You are on page 1of 59

BMM 3106

Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

KULIAH 1
Pendidikan Pemulihan Konsep, Objektif, dan Rasional Pendidikan Pemulihan Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Jenis Pendidikan Pemulihan Ciri Murid Pemulihan

Konsep, Objektif, dan Rasional Pendidikan Pemulihan  Program Pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.  Merupakan aktiviti P&P yang disediakan bagi membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran.  Biasanya murid tersebut digelar murid-murid lambat kerana gagal menguasai sesuatu kemahiran dalam masa yang ditentukan. Jika murid lambat masih gagal, mereka akan dihantar ke kelas pemulihan khas.

Konsep: - satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR - ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira - dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah

i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa

iii) Pringle (1966) pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

iv) Albertwhite (1977) pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi .

Tansley(1967) : ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975): ..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid- murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984): ...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

Bahagian Sekolah-sekolah, KPM(1986): ...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini .

Rasional
Murid terlalu ramai Murid berbeza dari segi kebolehan dan minat Murid yang lemah akan ketinggalan Murid lemah memerlukan bimbingan guru dan tunjuk ajar guru Murid yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya rendah keyakinan diri. Pendidikan pemulihan membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran dan keyakinan diri Murid-murid lambat kurang motivasi untuk datang ke sekolah Pendidikan pemulihan dapat mengurangkan keciciran dalam kalangan murid-murid lambat

Objektif
1. Menguasai kemahiran tertentu dengan kaedah, bahan pengajaran serta aktiviti alternatif dengan kebolehan murid 2. Menerima layanan individu mengikut kadar perkembangan mental 3. Mengatasi masalah akademik yang dihadapi mereka 4. Memperkembangkan potensi dan bakat mereka 5. Menyertai aktiviti sosial di dalam dan luar bilik darjah 6. Membina sikap keyakinan diri 7. Menerus pembelajaran dalam sistem persekolahan biasa

8. Menerima bahan pembelajaran yang lebih bermakna 9. Menikmati pengalaman berjaya di alam persekolahan 10. Membina perhubungan yang sihat dengan guru dan rakan sekelas

Pendidikan Imbuhan
Pendidikan imbuhan & pendidikan pemulihan saling berkaitan Pendk imbuhan mengambil kira faktor di dalam dan luar sekolah Skop pendidikan imbuhan sangat luas meliputi pendidikan, sosioekonomi dan politik Wujud disebabkan keadaan sosioekonomi yang tidak sama Ditujukan kepada keluarga miskin dan serba kekurangan Bertujuan mencegah dari awal

Strategi pendidikan Imbuhan 1. Mengubah persepsi keluarga agar lebih mementingkan pendidikan- Ibu bapa lebih bersedia menghantar anak ke sekolah termasuk pra dan tadika 2. Mengubah sikap individu dalam komuniti dgn melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Ch PIBG 3. Mengubah alam sekitar sekolah iaitu dengan cara memperkenalkan strategi P&P yg lebih bermakna dan berkesan

Perbezaan Pendidikan Pemulihan & Imbuhan


Pendidikan Pemulihan Pendidikan Imbuhan

1. Mengatasi kelemahan penguasaan 3M -Menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik bagi golongan miskin 2. Ditujukan kepada kanak-kanak lambat -Ditujukan kepada kanak-kanak serba tanpa mengira taraf sosioekonomi kekurangan, khasnya yang bertaraf sosioekonomi yang rendah - Tiada penekanan khas pada mana-mana 3. Penekanan pada penggunaan kemahiran 3M mata pelajaran - Penekanan pada faktor pedagogi, 4. Penekanan faktor pedagogi sosioekonomi & politik -Ditujukan kepada murid luar bandar -Mencakupi strategi p&P, pendidikan ibu 5. Ditujukan kepada semua murid bapa, pengubahan sikap anggota komuniti 6. Terhad kepada aktiviti P&P -Semua kanak-kanak peringkat tadikan . Ibu bapa dididik pentingkan pendidikan 7. Semua murid dari sekolah rendah dan menengah akan menikmati

Jenis-jenis Pendidikan Pemulihan


1. Pemulihan Dalam Kelas Pemulihan KBSR - dalam kelas biasa - bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari 2. KIA2M - oleh BPK - bantu murid th 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) - dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di bebas kan - gagal Ujian Pelepasan 3 masuk ke kelas Pemulihan Khas pd th berikutnya 3. PROTIM Program Pemulihan 3M - Membantu murid th 6 menguasai 3M - Dilaksana selepas menduduki UPSR 4. LINUS (Literasi & Numerasi) Program pemulihan menggantikan KIA 2M Untuk murid tahun 1-3 5. Pemulihan Khas Dijalankan dalam kelas khas yang terdiri daripada semua murid pemulihan Guru dilatih khas

Ciri-ciri murid pemulihan


CIRI-CIRI PELAJAR YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN (SLOW LEARNERS)

Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan, ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah. Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja

Ciri-ciri murid Pemulihan


Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang untuk keperluan semasa. Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan Lemah daya ingatan Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif, Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku

Pemulihan Khas
Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih . Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Objektif Program Pemulihan Khas 1. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahanbahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka; 2. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain; 3. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin; 4. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa; 5. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap

6. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran; 7. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan 8. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas i. Luar Negara - US berkembang pesat selepas termaktub PL 94-142 - UK selepas Laporan Warnock ii. Dalam Negara - bermula 1965 3 guru dapat latihan dr England - 1968 - 9 guru lagi dihantar berkursus -Projek Khas Universiti Malaya - Pendidikan Imbuhan dpt sumbangan dr Yayasan Van de Leer Belanda - Latihan Guru: sbg kursus dalam perkhidmatan - Penuh Masa atau dalam cuti dr 2 hari hingga 1 tahun (KSPK) - Mulai 2001 ditawar sbg pengkhususan utk KDPM sepenuh masa (3 th)

- 2007 KPM memberikan perhatian serius

2.2 Pemulihan Khas Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) -murid yang dikenalpasti - ke kelas pemulihan pd waktu tertentu utk BM dan Matematik - dihantar balik ke kas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan Kelas Khas -murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa - dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap preatasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M 3. MURID PEMULIHAN KHAS Hz/Pemulihan Khas/IPIS

CIRI-CIRI PELAJAR LEMBAM/PEMULIHAN

ASPEK TINGKAHLAKU
agresif degil melawan arahan Timid (malu, segan, penakut) kemurungan cerewet terlalu nakal sangat aktif (tidak boleh duduk diam)

kerap mengganggu rakan bossy Laku musnah harta benda sendiri atau orang lain buat perangai aneh untuk perhatian talkative pendiam (introvert) suka berbohong mudah lupa

cara penampilan kearah penyelewengan tingkahlaku (mild) tiada kemahiran sosial biadab pemalu dreaming mengantuk sensitive/mudah menangis kerap menggigit kuku

sentiasa hendak ke tandas gelisah buat tak kisah terlalu banyak bertanya atau takut bertanya intim dengan seseorang ada mannerism yang aneh dan sentiasa dilakukan bed-wetting pengotor klyptomania

Aspek motor halus:


kekok menulis sukar menulis dengan sempurna / tulisan buruk Kidal tidak mahir mengikat tali kasut

Aspek pengamatan
masalah visual discrimination low vision Astigmatism masalah listening skill tuna pendengaran (mild) (27 40 dB) Attention-deficit disorder (ADD)

Aspek artikulasi:
Gagap telo/pelat sengau speech impairment (dysphasia)

Aspek bahasa:
anematopia (word inventori terhad) aphasia (sukar memahami percakapan/ masalah berkomunikasi) sukar memahami konsep alexia (word blindness) masalah membatangkan sukukata kod bahasa terhad (RLC >< ELC)

Lain-lain:
ciri-ciri dyslexia (was >< saw) mirror writing usia kronologi dan pematangan awal remaja tidak seimbang tindakan ransangan yang lemah kecacatan otak minimum sejarah prenatal stage, perinatal stage dan postnatal stage faktor baka (hanya 1% - Erikson 63)

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB PELAJAR LEMBAB ( SLOW LEARNER )

1) FAKTOR DIRI PELAJAR


1.1

Sikap Pelajar

 Tiada pendedahan peringkat pra-sekolah/tadika dan asas pembelajaran tidak kukuh dan berkesinambungan menyebabkan masalah timbul di sekolah menengah.  Tidak bersedia terima pembelajaran menyebabkan pelajar  Menunjukkan reaksi seperti : malas, banyak bermain, ponteng, kurang disiplin, degil, tidak bertanggungjawab, tidak fokus, tidak ambil peduli, tidak bersemangat, tiada kesungguhan dan tiada keyakinan diri.

FAKTOR DIRI PELAJAR


1.2 Masalah Fizikal / Kesihatan  Kekerapan ponteng akibat pelbagai penyakit dihidapi pelajar menjadikan mereka tidak fokus terhadap pelajaran.  Fizikal tidak bermaya / bertenaga menyebabkan mental lemah sekaligus pencapaian akademik menurun/ terganggu.  Kesan utama : keciciran dalam pelajaran

FAKTOR DIRI PELAJAR


1.3

Masalah Perkembangan Kognitif

Berkait rapat dengan kurang kecerdasan dan masalah mental. Menjadikan pelajar lambat berfikir,cepat lupa,sukar memahami sesuatu,lemah pengamatan dsb. Punca masalah mental : baka, kelahiran tidak normal,kecederaan otak dan kurang makanan berzat. Penyelesaian : diserap ke kelas pemulihan jika mengalami mental ringan.

FAKTOR DIRI PELAJAR


1.4

Masalah Psikologi

 Berkait rapat dengan masalah kejiwaan/emosi.  Punca : masalah pembelajaran, peribadi, mental dan fizikal.  Kesan : timbul perasaan takut,benci,diam,malu,tidak yakin,rendah diri dsbnya.  Penyelesaian : Guru bertanggungjawab mengesan dan berusaha membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran dihadapi pelajar.

2) FAKTOR KELUARGA
2.1

Latar Belakang Sosio Ekonomi


Ibubapa kurang mementingkan pendidikan anak. Terutama ibubapa yang berpendidikan rendah. Memenuhi tuntutan keperluan keluarga melebihi kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak. Kesan emosi : anak tidak menerima sokongan padu untuk belajar. Faktor tambahan : kurang makanan berzat dirumah menyebabkan mental lemah dan tiada tumpuan belajar. Pelajar sebagai pembantu keluarga berkecenderungan untuk melupakan alam persekolahan seketika. Kesimpulan : Baka lemah memberi kesan kepada mental pelajar untuk menguasai 3M sekaligus dikategori sebagai pelajar pemulihan.

FAKTOR KELUARGA
2.2 Emosi dan Moral Keluarga  Disebabkan faktor ibubapa di rumah.  Senario seperti takut,bimbang,kerap berbalah,kasar,garang,dominan,mengongkong,memanjak an anak MEMBERI KESAN kepada emosi dan sosial anak tidak berkembang dan kurang yakin diri untuk menempuh alam persekolahan.  Kesan jangka panjang : perkembangan ego anal lemah, malas berusaha, terlalu bergantung dan AKHIRNYA malas dan lembap.

3) FAKTOR PERSEKITARAN
3.1 Lokasi Tempat Tinggal  Pelajar berasal dari kejiranan kurang baik cenderung untuk di kategori pelajar pemulihan  Pergaulan yang tidak sihat ditambah tiada role model di kalangan keluarga atau jiran menjadikan pelajar tidak minat belajar ataupun kurang tumpuan dalam pelajaran. ( Pergaulan sebegini tidak membantu untuk proses pembelajaran pelajar ! )  Suasana di rumah sempit dengan bilangan ahli keluarga ramai menyumbang kepada masalah komunikasi dan tingkahlaku.

4) FAKTOR SEKOLAH
4.1

GURU

 Kaedah mengajar tidak sesuai dengan aras menjadikan pelajar ketinggalan  Guru kurang pendedahan mengenai perlaksanaan pendidikan pemulihan.  Tekanan menghabiskan sukatan menyebabkan pelajar lemah ketinggalan manakala pelajar baik terus cemerlang.

Sambungan


   

Bilangan di dalam kelas ramai menyukarkan guru menumpu kepada pelajar lemah melahirkan pelajar yang gagal menguasai 3M. Pelajar di cop guru sebagai bodoh dan lembam menjadikan mereka rendah diri dan enggan belajar. BBM kurang menarik minat pelajar. Kaedah talk & chalk membosankan pelajar. Pelajar pemulihan yang ramai menyebabkan p&p secara individu / kumpulan sukar dijalankan.

Sambungan .
4.2 Pentadbiran Sekolah  Pentadbir tidak membantu pelajar lemah SEBALIKNYA memberi lebih tumpuan kepada yang berprestasi baik sahaja.  Tidak berminat mengumumkan bilangan pelajar yang gagal menguasai 3M tetapi mengutamakan bilangan pelajar yang lulus.  Tidak merancang aktiviti untuk pelajar yang gagal menguasai 3M tetapi utamakan perancangan pelajar normal sahaja.  Sikap acuh tak acuh untuk mewujudkan kelas pemulihan berbanding kelas biasa ( mungkin bimbang prestasi sekolah menurun )

Sambungan ..
4.3 Persekitaran dan Amalan Sekolah
BBM kurang sesuai dengan aras pelajar pemulihan. Tiada sokongan pihak sekolah perlaksanaan sekadar tangkap muat shj. Sekolah tidak ceria dan membosankan. Tekanan pihak atasan yang lebih mengutamakan menghabiskan sukatan dan berorientasikan peperiksaan menjadikan pelajar lemah terabai sekaligus gagal 3M. Buku teks sedia ada tidak sesuai untuk digunakan pelajar pemulihan. Pelajar yang gagal menguasai 3M tidak mendapat manfaat.

5) FAKTOR BAHASA
5.1 Bahasa Pasar  Penggunaan bahasa pasar dalam
perbualan harian menyumbang kepada kesukaran menguasai 3M. 5.2 Bahasa Ibunda / loghat daerah  cenderung berbahasa daerah terbawa-bawa ke sekolah dan diaplikasi dalam karangan menambahkan masalah untuk memulihkan pelajar. 5.3 Lulusan SJKC/SJKT  Masalah utama : tidak boleh menulis,membaca dan berkomunikasi dalam BM menyukarkan p&p dijalankan ditambah pula tidak faham BM.

Remediation atau pemulihan sebenarnya menjurus ke arah menyelesaikan masalah kesukaran-kesukaran dalam menguasai kemahiran asas. Penujuan tersebut merangkumi satu kontinum yang lebar. Berikut kategori mengikut hirarki untuk memudahkan perbincangan dan dapat diteliti secara visual:

kontinum

       

A - Tiada pemulihan diperlukan B - Pemulihan dijalankan oleh guru asas Grey Area /Overlapping Area atau Zon Ketidakpastian Intervensi Awal 2M (KIA 2M) sepatutnya dilaksanakan Fenomena Accumulative Deficiency Syndrome C - Pemulihan Khas dijalankan Curative Measure D - Kelompok severe mungkin calon LD atau Deaf and Blind atau Mentally Gifted Children

BERIKUT ADALAH ASPEK LEGALITY MENGAPA PEMULIHAN TIADA KOMPROMI DAN MESTI DIJALANKAN

PUNCA DAN BIDANG KUASA TERKANDUNG DALAM:

a) Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan:


Bil. KP (BS) 869/Jld. II/32 bertarikh 22 Januari 1985 :Guru Khas Pendidikan Pemulihan Bil. KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V26 bertarikh 18 Januari 1986 :- Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-sekolah Rendah

Bil. KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V 34 bertarikh 30 Jun 1989 :Guru Kelas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan

b) Jawatan Guru Khas Pemulihan adalah kuota khas dan bukan dalam peruntukan Guru asas (n x 1.5) SKM pemulihan tiada peruntukan kuota

c) PCG di dalam peruntukan Sains Sosial dan dalam peruntukan Bimbingan dan Kaunseling

d) Menyediakan bilik khas yang berasingan. e) Laporan Jawatankuasa Pelajaran Kebangsaan) Kabinet (Dasar

Perakuan 3 Dan Para 33.1 (Bab II) Perakuan 5 Dan Para 34-35 (Bab II) Perakuan 57b dan Para 193-196 (Bab III)

Murid pemulihan
Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah bersedia Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh: Rencatan akal ringan Kurang peluang Budaya / ekonomi tersekat Gangguan emosi Kurang upaya sensori Bermasalah dalam pembelajaran secara khusus Ganjaran intrinsik

Keperluan
Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task) Kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai boleh ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar Pemakanan yang betul sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya Tidur yang mencukupi boleh menambahbaik prestasi mereka Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang untuk keperluan semasa. Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan Lemah daya ingatan Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif, Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku

You might also like