You are on page 1of 7

TEORI SKINNER Teori Modifikasi Tingkah Laku Skinner

B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan. Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan. Dengan ini, beliau menekankan bahawa tingkahlaku seseorang dipengaruhi melalui modifikasi tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa modifikasi tingkah laku merupakan suatu pendekatan sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui pengaplikasian prinsipprinsip pelaziman.

Bagi membuktikan teori tersebut, Skinner telah menjalankan eksperimen berikut di dalam sebuah makmal :-

Di dalam sebuah makmal, Skinner memasukkan seekor tikus ke dalam sebuah kotak khas yang dikenali sebagai Skinner Box yang terdiri daripada- tombol, alat memberi makanan, bekas makanan, lampu yang dapat dikawal nyalaannya. Disebabkan dorongan lapar(hunger drive), tikus berusaha keluar untuk mencari makanan. Semasa berusaha keluar dari kotak, tikus tertekan tombol secara tak sengaja dan makanan keluar. Sejak itu, tikus mula menekan tombol apabila lapar dan makanan keluar secara berperingkat berdasarkan peningkatan tahap pelaziman tikus tersebut , proses ini dikenali sebagai shaping. Berdasarkan percubaan dan kajian yang berterusan terhadap tikus dan burung merpati, Skinner telah membuat kesimpulan bahawa unsur terpenting dalam pembelajaran ialah peneguhan (reinforcement). Skinner juga telah mencadang beberapa teknik lain yang amat sesuai diaplikasikan dalam pelaksanaan modifikasi tingkah laku murid. Antara teknik-teknik yang dicadangkan ialah peneguhan, denda dan peneguhan, reverse psychology, shaping, token ekonomi, kontrak(lisan dan bertulis), kawalan kendiri.

Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut.

Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan. Malah peneguhan itu boleh sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang

diharapkan. Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan peneguhan yang tidak sama dan berlainan. Misalnya memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang memuaskan berlaku.

Peneguhan negatif pula merupakan stimuli yang dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Misalnya, seorang guru mengarah seseorang murid yang membuat bising dalam kelas agar keluar dan berdiri di luar kelas bagi menambahkan peluang murid lain untuk meneruskan aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Namun, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai. Misalnya, mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Peneguhan ini tidak akan mengubah sikap individu tersebut, malah menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan.

Denda atau hukuman pula bertujuan menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Tetapi, ia adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman dikenakan. Skinner juga berpendapat bahawa denda atau hukuman hanya boleh membawa kesan dalam tempoh singkat, selepas itu tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Maka, denda atau hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan peneguhan positif atau negatif yang bertujuan menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku sama ada diingini atau tidak diingini.

Kaedah reverse psychology yang menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif juga merupakan salah satu teknik yang dicadangkan oleh Skinner. Kaedah ini memerlukan kemahiran seseorang guru memahami psikologi murid-murid serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalaman murid tersebut. Teknik reverse psycology juga bertujuan menginsafkan murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif bagi membentuk tingkah laku yang baik. Misalnya, apabila ada seseorang murid yang kerap tidur di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P), guru tersebut boleh mencuba kaedah baru iaitu memyuruh murid itu tidur dalam kelas sebelum memulakan sesi pengajaran. Ini akan menyebabkan murid tersebut terkejut dan pastinya dia tidak akan dapat tidur dalam kelas sebab memikirkan tujuan cikgu menyuruhnya tidur sebelum memulakan P&P.

Seterusnya ialah teknik shaping. Asalnya, kaedah shaping digunakan untuk mengajar haiwan secara berperingkat supaya melakukan aktiviti permainan seperti dalam sarkas dan zoo. Kemudian, ahli-ahli psikologi menyatakan proses shaping juga boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku manusia yang diingini, di mana peneguhan diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang

diharapkan. Teknik shaping ini perlu digunakan sekiranya murid tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini. Maka, sesuatu tingkah laku itu diterapkan secara kerap dan berperingkat agar murid melakukannya selalu dan menjadi mahir. Teknik lain yang sesuai digunakan untuk modifikasi tingkah laku murid ialah teknik token economy yang merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik kepada peneguh sebenar. Di dalam token economy ini, sesuatu sistem merit ditentukan berdasarkan kriteria respons terhadap tingkah laku yang diingini. Seterusnya, point merit (token) yang dikumpulkan boleh ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan. Menurut Skinner, kaedah penggunaan token economy ini merupakan salah satu pendekatan terbaik untuk memodifikasikan sesetengah tingkah laku supaya membentuk tingkah laku pembelajaran yang sesuai. Misalnya, seorang guru boleh memberi token seperti bintang kepada murid-murid dalam sesebuah kelas berdasarkan kriteria seperti kekerapan menjawab soalan, membaca dan sebagainya. Kemudian, pada hujung bulan murid dengan bilangan token bintang tertentu akan dapat menebus nilai token tersebut peneguh-peneguh seperti hadiah, dibelanja makan di kantin bersama guru dan sebagainya.

Seterusnya ialah kaedah kontrak yang juga merupakan salah satu cara berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Perjanjian kontrak ini dapat dibuat sama ada secara lisan atau menandatangani kontrak. Menandatangani kontrak secara formal, misalnya Pengetua, membolehkan seseorang murid memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan tidak akan berani untuk mengulangi sesuatu tingkah laku negatif seperti ponteng sekolah atau masalah disiplin lain lagi. Tidak ketinggalan juga teknik kawalan kendiri yang dicadangkan oleh Skinner untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada yang positif. Teknik ini melibatkan lima langkah yang patut diberi perhatian oleh seseorang guru, iaitu langkah pertama di mana seseorang guru perlu menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan terhadap muridnya. Misalnya, seseorang guru ingin memodifikasikan tingkah laku muridnya yang kerap ponteng kelas. Kemudian, dalam langkah kedua, guru tersebut perlu mengenal pasti anteseden kawalan, iaitu keberatan kawalan yang perlu dikenakan terhadap muridnya berdasarkan kekerapan dia ponteng kelas. Guru itu juga perlu menentukan respons peringkat awal serta mengenal pasti akibat kawalan sebelum melaksanakan tindakan kawalan terhadap murid tersebut. Dalam langkah ketiga, guru itu perlu merancang program tindakan yang sesuai. Misalnya, guru tersebut merancang sesi kaunseling untuk murid tersebut. Sebagai langkah keempat, guru tersebut perlu mengimplementasi dan menilai program yang dirancang itu terhadap muridnya. Langkah kelima pula melibatkan penamatan program sekiranya langkah-langkah awal berjaya dan modifikasi tingkah laku dapat dilihat dalam diri murid tersebut, iaitu dia tidak lagi ponteng kelas dan sentiasa hadir ke kelas.

Kesimpulannya, sesuatu peneguhan atau pengukuhan yang secara terus menerus akan menghasilkan keputusan yang bagus. Penerusan itu bermaksud sesuatu tingkah laku itu di buat pengukuhan pada setiap masa. Misalnya, dalam kajian kes The Phantom Pregnancy , Barbara Thompson sebagai seorang guru berperanan untuk memberi peneguhan negatif kepada tingkah laku muridnya Teri Leigh yang

merupakan seorang pelajar bermasalah agar dia dapat menghapuskan atau menghindari tingkah laku negatifnya, iaitu keinginan untuk melahirkan anak dalam usianya yang baru 12 tahun itu.

model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner


y

menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini terdapat dua jenis peneguhan
o

peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini) peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.

y y

peneguhan berbeza dengan dendaan peneguhan berkala

kebaikan dan kelemahan model ini

y y y y

hasil pantas tetapi tidak kekal lama lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar murid lebih teruja mendapat ganjaran daripa ilmu

model disiplin asertif Canter


y

berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar

pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

terdapat tiga jenis guru

y y y

guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan. guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah

1. penerangan peraturan 2. cara pelaksanaan peraturan 3. semak kefahaman murid 4. maklumkan tentang ganjaran 5. penerangan tentang tindakan pembetulan 6. cara tindakan pembetulan dikenakan 7. semak kefahaman murid cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid

y y y y y y

bertindak dengan tenang konsisten berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini beri peluang kepada murid meluahkan perasaan teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

murid bermasalah

perlu ditangani dengan berhemah

y y

paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid

Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini b. Terdapat dua jenis peneguhan - peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini) - peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. c. Peneguhan berbeza dengan dendaan d. Peneguhan berkala Kebaikan dan kelemahan model ini hasil pantas tetapi tidak kekal lama lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar murid lebih teruja mendapat ganjaran daripa ilmu Model disiplin asertif Canter berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini. Terdapat tiga jenis guru guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan. guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah penerangan peraturan cara pelaksanaan peraturan

semak kefahaman murid maklumkan tentang ganjaran penerangan tentang tindakan pembetulan cara tindakan pembetulan dikenakan semak kefahaman murid Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid bertindak dengan tenang konsisten berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini beri peluang kepada murid meluahkan perasaan teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa Murid bermasalah perlu ditangani dengan berhemah paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid

You might also like