ lidah, ~ panjang, dll; ~ golek sj ketam yg digunakan utk melicinkan bahagian tepi dan permukaan kecil kayu yg cembung; ~ pangkas sj ketam utk melicinkan hujung kayu secara melintang ira, biasanya sangat berguna utk membuat kerja pertukangan yg kecil; ~ pelicin sj ketam yg digunakan utk melicinkan permukaan kayu; berketam (telah) dilicinkan dgn ketam, diketam: papan tidak~; mengetam melicinkan kayu dgn ketam; pengetaman 1. kerja mengetam (papan dsb); 2. tahi ketam, tatal. ketam IV sj binatang, kulit luarnya keras, berkaki sepuluh dan bersepit, Cancer spp.; jenis-jenisnya: ~ bangkang, ~ batu, ~ galah, ~ kajang, ~ padang, ~ pasir, ~ renjung, ~ ukas, dll; ~ batu ki sangat kedekut (bakhil); ~ menyuruh anaknya berjalan betul prb orang yg menasihati orang lain tetapi dia sendiri tidak berlaku spt yg dinasihatinya; (kuat ikan kerana radai) kuat burung kerana sayap, kuat ~ kerana sepit prb kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya. ketambak sj ikan laut, bawal tambak, Pampus chinensis. ketampi; tumbuk ~ sj burung, burung hantu, Ketupa zeylonensis leschenault. ketan (beras) pulut, Oryza sativa; ~ seri kaya Id sj makanan (pulut yg dicampur dgn air gula).

ketang I ark tegang, erat (bkn ikatan tali atau lilitan tali pinggang), ketat atau sempit (bkn pakaian). ketang II sj ikan laut, kendang, Scatophagus argus; ~ lada sj ikan laut, Siganidae. ketang III; ~ tanduk sj tumbuhan (pokok renek), pakau jantan, segombang paya, seriyan putih, setebal paya, susuh ayam, Kibara cartacea. ketap; mengetap, mengetapkan mengatupkan rapat-rapat, merapatkan; ~ bibir (gigi) mengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat: beberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan mengetap-ngetapkan giginya. ketapak tapak, alas, batu alas tiang, dll: disuruhnya membuat ~ di pintu istana. ketapang 1. sj tumbuhan (pokok), bijinya menghasilkan minyak utk dibuat ubat, lingtak, Terminalia catappa; 2. sj tumbuhan (pokok), baru-baru, bebaru laut, Guertarda speciosa. ketapi sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kecapi, Sandoricum nervosum. ketapik sj tumbuhan (pokok memanjat), Ventilago maingayi. ketar I; ~ gegar (kenaling) Kl gentar, sangat takut; terketar-ketar menggeletar, gementar (kerana takut dll), menggigil: dia kelihatan ~ kerana ketakutan. ketar II rasa pahit bercampur pedas (spt getir). ketara nyata, terang kelihatan: kecurangannya tidak ~ kpd suaminya atau jiran-jirannya; keketaraan kentara; perihal (keadaan atau sifat) ketara: bahan itu

mengandungi penyerap cahaya khas utk mengurangkan ~ liang roma dan garis halus pd muka. ketarap sj ikan laut, Callyodon ghobban.

ketat 1. tidak longgar (bkn tutup pd botol dll), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (bkn pakaian): ditutupnya botol itu dgn sumbat gabus hingga ~; dlm syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yg suka berpakaian ~; 2. ki keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (bkn peraturan, perintah, dll), tidak boleh diubah atau dipinda (bkn perkataan, perjanjian, dll): undangundang dan perintah-perintah yg ~ telah dikenakan dlm masa berlakunya darurat; musuh ~ musuh keras (besar); 3. ki teliti dan rapi (bkn kawalan, pengawasan, dsb): tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam; pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dgn ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 4. ki penuh dgn berbagaibagai aktiviti, kerja dsb sehingga tiada masa lapang yg terluang (bkn jadual, program dsb): memang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat; mengetatkan 1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dll), mencerut (tali pinggang dll): skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut; 2. ki menjadikan keras atau sukar (peraturan dll); 3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dll): langkah pertama utk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum utk orang ramai; memperketat menjadikan lebih ketat (ikatan tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat; keketatan perihal (keadaan dsb) ketat:bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa; pengetatan perihal (perbuatan) mengetatkan;

pengetat alat utk mengetatkan (menerikkan, mempererat). ketaton Jw luka, tercedera; spt banting ~ mengamuk dgn hebat. ketawa I tawa. ketawa II; ~ udang sj tumbuhan (pokok) katak (keretak, otak) udang, pauh hutan (pipit), rengas ayam (pasir), sempedu burung, sumpah biawak (tupai), Buchanania sessifolia. ketaya I sj obor (suluh) yg dibuat drpd buluh dan dibubuh damar pd hujungnya (utk dibakar). ketaya II Mn tali (drpd rotan yg berpilin) yg diikatkan pd leher lembu dll dan pd bom pedati. ketayap I kopiah (songkok) putih: Imam Dolah membuka ~nya sambil menggaru kepala; ~ cendawan bahagian atas cendawan (yg mengembang lebar); berketayap memakai ketayap: lelaki penjual buah yg ~ putih itu tersenyum hambar. ketayap II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung gandum yg didadar dan digulung dgn inti di dalamnya. ketegar; = ~ hati tidak mahu menurut kata (nasihat) orang, tegar (keras) hati, keras kepala. ketek (keték) Jw kera, monyet. ketek (kéték) I Jk ketiak; mengeteki menggeletek (mengilik-ngilik) ketiak, menggelikan (dgn mengusik-usik ketiak). ketek (kéték) II Mn kecil. ketek (kéték) III Tr 1. kancing, butang baju; 2. mencuri: tidak baik ~ hak orang, berdosa!

ketel Jw 1. rimbun (pokok), lebat (daun); 2. padat atau penuh sesak (orang atau penduduk negeri dll). ketel (ketél) Jk titik (air), titis; seketel setitik, setitis; berketel, berketel-ketel bertitik-titik (air mata dll). ketel (kétél) 1. sj cerek; 2. sj kuali besi (utk memasak nasi dll); 3. = ~ kukus sj tangki (di kapal, di kepala kereta api, dll) tempat memanaskan air bagi mendapatkan wap utk menjalankan enjin. ketela (ketéla) Kd sj tumbuhan (pokok) dan buahnya, betik, kepaya, Carica papaya; ~ kayu sj tumbuhan (pokok dan ubinya), ubi kayu, singkung, Manihot utilissima; ubi ~ keledek, sj tumbuhan (pokok menjalar dan ubinya), Ipomoea batatas. ketemu Jk bertemu, berjumpa, terdapat: mereka berjanji akan ~ malam itu di kelab; ~ akal diterima akal (masuk akal); siang ~ siang siang hingga siang lagi; mengetemui menemui, menjumpai, mendapatkan: kedua-dua orang yg dicari itu masih belum diketemui; mengetemukan 1. mengetemui, menemui: mengapa tidak aku ketemukan kau lebih dahulu; 2. menemukan, mendapatkan: bintangbintang pun menjadi sasaran penyelidikan, sejak teleskop diketemukan; 3. mempertemukan: Mansur meminta supaya Yusuf dan Yakub diketemukan; ketemuan (sesuatu) yg diketemui (didapati): ini adalah ~ yg paling besar; temu I. keteng (kéténg) ark sj wang tembaga (nilainya kira-kira setengah sen), keping, peser, rini; seketeng ark setengah duit (sen), sepeser, serini;

mengeteng membeli secara runcit, membeli eceran, membeli dgn berdikit-dikit: ada wang bolehlah memborong, tiada wang ~ sahaja; mengetengi membahagi-bahagi (barang-barang dagangan) utk dijual secara runcit; mengetengkan menjual runcit-runcit, (eceran), menjual satu-satu atau sedikit-sedikit; ketengan eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (bkn penjualan atau pembelian barang-barang); harga ~ harga runcit, harga barang yg dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit. ketenggah sj tumbuhan (pokok kecil), kemuning badak, kemuning gajah, kemuning limau, Memillia caloxylon. ketenun Kd sj serangga, mentadak, mentadu, Mantis religiosa. ketepeng (ketépéng) Jw sj tumbuhan (herba), gelenggang kecil (nasi, padang, sayur), Cassia obtusifolia; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kacang kota, Cassia occidentalis. ketepil IB alat utk menembakkan (melepaskan) batu kecil, lastik, jepretan. keteping sj tumbuhan (herba), kemaman, maman jeruk (pantai, putih), Cleome icosandra (vircosa). keter (ketér) Tr kerinting sedikit (pd rambut, daun pokok yg terbantut): pokok mempelam yg Pak Man tanam ~. Agaknya tidak dibubuh baja. ketereh (ketéréh) Kl, Tr pokok (buah) gajus, Anacardium occidantale. ketering; cincin ~ cincin yg permatanya boleh ditanggalkan. ketes (ketés) Id titis (air dll), titik (air); mengetesi menitiskan atau menitikkan (air) pd.

ketetel (ketétél)

melompat-lompat dan tidak

ligat

putaran

atau

pusingannya (gasing); ekonomi ~ ekonomi yg tidak stabil atau tidak tetap keadaannya. keteter (ketétér) Jk 1. tertinggal jauh di belakang, jauh ketinggalan; 2. hampir kalah. keti I sl seratus ribu: ada dua ~ rakyat Jawa yg pergi itu; berketi-keti beratus-ratus ribu. keti II ark; anak ~ sj bola drpd kayu. keti III Mn; mengeti menimbang (berat sesuatu); kati I. ketiak I bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Pak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya; ~ daun sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; di bawah ~ orang di bawah kekuasaan (perintah) orang; spt ~ ular = berketiak ular panjang lebar (percakapan, penerangan, dll); mengembang(kan) ~ hamis prb mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri. ketiak II 1. sj tumbuhan (pokok), jenjagung, limau hutan, melaman, rejang, Acronychia laurifilia; 2. sj tumbuhan (pokok), belangkas hutan, kabuk, Acronychia porteri. ketial ark 1. sangat ketat atau kuat melekat (tidak mudah tercabut); 2. susah hendak bergerak (kerana gemuk dll): tok imam memang ~ orangnya, hendak beralih duduk pun susah. ketiap ark sj perahu yg digunakan di sungai. ketiar bp ikhtiar. ketiau 1. sj tumbuhan (pokok), getah sundih, melawis, nyatuh balam, nyatuh perca, Madhuca sericea; minyak ~ minyak yg diperoleh drpd

biji pokok ketiau; 2. sj tumbuhan (pokok), nyatuh babi (kaku, paya), Palaquium xanthocymum. ketiding Mn sj bakul besar drpd rotan (tempat menyimpan beras). ketik I bunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); juru ~ Id jurutaip; mesin ~ Id mesin taip; berketik 1. berbunyi spt bunyi mesin taip dll; 2. Kl bersuara; tidak ~ tidak bersuara (kerana takut dll); mengetik 1. berbunyi spt bunyi jam (mesin taip dll); 2. menjentik, mengetis, menyentil (dgn jari); 3. menaip: ~ surat; ketikan hasil mengetik, yg diketik; ~ jari ketukan (pukulan) jari (pd papan dll): mereka menyanyikan lagu itu dgn gelengan kepala dan ~ jari yg menandakan keasyikan. ketik II kaki serangga (belalang, cengkerik, dll) yg panjang; ketis II. ketik III Kl; mengetik 1. mencuri (benda-benda yg tidak seberapa harganya); 2. memagut atau menggigit (bkn ular, lipan, dll). ketika I waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa: apabila sampai ~nya ia pun melahirkan seorang anak lelaki; ada ~nya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita lebih mulia drpd kaum lelaki; keadaan sunyi senyap utk beberapa ~; sampai pd masa ~nya sampai pd waktunya; seketika 1. sesaat, sebentar, sekejap: kedua-duanya terdiam ~; dgn ~ dgn segera (pd saat itu juga): dgn ~ itu juga datanglah iparnya; 2. tatkala, (pd) waktu: fikirannya ~ itu amat kusut; (pd) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. sl saat (waktu) yg ada sangkutpautnya dgn ramalan (perhitungan, penenungan) nasib dll; ~ lima (empat, tujuh) pembahagian waktu kpd lima (empat, tujuh) bahagian

dlm penujuman; melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yg baik; berketika 1. menjaga waktu (hendak membuat sesuatu), tidak sembarang waktu: anak gadisnya sudah jarang kelihatan di pasar, sudah ~ benar-benar pergi ke sawah atau ke ladang; dgn tiada ~ dgn tidak berketentuan waktu; 2. kena (munasabah) pd waktunya: gurau senda yg tidak ~ itu mungkin membawa kpd perselisihan. ketika II; bintang ~ bintang tujuh; keti-keti sj lebah kecil. ketil; seketil secubit, segentel, sejemput; berketil-ketil bergentel-gentel, berbutir kecil-kecil; mengetil 1. memotong (menghiris) sedikit; 2. mengerip, mengunggis; 3. mencubit: anak itu menangis terjerit-jerit kerana diketil ibunya; ketilan hasil mengetil, getilan, cubitan. ketilang burung nilam; kutilang. ketimaha Jk sj tumbuhan (pokok yg kayunya digunakan utk membuat hulu dan sarung keris dll), temahai, timaha, timanga, katimaha, Kleinhovia hospita. ketimbir Kl, Tr tembel (pd mata). ketimbul Jk sj tumbuhan (pokok dan buahnya) kulur, sukun, Artocarpus communis. ketimbung I bunyi air ditepuk; berketimbung, berketimbungan bermain dlm air sambil menepuknepuk air (hingga berbunyi mengikut sesuatu rentak), kecimpung. ketimbung II sj tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, nasi sejuk, pokok sedang, serapat, Salacia flavescens. kartika.

ketimpung

ketimbung I.

ketimun Jw mentimun. keting bahagian kaki di belakang buku lali; urat ~ urat pd keting; mengeting 1. sl memotong (memutuskan) urat keting (sbg hukuman); 2. menendang keting seseorang. ketingting sj permainan lompat-lompat (oleh kanak-kanak), tingting, ciak tinting. ketip I 1. = pengetip gigitan binatang-binatang kecil (spt agas dll); 2. = pengetip = ~ (pengetip) kuku sj alat utk memotong atau mengerat kuku; mengetip l. menggigit (bkn agas dll); 2. mencubit (tidak kuat-kuat); 3. memotong atau mengerat (kuku) dgn sejenis alat: ~ kuku. ketip II Id mata wang yg kecil nilainya (kira-kira sepuluh sen), picis; seketip sepuluh sen, sepicis. ketip-ketip sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sebuih, Gouania javanica. ketipung I sj gendang kecil. ketipung II ketimbung I. ketirah sj tumbuhan yg berdaun merah. ketis I; mengetis menjentik (benda kecil yg melekat) supaya terpelanting atau tercampak: ~ ulat di baju. ketis II kaki serangga; ketitir sj burung merbuk. ketoka ketuka. ketola sj tumbuhan (pokok memanjat), petola hutan (sagi, sanding), Luffa acutangula; ~ ular sj tumbuhan (pokok memanjat), petola ular, ketik II. ketit Kd menggigit: semut ~ budak itu.

timun bengkok, Trichosanthes anguina; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar petola hutan, akar ara bukit, Aristolochia tagala. ketombe (ketombé) Jk kelemumur. keton (kéton) (Kim) kumpulan sebatian organik yg terdiri drpd dua kumpulan hidrokarbon yg dirangkaikan oleh kumpulan karbonil, digunakan utk membuat cat dan bahan letupan. ketongkeng (ketongkéng) tongkeng I. ketopong sj topi tinggi yg dipakai di kepala sbg perhiasan; ~ besi topi besi (dipakai oleh perajurit-perajurit zaman dahulu); berketopong memakai ketopong: tujuh puluh hulubalang berbaju zirah, ~ besi berdiri di kanan Kisna rayana. ketoprak I Jw lakonan yg ceritanya disampaikan dgn nyanyian dan tarian berserta bunyi-bunyian. ketoprak II Jk tauhu goreng dibubuh tauge dan kicap. ketot (kétot) kecil (kerana terencat atau terbantut tumbuhnya), kemetot, keretot; budak ~; pokok ~. ketoyong Pr terbalik dgn kepalanya ke bawah dan pakunya ke atas (bkn gasing yg berpusing ligat). ketrok Jk ark; mengetrok mengetuk, memukul; diikat di kepala sbg ketu. ketu II Kd 1. memetik (pucuk); 2. mencubit. ketua 1. orang yg tertua dan banyak pengalamannya (dlm kampung dll); 2. orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ketuk I. ketu I Jw sj kopiah (dipakai oleh orang yg bertapa dll); ~ udeng kain yg

~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); berketuakan mempunyai seseorang sbg ketua: perkumpulan itu ~ seorang wanita; mengetuai mengepalai (pertubuhan dll), memimpin, menjadi ketua kpd: Menteri Luar Negeri itu ~ perwakilan negerinya ke persidangan tersebut; mengetuakan 1. mengetuai: pasukan itu diketuakan oleh Panglima Leman; 2. mengangkat (melantik) menjadi ketua, memandang (menyifatkan, menganggap) sbg ketua; pengetua orang yg mengetuai (mengepalai), ketua; ~ maktab. ketual ark pegawai polis; mata ikan. katwal. ketuat biji atau bintil daging yg kecil dan keras (pd anggota atau tubuh),

ketuau; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar tuau, daun patuk tuau, Thunbergia laurifolia. ketubah bp khutbah. ketuban tuban-tuban. ketuhar sj dapur tertutup yg dipanaskan utk membakar, memanggang, dsb, oven; ~ mikrogelombang sj ketuhar yg menggunakan gelombang mikro utk memasak makanan dgn cepat; ~ perolakan (ERT) ketuhar yg menggunakan perolakan haba utk memasak makanan. ketui sj tumbuhan (pokok memanjat), selang, setui, Derris trifoliata. ketuir sj tumbuhan (pokok renek yg tumbuh di tepi pantai), Clerodendron inerma. ketuk I pukulan (dgn buku jari dll) pd pintu dll; ~ buluh = ketuk-ketuk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak yg terdiri drpd bilah buluh yg diketuk-ketuk; ketuk-ketuk sj alat drpd kayu berongga atau buluh yg dipukul kerana sesuatu sebab (utk memberitahu waktu sembahyang, memanggil orang berhimpun, dll), kentung-kentung, tongtong: ~ di masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang; mengetuk memukul dgn buku jari, memukul dgn palu atau sesuatu alat: pintu kamarnya diketuk orang; ~ paku dgn tukul; ~ kawat menghantar telegram; mengetukkan mengetuk utk: “nanti aku pula jadi mangsa utk ~ engkau pintu.”; ketukan (bunyi) pukulan dgn buku jari atau sesuatu alat, ketuk; pengetuk sesuatu yg digunakan utk mengetuk, tukul. ketuk II bunyi ayam yg baru bertelur;

berketuk berbunyi (bkn ayam yg baru bertelur), berkotek; barang siapa yg ~ dialah yg bertelur prb orang yg berasa tersinggung oleh sesuatu sindiran itulah yg telah melakukan perkara yg disindirkan itu; ~ di luar sangkar, bertanam di luar pagar prb mengemukakan keterangan-keterangan perkara diputuskan. ketuk III sj alat bunyi-bunyian spt canang besar. ketuk IV; ~ ubi sj makanan yg dibuat drpd ubi rebus yg ditumbuk dan dimakan dgn kelapa parut dan gula. ketuka sj ikan pari kecil; setoka. ketul I gumpal, kepal (nasi, tanah, dll), kerat (tulang, kayu, dll); seketul segumpal, sekepal (nasi, tanah, dll); sekerat (tulang dll); berketul-ketul bergumpal-gumpal, berkepal-kepal; ketulan gumpalan, kepalan, ketul; ~ tanah gumpal tanah yg padat. ketul II tegang berkedut (urat dll); mengetulkan; ~ kaki membengkokkan (melipatkan) kaki yg terlunjur; pengetul; urat (otot) ~ urat (otot) pd belakang lutut. ketul III Jw ark tumpul. ketum sj tumbuhan (pokok), bia, biak, Mitragyna speciosa. ketumbak sj tumbuhan (herba), ketumbit, Leucas lavandulifolia (Leucas zeylanica). ketumbar sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg dijadikan rempah), Coriandrum sativum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek); a) gambir badak, gambir-gambir (akar), gegambir jantan, kecam, Maesa ramentacea; b) lidah ular, sedeguri, Sida acuta; ~ jawa sj tumbuhan (herba), jeruju gunung, kangkung gunung, Eryngium foetidum. lanjut sesudah selesai

ketumbe (ketumbé) Jk kelemumur, ketombe. ketumbi I sekali. ketumbit I 1. sj tumbuhan (herba) ketumbak, Leucas lavandulifolia; 2. sj tumbuhan (pokok), Saurauja tristyla; ~ akar sj tumbuhan (herba), rumput anak temot, rumput setandang, rumput setawar, rumput sumpu, rumput susur, Borreria articularis (hispida); ~ hitam sj tumbuhan (herba), Polygala venenosa; ~ jantan sj tumbuhan (rumpai), tetambak merah, Emilia sonchifolia; ~ padang sj tumbuhan (rumput), rumput babi, Synedrella nodiflora. ketumbit II Kd, Pr bintil atau tembel (pd mata). ketumbu sj bakul yg bertutup. ketumbuk; ~ ketampi sj burung hantu, burung hantu kuning. ketumpang Jw sj tumbuhan (herba), ekor kucing, Dysophylla auricularia. ketun = ringgit ~ sl wang ringgit. ketung I; mengetung Kd memotong (mematahkan) bahagian atas pokok. ketung II bunyi spt bunyi buluh dipukul; kentung. ketung III; ~ pulut sj tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapat, kerak nasi paya, keremak, keremak bukit, kernau, rumput loh, Alternanthera triandra. ketungging Id sj kala yg besar dan berwarna hitam. ketup I = ketup-ketup bunyi kasut di atas lantai dll. ketup II; mengetup = ~ geraham mengancingkan geraham; katup I. ketupat nasi yg dimasak dlm kelongsong daun kelapa, daun nipah dll yg dianyam: ~ bawang; ~ pasar dll; ~ bangkahulu a) ketupat yg besar; ketombe, ketumbe. ketumbi II tahi yg paling akhir keluarnya; ~ tahi ayam ki orang yg hina

b) bp tinju (yg keras), genggaman (tangan); belah ~ (bentuk) segi empat selari yg sama panjang sempadannya. ketupuk sj burung. ketur I tempat ludah: berludah ke dlm ~. ketur II; berketur berbunyi (bkn katak). ketus I; mengetus Pr mengeringkan (pinggan dll) dgn membiarkan airnya menitis; mengetuskan membiarkan air yg ada pd sesuatu yg dibasuh menitik keluar; pengetus; ~ piring (pinggan dll) rangka tempat diletakkan piring (pinggan dll) supaya menitis airnya hingga kering. ketus II Jk cerewet, bengis, pemarah. ketut; berketut Kl, Tr bengkak kemerah-merahan pd mata (kerana sakit mata). ketutu I sj ikan darat, belantuh, Oxyeleotris marmoratus. ketutu II, ketutuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gasing putih, gegasing, (incanus). kewalahan Jw ark tidak terlawan (terkerjakan dll) kerana terlalu banyak; tidak berupaya (melakukan sesuatu): sasterawan nampaknya ~ memberi jawaban dan menghadapi fragmen-fragmen yg membanjiri hidup akhir-akhir ini. keweh (kéwéh); kerbau ~ kerbau yg tanduknya bengkok ke bawah. kewek (kéwék) Kl, Tr bengkok, tidak lurus (kaki, tulang, dll); kerbau ~ kerbau keweh. kg kep kilogram. Kg. kep Kampung. kelempenang, mempenang, Pericampylus glaucus

KGB kep Komitet Gosudarstvennoi Bezopasnosti (agensi perisik Soviet Union yg hampir sama fungsinya dgn CIA di Amerika Syarikat). KGLM/PTM kep Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Persekutuan Tanah Melayu. KGMK kep Kesatuan Guru-Guru Melayu Kelantan. kha (khO) 1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600); 2. huruf kelapan abjad Jawi. khabar Ar 1. = perkhabaran laporan ttg sesuatu hal atau kejadian, berita, warta: sudah lama saya tidak mendapat apa-apa ~ dr kampung; ~ (khabar) angin khabar yg belum atau tidak pasti kebenarannya; ~ baik khabar yg menggembirakan (menyenangkan); ~ buruk khabar yg mendukacitakan (mencemaskan); apa ~ bagaimana hal atau keadaan (diri seseorang); pecah ~ merebak berita; surat ~ = kertas ~ ark naskhah (lembaran kertas) yg mengandungi berbagai-bagai berita dan diterbitkan tiap-tiap hari, akhbar, harian; 2. = ~ akan = khabarkan sedar (akan); tidak ~ akan (khabarkan) dirinya tidak sedar (spt orang yg tidur lena), pengsan: dia tidak khabarkan diri lagi sejak jatuh dr bangunan tinggi pd hari itu; indah ~ dr rupa (berita) prb khabar atau percakapan orang selalunya melebihlebihkan kecantikan (kesempurnaan dll) sesuatu drpd keadaannya yg sebenar; khabarnya menurut khabar, kata orang: ~ Hamid telah berkahwin lagi; berkhabar, berkhabarkan berkata-kata, bercerita, memberitahu: maka ~lah ia kpd anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh; diamlah ia tiada mahu ~ lagi; ia berkhabarkan kpd kami di dlm mimpi akan rupa Puteri Bungsu itu;

mengkhabarkan memaklumkan, memberitahukan, memberitakan: saya telah ~ berita kematian ibunya kepadanya; terkhabar tersiar khabar, diberitakan, diceritakan; perkhabaran khabar, berita, pemberitahuan: dapatlah ia ~ mengatakan ayahnya ada di Kampar; dgn adanya surat khabar dan radio, sesuatu ~ mudah sahaja diketahui umum. khabuli kebuli. khadam Ar hamba, orang suruhan (gajian), pelayan: beberapa tahun lamanya ia menjadi seorang ~ yg setia dan menurut perintah tuannya; mengkhadamkan menjadikan khadam: ~ diri kpd perpaduan umat Islam. khair Ar baik, elok. khairat kebajikan, derma, sedekah; persatuan ~ kematian persatuan yg mengumpulkan wang (yuran) utk kebajikan ahli-ahlinya yg meninggal dunia (mis utk belanja mengebumikannya); berkhairat miskin. khakan (Parsi) sl maharaja. khaki; kain ~ kain tebal berwarna kuning tua atau kuning gelap biasanya digunakan utk membuat pakaian seragam polis atau tentera. khalaik khalayak. khalak ark 1. ciptaan Tuhan; 2. ciptaan, buatan (sesuatu barang); halus ~nya halus buatannya. khalasi, khalasyi sl kelasi. berbuat kebajikan, berderma, bersedekah: beliau dikenali sbg seorang dermawan yg telah banyak ~ kpd orang

khalayak Ar 1. segala yg dicipta oleh Tuhan, makhluk, manusia: maka segala ~ pun kembalilah masing-masing ke rumahnya; 2. = ~ ramai orang ramai, orang banyak, umum: ia berasa sangat malu kerana dihina di depan ~ ramai; 3. orang ramai yg menjadi pembaca (pendengar atau penonton) hasil ciptaan sastera atau seni, para pembaca (para pendengar atau para penonton). khali Ar diam (tidak berbuat apa-apa), berhenti berbuat sesuatu, lalai (drpd berbuat sesuatu); tiada ~ tidak berhenti atau lalai drpd (berbuat sesuatu): Pak Pandir pun tiada ~ lagi drpd melihat lukahnya; tidak ~ berbuat ibadat sentiasa (selalu) berbuat ibadat. khalifah Ar 1. pengganti (kpd Nabi Muhammad SAW), (gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam: Sayidina Abu Bakar menjadi ~ yg pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW; ~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah; 2. = ~ dabus ketua (pemimpin) permainan dabus: ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak; 3. ark ketua murid; kekhalifahan keadaan (gaya) seseorang khalifah yg menjalankan tugasnya: ketika ~nya, al-Quran sudah selesai ditulis. khalifatullah Ar khalifah Allah. Khalik Ar Yang Menjadikan (iaitu Allah); ~ alalam Yang Menjadikan alam (iaitu Allah); ~ albahri Yang Menjadikan lautan (iaitu Allah). khalikah Ar 1. perihal menjadikan; 2. yg dijadikan atau dicipta (oleh Tuhan), alam, makhluk; ~ raya alam yg luas; 3. pekerti, sifat, tabiat, watak. khalil Ar sahabat; ~ Allah sahabat Allah (gelaran bagi Nabi Ibrahim). khalilullah Ar khalil Allah.

khalis tidak cemar (bernoda), bersih, suci, murni. khalkah ark Ar halkah. khalwat Ar 1. perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dll); 2. hal berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, antara lelaki dgn perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sbg suatu perbuatan yg sumbang: kejadian-kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden; berkhalwat 1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yg sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dll): Tun Kesturi pun bertemu dgn Laksamana di dlm rumah ~ tiada dapat berkata-kata dgn seorang jua pun; 2. berada berdua-duaan dlm keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi (bkn lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri): seorang isteri yg mempunyai anak dituduh ~ dgn seorang teruna di dlm sebuah bilik. khamar Ar minuman keras yg dibuat drpd anggur. khamir bergaul dgn ragi. Khamis Ar hari kelima dlm seminggu, selepas hari Rabu. khamsin (Geog) angin gurun yg panas, biasanya berdebu dan kering, di Mesir dan Laut Merah. khanah Ar tempat simpan barang; ajaib ~ rumah tempat dipertunjukkan barang-barang ajaib, muzium; kutub~ perpustakaan. khanjar sj parang atau pedang yg besar (bengkok). kharab rosak, binasa, hilang atau berkurang penduduknya. kharaj Ar cukai hasil drpd kegiatan ekonomi yg dikenakan ke atas individu bukan Islam.

kharajat kerajat II. khas Ar yg diperuntukkan atau ditentukan (utk seseorang atau sesuatu kegunaan, tugas, dll), khusus, istimewa (utk seseorang atau sesuatu): rumah-rumah itu dibina ~ utk pegawai-pegawai kerajaan; jawatankuasa ~ jawatankuasa yg bertanggungjawab mengerjakan (mengelolakan dll) sesuatu perkara tertentu; mata-mata (polis) ~ mata-mata (polis) yg menjalankan sesuatu tugas tertentu; pembantu ~ pembantu kpd seseorang (pegawai) yg tertentu; mengekhaskan mengkhususkan, mengistimewakan, menguntukkan (bagi orang, kegunaan, dll yg tertentu): kawasan yg dikhaskan utk memelihara binatang ternakan; asrama yg dikhaskan utk penuntutpenuntut perempuan; terkhas terkhusus, teristimewa, tertentu atau terbatas (kpd): perpustakaan itu boleh digunakan oleh orang ramai dan tidak ~ kpd penuntut-penuntut sahaja; kekhasan kekhususan, keistimewaan, keunggulan: reaksi terhadap kesilapan kritikan lelaki yg kurang memahami ~ dunia dan jiwa wanita. khasah ark kain yg halus nipis dan jarang-jarang tenunannya, (kain) kasa. khasiat faedah atau kebaikan yg khas (dlm ubat, makanan, dll), keistimewaan, manfaat: makanan spt daging, telur, mentega mendatangkan banyak ~ kpd tubuh badan; ilmu ~ ubat pengetahuan tentang bahan-bahan ubat dan khasiatnya; berkhasiat mengandungi (memberikan) khasiat: setengah-setengah jenis makanan lebih ~ drpd yg lain; mengkhasiati ark menyelidik (menentukan) khasiat sesuatu benda.

khat Ar tulisan tangan yg cantik, yg dihasilkan dgn menggunakan berus atau pen khas, kaligrafi: seni ~; mengekhatkan menuliskan sesuatu (tulisan Jawi, ayat al-Quran) dgn tangan: serangkap ayat al-Quran yg dikhatkannya di atas kertas sutera bernilai RM10 ribu. khatam 1. sl cincin meterai; ~ Sulaiman cincin meterai Nabi Sulaiman; 2. tamat, selesai, habis; ~ kaji a) tamat belajar; b) = ~ Quran = ~ mengaji tamat atau selesai mengaji (membaca) Quran; 3. penghabisan, terakhir, penutup; ~ al-anbia = ~ segala Nabi yg terakhir drpd segala Nabi (iaitu Nabi Muhammad SAW; berkhatam; ~ pengajian (Quran) tamat kajian (bacaan Quran); mengkhatamkan menamatkan (bacaan, kajian, dll): ~ Quran; banyak drpd murid-muridnya yg sudah dikhatamkan ditamatkan pengajian mereka. khatan sunat (memotong kulup); berkhatan bersunat, bersuci, potong kulup: orang Islam ~ sewaktu masih kecil lagi; mengkhatankan menyunati: biasanya diadakan kenduri apabila ~ anak; perkhatanan perbuatan (upacara) berkhatan atau bersunat; pengkhatanan perihal atau perbuatan mengkhatankan: begitu juga mengenai masalah ~ kanak-kanak perempuan yg sudah biasa dilakukan sbg kebiasaan dlm masyarakat Islam. khatib Ar pembaca khutbah; ~ lalu ~ mati, bilal lalu bilal mati prb perihal kecelakaan yg menimpa orang yg melalui suatu tempat yg sulit dan berbahaya. khatifah sj kain diperbuat drpd bulu domba (kibas), permaidani.

khatulistiwa garisan rekaan di keliling dunia atau dilukis atas peta, yg terletak pd garis lintang 0 darjah (iaitu sama jaraknya dr kutub utara dan kutub selatan); daerah ~ daerah hawa panas (berhampiran dgn garisan khatulistiwa); ~ cakerawala bulatan rekaan yg dibentuk oleh rataan khatulistiwa dunia dgn sfera cakerawala; ~ magnet garisan khayalan di keliling bumi yg menandakan tempat-tempat jarum magnet tidak tunduk ke bawah; ~ panas (suhu) garisan yg menandakan tempat-tempat yg paling panas di muka bumi. khauf Ar ketakutan; sembahyang ~ sembahyang yg didirikan dlm keadaan bahaya, spt peperangan (sebelum pertempuran). khawatir khuatir. khayal 1. = khayalan; 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul; berkhayal 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolah-olah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; mengkhayalkan 1. menggambarkan (membayangkan) dlm anganangan, mengangan-angankan, mereka (dlm fikiran): berlanjut-lanjut ia ~ keindahan tempat-tempat yg sudah dikunjunginya tempoh hari;

drpd kedip rokok dan kepulan asap, kukhayalkan kota New York yg sibuk itu; 2. menyebabkan khayal (asyik), melekakan: suasana di dlm taman itu sungguh ~; terkhayal 1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu; 2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal; terkhayalkan dapat dikhayalkan: hal yg ~; khayalan 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata; 2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku; kekhayalan keadaan khayal (leka), keasyikan (sewaktu sedang membuat sesuatu); pengkhayalan proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan); pengkhayal orang yg berkhayal: ~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dgn gadis itu. khayali Ar 1. diangan-angankan (tidak benar-benar ada), semata-mata dlm angan-angan atau khayalan sahaja: pengarang dapat mencipta dunia ~ menurut kehendaknya dan fantasinya sendiri; 2. sl mabuk

(tidak sedarkan diri): maka segala raja-raja itu pun ~lah lalu bangkit menari beranggap-anggapan terlalu ramainya. khazanah Ar 1. barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu: ia tetap berguna dlm memperkaya ~ sastera tanah air; 2. tempat menyimpan harta benda (kitab-kitab dll): habislah harta yg dlm ~ patik, patik sekalian sedekahkan kpd segala fakir miskin. Khek Hakka. khemah (khémah) tempat berteduh yg biasanya dibuat drpd kanvas yg disokong oleh tiang dan tali yg diikatkan pd pancang: pendudukpenduduk padang pasir yg tidak menetap di sesuatu tempat, tinggal dlm ~; berkhemah mendirikan atau memasang khemah (utk berteduh atau bermalam): apabila tiba malam, pengembara-pengembara itu pun bersiap utk ~; perkhemahan 1. perihal berkhemah; 2. kelompok (kumpulan) khemah: sepasukan musuh telah menyerang ~ tentera kita di situ. khi (kai) huruf ke-22 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , . khianat 1. perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kpd negeri, bangsa, dll): orang yg berbuat ~ itu adalah orang yg sangat hina; 2. yg (bertujuan) menganiaya atau mencelakakan dsb orang lain, yg belot kpd negara: perbuatan ~; orang ~ orang yg melakukan (perbuatan) khianat; berkhianat berbuat khianat: hamba tidak akan ~ dan menderhaka kpd Dato‟ Bendahara;

mengkhianati berbuat khianat kpd, mencelakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kpd: dgn memihak kpd musuh, kau telah ~ bangsa dan negaramu; pengkhianatan perihal (perbuatan, tindak-tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khianat: letupan di pelabuhan itu adalah suatu ~ oleh anasir-anasir jahat; pengkhianat orang yg berbuat khianat, orang yg belot, orang yg tidak setia kpd negara (ketua dll): ~ itu telah dibicarakan dan dihukum. khidmat 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (bertugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan;

~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh pemerintah; ~ perubatan perkhidmatan yg berkaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan perubatan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt perkhidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. khilaf salah (kerana kecuaian, kurang pengalaman, dll), keliru, silap: adalah juga beberapa kesalahan di dalamnya drpd ~ atau lupa; terkhilaf tersalah (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), terkeliru, tersilap: harap maaf kiranya saya ~; kekhilafan kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), kekeliruan, kesilapan: beberapa ~ yg terdapat dlm laporan itu telah dibetulkan. khilafah khalifah. khilafiah Ar menimbulkan keraguan atau pertikaian; perkara-perkara ~ perkara-perkara yg menimbulkan pertikaian (yg tidak mempunyai nas yg tepat mengenai hukumannya). khinzir Arbabi. khisit iri hati, cemburu, dengki. khittah Ar langkah. khizanah, khizanat khazanah. khizanatulkitab Ar, sl perpustakaan, kutubkhanah. khizid, khizit khisit. khoja, khojah (gelaran bagi) saudagar (yg datang dr negeri Parsi atau India Utara).

khuatir Ar agak cemas atau takut akan berlakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bimbang: ia ~ kerana suaminya yg dikasihinya belum pulang-pulang; aku ~ kalaukalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun; mengkhuatiri khuatir (akan sesuatu perkara, atau kejadian atau orang): tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yg lain; mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yg mengekori mereka; mengkhuatirkan menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~; kekhuatiran perasaan khuatir, kebimbangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu. khudu Ar sifat rendah hati. khulak khuluk I. khuldi Ar; buah ~ buah yg dimakan oleh Nabi Adam dan Siti Hawa dlm taman Firdaus. khuluk IAr perceraian yg diminta oleh isteri dgn bayaran menurut jumlah yg dipersetujui, tebus talak. khuluk II Ar sifat, pekerti, pembawaan, laku: maka Sultan Muda pun besarlah, terlalu baik ~nya dan lakunya. khunsa Ar orang yg mempunyai dua alat kelamin. khurafat Ar kepercayaan yg karut, dongeng, tahyul: kata-katanya itu banyak bidaah dan ~. khusmat kesumat. khusus (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita;

persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlm bidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm sesuatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhususan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. khusyuk Ar 1. dgn penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu), dgn sungguh-sungguh (ketika berbuat ibadat dll), dgn menumpukan perhatian dan minat yg sepenuhnya (kpd sesuatu): ahli jemaah sedang duduk dgn ~ mendengar bang; mereka sedang ~ bersembahyang; 2. (dgn) kerendahan hati (diri): manusia akan menghadap Tuhan dgn penuh hormat, ~ dan tawaduk; 3. Jk niat, tujuan, kasad; mengkhusyukkan menjadikan seseorang khusyuk: suasana malam yg sunyi itu sangat ~;

kekhusyukan

perihal

atau

keadaan

khusyuk

(ketika

bersembahyang, berdoa, dsb). khutbah Ar pidato (biasanya yg mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan: sembahyang Jumaat didahului oleh ~; berkhutbah 1.berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dll): mereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dgn suara yg nyaring; 2. ki berleter: pagi-pagi lagi ibunya sudah ~; mengkhutbahkan menerangkan atau menghuraikan (ajaran agama dll) dlm khutbah: sudah tiga kali perkara itu dikhutbahkannya kpd jemaah di masjid itu; pengkhutbah ark orang yg berkhutbah, pensyarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan); ~ Injil pendeta Kristian. ki 1. Jw gelaran (panggilan) bagi orang tua-tua atau guru; 2. Pr datuk (singkatan bagi aki). kia I sj jahitan tangan yg menyerupai jahitan mesin jahit; jenis-jenis: ~ cengkam, ~ rantai, ~ selari, ~ sangkut, dll. kia II; limau ~ sj tumbuhan (pokok renek dan buahnya), limau kaya, limau kikir, limau kingkip, limau kingkit, Triphasia trifolia. kia III Kl takut, cuak. kia-kia I; yu (ikan) ~ sj ikan laut, yu cemongi, yu kemejan, yu kemenyan, Rhinobatis spp. kia-kia II bp bersuka-suka, bersenang-senang, berfoya-foya. kiah; mengiah, mengiahkan menjadikan renggang (longgar); pengiah; ~ kasut (sepatu) sj alat utk merenggangkan sepatu supaya mudah memasukkan kaki, sudu (sudip) sepatu.

kiai Jw 1. gelaran bagi alim ulama Islam; 2. orang yg berpengetahuan tinggi dlm hal-hal agama Islam, alim ulama; 3. gelaran bagi guru ilmu ghaib (tasawuf): ~ Salleh dikatakan boleh menjadikan orang kebal; 4. ketua atau pegawai daerah (di selatan Kalimantan); 5. panggilan bagi sesuatu (benda, senjata, dll) yg bertuah; ~ Tunggulwulung panggilan bagi bendera pusaka di istana Jogjakarta. kiak-kiak sj semut yg besar dan hitam warnanya, cengkiak, kelengkiak, lengkiak. kial I; kial-kial, berkial-kial, terkial-kial 1. (berbuat sesuatu) dgn sepenuh upaya (tenaga), berjerih-jerih: seorang Cina tua kelihatan terkial-kial mengayuh sebuah beca; 2. bergerak-gerak keras (kerana tertawa atau menangis), bergoncang-goncang (badan): kanak-kanak itu meminta ampun kpd ibunya sambil tersedu-sedu dan terkial-kial. kial II ark gerakan tangan atau badan utk menggambarkan sesuatu perbuatan (sbg isyarat): menceritakan apa yg berlaku dgn ~; berkial menggerakkan tangan (badan dll) sbg lakonan: bernyanyi sambil ~; mengialkan melakonkan, menggambarkan (menerangkan) sesuatu dgn perbuatan (isyarat); kialan persembahan drama atau sandiwara tanpa suara (yg mementingkan gerak badan, isyarat tangan, mimik muka), pantomim; perkialan perihal berkial, gerakan (tangan, badan, dll) utk menerangkan sesuatu perbuatan atau melahirkan perasaan. kiam Ar berdiri tegak (ketika bersembahyang). kiamat Ar 1. = hari ~ akhir zaman, iaitu apabila seluruh alam musnah: ~ akan berlaku tetapi tiada seorang pun yg tahu bila; ~ kubra kiamat

apabila berlakunya kemusnahan seluruh alam; sampai ~ sampai akhir zaman, (buat) selama-lamanya: takkan hendak disimpan wang itu sampai ~; 2. = hari ~ hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pembalasan; 3. = hari ~ hari penghisaban, iaitu hari apabila segala amalan manusia dihisab; 4. = hari ~ hari pembalasan, iaitu hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia: pd hari ~ Allah akan menghukum dgn adil dan benar; 5. ki rosak binasa, kacau-bilau, mendapat bencana (kecelakaan): ~ nanti kalau rahsia ini diketahuinya. kiambang sj tumbuhan yg terapung-apung di air, Pistia stratiotes; ibarat ~ ki perihal tidak teguh dan tidak tetap; bagai (spt) ~ dilempar prb bersurai seketika kemudian berkumpul semula (bkn orang ramai yg berkumpul); biduk lalu ~ bertaut prb orang yg bertelingkah (berkelahi) yg kemudiannya berbaik semula. kian I 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas; sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. sehingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; berkian-kian terlalu banyaknya, banyak-banyak: harta dunia yg ~ banyaknya. kian II sana, situ; ~ ke mari ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burungburung terbang ~ ke mari.

kiang; ~-kiut berbunyi spt bunyi engsel (yg ketat) pintu yg dibuka ditutup. kiani ark; singgahsana ~ sl takhta kerajaan. kiap dua keping papan berdiri utk menegakkan (menyokong, menopang) tiang bendera. kiar I Kl sj wap yg dikeluarkan oleh kulit limau (boleh memedihkan mata). kiar II Kl ikhtiar, usaha. kias I Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. perbandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. memperbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-~ berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd;

mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgn perbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. membuat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perumpamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan. kias II; ilmu ~ ilmu sihir atau ilmu ghaib (yg menggunakan jampi-jampi utk menyembuhkan penyakit dll). kiasi ark 1. menurut kias; 2. berkaitan dgn kias. kiat I 1. = berkiat keras dan tidak boleh dikelokkan (dilentokkan), kejur, kaku, kejang (anggota); 2. = terkiat tergeliat, terkehel, salah urat (menyebabkan kaki atau tangan tidak dapat dilentokkan). kiat II Kl 1. ketat atau sendat (bkn tutup tin dll); 2. tidak licin perjalanannya kerana terlalu buruk dll (bkn basikal dll). kiat III Mn cara (jalan, selok-belok) mengerjakan sesuatu. kiat IV ark; mengiat 1. membentangkan atau mengembangkan (kad atau daun pakau) supaya kelihatan; 2. mengocok (membancuh) kad atau daun pakau. kiat V Kd menjadi herot (kayu).

kiaupau C ark penduduk (Cina). kibang; ~-kibut berlarian (bergerak) dgn tidak berketentuan arah, kelibang-kelibut. kibar; berkibar, berkibar-kibar, berkibaran bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (bkn bendera dll): bendera Malaysia ~ di sana sini pd hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia; mengibarkan menyebabkan berkibar, menggerak-gerakkan (bendera dsb) supaya berkibar, memasangkan (membentangkan) supaya berkibar: kota ini bersemarak dgn hiasan, dan setiap rumah ~ bendera; beribu-ribu murid sekolah berdiri di sepanjang jalan sambil ~ bendera; kibaran gerakan berkibar; pengibaran perihal (perbuatan dsb) mengibarkan (bendera): upacara dimulakan dgn ~ bendera oleh ketua pasukan. kibas I; mengibas, mengibas-ngibas 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas: dia ~ bangku itu dgn sapu tangan sebelum mendudukinya; mengibaskan, mengibas-ngibaskan menggerakkan (sayap dll) ke atas ke bawah spt melambai-lambai: seekor ayam jantan mengibasngibaskan kepaknya dan berkokok dgn nyaringnya; 2. mengibarngibarkan dgn keras (kain dll), mengebas: kain-kain hendaklah dikibaskan utk menghilangkan debu yg melekat padanya. kibas II = kambing ~ sj kambing biri-biri di negeri Arab, domba; bulu ~ bulu domba. kibir sangat angkuh (sombong), berasa dirinya lebih penting (mulia dll).

kiblat 1. arah ke Kaabah di Mekah (arah yg dihadap oleh orang Islam ketika bersembahyang); 2. arah (timur, barat, dll), mata angin; berkiblat = ~ kpd menuju (menghala) ke ..., condong (berat) kpd: pendirian parti politik tersebut menunjukkan parti itu tetap ~ kpd negara-negara komunis; berkiblatkan berkiblat kpd, berdasarkan: budaya yg ~ barat; mengiblatkan menghalakan, mengarahkan, menujukan. kibriah Ar ark keangkuhan, kesombongan, takbur. kibriak kebesaran (Allah). kibul I Jk punggung. kibul II Jk bohong; mengibuli menipu, membohongi. kicak; ~-kicau bunyi burung murai; kicau. kicang; ~-kecoh = ~-kicu ark berbagai-bagai tipu daya; ~-kecoh ciak prb barang apa yg hendak disiasat, hendaklah ada buktinya (tandanya). kicap I kicau. kicap II benda cair yg hitam warnanya dibuat drpd air kacang soya dan garam (digunakan dlm masakan dll). kicar-kicar sj tumbuhan (pokok renek), Myrsine porteriana (capitellata). kicau I 1. bunyi burung; 2. = kicak-~ bunyi burung murai: Karim dikejutkan drpd tidurnya oleh ~ murai; berkicau 1. berbunyi (bkn burung terutama burung murai): ayam biasa berkokok, murai biasa ~; 2. bercakap-cakap dgn sesuka hati (tidak tentu buah butirnya), berceloteh, mengoceh; berkicauan berkicau banyak-banyak (bersama-sama): beberapa ekor burung murai ~ dr dahan ke dahan; kicauan kicau.

kicau II kecoh, tipu. kici sj perahu yg kecil dan bertiang dua. kicu tipu, penipuan; kena ~ kena tipu; kecoh I. kicut; berkicut berbunyi spt bunyi pintu dibuka tutup, berkiut. kidab ark bohong, dusta; kizib. kida-kida ark perhiasan yg dibuat drpd emas perada dll (dikenakan pd tepi songkok, selendang, dll). kidal 1. kiri; tangan ~ tangan kiri; 2. gemar (cenderung) menggunakan tangan kiri (apabila membuat sesuatu). kidang Jw kijang. kidar Jk idar, kisar, kitar. kidemat ark khidmat. kidul Jw selatan; laut ~ = segara ~ lautan Hindi (di sebelah selatan Pulau Jawa). kidung sj nyanyian, syair yg dinyanyikan, kekawin; ~ gereja lagu yg dinyanyikan oleh orang Kristian dlm gereja; tukang ~ penyanyi kidung; berkidung-kidung bernyanyi kidung: mereka ~ sendiri di buritan bahtera yg hanyut di tengah lautan; mengidung bernyanyi kidung: di tengah balai sama menari serta ~ manis berseri; mengidungkan menyanyikan, melagukan (kidung). kifarat Ar denda kerana melanggar hukum atau peraturan agama yg tertentu (berupa perbuatan kebajikan atau lain-lain sbg memohon ampun akan dosa); ~ zihar denda yg dikenakan ke atas suami kerana menyamakan sebahagian anggota isteri dgn mahramnya. kifayah Ar fardu.

kihanat Ar ark ramalan, penenungan. kijai I sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasir, kedondong matahari, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii. kijai II; terkijai-terkijai terkitai-kitai. kijang sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll); ~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada bersusah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi. kijil = akar ~ sj tumbuhan (akar memanjat), akar banar, akar gadung tikus, akar kelona betina, banar babi, gadung jantan, Smilax helferi. kijing sj kepah yg boleh dimakan, Lutraria spp. kijip kejap I. kikir I sj alat drpd keluli yg bergerigi halus pd permukaannya atau tepinya dan digunakan utk mengikis (melicinkan, mengasah, memotong dsb) besi dll; ~ belah rotan kikir yg satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder; ~ pari a) kikir yg dibuat drpd kulit pari; b) orang yg kedekut; ~ parut sj kikir yg tajam-tajam geriginya (utk mengikis kayu, kulit, dll); ~ pari belulang kering direndam tujuh hari tak basah prb a) orang yg degil atau kedekut; b) orang yg kuat (berkuasa) yg tidak boleh dipengapakan; berkikir 1. telah dikikis (dilicinkan) dgn kikir; 2. tidak licin (bkn kulit), berkerut-kerut, berkedut-kedut; mengikir melicinkan (mengikis dll) dgn kikir: ~ kepingan keluli;

kikiran serbuk sesuatu yg dikikir, tahi kikir. kikir II terlalu berkira-kira atau berhati-hati membelanjakan wang, kedekut, lokek: ia tidak ~ menyumbangkan derma; kekikiran perihal (sifat) kikir. kikis I; mengikis mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru; kikisan kerikan; pengikisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengikis; pengikis alat utk mengikis, pengerik. kikis II Mn hilang, luput; hilang ~ hilang lenyap, luput sama sekali; mengikis 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; terkikis terluput, lenyap (dr ingatan): segala peristiwa itu sudah hampir ~ dr ingatannya. kikuk Br sj kera, cengkok. kila Mn ark mengila membantahi atau membangkang (perkataan orang), memutarbalikkan (perkataan); kilah I. kilah I 1. tipu daya, tipu muslihat: segala ~ yg dijalankan tidak memberi hasil; 2. helah, dalih, alasan (utk tujuan yg tersembunyi): itu hanya suatu ~; berkilah, berkilah-kilah berdalih, mencari-cari helah, berbelit-belit atau berputar-putar (percakapan): ia bertanya dgn tidak berkilahkilah;

mengilah-ngilahkan

=

mengilahkan

ark

membelit-belitkan

(memutar-mutar) perkataan dll, menggunakan helah atau tipu muslihat: mereka ~ kenyataan sesuka hati mereka. kilah II sj siput laut. kilai kili-kili (gelang-gelang) bagi menjarakkan lembar tali yg dipintal. kilala Br, Sr kenal. kilan I; terkilan 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terkelindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad. kilan II Jw jengkal; mengilan menjengkal. kilang I 1. = kilangan apitan, penggilingan (tebu); ~ getah kilang tempat membuat getah keping; 2. bangunan (kelompok bangunan) berserta dgn alat-alat jentera utk membuat (memproses dll) barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ sabun; 3. organ yg tugas utamanya membentuk sebatian kimia yg tertentu, kelenjar: ~ air liur; ~ air mata; ~ adrenal organ vertebrat yg membentuk hormon; ~ mengetin kilang tempat mengeluarkan barang-barang dlm tin; ~ padi kilang tempat mengisar padi; ~ papan kilang tempat membuat papan; kilangan patah awak itulah menghimpitnya prb mendapat kesusahan oleh sebab perbuatan sendiri; mengilang 1. menggiling atau menggolek tebu (utk memerah airnya), mengapit, menghimpit, mengupas (mengisar dll) padi dll

dgn mesin; 2. membuat (mengeluarkan) barang dgn menggunakan kilang; sudah ~ membajak pula prb sentiasa menanggung kesusahan (bekerja sepanjang masa dll); perkilangan 1. kelompok kilang (atau fabrik): rombongan itu akan melawat pusat-pusat ~ yg mengeluarkan barang-barang di Petaling Jaya; 2. usaha (kegiatan) membuat barang-barang dgn kilang: sangat perlu juga digalakkan perindustrian dan ~; 3. yg berkaitan di kilang atau kelompok kilang; pengilangan perbuatan atau perihal mengilang; pengilang orang (kumpulan dsb) yg memiliki (mengurus) kilang. kilang II 1. air tebu; 2. sj nira yg diminum. kilangin sj alat jentera yg digerakkan oleh angin (utk mengisar gandum), kincir angin. kilap I Jw tidak tahu, entah. kilap II gilap, kilat; sekilap; ~ mata sekelip mata, sesaat, seketika: dgn ~ mata, wang itu disambarnya; berkilap berkilat (bercahaya), berkilauan, gilap: bintang kehormatan yg tersemat di dadanya ~ apabila kena sinar matahari; mengilap berkilap: kecut perutku ketika kulihat doktor itu mengangkat pisau yg ~; terkilap terkilat (memancar cahayanya). kilar sj siput yg boleh dimakan. kilas I 1. lingkaran rotan (utk mengikat kaki binatang, mengikat pengayuh pd keliti, dll); 2. sj penyambung yg membolehkan bahagian sesuatu yg dilekatkan (disambungkan) padanya berputar dgn bebas; 3. Kl

gulung kain sarung pd pinggang: Muda mengeluarkan rokok daun dr ~ kainnya; 4. (Kej) daya yg menghasilkan gerakan berputar yg diukur dlm unit newton-meter, biasanya digunakan dlm motor, bagi menunjukkan kebolehannya memiuh berbanding dgn motor-motor lain; mengilas 1. mengenakan atau memasang kilas (gelang-gelang rotan), mengeratkan ikatan tali dgn mengumpil; 2. Kl menggulung kain di pinggang (ketika memakainya). kilas II Mn kilat; sekilas = ~ mata = ~ pandang sekelip mata, selayang pandang, sesaat, seketika: lamunannya yg ~ itu terganggu oleh suara orang memanggil. kilas III berkaitan dgn pukulan dlm permainan mis badminton dan tenis, yg bahagian belakang tangan dlm kedudukan menghala ke pemain lawan: pukulan ~; servis ~; mengilas memulas atau memiuh (tangan): anggota polis yg menangkap pencuri itu ~ tangannya ke belakang. kilat I 1. cahaya yg memancar di langit (biasanya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat; ~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran)

orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepantasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll); sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula; berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat bersinarsinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~; berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali; mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; mengilatkan 1. memancarkan (mengeluarkan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elokelok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya;

terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud katakata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya; pengilat bahan utk mengilatkan (menjadikan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir. kilat II; ~ bahu kelat bahu. kilat III sj tumbuhan (pokok), jangkar paya, Icicaster planchoni. kilau cahaya gemerlap (spt cahaya lampu, permata, dll), cahaya yg bersinar (berkilap): ~ bintang yg menerangi langit; berkilau, berkilau-kilauan, kilau-kilauan, kilau-kemilau, kilaumengilau bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap: laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari; sinar permatanya gemerlap berkilaukilauan; bintang di langit kilau-mengilau; kilauan kilau: kesibukan bandar itu sudahlah pasti dgn ~ lampu neon yg berbagai-bagai warna. kili I Jw sl orang perempuan yg bertapa. kili II; kili-kili 1. lingkaran kecil rotan yg dicucukkan pd hidung kerbau; 2. sj gelendong, alat utk menggulung tali pancing dll; ~ dayung gelang-gelang sbg pemegang dayung (pengayuh); panjang ~ ki pandai mencari-cari helah atau alasan (banyak dalihnya); mengili; ~ layang-layang menggulung tali layang-layang (kerana hendak menurunkannya).

kili III Mn kelim (jahitan); mengili mengelim (jahitan). kilik I ark; ~ bahu kelat bahu. kilik II Jk; mengilik-ngilik 1. menggeletek, (supaya berasa geli); 2. ki menghasut (supaya timbul kemarahan). kilir I; batu ~ sj batu utk mengasah (menajamkan) pisau dll; mengilir mengasah (menajamkan) pisau dll: dikilirnya pisau itu sebelum disembelihnya ayam itu; kiliran 1. alat (spt batu dll) utk mengilir (pisau dll), pengasah; ~ budi alat utk mengasah (menajamkan) otak; ~ taji hujung taji yg ditajamkan; 2. hasil mengilir. kilir II Mn; terkilir terkehel, terpelecok, terpiuh, tergeliat (kaki, tulang, dll). kilo 1. = kilogram seribu gram; 2. = kilometer seribu meter; berkilo-kilo beberapa (banyak) kilo; ~ meter beribu-ribu meter (beberapa banyak kilometer); kiloan ditimbang dlm ukuran kilogram. kilo- awalan asing seribu (1000), mis kilometer, kilohertz dan kilogram. kilobait unit ukuran maklumat komputer yg bersamaan dgn 1024 bait. kilogram unit ukuran berat yg bersamaan dgn 1000 gm atau (= 2.2 lb. atau 1 kati 10 tahil); ~ kalori kilokalori; ~ piawai ukuran kilogram antarabangsa (= 2.2 lb). kilohertz unit frekuensi gelombang radio yg bersamaan dgn 1000 hertz. kilokalori unit tenaga yg bersamaan dgn 1000 kalori, yg digunakan utk mengukur keluaran haba atau nilai tenaga dlm makanan. kiloliter unit ukuran cecair (= 1000 liter atau 35.31 kaki padu).

kilometer (kilométer) unit ukuran panjang yg bersamaan dgn 1000 meter atau 0.62 batu. kilotan 1. 1000 tan; 2. unit kuasa letupan yg bersamaan dgn 1000 tan TNT. kilovolt 1000 volt. kilowatt unit ukuran tenaga elektrik bersamaan 1000 watt. kilowatt-jam unit tenaga elektrik yg bersamaan dgn penggunaan kuasa 1000 watt dlm masa satu jam. kilt sj skirt berlipat-lipat yg labuhnya dr pinggang hingga ke lutut yg dipakai oleh orang lelaki sbg sebahagian drpd pakaian kebangsaan Scotland. kima 1. sj siput besar, Chama gigas; 2. kulit lokan. kimah Ar 1. harga, nilai; 2. kira-kira, lebih kurang; terkimah ternilai, terkira (terhitung): akan segala manusia itu tiadalah ~ banyaknya. kimantu ark panggilan bagi orang Cina totok. Kimaragang suku kaum peribumi di Sabah yg terkenal dgn nama Maragang, kebanyakannya tinggal di daerah Kota Marudu, yg terbahagi kpd beberapa puak kecil, spt puak Garoh, Talantang, Tinagas dan Sonsogon. kimat kimah. kimbah; mengimbah Kd mengais (pasir dll). kimbang; terkimbang-kimbang 1. terbang melayang berkeliling (spt burung helang); 2. ki berasa bimbang atau khuatir, gelisah (tidak tenang perasaan atau fikiran), bingung. kimbul ark sj pentas atau anjung di buritan perahu.

kimia = ilmu ~ ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn menggunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg dikeluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. kimiawi berkaitan dgn kimia. kimkha sj kain yg halus dan berbunga-bunga.

kimlo C sj sayur berkuah. kimono (Jepun) sj baju labuh berlengan besar dan berbengkung yg dipakai oleh wanita Jepun; berkimono memakai kimono: beberapa orang wanita yg kelihatan ~ dlm majlis itu tentunya wanita Jepun. kimpa ark kimpal. kimpal padu (tidak kosong dalamnya), padat; emas ~ emas tempaan atau emas yg telah dibuat sesuatu (bukan emas urai); mengimpal 1. memukul atau menitik (emas dll) utk dibuat sesuatu, menempa (emas dll); 2. mencantumkan (menyambung) besi dll dgn jalan memanaskan dan memukulnya; kimpalan 1. cantuman (sambungan) antara dua bahagian logam spt besi dll yg terbentuk secara mengimpalkannya; 2. hasil perbuatan mengimpal; pengimpalan proses atau perbuatan mengimpal; pengimpal orang yg mengimpal, tukang kimpal. kimpul I sj tumbuhan (herba), birah hitam, keladi hitam, Xanthosoma violaceum. kimpul II Jw sj beg kecil (tempat menyimpan wang dll). kimpus Mn; terkimpus cengkung atau cekung (pipi dll), lekuk. kimput ark kecut (hati), gentar, takut. kina Id sj tumbuhan (pokok yg kulitnya digunakan utk membuat ubat bagi penyakit malaria), kuinin, Cinchona spp.. kinang I Jw sirih yg dibubuh kapur dll, sekapur sirih; menginang makan sirih. kinang II ginang-ginang.

kinantan 1. putih seluruhnya (ayam dll); ayam (kuda) ~ ayam (kuda) yg putih seluruh tubuhnya; 2. ki istimewa, luar biasa (kepandaiannya, keberaniannya, dll): akan anak Mak Guna yg ~ itu sekali-kali tak teringat oleh emak Amin; bagai ~ hilang taji prb orang yg bijak (kaya dll) yg tidak lagi mendapat penghargaan (penghormatan) orang. kinayah Ar contoh yg tersembunyi pengertian atau maksudnya, yg dapat difahami tanpa keterangan lain. kinca Jw air gula, tengguli. kincah; mengincah 1. menggoncang-goncang cucian dlm air (utk menghilangkan kotoran), membersihkan (daging dll); 2. mencuci kemaluan atau pelepasan, mencebok; 3. mengacau (menamparnampar) air supaya keruh; busuk daging dikincah dimakan, busuk ikan, dibuang prb kalau saudara-mara yg melakukan kesalahan, dicari jalan utk membersihkan namanya, tetapi kalau orang lain, dibiarkan sahaja. kincak; terkincak-kincak terlompat-lompat sambil menggerakkan kaki dan tangan. kincang; kecoh-~ Mn bermacam-macam helah atau tipu daya. kincat kincak. kincau ark; mengincau mencampur (dgn mengacau dll), mengaduk. kincir 1. = ~ air sj roda yg dipasangkan pencedok air pd lingkarannya utk mengairi sawah dll: ~ air digunakan utk mengambil air yg jauh di bawah dan tidak dapat mengalir ke sawah; 2. = ~ air sj roda besar yg diputar dgn kuasa air utk menggerakkan alat jentera; 3. = ~ angin sj roda besar yg digerakkan oleh angin (utk mengisar gandum dll);

4. = ~ angin baling-baling; 5. roda pemintal (penggulung) benang, rahat; ~ padi Mn alat utk menggiling (mengisar) padi, penggilingan padi; berkincir; ~ alir = kincir alir Mn pintar (cekap) dlm menjawab dll; kinciran jentera (roda) yg digerakkan oleh air (angin dll). kincit terkeluar sedikit najis (dgn tidak dapat ditahan), tercirit sedikit. kincung kecoh. kincup kecil lubangnya, sempit (lubang hidung dll); mengincupkan menjadikan kincup. kindap Kl; terkindap-kindap kian ke mari mengintai-intai (spt orang mencari-cari atau melihat-lihat sesuatu). kindergarten bptadika. kinematik (kinématik) 1. (Komp) proses memplot atau menganimasikan pergerakan sesuatu bahagian struktur yg sedang direka bentuk dlm kejuruteraan bantuan komputer; 2. (Mat) cabang matematik gunaan yg mengkaji bagaimana halaju dan pecutan pelbagai bahagian sesuatu sistem bergerak dihubungkaitkan. kinesik (kinésik) kajian tentang gerak isyarat dlm komunikasi, termasuk mimik dan pergerakan tubuh badan. kinetik (kinétik) 1. bergantung pd gerakan permukaan atau isi padu utk mendapatkan kesannya; 2. (Kim) kajian bkn mekanisme kadar tindak balas dan faktor yg mempengaruhi tindak balas spt tekanan, suhu, dan bahan tindak balas; 3. (Fiz) kajian bkn perilaku tenaga apabila sesuatu bergerak; ~ kimia kajian tentang mekanisme, kadar tindak balas, dan faktor (spt tekanan, suhu, kepekatan, dll) yg mempengaruhi kadar tersebut.

kinetin (kinétin) (Bio) sj hormon yg digunakan utk merangsang pembahagian sel pd tumbuhan. kingka kimkha. kingking, kingkip, kingkit; limau ~; limau. kini sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. kinja; lompat ~ = berkinja-kinja melonjak-lonjak (kerana kegirangan dll), melompat-lompat, meloncat-loncat; terkinja-kinja terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll): beberapa orang budak sedang bermain-main dan ~ di halaman rumah. kinjang; terkinjang-kinjang terkinja-kinja, terlompat-lompat. kinjat ark; terkinjat tersentak, terlompat, terperanjat. Kintak penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg tinggal di kawasan pinggir daerah Grik, Hulu Perak, Perak. kintal I Jw sj katak (boleh membuncitkan perutnya). kintal II kuintal. kinyam Mn; menginyam mengecap; kenyam. kinyang sj hablur yg dipakai utk batu permata dsb. kios pondok kecil tempat menjual rokok, surat khabar, dll: buku-buku dan majalah-majalah dapat dibeli di ~. kip penggalak senapang; kep.

kipa Jk ark tempang atau pincang (kerana kudung sebelah kakinya). kipai ark; mengipaikan mengibas-ngibaskan (ekor). kipan tenuk; cipan II. kipang Mn sj kuih yg dibuat drpd kacang tanah (bijan dll) yg dimasak dgn gula, sj tenteng. kipar sj kain yg tenunannya bergaris-garis; kepar. kipas I 1. alat yg dikibas-kibaskan utk menggerakkan atau mengadakan angin (utk menyamankan badan): sebelah tangannya mengibasngibaskan ~ ke badannya yg berpeluh; 2 = ~ angin alat yg mempunyai bilah-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); 3. alat yg mempunyai bilah-bilah yg berpusing utk menjalankan enjin kapal terbang dll, baling-baling, propeler; ~ air alat utk menyapu air pd kaca kereta (biasanya pd waktu hujan turun); ~ angin = ~ (angin) elektrik bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejukkan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; ~ berdiri kipas angin yg dicagakkan pd tiang yg mempunyai tapak; ~ dinding kipas angin yg dipasang pd dinding; ~ gantung kipas siling; ~ kotak kipas angin yg berbentuk kotak; ~ meja kipas berdiri yg rendah, biasanya diletakkan di atas meja; ~ siling kipas angin yg dipasang tergantung di siling (rumah dll); berkipas 1. mempunyai kipas, menggunakan kipas; 2. (sedang) menyejukkan (mengangini) diri dgn kipas; 3. = berkipas-kipas mengibas-ngibaskan atau melambaikan ekor dll;

mengipas 1. Id bergerak-gerak kencang (bkn jantung); 2. = mengipasi menyejukkan (badan dll) dgn mengibas-ngibaskan kipas dll: Najelah ~ dadanya kerana kepanasan; mengipas-ngipas mengipasi: dia memusing-musingkan topi itu seolah-olah ~ badannya; mengipaskan 1. mengibaskan (kipas, sayap, dll); 2. menepis (menangkis) dgn tangan dll: pemuda itu menghulurkan tangannya hendak memegangnya tetapi segera dikipaskannya; pengipas orang yg mengipas. kipas II; pokok ~ sj tumbuhan (herba, rizomnya dibuat ubat), Belamcanda chinensis; rumput ~ sj tumbuhan (herba), Philydrum lanuginosum. kiper IB, bp penjaga gol (dlm permainan bola sepak dll). kiprat Jk; mengipratkan 1. menepis, menangkis (dgn tangan): tangannya meraih-raih hendak memeluk Martini, tetapi dikipratkan oleh Martini; 2. merenjiskan, memercikkan air dgn tangan. kipsiau C teko (tempat membuat teh dll), cerek (dibuat drpd tanah). kipu ark tukang, juru, pandai; ~ kayu (besi dll) tukang kayu (besi dll). kir; dikir bp disiasat (diselidiki) kebaikan dan keburukannya (kelemahannya). kira 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka: pd ~nya tidak ada yg berani menentang pegawai itu; 2. fikir, rasa, anggap: saya ~ malam nanti baru ia tiba di sini; 3. taksiran, hitung; ~ kasar hitung kasar; juru~ orang yg menyiapkan (menyediakan) buku kira-kira perniagaan dll; masuk ~ masuk hitung, dihitung; mesin ~ alat (mesin) utk menghitung (spt mencampur, menolak, dll); 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar

dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (perhitungan); 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan: saya tak ~, apa juga pekerjaan, boleh saya kerjakan; saya tidak ~ kawan, tidak peduli saudara siapa; kiranya 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudahmudahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang diPertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba; sekira, sekiranya kiranya, kalau: mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan; kira-kira 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, rancangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?; buku ~ buku tempat mencatat kira-kira kewangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan termasuk dlm perhitungan mencatat (taksiran); butir-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak 3. rasanya, agaknya,

barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikirannya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai membesarkan angka dgn menjumlah (mencampurkan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecahan (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; sekira-kira 1. kira-kira, lebih kurang: ~ sebahara emas harganya; 2. sekadar(nya): perkhidmatan kereta api di sana mendatangkan hasil hanyalah ~ dapat memulangkan modal dan menanggung perbelanjaannya; berkira = berkira bicara; berkira-kira 1. berura-ura, berhitung-hitung, berfikir-fikir, menimbang-nimbang: maka Raja Chulan pun ~ hendak menyerang negeri China; aku mengeluarkan perkataan-perkataan itu dgn tidak ~ lagi; 2. bercadang-cadang (berniat, bersedia-sedia) hendak berbuat sesuatu, beragak-agak: lama sudah ia ~ hendak melancong ke negeri-negeri Eropah; mengira 1. menghitung (wang dll), mencongak: bibirnya kumatkamit ~ wang yg baru diterimanya; ~ luas bulatan dgn menggunakan formula; 2. memikirkan, memperhitungkan,

mempertimbangkan: hatinya cuba ~ sendiri tentang kebaikan dan keburukan anjuran sahabatnya itu; dlm perbincangan itu dibangkitkannya masalah-masalah yg dikiranya perlu diatasi; soalan itu dikemukakannya dgn tidak ~ kesibukan orang; 3. menjangka, menduga, menyangka: pertemuan itu tidak semeriah yg dikira; tepat dgn apa yg dikira, pesawat-pesawat Jerman menghujani konvoi dgn peluru dan bom; 4. menganggap, berpendapat, menyifatkan: barangkali ada antara pembaca yg ~ syair tersebut sbg syair bebas; kehidupannya bolehlah dikira senang juga; setiap rencana yg telah saya tulis saya kira tidak bermutu; 5. mengambil berat, menghiraukan (mengendahkan, mempedulikan): ia hanya suka merapik, orang gila tak boleh dikira; mengira-ngira 1. menghitung-hitung, mencongak-congak: pelayan itu tersenyum sambil ~ harga minuman; 2. memikir-mikir, menimbang-nimbang, mentaksir-taksir: Basir ~ hotel mana yg mampu ditumpanginya; mengirakan, mengira-ngirakan menghitung dgn kira-kira (ilmu hisab), menaksir, menilai, mengagak-agakkan: ia khuatir sebab lamanya ayahnya dlm perjalanan sudah melebihi waktu yg dikirakirakan; terkira terhitung, terduga: ~ dua kali; tidak ~(-kira) a) tidak terhitung, sangat banyak; b) = tidak terkirakan tidak terkatakan (tergambarkan), terlalu sangat, tidak terduga (tersangka); kiraan = kira-kiraan hasil mengira, hitungan, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di

dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci); perkiraan 1. kiraan, perhitungan: angka yg diberikan itu berdasarkan ~ pukul rata; pinjaman itu dikenakan bayaran faedah dgn ~ 4%; 2. pertimbangan, taksiran: perkara-perkara yg penting diserahkan kpd ~ ibu bapa mereka; menurut ~ umum, peperangan itu tidak akan tamat dlm jangka waktu yg singkat; pengiraan perihal atau perbuatan mengira (menghisab, menghitung), penaksiran; pengira orang yg mengira, penghitung. kira bicara 1. tutur kata, cakap; dgn tidak banyak ~ dgn tidak banyak cakap; 2. berbincang, berunding: Samaun bukan orang yg boleh dibawa ~; berkira bicara bercakap, berbual, berbincang. kirah Kl; mengirah membuang atau mencurahkan (air, minuman, dll). kirai I; mengirai 1. = mengiraikan mengibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya; 2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll); 3. menyebarkan (membentangkan, menyerakkan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa; terkirai-kirai 1. tersampir atau tergantung berkibar-kibar (bkn pakaian yg dijemur dll); 2. tanggal (hilang, berterbangan) kerana dikirai-kiraikan (digoncang).

kirai II jalur, carik panjang; roti ~ sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung yg cair yg dimasak dlm kuali kering, roti cecair, roti jala. kirai III 1. sj tumbuhan (palma), gemia, rembia, rumbia, sagu, Metroxylon rumphii (sagu); atap ~ atap yg dibuat drpd daun nipah; 2. Br daun rokok (penggulung rokok) drpd daun nipah; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, dalu-dalu bukit, dedalu bukit, pepina, Hiptage sericea. kirai IV; janda sekali ~ janda pertama kali. kirai V Br kening: ~nya lebat. kirana ark 1. sl sinar; 2. ki cantik, elok, indah. kirap I; mengirap 1. mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap; 2. menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dgn perisai: dikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu; mengirapkan 1. mengibaskan, mengepakkan (sayap), mengiraikan (kain dll); 2. menggerak-gerakkan ke atas ke bawah dsb (perisai, penangkis, dsb), mengayunkan. kirap II; mengirap hilang, hapus, lenyap, luput: ~ ghaib kemegahan diri; nama Ema telah ~ bertukar dgn nama ibu Beino yakni isteri Pak Beino; mengirapkan waswasnya. kiras sj tumbuhan (pokok yg kayunya dipakai utk bahan rumah), Carcinia celebica. kirau ark belum masak (bkn buah), mengkal, engkah-engkah (bkn buahbuahan). menghilangkan, menghapuskan, melenyapkan, meluputkan: puas ia mencuba hendak ~ segala perasaan

kirbat sj pundi-pundi drpd kulit (tempat mengisi air anggur dll); ~ es Id sj kantung drpd getah yg diisi air batu utk menyejukkan (menjaram) kepala dsb. kiri 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalihkan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. menyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. kirik I; mengirik memijak: ya Allah, mati badanku dikiriknya!; ~ padi memijak-mijak padi (utk menanggalkan butir-butir padi drpd tangkainya); pengirik; ~ padi alat utk mengirik padi.

kirik II Jw; mengkirik berdiri (seram) bulu roma (kerana ngeri, ketakutan, dll). kirik III Jw anak anjing. kirim bp = berkirim, mengirim, mengirimkan; berkirim (sedang) menyampaikan atau meminta supaya disampaikan: ada lagi Raja ~ kpd Tuan Bonham seekor kambing kembiri; ~ surat; ~ salam (sembah); ~ diri sl menyerahkan diri utk diperlindungi; berkirim-kiriman saling berkirim (surat dll): mereka berdua sudah kerap kali ~ surat; mengirim 1. menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi sesuatu (spt pos dll): biasanya Karim ~ surat sebulan sekali; 2. = mengirimkan menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, mengutus: Amerika sedia ~ rombongan pakar itu bila-bila masa sahaja; 3. Jk menyerahkan (mengamanatkan, menumpangkan) barang pd seseorang atau sesuatu tempat (utk disimpan, dijual, dll), menitipkan; mengirimi berkirim (mengirim, mengirimkan) kpd: selalu dia ~ saya surat menceritakan keadaan dirinya; terkirim sudah dikirim (dikirimkan); kiriman 1. sesuatu yg dikirim, pemberian (yg dihantar, dikirim): ia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; terimalah pula limau manis ~ dr Semarang; ~ pos wang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos; 2. Jk sesuatu yg diamanatkan (diserahkan) utk disimpan (dijual dll), titipan;

pengiriman

perihal

(perbuatan,

usaha,

dsb)

mengirim

(menghantar): mereka membantah keras ~ tentera ke negeri tersebut; pemogokan pekerja-pekerja pelabuhan mengganggu ~ barang ke luar negeri; pengirim orang dll yg mengirim: surat ini untukmu tetapi nama ~nya tidak dinyatakan. kirip; siput ~ sj siput (boleh dimakan). kirmizi warna merah tua. kiru sj tumbuhan (pokok kecil), pisang-pisang bukit, pokok ringkai jerenang, Mitrephora reticulata. kiruh Jk 1. keruh; 2. ki kacau, tidak tenteram (keadaan dll). kirung; berkirung berlukis dgn gambar dll (pd kulit tubuh). kiryah, kiryat Ar ark dosa. kisa I sj jala (pukat) kecil; mengisa menjala (menjaring) dgn kisa. kisa II sj pundi-pundi (kantung) kecil. kisah hal, cerita, kejadian, riwayat: Daim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kpd Zalizah; guru membincangkan ~ pembiakan nyamuk; ~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa; ~ ibarat kisah yg watak-watak dan kejadian-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu; berkisah menyampaikan sesuatu kisah: yg pandai bercerita dan mahir ~; mengisahkan menceritakan, meriwayatkan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; pengisahan perihal (perbuatan dsb) mengisahkan;

pengisah tukang cerita (kisah dll). kisai Mn; mengisai mengayak (tepung dll); ~ benang bulang menguraikan ikatan benang pengikat taji; kisaian ayakan, pengayak. kisar I putaran (bumi dll) pd paksi atau sumbu putarannya; berkisar 1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~ , tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbincangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat; berkisarkan berkisar pd, bertemakan: cerpen-cerpen tersebut ~ percintaan dan perjuangan merebut hati teruna dara; mengisar 1. memutar, memusingkan (roda, jam, dll); 2. menggiling (padi dll) utk mengupas kulitnya: kilang ~ padi; 3. memindahkan, mengalihkan, mengesotkan, menggerakkan: sekali lagi Pak Jalil ~ punggungnya di atas kerusi; Laksamana pun ~ keris penduanya serta memperbaiki keris panjangnya; 4. mengubah atau menukar (pendirian, pandangan, janji, dll): cinta hanya kpd orang yg satu dan tiadalah ia dapat dikisar-kisar kpd orang lain; 5. menghancurkan (makanan), menghadam: hempedal ~ makanan yg ditelan sebelum masuk ke dlm usus; 6. memusing (biji mata), beralih memandang: Karim ~ biji matanya; semua mata ~ ke hala Sidek; 7. menyerahkan (memberikan) kpd orang lain; 8. menggadaikan, menjual; terkisar dikisar: dlm hempedal inilah makanan itu ~;

kisaran putaran, pusingan; ~ angin pusingan angin; ~ biji mata putaran biji mata; perkisaran perihal berkisar, perputaran; ~ harga perubahan harga yg semakin tinggi; pengisaran 1. perihal (kerja, perbuatan, dsb) mengisar, pemutaran; 2. pemindahan, pengubahan, penggantian; pengisar 1. alat utk mengisar, penggilingan: ~ padi; gigi ~ gigi utk menghancurkan (melumatkan) makanan; 2. orang yg mengisar (padi dll). kisar II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok renek), bunga kembang lohor, Abutilon indicum. kisas Ar qisas. kisi I; kisi-kisi 1. batang-batang drpd kayu atau logam (besi dll) yg dipasang berdiri (pd tingkap dll), jeruji, terali, kekisi: penjara yg ada sekarang ini berpuluh-puluh jendelanya, dan ~nya semuanya drpd besi; 2. palang (drpd kayu dll) yg menghubungkan gandar (pusat) roda dgn lingkarannya; 3. celah (pintu dll); berkisi 1. = berkisi-kisi memakai (mempunyai) kisi-kisi: setiap tingkap rumah itu ~; 2. = ~ kpd bertumpu (berpusat) pd. kisi II; ular ~ sj ular kecil. kisik I Jk; kisikan bisikan; kasak. kisik II Mn ark; mengisik menumbuk (tidak dgn kuat). kisi-kisi sj tumbuhan (pokok), ganda rusa, temenggung melela, urat sugi, Gendarussa vulgaris. kisip tidak berbiji atau sangat kecil bijinya; kesip I. kisit; mengisit membuang daun (kelapa dll) supaya tinggal pelepahnya atau lidinya, memotong rumput.

kismat, kismet Ar 1. nasib (untung atau malang), bahagian (seseorang); 2. bp apa boleh buat. kismis buah anggur yg telah dikeringkan. kisut berkedut, berkerut (tidak licin), lisut: ia telah tua, mukanya telah agak ~; ~ lisut sangat berkedut; mengisut mulai kisut, menjadi kisut; mengisutkan menjadikan kisut (lisut), mengedutkan. kiswah Ar kelambu hitam yg menutupi Kaabah. kit set bahagian-bahagian yg sedia utk dipasang: ~ pesawat terbang moden; rumah ~ rumah (kedai) tempat menjual candu. kita 1. kata ganti bagi diri orang yg bercakap serta sekalian yg hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua: janganlah kerana dia pula, rumah tangga ~ menjadi hancur; 2. = ~ orang bp saya serta sahabat-sahabat saya dll (tidak termasuk orang yg dilawan bercakap), kami: boleh engkau menulis Quran nanti, ~ orang beli; 3. bp saya: awak yg mengurus perkara itu, ~ yg ditanyai; 4. aku, saya (oleh raja, orang bangsawan atau orang besar-besar kpd orang kebanyakan atau orang bawahannya): tiada raja besar dlm dunia ini drpd ~ dan tiada siapa pun yg tahu akan bilangan rakyat ~; 5. ark kata ganti bagi orang kedua, awak, kamu; 6. Br, bh awak (kata ganti nama diri kedua dlm bentuk tunggal); kekitaan; semangat ~ semangat bekerjasama (bantu-membantu) dlm sesuatu kumpulan (masyarakat dsb), semangat persaudaraan. kitab Ar 1. buku suci (yg mengandungi perkara-perkara keagamaan spt hukum, ajaran, dll): Quran ialah ~ yg akhir drpd Allah; ~ Allah alQuran; ~ Injil kitab yg diturunkan kpd Nabi Isa; ~ suci a) = kitabulkudus kitab mengenai hal-hal agama (spt al-Quran dll); b) kitab Injil

dan Taurat; ~ Taurat kitab yg diturunkan kpd Nabi Musa; ~ Zabur kitab yg diturunkan kpd Nabi Daud; 2. ark buku (mengenai berbagai-bagai perkara): maka adalah aku karangkan akan ~ ini darihal hikayat diriku; ~ loghat ark buku yg mengandungi perkataan-perkataan dan ertinya, kamus; ~ ramalan buku yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku; ~ turutan buku pelajaran huruf atau bahasa Arab peringkat permulaan; ~-kemitab berbagai-bagai kitab; berkitab memakai (mempunyai) buku suci; tidak ~ tidak berpandu kpd kitab, tidak beragama, kafir; pengitaban; ~ hukum Id pengumpulan dan penyusunan hukum (undang-undang). kitabi Ar yg berkitab, yg menggunakan atau berdasarkan kitab (selain penganut agama Islam, iaitu umat Kristian dan Yahudi). Kitabullah Ar al-Quran, al-Kitab. kitai; mengitai-ngitaikan mengibas-ngibaskan jari atau tangan (kerana kesakitan): jarinya terkena seterika panas lalu dikitai-kitaikannya kerana kesakitan; terkitai-kitai menggeletar (spt tangan orang tua), mengibasngibaskan jari atau tangan (kerana kesakitan). kitang; ikan ~(-kitang) sj ikan laut, kendang, Scatiphagus argus. kitar I; ~ semula kitaran semula; sekitar 1. sekeliling: suasana di ~ tempat itu sunyi senyap; yg banyak diperbualkan mereka ialah kejadian-kejadian penting di ~ tanah air; 2. bp lebih kurang, kira-kira: gajinya ~ dua ratus ringgit sebulan;

sekitaran keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dsb yg menjadi spt latar belakang (seseorang atau sesuatu): kita tidak dapat mengelakkan drpd menimbangkan aspek bahasa spt ~ dan latar belakang bahasa murid; sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kpd keturunan dan suasana ~ keluarganya; berkitar berkisar, berpusing, berputar (bkn roda dll), beredar (spt bumi di keliling matahari); bintang ~ bintang beredar, bintang siarah, planet; mengitar 1. = mengitar-ngitar berkisar(-kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah; 4. = mengitari mengelilingi, mengedari: ia bangkit lagi dan berjalan ~ lantai yg dilapisi permaidani; memandu kereta ~ bandar; mengitari bergerak berkeliling (sesuatu), mengedari; mengitarkan menjadikan berkitar, memutarkan, mengisarkan: ~ enjin; terkitar-kitar berputar-putar, berpusing-pusing; kitaran gerakan berkitar, kisaran; ~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat persenyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula; perkitaran peredaran, perkisaran, perpusingan; pengitaran pemutaran, pemusingan;

persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: kitar II tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi Mn; mengitarkan, memperkitarkan menolakkan persekitarannya. (menyorongkan) ke tepi. kitar III Tr berikhtiar, berusaha (utk mendapat sesuatu). kitik Jk; mengitik, mengitik-ngitik menggeletek, menggelikan, menggilik-gilik. kiting; sekiting ark bp sangat sedikit. kitiran Jw bilah-bilah drpd kayu dll yg boleh berpusing (kerana ditiup angin dll), baling-baling. kiu kayu panjang utk menyodok (menojok) bola biliard. kiub benda yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat persegi dan sama besarnya (spt dadu), kubus; ~ berpusat jasad (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan satu atom di pusat kiub; ~ berpusat muka (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan pusat mukanya; ~ rebusan bahan drpd air rebusan daging, ikan atau sayur-sayuran yg dikeringkan dan berbentuk kiub, digunakan utk membuat sup, dlm masakan dsb. kiuk I; terkiuk terpulas, terkehel, tergeliat; berkiuk mengeluarkan bunyi kiuk kerana kesakitan (terutamanya di bahagian leher): ayam itu ~ dan melompat keluar. kiuk II sj dadu panjang (utk berjudi). kiung beberapa jenis siput.

kiut = kiutan bunyi spt bunyi pintu yg ketat engselnya dibuka tutup; kiang-~ bunyi kiut berkali-kali; berkiut berbunyi kiut, berkicut: kedengaran pintu di luar ~. kiwi ark penyewa petak perahu yg juga menjalankan perniagaan, jurupetak, cincu. kiyek (kiyék) Kl anai-anai yg besar. kizib Ar tidak benar, dusta, palsu; fajar ~ fajar sebelum matahari terbit (bukan fajar yg sebenarnya), lwn fajar sidik. KKGSK kep Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. KL kep Kuala Lumpur. klac alat yg membolehkan kuasa dr enjin diberhentikan dr roda apabila seseorang menukar gear: Azman menekan ~ lalu memasukkan gear. klakson Id hon (kereta). klaras Jw ark daun pisang yg sudah kering. klarinet (klarinét) sj alat bunyi-bunyian yg ditiup, sj serunai. klasifikasi 1. penyusunan mengikut kelas; 2. susunan sistematik ke dlm kumpulan menurut kriteria yg ditetapkan: kumpulan-kumpulan yg telah disenaraikan merupakan antara ~ terbesar; mengklasifikasikan menyusun mengikut kelas: kita belum lagi puas dgn hasil-hasil yg telah cuba saya klasifikasikan dlm sastera keagamaan; kita telah pun memperkatakan kegagalan ~ cerita mengikut tema-tema; pengklasifikasian perihal atau perbuatan mengklasifikasikan: ~ cerita pari-pari. klasik 1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg

sesuatu yg ~; 3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut. klasikal Id; pengajaran ~ pengajaran beramai-ramai (dlm sebuah kelas). klausa (Lin) unit yg merupakan rangkaian perkataan yg mengandungi subjek dan predikat yg menjadi konstituen atau bahagian kpd ayat. klaustrofobia (Psi) perasaan takut yg luar biasa apabila berada di dlm ruang yg sempit dan terkurung, mis di dlm gua. klavikel (Ubat) tulang yg menghubungkan tulang dada dgn pangkal bahu, tulang selangka. KLCC kep Kuala Lumpur City Centre. kleng (kléng) bunyi siren kereta bomba: ~, ~, dua kereta bomba datang serentak dr pusat bandar. klep (klép) IB katup, tutup (pd mesin, pam, dll). kleptomania (kléptomania) (Psi) tabiat suka mencuri yg tidak dapat dikawal walaupun barang yg dicuri tidak berharga atau tidak diperlukan. kleptomaniak (kléptomaniak) (Psi) orang yg mengalami kleptomania. KLIA kep Kuala Lumpur International Airport (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang). KLIBOR akronim bagi Kuala Lumpur Inter-Bank Offered Rate (Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur, iaitu kadar pinjaman bagi dana jangka pendek antara bank di Malaysia utk tempoh matang satu hari, satu minggu, satu bulan dsb). klien 1. orang, syarikat, dll yg mendapatkan nasihat drpd ahli profesional; 2. pelanggan.

klik I sekumpulan rakan yg bersekutu utk tujuan tertentu: parti dan ~ politik yg menumpukan kegiatan mereka dlm negeri; berklik cenderung mewujudkan kelompok yg tersendiri atau terbatas, suka berpuak-puak: ada juga sesetengah pelajar yg suka ~ mengikut negeri asal masing-masing. klik II 1. bunyi kertik spt apabila kamera dipetik, anak kunci diputarkan di dlm lubang kunci dsb: bunyi ~; 2. (Komp) perbuatan menekan butang pd peranti tetikus komputer: terokailah alam multimedia dgn hanya sekali ~; berklik berbunyi klik: kameranya ~ apabila dipetik; mengklik menekan butang pd peranti tetikus komputer utk memilih objek yg sedang ditunjukkan oleh kursor atau melakukan fungsi tertentu spt yg dikehendaki: ~ butang "OK" sebanyak dua kali; anda perlulah ~ menu "Skill" utk memilih soalan. klimaks 1. bahagian dlm cerita (berita dll) yg lebih hebat (genting, mencemaskan, dll) drpd bahagian-bahagian lain, puncak, kemuncak; ~ atau kemuncak cerita ini sungguh mendebarkan hati pembaca; 2. memuncak (dgn perlahan-lahan), makin meninggi. klimatologi kajian tentang iklim, kaji iklim. klimis Jw ark halus, licin. klimograf (Geog) graf yg menunjukkan hubungan antara suhu, hujan, kelembapan dan faktor iklim yg lain. klinik 1. tempat utk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar: amat perlu mendirikan ~ di kampung-kampung utk menjaga kesihatan orang-orang kampung; 2. tempat yg serupa yg dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yg mengkhusus akan satu atau lebih bidang: ~ mata.

klinikal 1. bkn rawatan perubatan: gambaran ~ tentang ciri-ciri gangguan psikiatri di kalangan kanak-kanak dan remaja; 2. bkn pemikiran (kajian) yg logik dan kritis (tanpa memihak kpd sesiapa): hasil penyelidikan ~ terhadap 36 orang pengarang dapat ditemukan beberapa kesimpulan penting. klinisian doktor, ahli psikiatri dsb yg mengkhusus dlm rawatan perubatan di klinik, hospital dsb, dan bukannya kerja penyelidikan di makmal: ~ mengesyorkan cara penyusuan ini kerana tiada susu berlebihan utk dimuntahkan. klinometer (klinométer) (Fiz) alat yg digunakan dlm kerja ukur utk mengukur kecerunan. klinostat alat yg digunakan utk mengkaji rangsangan tumbuhan terhadap cahaya atau tarikan graviti. klip I sebarang benda kecil yg digunakan utk menyepit (atau melekatkan benda dsb): digunakannya ~ supaya lukisannya tidak berganjak; berklip disepit (dijepit) dgn klip. klip II; ~ video petikan ringkas gambar video mengenai sesuatu peristiwa, persembahan dsb yg ditayangkan utk tontonan umum. klise (klisé) 1. gambar negatif pd filem kamera, gambar negatif pd kepingan utk dicetak; 2. ki tiruan (bukan asli), ungkapan yg sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya. klitik (Lin) bentuk terikat yg tidak boleh dianggap sbg morfem terikat kerana boleh berada dlm tempat frasa atau klausa tetapi tidak dianggap sbg kata, mis ku dlm kubaca dan mu dlm bukumu. kloaka (Bio) lubang pd hujung saluran pembiakan dan saluran pembuangan najis (pd burung, reptilia, amfibia, dan ikan).

klobot Jw ark kelongsong (jagung). KLOFFE akronim bagi Kuala Lumpur Options and Financial Futures Exchange (Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur, iaitu bursa yg menjalankan urus niaga kontrak niagaan ke depan bagi opsyen saham, kadar faedah dan indeks saham). klon 1. (Bio) sekumpulan sel atau organisma yg serba serupa dr segi genetik, yg terhasil drpd leluhur sepunya melalui pembiakan aseksual, mis secara cantuman; 2. produk yg dihasilkan menyerupai model asal dr segi fungsi, ciri dsb, biasanya berkualiti kurang baik; 3. telefon bimbit (selular) atau kad kredit pendua yg telah diberi identiti elektronik telefon bimbit atau kad kredit asal yg sedia ada secara tidak sah utk tujuan penyelewengan atau penipuan; mengklon membuat atau menghasilkan klon: tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yg ~ telefon bimbit; ahli embriologi di universiti itu dikatakan telah berjaya ~ embrio manusia; jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan dan sayuran liar; pengklonan perihal (proses atau perbuatan) membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon bimbit semakin berleluasa; ~ haiwan ternakan spt bebiri boleh menghasilkan ternakan lebih bermutu; pengklon orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular. klop IB padan, cocok, sesuai sungguh; kelop. klorela (Bio) alga hijau satu sel yg mengandungi kadar protein yg tinggi (dibiak secara komersial utk mendapatkan proteinnya). klorida (Kim) sebatian klorin dgn satu unsur lain. klorin (Kim) sj gas berwarna kuning kehijau-hijauan dan berbau sengit;

berklorin telah dibubuhi atau dirawat dgn klorin, mengandungi klorin: air yg ~; mengklorinkan merawat, terutamanya air, dgn membubuh atau mencampurkan klorin ke dalamnya utk membunuh kuman; pengklorinan proses atau perbuatan mengklorinkan: ~ air klorofil (Bio) bahan pewarna hijau dlm tumbuh-tumbuhan hijau yg membolehkannya membuat makanannya sendiri. klorofluorokarbon (Kim) sebatian gas yg terdiri drpd unsur karbon, hidrogen, klorin dan florin, digunakan dlm sistem pendinginan, peti sejuk, aerosol, pembuatan plastik dll, dan boleh merosakkan lapisan ozon atmosfera bumi. kloroform (Kim) sj cecair yg digunakan sbg ubat bius (utk menyebabkan orang atau binatang tidak sedar semasa menjalani pembedahan). kloroprena (Kim) sj sebatian yg digunakan sbg bahan asas utk membuat sj getah tiruan. kloropsia (Ubat) kecacatan penglihatan (semua objek kelihatan berwarna kehijau-hijauan). kloset (klosét) tandas. klover sj tumbuhan drpd genus Trifolium yg daunnya bercabang tiga dan berwarna merah, ungu atau putih, biasanya dijadikan makanan ternak spt lembu dsb. KLSE kep Kuala Lumpur Stock Exchange (Bursa Saham Kuala Lumpur). klu sesuatu (objek, maklumat, dsb) yg dapat membayangkan jawaban terhadap persoalan yg hendak diselesaikan, pembayang, petunjuk: pihak polis sedang mencari beberapa ~ terhadap kes pembunuhan itu. km kep kilometer.

KM kep Ketua Menteri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak). Kmdr kep Komander. kmj kep kilometer sejam (bkn kelajuan kenderaan): kelajuan maksimum yg dibenarkan ialah 120 ~. KMM kep Kesatuan Melayu Muda. KMN kep Kesateria Mangku Negara (pingat kehormatan yg dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong). KNB kep Keluaran Negara Bersih. KNK kep Keluaran Negara Kasar. knob kenop. knot ukuran kelajuan 1 batu nautika sejam atau 1.852 km sejam. ko IB; kaum ~ orang-orang yg bekerjasama dgn Belanda (ketika berlaku persengketaan antara Indonesia dgn Belanda). KO 1. kep knockout (iaitu keadaan peninju yg rebah semasa dlm perlawanan dan pengadil membuat kiraan satu hingga sepuluh tetapi peninju gagal meneruskan perlawanan); 2. bp gagal, kalah teruk, terlalu penat dsb. ko- awalan asing bersama, bergabung, mis kokurikulum dan koenzim. koa C sj permainan yg menggunakan kad kecil, permainan ceki. koak; berkoak-koak, berkoak-kaok bp berteriak-teriak (melaungkan cogan kata dll), berseru-seru. koala sj binatang spt beruang rupanya tetapi kecil yg terdapat di Australia (makanannya daun dan kulit sj pokok), Phascolarctus cinereus. koalisi IB pergabungan atau perikatan beberapa buah parti politik; kabinet ~ kabinet yg terdiri drpd anggota-anggota drpd dua parti politik atau lebih. KOAM kep Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.

kobah ark sj gendang (tambur) besar. kobak I; berkobak, terkobak sudah dikupas (dikuliti), terkupas; (mendapat) pisang ~ prb a) (mendapat) faedah atau keuntungan dgn tidak bersusah payah; b) (mendapat) pekerjaan yg sangat senang; mengobak mengupas, mengopek (kulit buah-buahan dll), membuang kulit (nyiur dll). kobak II Jk; main ~ sj perjudian dgn melemparkan wang ke dlm lubang kecil di tanah; kobakan 1. lubang kecil di tanah; 2. lekuk di tanah yg dipenuhi air hujan. kobak III tobak. kobalamin sj vitamin B kompleks yg terdapat di dlm makanan laut, hati dsb yg kekurangannya menyebabkan anemia. kobalt (Kim) sj unsur logam berwarna putih kelabu, mulur, beracun, dan digunakan dlm aloi dsb. kobang ark gobang. kobar I terbakar dgn api yg marak; berkobar 1. bernyala besar, sangat marak (api): api yg ~ itu telah menghanguskan beberapa buah rumah; 2. ki bergolak atau bergelora (dlm hati): cintanya itu pd hari-hari yg berikut ternyata tambah ~; kembalilah harapannya ~ dlm dada; 3. berkecamuk, menghebat: peperangan yg ~; berkobar-kobar 1. bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api kebakaran dsb): air dipancurkan tidak henti-henti ke api yg ~ itu; 2. ki bergolak atau bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan hati dll), berapi-api, meluap-luap (bkn semangat, perasaan, dll):

mendengarkan hal itu ~lah semangatnya lalu dgn segera ia menghunus khanjarnya; mengobarkan 1. membakar hingga marak (bernyala-nyala), menyalakan; 2. = mengobar-ngobarkan membangkitkan semangat hingga meluap-luap, menghebatkan (semangat dll): sajak-sajak yg menimbulkan cinta kpd tanah air kepahlawanan; kobaran nyala yg besar atau marak: dia menangis di tengah-tengah ~ api itu. kobar II; mulut ~-kabir suka mengata-ngata atau mempercakapkan hal orang dll. KOBENA akronim bagi Koperasi Belia Nasional. kober Jk sempat. koboi bp gembala lembu yg menunggang kuda (di Amerika Syarikat); kekoboi-koboian berlaku spt koboi (spt menyamun, menggunakan senjata api, dll): tegaknya Mamat dgn senapangnya sewaktu hendak mempertahankan aral nampak agak ~. kobok I kelompok (kumpulan, puak) orang, golongan; berkobok-kobok berkelompok-kelompok, berpuak-puak: ~ budak menyerbu lori itu. kobok II; mengobok mengambil makanan, biasanya berkuah, dgn tangan tanpa senduk atau sudu; kobokan (kobok.an) Jw sj mangkuk besar yg diisi air utk mencuci tangan, kembuk, kembukan. koc 1. gerabak kereta api utk membawa penumpang; 2. bas utk perjalanan jauh atau utk persiaran. kocah; ~-kacih selalu sahaja membuat berbagai-bagai kerja, sangat sibuk. dan yg ~ semangat

kocak I 1. = kocakan goncangan (air), gerakan kencang (air atau benda cair); 2. ki gelora, pergolakan: kpd ibunya ia menumpahkan segala pendaman jiwa dan ~ hatinya; berkocak 1. bergoncang (bkn air dlm bekas dll), bergelombang (bkn laut), berpalu, memukul (ombak pd batu): gelas itu dihentakhentaknya beberapa kali dan air di dalamnya ~; desir angin yg lembut menyegarkan, dan riak ~ melanda pantai; 2. bergelora, bergolak (bkn perasaan hati dll), berdebar-debar, gelisah, rusuh: hatinya tidak ~ sedikit pun menerima hukuman itu; nafsunya makin menyala, darah mudanya ~; 3. menjadi pudar atau tidak bercahaya (bkn mata), kusam atau kuyu (bkn mata): matanya ~; 4. Kl bergoyang, bergegar; ~ tanda tak penuh prb orang yg suka bercakap banyak itu menunjukkan pengetahuannya kurang (atau cetek); mengocak, mengocakkan 1. menggoncang(kan) bekas (utk menjadikan cecair dll di dalamnya sebati), menggerakkan air yg tenang (dgn memukulnya atau mengacaunya dsb dgn keras): apabila dikocak, abu putih itu pun larut ke dlm air itu; sekali-kali pula ikan haruan ~ air menghambat anaknya; 2. mengacaukan, mengharukan (fikiran atau perasaan), mengganggu (ketenangan keadaan, perasaan, dll): tangisan anaknya makin mengocakkan perasaan dan fikirannya; kenang-kenangan pahit ini selalu ~ hidupnya; 3. Kl menggoyang, menggoyahkan (tiang dll); terkocak 1. tergoncang, tergerak: masukkan bahan kimia itu ke dlm air sedikit-sedikit supaya tidak ~ air itu; 2. menjadi tidak tenang (fikiran dll), menjadi kacau; ~ hati gelisah, tidak tenang hati (fikiran); badan ~ Mn sangat kurus;

kocakan kocak: sekali-sekala kesepian itu diganggu oleh ~ air bendang akibat haruan menyambar anak; pengocakan perihal atau perbuatan mengocak: ~ itu akan menghasilkan arus pusar yg dgn cepat menyebabkan pelarutan; kelocak II. kocak II 1. kacak, gagah, bagus (baik, tampan); 2. sombong, pongah, besar kepala: dibenci orang kerana ~nya; 3. Jk jenaka, kelakar, lucu; berkocak-kocak bergurau senda, berjenaka, berkelakar; mengocak Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok. kocek (kocék) = kocekan ark saku, kantung: dikeluarkannya sehelai sapu tangan dr dlm ~ seluarnya; jam ~ jam saku (jam yg disimpan dlm kocek); masuk ke dlm ~ diterima secara tidak sah oleh sesuatu pihak: sebahagian drpd wang bantuan masuk ke dlm ~ ahli politik. kocer (kocér) Kl kurus, kecil (tidak tambun). koci I; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut (diberi berinti kelapa bercampur gula dan dibungkus dgn daun pisang). koci II; ~ lembik = puru ~ sj penyakit yg disebabkan oleh penyakit kelamin. kocoh ark gopoh; terkocoh; ~-ganyah = terkocoh-kocoh tergopoh-gopoh, terburuburu, tergesa-gesa: ~-ganyah mereka mengisi pakaian dlm beg supaya tidak terlambat. kocok; mengocok 1. mengocak (menggoncang-goncangkan) botol (yg berisi air, ubat, dll); ~ telur memukul telur; 2. membancuh (mencampur, mengaduk) kad atau daun pakau; 3. ki mencampuradukkan, memperkacau: jangan dikocok tanggungjawab

jawatan dgn

kepentingan

sendiri;

4.

bp

mengapi-apikan

(menghasut, mencucuk) supaya berkelahi (bertengkar dsb): kalau tidak dikocok tentu tidak timbul perselisihan ini. kocolan Jk anak ikan gabus yg kecil-kecil (dijadikan umpan pancing). kocong 1. kain putih yg mengelubungi (membungkus) kepala mayat atau orang yg akan digantung; 2. pembungkus yg panjang (yg diikat satu atau kedua-dua belah hujungnya); hantu ~ hantu yg rupanya spt mayat yg dibungkus dgn kapan; mengocong 1. membungkus (mayat dll), mengapani mayat; 2. = mengocongkan mengikat hujung bungkusan. kod I 1. = tulisan ~ tulisan dgn tanda dll yg mempunyai erti yg tertentu atau yg tersembunyi (rahsia): arahan kpd pegawai tentera itu dikirim dlm tulisan ~; 2. sistem simbol-simbol utk menyampaikan maklumat atau arahan kpd komputer: ~ Morse; 3. serangkai huruf atau nombor yg digunakan utk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dsb mis kod alamat surat-menyurat; ~ Morse kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; ~ warna sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan; berkod mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~; mengekodkan 1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan; pengekodan perbuatan (kerja, proses) mengekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; pengekod orang yg mengekodkan sesuatu.

kod II; ikan ~ sj ikan laut drpd famili Gadidae, yg minyak drpd hatinya kaya dgn vitamin A dan D. kodak; ~ acing sj tumbuhan (pokok renek) yg daunnya dan akarnya dibuat ubat, meribut, Olax scandens. KODAM Id akronim bagi Komando Daerah Militer. kodein (kodéin) kodeina. kodeina (kodéina) (Kim) bahan yg disediakan drpd morfina (digunakan utk membuat ubat-ubatan). kodek (kodék) I; mengodek-ngodek menggerak-gerakkan sesuatu dgn pantas: kucing itu ~ ekornya macam kucing kepanasan; terkodek-kodek tergerak-gerak (dgn pantasnya), terloncat-loncat: Gembung ketawa terbahak-bahak hinggakan ternampak jelas anak lidahnya merah ~. kodek (kodék) II jambang; godek I. kodeks (kodéks) (Sej) naskhah kuno dlm tulisan tangan. kodi 1. dua puluh; dua ~ kain empat puluh helai kain; kepala ~ a) kain (sarung) yg diletakkan di atas sekali pd ikatan beberapa helai kain (sbg contoh); b) ki ketua kumpulan orang-orang jahat (atau budakbudak nakal); 2. tidak istimewa atau tidak tinggi mutunya (kurang baik buatannya dsb); barang (kain dll) ~ barang (kain dll) yg rendah mutunya dan murah harganya, barang (kain dll) yg dibuat banyakbanyak; berkodi-kodi beberapa kodi, berpuluh (helai); kodian berkodi-kodi; barang ~ barang kodi; perkodian; kepala ~ kain yg diletakkan di atas sekali pd ikatan kain, kepala kodi.

kodifikasi kegiatan (usaha, proses) atau hasil mengumpulkan serta menyusun pelbagai peraturan (maklumat, norma, dsb) tentang sesuatu sehingga merupakan atau terdapat suatu keseluruhan yg bersistem dan teratur (biasanya yg dirakamkan dlm bentuk atau sesuatu terbitan): bertambahnya undang-undang di negara moden memerlukan ~ dan interpretasi; pemantapan atau ~ bahasa hanya dapat berlaku melalui penggunaan dan melalui kegiatan penulisan; mengkodifikasikan mengumpulkan serta mengatur (menyusun) sesuatu sehingga merupakan suatu sistem: norma-norma yg dikodifikasikan dlm bentuk tatabahasa sekolah dan yg diajarkan kpd siswa; pengkodifikasian perbuatan (usaha, proses, dsb) mengkodifikasikan, pengekodan. kodikologi kajian tentang manuskrip. kodisil (Udg) sesuatu perkara atau arahan yg ditambah kemudian kpd surat wasiat, terutamanya yg meminda atau membatalkan sebahagian kandungannya. kodok I sj katak, katak puru, kangkung, Bufo bufo; berenang ~ cara berenang; laksana ~ dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik; laksana ~ ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah); spt ~ kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong; tertonggeng bagai ~ dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan. kodok II; cucur (goreng, kuih) ~ sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung, gula, pisang, dll dan digoreng. kodok III Jk; mas ~ platinum.

kodok-kodok perkakas pam utk menghisap udara dll, injap pam. koe (koé) Id, bp engkau. koefisien (koéfisien) bp pekali. koenzim (koénzim) (Bio) sebatian bukan protein yg membantu tindakan sesuatu enzim. kofaktor (Bio) bahan bukan protein yg perlu bagi aktiviti sesetengah enzim. kognat (Lin) 1. kata yg mempunyai hubungan bentuk dan makna dgn kata yg serupa bentuknya dlm bahasa lain, mis makan dlm bahasa Melayu dan mangan dlm bahasa Jawa: penulis cuba merekonstruksi fonologi Bahasa Melayu induk dgn membandingkan ~ yg wujud dlm dialek Melayu; 2. bertalian kerana mempunyai asal usul atau sumber yg sama dgn yg lain (bkn sesuatu kata atau bahasa): bahasa ~ bermakna bahasa yg diturunkan drpd sumber yg sama; kata ~ ialah kata yg sama sumbernya. kognisi proses mental utk mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah ~, pengamatan yg berlaku dlm otak manusia. kognitif berkaitan dgn kognisi: agama dianggap sbg cara memenuhi keperluan ~ utk kefahaman intelektual. koh Kl, bk mati. koheren (kohéren) 1. berhubungan, bersangkut paut: kita harus membentuk padanan kata yg ~; 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. kohesi (kohési) 1. kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau

bergabungan, jeleketan; 2. perhubungan yg erat, perpaduan: perjuangan agama dgn sendirinya memerlukan kekuasaan utk membentuk ~ dlm golongan pemeluknya. kohir IB kertas yg mengandungi daftar (senarai) cukai yg ditetapkan. kohol ark celak (mata). kohong berbau busuk (spt bau bangkai, telur busuk, dll). kohor Kl, Tr perlahan, tidak terburu-buru: memandu kereta biarlah ~ sedikit; kohor-kohor perlahan-lahan. koi I Kd makin; koi-koi perlahan-lahan, hati-hati (jangan tergesa-gesa). koi II Kd; tanah ~ tanah yg keras. koir (kuayer) sekumpulan penyanyi (yg bernyanyi bersama-sama): ~ sekolah. koja sj kendi yg tidak bermuncung (bercerat), balang, gamuh. kojoh digenangi atau dibanjiri air (bkn sawah dll), sebak. kojol bk mati, kaku (sudah mati). kok I bp 1. kalau, kalau-kalau, takut; 2. kata utk menegaskan maksud (rasa hairan, marah, dll): ~ masih pakai celana yg koyak-koyak? kok II = arang ~ pepejal yg berliang-liang dan mudah patah dan mengandungi kira-kira 80% karbon (diperoleh dgn memanaskan arang batu). kok III Kd 1. paip saluran air yg ditanam pd jalan, batas; 2. benda bulat yg digunakan utk menggali telaga. kokain kokaina. kokaina (Kim) sj sebatian (dadah narkotik) yg diperoleh drpd daun koka dan digunakan dlm perubatan sbg anestetik.

kokak bp buruk, lama, tidak berguna (dipakai) lagi: basikal ~nya. kokang (Jepun); dikokang diisi peluru dan disediakan utk ditembak (bkn senjata api): mereka terkejut sebab terdengar bunyi senapang yg ~. kokcak Kl; berkokcak bk bersetubuh, berzina. koki Id tukang masak: kedua-dua ~ membanting tulang di dapur menyiapkan makanan. kokila sl burung tiung. kokko Kd 1. pikul (budak) di atas belakang; 2. duduk di atas belakang orang yg memikulnya (bkn budak). koklea (kokléa) bahagian telinga dalam yg berupa saluran berpilin yg melaluinya gelombang bunyi dihantar ke saraf pendengaran. koko 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. kokok I bunyi ayam jantan yg berlarut-larut (biasanya pd waktu subuh): ~ ayam bertalu-talu membangkitkan orang tidur; ~ ayam (sekali) dinihari, subuh benar (ketika terdengar kokok ayam yg mula-mula); (bagai ayam si tombong) ~ berderai-derai ekor bergelumang tahi prb orang yg bersikap sombong (bercakap besar) sedangkan saudara-maranya hidup melarat; berkokok 1. berbunyi berlarut-larut (bkn ayam jantan): kedengaran bunyi ayam jantan ~ sahut-menyahut; 2. ki mengucapkan kata-kata sbg tanda kegagahan (kemenangan); kokokan kokok: ~ ayam. kokok II; mengokok Kl mengukur (kelapa).

kokok III; ~ beluk burung hantu. kokol I; mengokol membongkok, meringkuk (spt orang yg sangat kesejukan); duduk ~ duduk dgn merapatkan tangan dan lutut ke dada; batuk ~(-ngokol) batuk keras yg bertalu-talu (hingga menyebabkan badan dibongkokkan); terkokol-kokol menggigil dgn amat sangat (kerana sakit atau kesejukan): demam ~; mencangkung ~ kesejukan. kokol II sj tumbuhan (pakis). kokosan Jw; buah ~ sj buah langsat, Lansium domesticum. kokot I 1. besi atau kawat yg bengkok spt cangkuk atau kait (tempat sesuatu berpaut); ~ betina kokot utk dipaut; ~ jantan kokot utk memaut; 2. = terkokot kerekot, bengkok dan kaku (bkn jari); mengokot mencakar-cakar (spt ayam dll), mengeruk-ngeruk (kerak nasi dll). kokot II; pengokot sj alat utk mencantumkan kepingan-kepingan kertas, stapler. kokpit 1. ruang tempat duduk juruterbang (dan pembantunya) di dlm kapal terbang; 2. (ruang) tempat duduk pemandu dlm kereta lumba. kokrom = logam ~ sj aloi yg lebih keras drpd keluli (mengandungi kobalt, kromium, wolfram, dll). koksir Kl berselerak (buku dll), tidak teratur atau tersusun. koksiks (Ubat) tulang tongkeng. koktel (koktél) 1. minuman keras yg disediakan drpd campuran beberapa jenis minuman keras lain; 2. pembuka selera yg terdiri drpd makanan laut atau campuran buah-buahan: ~ buah; ~ udang; ~ buah buah-buahan campur spt nanas, tembikai, anggur dsb yg dipotong kecil-kecil utk dimakan sbg sebahagian drpd hidangan; ~

udang masakan yg terdiri drpd udang sbg bahan utamanya serta juga salad dan sos, biasanya dimakan sbg pembuka selera. kokun (Bio) kelongsong drpd bebenang spt sutera yg melindungi larva (mis larva rama-rama) atau telur (mis telur cacing). kokurikulum kurikulum yg merupakan sebahagian drpd kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dlm persatuanpersatuan, kegiatan kesukanan, dll). kokus (Bio) sebarang bakteria yg berbentuk sfera. kol I; dikol 1. diperiksa (diselidiki) dgn diperbanding-bandingkan atau disesuaikan (senarai gaji, senarai nama, dll), diteliti; 2. ark diperhitungkan atau dicongakkan (perbelanjaan dll). kol II Id kubis. kol III; pistol ~ bp sj pistol automatik. Kol. kep Kolonel. kola sj tumbuhan (pokok yg berasal dr Afrika Barat dan kacangnya digunakan sbg perisa minuman), Cola nitida. kolaborasi subahat (kerjasama) dgn musuh atau orang jahat, subahat dlm perbuatan jenayah dsb. kolaboratif erat (dr segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih): perhubungan antara kerajaan yg paling ~ sifatnya. kolaborator orang yg bersubahat (bekerjasama) dgn musuh atau orang jahat. kolah sj kolam berbentuk segi empat dibuat drpd batu dan simen (utk menakung air): orang sedang sibuk mengambil air sembahyang di ~ di hadapan masjid.

kolaj (S.Lukis) 1. teknik atau cara membuat gambar drpd pelbagai jenis bahan spt cebisan kertas, cebisan kain, gambar foto dsb yg dicantum-cantumkan dan dilekatkan pd sesuatu permukaan (kertas dsb); 2. gambar yg dihasilkan drpd cantuman cebisan kertas, cebisan kain, gambar foto dsb yg berwarna-warni dan dilekatkan pd sesuatu permukaan. kolak I pisang (ubi dll) yg dimasak dgn air gula melaka dan santan, pengat; mengolak memasak kolak. kolak II; ~-kalik golak-galik. kolam I 1. lubang (lekuk) di tanah yg berisi air: beberapa ekor itik sedang berenang dlm ~; 2. = ~ air lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; 3. bekas (yg dibuat drpd batu, simen, dll) yg diisi air (utk mandi dll); ~ kaca bekas berdinding kaca yg berisi air (tempat memelihara ikan), palung ikan, akuarium; ~ (be)renang = ~ mandi kolam yg besar dibuat drpd batu (simen dll) tempat orang berenang. kolam II; rumput ~ padang sj tumbuhan (rumput), Eragrostis unioloides. kolang I; ~-kaling = ~-kalik a) (bergerak) ke atas ke bawah (turun naik); b) ulang-alik, berbalik-balik. kolang II; ~-kaling Jw buah enau (yg sudah dibuang kulitnya). kolar I bahagian baju (kemeja) yg berlipat di keliling leher: sebentarsebentar dibetulkan tali lehernya dan ~ kemejanya; (kerja, pekerja, dsb) ~ biru (kerja, pekerja, dsb) yg berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (spt kerja-kerja kilang dsb); (kerja, pekerja, dsb) ~ putih (kerja, pekerja, dsb) yg tergolong dlm bidang pengurusan (profesional, perkeranian,

dsb) yg lebih memerlukan daya berfikir dan bukannya kekuatan tenaga; berkolar mempunyai kolar. kolar II Jk 1. batu karang; 2. pecahan batu (utk melapisi jalan dll), batu kelikir; koral. kolateral harta benda, spt rumah, tanah dsb, yg dicagarkan sbg jaminan utk pembayaran balik hutang kpd pemiutang, sandaran: kebanyakan bank mengambil saham sbg ~ bagi pinjaman yg diberikan. kole (kolé) sj bekas minum yg bertangkai tanpa piring: di atas meja terletak se~ besar kopi panas. koleh (koléh); koleh-koleh, kekoleh = ~ kacang sj kuih dibuat drpd tepung kacang hijau yg dikacau bersama santan dan gula (ditaburi tahi minyak). kolej (koléj) maktab; ~ perguruan maktab perguruan (tempat melatih bakal guru). kolek I (kolék) sj sampan kecil (utk menangkap ikan dll): orang memukat ikan gelama bersampan ~ kayunya pulai; berkolek menaiki kolek: mereka bersampan dan ~ utk menangkap ikan setiap hari; berkolek-kolek 1. terapung-apung, beroleng-oleng (spt perahu dipukul ombak); 2. melayang-layang ke sana sini (spt kupu-kupu yg terbang). kolek II (kolék); ~ bas Kd pemeriksa tiket bas. koleksi (koléksi) 1. sesuatu yg dikumpulkan; 2. pengumpulan sesuatu utk kajian, perbandingan, atau pameran. kolektif (koléktif) bersama-sama atau beramai-ramai sbg suatu kumpulan (dlm melakukan sesuatu): sekalian rakyat mempunyai

tanggungjawab yg sama, baik secara bersendirian ataupun secara ~; pertanian ~ pertanian yg diusahakan beramai-ramai dgn bekerjasama utk faedah bersama; mengkolektifkan menjadikan faktor pengeluaran (spt tanah, kilang, dll) milik bersama rakyat atau milik negara, menubuhkan sistem pengusahaan (pengeluaran) secara beramai-ramai (bersama-sama); pengkolektifan perihal atau perbuatan mengkolektifkan. kolektivisme (koléktivisme) pegangan hidup yg mementingkan hak milik bersama dlm semua aspek kehidupan. kolembing sj kuih spt roti. koleng (koléng); berkoleng-koleng beroleng-oleng, berkolek-kolek. kolenkima (kolénkima) (Bio) tisu tumbuhan yg menyokong dan menguatkan batang muda, pucuk muda dsb. koler (kolér) Kl; terkoler terkulai (bkn tangan dll yg patah). kolera (koléra) sj penyakit berjangkit yg menyebabkan orang yg menghidapnya muntah-muntah dan sering kali membuang najis yg cair, taun. kolese (kolése) IB pelajaran (di maktab atau universiti) yg disampaikan dgn syarahan (ucapan), kuliah. kolesistektomi (kolésistéktomi) (Ubat) pembuangan pundi hempedu secara pembedahan. kolesom (kolésom) sj akar yg dibuat ubat kuat, ginseng. kolesterol (kolésterol) komponen asid lemak tepu yg terdapat dlm lemak haiwan spt mentega, kuning telur, dsb (yg dikatakan mempunyai kesan buruk pd sistem pengedaran darah); berkolesterol mengandungi kolesterol: makanan yg mengandungi lemak dan ~ tinggi.

kolitis (Ubat) radang pd kolon. kolofon 1. lambang penerbit pd buku; 2. petunjuk pd bahagian akhir buku tentang nama penerbit, waktu terbit, dsb. koloh-koloh; air ~ air celup yg telah digunakan utk mencelup kain dll. koloid (Kim) sj campuran dgn zarah-zarah satu bahan terampai dlm bahan yg satu lagi (mis molekul kanji di dlm air). kolok Jw sj kopiah yg tinggi (tanda kebesaran); kuluk. kolokan Jw sangat manja, suka dipuji-puji (bkn kanak-kanak). kolokasi (Lin) hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (mis dlm ayat); berkolokasi (bagi sesuatu kata yg) kerap kelihatan wujud bersebelahan (berdekatan) antara satu sama lain: kata nama “baju” tidak ~ dgn “lazat”. kolokial (Lin) bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan „kau orang‟ itu adalah frasa ~. kolokium perjumpaan atau persidangan utk membincangkan perkara yg biasanya bersifat ilmiah; berkolokium menghadiri atau menyertai kolokium: kami juga ingin ~, berseminar dsb kalau ada kesempatan; mengkolokiumkan membincangkan sesuatu perkara, isu dsb dlm kolokium: utk menghimpunkan dan menerbitkan hasil kajian yg telah dikolokiumkan demi memperkaya kepustakaan Melayu. kolon (Bio) bahagian usus besar dr usus buntu hingga ke hujung usus. kolone IB pasukan tentera (kelengkapan tentera dsb) yg dibariskan memanjang ke belakang (dgn yg satu di belakang yg lain dlm satu barisan yg panjang).

kolonel (pangkat) pegawai dlm tentera darat atau udara yg lebih rendah drpd brigadier tetapi lebih tinggi drpd leftenan kolonel: K~ Abbas. kolong I 1. ruang atau bahagian di bawah sesuatu (mis di bawah rumah yg bertiang dll): ~ jambatan; ~ pangkin; ~ langit di bawah langit (di atas muka bumi); anak ~ Id anak yg lahir di tempat kediaman tentera, anak askar; 2. lubang yg memanjang spt terusan di dlm tanah, lombong, korok; ~ timah lombong (bijih) timah; Cina ~ orang Cina yg bekerja di lombong. kolong II; kolong-kolong, kekolong, kolongan Jk lingkaran (gelunggelung) besar dibuat drpd rotan (logam dll). kolong III; ~ layar ark kain dll yg bertulis dgn iklan dan yg direntangkan. kolong IV; air ~ minyak kelonyor. koloni 1. negeri, tanah jajahan; 2. sekumpulan serangga atau haiwan dr jenis yg sama yg hidup bersama. kolonial bersifat jajahan (penjajah, penjajahan); golongan ~ golongan yg bertalian dgn pihak penjajah; pegawai-pegawai ~ pegawai pemerintah kerajaan penjajah; pemerintah ~ pemerintah penjajah (di tanah jajahan). kolonialis pihak (orang atau negara) yg mengamalkan faham kolonialisme, penjajah. kolonialisme dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain. kolonis penduduk atau orang asing yg datang menetap di sesebuah tanah jajahan. kolonisasi proses (tindakan, perbuatan) menjadikan sesuatu tempat, wilayah, atau negara sbg koloni.

kolonisir ark IB; mengkolonisir, mengolonisir menjadikan koloni (tanah jajahan), menjajah. kolor = koloran Jk tali seluar (utk mengikat seluar di pinggang). kolorimeter (koloriméter) alat utk mengukur kepekatan larutan dgn membandingkan keamatan warnanya dgn keamatan warna suatu larutan piawai. kolorimetri (kolorimétri) kaedah analisis kimia yg berdasarkan pengukuran keamatan warna sesuatu bahan (dgn menggunakan kalorimeter). kolostrum (Bio) air susu (jernih dan kekuningan) yg keluar pd akhir kehamilan baru lahir). kolot kuno, cara lama (tidak moden), ketinggalan zaman: cara ~ yg digunakan oleh petani-petani menyebabkan hasil pertanian mereka tidak memuaskan; adat ~ adat kuno; kaum ~ golongan yg berpegang kuat pd adat resam kuno; kekolotan 1. sifat (cara, adat resam, dll) yg kolot (ketinggalan zaman), kekunoan: menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dlm masyarakat; 2. perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (bkn pemikiran, adat resam, dll): pelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya. kolportir IB orang yg menjual surat khabar (buku dll) sbg mata pencariannya. kolui, kolwi Pr teriak gembala gajah menyuruh gajah berjalan dll perlahan-lahan. sehingga beberapa hari setelah kelahiran bayi (merupakan sumber protein dan antibodi yg penting bagi bayi yg

kolum ruang (dlm surat khabar, majalah, dsb), lajur: berita-berita hangat selalu mendapat tempat dlm ~ surat khabar; berkolum-kolum beberapa (banyak) kolum, beruang-ruang: laporan mengenai kejadian itu ditulis ~ panjangnya. kolumnis penulis ruangan tetap dlm surat khabar atau majalah, pojok. koma I tanda baca (,) utk menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca; ~ bernoktah = titik ~ tanda baca (;) utk menandakan tempat berhenti membaca sebentar; ~ di atas, tanda koma yg dituliskan di sebelah atas di hujung suku kata (spt tanda koma pd perkataan Dato‟ dll); ~ terbalik tanda koma yg ditulis terbalik dan biasanya di sebelah atas baris atau perkataan, tanda „atau‟; berkoma terdapat tanda koma; mengomakan meletakkan tanda koma pd: ~ ayat yg panjang. koma II keadaan tidak sedarkan diri utk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit): dlm keadaan ~. komak I; ~-kamik kumat-kamit. komak II; tepung ~; gomak. koma-koma putik bunga kering drpd tumbuhan Crocus sativus yg digunakan sbg rempah, perisa, dan pewarna makanan. komala gemala. komaliwan Id alat yg digunakan utk makan di kapal. koman bp tidak istimewa (bkn barang dll), biasa, kodi, kebanyakan. komandan pegawai (polis atau tentera) yg memerintah sesuatu tempat, pasukan, atau organisasi. komander 1. pegawai tentera yg memerintah sesebuah pasukan atau operasi tentera; 2. pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut yg pangkatnya setingkat di atas leftenan komander dan setingkat di

bawah kapten (setaraf dgn leftenan kolonel dlm tentera darat dan tentera udara). komanditer IB orang yg mempunyai modal dlm syarikat perdagangan dll tetapi tidak turut sama mengurus syarikat itu. komando 1. perintah (dlm perbarisan dll), aba-aba: ketua pasukan menjerit memberi ~; 2. perintah, pimpinan: di bawah ~ di bawah pimpinan, diperintah (oleh); memegang ~ memegang pimpinan; 3. unit (atau anggota) khas dlm angkatan tentera yg dilatih khusus utk melakukan serangan mengejut terhadap musuh: pendaratan dan pengguguran ~ dijalankan pd malam hari; mengomando memberi komando atau perintah, mengetuai atau memimpin (gerakan tentera dll). Komanwel (komanwél) = ~ British perikatan negara-negara merdeka yg pernah diperintah oleh British yg mengiktiraf raja British yg memerintah sbg ketua Komanwel, persemakmuran; persidangan perdana menteri ~ persidangan yg disertai oleh perdana menteri negara-negara anggota Komanwel. komat; ~-kamit kumat-kamit; kumat II. kombala ark gembala. kombinasi gabungan, cantuman, satuan: pd asasnya seni itu adalah hasil ~ teknik dan ilham; pelukis yg baik dapat menimbulkan ~ warna yg menarik; mengkombinasikan masalah yg besar. kombo kumpulan kecil ahli muzik (terutamanya yg memainkan irama jaz). kome (komé) Pr kamu semua. menggabungkan, menyatukan: jika dikombinasikan kesemua persoalan ini, kita akan menghadapi suatu

komedi (komédi) 1. drama, filem, dsb yg ringan dan lucu, biasanya berakhir dgn kegembiraan; 2. genre sastera yg berkaitan dgn hal-hal lucu atau serius dgn cara menyindir; berkomedi berlakon komedi: mereka ~ dlm pertunjukan itu. komen (komén) 1. teguran, kritikan, atau pemerhatian utk menyatakan pendapat, pandangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan: berbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dlm akhbar; 2. memberi komen: katanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu; mengomen membuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang; pengomen orang yg suka dan selalu membuat komen. komendur IB 1. ketua pasukan, komander; 2. pegawai yg mengetuai pentadbiran (pengendalian) sesebuah pelabuhan, syahbandar; 3. pegawai yg mengetuai daerah, pegawai daerah. komeng (koméng) 1. sentiasa kecil (tidak besar-besar), kerdil, kecil (drpd yg lazim): kelapa ~; 2. sedikit; sekomeng 1. sangat kecil; 2. sangat sedikit. komensal (koménsal) (Bio) organisma yg menjangkiti manusia atau haiwan tanpa mengganggu atau memberi manfaat pd perumah. komensalisme (koménsalisme) (Bio) hubungan antara dua organisma yg memberikan manfaat kpd satu organisma, tetapi pd masa yg sama tidak pula mendatangkan apa-apa kesan kpd organisma yg satu lagi. komentar (koméntar) IB komen, huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara dll): tidak habis-habis orang memberi ~ mengenai rang undang-undang yg akan dikemukakan itu;

mengomentar 1. membuat komentar (komen), mengulas; 2. = mengomentari mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu, mentafsirkan, mengulas: beliau enggan ~ perjanjian pertahanan antara kedua-dua buah negara itu. komentator (koméntator) orang (atau penyiar) yg membuat ulasan tentang sesuatu peristiwa, mis acara sukan, terutamanya melalui radio dan televisyen, pengulas, juruulas. komersial berkaitan dgn atau bersifat perdagangan: kepentingan dan tujuan ~; nilai-nilai ekonomi dan ~; bangunan ~; mengkormersialkan menjadikan sesuatu sbg barang dagangan: usaha Rahim ~ filemnya telah mencetuskan kritikan; aspek-aspek ~ seni pertukangan menolong meninggikan taraf seni. komersialisasi proses, perbuatan, atau usaha menjadikan sesuatu mempunyai sifat, matlamat, dsb perdagangan: perubahan struktural ini nantinya akan selari dgn proses ~ sektor pertanian. komersialisme sikap, prinsip atau amalan perniagaan yg lebih menekankan soal keuntungan: filem terbitan syarikat itu nampaknya cuba mendekati ~ dgn mengikut selera penonton. komersil komersial. komes (komés) 1. ark bulu di bawah bibir bawah; 2. kumis. komet (komét) jasad cakerawala yg beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yg bercahaya. komidi Id 1. pertunjukan (permainan) sandiwara, lakonan (drama di pentas dsb); ~ bangsawan permainan sandiwara mengenai cerita lama (spt cerita raja-raja dll); ~ gambar ark wayang gambar; gedung (rumah) ~ bangunan (panggung) tempat dipertunjukkan permainan sandiwara; 2. pertunjukan (spt gerak badan atau berbagai-bagai

jenis senaman) spt bertunggang balik, berayun; bermain ~ a) mempertunjukkan berbagai-bagai jenis senaman (spt bertunggang balik dll); b) ki berpura-pura, tidak jujur, berbuat sesuatu dgn tidak berterus-terang, berdolak-dalik (percakapannya); ~ kuda permainan sarkas (yg menunjukkan kepandaian binatang); 3. perbuatan yg berpura-pura (tidak sungguh-sungguh), perlakuan yg dibuat-buat, lawak: Hanafiah tidak dapat meneruskan ~nya sbg orang sedang merajuk; mengomidikan memperdayakan, mempermainkan, menipu: tidak disangkanya ia akan dikomidikan orang yg sangat dipercayainya. komik = buku ~ buku yg mengandungi cerita yg disertai dgn gambargambar yg melucukan. komis IB pegawai atau jawatan yg tinggi sedikit drpd kerani: Hanafi diterima bekerja sbg kerani dan kemudian naik pangkatnya menjadi ~. komisar 1. pegawai parti komunis yg ditugaskan kpd unit tentera utk mengajar prinsip dan keunggulan parti; 2. ketua jabatan kerajaan di Rusia sehingga tahun 1946. komisariat IB 1. jawatan (pejabat, urusan) komisaris; 2. pejabat pesuruhjaya polis. komisaris IB 1. orang yg dilantik utk menjalankan sesuatu tugas (spt menjadi ahli lembaga pengurus pertubuhan, badan perniagaan, dll), ahli (anggota) sesuatu suruhanjaya; 2. = ~ agung = ~ tinggi pesuruhjaya tinggi (orang yg mewakili sesebuah negeri komanwel di negeri komanwel yg lain); 3. = ~ polisi pesuruhjaya polis (pegawai polis yg mengetuai pasukan polis di sesuatu kawasan atau negeri).

komisen (komisén) sejumlah (peratusan) bayaran yg dibayar kpd seseorang, ejen, jurujual, dsb kerana perkhidmatannya, dalal: jika laku keretanya, kita akan diberi ~. komisi I; mengkomisikan memberikan sesuatu tugas (kerja dsb) secara rasmi kpd pihak atau orang lain utk mengerjakan atau mengusahakannya dsb hingga selesai: pihak pengurusan bersetuju utk ~ projek tersebut kpd universiti yg berkenaan; pengkomisian perihal (proses, tindakan atau perbuatan) mengkomisikan: ~ projek itu terpaksa ditangguhkan sementara kerana sebab tertentu. komisi II IB 1. badan utk tugas (kajian, siasatan, dsb) tertentu, suruhanjaya; 2. = pergi ~ pergi ke sesuatu tempat utk menyiasat (menyelidiki) sesuatu perkara; 3. = barang ~ barang orang lain yg atau utk dijualkan dgn mendapat upah (komisen); menjual ~ menjual barang orang dgn menerima upah (komisen); 4. = wang ~ (bayaran) yg diterima sbg upah menjualkan barang orang: lebih banyak barang yg laku, lebih besar ~ yg diperoleh; mengomisi menyelidiki, memeriksa, menyiasat. komite (komité) Id jawatankuasa, panitia: suatu ~ yg bertanggungjawab menguruskan kerja memungut derma telah dilantik. komited mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu): individu atau kumpulan ini merupakan penagih keuntungan yg kurang ~ terhadap tanggungjawab sosial; Asas 50, sebuah pertubuhan penulis yg ~ kpd gagasan Seni utk Masyarakat. komiti bp jawatankuasa, panitia. komitmen 1. sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg

sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja; Malaysia mengulangi ~nya terhadap projek ini; 2. perjanjian (persetujuan, kata putus, dsb) utk melakukan sesuatu yg menjadikan sesuatu pihak itu terikat utk melaksanakannya: buat sementara ini ~ sudah dibuat utk mengekalkan askar-askarnya di sana. komkoma koma-koma. komoditi barangan yg diperdagangkan, terutamanya keluaran ladang, bahan mentah, dan bahan galian. komodo sj biawak besar, Varanus komodoensis. komodor = ~ udara pegawai tinggi dlm angkatan udara. komofit (Bio) tumbuhan yg tumbuh di celah-celah batu yg penuh dgn sarap. komoi sj tumbuhan (pokok); a) Diospyros clavigera; b) Diospyros oblonga. komp. kep kompleks. kompa ark pompa. kompak teguh, kukuh, kuat, bersatu padu: kalau masih ada perselisihan, tidak mungkin akan terdapat pimpinan yg ~ dlm persatuan. kompang sj rebana yg dipukul beramai-ramai: riuh-rendah bunyi ~ di majlis perkahwinan itu. komparatif bkn atau berdasarkan perbandingan (spt linguistik terapan). kompartmen ruang atau bahagian yg terpisah drpd bahagian lain: sains berada dlm ~nya yg tersendiri. kompas 1. alat yg menentukan arah mata angin, yg mempunyai jarum magnetik yg bergerak bebas dan menunjuk ke arah utara: pasukan

pengakap tersebut mencari jalan keluar dr hutan itu dgn menggunakan ~; jarum ~ jarum pd kompas yg menunjukkan arah; 2. sj alat berkaki dua utk melukis bulatan, mengukur jarak pd peta, carta, dsb, jangka lukis: elok menggunakan ~ utk membuat bulatan yg sempurna. kompaun denda yg dibayar dgn tidak perlu melalui pendakwaan di mahkamah: dia dikenakan ~ sebanyak RM75.00 kerana kesalahan meletak kereta; mengkompaun mengenakan kompaun terhadap (seseorang dsb): dia telah dikompaun sebanyak RM30.00 oleh Dewan Bandaraya kerana kesalahan meletak kereta; pengkompaunan perihal atau perbuatan mengenakan kompaun. kompelin bp aduan kerana tidak puas hati (terhadap sesuatu): wakil rakyat tersebut telah menerima ~ drpd orang ramai terhadap kekasaran sesetengah kakitangan kerajaan; mengompelin mengadukan (menyatakan) rasa tidak puas hati terhadap sesuatu: mereka ~ kerana makanan tidak memuaskan. kompendium (kompéndium) ringkasan atau ikhtisar tulisan ilmiah yg tuntas (padat): dia menulis sebuah ~ tentang falsafah gurunya. kompeni 1. bp syarikat perniagaan: beberapa buah ~ telah mengurangkan kakitangannya kerana perniagaan makin merosot; 2. pertubuhan atau persatuan perniagaan Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) yg ditubuhkan pd permulaan abad ke-17; 3. bp kerajaan, pemerintah; harta (tanah) ~ harta (tanah) milik kerajaan; jalan ~ jalan yg dibina oleh kerajaan; 4. Id askar (terutama askar Belanda atau askar Syarikat Hindia Timur Belanda); 5. pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd

batalion, terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota dan biasanya dibahagikan kpd tiga platun: askar dr ~ C batalion kedua. kompenian Id 1. kewajiban membuat sesuatu pekerjaan, rodi; 2. sj cukai tanah yg dikenakan kpd orang yg mendiami tanah persendirian. kompensasi (kompénsasi) 1. ganti rugi, sagu hati, pampasan; 2. pemberian barang dll sbg menjelaskan hutang dll. komperang Jk seluar panjang yg sangat longgar. kompes (kompés) Jk ark; dikompes disoal dgn keras (oleh polis dll) supaya membuat keterangan atau pengakuan. kompeten (kompetén) IB 1. cekap, layak, dapat menjalankan tugas dgn sempurna; 2. berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu; kekompetenan keadaan atau hal kompeten: keakuran dan ~ sains. kompeten (kompéten) (Udg) layak atau berkuasa di sisi undang-undang utk memberikan keterangan, membicarakan dsb (bkn mahkamah, saksi atau hakim): Mahkamah Rayuan tersilap apabila memutuskan Mahkamah Syariah bukan mahkamah yg ~ utk membicarakan kes berkenaan. kompetensi (kompeténsi) IB hak (kuasa) utk memutuskan atau melakukan sesuatu. kompetensi (kompétensi) kecekapan: kursus ~ umum. kompetisi (kompétisi) IB pertandingan utk merebut kejohanan. kompetitif (kompétitif) bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. kompi IB pasukan kecil askar di bawah pimpinan seorang kapten, kompeni: tiga ~ tentera jalan kaki telah memasuki bandar itu. kompleks (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah

yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keruh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~„aku pengarang‟ dan „aku wartawan‟; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi. kompleksiti (kompléksiti) sifat atau keadaan kompleks, kekompleksan: kerumitan dan ~ sentiasa mencirikan proses perubahan; ~ struktur empayar India; ~ dlm sajak.

komplikasi 1. kekusutan (sesuatu keadaan, kerana bercampuraduknya berbagai-bagai perkara atau timbulnya unsur atau faktor yg merumitkan); 2. penyakit baru atau perkembangan baru pd sesuatu penyakit yg menjadikan lebih rumit utk dirawat dan diubati: akibat tersalah makan ubat, ia mendapat ~ dan terpaksa dirawat di rumah sakit. komplit sempurna (tidak berkurang suatu apa pun), lengkap, genap, cukup semuanya: terdapat juga tempat permainan kanak-kanak yg ~ dgn segala jenis mainan kanak-kanak. komplot = komplotan rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): segala rancangan ~ yg hendak menimbulkan kekacauan itu telah diketahui polis; beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua; berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn bermuafakat atau ~; pengkomplot orang yg berkomplot. kompok kelompok. kompol Id; mengompol kencing sewaktu tidur, kencing malam. komponen bahagian yg menjadikan sesuatu (spt enjin, pesawat, alat, dll) lengkap atau sempurna, (yg menjadi) bahagian drpd sesuatu yg lebih besar (kompleks atau lengkap): strategi yg disebut tadi mesti ada ~ sosial yg menjalankan dasar dan disiplin yg boleh menjamin harmoni; parti-parti ~ Barisan Nasional. kompong kudung, kontot, rompong; ayam ~ ayam togel (tidak berekor); selendang ~ selendang pendek.

komponis IB penggubah (pencipta) lagu atau muzik: sungguh berminat ia mendengar muzik ciptaan ~ yg terkenal, Beethoven, Chopin dan Tchaikovsky. kompor IB sj dapur memasak yg menggunakan minyak tanah. kompos I baja drpd bahan-bahan organik spt daun, kayu, tahi binatang, dll yg telah reput; mengompos bertukar menjadi kompos: lama-kelamaan rantingranting dan daun itu akan reput dan ~; pengomposan proses menghasilkan kompos. kompos II; mengompos mengatur huruf dlm percetakan. komposer penggubah (lagu, muzik, dsb), pencipta. komposisi 1. gubahan, ciptaan, karangan: novel yg baik ~nya tidak membosankan; 2. teknik (cara) menyusun dan menjalin sesuatu karangan atau ciptaan hingga menjadi hasil karya sastera atau seni yg sempurna; 3. bahagian-bahagian yg terjalin menjadi sesuatu yg lengkap, bahagian-bahagian drpd sesuatu kesatuan, jalinan bahagian-bahagian pd sesuatu keseluruhan: Kota Kinabalu juga menjadi bandar yg seimbang ~ penduduknya antara penduduk pribumi dan bukan pribumi; mengomposisikan menggubah, mencipta, mengarang: akan kukomposisikan sebuah lagu dan kunyanyikan sepanjang hidupku. komposit 1. terdiri drpd beberapa bahagian, unsur, bahan dsb yg berlainan: sistem paip ~; 2. sesuatu yg terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur dsb: polimer baru dapat diperkukuh menjadi ~ pelbagai guna, khususnya utk pembinaan kereta dan kapal terbang. kompot kontot, kudung, pendek.

komprehensif (kompréhénsif) luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dalamnya, tuntas: sebuah kamus yg ~ sangat diperlukan; menyediakan laporan-laporan yg ~. kompres (komprés) kain basah atau kering atau pad yg ditekan-tekan pd bahagian badan utk melegakan sakit dll; mengompres menyejukkan kepala dll dgn kompres, menjaram. kompromi persetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yg bertentangan): penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja; berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dsb) dgn cara bertolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~; mengkompromikan menyatakan persetujuan atau kesepakatan dgn unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup: penganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dgn manamana fahaman. komputer alat elektronik yg menyimpan maklumat pd cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan; ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit; ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba; ~ hos komputer yg disambungkan kpd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain; ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja; ~ peribadi komputer kecil yg dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu; ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd

komputer buku; ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan; berkomputer yg menggunakan 1.menggunakan (atau atau dibina, disediakan, dgn dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; mengkomputerkan melengkapkan komputer (utk melaksanakan sesuatu kerja): ~ pejabat; 2. memproses atau menyimpan maklumat dsb dgn menggunakan komputer: data itu telah dikomputerkan; pengkomputeran perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. komputerisasi pengkomputeran. komrad orang (rakan) yg sama-sama menjadi anggota sesebuah pertubuhan atau parti politik: mereka tidak tinggal selama-lamanya di dlm hutan spt ~ komunis yg lain. komunal 1. bkn (pemilikan) hak secara bersama: sumber tenaga secara ~; 2. bkn kepentingan awam: hak milik bercorak ~ kpd yg bercorak individu. komunalisme semangat yg lebih menitik-beratkan kepentingan sesuatu kaum sahaja, faham perkauman: aliran politik yg sempit yg berorientasikan ~. komunikasi perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap,

berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan. komunikatif sedia atau dapat berhubungan (mengadakan komunikasi), dapat atau mudah menyampaikan sesuatu maksud (maklumat dsb): sajak-sajak yg dihasilkan oleh generasi Usman dan Masuri bersifat ~; kekomunikatifan keadaan atau perihal komunikatif: tingkat ~. komunikator orang atau institusi yg menghantar pesan ( maklumat dll) kpd penerima pesan. komunike (komuniké) kenyataan atau pengumuman rasmi (spt yg dikeluarkan selepas persidangan, perundingan, dsb utk siaran akhbar dsb). komunis orang (golongan) yg menganut atau mengamalkan faham komunisme: mereka mempelajari ajaran Marx dan Lenin utk memperlengkapkan diri menjadi ~ ; parti ~ ; blok ~ kumpulan beberapa buah negara yg menganut dan mengamalkan komunisme; faham ~ komunisme. komunisme fahaman politik yg (hendak) menjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat: ~ diamalkan dgn luasnya sbg falsafah hidup di negeri China dan beberapa negeri Eropah Timur. komuniti 1. kumpulan orang yg tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya;

2. kumpulan individu yg mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan, dll) yg serupa: ~ akademik; ~ para ilmuwan. komutator 1. perkakas utk mengubah arah arus elektrik (terutama utk menukar arus ulang-alik menjadi arus terus); 2. bahagian berputar (dlm dinamo atau motor) yg menerima arus drpd berus atau menghantar arus kpd berus. komuter kereta api elektrik yg berulang-alik utk mengangkut penumpang ke pusat bandar, tempat kerja dsb: setiap hari dia berulang-alik dgn ~. kon 1. jasad pejal yg meruncing ke hujung dr tapaknya yg rata dan bulat; 2. sesuatu yg berbentuk kon, sama ada pejal atau geronggang. konan ark; mengonani memukul (menyerang) beramai-ramai. koncah berkocak (air), tidak tenang (air laut dll). koncet kuncit. konco rakan (sahabat, teman), kakitangan, pembantu: dia dan ~nya dapat mempengaruhi orang-orang kampung. kondai kundai. konda kondi sj permainan rakyat (biasanya utk kanak-kanak) yg menggunakan dua batang kayu (satu panjang, satu pendek), disungkit menerusi lubang yg disediakan dan dipukul. kondangan Jk 1. menghadiri majlis kenduri (perkahwinan dll), berkunjung ke tempat diadakan kenduri (upacara dll) utk membantu dll; 2. undangan, jemputan. konde (kondé) kundai. kondem (kondém); sudah ~ bp sudah rosak sama sekali dan tidak boleh dipakai lagi (bkn kereta, alat perkakas, barang, dll).

kondensasi (kondénsasi) (Kim) proses perubahan keadaan sesuatu bahan drpd wap atau gas kpd cecair, pemeluwapan; terkondensasi berubah drpd wap (atau gas) kpd cecair. kondenser (kondénser) 1. radas utk mendinginkan wap dan memeluwapkannya (menjadikan cecair); 2. kanta utk menumpukan cahaya ke sesuatu benda; 3. = ~ elektrik alat yg terdiri drpd dua atau lebih kepingan pengalir dan digunakan utk menerima dan menyimpan cas elektrik. kondil (Bio) struktur bulat dan licin pd hujung tulang tertentu yg terlekat pd soket tulang lain utk membentuk sendi lesung. kondisi IB 1. sesuatu yg perlu dimiliki (dilakukan dll) supaya dapat mencapai, memperoleh, dll) sesuatu, syarat (yg menjadi asas sesuatu perkembangan dll); 2. keadaan, kedudukan. kondo singkatan bagi kondominium. kondom sarung drpd getah dsb yg disarungkan pd kemaluan lelaki utk mencegah jangkitan atau kehamilan akibat hubungan seks. kondominium bangunan pangsapuri yg setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian bersama. kondor I Jk sj penyakit yg menyebabkan kantung kemaluan menjadi besar, burut; kondoran kondor. kondor II sj burung pemangsa yg besar yg gemar memakan bangkai binatang, terdapat terutamanya di Amerika Selatan. kondotel (kondotél) tempat penginapan yg berasaskan gabungan konsep kondominium dan hotel. kondritis (Ubat) radang pd tulang rawan. tertentu dimiliki

konduit (Kej) tiub atau salur yg melindungi dawai elektrik bertebat. konduksi (Fiz) pemindahan tenaga haba atau tenaga elektrik melalui sesuatu bahan (konduktor), pengaliran; konduksian dapat mengalirkan haba, arus elektrik dsb: kehilangan ~; kekonduksian sifat atau keupayaan mengalirkan arus elektrik, haba dsb: lapisan kering makanan mempunyai ~ terma yg rendah dan bertindak sbg penebat di samping memberi rintangan terhadap pengaliran haba; pengkonduksi bahan atau medium yg melaluinya tenaga haba atau elektrik dapat mengalir, konduktor. konduktif konduksian. konduktor 1. orang yg menjual tiket dan mengutip tambang dlm bas; 2. (Fiz) bahan atau medium yg melaluinya tenaga haba atau elektrik dapat mengalir; ~ elektrik bahan (dlm bentuk larutan, leburan, atau pepejal) yg melaluinya arus elektrik dapat mengalir; 3. (Muz) orang yg memimpin sesuatu persembahan koir, simfoni atau orkestra. kondusif sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa. konek (konék) bk kemaluan laki-laki, zakar. koneng (konéng); kuih ~ sj kuih. konfederasi (konféderasi) pergabungan atau gabungan antara negara, parti politik, dll.

konfeksi (konféksi) 1. sediaan manis yg dibuat drpd buah-buahan, kekacang, dll spt halwa, gula-gula, dsb; 2. sesuatu spt topi dll, terutamanya utk wanita, yg dibuat dgn penuh hiasan. konferensi (konferénsi) pertemuan formal utk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat, dsb tentang sesuatu perkara, terutamanya di kalangan pihak-pihak yg mempunyai minat dan kepentingan bersama, persidangan, muktamar: suatu ~ pakar-pakar dr seluruh dunia utk membincangkan masalah kekurangan makanan telah diadakan baru-baru ini. konfeti (konféti) cebisan kertas berwarna-warni yg ditaburkan pd pengantin baru atau orang ramai dlm sesuatu majlis. konfigurasi (Kim) susunan atom sesuatu molekul di dlm ruang; ~ elektron susunan elektron di dlm atom; ~ mutlak gambaran terperinci sesuatu molekul, termasuk cara atom-atom tersusundi dlm ruang. konflik perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll: beliau memberi amaran kpd orang-orang yg hendak menimbulkan ~ antara kaum di negeri ini; cerita itu penuh dgn ~ jiwa, antara kasih dan tanggungjawab; berkonflik berselisihan, bertentangan, terlibat dlm sesuatu konflik. konfrontasi 1. persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, orang dll) atau yg pihak bertentangan yg terlibat (berselisihan, menghadapi bermusuhan); 2. pertentangan (permusuhan) secara langsung yg menyebabkan kemungkinan berlakunya pergaduhan (peperangan dsb): kerana masing-masing hendak melamar gadis yg sama, timbullah ~ antara

kedua-dua pemuda itu; dgn jatuhnya Presiden Soekarno, tamatlah ~ antara Malaysia dan Indonesia; berkonfrontasi 1. saling berhadapan antara dua orang dll yg bertentangan, bersemuka; 2. bermusuhan (bertentangan) secara langsung (yg boleh mencetuskan pergaduhan, peperangan, dsb): masing-masing ~ terhadap yg lain. konga (Muz) 1. sj tarian Amerika Latin; 2. sj gendang yg berasal dr Amerika Latin, yg tinggi dan kurus, dan dipalu dgn tangan. kongenital (kongénital) (Ubat) berkaitan dgn penyakit atau keadaan yg dialami sejak lahir. kongkalikung, kongkalingkung 1. bp curang (tidak jujur atau berterangterang); 2. sekongkol dlm melakukan sesuatu yg tidak baik; berkongkalikung bersekutu (bersepakat) dlm melakukan sesuatu kesalahan (tipu daya dll), bersekongkol. kongkang I sj kera kecil yg tidak berekor dlm famili Lorisidae, Nycticebus coucang; spt ~ malu; agih-agih ~ prb terlalu dermawan atau murah hati hingga diri sendiri mendapat kesusahan; mengongkang 1. berlaku spt kongkang; 2. mengerip, mengunggis: Intan sedang enak ~ epal. kongkang II ark sj katak besar, kangkung. kongkek (kongkék) bp bersetubuh, bersanggama. kongkiak kelengkiak. kongko Jk berbual-bual, berborak. kongkoan C 1. bangunan utk digunakan oleh orang ramai, balai raya; 2. majlis atau badan penasihat hal-hal mengenai orang Cina. kongkol sekongkol.

kongkong I benda drpd kayu atau besi yg berlubang yg dikenakan pd leher orang salah atau orang tahanan (utk menghukumnya atau mencegahnya drpd lari), pasung; mengongkong 1. mengenakan kongkong pd, memasung, membelenggu: ia ditangkap, diheret dan kemudian dikongkong dlm sebuah pondok kecil; 2. ki membatasi (kebebasan, pergerakan, dll), menghalangi, menyekat: ia ingin bebas, tidak dikongkong oleh berbagai-bagai peraturan dan disiplin yg keras; 3. mengepung, melingkungi: pasukan tentera yg dikirimkan itu mula ~ askar musuh yg terperangkap; 4. meliputi, mencakupi, merangkumi: ilmu kedoktoran ~ ilmu anatomi, perubatan, kesihatan, dll; terkongkong terbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya; kongkongan ki perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman: dlm negara yg mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas drpd ~ pemerintah; puas ia mencari jalan melepaskan dirinya drpd ~ lelaki yg tidak disukainya itu; pengongkongan 1. perihal atau perbuatan mengongkong (memasung, membelenggu), pemasungan, pembelengguan; 2. perihal atau perbuatan mengongkong (membatasi, menghalangi menyekat), pembatasan, penghalangan, penyekatan; pengongkong orang yg suka mengongkong (kebebasan, pergerakan, dll), penghalang, penyekat. kongkong II bunyi (salak) anjing yg kuat; mengongkong menyalak dgn kuat, menggonggong.

konglomerat; 1. batu ~ batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat; 2. (Eko) firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. kongo Kl, Tr tidak bermaya atau tidak bertenaga, lemah, lesu. kongres (kongrés) I mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu dsb: masalah memajukan bahasa Melayu, dan membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu telah dibincangkan dlm beberapa ~ yg telah diadakan; berkongres mengadakan kongres: mereka ~ lagi utk membincangkan masalah lain pula. Kongres (kongrés) II badan perundangan persekutuan di Amerika Syarikat yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Senat. kongruen (Mat) mempunyai bentuk dan saiz yg sama (bkn rajah): segi tiga ~. kongsi 1. persekutuan (pergabungan) yg mengandungi dua orang atau lebih yg bekerjasama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagangpedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm sesuatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung

perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, bersepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg dijalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg berkongsi. konifer (Bio) tumbuhan (spt damar minyak, sempilor, podo, dll) dlm order Coniferales, divisi Gymnospermae, yg menghasilkan kon dan mempunyai daun yg menyerupai jarum atau sisik (banyak terdapat di Eropah dan Amerika Utara). konjunktiva (Ubat) membran bermukus yg menyelaputi bahagian depan bola mata dan permukaan bawah kelopak mata. konjunktivitis (Ubat) radang pd konjunktiva. konklusi keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll), kesimpulan. konklusif tidak dapat dipertikaikan lagi (bkn keterangan, keputusan dsb), pasti, kukuh, muktamad: ujian DNA itu tidak akan memberikan keputusan yg ~; bukti yg ~ tentang perbuatan yg sengaja bagi

menyembunyikan kematian dgn cara membuang mayat itu secara sulit. konkologi kajian tentang kerang-kerangan, termasuk cangkerangnya. konkordans (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan. konkos ruang terbuka yg luas dlm sesebuah bangunan tempat orang ramai berkumpul atau berlegar-legar. konkrit 1. campuran batu kelikir dgn simen (pasir dll) yg digunakan utk pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll): asas rumah itu dibuat drpd ~; 2. bersifat (berupa) sesuatu yg dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihatan dsb), maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yg ~ ke arah pembangunan ekonomi negara; 3. pasti (tidak samar-samar dsb), positif: mereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~ yg dapat diperjelas tanpa kajian; mengkonkritkan ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihatkan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas; kekonkritan perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan. konkrus IB, bp peraduan (menyanyi dll). konkuren (konkurén) IB 1. pertandingan, perlawanan, persaingan (harga dll); 2. berlawanan, bersaingan (harga dll); 3. saingan, lawan (dlm perniagaan dll). konkurensi (konkurénsi) IB perlawanan, persaingan.

konon 1. kata utk menyatakan perasaan ingin tahu, gerangan, agaknya: apa ~ yg merunsingkannya? 2. katanya, kata orang, menurut khabar: kudengar engkau ~ hendak mengadang Sang Guna; adalah ~ seorang perempuan terlalu baik parasnya; 3. agaknya (begitu), rasanya (begitu), barangkali (begitu), bukankah: maka inilah sebentuk cincin ia minta jualkan, keputusan belanja ~; 4. kata utk menyatakan sindiran atau ejekan, seolah-olah, lakunya: badan sudah tua hendak membuka kebun baru ~; jadi kau fikir ~nya kau boleh dapat kerja di sana? 5. sl khabar; 6. = kononkan = ~ lagi = ~ pula apalagi, istimewa pula, inikan pula: sedang gajah liar lagi dapat kita jerat, ini ~ gajah jinak; mengonon, memperkonon, memperkononkan memperdayakan, memperolokkan, mempermainkan (dgn kata-kata yg bukan-bukan dsb): kalau sudah ada sedikit pengetahuan, tidaklah mudah diperkononkan orang; mengononkan 1. mengonon, memperkonon(kan); 2. mengisahkan (mempercakapkan) dgn konon (dgn berasaskan kata orang, khabarkhabar, dsb). konotasi (Lin) asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya. konotatif (Lin) berkaitan dgn atau mempunyai konotasi: kata-kata yg mempunyai makna ~. konsekuen (konsékuen) secocok (sesuai, selaras) dgn kata-kata dll yg terdahulu, sama (tidak bersalahan) dgn yg sudah-sudah: tidak dapat diadakan garis batas antara kedua-dua golongan itu secara ~.

konsekuensi (konsékuensi) 1. akibat (drpd sesuatu perbuatan), kesudahan, padah; 2. keselarasan (kesesuaian) dgn yg sebelumnya. konsensus (konsénsus) persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan: namun demikian, semakin banyak ia dibincangkan dan didebatkan maka yg lahir bukanlah ~ tetapi sebaliknya konflik; pihak penganjur telah memberikan ~ mereka terhadap penggunaan segala kemudahan yg disediakan itu. konsentrasi (konséntrasi) tumpuan perhatian atau fikiran (pd sesuatu yg dilakukan dll): kita tidak akan dapat bekerja dgn penuh ~ jika diganggu oleh masalah rumah tangga. konsep (konsép) 1. pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu: ~ demokrasi tidak bererti kebebasan yg tidak terbatas; 2. rancangan (rencana, surat, dll), draf (surat dll), rang: ~ surat; berkonsepkan mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat. konsepsi (konsépsi) pengertian, pendapat yg terbentuk dlm fikiran (seseorang, sesuatu kumpulan dsb) tentang sesuatu idea, gagasan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan mata benda harus diubah supaya tercapai kemajuan; mengkonsepsikan membayangkan (menggambarkan) sesuatu konsep dlm fikiran, mengkonseptualisasikan: sekiranya penguasaan bahasa baik, mudah seseorang itu ~ sesuatu benda; pengkonsepsian perihal atau perbuatan mengkonsepsikan: gangguan pd sistem saraf otak menyebabkan prestasi pembelajaran individu terjejas, khususnya dlm aspek penanggapan dan ~; konsep.

konseptual (konséptual) berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya. konseptualisasi (konséptualisasi) pembentukan konsep tentang sesuatu: dia membuat ~ tentang pendidikan; mengkonseptualisasikan mengkonsepsikan. konser (konsér) IB konsert. konsert persembahan muzik oleh penyanyi atau pemain muzik di hadapan penonton: malam itu kami mendengar ~ karya Beethoven di Palais de Chaillot. konsertina (Muz) sj alat muzik yg rupanya seakan-akan akordion kecil. konserto (Muz) gubahan muzik yg menampilkan persembahan pemain solo dgn iringan orkestra. konservasi pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan (kemusnahan dll). konservatif 1. bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan: usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak ~; 2. kolot, tidak moden. konservatisme faham konservatif yg cenderung mengamalkan kebiasaan (yg menjadi tradisi). konsesi (konsési) 1. hak atau keizinan yg diberikan kpd syarikat dll utk menggunakan sesuatu kawasan bagi tujuan melombong (membalak dll): dua buah syarikat asing telah diberi ~ utk melombong besi di beberapa kawasan; pihak berkuasa negeri boleh juga memberi ~ kawasan kayu balak; 2. tolak ansur (dlm tuntutan, perundingan,

dll): persetujuan akhirnya tercapai setelah kedua-dua pihak membuat ~. konsignasi IB 1. pengiriman barang-barang utk dijual oleh penerimanya; 2. perihal menyimpan (mengamanatkan) wang kpd orang dll, penitipan (wang). konsisten 1. terus berpegang pd pendirian dsb yg sama, tekal; 2. secocok, sesuai, sejajar, tidak bertentangan antara satu dgn lain; kekonsistenan keadaan yg konsisten, keselarasan. konsistensi perihal konsisten, ketekalan. konsol (Kej) papan suis dsb yg digunakan utk mengawal operasi alat mekanikal atau elektronik. konsolidasi perihal (usaha, proses, dsb) memperkukuh atau mempererat perhubungan (perpaduan dll); mengkonsolidasikan memperkukuh atau mempererat perhubungan (perpaduan, persatuan, dll). konsonan (Lin) huruf selain vokal (spt t, s, l, dll). konsortium gabungan beberapa buah syarikat (bank dll) yg mengadakan usaha bersama atau kerjasama erat utk sesuatu tujuan atau kegiatan tertentu. konspirasi rancangan rahsia utk melakukan sesuatu yg menyalahi undangundang (terutamanya yg berbau politik): negara kita Malaysia, juga tidak ketinggalan menerima bahang panas komplot ~ kuasa-kuasa besar tersebut; berkonspirasi melakukan (menganjurkan, mengadakan dsb) konspirasi, berkomplot: ada tokoh-tokoh korporat yg dikatakan ~ utk menjatuhkan menteri berkenaan; kami tidak ~ utk menyekatnya drpd menjadi ahli parti.

konspirator orang yg berkonspirasi, pengkomplot: dia pernah didakwa sbg salah seorang ~ dlm percaturan politik itu. konstabel anggota pasukan polis yg pangkatnya paling rendah. konstantan sj aloi yg mengandungi 55-60% tembaga dan 40-45% nikel (digunakan dlm alat pengukuran suhu). konstituante IB suruhanjaya yg merangka (membentuk) perlembagaan. konstituen (Lin) unsur bahasa yg merupakan satu juzuk (bahagian) drpd satuan bahasa yg lebih besar: satu atau beberapa perkataan yg berfungsi sbg satu ~ dlm binaan ayat. konstitusi 1. perlembagaan (sesebuah negara dll); 2. segala undangundang (peraturan dll) yg menentukan cara atau sistem pemerintahan (pentadbiran) negara dll. konstitusionalisme 1. sistem atau prinsip pemerintahan yg berdasarkan perlembagaan; 2. sokongan atau pegangan yg kuat terhadap prinsip pemerintahan yg berdasarkan perlembagaan. konstruksi IB 1. pembinaan sesuatu (spt bangunan, kapal, dll); 2. Id susunan dan kedudukan kata-kata dlm ayat atau rangkai kata. konstruktif membina (bkn kritikan, pemikiran, dll). konsul pegawai yg dilantik oleh sesebuah negara utk menjaga kepentingan perdagangan dan membantu warganya di negara asing; ~ jeneral konsul yg terutama atau ketua konsul (yg mengetuai konsul-konsul lain). konsulat 1. kediaman atau ibu pejabat konsul; 2. jawatan konsul. konsuler (konsulér) IB (yg) berkaitan dgn konsul atau konsulat. konsultan (pakar) perunding, pakar runding. konsultasi usaha bertukar-tukar fikiran dan pendapat utk mendapatkan nasihat;

berkonsultasi

1.

bertukar-tukar

fikiran

dan

pendapat

utk

mendapatkan nasihat dll: ahli meteorologi biasanya ~ dgn ahli statistik; 2. meminta nasihat (tentang kesihatan, rawatan, dsb). konsumen (konsumén) IB pengguna barang-barang, lwn produsen (pengeluar barang-barang). konsumerisme sistem melindungi hak dan kepentingan pengguna. konsumsi IB penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll). kontak 1. kenalan yg melaluinya seseorang boleh mendapatkan pertolongan, maklumat, sokongan, dsb dlm sesuatu urusan: Kadri mengaku kononnya dia mempunyai ~ dgn beberapa orang atasan; 2. hubungan antara satu dgn lain: kami hilang ~ sejak beberapa tahun yg lalu; 3. perihal atau keadaan bersentuh, sentuhan, hubungan; mengontakkan mengenakan (menyambungkan, menyentuhkan) pd, menghubungkan (mengaitkan) dgn. kontal-kantil = terkontal-kantil 1. tergantung sambil berayun-ayun (bkn buah jam dll), terbuai-buai; 2. merayau-rayau (pergi ke sana sini) seorang diri. kontaminasi pencemaran: keracunan dan ~ drpd racun perosak boleh dielakkan. kontan IB 1. tidak bertangguh (bkn bayaran), tunai: tuan-tuan toko telah percaya utk memberikan barang-barang kepadanya utk dijual walaupun dgn bayaran yg tidak ~; membayar ~ membayar tunai; 2. bp dgn serta-merta, segera (menjawab dll); ~ keras pd saat itu juga (dijawab, dibalas, dsb);

mengontan 1. membayar tunai; 2. bp menjawab (membalas dll) dgn segera (tidak bertangguh-tangguh atau berfikir-fikir dahulu); kontan-kontanan bp pd ketika itu juga. kontang 1. tidak berair, kering: parit ~; kering-~ kering sama sekali; 2. (Kim) tidak mengandungi air atau air habluran: kalsium klorida ~; mengontang menjadi kontang; mengontangkan menyebabkan atau menjadikan kontang: cuaca panas yg berterusan telah ~ perigi dekat rumah kami; kontangan tanah yg kontang: bumi Poseng yg kaya dgn rekahan dan ~ itu; kekontangan 1. keadaan kontang, kekeringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah; pengontangan pengeringan air (drpd bahan kimia dll). kontang-kanting terbuai-buai, terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang); terkontang-kanting terbiar seorang diri tanpa haluan, bimbingan dsb: memang sudah nasib aku, apabila tua ~; rasa malunya tidak terkira apabila banyak mata memandangnya ~ seorang diri. konteks (kontéks) 1. ayat (bahagian rencana dll) yg menentukan atau menunjukkan erti perkataan (ungkapan dll) yg terkandung di dalamnya: erti perkataan ini tidak dapat dipastikan kerana tidak disertai ~nya; 2. keseluruhan keadaan atau latar belakang tertentu yg ada kaitannya atau dapat dihubungkan dgn sesuatu: cadangan Y.B. Menteri ini amat wajar sekali dlm ~ perkembangan bahasa Melayu masa kini.

kontekstual sastera.

(kontékstual)

berkaitan

dgn

atau

menurut

konteks:

penyelidikan sastera dr segi ~ dapat merencanakan perkembangan konteler (kontelér) IB, kontelir pegawai daerah (zaman pemerintahan penjajah), kontrolir. kontemplasi (kontémplasi) proses memikirkan sesuatu perkara secara mendalam: ilmu tidak dimuliakan lagi jika dibandingkan dgn ~ serta tafakur secara rohaniah. kontemporari (kontémporari) pd masa yg sama, semasa atau sesama (dgn seseorang atau sesuatu), (pd) masa kini: sandiwara yg mengambil perbahanannya drpd lembaran-lembaran sejarah yg penting dan beralih kpd penimbaan peristiwa-peristiwa semasa dan ~; aspirasi rakyat ~; penyair ~. kontena (konténa) bekas berupa peti besar drpd logam atau kayu yg digunakan utk memuatkan barang supaya mudah diangkut dgn kapal, lori dsb; mengkontenakan menghantar kargo atau barang dgn memasukkannya ke dlm kontena; pengkontenaan perihal (proses atau perbuatan) mengkontenakan. konteng (konténg); terkonteng-konteng seorang diri (tidak berkawan), terkoteng-koteng. kontes (kontés) pertandingan, peraduan (kecantikan, pakaian, dll). kontet (kontét) Jk kerdil, kecil lagi pendek (bkn orang), terencat (tidak besar-besar). kontingensi peristiwa atau perkara yg berlaku di luar jangkaan: tindakan organisasi terhadap situasi atau ~ yg berbeza; pelan ~ rancangan

yg dirangka utk menangani hal atau peristiwa yg diduga akan berlaku pd masa hadapan. kontinjen 1. sekumpulan orang yg mewakili sesebuah pertubuhan, negara, dsb dlm sesuatu pertemuan dsb; 2. sepasukan tentera, kenderaan tentera, dsb. kontinuiti perihal atau sifat berterusan (tidak putus-putus atau terganggu, kesinambungan. kontinum sesuatu yg dianggap sbg satu keseluruhan, struktur atau siri yg berterusan hidup. kontol Jk pundi-pundi (kantung) buah pelir. kontong kudung (jari dll). kontot pendek, kompot: parang ~; mengontotkan menjadikan atau menyebabkan kontot. kontra menentang, melawan, tidak menyokong (menyetujui): kecamannya yg keras menunjukkan sikapnya yg ~ terhadap perjuangan kita; ~ nasional menentang negara; ~ revolusi menentang revolusi. kontraban (Udg) barang yg dilarang oleh undang-undang negara drpd dieksport atau diimport, mis dadah dan senjata api seludup, barang tegahan. kontradiksi 1. perihal berlawanan atau bertentangan, pertentangan (antara dua perkara, keadaan, dll), ketidaksesuaian: terdapat banyak ~ pd sikap kedua-dua suami isteri itu yg mengganggu ketenteraman hidup mereka; 2. = ~ dgn bertentangan (dgn). kontrak 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara Syarikat; buruh yg tidak harus dipisahkan: ketiga-tiga kategori pendidikan yg dinyatakan termasuk dlm ~ pendidikan seumur

~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepentingan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. kontraksi 1. pengecutan (peregangan) otot: ~ mempercepat pengembalian bentuk rahim; 2. (Lin) proses atau hasil memendekkan bentuk linguistik, mis tak drpd tidak atau tiada drpd tidak ada; berkontraksi melakukan (proses) kontraksi: otot-otot perut akan ~ apabila anda dlm keadaan cemas atau berhati-hati. kontraktor orang atau syarikat yg mengikat kontrak utk menjalankan sesuatu perkhidmatan, membekalkan bahan atau buruh, dsb

terutamanya utk kerja pembinaan: hanya ~ yg berdaftar sahaja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan. kontraktual (Udg) berdasarkan, berkaitan dgn atau terkandung dlm kontrak, berkontrak: liabiti ~. kontralto (Muz) suara terendah wanita dlm sesebuah nyanyian koir dsb. kontras 1. perbezaan (warna, bunyi, dll) yg sangat nyata, pertentangan (sifat dll): ada dramatis yg memulakan dramanya langsung mempertentangkan watak-wataknya sehingga ~nya terasa begitu dalam jurangnya; 2. memperlihatkan perbezaan yg sangat nyata, memperlihatkan pertentangan; berkontras menunjukkan kontras; mengkontraskan memperlihatkan kontras. kontrasepsi (kontrasépsi) cara (kaedah atau langkah) mencegah kehamilan. kontraseptif (kontraséptif) 1. berkaitan dgn kontrasepsi; 2. alat (atau pil) utk mencegah kehamilan. kontrastif bkn sesuatu yg dilakukan utk menunjukkan kontras (perbezaan): penyelidikan ~ antara bahasa Melayu dgn bahasabahasa lain. kontribusi IB yuran (kpd perkumpulan dll). kontrol bp 1. pengawasan, penjagaan serta pengendalian (supaya teratur perjalanan sesuatu kegiatan, kerja, dll), kawalan; 2. pergi ke meratarata tempat, mengeluyur; mengontrol mengawasi, menjaga serta mengendalikan (kerja dll), mengawal: kebebasannya tersekat, gerak-gerinya dikontrol.

kontrolir IB 1. pegawai daerah (pd zaman pemerintahan penjajah), konteler; 2. orang yg tugasnya mengawasi (menjaga serta mengendalikan) sesuatu (spt pasar dll). kontroversi perselisihan atau pertelingkahan pendapat dsb yg biasanya berlarutan dan agak meluas di antara golongan (pihak dll) yg berlainan pendirian (pendapat, fahaman, dsb); mengkontroversikan menyebabkan menjadi kontroversi: jangan cuba ~ isu-isu kecil itu. kontroversial membawa kpd kontroversi, menimbulkan kontroversi, (boleh) dipertikaikan. kontur = garisan ~ garisan yg dilukis pd peta utk menggabungkan (menunjukkan) tempat-tempat yg sama tinggi kedudukannya dr permukaan atau paras laut. kontusi (Ubat) kecederaan pd sebelah dalam mana-mana bahagian tubuh yg tidak melukai atau memecahkan kulit, luka memar, lebam. konvensi (konvénsi) sesuatu (spt amalan, tingkah laku, ciri-ciri, dll) yg sudah diiktiraf dgn meluasnya dan dipatuhi (diikut), kebiasaan umum, apa sahaja yg sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan: utk hidup dgn harmoni, manusia harus mengetahui norma dan ~-~ masyarakatnya; kalau tidak, baik ditulis pantun, syair atau gurindam yg memang sudah ada ~nya. konvensional (konvénsional) 1. berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaannya: cerpen yg bersifat ~; 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~.

konvensyen (konvénsyen) 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb); berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: berita gembira itu diterima ketika saya sedang ~ di Kuala Lumpur; mengkonvensyenkan membincangkan atau membahaskan sesuatu perkara, isu dsb dlm konvensyen: soal kelemahan prestasi akademik pelajar Melayu itu perlu dipandang serius dan dikonvensyenkan segera. konvoi 1. sekumpulan kapal perang yg mengiringi kapal-kapal lain utk melindunginya drpd serangan: senjata-senjata ~ menembak ke langit menentang serangan kapal-kapal terbang musuh; 2. kumpulan kapal perdagangan dll yg dilindungi kapal lain: beberapa buah kapal drpd ~ tersebut telah ditenggelamkan; 3. sekumpulan kenderaan darat yg berjalan bersama-sama; berkonvoi berjalan bersama-sama, beriring-iringan atau bersaingan dgn menaiki sekumpulan kereta, motosikal dsb: hari kedua perjalanan rombongan secara ~ memulakan perjalanan selepas bersarapan pagi; lima buah bas ~ membawa para penyokong pasukan bola sepak negeri itu ke stadium pd petang ini. konvokesyen (konvokésyen) perhimpunan di universiti utk upacara penyampaian ijazah. konvulsi (Ubat) keadaan anggota badan yg menggigil-gigil dan terkejangkejang secara tiba-tiba disebabkan oleh pengecutan otot. konyan C, bp perayaan menyambut tahun baru.

konyol Jk kurang sempurna (siuman) otaknya, bodoh, tidak sopan; mati ~ mati dgn sia-sia sahaja. konyong; sekonyong-konyong dgn tidak disangka-sangka, dgn tidak semena-mena, tiba-tiba: ~ kedengaran suatu jeritan yg kuat. Ko-op singkatan bagi koperasi. koordinasi saling hubungan (yg dapat melicinkan perjalanan sesuatu), jalinan pertalian (tindakan, gerakan, dsb) antara bahagian-bahagian dll yg terlibat (dlm kegiatan dll), penyelarasan: ia banyak memerlukan ~ antara berbagai-bagai pihak spt penganjur, penyanyi dan orang ramai; mengkoordinasi menyelaraskan sesuatu (aktiviti, tindakan, fungsi, dsb): Kementerian Perusahaan Awam ditubuhkan utk ~ fungsi beberapa agensi yg beroperasi di bawahnya; terkoordinasi telah (atau dapat) dikoordinasi: keadaan apabila pelbagai sistem fisiologi pd si mati tidak lagi dapat berfungsi sbg satu unit yg ~ dan bermakna. koordinat satu drpd dua magnitud atau lebih yg digunakan utk menentukan kedudukan sesuatu titik (garisan, kelok atau satah); pusat ~ pusat punca koordinat. koordinator orang yg membuat koordinasi, penyelaras. kop I IB; dikop ark dikeluarkan darahnya dgn ditelungkupkan bekas yg telah dipanaskan, dibekam. kop II IB; dikop bp ditanduk atau disondol (bola). kop III edaran (pusingan) dua belas tahun (bkn kalendar orang Cina, Jepun, Siam, Kemboja).

kop IV 1. kubah; bulat ~ bentuk melengkung atau setengah bulatan; kepala ~ kepala (skru dll) yg melengkung (spt bentuk kop); 2. sj tempat duduk di atas belakang gajah; berkop berkubah. kopah; berkopah-kopah berhamburan (darah), keluar banyak-banyak (darah dr mulut dll): keluarlah darah ~ dr mulutnya, maka segala badannya pun biru lebam. kopak I 1. pecah dan tanggal kerana sudah reput, diumpil dsb (bkn papan, dinding dsb): beberapa keping lantai dan dinding papan rumah itu telah ~; 2. patah dan jatuh atau terkulai (bkn dahan pokok dsb), sekah: banyak dahan pokok yg ~ akibat tiupan angin ribut yg kencang; 3. bp kehabisan wang kerana sangat banyak berbelanja dsb: ~lah aku nanti sekiranya majlis itu hendak diadakan secara besar-besaran; ~-kapik sangat buruk (kerana banyak bahagiannya yg rosak, pecah, kemik, dll): rumah di sawah itu banyak yg ~-kapik; mengopak 1. mengupas, mengobak, menguliti: ~ kelapa; 2. memecahkan, mengumpil hingga tercabut, merosakkan: ~ dinding rumah; terkopak terkupas, terkelopak, tercabut, tertanggal. kopak II ark sj alat bunyi-bunyian; kopok I. kopal sj damar yg keras, yg diperoleh drpd lelehan pokok tropika (mis Agathis spp.) dan digunakan utk membuat varnis, dakwat percetakan, dll. kopek (kopék) I; mengopek 1. mengupas (kulitnya), mengobak, menguliti, membelah buah (utk mendapat isinya): ~ kelapa; ~ durian; 2. mengupas (mengubik) sedikit: ~ dgn hujung pisau; terkopek terkupas, tertanggal (bkn kulit, cat, dll);

pengopek 1. alat (mesin) utk mengopek; 2. orang yg mengopek: kadang-kadang dia mengambil upah sbg ~ kelapa. kopek (kopék) II 1. susu, buah dada; 2. bergantung tidak tegang (spt susu perempuan tua); mengopek menghisap susu ibu, menyusu. kopek (kopék) III 1. dompet, pundi-pundi wang; 2. peti. kopek (kopék) IV ark sj wang tembaga Rusia. kopeng (kopéng); ~ air sj tumbuhan (pokok renek), cempaka tanjung, delima hutan, jambu batu hutan, mentiung, Gardenia tubifera. kopepod (kopépod) (Bio) sj krustasea halus akuatik drpd subkelas Copepoda yg merupakan komponen utama plankton. koper IB sj beg kulit (utk menyimpan pakaian dll): kemudian semua ~ dan bungkusan barang-barang dibuka; kopor. koperak = koperakan Jk buluh yg dibelah supaya mengadakan bunyi utk menakutkan tupai dll. koperal 1. pangkat dlm pasukan tentera yg tarafnya setingkat lebih tinggi drpd lans koperal (dua tingkat lebih tinggi drpd prebet); 2. pangkat yg setingkat lebih tinggi tarafnya drpd lans koperal polis. koperasi 1. syarikat yg dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang utk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan dsb), dgn faedah dan keuntungannya dikongsi bersama: ~ pertanian; 2. bp perihal bantu-membantu, kerjasama; berkoperasi berusaha dgn cara bekerjasama (bantu-membantu). koperatif syarikat kerjasama. koperator IB orang yg membantu (bekerjasama dgn) kerajaan dll. kopet (kopét) sempit, kecil (lubang), tidak lebar (jalan dll).

kopi I 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg digoreng dan dijadikan serbuk utk dibuat minuman), kahwa, Coffea spp.; ~ bubuk Id = serbuk ~ kopi yg berupa serbuk (sudah dihaluskan); 2. = air ~ minuman drpd bancuhan kopi halus, gula dan air; ~ bujang hidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih); ~ espreso kopi pekat ala Itali yg disediakan dgn cara melalukan air mendidih atau wap pd biji kopi yg telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu; ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula; ~ kosong = ~ O air kopi yg tidak bersusu; ~ O beng air kopi tidak bersusu yg dibubuhi ketul air batu; ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dijadikan minuman dgn cepat; ~ susu air kopi bersusu; ~ tubruk Id bancuhan serbuk kopi dgn air panas sahaja; duit (wang) ~ upah (kerana pertolongan yg diberi); dapat ~ pahit (keras, tubruk) menerima teguran keras (drpd orang atasannya); mengopi bp minum kopi. kopi II; ~ andelan sj tumbuhan (pokok), kacang kota, ketepeng hutan, Cassia occidentalis; ~ arab sj tumbuhan (herba, buahnya dijadikan sayur dan bijinya sbg pengganti kopi), kacang (sayur) bendi, kacang lendir, Hibiscus esculentus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), dada kura, kahwa hutan, lidah rusa, mempulih, mengkudu badak, pakan paya, Fagraea racemosa. kopi III 1. bp salinan atau tiruan drpd yg asli atau yg pertama (bkn surat, gambar, dll): tuan dikehendaki mengirimkan ~ surat permohonan dahulu; 2. naskhah buku yg akan diterbitkan. kopiah tutup kepala (spt songkok dll) yg dipakai oleh orang lelaki; berkopiah memakai kopiah: Haji Amin yg ~ putih.

kopitiam C kedai kopi. koplet (koplét) IB sebait (sebuah) sajak. kopok I sl alat bunyi-bunyian (dibuat drpd kayu atau logam dan dipukul); kopak II. kopok II = kopokan Jk sj penyakit telinga (yg menyebabkan telinga bernanah dan berbau busuk), penyakit torek. kopok III sj tumbuhan (akar memanjat), akar cambai hantu, akar jambu serai, akar kemunting (keremunting), lidah kucing, Anplectrum divaricatum. kopor sj beg drpd kulit dll utk menyimpan pakaian dll: di pejabat kastam, ~nya diperiksa dgn teliti; koper. kopra kelapa kering (utk dibuat minyak kelapa dll). koprofit (Bio) tumbuhan yg hidup di atas najis, mis kulat yg tumbuh di atas tahi lembu. kopula (Lin) kata kerja yg menghubungkan subjek dgn pelengkap, mis to be dlm bahasa Inggeris. kopulasi (Ubat) persetubuhan. kopyor Jw; kelapa ~ kelapa dimakan bulan (isinya lunak), kelapa puan; es ~ minuman air batu kelapa puan. kor I 1. bahagian drpd angkatan tentera yg mempunyai tugas tertentu: K~ Agama Angkatan Tentera Darat; 2. pasukan tentera yg terdiri drpd lebih kurang 30,000 hingga 45,000 orang anggota, biasanya terbahagi kpd tiga divisyen: setelah menamatkan latihan, rekrut akan dihantar ke ~ dlm tentera darat utk meneruskan perkhidmatan; 3. sekumpulan kecil orang yg terlatih khusus utk tujuan tertentu; ~ diplomatik kumpulan seluruh diplomat yg mewakili sesebuah negara yg berkhidmat di negara tertentu.

kor II Kl atau: hendak pergi ~ tidak. kor III Kl; tanah ~ tanah yg keras dan berketul-ketul. korah Ar ark bola. korakoid (Bio) tulang sendi bahu binatang yg bertulang belakang. koral ark karang; kolar II. koran I Id surat khabar, akhbar: penjaja (penjual) ~. koran II; burung ~ sj burung, perling, Aplonis panayensis strigatus. korapsi rasuah, kecurangan; korupsi. korapsyen bp rasuah. korat; ~ nasi sj tumbuhan (pokok), Desmodium capitatum; (pokok) ~ tanah sj tumbuhan (pokok renek), ekor anjing, Uraria lagopoides. korban Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan

sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (merosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepentingan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (berkorban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas. kord (Kej) wayar bertebat yg menyambungkan peralatan elektrik dgn punca bekalan elektrik. korden (kordén) IB sj kain langsir (tirai) pd jendela dll. kordial minuman yg berasaskan buah-buahan, biasanya pekat dan dibancuh dgn air sebelum diminum. kordofon alat muzik yg mengeluarkan bunyi dgn menggunakan tali yg bergetar. korduroi (Tks) sj kain kapas tebal, kukuh dan bergaris-garis timbul, yg dijadikan bahan membuat pakaian: seluar ~. korek (korék) I; ~ api gores api, mancis api; ~ gigi kayu dll yg halus utk mencungkil gigi; ~ kuping (telinga) pencungkil tahi telinga; mengorek 1. membuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, menebuk, mengeruk, menggali: ~ lubang utk menanam

sampah dll; 2. ki menggores; ~ hati menggores hati; 3. ki menyiasat atau mencari-cari (utk mengetahui sesuatu yg rahsia atau tersembunyi), mengata-ngata (keburukan orang dll), mengkritik: polis telah dapat ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu; 4. ki memperoleh (wang, keuntungan, dll), mendapat (untung); ~ dompet kawan prb memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan; korekan hasil mengorek: ~ yg terdalam atau terlebar; pengorekan perihal atau perbuatan mengorek, penggalian; pengorek 1. alat utk mengorek (mencungkil), penggerek; 2. orang yg mengorek (membongkar sesuatu). korek (korék) II; ~ telinga bayar sj ikan laut, Hippocampus kuda. korek (korék) III kurik. koreksi (koréksi) perihal meneliti dan membetulkan kesilapan (kesalahan) pd karangan dll; mengkoreksi meneliti dan membetulkan kesalahan (pd karangan dll); koreksian sesuatu yg dikoreksi (dibetulkan), hasil mengkoreksi (membaiki karangan dll). korektif (koréktif) (bersifat) membaiki (keburukan, kesalahan, dll). korektor (koréktor) orang yg tugasnya membetulkan kesalahan (pd karangan, buku, dll). korelasi (korélasi) hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait: terdapat ~ antara pengetahuan sains dgn kepercayaan agama; berkorelasi mempunyai hubungan atau kaitan antara satu sama lain, berhubung kait: kedua-dua isu itu tidak ~ sama sekali;

mengkorelasikan menghubungkan atau mengaitkan perkara, isu dsb antara satu sama lain, menghubungkaitkan: ahli kaji serangga dapat ~ penyebaran dgn ekologi. korenah (korénah) Mn kelakuan, perangai; kerenah. koreng (koréng) 1. coreng, conteng, belang, tanda garis (dgn arang dll); anjing ~ anjing belang; ~-moreng bertanda dgn berbagai-bagai coreng; 2. kudis; berkoreng, korengan Jk mendapat penyakit koreng (kudis), berkudis. koreografer (koréografer) orang yg ahli mencipta gerak-geri tarian. koreografi (koréografi) 1. penciptaan (seni mencipta) gerak-geri tarian (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas); 2. seni tari (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas). kores (korés) gores. koresponden (korésponden) pemberita atau wartawan (surat khabar dsb) yg membuat laporan tentang sesuatu perkara tertentu atau yg mengirim laporan dr negeri asing: ~ surat khabar. korespondensi (koréspondensi) surat-menyurat. koret (korét) sisa, baki, yg tinggal di belakang; nombor ~ bp nombor yg penghabisan. kori lubang yg bundar dan dalam serta curam pd lereng gunung yg dibentuk oleh hakisan air batu dan salji. koridor laluan yg menghubungkan satu bahagian dgn bahagian lain dlm sesebuah bangunan. kornea (kornéa) (Bio) selaput hening di hadapan biji mata yg menutup mata hitam dan anak mata. kornel (kornél) I Id, bp kolonel.

kornel (kornél) II Id, bp tendangan bola dr penjuru padang ke pintu gol, tendangan sudut (dlm permainan bola sepak). kornet (kornét) I Id, bp kelindan, kenek, kernet. kornet (kornét) II Id, bp daging lembu dlm tin. kornet (kornét) III sj alat bunyi-bunyian spt trompet. kornis corak atau bentuk hiasan di bahagian atas di sekeliling dinding ruang bilik dsb yg bertemu dgn siling, biasanya drpd plaster paris, birai hias. koro Kd kelihatan spt dungu, bodoh, lembap: ~ betul budak ini. koroh Mn kerongkong. koroid (Bio) selaput vaskular keperang-perangan pd biji mata di antara sklera dan retina. korok lubang yg memanjang, lombong, tembusan (dlm tanah); mengorok membuat korok (tembusan dll). korok-korok kerongkong, kekorok. korola (Bio) seluruh kelopak yg terdapat pd sekuntum bunga. korona (Ast) lingkaran cahaya yg kelihatan jelas di sekeliling bulan atau matahari, terutamanya sewaktu berlakunya gerhana; ~ matahari lingkaran cahaya di keliling matahari. koronari lazimnya merujuk pd arteri yg membekalkan darah ke otot jantung. koronavirus sekumpulan virus yg menyebabkan pelbagai penyakit kpd manusia dan binatang, antaranya jangkitan saluran pernafasan pd manusia dan hepatitis pd tikus. koroner (koronér) pegawai awam yg menyiasat kes kematian mengejut (secara luar biasa) yg puncanya disyaki ada kaitan dgn kes jenayah. korong Mn; ~ kampung kawasan (daerah) kampung;

berkorong; ~ kampung mempunyai lingkungan kampung; adat ~ kampung adat istiadat dlm kawasan (lingkungan) kampung; pandai ~ kampung pandai menurut adat dlm lingkungan kampungnya. korporat berkaitan dgn syarikat atau perbadanan: yg meminta-minta potongan cukai ~ ialah firma-firma besar; hanya menerusi badan ~ spt LUTH, ASN, yg membolehkan perkembangan ekonomi umat Islam teguh; imej ~; matlamat ~; mengkorporatkan menukarkan sesebuah organisasi kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat: proses ~ perniagaan bumiputera di bawah Dasar Pembangunan Nasional; pengkorporatan perihal (proses, tindakan dsb) mengkorporatkan sesebuah organisasi, institusi dsb: ~ beberapa agensi kerajaan. korpus (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll). korpuskel (Bio) sel yg terampai dlm plasma darah. korsaj sejambak bunga kecil sbg hiasan yg disematkan di bahu, pinggang atau tangan. korsel (korsél) IB, bp kuda-kudaan yg tergantung dan berputar (utk dinaiki kanak-kanak). korset (korsét) pakaian dalam utk membentuk pinggang dan punggung yg dipakai oleh wanita, sj bengkung, setagen. korsi bp kerusi. korteks (kortéks) 1. (Ubat) lapisan luar otak atau organ lain: ~ serebrum; 2. (Bio) lapisan luar sesuatu bahagian tumbuhan, mis kulit batang. kortison (Ubat) hormon yg digunakan utk merawat alahan, sakit sendi, sesetengah penyakit kulit dsb.

korundum sj mineral yg sangat keras, biasanya digunakan sbg pelelas atau penggilap, dan sesetengahnya pula, mis nilam dan delima dijadikan batu permata. korup IB keji (sifatnya, kelakuannya), buruk (kelakuan), suka menerima rasuah, makan suap: pegawai-pegawai ~ yg menyalahgunakan kuasa mereka hanya akan merosakkan pentadbiran negeri; dikorup bp diambil secara haram, digelapkan (wang dll). korupsi amalan atau perbuatan yg salah atau tidak amanah (spt pecah amanah, menerima rasuah, dll): hukuman yg keras dikenakan sbg langkah menghapuskan ~. koruptor IB orang yg korup. korus 1. sekumpulan orang yg menyanyi bersama-sama (dlm sesuatu persembahan); 2. bahagian lagu atau nyanyian yg penyanyi utamanya disertai atau disambut oleh nyanyian sekumpulan penyanyi; 3. nyanyian bersama-sama atau beramai-ramai oleh sekumpulan penyanyi. korvet (korvét) sj kapal perang yg kecil dan laju: angkatan laut itu terdiri drpd berbagai-bagai jenis kapal perang termasuk beberapa buah ~. kos I harga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, perbelanjaan; ~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sampingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak berubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd penggunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang

keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran; berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah; pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf. kos II singkatan bagi kosinus. kosa I gagah, kuat: maka Betara Majapahit pun menyuruh memanggil seorang perajurit yg terlalu ~ drpd yg lain; perkosa. kosa II; burung ~ 1. sj burung, burung dendang air, Phalcrocorax carbo; 2. sj burung, Anhinga anhinga. kosa III; ~ kata keseluruhan kata dlm sesuatu bahasa, perbendaharaan kata. kosak; ~-kasik a) bunyi benda dll yg bergeseran (bergerak-gerak, berengsot-engsot, dll); b) kerap bergerak-gerak (bergeser-geser dll). kosambi kesambi. kosar sj tumbuhan (pokok), mendeleka, perian, tampang, tampuret, tempunai, Artocarpus rigida. kosek (kosék) I; mengosek 1. membersihkan beras dll dgn meramasramas dan membalik-balikkannya dlm air; 2. menajamkan pisau dll dgn memutar-mutarnya pd batu asahan; 3. mencuci (menggosok) lantai dgn berus. kosek (kosék) II Kl, Tr usik, ganggu, kacau.

kosekan (kosékan) (Mat) sekan dr penepat sesuatu sudut. kosel (kosél); terkosel-kosel teragak-agak atau tertahan-tahan (ketika melakukan atau mengatakan sesuatu), tidak lancar (perkataannya atau pekerjaannya), merungut-rungut. kosen (kosén) I Jk gagah, berani, perkasa; kekosenan kegagahan, keberanian. kosen (kosén) II IB, bp rangka pintu atau tingkap. kosen (kosén) III kusyen. kosinus (Mat) fungsi trigonometri bagi sudut tirus pd segi tiga bersudut tegak, iaitu nisbah antara sisi yg bersebelahan dgn sudut dan hipotenus. kosmetik (kosmétik) 1. alat solek (utk mencantikkan rupa orang perempuan); 2. luaran sahaja (tidak melibatkan fungsi): model baru kereta nasional, Proton Saga, mempunyai perubahan ~ yg besar, terutama dr segi reka bentuk. kosmetologi (kosmétologi) ilmu persolekan. kosmik 1. yg berkaitan dgn alam semesta; 2. terdapat di atau berasal dr angkasa lepas; cahaya (sinar) ~ cahaya yg sampai ke dunia dr angkasa lepas. kosmogoni kajian astrofizik (kombinasi ilmu kimia dan fizik bintang) tentang evolusi alam semesta. kosmografi 1. pemerian am tentang dunia atau alam semesta; 2. ilmu sains yg berkaitan dgn pembentukan atau susunan seluruh alam semesta. kosmokimia cabang kimia yg mengkaji kandungan bahan kimia di alam semesta. kosmologi salah satu bidang falsafah yg mengkaji asal-usul, proses, dan struktur alam semesta.

kosmonaut angkasawan Rusia. kosmopolitan 1. terdiri drpd orang atau unsur-unsur dr seluruh dunia, bersifat sejagat (tidak terbatas kpd unsur-unsur setempat): sekarang dia tercampak ke kota ~ yg bergelut dgn berbagai-bagai ragam; berdasarkan faktor-faktor inilah beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ~ akan lebih menonjol dan kebudayaan yg bercorak kesukuan akan berkurangan; 2. bebas drpd prasangka kebangsaan, bersifat sejagat: dia merupakan seorang penulis ~ yg menggunakan tema universal; kekosmopolitanan segala hal yg berkaitan dgn sifat, fungsi, dll kosmopolitan. kosmos alam semesta. kosong 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~ ; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, mengisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil

tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiadaan iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan. kostum 1. pakaian yg dipakai pd ketika tertentu (spt menghadiri upacara, jamuan, dll); 2. pakaian yg dipakai oleh pelakon-pelakon sandiwara, filem, dll; 3. pakaian perempuan potongan Barat. kot I sj baju tebal potongan Barat berlengan panjang dan biasanya terbuka di depan yg dipakai di luar baju kemeja: dibetul-betulkan tali lehernya dan disarungnya ~; berkot 1. mempunyai kot; 2. memakai kot: seorang lelaki ~ biru. kot II bp mahkamah pengadilan. kot III bp katil bayi atau kanak-kanak yg berbentuk spt kotak. kot-kot Kd mungkin, kalau-kalau: ~ dia tersesat jalan. kota 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg melingkungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4.

Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb Mn orang yg tiada tentu asalnya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu pertahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, perkataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, berbentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan (melaksanakan) janji memegang teguh (kpd kata), menepati dll: yg dikata telah benar-benar

diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsurunsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan di kota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota. kota besar Id kawasan sesuatu kota dan pentadbirannya.

kotah; sekotah sl sekalian, semuanya, seluruh. kotai = terkotai 1. terkelepai, terkulai, tergantung (spt dahan patah); 2. kurus kering (tubuh), tua; tua ~ sangat tua; 3. kering (spt buah yg dijemur); nyiur ~ buah nyiur yg dikeringkan utk dijadikan benih; pinang ~ buah pinang yg tua dan sudah dikeringkan. kotak 1. sj bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat drpd kadbod, papan, atau logam; 2. bahagian (dlm rumah, sawah, dll) yg bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi; sampan ~ sampan yg bersekat-sekat (berpetak-petak); ~ fius kotak yg mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pd dinding rumah, bangunan dsb; ~ hitam alat elektronik yg dipasang pd kapal terbang utk mengumpul dan menyimpan maklumat yg berkaitan dgn penerbangan kapal terbang berkenaan; ~ pos (surat) peti surat; ~ segar bekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar; berkotak-kotak 1. berpetak-petak, bersekat-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah; mengotakkan membahagikan sesuatu pd beberapa bahagian yg berasingan, memisahkan, mengasingkan. kotak-katik = kotak-kotak bunyi (suara), reaksi: masih belum terdengar ~ mereka; mengotak-ngatikkan, memperkotak-katikkan mengharu-birukan, mengacaukan. kotamara 1. sj dinding di kapal sbg pelindung bagi penembak meriam; 2. tembok di atas benteng (tempat diletakkan meriam).

kota praja Id kawasan dan pentadbiran kota yg setaraf dgn daerah. kotek (koték) I ekor; berkotek berekor; bintang ~ bintang yg bercahaya memanjang menyerupai ekor, bintang berekor. kotek (koték) II bunyi ayam betina, ketuk; berkotek 1. berbunyi (bkn ayam betina), berketuk; 2. bersuara: masing-masing diam tidak ~ sambil menunggu perintah menyerang; siapa ~ siapa bertelur prb orang yg mula-mula bersuara itulah biasanya yg melakukan perbuatan yg dikatakannya itu. kotek (koték) III kemaluan lelaki. kotek (koték) IV = ~ mamak sj tumbuhan (pokok memanjat), Cassia grandis. kotej (kotéj) (S.bina) sj rumah yg reka bentuknya berunsurkan reka bentuk rumah petani Inggeris. kotel (kotél) Kl 1. kerdil, tidak subur (bkn orang); 2. sudah tua (bkn nyiur); nyiur ~ nyiur yg sudah tua; 3. hanya, sahaja; cawat ~ cawat sahaja (tidak berpakaian lain); 4. amat, sangat, sekali; kering ~ kering sama sekali (bkn kolam dll); senyap ~ sunyi sepi, senyap sekali. koteng (koténg); terkoteng-koteng 1. seorang diri (tidak berpengiring atau berteman), terkonteng-konteng; 2. Kl, Tr tergantung-gantung, terbuai-buai. koter (kotér) kotel. koterek (koterék) IB sj alat utk mencabut sumbat botol. kotes (kotés); sekotes sangat sedikit, secubit; mengotes mencabut (mengopek, mencubit, dll) barang yg kecilkecil atau halus-halus; kutis.

kotiledon (kotilédon) (Bio) daun yg pertama sekali keluar pd pokok yg tumbuh drpd biji, daun biji. kotis kutis. kotok I pendek (bkn kaki seluar dll), kontot. kotok II; tahi ~ Jk tahi ayam yg cair. kotong kudung, buntung, kontot, pendek; baju ~ baju bertangan pendek. kotor 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg

mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotorkan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. kotrek (kotrék) koterek. kouh Tr busuk. kowe (kowé) Jw, bk engkau. koy kep koyan. koya I sj serangga perosak drpd genus Pseudococidae, yg bentuknya bujur telur, berwarna merah muda atau putih dan mengeluarkan cairan manis. koya II Pr banyak. koya III Jh sj penganan yg dibuat drpd tepung kacang hijau atau beras pulut yg dicampur dgn gula lalu diterap dan biasanya dijemur. koyak carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampirhampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat;

mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan menyiat(-nyiat), mencabik(cabik), mencarik(-carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. koyam; bubur ~ sj bubur yg dibuat drpd beras pulut. koyan ukuran berat biji-bijian (kira-kira 40 pikul); berkoyan-koyan 1. beberapa (banyak) koyan; 2. sangat banyak: harta yg ~. koyok I C 1. sj ubat yg ditempelkan pd kulit (utk menyembuhkan penyakit bisul dll); 2. bp cakap yg sedap didengar tetapi tidak benar, temberang, cakap kosong (tidak sungguh-sungguh); jual ~ (ubat) menemberang, bercakap kosong. koyok II anjing liar (tidak dipelihara orang). koyote (koyoté) sj serigala kecil yg terdapat di padang rumput prairie di Amerika Syarikat, Canis latrans. KP kep kad pengenalan. kpd kep kepada. KPGM kep Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu. KPIJ kep Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Johor. KPPMS kep Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor. Kr simbol kimia bagi kripton. kraf 1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan: projek ini diyakini akan memanfaatkan pencipta ~, peminat ~, pereka bentuk, penyelidik, penuntut, dan pelawat ~; 2. yg memerlukan (dihasilkan

dgn) kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan: barangan ~ tempatan; industri ~ Malaysia. kraf tangan 1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan: tumpuan juga boleh dialih kpd bidang ~ yg sering menarik minat pelancong; 2. yg memerlukan (dihasilkan dgn dsb) kemahiran menggunakan tangan: barang-barang ~; perusahaan ~; seni ~. kram IB, bp kejang (kaku) anggota. krama kromo I. kran keran II. membuat sos dan jeli. kranium (Bio) bahagian tengkorak yg melindungi otak. krapak; berkrapak Br bercakap. kravat sj skarf yg dipakai di keliling leher oleh orang lelaki. krayon batang drpd lilin, tanah liat, dsb yg berwarna dan digunakan utk melukis dsb (biasanya utk kanak-kanak). kreatif (kréatif) mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan kemampuan (kebolehan) mencipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. kreativiti (kréativiti) kemampuan (kebolehan) mencipta, daya kreatif, kekreatifan: ~ seniman; ~ sastera; ~ dlm penggunaan bahasa; kranberi (kranbéri) sj buah beri masam berwarna merah yg digunakan utk

berkreativiti melaksanakan (menjalankan) kreativiti: penghijrahan mereka ke Kuala Lumpur membolehkan mereka ~ dan memajukan sastera tanah air. kredep Jk; berkredepan berkedip-kedip, berkelip-kelip, berkejap-kejap. kredibiliti (krédibiliti) sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan: apakah krisis dlm bidang kehakiman ini telah merosotkan ~nya sbg badan pendukung keadilan dan undangundang? kredit (krédit) 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman, piutang: ~ di atas kadar bunga yg sebanyak itu hanya dapat diberi jika bank mahu menjamin pinjaman itu; bank-bank perdagangan tidaklah bebas membesarkan atau mengecilkan ~nya; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); menjual (membeli) dgn ~ menjual (membeli) barang dgn pembayarannya ditangguhkan; memberi ~ memberi pinjaman (hutang), membenarkan (membolehkan) penangguhan pembayaran; tukang ~ Jk tukang menjual barang-barang dgn bayaran beransur-ansur; 3. butir perakaunan (spt bayaran dll) yg dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira; mengkreditkan 1. mencatatkan butir perakaunan (spt bayaran dll) di ruang sebelah kanan buku kira-kira; 2. Id, bp memberi pinjaman wang dgn cagaran barang; 3. bp menjual barang dgn bayaran beransur-ansur; perkreditan yg berkaitan dgn kredit atau segala urusan kredit. kreditor (kréditor) pemiutang. krematorium (krématorium) tempat membakar mayat.

kren (krén) sj alat utk mengangkat (memunggah, memindahkan, dsb) barang-barang berat (di pelabuhan dll). kreol (kréol) (Lin) bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu; pengkreolan perihal mencampuradukkan dua bahasa yg berlainan dlm pertuturan sehingga bahasa tersebut menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. kreosot (kréosot) cecair yg dihasilkan drpd penyulingan minyak tar (terutama tar arang) dan digunakan utk mengawet kayu. krep (krép) (Tks) sj kain nipis drpd sutera, kapas atau benang bulu yg permukaannya berkedut-kedut. krepuskul (krépuskul) (Bio) aktif pd waktu subuh atau senja (bkn binatang): kelawar merupakan sj binatang ~. kreseh (kréséh); ~-peseh; keresepese. kresendo (kréséndo) (Muz) not yg dimainkan semakin kuat. kresol (krésol) (Kim) sj sebatian aromatik yg terdapat dlm kreosot dan tar arang batu, biasanya digunakan utk membuat bahan pembasmi kuman dan antiseptik. kretin (krétin) (Ubat) orang yg cacat anggota dan terencat akalnya sejak lahir akibat kekurangan atau ketiadaan hormon tirod. kretinisme (krétinisme) (Ubat) kecacatan fizikal dan keterencatan akal seseorang yg berlaku sejak lahir akibat drpd kekurangan hormon tiroid. kreton (kréton) (Tks) sj kain kapas tebal dgn berbagai-bagai corak berwarna-warni, yg biasanya digunakan sbg bahan utk membuat sarung kusyen, langsir dsb.

krevas (krévas) (Geog) rekahan yg dalam dan luas pd glasier, jurang glasier. krew → kru. kriket (krikét) sj permainan padang yg dimainkan dgn memakai bola dan kayu pemukul serta tiga tonggak yg menjadi sasaran lemparan bola (dimainkan oleh dua pasukan yg setiap satunya mempunyai sebelas orang pemain). krim 1. cecair pekat atau kental berlemak yg berwarna kekuning-kuningan yg timbul di atas permukaan susu dan dijadikan sbg makanan; warna ~ warna kuning keputih-putihan; 2. bahan makanan yg lembut, pekat, dan manis yg berupa spt krim; ~ karamel pencuci mulut yg dibuat drpd telur, gula, susu, dll yg dibubuh karamel di atasnya; 3. bahan berubat yg pekat dan lembut spt krim yg digunakan utk melembutkan kulit, menyerikan rambut, dsb; ~ asas krim yg digunakan sbg asas utk mekap. krimer serbuk atau cecair berwarna putih yg menggantikan susu dlm minuman teh, kopi dsb. kriminil IB kejahatan (spt membunuh, mencuri, dll) yg melanggar undang-undang negeri, jenayah, pidana; hukum ~ hukum terhadap perbuatan jenayah. kriminologi kajian tentang jenayah, penjenayah, perlakuan jenayah, dsb. kriobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang kesan suhu yg sangat rendah ke atas organisma. kriogen (Fiz) bahan yg digunakan utk menghasilkan suhu yg amat rendah. kriogenik (kriogénik) kajian tentang sesuatu bahan dan fenomena pd suhu rendah, lazimnya pd suhu yg kurang drpd −100°C.

kriolit (Kim) sj mineral tak berwarna atau berwarna putih yg digunakan dlm pengeluaran kaca, aluminium dan enamel. kriologi kajian tentang air pepejal, spt hujan batu. krioskopi (Kim) kajian tentang takat beku larutan; kaedah ~ kaedah menentukan jisim molekul relatif sesuatu bahan pepejal dgn mengukur penurunan takat beku pelarut yg sesuai apabila ditambahkan sejumlah kuantiti pepejal berkenaan. krioterapi (kriotérapi) (Ubat) rawatan perubatan dgn cara mendedahkan sebahagian atau seluruh tubuh badan pd suhu yg sangat rendah. kriptogam (Bio) tumbuhan yg tidak mengeluarkan bunga atau biji benih, mis kulat, alga dan paku pakis. kriptografi kajian linguistik yg berkaitan dgn kod rahsia yg dapat membantu seseorang memahami bahasa yg telah pupus. kriptogram (Lin) teks yg ditulis dlm kod rahsia. kripton (Kim) sj unsur bukan logam, berbentuk gas yg tidak berwarna, tidak berbau, dan terdapat dlm udara sebanyak 0.001% mengikut isi padu. krisis keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yg boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dll), keadaan yg lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yg genting, kegentingan, ketegangan, keributan: pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yg timbul dlm parti itu; ~ akhlak (moral) kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; ~ kelaparan keadaan buruk yg menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan); ~ kewangan keadaan yg sangat

membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (spt kekurangan wang dll); ~ politik ketegangan politik; berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dll). Krismas hari besar yg dirayakan oleh orang Kristian (jatuhnya pd 25 Disember). kristal bahan yg hening spt kaca, hablur: jambangan ~; mengkristal menjadi kristal atau spt kristal; mengkristalkan menjadikan kristal, menghablurkan; pengkristalan perihal mengkristal, penghabluran. kristalografi 1. kajian tentang pembentukan hablur; 2. kajian tentang susunan dalaman (ion dan molekul) dan bentuk luaran hablur, dan pengelasan hablur; ~ sinar-X kaedah penentuan struktur hablur dgn menggunakan sinar-X. kristaloid (Kim) bahan berhablur yg apabila larut dlm air boleh menembusi membran separa telap. Kristian = agama ~ agama yg dipercayai dan dianuti oleh pengikut Jesus Christ; orang ~ penganut agama Kristian; mengkristiankan menjadikan sbg penganut (pengikut) agama Kristian, memasukkan ke dlm agama Kristian: tugas paderi itu ialah berusaha ~ penduduk pulau itu; pengkristianan perbuatan mengkristiankan seseorang: ~ penduduk tempatan telah dilakukan sejak beberapa lama dulu. kriteria (kritéria) ukuran (asas pertimbangan) utk menentukan nilai (baik buruknya dll) sesuatu: penilaian sesuatu selalunya subjektif dan berdasarkan ~ yg berlainan; pemilihan pemenang berdasarkan beberapa ~;

mengkriteriakan menjadikan sbg kriteria: menurut Affendi, ciri yg dikriteriakannya itu tidak terdapat dlm syarahan perdana tersebut. kritik 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman. kritikal 1. menunjukkan atau mungkin menimbulkan krisis, boleh atau mungkin menerbitkan kegentingan: ancaman terbesar terhadap ekologi dunia sekarang ialah pemusnahan hutan pd kadar yg ~ serta membimbangkan; 2. bersifat mengkritik, mengandungi kritikan (terhadap sesuatu atau seseorang): beberapa buah akhbar Soviet telah menyiarkan surat-surat yg agak ~ terhadap pelibatan

negara itu utk menegakkan sebuah pemerintahan sokongannya di Kabul. kritikus IB orang yg mempertimbangkan atau mengulas sesuatu dgn menghuraikan pendapatnya serta membuat teguran atau kecaman, pengkritik: banyak hasil karyanya diperkatakan oleh ~-~ sastera. kritis 1. IB tidak dgn begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat), kritikal: masalah itu harus ditinjau secara ~; memberikan perhatian kpd pendapat-pendapat yg ~ tentang rancangan yg dikemukakan; 2. Id tegang (bkn sesuatu keadaan), sangat berbahaya (keadaan), genting, kemelut: keadaan yg ~ . krocet (krocét) (Muz) not yg mempunyai nilai masa setengah drpd minim atau dua kuaver (biasanya dianggap sama dgn satu rentak). kroisan (ERT) sj roti berbentuk bulan sabit yg diperbuat drpd doh yis yg dicanai dgn marjerin menjadi pastri, dan dibakar. kroket (krokét) IB sj kuih drpd kentang bercampur daging dll. krom 1. sesuatu (benda drpd besi dll) yg bersalut dgn kromium; 2. bahan pewarna yg mengandungi kromium. kromatografi kaedah pengasingan sebatian dlm sesuatu campuran berdasarkan jerapan berpilih. kromium (Kim) sj logam berwarna perak yg digunakan dlm aloi dan dlm penyaduran elektrik. kromo I Jw bahasa yg halus (hormat). kromo II Jw = kaum ~ rakyat jelata, rakyat kebanyakan: ~ itu sedang duduk berkumpul beramai-ramai. kromo III; hentam ~; hentam.

kromosom (Bio) jasad yg membawa gen yg mengandungi DNA dan protein dan terdapat pd nukleus sel; ~ seks kromosom yg menentukan seks sesuatu organisma; ~ -X kromosom seks betina; ~ -Y kromosom seks jantan. kroni kawan atau teman yg rapat (biasanya digunakan dlm situasi negatif atau yg melibatkan kepentingan peribadi): beliau menafikan terdapatnya unsur ~ dlm penswastaan. kronik 1. berlarutan dan sukar sembuh (bkn penyakit; 2. sangat teruk dan tidak menyenangkan (bkn keadaan atau masalah). kronis IB tidak mudah hilang atau sembuh (bkn penyakit), berlarutan, kronik. kronisme amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dlm pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsb. kronograf (Kej) sj alat utk merakamkan waktu dgn tepat. kronologi susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. kronologis berdasarkan kronologi, berturutan mengikut masa kejadian (peristiwa dll): sebuah buku mengenai sejarah perkembangan seni lukis Malaysia yg disusun secara ~. kronometer (kronométer) sj alat utk mengukur masa (biasanya digunakan dlm pelayaran). kropok Jk 1. lapuk, usang; 2. kosong, berongga (tidak berisi), tidak berair isinya, keropok; 3. ki lemah, tidak bertenaga atau bersemangat. kru sekumpulan petugas, terutamanya yg mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yg bekerja bersama-sama mengendalikan sesuatu tugasan, projek dsb: sekumpulan jurugambar media cetak serta ~ sebuah stesen televisyen swasta kelihatan sedang membuat liputan

peristiwa yg bersejarah itu; penerbit filem diwajibkan mengambil pelakon dan ~ yg berdaftar dgn persatuan masing-masing. krupier orang yg bertugas menjaga meja judi, membahagi-bahagikan kad, memungut wang pertaruhan, membayar wang kpd pemenang dsb. krupukan Jk kehilangan akal, kebingungan, gugup. krus Id, bp nilai (wang). krustasea (krustaséa) (Bio) jenis haiwan kecil yg mempunyai cangkerang luar yg keras dan sebahagian besar hidupnya tinggal di dlm air, mis ketam dan udang. krusye (krusyé) (ERT) 1. cara membuat pakaian dsb dgn mengait benang bulu menggunakan jarum bercangkuk di hujungnya; 2. pakaian dsb yg dibuat dgn benang bulu yg dikait dgn jarum bercangkuk di hujungnya. kruton (ERT) potongan roti berbentuk dadu yg dibakar atau digoreng, biasanya dimakan dgn sup. ksj kep kilometer sejam: dia memecut motokarnya dgn kelajuan 120 ~. KTM kep Keretapi Tanah Melayu. ku Isingkatan bagi aku: ~baca; ayah~. ku II singkatan bagi engku atau tengku. ku III; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut (dibubuh inti dan dikukus). kuaci C biji tembikai (semangka) yg dikeringkan utk dimakan. kuadran (Ast) sj alat kuno utk mengukur altitud bintang, yg terdiri drpd lengkungan bersenggat 90°. kuadrat (Bio) kawasan kecil berbentuk segi empat yg mempunyai keluasan tertentu, yg dipilih secara rawak utk menganalisis sesuatu

komuniti tumbuhan (atau kadangkala komuniti haiwan) di kawasan tersebut. kuadriplegia (kuadriplégia) (Ubat) kelumpuhan kedua-dua kaki dan tangan akibat kecederaan tulang belakang. kuah air atau cairan drpd gulai (masakan sayur, masakan daging, dll) yg dicurahkan ke dlm nasi dll (apabila makan): ~ gulai ikan; ~ lemak; ~ pedas; ~nya pekat; ~ sama dihirup, sambal sama dicolek prb bersama-sama dlm senang dan susah; ~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi a) prb Mn dikatakan mengenai anak yg dikahwinkan dgn kemanakan (anak saudara perempuan); b) ki sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya; ke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi prb baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya; harapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan yg besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yg kecil tapi sudah tentu, dilepaskan; berkuah dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan; menguahi memberi berkuah pd, membubuh kuah pd: ~ nasi; menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah: ~ gulai lemak ke nasinya. kuai-kuai sj tumbuhan (palma), asam paya, kelubi, bayam, kelumbi, kubi, salak hutan, Zalacca conferta. kuak I bunyi spt bunyi katak atau bunyi kerbau; katak ~ sj katak besar; berkuak berbunyi kuak; berkuak-kuak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali: jelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu;

menguak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau ~. kuak IIgerakan menolak air dgn tangan semasa berenang; ~ dada gaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak; ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, dgn tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala; berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu; menguakkan menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisahkan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi.

kuak III

sj tumbuhan (pokok), medang pergam, tengar hutan,

Ternstroemia bancana. kuak-kuak; burung ~ sj burung yg keluar pd waktu malam, burung kuar, burung kuaran, Nycticorax nycticorax. kual; terkual terayun-ayun, teralun-alun (gerak kapal); ~-kapai bergerakgerak seakan-akan hendak mencapai sesuatu (spt anak kecil yg terlentang dan terkapai-kapai). kuala I tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai; berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka. Kuala II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum MelayuProto yg tinggal di kuala sungai di persisiran pantai selatan negeri Johor. kualat Jw 1. kena tulah, mendapat kecelakaan (kerana bersalah kpd orang tua atau orang yg patut dimuliakan); 2. bp celaka, laknat. kuali sj bekas yg biasanya berbentuk mungkum, bertelinga, dan diperbuat drpd besi, aluminium, dll utk menggoreng. kualitatif berdasarkan kualiti, berkaitan dgn kualiti atau mutu: ada perkembangan ~ dlm kehidupan beragama Islam di negara ini. kualitet (kualitét) Id kualiti. kualiti darjah kecemerlangan biasanya yg tinggi, mutu: barang-barang itu baik ~nya; berkualiti mempunyai kualiti, bermutu: ini dapat memberikan gambar yg terang serta jelas dan ~ apabila ditayangkan. kualon Jw tiri; anak ~ anak tiri; bapak ~ bapa tiri. kuam; panas ~ Kl rasa panas di tempat yg terkurung dan tertutup.

kuana Kl ke mana. kuang I sj burung, kuau; ~ cermin, Polyplectron inopinatum; ~ mas, Chrysolophus pictus; ~ perak, Lophura nycthemera; ~ pongsu, Polyplectron malacense; ~ ranting, Lophura edwardsi; ~ raya, Argusianus argus; ~ raya gunung, Rheinardia ocellata; mati ~ (kuau) kerana bunyi prb mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana perbuatannya sendiri; spt ~ memekik di puncak gunung prb a) perihal orang yg sedang mencintai kekasihnya; b) dikatakan tentang perempuan yg bercakap dgn suara yg kuat. kuang II; balik ~ a) tertunggang, terjungkir; b) tidak spt yg sewajarnya (sepatutnya, seharusnya). kuang III; ulat ~ sj ulat. kuangkuit sj burung, burung kapas, murai batu, selancang, Lalage nigra. kuangwung Jk kumbang nyiur, kumbang kelapa. kuanta kuantum. kuantifikasi butiran mengikut jumlah unit dan angka: ~ memungkinkan pelbagai kelebihan; mengkuantifikasi membuat kuantifikasi: memang ada keperluan utk ~ pengamatan tersebut. kuantitatif berdasarkan kuantiti, berkaitan dgn kuantiti: nilai ilmu, intelek, dan perkhidmatan tidak dapat diukur secara ~. kuantiti banyaknya, jumlah, bilangan (sesuatu); mengkuantitikan menghitung sesuatu secara kuantiti: ahli sains telah ~ dan menggunakan teknik formal. kuantum 1. banyaknya, bilangannya; 2. bahagian (banyak) yg tertentu; 3. (Fiz) kuantiti tenaga tertentu yg boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem; teori ~ teori yg menyatakan bahawa tenaga itu

diserapkan atau dipancarkan tidak terus-menerus tetapi terputusputus dlm unit yg tertentu yg disebut kuantum. kuap I hal ternganga mulut dan terkeluar nafas (biasanya kerana mengantuk): ~nya menjadi-jadi dan ia berasa mengantuk betul; ~ berapi-api makin banyak (bertambah, menjadi) kuapnya; menguap membuka mulut lebar-lebar dan mengeluarkan nafas (sebab mengantuk dll); terkuap-kuap menguap-nguap (kerana terlalu mengantuk): hari sudah jauh malam dan kelihatan beberapa orang ~. kuap II; berkuap panas, hangat: bilik itu ~ kerana semua tingkapnya ditutup. kuap III; cengkih ~ Kd terjengket-jengket, capik (spt jalan orang yg luka kakinya). kuap IV; ara ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), ara gajah, ara kubang, beringin, Ficus dubia. kuar I kuak; menguarkan, menguar-nguarkan menguak-nguakkan, menghulurkan kayu dll utk meraba-raba. kuar II; burung ~ (kuaran) sj burung yg keluar pd waktu malam, burung kuak(-kuak), Nycticorax n. nycticorax; burung ~ sj burung ayamayam, burung ruah-ruah, burung uak-uak, Amaurornis phoenicurus chinensis; menanti kuaran bertelur prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin terjadi atau diperoleh. kuar III; anak ~ ark anak yg tidak sah, anak haram, anak gampang. kuarantin tempoh masa seseorang, haiwan, atau tumbuhan yg disyaki membawa sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas utk mencegah penyakit itu drpd merebak;

mengkuarantin mengasingkan atau menahan orang, haiwan atau tumbuhan di tempat khas, terutamanya yg baru sampai dr luar negara, utk memastikan ia bebas drpd sebarang penyakit berjangkit, atau mencegah penyakit drpd merebak: kerajaan akan ~ pelancong asing yg menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut. kuari I tempat mendapatkan batu, batu loh, dll dgn cara menggerudi, menembak, dsb; ~ pasir tempat mengambil pasir; menguari mendapatkan (mengeluarkan) batu dll dr kuari: batu kapur dikuari dan digunakan utk membuat simen. kuari II; ~ pintu Br lubang atau lekuk utk dimasukkan selak (palang). kuarik ark perhiasan (bulatan) drpd emas atau perak penutup susu. kuart unit ukuran cecair yg bersamaan dgn dua pain atau suku gelen. kuartal IB suku (seperempat) tahun, jangka waktu tiga bulan; ~ pertama suku tahun yg pertama (dr bulan Januari hingga Mac). kuartermaster 1. pegawai tentera yg bertanggungjawab menguruskan tempat penginapan, peralatan dan bekalan makanan; 2. anggota yg ditugaskan utk mengemudikan kapal atau memastikan kerja-kerja rutin kapal di pelabuhan dilaksanakan. kuarters tempat tinggal kakitangan atau pekerja yg disediakan oleh majikan atau kerajaan. kuartet (kuartét) (Muz) 1. gubahan muzik utk dinyanyikan atau dimainkan oleh empat orang; 2. sekumpulan empat orang yg bermain alat-alat muzik atau yg menyanyi bersama-sama. kuarto saiz kertas yg diperoleh drpd dua kali lipatan kertas lebar. kuarza sj galian yg terdiri drpd silikon dioksida yg wujud dlm bentuk hablur heksagon yg tidak berwarna dan lutsinar atau yg berwarna.

kuarzit = batu ~ batu kuarza yg berbutir-butir padat yg diperoleh drpd batu pasir. kuas I IB sj berus utk melukis (mengecat). kuas II IB air limau. kuas III; ~-kais mengais-ngais; kais. kuasa I 1. daya atau kemampuan (utk melakukan atau mengerjakan sesuatu), keupayaan, kekuatan, tenaga: serangga mempunyai ~ terbang dan cara bernafas yg istimewa; 2. berupaya, mampu, berdaya (melakukan sesuatu); Maha ~ (Berkuasa) amat besar kuasa-Nya (Tuhan); 3. sanggup serta berminat (membuat atau melakukan sesuatu): Azmi tidak ~ hendak melayan orang macam bapa saudaranya itu; ia tidak ~ berebut-rebut mengambil tempat; tak ~ hamba tinggal seorang diri di rumah; 4. hak atau kewibawaan atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus, memerintah, dll) sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, peraturan, dll): polis mempunyai ~ menahan seseorang yg disyaki; ia diberi ~ utk menyelesaikan pertikaian itu; ~ dan tanggungjawab seseorang ketua jabatan; mengambil ~ memperoleh kuasa (hak) atas sesuatu (tanah, harta, dll) dgn rasmi; 5. orang yg diberi hak utk melakukan atau menentukan sesuatu: datang pula sebuah sampan membawa surat Tuan Farquhar kpd ~nya di Melaka, menyuruh hantarkan barang-barangnya; ~ pusat badan yg mempunyai kuasa tertinggi; 6. pengaruh atau kewibawaan yg ada pd seseorang dll kerana kedudukannya (darjatnya dsb): kalau dia digulingkan ~nya akan hilang dan ranaplah segala kemuliaannya; ~ kerajaan Majapahit yg terasa hingga ke Siam; 7. negara yg mempunyai pengaruh atas negara-negara lain: ~-~ Barat; ~ Eropah; empat ~ (besar) empat negara yg berpengaruh (iaitu

Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, dan Rusia); 8. (Mat) nombor yg menunjukkan sesuatu nombor itu didarabkan banyak kali dgn nombor yg sama, mis 63 disebut "enam kuasa tiga", iaitu 6 didarabkan tiga kali (6 x 6 x 6) dgn hasilnya 216; ~ air tenaga yg diperoleh dr air terjun atau air mengalir (utk menjalankan jentera); ~ atom kekuatan (tenaga) yg diperoleh drpd pecahan nukleus; ~ autonomi kuasa mentadbir dll yg ada pd negeri (badan-badan, pertubuhan, dll); ~ bateri tenaga elektrik yg diperoleh dr bateri; ~ beli kemampuan membeli (barang-barang dll); ~ besar negara yg berkuasa (dr segi ekonomi, ketenteraan, dll) spt Amerika Syarikat; ~ elektrik tenaga (daya) elektrik; ~ ghaib kuasa atau kekuatan yg datang dr sesuatu yg tidak dapat dilihat (spt kesaktian dll); ~ kehakiman (Udg) kuasa yg diberikan kpd badan kehakiman utk mendengar dan mengadili pertelingkahan antara pihak-pihak yg terbabit; ~ kuda a) tenaga atau kekuatan kuda; b) ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); ~ mutlak kuasa sepenuh-penuhnya; ~ pembatal kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; ~ suria sinaran haba drpd matahari yg ditukarkan kpd kuasa elektrik; ~ usaha a) pegawai yg menjalankan tugas kewajiban duta apabila duta tidak ada (bercuti dll); b) diplomat (yg tidak bertaraf duta) yg mengetuai perwakilan negerinya di negeri asing; sekuasa seboleh, sedapat: maka oleh Kartala Sari dicurinya harta saudagar itu ~ pembawaannya; sekuasa-kuasanya seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya, sedaya upaya: dgn ~ diambilnyalah lampiran surat itu lalu dibacanya;

berkuasa 1. mempunyai kuasa (hak, wibawa), berhak atas sesuatu atau utk melakukan (mengurus dsb) sesuatu: sbg ketua, beliau ~ memutuskan perkara-perkara spt itu; mereka diperintahkan oleh pihak yg ~ supaya keluar dr situ; 2. mempunyai kemampuan, berkemampuan, berkesanggupan; menguasai 1. berkuasa atas (sesuatu), mengenakan kuasa (kewibawaan, pengaruh, dsb) pd atau ke atas (sesuatu): mereka dapat ~ seluruh kota itu; negara yg cuba ~ negara lain dgn kekuatan tenteranya; 2. mengatasi dan mengawal (keadaan dll), mengekang (nafsu); ~ hawa nafsu mengekang (mengawal) hawa nafsu; 3. memiliki dan menguruskan (mengendalikan): sebahagian besar drpd ladang-ladang getah itu dikuasai oleh orang asing; 4. mengetahui dgn mendalam, tentang memberi menjadikan setiap diri mahir atau berpengetahuan menguasakan sesuatu: kuasa orang Malaysia anaknya

berkemungkinan ~ lebih drpd satu bahasa; kpd, mewakilkan: dikuasakan mengurus perusahaan itu sepeninggalannya; terkuasa, terkuasai; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); kekuasaan 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; penguasaan perihal menguasai atau menguasakan: ~ bahasa sendiri sangat penting bagi seseorang penterjemah; berpenguasaan sl ark mempunyai penguasaan;

penguasa 1. orang atau badan yg berkuasa atas sesuatu atau utk menentukan (mengurus) sesuatu; 2. kekuasaan: tiadalah apa ~ hamba hendak bawa dia ke sana sini; ~ perang orang yg berkuasa dlm masa perang (darurat); ~ polis jawatan pegawai dlm pasukan polis tiga tingkat lebih tinggi drpd jawatan inspektor. kuasa II ark sj tongkat yg hujungnya bercangkuk besi (utk mengemudikan gajah), angkus, kosa. kuat I 1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap: walaupun ia sudah tua badannya masih ~; orangnya muda lagi ~; ubat ~ ubat utk menambah tenaga badan; 2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dsb), tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: meja ini ~ buatannya; jahitlah dgn benang yg ~ sedikit; mendapat kedudukan yg ~; 3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dsb), kukuh: angkatan tentera yg ~; barisan pertahanan yg ~; 4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dsb), tetap berpegang (pd kepercayaan, keimanan, adat, dsb), teguh: mereka masih ~ kpd adat lama; imannya ~; 5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll): ibunya sedang sakit ~ di kampung; suaranya semakin ~; bekerja ~ bekerja keras (sungguh-sungguh); angin ~ angin kencang; diikatnya ~-~ diikatnya erat-erat; 6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu: ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; budakbudak pun ~ berjalan sejauh itu; 7. suka makan (minum dll) banyak-banyak: ~ makan (minum); ~ belajar; ~ berhutang; 8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dlm sesuatu pengetahuan: ia ~ dlm ilmu kira-kira; 9. = kekuatan tenaga, daya: ~ tarikan bumi; ~ tekanan udara;

~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) yg membuat kesalahan; ~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya; sekuat 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuatkuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya; berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh; berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan: marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia; menguati melakukan dgn kekerasan, bertindak keras kpd, memaksa: dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut; menguatkan 1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dll): ~ badan; ~ ikatan; ~ pelukan; 2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pendapat, dll): kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya; ~ hati; ~ iman; ~ semangat; 3. mengeraskan atau menghebatkan (bunyi, tekanan, dll): dlm suasana yg riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya; memperkuat menjadikan lebih kuat, memperkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru;

kekuatan 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasaan, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; penguatan perihal (perbuatan, usaha) menguati atau menguatkan; penguat sesuatu yg menguatkan. kuat II; kayu ~ = kuat-kuat sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii. kuat kuasa 1. perihal mulai berlakunya (peraturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~nya; 2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah; berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga; menguatkuasakan menjadikan (undang-undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undangundang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; penguatkuasaan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalanamalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan;

penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb). kuau sj burung; bagai ~ mengigal prb perihal kehebatan (keindahan) rupa seseorang; kuang I. kuaver (Muz) not yg mempunyai nilai masa setengah drpd krocet. kuaya Jw empedu. kuayah; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok renek), akar membur, akar nyamuk, akar tulang daing, akar tupai-tupai, tangisan burung, Connarus semidecandrus; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar berumat, akar pialu, akar tulang daing bukit, jendereh, jenderus burung, Derris thyrsiflora; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar koyah, akar pua, Whitfordiodendron erianthum. kubah I Br kubur orang kenamaan, makam. kubah II Ar 1. bahagian bumbung yg berbentuk separa bulat, terutamanya yg terdapat pd bangunan masjid: maka dikuburkanlah oleh paduka adindanya Raja Haji Ahmad di dlm kotanya, diperbuatnya satu ~; 2. ark lengkung (relung, ceruk) di dinding atau tembok dlm masjid dll; 3. Id bahagian kapal terbang atau lori yg tinggi dan berbentuk setengah bulatan (tempat senjata dll); berkubah beratap (berbumbung) lengkung, memakai kubah. kubal I gubal I. kubal II; ikan ~ sj ikan laut, Polynemus indicus (tetradactrylus). kubal III Br sj makanan kering yg diperbuat drpd sagu. kubang I = kubangan lopak atau lubang di tanah yg berisi air dan lumpur (tempat kerbau berendam); asalnya dr kubangan ki (orang yg) terlalu hina; air lalu, kubangan tohor prb upah atau wang

yg diterima habis dibelanja (utk membayar hutang); besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan prb tiap-tiap orang mulia dan berkuasa di tempatnya masing-masing; tiada kubangan yg tiada berkodok prb tiada negeri yg tidak ada keburukannya; berkubang 1. berendam atau bergolek dlm air yg berlumpur (bkn kerbau, babi, dll): pergi juga ia bermain-main dlm lumpur dan ~ dlm sungai itu dgn sukanya; 2. ki bersarang, bertempat: dadanya tempat iblis ~ ; 3. berlumpur, bergelumang dgn lumpur. kubang II; berkubang Kl bersepah-sepah (sampah, kain baju, dll). kubang III sj tumbuhan (pokok), kubin, mengkubung, selaru, sepedas, telinga gajah, Macaranga gigantea. kubarasa sifat bertindak balas apabila dirangsang (bkn hidupan). kubat kubah II. kubik I mengopek, mengupas (dgn kuku dll): ~ buah. kubik II ganda tiga, ukuran padu (panjang
3

lebar

tinggi); bilangan ~

ark bilangan atau jumlah hasil dr angka berganda tiga (mis 27 sbg hasil 3 ). kubikel ruang kecil yg bersekat, biasanya digunakan sbg tempat mandi, menyalin pakaian dsb. kubin I sj cicak yg boleh melayang, Draco volans. kubin II sj tumbuhan (pokok), kubang, mengkubung, selaru, sepedas, telinga gajah, Macaranga gigantea. kubis sj sayur, Brassica spp. kubisme (S.Lukis) gaya seni lukis moden separa abstrak yg menggambarkan sesuatu objek dlm bentuk geometri tertentu. kubit; sekubit secubit, sangat sedikit; mengubit 1. mencubit; 2. menggamit, memanggil dgn jari.

kuboid (Mat) bongkah geometri yg enam permukaannya berbentuk segi empat bujur. kubra Jk 1. gagal, tidak berhasil, bantut, tidak jadi; 2. tidak selesai (bicara, perkara, dll); 3. bubar (perkumpulan dll); mengubrakan 1. menggagalkan, membatalkan; 2. membiarkan tidak selesai (bicara, perkara, dll); 3. membubarkan (perkumpulan dll). Kubti 1. mazhab Kristian di Mesir pd masa dahulukala; 2. = bahasa ~ bahasa yg digunakan dlm upacara agama mazhab Kubti. kubu I 1. sj pagar drpd kayu dan tanah utk menahan serbuan (serangan dll): murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam; 2. tempat pertahanan (yg diperkukuh dgn pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dll), tempat pertahanan sementara (berupa benteng dll): Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus; 3. tempat yg berpagar kuat utk menangkap gajah; berkubu 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya; mengubui membuat kubu pd, memperkukuh (sesuatu) dgn kubu; terkubu terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~; perkubuan benteng-benteng utk pertahanan: pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka.

kubu II; rotan ~ sj tumbuhan (akar memanjat), Treycinetia javanica. Kubu III; orang ~ puak atau suku bangsa yg tinggal di hutan-hutan Jambi dan Palembang. kubung I; burung ~ sj burung, burung lah, burung pacat, Pitta brachyura cyanoptera; ~ padi, Niltava grandis. kubung II sj binatang yg boleh melayang, kandau, Cyanocephalus variegatus; cicak ~ kubin. kubung III; susu ~ bisul di bawah ketiak. kubur I 1. tempat menanam mayat, makam; ahli ~ orang-orang yg sudah meninggal dunia; batu ~ nisan; bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yg biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja); 2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat: ~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; sampai ke lubang (liang) ~ sampai mati; berkubur 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi; menguburkan 1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan; 2. ki menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan; terkubur 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja; kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam;

perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~; penguburan perihal menguburkan mayat. kubur II; burung ~ sj burung, burung malas, burung segan, burung tukang, Caprimulgus macrurus bimaculatas; burung ~ rimba sj burung, burung gua, burung siput, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus. kubus (Mat) bongkah yg mempunyai enam permukaan, yg setiap satunya berbentuk segi empat sama. kucah Kl; berkucah bergelombang (air, laut), berkocak. kucai I sj tumbuhan (bebawang yg dijadikan sayuran), Allium odorum. kucai II Mn; mengucai memencil, menyisih (terasing) dr yg lain; terkucai tercerai, terpisah (tersisih) drpd yg lain; kucil. kucai III Pn, Kd kacau, ganggu. kucam Jw pucat, muram, suram. kucandan Mn gurau senda, kecindan. kucar; ~-bara (lemban) Kl kucar-kacir. kucar-kacir (keadaan) tidak teratur atau tidak berketentuan, kacau-bilau, kelam-kabut: ketenteraman rumah tangga menjadi ~ kerana perselisihan faham antara suami isteri; pentadbiran negeri itu ~ ; sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab jahiliah berada dlm ~; mengucar-ngacirkan menjadikan kucar-kacir; kekucar-kaciran keadaan kucar-kacir: hidup dlm ~. kucek Jk; mengucek, mengucek-ngucek 1. menggosok-gosok mata dgn tangan; 2. menggosok-gosok cucian dgn tangan. kucel Jk kumal, renyuk, ronyok.

kucil; mengucil 1. keluar dr lubang (sesuatu yg dipicit); 2. menyisih dr yg lain, memencil; mengucilkan 1. membiarkan (memberi) keluar dr lubang (sesuatu yg dipicit); 2. memecat atau mengeluarkan dr golongan (keluarga, persatuan, dll); terkucil 1. terkeluar dr lubang dll, tergelincir dr tempatnya; 2. dipecat atau dikeluarkan dr golongan (keluarga, persatuan dll); pengucilan perihal (perbuatan, tindakan dsb) mengasingkan atau menyingkirkan (seseorang) drpd kelompok atau komuniti tertentu, penyingkiran, pengusiran: dia berasa begitu terasing sejak ~nya drpd masyarakat umum. kucindan Mn gurau senda, kecindan. kucing I sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus; (menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau

anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb perihal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb menganiaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu

berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan; kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki; berkucing-kucing 1. sj permainan kanak-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan). kucing II 1. sj ikan laut, kasa janggut, Setipinna (Engraulis) melanocir; 2. sj ikan laut, biang-biang, kasai janggut, Setipinna (Engraulis) taty. kucing III; akar ~ sj tumbuhan, Toddalia acuclata; ekor ~ a) = buntut ~ sj tumbuhan (herba), Acalypha hispida; b) sj tumbuhan (herba), awi tanah, ketumpang, buntut ucing, Dysophylla auricularia; c) = buntut ~ sj tumbuhan (herba) kacang kayu, kududung padang, pemati ulat, serengan hutan, Uraria crinita; d) sj tumbuhan (herba), angkup merah, bayam pasir, bayam rusa, penjarang ayam, Cyathula prostrata; kucing-kucing; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, Champereia griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum. kucir secekak rambut yg dibiarkan tumbuh di kepala yg gondol, kuncit. kuco ark ketua kampung (pd zaman pemerintahan Jepun). kucung Mn; kocong. kucup I; berkucupan (saling) berciuman (dgn melekatkan bibir); berkucup bercium (dgn melekatkan bibir): nampaknya anak-anak muda kita semakin berani ~ di khalayak ramai; mengucup mencium dgn melekatkan bibir pd bibir atau pd sesuatu: ia ~ dahi anak itu. kucup II Mn; mengucupkan menguncupkan; kuncup I.

kucur Jk; berkucur, mengucur bercucuran, mengalir turun (air mata dll); mengucuri mendirus, menyiram(i); mengucurkan mencucurkan (air mata dll); kucuran cucuran (air mata dll). kuda I 1. sj binatang besar berkaki empat yg dipelihara utk kenaikan (pengangkutan dll), Equus caballus; 2. = daya (kuasa, kekuatan) ~ ukuran kekuatan enjin atau motor (kekuatan utk mengangkat berat 550 paun setinggi satu kaki dlm satu saat); 3. sj buah catur; ~ air tapir, tenuk; ~ beban kuda utk membawa (mengangkut) barang-barang; ~ belang (loreng) sj kuda yg berbelang-belang (berjalur-jalur) seluruh tubuhnya, Equus burcelli; ~ beraksa kuda semberani; ~ bibit kuda jantan utk penternakan (pembiakan); ~ karengga kuda yg bulunya kemerah-merahan atau kekuningkuningan; ~ kayu ki orang yg bodoh (boleh dipermain-mainkan); ~ kenderaan (tunggang) kuda kenaikan, kuda utk ditunggang; ~ kepang persembahan kuda-kudaan (dibuat drpd bilah buluh tipis) yg berpenunggang dan mempunyai unsur magis; ~ (-kuda) laut sj ikan laut yg kepalanya menyerupai kuda, unduk-unduk, Hippocampus spp.; ~ liar kuda yg belum jinak; ~ lumba (pacu) kuda utk berlumba; ~ lumping kuda tiruan atau buatan utk permainan (dibuat drpd kulit atau buluh); ~ padi kuda kecil; ~ semberani kuda yg boleh terbang (dlm cerita-cerita dongeng); ~ teji = ~ tezi kuda yg cepat larinya; naik ~ hijau mabuk; anak ~ bulu kasap prb perihal anak muda yg riang gembira; asalnya ~ itu ~ juga dan keldai itu keldai juga prb tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya; bak rasa ~ pula kukuran prb perihal orang miskin

yg berlagak spt orang kaya; spt ~ lepas dr pingitan prb terlalu gembira (sebab lepas dr kurungan atau pembelengguan); kuda-kudaan sj alat permainan kanak-kanak yg menyerupai kuda dan ditunggang; berkuda 1. mempunyai kuda; 2. = menguda ark menaiki (mengenderai) kuda; pasukan ~; memperkuda, memperkuda-kuda 1. membuat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; perkudaan 1. tempat menternak (memelihara) kuda; 2. kandang kuda. kuda II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), kedondong, Lannea grandis. kudai I 1. sj bakul atau kembal drpd mengkuang (rotan dll); 2. sj tempat sirih bulat dibuat drpd perak dll. kudai II mawas betina. kuda-kuda 1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahankan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan. kudal Kd sangat kotor, sempudal. kudam godam.

kudangan Jk permintaan orang perempuan yg harus dipenuhi oleh lakilaki yg akan mengahwininya. kudap = kudap-kudap = kudapan 1. makanan ringan spt keropok yg dimakan di luar waktu makan; 2. makanan ringan spt minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dlm sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pd waktu minum petang atau selepas makan malam; mengudap memakan kuih yg dibeli di luar waktu makan; pengudap orang yg suka mengudap. kudeta (kudéta) rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sah. kudi Jk sj parang. kudian Mn kemudian, (ter)akhir, belakang: mereka yg datang ~ tidak mendapat tempat; mengudian berjalan (menyertai) di belakang, ikut (turut) di belakang: dia tak pernah datang bersama mereka melainkan ~ saja; mengudiankan 1. mengemudiankan, membelakangkan, meletakkan di belakang: orang yg datang lambat dikudiankan; 2. menangguhkan (menunda) pekerjaan; terkudian terkemudian, yg di belakang sekali, yg terakhir. kudidi sj burung; kedidi. kudil kudis. kudis 1. sj penyakit kulit yg gatal dan berjangkit; ~ anjing = ~ api kudis yg besar; ~ buta kudis yg kecil-kecil di merata badan; 2. ki sesuatu yg mencelakakan, sesuatu yg mendatangkan keburukan; ~ menjadi tokak prb perkara kecil menjadi besar (kerana dibiarkan); mengubik kepala ~ orang prb membuka rahsia orang;

berkudis, kudisan mendapat (menderita) penyakit kudis; mengudis menjadi kudis: luka itu ~ sebab dibiarkan. kudrat Ar 1. kuasa (Allah); ~ Ilahi; ~ (dan) iradat Tuhan kuasa dan kehendak Tuhan; 2. kuasa, tenaga, kekuatan: semakin lama semakin lemah ~ saya hendak mengawal keinginan saya itu; ~ alam a) kekuatan alam; b) hukum alam, hukum-hukum (kaedah-kaedah) yg menentukan sesuatu kejadian alam; 3. sifat atau tabiat semula jadi, pembawaan. kudrati Ar 1. yg amat berkuasa, maha kuasa; 2. sl murni, tulen, jati; mas ~ mas tulen. kudsi Ar suci, maha suci; hadis ~ hadis yg diilhamkan oleh Tuhan. kudu I patung yg diarak pd tabut. kudu II cat merah drpd akar mengkudu yg digunakan utk mewarnai kain. kudu III Jw mesti, harus, tidak boleh tidak. kudu IV Jw ark kuntum bunga, kudup (bunga). kudu V sj tumbuhan (herba), akar kutu babi, daun balam, orang-aring merah, pokok kedudu paya, ubai itik, Pouzolzia zeylanica (indica). kudu VI Kl, Tr kuyu, nampak spt mengantuk (bkn mata). kuduk Mn tengkuk. kudung I terkerat atau terpenggal (kaki, tangan, jari, dll), terpotong pd hujungnya: kedua-dua belah kaki pengemis itu ~; bagai si ~ mendapat cincin prb beroleh untung tetapi tidak dapat merasai nikmatnya; sekudung sekerat, sepenggal, sepotong; ~ limbat, ~ lintah prb goyang atau tidak teguh pendiriannya; mengudungkan mengerat (memotong) hujung sesuatu (spt jari, tangan, kaki, dll):berperanglah tetapi jangan ~ anggota badan.

kudung II = kekudung, kudungan Jk kain penutup kepala, kelubung, tudung; berkudung berselubung, berkelubung; mengudungkan menyelubungkan, menutupkan (kepala). kudup kuntum (bunga), kudu, kuncup (bunga). kudus Ar tidak bercela, suci, bersih, murni: dia yg berhati ~; roh al-~ = ruhulkudus roh suci (Jibrail dlm ajaran Islam); menguduskan menyucikan, membersihkan (batin, hati, dll): mogamoga Allah ~ roh-roh mereka; kekudusan kesucian, kebersihan (hati, batin, dll): dia akan jadi peruntuh pula, akan meruntuhkan kemanusiaan dan ~ manusia seluruhnya. kudut Br pinggan. kuek (kuék) bunyi spt bunyi itik; berkuek berbunyi kuek: tiada seekor pun itik yg ~; berkuek-kuek berkuek berulang kali: itik-itik itu ~ di tepi kolam; menguek mengeluarkan bunyi kuek, berkuek. kuetiau (kuétiau) C sj makanan dibuat drpd tepung beras (dimasak atau digoreng spt mi). kufu Ar kesamaan taraf (martabat, pangkat dll); sekufu setaraf, sedarjat, sama martabatnya: saya orang yg tiada berbangsa dan tiada ~ dgn tuan; kufuan; sama ~ sama tinggi darjat keturunannya, sama-sama berketurunan bangsawan. kufur Ar 1. tidak percaya atau tidak beriman kpd Allah dan rasul-Nya, kafir: ada antara umat Islam yg ragu-ragu tentang kerasulan Nabi Muhammad dan kembali ~; ilmu ~ ilmu yg menafikan wujudnya

Allah; 2. ingkar terhadap suruhan dan larangan Allah: orang yg meninggalkan sembahyang dgn sengaja adalah ~; 3. = ~ nikmat tidak bersyukur kpd nikmat Allah: utk menguji sama ada mereka bersyukur atau ~ terhadap segala nikmat Allah; mengkufuri 1. tidak percaya kpd Tuhan: kami akan dianggap ~ Allah andainya kami kembali kafir; 2. tidak bersyukur kpd (nikmat Allah): ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah; mengkufurkan 1. memandang sbg kufur, menganggap kufur; 2. ark mengeluarkan (mengucilkan) dr golongan yg beragama; kekufuran keadaan kufur: dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. kugah sj tumbuhan (pokok renek), Excoecaria quadrangularis. kugar sj binatang liar yg termasuk dlm famili kucing, rupanya seakanakan singa, berbulu coklat kekelabu-kelabuan dan berekor panjang, biasanya terdapat di kawasan pergunungan Amerika Utara dan Selatan, puma, Felis concolor. kugiran kumpulan gitar rancak, pancaragam moden yg popular. kui I sj kuali kecil tempat melebur emas. kui II Ml tong atau bekas utk menyimpan beras. kuih penganan, juadah; ~ basah kuih yg lembap atau yg mengandungi air (spt kuih bingka, kuih talam, dll); ~ kering kuih yg dibakar (spt biskut-biskut, kuih bangkit, kuih sepit dll); ~-muih bermacammacam jenis kuih; kuih-kuih kuih-muih. kuil rumah berhala, tempat memuja dewa-dewa.

kuilt gebar atau tutup tilam yg dibuat drpd isian lembut (spt span) yg dijahit di antara dua lapisan kain (biasanya digunakan di negara berhawa sejuk). kuilu ark arnab, kelinci. kuing I ketua kampung, penghulu. kuing II; minyak ~ minyak yg dikeluarkan oleh sj pokok. kuing III bunyi dengking anjing; berkuing-kuing mendengking-dengking (bkn anjing). kuini sj mangga yg harum baunya dan halus dagingnya (isinya), embacang, Mangifera odorata. kuinin sj tumbuhan (pokok yg kulitnya digunakan utk membuat ubat penyakit malaria), Cinchona spp.. kuinina (Kim) sj sebatian yg pahit rasanya dan diperoleh drpd kulit sj pokok Cinchona spp. (digunakan utk membuat ubat penyakit malaria) kuintal ukuran berat yg bersamaan dgn 100kg. kuintet (kuintét) (Muz) 1. gubahan muzik utk lima orang penyanyi atau lima alat muzik; 2. sekumpulan lima orang yg bermain alat muzik atau yg menyanyi bersama-sama. kuir Mn sj alat pertanian utk membersihkan tanaman (dr rumput, semaksemak, dll). kuis; menguis 1. menolak (menepis, menyepak) ke tepi: tangannya menguis-nguis padi basah di atas tikar jemurnya; dikuisnya sampah itu dgn kakinya; 2. mengais (spt ayam); menguis-nguis menguis beberapa kali atau berulang kali: tangannya ~ padi basah di atas tikar jemurnya;

kuisan hasil menguis: dia cuba menguis dgn tangannya tetapi itu tidak membesarkan lubang tersebut; penguis orang yg menguis sesuatu, spt bola dsb. kuit = ~ gamit gerak-gerak jari (utk memberi isyarat, memanggil dll); ~ kapai a) mencakar-cakar (sampah dll); b) membuat pekerjaan yg kecil-kecil (yg tidak penting); menguit 1. menyentuh dan menggerakkan sesuatu dgn jari dll, mencuit: anak rambutnya dikuitnya sedikit; 2. bergerak (bkn sesuatu benda, ekor binatang, dll): ekornya ~ apabila disentuh; 3. Kd bergerak utk melakukan sesuatu kerja; menguit-nguit menguit beberapa kali, bergerak-gerak (bkn ekor dll); menguitkan menggerak-gerakkan jari (tangan dll): dia memanggil aku dgn ~ tangannya; kuitan hasil perbuatan menguit. kuitansi IB surat tanda sudah menerima (wang), resit: kalau tidak dibayarnya wang itu koyakkan saja ~ ini. kuiz 1. ujian tentang pengetahuan seseorang dgn mengemukakan soalansoalan utk dijawab; 2. pertandingan (permainan) utk menguji pengetahuan seseorang, duga akal. kuja koja. kujarat Mn sj bunga (kerap digunakan dlm pantun). kujau koja. kujur I; sekujur seluruh, segenap, semua bahagian; ~ badan; kuyu matanya, sedangkan ~ tubuhnya berasa lesu. kujur II sj tombak (lembing) utk menangkap ikan (dgn menikamnya). kujut; tempat ~ tempat orang digantung;

berkujut 1. menggantung diri; 2. terikat (kerana telah melakukan kesalahan), terlibat, tersangkut dlm perkara dll: semuanya berkujutkujut dlm perkara itu; mengujut mencerut leher, mencekik leher dgn tali dll: hukuman orang Melayu di zaman dahulu utk kesalahan itu ialah disalang atau disula dan dikujut kalau kesalahan itu besar. kuk kayu yg bengkok di tengah, dikenakan pd tengkuk lembu atau kerbau ( utk menarik kereta atau bajak). kukabura sj burung raja udang yg terdapat di Australia, Dacelo spp.; ~ kepak biru, Dacelo leachii. kukai sj ikan. kukang sj kera, kongkang. kukri sj pisau melengkung yg melebar di hujung, terutamanya digunakan oleh Gurkha. kuku I 1. selaput atau bahagian keras yg tumbuh pd hujung jari manusia, benda keras yg menganjur yg tumbuh pd hujung kaki binatang (ada yg besar dan ada yg panjang dan tajam): menggaru dgn ~; ~ kuda; ~ kucing; bunga ~ bahagian pangkal kuku yg keputih-putihan; daging (isi) ~ bahagian tengah kuku yg melekat pd isi jari; sehujung ~ ki sangat sedikit; 2. bermacam-macam alat atau bahagian alat yg rupanya atau gunanya sama spt kuku manusia atau kuku binatang; ~ bajang hujung bajang; ~ besi ki (yg) berdasarkan atau cenderung menggunakan kekerasan (kekejaman, paksaan); ~ betul bahagian kuku yg melekat pd hujung kulit; ~ kambing a) kuku pd hujung kaki kambing; b) sj alat utk menanam anak padi (di tanah lembut); ~ sauh pengait (cangkuk) pd sauh;

bagai ~ dgn isi (daging) prb sangat erat (karib) perhubungan atau persahabatan (tidak berenggang atau bercerai); (harimau) memperlihatkan ~nya prb (seseorang) menunjukkan kuasanya; kalau dibalun sebalun ~, kalau digumpal segumpal tanah prb alam rohani yg tidak terbatas tetapi dapat dikecilkan sekecil-kecilnya; sekuku = ~ hitam sangat sedikit, sehujung kuku: dirasanya perjuangannya sia-sia dan tidak berfaedah ~ pun; berkuku 1. mempunyai kuku; harimau ~ tajam; ~ belah berbelah dua kukunya (spt lembu, kerbau, dll); ~ satu (tunggal) mempunyai satu kuku (bkn kuda dll); 2. ki berkuasa, berkukuh: tentera Jepun telah ~ hampir empat tahun di Semenanjung Tanah Melayu; tidak ~ ki tidak berkuasa (berpengaruh); ~ besi ki bersikap (bersifat, berlaku) kejam atau terlalu keras (terhadap rakyat dll); belum ~ hendak menggaruk (mencubit) = belum bergigi sudah hendak menggigit prb belum berkuasa sudah hendak menegur-negur (memerintah dll) orang; diberi ~ hendak mencengkam prb diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang. kuku II; ~ gerda sj tumbuhan (pokok renek), pokok teh, siku keluang, Nothopanax fruiticosum; ~ lang a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kait-kait hitam besar, kait-kait jantan, Uncaria sclerophylla; b) = akar ~ balam = akar ~ lipan sj tumbuhan (pokok menjalar), daun kait-kait, duri sakah, Zizyphus venoplia; c) sj tumbuhan (pokok memanjat), kayu sekatuk, Zanthoxylum hirtellum; ~ lang laut sj tumbuhan (pokok), Aegliceras corniculatum; ~ lang paya sj tumbuhan (pokok memanjat), pekan betina (hutan, jantan), Jasminum bifarium; ~ lang rimba sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kait-kait, akar onak,

damai-damai, jambu kelawar, Zizyphus calopyhlla; akar ~ lang sj tumbuhan (pokok memanjat), darah belut, gorek, kelici rimba, kulang, maticang, mentiung, tampu rengat, Mezoneuron sumatranum; rumput ~ sj tumbuhan (pokok renek), nilau bukit, Pogostemon heyneanus. kuku III; ikan ~ sj ikan laut, Acanthopagrus berda. kuku IV sj siput. kukuh I 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~;

mengukuhi 1. memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. kukuh II; padi ~ padi yg masak sangat (di pokok). kukuk Kl tidak lurus (tanduk dll), bengkok. kukul Jw ark jerawat. kukup lumpur yg ditimbunkan oleh air di sepanjang pantai laut atau tebing sungai: di pantai tersebut, airnya cetek dan selalu didapati ~; ~ salji (Geog) timbunan salji yg telah berpindah tempat (kerana digerakkan oleh air dll). kukur I = kukuran alat bergerigi hujungnya utk mengeruk (mengikis) isi kelapa;

~ apa kpd ~, nyiur juga yg binasa = apa peduli pd kukuran, nyiur juga yg akan habis prb mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yg melakukannya juga yg menemui kesukaran; murah terbelingut bagai kukuran timah prb mudah merajuk atau berkecil hati; satu hadap bagai kukuran prb orang yg mahir dlm satu pekerjaan sahaja; mengukur 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; pengukur 1. kukuran; 2. orang yg mengukur (kelapa dll). kukur II bunyi burung tekukur. kukur III bergerigi (bkn tepi daun); ~ halus bergerigi halus (bkn tepi daun). kukus I 1. wap air panas; kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn memanaskannya dgn wap air panas; 2. alat utk mengukus, kukusan; berkukus 1. mengeluarkan kukus, berwap (air panas); 2. yg dimasak atau dipanaskan dgn menggunakan kukus (wap) air mendidih: nasi lemak yg ~; 3. yg dijadikan (atau ditukarkan semula menjadi) cairan dr wap cairan yg dididihkan; mengukus 1. memasak atau memanaskan sesuatu dgn menggunakan wap air mendidih: ~ nasi lemak; 2. memanaskan cairan (spt air dll) hingga menjadi wap yg kemudian bertukar semula menjadi cairan; kukusan 1. sj bekas drpd anyaman yg berbentuk bulat panjang atau merunjung utk mengukus nasi, alat mengukus makanan, kukus; 2. hasil mengukus;

pengukusan proses atau perbuatan mengukus; pengukus sesuatu yg digunakan utk mengukus: air ~; periuk ~. kukus II sj musang yg busuk baunya. kukus III; buah ~ (kukusan) sj buah langsat, buah kokosan. kukut I kokot I. kukut II (Sunda); anak ~ anak pungut. kul IB 1. kubis, kol; 2. = akar ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), akar bani, akar banuk, Dischidia rafflesiana. kula Jw sl patik, hamba: ~ disuruh Rama Andika akan menyambut tuanku. kulah I = kulah-kulah sl sj kopiah tinggi, ketopang: suatu kelembut emas berkemuncak permata merah terhantar di atas ~ keemasan. kulah II ark sj pokok mangga. kulai I; berkulai, berkulaian bergantung berbuai-buai (spt dahan patah yg belum putus), berkelepai; terkulai terkelepai (spt bendera yg tidak berkibar), tergantung terbuai-buai (spt dahan patah), terlentok (kepala, bunga di dahan, dll): kakinya yg patah itu ~; kepalanya yg ~ itu perlahan-lahan diangkatnya; terkulai-kulai terkulai berulang kali: kelopak bunga tersebut ~ hampir gugur. kulai II; siput ~ sj siput, Turbo marmoratus. kulak I sukatan isi bagi biji-bijian spt beras dll (lebih kurang satu gantang). kulak II Jw membeli barang utk diperdagangkan. kulak-kulak; ~ tangan Mn buku jari. kulakasar sl barang-barang (yg boleh diangkut, spt perabot dll). kulambai kelambai.

kulampair kulat dan alga yg hidup secara simbiosis, liken. kulan sj tumbuhan (pokok), balam sundik, getah sundik, semaran, surin, Payena leerii. kulang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, darah belut, gorek, kelici rimba, maticang, mentiung, tampu rengat, Mezoneuron sumatranum; rumput ~ pulut sj tumbuhan (rumpai), bayam pasir (tanah), daun serapati, kerak nasi paya, keremak, rumput loh, Alternanthera triandra. kulansing Mn ark sirih yg dilipat segi tiga sbg isyarat memanggil (menjemput) orang yg menerimanya, sirih pemanggil: nan dekat panggilan tiba, nan jauh ~ lepas. kulapuk (Bio) kulat yg menyebabkan pertumbuhan yg berbulu halus rupanya di permukaan bahan organik yg lembap atau reput. kulari kelari. kulasentana Jw, sl keluarga. kulat I sebarang kumpulan organisma parasitik yg tidak mempunyai klorofil, termasuk kulapuk, cendawan, yis, dll; jenis-jenisnya: ~ kayu; ~ padang; ~ sisir dll; ~ ambrosia sj kulat yg hidup secara simbiosis dgn kumbang ambrosia di dlm kayu (dgn kulat itu menjadi sumber makanan larva kumbang tersebut); ~ madu sj kulat dlm kelas Basidiomycetes yg menyebabkan reput pangkal pd pokok kayu, Armillaria mella; berkulat berlapuk, ditumbuhi kulat: ia berbaring di atas tilam jerami lapuk yg telah ~. kulat II; terkulat-kulat 1. terkebil-kebil atau termangu-mangu (spt orang kebingungan, kehairanan, dll): murid-muridnya ~ sahaja apabila muka mereka direnunginya; 2. terkecap-kecap (kerana

menginginkan sesuatu makanan): ~ mulut budak itu apabila ia melihat makanan yg terhidang di atas meja. kulau 1. sj tumbuhan (pokok); a) Taraktogenos spp.; b) Hydnocarpus spp.; 2. sj tumbuhan (akar memanjat), akar padang, garing-garing, hempedal ayam, kacat, karang-karang, sembelit merah, sembelit padang, Cnestis palala. kulawangsa sl keluarga. kulawarga Jw keluarga. kuli orang yg membuat kerja kasar atau kerja berat (spt memunggah barang, membaiki jalan raya, dll), buruh kasar: maka dipanggilkannya segala ~ dlm Melaka drpd segala bangsa, maka disuruhnya ~ pecahkan kota itu; makan ~ bekerja sbg kuli; wang ~ wang yg dibayar kpd kuli sbg upah; ~ plat kuli stesen dll yg lengannya memakai plat bernombor; berkuli bekerja sbg kuli: pekerjaan terlalu sedikit, sedang orang yg mahu ~ terlalu banyak; memperkuli memperbuat sbg kuli: maksud mereka tiada lain lagi drpd hendak ~ dia; kulian wang kuli, upah kpd kuli. kuliah Ar 1. pelajaran yg disampaikan secara bersyarah (berpidato) oleh mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab, syarahan: setengah-setengah mahasiswa sibuk mencatat beberapa perkara yg dikemukakan dlm ~nya; bilik ~ bilik tempat menyampaikan kuliah; 2. ceramah agama: ~ subuh; 3. fakulti yg terdapat di sesetengah universiti; 4. ark sj maktab atau sekolah tinggi; ~ guru maktab guru; berkuliah memberi kuliah, bersyarah (utk menyampaikan ilmu pengetahuan).

kulik-kulik sj burung malam. kulikat kelakuan, tabiat; khalikah. kuliling ark bp keliling. kulim 1. sj tumbuhan (pokok), bebatai, beka, cikih, tampoi hutan, Dysoxylon costulatum; 2. sj tumbuhan (pokok), Scorodocarpus borneensis; ~ akar sj tumbuhan (pokok memanjat), Erythropalum scandens; ~ burung sj tumbuhan (pokok), cikih, kasai paya, pasak lingga, pasak lingga merak, Aphanamixis polystachya; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Dysoxylon spp. kulimambang Br sj kupu-kupu. kulimat Mn ark = berkulimat berjimat-jimat (menggunakan makanan dll), berhemat. kulimbambang kulinari ~. kulio Mn ark sj masakan drpd daging (hati dll). kulintang sj alat muzik tradisional Sulawesi Utara yg terdiri drpd bilahbilah kayu. kulipis lapisan atau selaput nipis yg membaluti, melapisi atau menyekat bahagian-bahagian dlm tubuh binatang atau tumbuhan, membran: ~ nukleus; ~ sel. kulir sj alat utk mencedok simen (kapur dll). kulit I 1. tisu nipis yg membaluti tubuh (manusia atau binatang): ~nya hitam manis; binatang ini tidak mudah dilukai senjata tajam kerana tebal ~nya; bersalin ~ bertukar kulit (bkn ular dll); penyakit ~ kulimambang. kulimpapat Br kelip-kelip, kunang-kunang. berkaitan dgn masak-memasak: anda boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Hawaii yg terkenal di dunia dlm kursus seni

penyakit pd kulit (spt kudis, kusta, dll); 2. bahagian luar yg membaluti isi buah (batang pokok, isi telur, dll): ~ bawang; ~ nangka; ~ kayu; 3. pembalut tubuh binatang yg telah ditanggalkan dan dikeringkan (utk dibuat beg, kasut, dll): kasut ini dibuat drpd ~ buaya; beg ~ beg yg dibuat drpd kulit binatang; 4. bahagian di sebelah luar buku dll (biasanya lebih tebal drpd kertas halamannya): gambar seorang bintang filem menghiasi ~ majalah itu; ~ keras kulit (buku) yg dibuat drpd kadbod atau kertas yg tebal; ~ lembut kulit (buku) yg dibuat drpd kertas yg tidak tebal dan tidak keras; 5. yg nampak dr luar, garis-garis kasar, butir-butir yg tidak mendalam: adat istiadat Belanda diajarkan juga, tetapi hanya ~nya, tiada mendalam; terjemahan ~ terjemahan erti perkataan-perkataannya (tidak berdasarkan maksudnya); ~ adam bahagian pangkal kuku yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit (bunga kuku); ~ ari a) kulit atau selaput nipis (yg membaluti beras, isi kelapa, dll); b) kulit luar; ~ basah kulit binatang yg belum dikeringkan; ~ berwarna = ~ hitam (orang atau bangsa) yg bukan berkulit putih spt orang Eropah; ~ buatan (imitasi, tiruan) barang buatan yg nipis yg menyerupai kulit; ~ bumi lapisan sebelah luar bumi yg terdiri drpd batu habluran dll; ~ daging saudara-mara, kaum keluarga; ~ dalam lapisan kulit sebelah dalam di bawah lapisan kulit luar; ~ karah kulit kura-kura (labi-labi); ~ kayu manis sj kulit kayu yg dijadikan ramuan masakan; ~ kerang (siput dll) benda keras yg membungkus kerang dll (sbg tempat berlindung), rumah kerang (siput dll); ~ khatan kulit pd hujung kemaluan lelaki; ~ kuih lapisan (kepingan) nipis dibuat drpd adunan tepung (utk membungkus inti atau isi kuih); ~ langsat warna (kulit

manusia) yg putih kekuning-kuningan; ~ luar lapisan kulit (pd daging atau tumbuhan yg di sebelah luar); ~ manis lapisan jaringan atau tisu pd pokok (di antara kulit kayu dan batangnya); ~ mati kulit yg tidak berasa; ~ perisai lapisan tipis di sebelah atas kulit luar tumbuhan (utk melindunginya drpd air dan gas); ~ putih (bangsa, orang) yg berketurunan Eropah; ~ renang kulit yg menghubungkan jari-jari itik (katak dll); ~ sawo matang (coklat) (bangsa) yg kulitnya berwarna coklat; ~ babi yg tersungkup di kepala orang prb mendapat malu; buka ~ ambil isi prb perundingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi); kalau tak ~ leraklah (lerailah) tulang = tinggal tulang dgn ~ prb sangat kurus (tubuhnya); tebal ~ muka prb tidak malu; berkulit mempunyai kulit: pemuda itu berambut ikal dan ~ hitam manis; ~ badak bp tidak bermalu, tidak berperasaan; mengulit 1. mengganti kulit (bkn ular dll), bersalin kulit; 2. menjadi kulit, tumbuh kulitnya; 3. Id mengupas kulit kepala; menguliti 1. memberi berkulit, membalut (buku dll) dgn kulit; 2. menyiat atau mengupas kulit (lembu dll); kekulit bahan spt kulit; perkulitan tempat menyamak kulit; pengulitan (Hut) proses menanggalkan (membuang) kulit drpd batang pokok atau kayu balak (secara manual atau dgn mesin pengulit). kulit II; ~ lawang sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum culilawan; ~ manis sj tumbuhan (pokok), kayu manis, Cinnamomum cassia (Cinnamomum zeylamcum); akar ~ manis sj tumbuhan (akar berteras), akar manis, tebu gajah, Albizzia myriophylla.

kulkas peti sejuk (tempat menyimpan makanan supaya tidak busuk dll). kulon Jw barat. kulot bp seluar pendek berkaki lebar seakan-akan skirt yg dipakai oleh orang perempuan. kultur 1. penanaman tumbuh-tumbuhan terutamanya dgn kaedah saintifik utk memperbaik baka atau menghasilkan baka baru; 2. penternakan dan pembiakan binatang utk memperbaik baka: hasil sampingan drpd ~ kulat; Sabah akan mengeluarkan udang ~; 3. sekumpulan sel tisu, bakteria dsb yg diperoleh drpd proses pembiakannya dlm bahan nutrien di dlm makmal; mengkultur membiakkan mikroorganisma, spt bakteria dan sel tisu dlm bahan nutrien: ahli biologi menggunakan agar-agar sbg medium utk ~ bakteria dan kulat; pengkulturan proses atau perbuatan mengkultur: serum merupakan suatu bahan penting dlm ~ sel. kultus 1. sistem pemujaan dlm upacara keagamaan; 2. kumpulan kecil orang yg menjalankan pemujaan keagamaan seumpama itu. kulub Ar (jamak bagi kalbu) jantung hati. kuluk Jw sj songkok (kopiah) yg dipakai oleh orang besar-besar. kulum I; berkulum bergumam, berkemam (tidak membuka mulut); tersenyum ~ tersenyum dgn tidak membuka mulut; suaranya ~ suaranya tidak jelas kedengaran (kerana tertahan dlm mulut); mengulum 1. menahan atau membiarkan (gula-gula dll) di dlm mulut, mengemam: dikulumnya gula batu dlm mulutnya; 2. menggumam, mengeluarkan suara (perkataan dll) dgn tidak membuka mulut; ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut;

terkulum dikulum, digumam: perkataan itu dikeluarkannya dgn suara yg ~. kulum II coulomb. kulum-kulum Mn sj binatang spt halipan yg bergulung apabila disentuh, sepah bulan, senggulung. kulup I nama timang-timangan bagi anak lelaki atau anak lelaki yg sulung. kulup II kulit khatan (kulit pd hujung kemaluan lelaki yg dibuang ketika dikhatankan); berkulup belum berkhatan. kulur sj tumbuhan (pokok), sukun, Artocarpus communis. Kulzum; laut ~ laut Merah (laut di antara negeri Arab dan benua Afrika). kumai 1. ukiran (pd perkakas kayu spt almari dll) yg timbul atau bergerigi: perbuatan ~ itu berkerawang, berbunga lawang dan berkarang-karang; 2. bingkai (bakul dll); berkumai 1. berukir dgn alur-alur (ukiran) tenggelam timbul: maka adalah perbuatan itu empat persegi, dan batu mengampar ~ spt perbuatan peterana; 2. berbingkai; mengumai mengukir kumai; mengumaikan menghiasi (sesuatu) dgn kumai; kumaian kumai: diperbuatnya ~ berkerawang spt karangan unggas rupanya; pengumaian proses mengukir (membentuk) kumai. kuma-kuma stigma (drpd crocus berbunga ungu) yg berwarna jingga, berbau kuat dan dikeringkan, digunakan utk mewarnai dan memberi perisa kpd makanan.

kumal = berkumal renyuk dan kotor (bkn pakaian dll yg sudah lama dipakai), lusuh, berkerumuk (bkn kertas dll): seluar yg ~ dan koyakkoyak sudah kehilangan warna asal; diselubungi dirinya dgn kain selimut yg sudah berkumal; mengumalkan merenyukkan; gumal. kumala kemala. kuman 1. organisma halus (tidak terlihat oleh mata kasar) yg wujud di udara, air dan tanah dan pd makhluk hidup dan mati, yg penting kpd manusia kerana kesan-kesan kimianya dan kadangkala menyebabkan penyakit, bakteria, basil; ilmu ~ ilmu mengenai berbagai-bagai bakteria (yg menyebabkan penyakit); 2. ki sesuatu yg sangat halus atau seni (spt debu dll); ~ air kutu dlm air yg menyebabkan kudis; ~ menjadi barah (pekung) prb perkara kecil menjadi besar kerana dibiarkan; ~ di seberang lautan tampak, gajah (bertengger) di pelupuk mata tiada tampak prb kesalahan (keburukan) orang dapat dilihat tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; matilah ~ kena pelantik sekalian alam limpah darahnya prb orang kebanyakan berkahwin dgn orang bangsawan, menjadi buah mulut orang halnya; mencungkil ~ dgn alu prb membuat pekerjaan yg sia-sia. kumandang gema (bunyi), gaung, kemandang; berkumandang bergema, bergaung: dr dlm dewan hotel terdengar lagu irama rancak ~ di udara; ~ suara azan di udara; mengumandangkan 1. mengeluarkan bunyi atau suara yg bergema: suara menyeru umat Islam menunaikan kewajiban mereka kpd Allah dikumandangkan ke telinga umum; 2. ki mendengung-

dengungkan, menyeru-nyerukan dgn nyaring: suaranya akan ~ kekesalan yg tidak terungkai. kumanga, kumango = barang ~ barang kecil-kecil utk keperluan harihari (spt pinggan mangkuk, sikat, berus gigi, dll): kain, ~, pecahbelah, sekaliannya laku di sana, sebab wang banyak. kumat Jw bentan (sakit semula sesudah agak sembuh). kumat-kamit bergerak-gerak bibir (spt orang membaca doa dgn tidak bersuara, bercakap sendirian, dsb: bibirnya ~ mengucap berulang kali; berkumat-kamit kumat-kamit: Pak Utih mengangguk sambil mulutnya ~ menyebut nama Tuhan; mengumat-ngamitkan menggerak-gerakkan bibir (spt orang bercakap dgn tidak mengeluarkan suara): mulutnya dikumatkamitkan bagaikan membaca doa pelias mengelak drpd ular bisa; terkumat-kamit tergerak-gerak bibir: mulut Ramlan ~ membaca isi surat itu. kumayan kemenyan. kumba I sj bekas (spt buyung); ~ emas kumba yg diperbuat drpd emas; ~ mayang sj bekas spt belanga yg dihiasi daun kelapa dan diisi air utk memandikan pengantin. kumba II bonggol pd dahi gajah. kumbah; mengumbah 1. membersihkan dgn air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki mencaci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yg telah digunakan utk membasuh. kumbang 1. sj serangga yg berkepak dan berkulit keras; jenis-jenis: ~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dll; 2. sj serangga (lebah);

jenis-jenis: ~ kayu, ~ madu dll; 3. ki hitam (berkilat); anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yg hitam bulunya; ~ ambrosia sj kumbang perosak kayu dlm famili Platypolidae dan beberapa genus dlm famili Scolitidae dan Lymaxylidae; ~ bubuk sj kumbang perosak kayu dlm famili Bostrychidae dan Lyctidae; ~ kulit sj kumbang perosak kayu dlm famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia); ~ kura-kura kumbang kecil berwarna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam; ~ perabot sj kumbang perosak kayu dlm famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum; ~ sesungut panjang sj kumbang perosak kayu dlm famili Cerambycidae yg larvanya mengorek kayu; ~ melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya; ~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perempuan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup; bagai ~ putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya); mengumbang mendengung-dengung (berbunyi berdengungdengung) spt kumbang. kumbar = salak ~ sj tumbuhan (palma), asam kumbang, salak ringan, Zalacca wallichiana; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai) a) mesiang, rumput menderung, Scirpus grossus; b) rumput kerecut, Scirpus mucronatus. kumbik sj tumbuhan (pokok), buah keras, derekan, kembiri, kemiri, miri, pidikan, Aleurites moluccana. kumbu sj bakul yg dianyam (tempat menyimpan ikan); kembu. kumbuh = mensiang ~ sj tumbuhan (rumput yg dibuat tikar), rumput kumbar, rumput kerecut, Scirpus mucronatus.

kumbuih Kd bahagian (punat berwarna putih) yg tumbuh dlm buah kelapa yg sedang bercambah. kumi ark sl sila makan, makanlah (diucapkan kpd orang Portugis). kumico ark ketua perkumpulan orang yg berjiran (terutamanya pd zaman pemerintahan Jepun). kumin sesuatu atau bahagian sesuatu yg sangat kecil (halus), benda seni: jikalau air itu mengandungi lebih banyak ~ pasir atau gelembunggelembung udara, ia akan kelihatan berwarna hijau; sekumin sangat sedikit, sekelumit, sangat kecil: terasa sangat oleh Ramlan kerumitannya menjimatkan wang gajinya yg ~ itu. kumis I misai; berkumis mempunyai kumis, bermisai. kumis II; ~ kucing sj tumbuhan (herba), ruku hutan, Orthosiphon grandiflorus. kumit I; sekumit Pr sekumin, sekelumit: utk memenuhi sekurangkurangnya ~ apa yg dihasratkan oleh penduduk Melayu. kumit II; berkumit-kumit, mengumit-ngumit (ber)kumat-kamit (mulut): tok pawang terdiam sejurus sambil bibirnya ~ menjampi. kumkuma kuma-kuma. kumlah; mati ~ mati kerana sakit atau sudah tua. Kump. kep Kumpulan. kumpai; ~ tikus sj tumbuhan (herba), rumput tapak itik, Floscopa scandens; rumput ~ ( jantan) sj tumbuhan (rumput), rumput sumbu; a) Hymenachne myurus; b) Panicum auritum. kumpal I gumpal. kumpal II ark; terkumpal-kumpal 1. terumbang-umbang, terkatungkatung; 2. ki tidak tahu berbuat apa-apa (kerana dlm kesulitan).

kumpar; mengumpar menggulung benang dll pd gelendong (atau pd alat penggulung benang; kumparan sj alat penggulung benang, gelendong. kumpi Jk moyang (lelaki atau perempuan). kumpuan majmuk: daun ~ daun yg terbahagi kpd beberapa anak daun yg terlekat pd gagang atau tangkai daun yg sama, daun majmuk; kanta ~ kanta yg terdiri drpd beberapa kanta ringkas yg terlekat atau terletak bersaingan pd paksi yg sama, kanta majmuk; mata ~ mata (spt mata serangga, ketam, dll) yg terdiri drpd gabungan beberapa mata ringkas, mata majmuk. kumpul; sekumpul selonggok; berkumpul 1. berdekatan rapat-rapat menjadi satu atau sekelompok, berlonggok: sampah-sarap yg hanyut itu ~ menjadi suatu timbunan; beberapa orang yg ~ itu sedang asyik berjudi; 2. berhimpun (beramai-ramai), berkampung: ramai orang ~, berlambak-lambak, di keliling panggung ini menunggu pertunjukan yg berikutan; 3. = berkumpul-kumpul berkerumun, berpusu-pusu: di sampingnya ~ segelintir manusia spt sekumpulan semut mengerumuni gula; mengumpulkan 1. menjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompok: ia asyik memerhatikan seorang perempuan tua yg sedang ~ benda-benda yg bertaburan di lantai; hendaklah dikumpulkan dulu perkakas-perkakas yg diperlukan sebelum memulakan kerja; 2. mengerahkan (orang dll) supaya menjadi pasukan, menghimpunkan, mengampungkan: Panglima Hitam ~ orang-orangnya dan menyusun rancangan menyerang

musuh; 3. menjumlahkan (menyatukan) sebilangan sesuatu supaya menjadi suatu jumlah; ~ wang menyimpan wang berdikit-dikit hingga menjadi (agak) banyak; terkumpul terhimpun (menjadi banyak atau sekelompok): hasil drpd pungutan derma itu banyak wang sudah ~; air hujan yg ~ di atas muka bumi meresap masuk ke dlm tanah; kumpulan 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermainmain di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu tempat berkumpul ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau

keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); perkumpulan gabungan, kesatuan atau persatuan: dia menjadi pengerusi dlm persidangan ~ buruh kasar; pengumpulan Negara; pengumpul tempat mengumpulkan sesuatu, orang yg mengumpulkan sesuatu: pusat ~ jati; ~ setem. kumuh 1. Mn kotor, keji, cemar; berhati ~ tidak bersih (ikhlas) hatinya; 2. benda yg tidak berguna dan dikeluarkan oleh badan manusia, haiwan atau tumbuhan, kotoran: darah membawa zat makanan dan oksigen dan mengeluarkan ~; ~ tumbuh-tumbuhan hijau terdiri drpd karbon dioksida yg dikeluarkan dlm masa pernafasan dan oksigen yg berlebihan; mengumuhkan 1. Mn mengotorkan, mengejikan; 2. mengeluarkan benda yg tidak berguna dr badan manusia, haiwan atau tumbuhan; kumuhan bahan buangan yg dikeluarkan dr tubuh spt peluh, air kencing, dsb; perkumuhan yg berkaitan dgn kumuh atau pembuangan kumuh; salur ~ salur utk mengalirkan kumuh. kumul ark kumal. kumulatif bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dsb) kerana pertambahan, bertimbun (hasil pertambahan yg berulang kali). perihal atau perbuatan mengumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium

kumulus; awan ~ tompokan awan yg dasarnya rata dan struktur atas yg berkepul-kepul dan berwarna putih. kumur; ubat ~ ubat berupa cecair utk mencuci (mengubati) mulut; berkumur mencuci mulut dgn mengocak-ngocak air di dalamnya: sebelum makan pagi, dia menggosok gigi dan ~. kumus = ~ hitam sj tumbuhan (pokok), damar laut kuning, resak hitam, resak merah, resak tempurung, Shorea ciliata; ~ beruang sj tumbuhan (pokok), bangkal paya, kelat bukit, kelat hitam, membatu hitam (merah), mertas, Ctenolophon parvifolius; ~ merah sj tumbuhan (pokok); a) Shorea ciliata; b) Shorea laevis. kumut ark; berkumut menyeringai. kun Ar jadi; ~ fayakun (firman Allah yg bererti) jadi, maka jadilah (seisi alam); dikunkan ditakdirkan jadi (oleh Allah), sudah ditentukan lebih dahulu (oleh Allah). kunang-kunang sj serangga yg mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip pd perutnya, api-api, kelip-kelip; ~ sekebun sj cincin yg mempunyai satu permata yg dikelilingi intan kecil-kecil; berkunang-kunang 1. berkelip-kelip, berkilau-kilau, berpendarpendar: makin lama, panas itu makin menjalar masuk danau, air menjadi ~ rupanya; 2. seolah-olah melihat cahaya yg berkelip-kelip (kerana pening kepala atau menahan perasaan sedih, dll), berpendarpendar (penglihatan): terasa rekah bumi yg dipijaknya, gelap dunia baginya, ~ pemandangannya; matanya ~ melihat wang sebegitu banyak. kunani ark si ~ ayam kenantan (ayam yg putih seluruh bulunya). kunapa, kunarpa (Sanskrit) ark sl bangkai, mayat.

kunau sj siput (yg boleh dimakan). kunca I 1. ukuran isi bagi padi (biasanya sama dgn 160 gantang): hasil sawahnya seluas kira-kira tiga ekar itu cuma lebih sedikit drpd tiga ~; 2. berkas besar (padi, jerami, dll). kunca II Jw punca (kain). kunca III ark sj bakul kecil. kuncah kunca I. kuncen (kuncén) Jk pemegang kunci (di tempat keramat). kunci I 1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarumnya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan-soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan,

perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (motor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang-piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai persetujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (membongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya;

mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. mengakhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mahu berkata apa-apa), mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya. kunci II; temu ~ sj tumbuhan (herba), dekunci, merkunci, temu kecil, Gastrochilus panduratum (Kaempferia pandurata); ~ fatima sj tumbuhan, pokok pinggang, selusuh fatimah, Labisia pothoina. kuncir ark kucir. kuncit seikat (seberkas) rambut yg berjalin (beranyam) atau tidak yg dibiarkan tumbuh panjang, kucir, tocang. kuncu konco. kuncung Jw jambul, jambak, gombak. kuncup I 1. tidak terbuka lebar (bkn payung dll), tidak mekar atau kembang (bkn bunga); ~ hatinya ki ketakutan; 2. kuntum bunga,

daun muda yg belum terbuka: ~ bunga mawar; 3. ark bp berkulup, belum berkhatan; menguncup 1. menjadi kuncup (tertutup), mengerut, menjadi tidak kembang atau terbuka: daun semalu ~ apabila disentuh; 2. menjadi kecil (pendek, kurang, dsb) sedikit: cecair mengembang dan ~ menurut perubahan suhu; ~ hatinya berasa takut; 3. menyerupai kuncup (kuntum bunga); menguncupkan menjadikan kuncup (tertutup), merapatkan sesuatu yg kembang, mengecilkan: ~ payung; ~ tangan menyatukan (merapatkan) kedua-dua tapak tangan; penguncupan perihal menguncup (menjadi kecil): pengembangan dan ~ yg disebabkan oleh perubahan suhu ini tidak berapa nyata pd pandangan mata kasar kita. kuncup II; menguncup mengucup; kucup I. kuncur 1. sj tumbuhan (rizom), temu kuning, Curcuma zedoaria; 2. = ~ putih sj tumbuhan (pokok), guncak, gunciak, sekincak, Antidesma ghaesembilla. kunda Kl; berkunda-kunda berasak-asak, berjejal-jejal, penuh sesak (orang). kundai sanggul, gelung (rambut); tusuk ~ cucuk sanggul; mengundai membuat kundai, menyanggul (rambut): rambutnya yg hitam keriting berombak-ombak, dikundai bergantung. kundang I = budak ~ sl budak pengiring (raja, orang bangsawan, dll), budak suruhan (raja dll), biduanda, juak-juak: maka baginda pun bangun berangkat bersiram ke taman bunga diiringkan ~-~; berkundang; anak ~ Mn anak yg sangat dikasihi, anak yg dimanjakan;

mengundang Mn selalu membawa bersama-sama (ke mana-mana); kundangan 1. = ~ raja = budak ~ sl budak kundang; 2. Mn anak berkundang. kundang II; kundangan Jk 1. kondangan; 2. undangan; undang I. kundang III = tali ~ pembalut luka pd kemaluan yg baru disunatkan (dikhatankan). kundang IV = kundangan sj tumbuhan (pokok), Bouea macrophylla. kundi Mn sj biji saga yg digunakan utk menimbang emas (beratnya 1/24 mas), kenderi. kunduh sj tumbuhan (pokok), incung, larak, mahang putih, tampu hutan, tampu putih, Macaranga tanaria. kundur = ~ cina = ~ jawa sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran. kung I 1. Kd, Kl kayu (gading-gading) yg melengkung sbg rangka rusuk perahu; 2. Pl tanda pangkat yg berbentuk huruf V dlm tentera atau polis; 3. Kd lingkaran besi tempat tayar melekap, lereng: ~ basikal. kung II bunyi spt bunyi anjing dipukul dll. kung fu seni mempertahankan diri (terutamanya di kalangan orang Cina) yg mengandungi unsur-unsur judo dan karate. kungki sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat lesung dll dan kulitnya dibuat ubat luka), Pometia pinnata. kungkuma kuma-kuma.

kungkur 1. sj tumbuhan (pokok), keredas, medang buaya, medang gati, medang kok, Pithecellobium confertum; 2. sj tumbuhan (pokok), Pithecellobium splendens. kungkuvak (Muz) sj serunai drpd batang padi di Sabah. kuning I warna spt warna kunyit (tembaga dll); demam (sakit) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan tubuh berwarna kuning; nasi ~ nasi kunyit (kuning warnanya); sirih ~ a) daun sirih yg kuning warnanya; b) ki gadis yg elok; ~ air kuning yg keputih-putihan; ~ gading = putih ~ kuning keputih-putihan spt warna gading; ~ langsat putih kuning (tidak putih sangat, bkn kulit dll); ~ pinang masak kuning kemerah-merahan; ~ telur bahagian tengah telur yg kuning warnanya; ~ tua kuning gelap (lwn kuning muda); ~ oleh kunyit, hitam oleh arang prb mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian; menguning 1. menjadi kuning, berwarna kuning; 2. mulai masak (padi): padinya sedang ~ menantikan masa utk dituai; kuningan tembaga kuning; kekuningan 1. keadaan kuning; 2. sl barang-barang berwarna kuning (spt payung dll) tanda kebesaran raja atau orang bangsawan: maka Laksamana mengarak ~, ertinya lampin dan tilam, beras, dan baju bajang, dan pawai burung-burung dibubuh di hujung galah; kekuning-kuningan berwarna agak kuning: tanah liat yg berwarna ~. kuning II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cina, akar kunyitkunyit, Limacia oblongata; bunga akar ~ sj tumbuhan (pokok), akar cempaka kuning, cempaka hutan, Allamanda cathartica; pokok ~ sj

tumbuhan (pokok), antat, kenanga hutan, lidah-lidah, melidah, pacal kuning, Alangium ebenaceum. kuning III; burung ~ sj burung, burung siam, Pycnonotus a. atriceps. kuning IV sj ikan laut, Lutianus spp. kunir Jw kunyit. kunit ark kunyit. kunjung I; berkunjung pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui seseorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo; mengunjungi mendatangi utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi: pelancong-pelancong yg ~ bandar tersebut tertarik dgn keindahannya; lama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung; kunjung-mengunjungi kunjungan hasil saling mengunjungi: atau ~ spt itu ada lawatan: kaitannya dgn tujuan keselamatan; berkunjung mengunjungi, persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu); perkunjungan perihal berkunjung; pengunjung orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong: pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana. kunjung II Mn lekas, segera, mungkin; tak (tidak) ~ tidak lekas (mudah, pernah, mungkin), belum lagi; tak ~ datang tidak segera (mungkin)

datang; tak ~ padam; tidak ~ tiba; tak ~ tidak tentu, pasti; api nan tak ~ padam semangat (azam) yg sentiasa ada (tidak padam-padam). kuno 1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (bahasa lama). kunta sl sj lembing. kuntau C sj silat atau pencak cara Cina; berkuntau bersilat (berpencak) cara Cina. kuntianak Jk puntianak (sj hantu). kuntit Jk; menguntit 1. mengikut (dr belakang), membuntut, mengekor; 2. menurut (kata atau perbuatan orang); menguntiti mengikuti, mengekori. kuntuan C sj kain sutera. kuntul I tidak berekor, togel; ayam ~ ayam togel. kuntul II sj burung bangau yg berbulu putih. kuntul III Br sj perahu kecil utk membawa barang, yg ditunda oleh kerbau (digunakan di sawah). kuntum I 1. bunga yg hampir akan mekar (berkembang), kuncup (bunga); 2. ki gadis dlm belasan tahun; 3. penjodoh bilangan bagi bunga: beberapa ~ bunga;

berkuntum tumbuh (keluar) dlm bentuk kuntum: bunga ~ di dahan; menguntum 1. sbg kuntum, mulai berkembang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; menguntumkan ki memberikan (melemparkan) sesuatu (senyuman): dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; terkuntum mulai berkembang (bunga); kuntuman bentuk-bentuk kuntum: pakaian biru bertaburan dgn ~ bunga-bungaan. kuntum II kudung: jari ~. kuntung tocang (rambut yg panjang beranyam), kucir. kunyah; mengunyah 1. melumatkan (menghancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi sebelum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan; 2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki menyebut (memperkatakan) berulangulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu; mengunyahkan mengunyah utk (orang lain); terkunyah 1. (telah) dikunyah: Milah membiarkan nasi yg masih ada dlm mulutnya ~; 2. mengunyah dgn tidak sengaja;

~ di batu ki buruk nasib, malang, sial; ~ di nasi ki bernasib baik, beruntung, mujur; kunyahan sesuatu yg sudah dikunyah. pengunyahan perbuatan (proses dsb) mengunyah: gigi berfungsi memotong dan menyiat makanan menjadi potongan-potongan kecil utk memudahkan ~. kunyam Mn kempung, caung (pipi). kunyit I = ~ terus = temu ~ sj tumbuhan (rizomnya dijadikan bahan pencelup dan rempah), Curcuma domestica (longa); beras (nasi) ~ beras (nasi) yg kuning warnanya (kerana dibubuh air kunyit); ~ bolai sj tumbuhan (herba), bolai, bongelai, Zingiber cassumunar; ~ jawa sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesum, kesumba keling, Bixa orellana; ~ teras hitam sj tumbuhan (herba), bersih hitam, lampoyang hitam, Zingiber ottergii; bagai ~ dgn kapur prb lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu, dll); kuning oleh ~, hitam oleh arang prb orang yg tidak berpendirian tetap dan dapat dihasut (dipengaruhi) oleh orang lain; tidak resan ~ resan serai prb tidak ada perhubungan keluarga antara dua orang. kunyit II; ~ selayang sj burung, Oriolus chinensis; ~ senja sj burung, Oriolus xanthonotus. kunyit-kunyit I sj ikan laut; a) Lutjanus spp.; b) kuning-kuning, Lutjanus letianus; c) kuning-kuning, remung, Lutjanus lineolatus; d) kuningkuning, tanda, Lutjanus kasmira; e) kuning-kuning, tanda jalur, Lutjanus fulviflamma. kunyit-kunyit II = ~ babi sj tumbuhan (pokok memanjat), Coscinium wallichianum; akar ~ a) sj tumbuhan (akar memanjat) akar cina,

akar kuning, Limacia oblongata, b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kusir, berkunyit, Tiliacora triandra. kunyuk Jk 1. sj kera (monyet); 2. ki orang yg bodoh atau tidak sopan. kuorum bilangan paling kecil (anggota atau ahli) yg mesti hadir bagi membolehkan mesyuarat diadakan secara rasmi dan sah. kuota bilangan maksimum sesuatu yg diperuntukkan, dibenarkan atau ditetapkan, spt kereta yg diimport dan pekerja asing yg boleh dibawa masuk ke sesebuah negara: kerajaan mengenakan ~ ke atas eksport bijih timah; pihak berkuasa Saudi tahun ini mula menetapkan ~ jemaah haji dr setiap negara Islam. kup kudeta. berkupak pecah (peti dll), terbuka (rosak); mengupak memecahkan, merosakkan, mematahkan: ~ kunci pintu; kupakan pecahan, serpihan. kupang I 1. sj mata wang zaman dahulu yg berbeza-beza nilainya (menurut daerahnya); se~ sepuluh sen (di utara Semenanjung Malaysia), 12 sen (di Kelantan), 50 sen (di Pahang dll); se~ tera sepuluh sen; 2. Kd memberi upah (mengupah) utk membuat kerja; 3. sj ukuran berat emas (sama dgn kira-kira 1/16 tahil): apa bicara Seri Nara Diraja, kerana emas pd kita se~ pun tiada?; pitis se~ genap, hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb orang miskin yg tidak berkemampuan hendak berbelanja spt orang kaya. kupang II 1. sj siput, Mytilus spp.; 2. sj siput, Modiola sp. kupak Mn pecah, patah, rosak: pintunya ~;

kupang III; daun ~ sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan utk mengubati penyakit kulit dll), daun kurap, gelenggang, Cassia alata. kupas; mengupas 1. membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek: ~ kelapa; ~ limau; 2. mengkaji dan menghuraikan dgn teliti (karangan, pendapat, persoalan, dll), mengulas, menganalisis: banyak masalah yg dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; 3. = mengupaskan ki menanggalkan (melucutkan) pakaian orang, menelanjangi; mengupaskan 1. mengupas (mengopek) utk; 2. ki menelanjangi; terkupas 1. terkopek (kulitnya), lecet: ~ sedikit kulit lututnya kerana jatuh di jalan raya; 2. sudah dikupas: akan santapan raja China, beras yg sudah ~ itu lima puluh gantang China; kupasan 1. sesuatu yg sudah dikupas, hasil mengupas; 2. huraian ulasan, analisis: ~ buku ini berupa ikhtisar yg agak panjang lebar disertai dgn komentar; pengupasan perihal mengupas, pengulasan, penghuraian; pengupas 1. alat utk mengupas; 2. orang yg mengupas sesuatu spt kulit buah-buahan dsb; 3. orang yg membuat ulasan (spt buku dsb), pengulas, penganalisis. kupat; ~-kapit Jk 1. berkibas-kibas (ekor dll); 2. terkelepai, terkulai dan berbuai-buai. kupel kubah. kupi sj tabung (tempat mengisi ubat bedil dll). kupil; mengupil = ~ jagung menanggalkan biji jagung drpd tongkolnya. kuping I telinga: bunyi mesin taip memekak ~.

kuping II kulit nipis atau selaput yg menjadi keras atau kering pd luka (kudis dll); keropeng, keruping. kuping III; ~ besi sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat sakit perut), hati-hati ketan, tampah besi, tampang besi (merah), tampung besi putih, Callicarpa cana; ~ tikus sj cendawan (boleh dimakan), Auricularia spp. kupir bp tukang menggunting pakaian. kupit Kl 1. bakhil, kedekut, kikir; 2. tidak lebar (tidak cakah), sempit, tirus. kuplet (kuplét) bait puisi yg terdiri drpd dua baris: imej „angin‟ dan „kilat‟ dlm ~ kedua membawa dimensi rohaniah. kupluk sj kopiah. kupoi sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), pupoi, Connaropsis griffithii. kupon 1. kertas kecil bercetak yg memberi seseorang hak utk mendapat potongan harga bagi sesuatu bayaran atau perkhidmatan ataupun dgn percuma: beginilah di Cheko, setiap orang mengunjungi restoran dgn ~ dlm saku; isilah ~ ini utk mendapatkan buku percuma; 2. Id surat kecil yg menunjukkan faedah (bunga) yg diperoleh (dr bon dll); pajak ~ cukai yg dikenakan pd bunga yg diterima. kupronikel (Kim) aloi tahan kakis, mulur (terdiri drpd 70% kuprum, dan 30% nikel) digunakan pd bilah turbin, duit perak, dll. kuprum (Kim) sj unsur logam kemerah-merahan yg boleh ditempa, atau dilentur dan dapat digunakan sbg pengalir elektrik yg baik, tembaga. kupu Ar kufu.

kupu-kupu I sj serangga dgn kepak yg berwarna-warni dan tertutup rapat sewaktu rehat, dan tergolong dlm order Lepidoptera; ~ malam ki perempuan jahat, pelacur. kupu-kupu II 1. sj tumbuhan (pokok renek), bunga perak, Bauhinia acuminata; 2. sj tumbuhan (pokok renek yg kayunya keras dibuat hulu keris dll), Bauhinia tomentosa. kupuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cuis, akar kayu manis, akar tebu gajah, Acacia pennata. kupur; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg akar dan daunnya dibuat ubat); a) asam susuh, lidah kucing, Rubus alceifolius; b) akar balik adap, akar bulan madu, akar duri berumbet, Rubus glomeratus; c) duri berumbet, tampu rengat, Rubus moluccanus. kur 1. bunyi burung tekukur; 2. sr kata utk memanggil ayam. kura limpa. kurai urat atau garis-garis pd kayu (batu marmar dll), corak (gambar, barik-barik) pd bilah keris dll yg berpamor; berkurai berurat atau berbarik-barik (kayu bilah keris dll): disisipkan pula keris yg bernama cerita, lok sembilan belas, ~ pamor ular lidi menyeberang tasik. kura-kura 1. sj binatang reptilia dlm keluarga yg mempunyai kulit yg keras di belakangnya dan dapat hidup di air dan di darat; jenis-jenis: ~ bukit = ~ duri, Heosemys spinosa; ~ daun, Cyclemys dentata; ~ gergasi, Geochelone gigantea; ~ katup = ~ padi, Cuora ambionensis; ~ paya, Siebenrockeilla crassicolis; 2. = kekura sesuatu yg menyerupai binatang kura-kura; kunci ~ kunci gantung; ~ jendela bingkai jendela; ~ kaki bahagian kaki yg melengkung di

antara buku lali dan jari, punggung kaki; ~ tangan bahagian tangan yg kebalikan tapak tangan, punggung tangan; ~ dlm perahu prb perbuatan yg bodoh; ~ pandai kerebat kayu = spt ~ hendak memanjat pohon kayu prb orang yg hendak melakukan sesuatu yg mustahil dapat dilakukannya. kurambit kerambit. kuran sj tumbuhan (pokok), asam keranji, keranji burung (padi), Dialium indum. kurang 1. tidak atau belum sampai kpd angka (ukuran, takat, dll) yg tertentu, tidak atau belum cukup (genap, lengkap, sampai, tepat, dll): tidak dapat dibayarnya harga tersebut kerana wangnya ~; sudah pun disusun rancangan mengirim pekerja-pekerja ke tempattempat yg ~ tenaga buruhnya; 2. utk menyatakan bilangan atau banyaknya yg belum cukup utk mencapai jumlah genap yg tertentu, tersedikit sebanyak (satu, dua, dll) utk menjadi atau mencapai (sesuatu jumlah dsb): ~ dua seratus dua lagi cukup atau genap seratus; ~ dua tahil empat kati dua tahil lagi menjadi empat kati; 3. lebih rendah atau sedikit drpd sesuatu apabila diperbandingkan: banyaknya hasil padi tahun ini ~ drpd hasil tahun lepas; nilai barang-barang yg diimport ~ drpd yg dieksport; bertambah ~ menjadi makin kurang (drpd keadaan sebelumnya); 4. tidak berapa (baik, maju, sihat, dll), tidak begitu; ~ maju tidak berapa maju; ~ manis a) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar; b) tidak berapa manis atau tertib (bkn tingkah laku dsb), kurang sopan; ~ mengerti; ~ pasti; ~ percaya; 5. tidak sempurna (terdapat kelemahan dsb), cacat, cela: cerpen itu tidak dapat disiarkan kerana banyak ~nya; 6. Id ditolak, diambil: lima ~ satu

tinggal empat; ~ adat tidak sopan; ~ ajar tidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya; ~ akal a) bodoh; b) agak gila; ~ asam bp kurang ajar; ~ bahasa tidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya; ~ beres a) tidak berapa beres; b) agak gila sedikit; ~ darah penyakit atau keadaan tubuh yg lemah disebabkan tidak cukup darah dlm tubuh; ~ fikir tidak difikirkan (dikaji) betul-betul; ~ hati tidak berminat; ~ ingat a) tidak berapa ingat; b) kurang hati-hati, kurang berjaga-jaga; ~ jadi tidak berapa banyak atau memuaskan buahnya atau hasilnya (bkn pokok buah-buahan, padi, dll); ~ jantan pengecut, penakut; ~ lebih = lebih ~ kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); ~ makan (minum, tidur, dsb) tidak cukup makan (minum, tidur, dsb); ~ periksa tidak tahu (sesuatu perkara, keadaan, dsb); ~ sara Kl agak gila sedikit; ~ tenaga a) tidak mempunyai tenaga atau kekuatan; b) tidak cukup pekerja; ~ terima (penerimaan) tidak berapa menyambut baik (tidak berterima kasih), tidak senang; ~ umur belum cukup umur, belum mencapai umur yg ditentukan (utk sesuatu); ~ kerat, rengkuh yg lebih prb usaha tiada seberapa, hanya cakap yg lebih; ~ tambah-menambah, senteng bilai-membilai prb sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan bersama-sama (dgn bergotongroyong) supaya sempurna; kurang-kurang 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; sekurang-kurangnya 1. paling kurang, yg tersedikit, serendahrendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini

memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga; 2. setidaktidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi; berkurang menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat; mengurang menjadi kurang (susut); mengurangi menjadikan berkurang (kerapnya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti; mengurangkan 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; terkurang kurang banyak (kuat, lama, dll) drpd, tersedikit drpd: daya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit drpd tarikan bumi di Honolulu, Hawai; sel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya drpd sel-sel darah merah; kekurangan 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segalagalanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan sematamata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap

(tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novelnovel Melayu; kekurang...an perihal (keadaan) kurang ...: kekurangajaran, kekurangsenangan: berkekurangan mempunyai kekurangan: hidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga; perkurangan perihal berkurang; pengurangan perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan:~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman; pengurang Id bilangan (angka) utk mengurangi. kurap I penyakit kulit berjangkit yg berupa tompok-tompok merah dan bulat dan gatal; ~ anjing kurap yg terdapat pd anjing; berkurap 1. mendapat (menghidap) penyakit kurap; 2. ki cacat, buruk. kurap II; daun ~ sj tumbuhan (herba), gelenggang, ketepeng, Cassia alata. kuras I helaian kertas yg digunakan dlm percetakan buku dan dilipat-lipat serta dikerat menjadi beberapa muka. kuras II Jw; menguras membasuh (kolah dll), mencuci (parit dll) dgn mengalirkan air; pengurasan perihal menguras. kuras III sj tumbuhan (pokok), kapur, keladan, penak pasir, Dryobalanops oblongifolia.

kurasani kersani. kuratif mempunyai daya (kemampuan) utk menyembuhkan (penyakit dsb), dapat atau menolong menyembuhkan (mengubati). kurator 1. pengurus (pemegang amanah) harta benda orang dll yg muflis (jatuh bankrap); 2. anggota jawatankuasa pengelola (universiti dll); 3. pengurus atau penyelenggara muzium: ~ Muzium Negara. kurau I sj ikan laut, Polynemus spp.; ~ janggut sj ikan laut, senangin, Eleutheronema tetradactylus; ~ pipih sj ikan laut, Polynemus sextarius. kurau II sj tumbuhan (pokok), berumbung, merumbung, riuh, tabah, tentulang, tulang, Timonius pendicularis. kurau III Kl; mengurau menconteng (dgn kapur dll), menggaris. kurawal tanda kurungan (kandungan), { }. kurbal pengumpil, alabangka. kurcaci 1. sj orang halus; 2. ki (orang yg) suka mengacau (mengganggu); 3. Id pandu puteri (kecil). kurenah (kurénah) Mn perangai; kerenah. kuret (kurét) (Ubat) sj alat pembedahan seakan-akan sudu kecil yg digunakan utk mengikis tisu atau sel mati, ketumbuhan dsb dr rongga tubuh. kuria 1. daerah, kampung yg menjadi asal bagi kampung lain, induk kampung; 2. (daerah) persekutuan pemeluk agama Kristian Protestan (di tanah Batak dll). kurik bintik-bintik, rintik-rintik; berkurik mempunyai bintik-bintik, berintik-rintik; ayam ~ ayam yg bulunya berbintik-bintik.

kurikulum skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dll, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dll. kurio barang kecil yg aneh dan jarang-jarang ditemui, biasanya mempunyai nilai bagi pengumpul barang antik atau aneh. kuripal sj tumbuhan (pokok), durian daun, durian hutan, Durio oxleyanus. kuripan ark; kapur ~ kapur yg kering. kurir utusan atau orang suruhan yg menyampaikan berita dll dgn cepat. kuririk Mn sj cengkerik. kuris ark 1. gores; 2. kudis. kurium sj unsur logam yg radioaktif. kurkum, kurkuma ark kunyit. kurkun kerkum. kurma I sj tumbuhan (palma) yg buahnya manis dan boleh dimakan, Phoenix dactylifera. kurma II = gulai ~ sj gulai yg dibuat drpd campuran rempah dan daging. kurnia 1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda; mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian; mengurniakan menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd

manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu; kurniaan anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; pengurniaan perihal atau perbuatan mengurniakan: upacara ~ bintang-bintang kehormatan; pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hambaNya. kurrat Ar cahaya. kursani kersani. kursemangat 1. kembalilah semangat (seruan utk menghilangkan rasa takut pd budak yg terperanjat dll); 2. sr kata utk melahirkan perasaan hairan (terkejut, sayang, dll): ~, banyaknya!; kalau dilonggokkan orang sekarung intan sekalipun, ~, takkan kakak samakan dgn sayang kakak ini! kursi 1. jawatan profesor di universiti: suatu ~ pengajian komunikasi di UKM akan diwujudkan utk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan para wartawan dan pengamal media; Ketua Menteri Sarawak telah melancarkan K~ Kajian Dayak di Universiti Malaysia Sarawak; 2. Id kerusi. kursif IB = tulisan ~ tulisan yg huruf-hurufnya berangkai (bersambung) antara satu dgn lain, tulisan sambung (bersambung). kursor (Komp) aksara yg digunakan sbg penanda kedudukan semasa pd tabir paparan komputer (biasanya aksara bongkah berkelip-kelip).

kursus pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran; ~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg berkaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkaraperkara (selok-belok) politik; berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; dikursus bp diajar; dikursuskan bp diajarkan. kuruh Br bunyi nafas orang yg berdengkur. kurun jangka waktu seratus tahun, abad: orang Eropah mula sampai ke Melaka hampir lima ~ yg lampau; ~ Masihi kurun yg mula dihitung sesudah lahirnya Nabi Isa; ~ yg kesembilan belas jangka waktu dr tahun 1801 hingga tahun 1900; berkurun-kurun beratus-ratus tahun, berabad-abad: adat yg sudah ~ dianuti tidak mudah dapat dihapuskan.

kurung I 1. = kurungan sj kandang atau sangkar: Raden ini sedang membuat kurungan utk binatang-binatang; 2. = kurungan penjara, bilik (tempat) orang salah ditahan: dia lebih lagi berdukacita sekarang, duduk di dlm kurungan di penjara itu; 3. = tanda ~ = (tanda) kurungan tanda dlm tulisan yg berupa keluk atau garis melengkung dll utk melingkungi (mengasingkan) perkataan atau nombor yg tertentu: dua kali jumlah x dgn y boleh ditulis dgn menggunakan kurungan menjadi 2(x + y); 4. ruang yg berdinding, bilik (dlm perahu): mereka dibawa berjumpa nakhoda dlm ~ di haluan kapal; ~ bajau = ~ beranda sj bilik dlm kapal; ~ batang Jk usungan mayat; ~ kelengkeng, ~ laut, ~ tengah beberapa bahagian (ruang) pd sj alat menangkap ikan; berkurung 1. tinggal (berada) di dlm rumah atau di bilik sahaja, berpingit (di rumah): dia ~ sahaja di bilik tidurnya semenjak petang tadi; perintah ~ perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu; 2. memakai (berada dlm) tanda kurung (bkn perkataan, nombor, dll): kata yg ~ itu lebih baik dibuang sahaja; 3. Br dibendung, diempang (air); mengurung 1. menahan atau memasukkan ke dlm penjara dll, membiarkan atau menyuruh tinggal di rumah sahaja (tidak membenarkan keluar): beberapa tahun mereka ~ dan menyeksanya dlm penjara; orang tua-tua yg sering kali ~ anak gadis mereka; 2. mengepung (mengelilingi) musuh dll utk menawannya (menyerangnya dll); 3. menulis (meletakkan) dlm tanda kurung

(perkataan, nombor, dll); 4. Br membendung atau mengempang (air); terkurung terpenjara, terkongkong (dlm rumah dll), tertutup (terlengkung) dlm ruang dll, terkepung: gadis pemalu yg ~ dlm rumah sepanjang hari; paru-paru ~ di dlm suatu tempat yg tidak dapat ditembusi oleh udara; pengetahuannya atau pemikirannya; kurungan 1. kandang (kambing dll), sangkar (ayam dll); 2. bilik tempat menahan orang salah, penjara; 3. pagar yg melingkungi; 4. tanda kurung; pengurungan perihal atau perbuatan mengurung. kurung II; baju ~ sj baju (pakaian) tradisional orang Melayu (dipakai oleh wanita), bertebuk bulat di leher dgn sedikit bukaan di bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan: dia kelihatan ayu dgn ~ merah jambu itu. kurus 1. kurang berdaging (tubuh dll), tidak gemuk atau gempal: kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya menjadi semakin ~; ~ kekek Kl terlalu kurus; ~ kering terlalu kurus; ~ kesin Kd kurus kering; 2. tidak subur (tanah): tanah negeri itu sangat ~; memperlihatkan ~ tidak berbaju prb mendedahkan kemiskinan kita kpd orang; mengurus menjadi kurus, merana; menguruskan menyebabkan kurus, membuat supaya kurus: kurang makan dan tidur boleh ~ badan; kekurusan 1. perihal kurus; 2. sangat kurus. kuruyuk Jk berkokok (ayam). kus bunyi kucing (spt bunyi mendengus); dekus. ~ fahamnya sempit (picik)

kusa sj tongkat yg berhujungkan kait besi (utk mengendalikan gajah), angkus, angkusa: maka Raja pun naik di kepala gajah memegang ~ emas; mengusa mengendalikan (mengawal) gajah dgn kusa. kusa-kusa; rumput ~ sj tumbuhan (rumput yg dijadikan makanan ternakan), Echinochola colona. kusal; mengusal menggosok-gosok dgn menggolek-golekkan benda yg bulat (spt menggolek-golekkan tembakau yg bulat di mulut), menggolek-golekkan sesuatu di antara kedua-dua tapak tangan (utk menjadikannya bulat). kusam pudar (tidak berkilat atau bercahaya), tidak berseri-seri (muka), suram, muram: semua bintang itu ~ dan kumal; perempuan muda itu pun tersenyum dan warna mukanya yg ~ itu jadi berseri-seri pula; pucat ~ pucat lesi, sangat pucat; kekusaman keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuraman: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~. kusambi kesambi. kusat; ~-mesat sangat kusut; kusut I. kusatom molekul. kusau; kusut-~ sangat kusut (rambut); berkusau, berkusau-kusau kusut (rambut), tidak bersikat dgn rapi (rambut): segumpal rambutnya berkusau-kusau di keningnya dan sehelai-helai terjuntai bergantung ke pipinya yg kusam. kusi; pinang ~ pinang yg tua dan kering, pinang kotai. kusik Mn; berkusik bergerak (berkisar) sedikit. kusin; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kunyit-kunyit, berkunyit, Tiliacora triandra.

kusir pemandu (kereta, beca, dll), sais: kereta kuda itu dihentikan oleh ~nya. kusta = penyakit ~ sj penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. kusti; berkusti sl bergusti, bergomol. kusu I; berkusu-kusu berduyun-duyun, berekor-ekor dgn berkelompokkelompok (spt penonton yg keluar beramai-ramai dr panggung wayang), berpusu-pusu: jamuan sudah habis dan tetamu turun ~ dr rumah itu pulang ke rumah masing-masing. kusu II ark; berkusu-kusu berbisik-bisik. kusu-kusu sj tumbuhan (rumput), akar wangi, naga (nara) setu, rumput wangi, Vetiveria zizanioides. kusuk Mn; daun ~ sj daun yg digosokkan pd badan ketika mandi; berkusuk menggosok badan dgn daun ketika mandi; mengusuk menggosok. kusum sj tumbuhan (pokok renek), cerek jantan, embalau (padang), hempedu beruang, serajat, sisik manik, Brucea amarissima (sumatrana); rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput cicih (minyak), rumput duduk, Daemonorhops calicarpus. kusut I = berkusut 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan

berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb persengketaan hendaklah diselesaikan (didamaikan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna pekerjaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. kusut II Mn; mengusut menyiasat dgn teliti; usut II. kusyen sj bantal atau tilam kecil yg digunakan sbg alas kerusi dll: semua kerusi di bilik itu mempunyai ~ dan tempat bersandar; berkusyen memakai atau dibubuh kusyen, ada kusyennya: duduk di kerusi empuk ~. KUSZA akronim bagi Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin. kut Kd, Pn, Pl agaknya, barangkali, kalau-kalau: dia tak datang ~. kutaha ark sl agaknya, rasanya, konon, -kah, -tah.

kutak Mn; mengutak menggoncang dgn kuat; mengutak-ngatikkan, memperkutak-katikkan 1. mengharubirukan, memporak-perandakan (negeri dll); 2. membuat sesuka hati terhadap orang lain, mempermainkan: dia berasa dirinya sudah cukup kaya dan sudah dapat ~ isi kampungnya; betapa rakyat diperkutak-katikkan spt anak lembu; kotak-katik. kutang = baju ~ 1. baju dalam perempuan (utk menutup susu), anak baju, coli; 2. sj baju yg tidak berlengan atau pendek lengannya. kutat Jk; ~-kutet sibuk atau asyik memikirkan beberapa perkara atau masalah. kuteri ark bilik tidur di kapal. kutet I Jk; berkutetan tidak mudah menyerah (mengaku kalah, berputus harap, dll), giat berusaha supaya berjaya dll. kutet II; kutat-~; kutat. kuti I; kuti-kuti ark suka menegur (mengkritik) perkara-perkara kecil; kutik. kuti II Mn; menguti mencarik (mengoyak) kecil-kecil. kutik; berkutik bergerak sedikit-sedikit: ia terbaring, tubuhnya kaku, tidak ~ sedikit pun; mengutik-ngutik 1. menyentuh-nyentuh (menggerak-gerakkan, mengusik-usik) dgn jari dll; 2. menyebut-nyebut atau mengambil tahu (sesuatu perkara, hal orang, dll), suka mengkritik (kesalahan orang dll); gutik. kutikel (Bio) kulit ari. kutil sj jerawat atau bintil kecil pd kulit; sekutil seketil, sangat sedikit;

mengutil mengetil, mengotes, mengunggis, menggigit sedikitsedikit. kutilang sj burung; ketilang. kuting ark; berkuting-kuting selalu menurut (tidak membantah). kutip; mengutip 1. memungut benda kecil-kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji): ~ buah yg telah gugur; setiap pagi mereka ~ sampah sarap di keliling kawasan sekolah; 2. memetik (berita dll), mengambil (mencabut) perkataan-perkataan atau ayat-ayat (drpd sesuatu karangan, ucapan, dll): Clarita telah ~ beberapa potongan pidato Mussolini dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah; 3. mengumpulkan sesuatu dgn mengambil drpd berbagai-bagai sumber: ~ maklumat yg lengkap; ~ derma; kutipan 1. pungutan (derma dll): wang ~; 2. petikan (karangan, cerita, dll): ~ beberapa fasal drpd undang-undang hukum pidana; pengutipan perihal (perbuatan dsb) mengutip; pengutip orang yg mengutip, pemungut: ~ derma. kutir Kl; mengutir mengutil, mengetil, mencubit. kutis; mengutis mencubit (kuih dll) sedikit-sedikit, mengopek sedikitsedikit dgn kuku (kuping kudis dll). kutlet (kutlét) potongan daging atau ikan yg biasanya dimasak dgn cara memanggang atau menggorengnya. kutu I sj binatang halus (yg terdapat pd rambut manusia, bulu binatang, dll); jenis-jenis: ~ anjing, ~ babi, ~ daun, ~ kepala, dll; ~ air sj penyakit yg menyebabkan jari kaki gatal-gatal; ~ embun orang yg suka merayau-rayau dgn tidak menentu pd malam hari; ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan dgn tidak menentu; ~ rayau orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak

mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan; sudah mati ~ bp sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu; (bagai) mencari ~ dlm ijuk prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; di mana ~ makan kalau tidak di kepala prb sudah menjadi adat, anak bergantung pd ayah dan yg miskin pd yg kaya; ibarat ~ boleh diselisik prb sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga; pantang ~ dicukur, pantang manusia dihina prb tidak ada orang yg mahu dihina; berkutu 1. mempunyai kutu: rambutnya ~; 2. = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyebak-nyebak rambut): lihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dgn segala dayang; berkutu-kutuan saling menyelisik kepala (utk mencari kutu); mengutui mencari kutu (di kepala dll). kutu II 1. ark sj perkumpulan perniagaan; 2. sj usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan giliran orang yg mendapatnya dgn cara mengundi, sinoman, arisan; berkutu berkumpul, bersyarikat, bersekutu; sekutu. kutub I 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan, arus

dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. kutub II; burung ~ sj burung, burung tanau, Megalaima zeylanicus hodgsoni. kutubkhanah bangunan (bilik dll) tempat menyimpan buku dll utk bacaan umum, perpustakaan. kutuk I 1. perkataan (sumpah) yg mendatangkan kecelakaan, laknat: tidak guna hidup kena ~ orang sahaja; 2. = terkutuk ditimpa laknat, dilaknati, celaka, keji: ia bertaubat tidak mahu melakukan perbuatan ~ itu lagi; ke hilir kena ~ sultan, ke mudik kena ~ raja prb kalau melanggar perjanjian atau keputusan yg telah dibuat, akan mendapat akibat buruknya; mengutuk 1. menyumpah, melaknat: perbuatan ini buruk padahnya, celaka akhirnya, berdosa besar, dikutuk Tuhan; 2. mengatakan atau menganggap keji (buruk, salah, dll), menistai: Kamallah yg harus dipersalahkan, harus dikutuk dan dihukum;

Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat keputusan ~ pencerobohan ke atas negeri tersebut; terkutuk (yg) dikutuk, dilaknat, keji (hina, cela, dll): perbuatan yg ~; kutukan sumpah (makian, cerca, nista), laknat (dr Tuhan): kalau saya memungkiri janji saya, maka saya akan menerima ~ Tuhan; keterkutukan keadaan terkutuk; pengutukan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mengutuk (mengeji, mencela, dll): Parti Komunis Indonesia telah membuat satu ~ hebat terhadap kerajaan Sukarno dan pemimpin-pemimpin tenteranya; pengutuk pihak atau orang yg mengutuk. kutuk II sukatan beras yg sama (banyaknya) dgn empat genggam; se~ beras basah prb tidak ada faedahnya. kutur Tr sj burung bangau. kuud Ar duduk. kuwuk Jk; kucing ~ kucing yg besar yg makan anak ayam dll. kuwung pelangi. kuya I keria I. kuya II (Sunda) sj kura-kura kecil, baning. kuyu 1. tidak berseri, muram, suram (muka); 2. = mata ~ tertutup sedikit, hampir-hampir pejam (mata): matanya yg tadi ~ dan mengantuk kini cerah semula; 3. = hati ~ sedih, dukacita, sayu; 4. Mn penakut, pengecut; kekuyuan menjadi kuyu: matanya ~. kuyuh Mn kencing; menguyuhi mengencingi. kuyuk ark (kata utk memanggil) anjing.

kuyung sj tumbuhan (pokok), Shorea eximia. kuyup = basah ~ basah sama sekali, sangat basah: basah ~ kena h ujan. kw kep kilowatt. Kwijau suku kaum peribumi Sabah dlm rumpun kaum Kadazan Du sun, yg kebanyakannya tinggal di daerah Bingkor, ApinApin dan Keningau, dan kegiatan utama ialah bertani. kwj kep kilowatt-jam. Kwongsai suku kaum Cina yg berasal dr daerah Kwangsi, selatan China, dan tinggal di merata tempat di dunia. KWSP kep Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->