You are on page 1of 70

10 PENDAHULUAN Pada semester ini kami telah mempelajari subjek PengantarLinguistik (BMM 3107).

Dalam pada itu kami telah dikehendaki membuat satu tugasan berkaitan tajukini. Antara aspek yang perlu dikaji ialah mengenai bidang linguistik dan sifat-sifat bahasa, susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik bermula dari zaman Yunani sehingga abad ke-19 serta menganalisis tentang teori-teori bahasa dan teori-teori pemerolehan bahasa. Perkataan linguistik pada dasarnya berasal dari perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Linguistik dalam kata yang mudah ialah pengkajian ilmu bahasa. Tugasan ini sememangnya menepati perkara yang dipelajari kerana setiap aspek yang dinilai merupakan antara yang terkandung dalam bidang linguistik ini. Malah, melalui tugasan ini pelajar dapat memperdalam ilmu yang dipelajari. Selain itu, walaupun subjek pengantar linguistik lebih kepada teori, namun subjek ini mempunyai cabarannya tersendiri. Sebagai contoh, melalui pembacaannya sahaja memerlukan daya penumpuan yang tinggiserta daya pemahaman yang kritis. Hal ini kerana linguistik mengkaji bahasa secara mendalam sehingga perlu meneroka susur galur linguistik itu sendiri. Kesimpulannya, ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji secara saintifik. Maksudnya, ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara emprikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan ramalan, sentimen atau falsafah. Menerusi tugasan ini juga pelajar dapat meninggikan daya inkuiri untuk mengetahui bahasa secara lebih mendalam. Akhir sekali, tugasan ini menepati bidang-bidang linguistik seperti bunyibunyi bahasa itu dihasilkan sistem fonem, morfem, kata, frasa dan sebagainya yang sememangnya guru-guru perlu kuasai dalam mendidik pelajar, khasnya guru bahasa Melayu.

2.0 BIDANG LINGUISTIK Perkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitu lingua yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagai langage-langue manakala Italia menyebutnya sebagai lingua. Di Sepanyol, bahasa dikenali sebagai lengua dan language ialah dalam bahasa Inggeris. Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang bermaksud ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik juga ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik Selain itu, memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. sesuatu yang dapat dilihat, dirasa dan didengar. Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau kajian ilmiah mengenai bahasa (Matthews:1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut: The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistics, and structural linguistics.

linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan

Oleh itu, bidang linguistik merupakan satu bidang yang sangat luas. Terdapat beberapa bidang yang merupakan cabang kepada bidanga linguistik seperti linguistik am, linguistik terapan, linguistik teoritis, linguistik komparatif dan linguuistik kontestual. Setiap bidang ini mempunyai beberapa lagi pecahan subbidang.

2.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan Linguistik umum disebut juga dikenali sebagai linguistik am. Bidang ini mengkaji aspekaspek teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan pula dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Bidang linguistik gunaan juga memperkenalkan kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan untuk mengajar bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta ialah kaedah terus . Kaedah inimengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Selain itu, aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, ialah terjemahan dan perkamusan, Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Bukan itu sahaja, linguistik gunaan juga menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Linguistik ini juga bertindak sebagai suatu disiplin ilmu bahasa yang merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan

2.1.1 Fonetik dan fonologi Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diintepretasikan. Fonetik juga menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. Pragmatik

Wacana

Sintaksis

Morfologi Fonologi

Fonetik
3

Rajah 2.1.1 Kedudukan fonetik dalam tatatingkat linguistik. Fonologi pula ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa merupakan satu bidang yang amat luas dan mempunyai berbagai-bagai teori bahasa. Bidang ini memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang diliputinya seperti morfologi dan sintaksis. Menurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) dalam buku Bahasa Melayu STPM, fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. F. Parker (1974:112) mendefinisikan fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. Kamus Linguistik hasil penulisan Harimurti Kridalaksana (1984:61) pula menyebut fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

2.1.2 Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Menurut Abdullah Hassan (2007) dalam bukunya Linguistik Am, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk

2.1.3 Sintaksis Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Selain itu, bidang sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya, sintaksis dapat didefinisikan sebagai:

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

2.1.4 Semantik Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada kajian makna. Istilah ini

merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Asal perkataan semantik ialah daripada kata adjektif Yunani, semantikos yang bermaksud penting atau bererti. Akmajian et. Al (1995:222) menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Maklumat semantic merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana tatabahasa digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa. Semantik berbeza daripada sintaksis kerana semantik mengkaji makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Secara ringkasnya,

semantik mempunyai kaitan dengan bidang pragmatik.

Hal ini kerana pragmatik

mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa. Semantik juga bermakna satu kajian yang teorikal tentang makna dalam sistem tanda. Sebagai contohnya, ayat Guru Sejarah saya Puan Rini menunjukkan: i. ii. Hubungan pernyataan yang boleh dibahagikan kepada beberapa unsure (tanda), benda dan keadaan dalam dunia sebenar. Hubungan pada tanda-tanda itu dengan tanda lain yang juga disebut sebagai konsep. Kedudukan semantik dalam ilmu linguistik dapat digambarkan seperti dalam Rajah 2.1.4.

Fonetik

Tatabahasa

Semantik

Sintaksis

Morfologi

2.2 Linguistik Terapan

Secara umumnya, linguistik terapan merupakan salah satu bidang baru yang kajian penting tentang sifat-sifat: kemanusiaan. Antara disiplin yang terdapat dalam linguistik terapan ialah integrasi sains, sains sosial, dan kemanusiaan. Linguistik terapan bukanlah mengkaji pelbagai bahasa tetapi mengkaji bahasa secara umum seperti sifat asas mana-mana bahasa manusia. Linguistik terapan dapat didefinisikan kepada: Penerapan ilmu linguistik dalam bidang yang berkaitan seperti linguistik pedagogi, leksikografi, psikolinguistik, dan terjemahan. (Kamus Linguistik,1997) Linguistik terapan ialah apabila seseorang pengkaji itu berusaha menggunakan teori linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu yang lain. (Arbak Othman, 1986) Ilmu linguistik terapan digunakan untuk mengkaji bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, mengkaji kaedah mengajar bahasa, menguji kemahiran bahasa, membentuk bahan mengajar, mencari satu sistem yang baik untuk mengajar kanak-kanak membaca unsur-unsur linguistik khususnya bidang fonetik, fonemik dan digunakan juga untuk menolong mengatasi masalah gagap di kalangan sesetengah penutur khasnya kanak-kanak. ( Nik Hassan Basri, 2005)

Linguistik terapan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, linguistik terapan memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menullis buku-buku teks. (Abdullah Hassan, 2005)

The study of language teaching. You will sometimes find that stylistics and comparative linguistics are treated as sub-brunches of applied linguistics. (Geoffrey Finch,2005)

Bidang linguistik merangkumi beberapa subbidang, seperti:

Fonetik Terapan : Mempelajari bunyi bahasa dan penggunaannya dalam praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan untuk membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak.

Perancangan Bahasa : : Mempelajari bahasa dalam konteks perkembangan bahasa. Misalnya aspek pembakuan bahasa. Pembinaan Bahasa : Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah dikenal pasti dan diamalkan oleh penutur jati.

Pengajaran Bahasa : Mempelajari bahasa ibunda, bahasa kedua atau bahasa asing mengikut pendekatan, kaedah dan teknik tertentu. Penterjemahan : Mempelajari bahasa untuk kepentingan pengalihbahasaan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Grafonomi atau Ortografi : Mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai ilmu ejaan. Grafologi : Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis.
3

Leksikografi : Mempelajari bahasa dalam konteks penulisan leksikon dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus. Ilmu ini juga dinamakan juga sebagai ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan kamus.

Mekanolinguistik : Mempelajari bahasa yang digunakan dalam penyusunan program mekanik. Medikolinguistik : Mempelajari bahasa untuk diterapkan dalam pengubatan. Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan perasaan yang serius. Sosiolinguistik Terapan (Pragmatik) : Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu dengan mengambil kira situasi, maksud, status penutur.

Leksikostatistik : Ilmu yang mempelajari usia kata sejak kewujudannya dengan menggunakan rumus statistik. Ilmu ini penting untuk menentukan bahasa induk atau proto.

2.2.1 Linguistik Teoritis Lazimnya, kebanyakkan ilmu dibezakan mengikut aspek teoritisnya dan manfaatnya secara praktis. Sebagai contohnya, ilmu psikologi meneliti pengalaman manusia menurut perkembangan, emosi, perasaan, watak, hubungan dengan sesame manusia dan sebagainya. dalam bidang kaunseling, psikologi diterapkan pada persoalan konkrit dan disebut psikologi terapan. Dalam bidang leksikologi pula (penelitian semantik tentang perbendaharaan kata, dapat digunakan sebagai leksikografi atau penyusunan kamus. leksikografi disebut leksikologi terapan. Oleh itu,

2.2.2 Linguistik Deskriptif Linguistik deskriptif merupakan satu cabang linguistik yang menghuraikan sesuatu bahasa tertentu pada satu-satu masa tertentu.
2

contohnya, ilmu linguistik yang

menghurai atau menganalisis bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Walaubagaimanapun, linguistik deskriptif hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu. Linguistik ini tidak mengkaji sejarah perkembangan atau pertumbuhan bahasa Melayu sebaliknya menghuraikan bentuk dan sistem bahasa itu secara objektif. Selain itu, linguistik ini juga menghuraikan bentuk dan sistem bahasa secara empirical iaitu seperti yang benar-benar wujud dalam bahasa itu. Linguistik deskriptif boleh digunakan untuk mengkaji dan menghuraikan sebarang bahasa yang terdapat di dunia sama ada bahasa Melayu, bahasa Jawa, bahasa Tamil, bahasa Perancis dan sebagainya.

2.2.3 Linguistik Perbandingan Linguistik perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasabahasa itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem seperti fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. Linguistik hubungan pula memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk
3

memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik dan diakronik. Kajian secara sinkronik merupakan satu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu manakala kajian secara diakronik pula membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Terdapat 2 kaedah dalam linguistik perbandingan iaitu:

Kaedah leksikal massa Kaedah ini menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh perkembanganperkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa bahasabahasa yang lebih kurang serupa.

Kaedah glotokronologi Kaedah ini mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

2.2.4 Linguistik Diakronik Linguistik diakronik berupaya mengkaji bahasa (atau bahasa-bahasa) pada masa yang tidak terbatas. Lazimnya, kajian linguistik bersifat historis dan komparatif. Linguistik diakronik ini bertujuan untuk mengetahui sejarah struktural sesuatu bahasa beserta dengan segala bentuk dan perubahannya. Linguistik ini juga memeriksa bagaimana bahasa berubah dengan berlalunya masa yang kadangkala selama berabad-abad lamanya. 2.2.5 Linguistik Sinkronik

Menurut Ferdinand de Saussure dalam bukunya Cours de Linguistique Generale, beliau telah menganjurkan satu bidang kajian bahasa yang tidak hanya meneliti perkara-perkara yang historis, tetapi juga struktur bahasa tertentu tanpa memperlihatkan aspek diakroniknya. Bidang kajian tersebut dikenali sebagai sinkronik. Linguistik sinkronik atau linguistik huraian adalah berkenaan dengan bentuk sesuatu bahasa pada masa yang tertentu. Beliau juga menyatakan bahawa kajian bahasa secara sinkronik amat perlu, meskipun beliau banyak berkecimpung dalam kajian diakronik. Kajian sinkronik bahasa mengandungi sistem yang tinggi, sedangkan kajian diakronik tidak begitu.

2.2 Linguistik Historis

Bidang linguistik historis menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memerikan perkembangan struktur bahasa dari dulu dan kewujudannya hingga kini. Linguistik ini juga dikenali juga dengan nama linguistik historis-komparatif. Sebagai contohnya, linguistik historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Linguistik ini juga mengkaji sejarah perkamusa bahasa Melayu atau sejarah sistem ejaan bahasa Melayu dan seumpamanya. Perkara yang diutamakan dalam bidang kajian linguistik historis ialah sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain.

2.3 Linguistik Komparatif

Linguistik komparatif merupakan satu cabang linguistik yang mengkaji bahasa secara perbandingan, iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain sama ada dari segi fonologi, morfologi, sintaksis dan seumpamanya.
3

Lazimnya, ahli-ahli bahasa membanding-bandingkan ciri-ciri bahasa serumpun seperti membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa, bahasa Tagalog, bahasa Iban, bahasa Kadazan dan bahasa Murut. Terdapat juga ahli bahasa yang membandingkan struktur bahasa yang bukan daripada satu rumpun seperti membandingkan struktur frasa dan ayat bahasa Melayu dengan struktur frasa dan ayat bahasa Inggeris. Selain itu, linguistik komparatif turut membuat perbandingan antara dialek seperti dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Perbandigan juga dilakukan untuk membandingkan bidang fonologi, morfologi dan sintaksis antara dialek-dialek seperti dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan, dialek Perak dengan bahasa Melayu baku.

2.5 Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif. interaksi linguistik dengan masyarakat secara keseluruhannya. Sosiolinguistik, linguistik antropologi dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi-

3.0 SIFAT-SIFAT BAHASA 3.1 Konsep dan takrif bahasa Bahasa diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-lambang yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi yang ada pada mereka. Lambang-lambang yang diujarkan mempunyai makna tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya. Antara fungsi bahasa yang paling ketara ialah sebagai alat komunikasi, iaitu membantu manusia untuk menyampaikan percakapan, buah fikiran dan maklumat kepada orang lain. Bloch dan Trager (1942) mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Proses komunikasi berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Chomsky (1957) menyatakan bahawa kecekapan berbahasa berada dalam otak manusia dan ia diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya. Terdapat beberapa konsep dan takrif bahasa yang dipetik daripada beberapa naskhah kamus seperti:

Bahasa ialah satu sistem objek atau simbol seperti bunyi atau sesuatu huruf yang berturutan yang boleh digabungkan dengan berbagai-bagai cara dengan mematuhi peraturan tertentu, terutamanya melahirkan perasaan, pemikiran dan memberikan arahan. (The American Heritage Science Dictionary) Bahasa merupakan salah satu cara terbaik untuk mengklasifikasikan manusia kepada suku dan etnik tertentu. cara ini juga pernah digunakan pada zaman dahulu untuk menentukan asal-usul manusia dan pengelompokan manusia kepada kaum-kaum tertentu. (Oxford University Press)

Bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional. Bahasa terdiri daripada ujaran perkataan teks bertulis atau lisan. Bahasa juga melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik. (Etymology Dictionary)

3.2 Huraian Sifat Bahasa

3.2.1 Bahasa sebagai sistem Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu atau struktur sintaksis. Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bentuk dan kedudukan perkataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa. Semua bahasa mempunyai sistem, namun sistem setiap bahasa mempunyai beberapa bentuk dan pola yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

Sebagai contohnya, jika diminta untuk menerangkan struktur bahasa Melayu, kita mungkin tidak dapat menerangkan peraturan dan strukturnya dengan terperinci. Walaupun begitu, kita masih mengetahui dan menerangkan strukturnya secara automatik. Hal ini dapat dirumuskan bahasa setiap bahasa itu bersistem dan apabila bertutur, secara automatik kita dapat menyusun struktur bahasa dengan betul. 3.2.2 Bahasa sebagai lambang Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar dan objek tertentu sebagai simbol atau lambang untuk menerangkan sesuatu. kombinasi bunyi sebagai simbol. Kemudian, manusia menggunakan Bunyi yang sistematik disusun secara berurutan Contohnya, simbol #

untuk menghasilkan perkataan yang seterusnya digunakan sebagai simbol untuk semua perkara yang dilakukan dan difikirkan oleh manusia. mempunyai pelbagai nama yang mengelirukan mengikut tempat seperti simbol ukuran berat Amerika, simbol pound iaitu mata wang British dan sharp dalam muzik.. Lazimnya, simbol ini disebut hash. Bahasa juga boleh dikatakan sebagai simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Simbol yang digunakan merujuk kepada perkataan atau ungkapan yang membentuk simbol tersebut

3.2.3 Bahasa adalah bunyi Menurut Kridalaksana(1983:27), bunyi adalah kesan pada pusat saraf sebagai akibat dari getaran gendang telinga yang bertindak balas kerana perubahan-perubahan dalam tekanan udara. Bunyi bahasa atau bunyi ujaran (speech sound) adalah satuan bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia yang terdapat dalam fonetik dikenali sebagai fon dan dalam fonemik sebagai fonem. Oleh itu, bahasa adalah bunyi bermaksud bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan menghasilkan bahasa. Bunyi bahasa adalah lambang-lambang yang

dikonsepsikan melalui pendengaran. Tulisan pula bukanlah merupakan bahasa, tetapi tulisan merupakan pemetaan pertuturan.

3.2.4 Bahasa sebagai alat komunikasi Komunikasi merupakan satu bentuk tingkah laku sosial dan untuk memenuhi keperluan tersebut mereka yang berkomunikasi perlu menguasai beberapa perkara seperti bagaimana hendak menarik perhatian pendengar, memulakan dan mengakhiri pembicaraan, mencelah perbualan dan mendapatkan penjelasan lanjut. Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara, iaitu secara lisan dan tulisan. Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi menitikberatkan beberapa faktor seperti: Penutur - Penutur perlu diketahui terlebih dahulu untuk membolehkan mesej penutur dapat difahami dengan tepat oleh pendengar. Pendengar pendengar yang berbeza seperti rakan, ibu bapa, orang tua serta yang berbeza status atau mempunyai gelaran akan membuatkan ujaran yang sama ditafsirkan secara berbeza.

Latar belakang/ komunikasi hal ini termasuklah masa, tempat, situasi dan hubungan antara penutur dengan pendengar. Topik pembicaraan topic yang dibicarakan perlu mudah difahami oleh pendengar supaya adanya tindak balas komunikasi.

3.2.5 Bahasa bersifat arbitrari Bahasa bersifat arbitrari bermakna tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyibunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Sifat arbitrari inilah yang menyebabkan bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. Contohnya, apabila ditunjukkan gambar seekor kuda. Dalam bahasa Melayu kita akan menyebut perkataan [kuda] untuk menamakan binatang tersebut. Sebaliknya dalam bahasa Inggeris, kuda disebut sebagai horse, dalam bahasa Sepanyol disebut
4

caballo, bahasa Perancis membunyikan sebagai cheval dan bahasa Jerman menyebutnya sebagai pferd. Semua simbol bahasa mempunyai bentuk yang dapat dilihat, sebaliknya makna sukar dikenal pasti hanya dengan melihat bentuk simbol tersebut.

3.2.6 Bahasa bersifat unik Bahasa bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Contohnya dalam Bahasa Melayu jatuh dan terjatuh mempunyai bentuk dan makna yang berbeza. Semua bahasa mempunyai bentuk dan struktur tetapi mempunyai huraian yang tersendiri. Bahasa bersifat unik juga dikaitkan dengan cara kita memperolehi bahasa itu, iaitu bukanlah seperti mewarisi ciri-ciri fizikal keluarga. Bahasa merupakan sesuatu yang perlu kita pelajari secara tidak langsung daripada ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling kita. Sebagai contohnya, jika seorang bayi Cina yang sejak kecil dipelihara dan dibesarkan oleh keluarga Melayu, maka bahasa yang diperolehnya ialah bahasa Melayu dan bukanlah bahasa Cina.

3.2.7 Bahasa itu universal Setiap bahasa mempunyai sifat sejagat atau universal yang bermaksud sesuatu bahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja. Setiap bahasa mempunyai penuturnya dan tidak ada peraturan yang melarang individu lain mempelajari mana-mana bahasa di dunia ini. Secara alamiah, bahasa berpotensi untuk berbeza dan beraneka. Menurut Anderson (1972), terdapat lapan ciri yang berkaitan sifat bahasa yang dianggap universal bagi semua bahasa di dunia ini, iaitu:
3

i. Bahasa merupakan satu sistem ii. Bahasa terdiri daripada vokal dan bunyi-bunyi ujaran iii. Bahasa terdiri daripada lambang-lambang yang arbitrari iv. Bahasa terbina daripada kebiasaan v. Bahasa merupakan alat perhubungan vi. Bahasa berhubung erat dengan budaya tempat bahasa itu dituturkan vii. Bahasa sentiasa berubah-ubah viii.Bahasa mempunyai sifat khas dan unik

3.2.8 Bahasa itu dinamis Bahasa bersifat dinamis bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Sifat bahasa sedemikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan beinteraksi dengan manusia yang lain. Pertembungan kebudayaan dan manusia dengan manusia yang lain menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Walaupun begitu, struktur dan tatabahasa sesuatu bahasa itu lazimnya tidak akan berubah.

3.2.9 Bahasa itu bervariasi Bahasa bersifat bervariasi bermaksud terdapat kepelbagaian bagi suatu bahasa itu. Kepelbagaian itu termasuklah cara dan gaya mengajarkannya, istilah-istilah khusus yang digunakan dan struktur sintaksis bagi sesuatu variasi bahasa itu. Maksud bervariasi juga adalah sesuatu bahasa mempunyai dialek yang pelbagai diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur dan laras bahasa yang digunakan dalam suatu bidang ilmu.

4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM hinggalah ke hari ini. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun, titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah tamadun orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu bumi ini. Kehebatan tamadun ini terawal yang wujud di atas muka

merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu

4.1 Zaman Yunani Dalam sejarah linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamaduan Yunani merupakan satu pengkajian bahasa terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum Masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang
4

bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum Masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu fasafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Antara perkara-perkara yang disentuh mereka adalah soal-soal mengenai asal usul perkataan, keterangan-keterangan tentang gejala bahasa dan huraian-huraian mengenai bahasa yang dilandaskan kepada bahasa bertulis. Dalam pengkajian tentang bunyi, orang-orang Yunani tidak menggunakan mana-mana dialek yang dituturkan. Dengan menggunakan bahasa tulisan sebagai dasar dan sumber penghuraian, maka huraian-huraian mereka terlalu dipengaruhi oleh keangkuhan mereka dengan kemegahan falsafahnya bahawa bahasa Yunani bertulis itu adalah termulia dan semuelajadi, dan harus dipatuhioleh setiap pemakai jika mereka inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya, bahasa itu dianggap tetap dan tidak boleh berubah-ubah, lalu tidak harus pula diperbaiki kerana bahasa mereka itu sudah sempurna dan termulia. Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristostle, iaitu murid Plato. Plato (427-347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidiki bahasa sebagai satu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cartylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempecayai bahawa bahasa bersifat alamiah, dan logis dengan kumpulan anamolis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persutujuan masyarakat. Beliau juga menyelidiki tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum Masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu
3

kata penghubung.

Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang

falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristostle merupakan sarjana yang mulamula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristostle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.

4.2 Zaman Iskandariah Zaman Iskandariah bermulapada abad ketiga tahun Masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenal bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskripstif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Alexanderia adalah satu daripada tanah jajahan Negara Yunani yang sejak permulaan abad ke-3 telah berkembang sebagai pusat penyelidikan kesusasteraan dan linguistik. Kerja-kerja mencari asal teks daripada bukti-bukti yang ada menyebabkan timbulnya suatu kepercayaan bahawa bahasa yang dicatitkan dalam teks mereka dikatakan suatu yang paling tulin, betul dan murni, berbanding dengan bahasa Koloquil mereka sehari-sehari. Malahan, bahasa yang bertulis oleh orangorang Attik adalah lebih sempurna dan tulin daripada bahasa pertuturan mereka ketikaitu. Anggapan serupa ini tidak sekali-sekali betul melainkan jika kita merujukannya kepada suatu bentuk bahasa yang dipilih sebagai paling standard. Bahasa Plato yang dikatakan bahasa Yunani yang sempurna dan tulin itupun tidak
3

seluruhnya

benar, melainkan jika

dibandingkan

dengan

bahasa

orang-orang

Iskandariah yag buta huruf pada ketika itu. Hubungan di antara bahasa tulisan dengan bahasa yang dituturkan sebenarnya erat sekali.

Istilah tatabahasa yang diamalkan oleh orang-orang Yunani selama ini sebenarnya berpokok kepada bahasa bertuli. Pada masa ini belum ada lagi usaha untuk memberikan perbezaan yang konsisten antara bunyi-bunyi dengan huruf yang melambangkan bunyi-bunyi itu. Sarjana-sarjana Iskandariah tidak membuat pembaharuan dalam hal ini, tetapi hanyalah melanjutkan sahaja usaha-usaha seperti ini oleh orang-orang Yunani.

Apa yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Iskandariah adalah melanjutkan usaha ahli tatabahasa Stoik.Tatabahasa tradisional Yunani itu dikatakan telah dikodifikasikan. Berbeza dengan sarjana Stoik, sarjana Iskandariah adalah golongan analogis dan penyelidikan mereka mengenai keseragaman dalam bahasa telah menyebabkan mereka menubuhkan pola-pola fleksi. Buku nahu yang ditulis oleh Dionysius Thrax, iaitu Techne, adalah satu-satunya yang paling baik, komprehensif dan sistematik pernah diketahui tercetak di Eropah Barat.

4.3 Zaman Rom Orang Rom telah mengambil ahli bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mereka telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.
4

Setelah runtuhnya zaman Iskandariah, pusat pengajian berpindah ke Rom. Usaha-usaha yang dibuat oleh orang-orang Yunani dalam bidang tatabahasa telah diakukan khususnya terhadap bahasa Yunani tetapi terlalu sedikit kajian yang telah dibuat terhadap bahasa Latin. Orang-orang Roma mendirikan peradaban dalam bidang tatabahasa tradisional ini menyambung sahaja usaha-usaha yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani sebelum darinya. Cuma yang berbeza adalah dari segi bahasa yang dikaji itu sahaja. Orang Yunani mengkaji bahasa Yunani, manakala orang-orang Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh oran-orang Roma sama sahaja dengan yang telah dilakukan oleh orang-orang Yunani terhadap bahasa yang dikaji oleh mereka itu. Kajian di zaman Yunani banyak mempengaruhi pemikiran dan pengkajian tatabahasa zaman Roma. Orang-orang Roma telah terpengaruh dengan sifat pengkajian orang-orang Yunani seperti Aristostle. Pengaruh orang-orang Iskandariah dan Stoik misalnya, jelas sekali terlihat dalam kerja-kerja Vorra yang membuat kajian tentang bahasa Latin.

Ahli-ahli tatabahasa Roma meniru model atau contoh-contoh orang Yunani bukan sahaja dari segi pandangan dan andaian-andaianterhadap bahasa, bahkan juga dari segi aspek-aspek lain yang lebih halus dalam bahasa, persamaan yang dikatakan hayati yang terdapat antara bahasa Yunani dan Latin menimbulkan satu anggapan bahawa beberapa kategori seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala, dan sebagainya adalah merupakan ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Anggapan seperti ini berterusan hingga ke zaman pertengahan.

Dalam zaman ini juga, pengkajian linguistik berlaku dengan agak pesat juga. Sebenarnya, apa yang berlaku pada zaman ini adalah bahawa orang-orang Roma itu hanya mengubahsuai tinggalan bijak pandai Yunani tetapi digunakan untuk bahasa Latin. Dengan kata lain, pengkodifikasian pemikiran dan konsep tatabahasa Yunani
3

telah dilakukan di zaman Roma ini. Ada beberapa ahli tatabahasa Roma telah banyak membuat sumbangan dalam bidang ilmu linguistik, khusunya dalam bidang tatabahasa tradisional. Mereka itu ialah Appolonius Discollus, M.T. Varro dan Priscian.

Appolonius Discollus Beliau mungkin merupakan orang yang pertama sekali bertanggungjawab dalam mengkodifikasikan bidang sintaksis dengan bergantung kepada hasil kajian orangorang Yunani yang terdahulu. Beliau dikatakan telah banyak menerima pengaruh daripada penghuraian tatabahasa Yunani yang telah dilakukan oleh Dionysius Thrax. Appolonius telah melakukan kajiannya dengan berdasarkan kepada bahan yang terdapat di dalam Techne oleh Thrax dan bahan-bahan pemerhatian yang telah dilakukan oleh penulis-penulis yang lebih dahulu dalam bidang sintaksis. Appolonius dengan tegas telah menubuhkan penghuraian sintaksisnya dengan berdasarkan kepada hubungan satu sama lain antara kata nama dengan kata kerja, di samping dengan perkataan-perkataan golongan lain dalam hubungannya dengan kedua-dua jenis utama tadi. Antara yang menarik menngenai kerja-kerja Appolonius ini adalah usahanya menggunakan hubungan unsur struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama atau ganti nama dengan kata kerja. Selain dari itu, beliau merupakan ahli tatabahasa yang benar-benar menyedari akan hakikat penggolongan perkataan-perkataan tertentu yang sama dengan menggunakan teknik penggantian.

M.T. Varro (116-27 SM)

Varro hidup semasa dengan Thrax. Oleh yang demikian, beliau juga menyedari kontroversi bijak pandai Stoik dan Iskandariah. Varro merupakan seorang penulis tatabahasa yang bebas dan asli mengenai beberapa aspek dan pegangan linguistik bahasa Roma. Dalam pada itu, cara penghuraian beliau pernah dikritik sebagai tidak menarik, tetapi dalam bidang masalah-masalah linguistik beliau telah dianggap sebagai ahli tatabahasa yang paling tulin dalam kalangan bijak pandai bahasa Latin. Beliau telah banyak terpengaruh dengan pemikiran orang-orang Stoik. Varro berpendapat bahawa bahasa adalah seragam. Dia berpendapat yang ahli anomali adalah salah faham kerana tidak melihat seragaman bahasa yang semulajadi. Dalam bidang morfologi, Varro telah menghuraikan beberapa kategori tatabahasa yang tertentu iaitu dari segi cara penggunaannya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani yang terdahulu. Di sinilah letaknya keaslian dan ketulinan beliau dalam penghuraian tatabahasa Latin itu.

Princian (500 TM) Hasil kajian beliau yang diberi namanya Institutiones gramaticae telah diterima sebagai suatu yang standard untuk beberapa lama, bahkan diterima sebagai satu yang standard untuk beberapa lama, bahkan hingga sekarang. Dalam pada itu penghuraianya terhadap tatabahasa tradisional Latin itu dikatakan tidak konsisten, malahan kriteria yang dipakai bercampur-aduk antara yang formal dengan bersifat semantik. Dalam banyak hal, Priscian bergantung dengan banyaknya kepada usahausaha Thrax dan Appolonius khususnya dalam bidang penggolongan perkataan dan penentuan perkataan-perkataan kepada jenis-jenisnya. Priscian menggunakan perkataan analogia untuk maksud unsur-unsur fleksi perkataan-perkataan yang seragam. Anomalia yang bermaksud tidak seragam merupakan istilah teknikal yang kerap dipakai dalam tatabahasa dalam kalangan kepada jenis-jenisnya.

Fikiran dan pandangan Varro mengenai pembahagian perkataan-perkataan Latin, mahupun penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang dengan banyaknya dalam cara penggolongan yang dilakukan telah sebenarnya terbayang dengan banyaknya dalam cara penggolongan yang dibuat oleh Priscian pada umumnya, tatabahasa Priscian yang mengandungi 18 buah buku yang diterbitkan hingga hari ini dapatlah dianggap sebagai kajian grammarian orang-orang Roma yang representatif. Antara perkara-perkara yang dikaji dengan baiknya oleh beliau termasuklah penjenisan bunyi-bunyi bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan itu. Bidang fonetik melampaui kajian mengenai suku kata yang dikatakan unit yang boleh dituturkan dalam satu hembusan nafas. Dalam bidang morfologi pula, penghuraian beliau itu adalah kurang memuaskan jika dibandingkan dengan kajian yang telah diakukan oleh Varro. Dalam bidang morfologi, beliau telah menyentuh antara lain soal-soal pembentukan perkataan sebagai gabungan yang mengandungi dan sebagainya.

4.4 Zaman Pertengahan Zaman Pertengahan juga dikenali zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan imu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti suesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logka dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golonan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Bahasa Latin tetap mengambil tempat yang terpenting sebagai alat yang dipakai dalam seluruh sistem pendidikan di zaman ini bahasa Latin yang telah terpakai sebagai bahasa pengantar untuk semua bidang perhubungan dalam kebudayaan, iaitu termasuk sebagai bahasa penantar untuk semua bidang perhubungan dalam kebudayaan, iaitu termasuk sebagai bahasa pengantar yang mesti dikuasai oleh semua pelajar-pelajar di sekolah, adalah didasarkan kepada tatabahasa Priscian dan Donatus. Bahasa Latin pada ketika itu merupakan bahasa pengantar asing dalam bentuk tulisan. Dalam abad pertengan orang-orang Eropah, mencurahkan minat mereka terhadap bahasa Latin semula, iaitu yang menjadi bahasa gereja dan bahasa ilmiah. Sarjana-sarjana Latin telah membuat banyak kerja-kerja analisa tentang bahasa Latin khususnya mengenai tatabahasanya, yang kita anggap selama ini sebagai tatabahasa tradisional. Kajian-kajian mereka mengenai tatabahasa itu masih ini sebagai tatabahasa tradisional.Kajian-kajian mereka mengenai tatabahasa itu masih memberikan pertimbangan-pertimbangan falsafah yang digalurkan kepada kajian bahasa Segala ramalan-ramalan mereka mengenai bahasa yang kita anggap tidak benar adalah sebenarnya benar pada zaman itu sekalipun tidak muasabah pada masa ini. Pandangan mereka terhadap sifat-sifat bahasa yang dikatakan universal itu sebenarnya tumbuh kerana kedudukannya bahasa Latin itu sendiri yang dianggap sempurna dengan mengenepikan taraf bahasa-bahasa vernikular yang jikapun ada pada ketika itu, dipengaruhi oleh bahasa Latin. Dalam pada itu, kedudukan bahasa Latin tetap kita akui sebagai suatu faktor yang penting dalam perkembangan taabahasa semua bahasa di dunia.

4.5 Zaman peralihan (Renaissance) dan Selepasnya Pada zaman ini, tatabahasa merupakan satu alat panduan bagi memahami kesusasteraan kesusasteraan dan menuliskan bahasa Latin yang baik dan bermutu. Erasmus (1513) telah menerbitkan satu kajian mengenai sintaksis bahasa Latin iaitu dengan berdasarkan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Donatus itu. Pada zaman ini telah bermula minat ahli bahasa vernacular dan tatabahasatatabahasa vernikular telah banyak diterbitkan. Dengan mulanya zaman peralihan dan sesudahnya, pengkajian terhadap bahasa-bahasa vernikular telah mula berkembang dengan pesat dan jumlah tatabahasa semakin bertambah, yakni sesudah terciptanya De vulgaria eloquenta oleh Dante. Bahkan konsep-konsep tradisional telah diperluas kepada bahasa-bahasa di Eropah. Pada umumnya, kajian mengenai tatabahasa pada zaman ini, baik di sekolah-sekolah mahupun di university masih bersifat tradisional. Kebanyakan tatabahasa yang dihuraikan pada zaman ini bersifat spekulatif. Tatabahasa normatif kemudiannya disuburkan kembali di Perancis (abad ke-17) oleh guru-guru di Port Royal. Pada tahun 1660, akademi ini telah menerbitkan karangan yang paling terkenal iaitu Grammaire generale et raisonnee (tatabahasa umum berurai) dengan tujuan untuk memperlihat bahawa struktur bahasa itu merupakan hasil daripada sebab musabab. Zaman peralihan telah banyak menarik minat ahli-ahli bijak pandai melakukan kahian terhadap catatan-catatan bahasa mereka yang lebih tua. Antara kerja-kerja ini termasuklah kajian mengenai catitan-catitan purba bahasa Inggeris dan hubungannya dengan bahasa Fristian, Belanda, Jerman, Scandinavia dan bahasa Ghotik. Kerja ini telah dilaksanakan oleh Franciscus Junius (1589-1677) yang kemudiannya disambung usahanya ini oleh Geoge Hickes (1642-1715) yang telah menerbitkan tatabasa Gothik dan Anglo-Saxon.

4.6 Zaman Arab Dengan runtuhnya zaman Roma, perkembangan ilmu linguistik berpindah ke Baghdad iaitu pusat pengajian tinggi zaman Islam. Eropah pada waktu itu mengalami sejarah gelap dan ilmu linguistik terus berkembang melalui sumbangan-sumbangan daripada ahli-ahli bahasa dalam sejarah Islam seperti Al-Khalil di Basrah, Al-Masri dan lain-lain. Sejarah gelap yang melanda Eropah dalam zaman pertengahan menyebabkan kegiatan-kegiatan dalam hidup ilmu linguistik menjadi terhad, kerja-kerja menyelidiki bahasa telah dijalankan oleh paderi-paderi di gereja-gereja dengan penumpuan diberi kepada perkembangan perkataan-perkataan. Dalam pada itu, terdapat perkembangan yang penting dalam zaman ini. Tradisi Yunani dan Roma mempengaruhi penghuraian Eropah yang lain-lain. Buku tatabahasa yang ditulis oleh Thrax dan Techne diterjemahkan ke dalam bahasa Syria yang dikatakan mempunyai pengaruh langsung terhadap bahasa Arab yang pada mulanya dipengaruhi oleh bahasa Syria terjemahan daripada buku tatabahasa tradisi Yunani-Latin Thrax. Bahasa Hebrew juga telah dopengaruhi oleh buku ini melalui tatabahasa Arab. Kesemua nahu Eropah dan bukan Eropah seperti Armenia, Syria, Hebrew dan Arab dipengaruhi oleh tradisi Yunani-Latin. Dalam masa inilah ilmu linguistik berkembang di Negara Arab dengan agak pesat. Kajian mereka sudah agak maju, merangkumi penghuraian fonetik yang agak lengkap dengan tujuan mengekalkan pengucapan al-Quran dengan betul. Dalam bahagian tatabahasa, mereka telah menggunakan dasar paradigm dalam analisa bahasa. Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan perkataan dalam bahasa Arab. Pada mulanya minat mereka tertumpu dalam bidang perbendaharaan kata, maka mereka melanjutkan kerja-kerja mereka dalam bidang leksikografi sehingga dapat mereka menerbitkan kamus yang lengkap dan memuakan dalam bhasa Arab.

4.7 Zaman India Zaman India pula telah menggunakan bahasa Sanskrit dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada imu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Tradisi linguistik India tidak pula kurang pengaruhnya terhadap perkembangan ilmu linguistic moden, di mana sekurang-kurangnya tradisi inilah yang telah membawa perubahan besar dalam perkembangan linguistik di Eropah dalam abad ke-18. Pengetahuan linguistik atau tradisi tatabahasa di India adalah lebih awal dari yang diketahui berlaku di Yunani, iaitu seawal lebih kurang 300 SM. Kajian yang telah dibuat adalah mengenai bahasa Sanskrit, iaitu bahasa suci yang terpakai dalam kitab sucinya Rig-Veda. Hasil Panini (kira-kira kurun ke-4 SM), yang dianggap paling lengkap berbanding dengan hasil tatabahasa India yang lain mengandungi lebih kurang seribu makalah yang masih lagi tersimpan jelas memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistikstruktural oleh orang-orang Hindu. Ahli bahasa India melebihi kejayaan ahli tatabahasa linguistik Yunani dan Roma dalam bidang bukan sahaja fonetik, bahkan juga morfologi. Dalam bidang morfologi, Panini tidak sahaja mengkaji teks agama, khususnya tentang struktural kata dengan tujuan mengekalkan penggunaan bahasa agama yang murni, tetapi juga bahasa sebutan kontemporari yang diketepikan oleh orang-orang Yunani. Mereka telah pun memulakan kerja-kerja yang melibatkan penyusunan rumus-rumus yang teknikal sifatnya pernah dibuat sebelumnya. Selanjutnya, demi kepentingan ekonomi ruang, mereka telah menggunakan simbol-simbol dan singkatan-singkatan dalam penghuraian tatabahasa Sanskrit mereka sehingga perkara-perkara ini begitu mempengaruhi
3

sarjana-sarjana Barat di Eropah. Mengetahui tatabahasa Sankrit Panini itu, maka sikap ahli-ahli bahasa Eropah terhadap bahasa turut berubah. Kitab ini diterbitkan kembai di Eropah oleh Otto Bohtlingk dalam abad ke-19, akan tetapi isinya sudah diketahui lebih dahulu daripada naskah India. Pendek kata, ahli tatabahasa Hindu telah banyak mengajar orang-orang Eropah cara-cara menganalisa bentuk-bentuk bahasa yang memerlihatkan kesamaan tertentu antara bahasa-bahasa yang berhubungan. Penemuan dengan huraian yang lengkap tentang bahasa Sanskrit itu telah membuka jalan kepada bidang baru dalam sejarah ilmu linguistic iaitu ilmu perbandingan bahasa.

4.8 Zaman Linguistik Perbandingan (komparatif) Sejarah perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke-19. Pendekatan yang agak objektif dan saintifik terhadap pengkajian bahasa bermula dengan pengaruh zaman baru yang diterokai melalui pengkajian ilmu anthropologi dan sosiologi, iaitu bidang yang menkaji manusia dan hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. Ahli anthoropologi dan sosiologi seperti Dirkhymes, Malinowski, Von Humboldt dan lain-lain adalah orang-orang yang mengkaji ilmu kemasyarakatan dengan berdasarkan bukti-bukti yang dapat dipertanggungjawabkan. Ahli-ahli linguistik dalam abad ke-19 telah terpengaruh dengan pendekatan bidang ini dalam pengkajian bahasa kerana pendekatan yang dibuat dalam ilmu kemasyarakatan itu adalah berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata. Kajian bahasa dalam kurun ke-19 memperlihat kegiatan-kegiatan

memperbandingkan bahasa-bahasa. Kesedaran telah mulai timbul terhadap gejala perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan antara bahasa-bahasa yang berhubungan yang telah melahirkan bahasa-bahasa di dunia. Sebagai contoh persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah talah membuktikan
3

kekeluargaan golongan bahasa-bahasa Indo-Eropah. Dalam usaha ini, yang penting sekali ialah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik mahupun struktur tatabahasanya antara beberapa bahasa yang dibanding. Ilmu perbandingan bahasa adalah cabang ilmu linguistik yang mengadakan perbandingan antara bahaa-bahasa. Tujuannya tidak lain adalah untuk mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa-bahasa. Pada peringkat permulaan zaman ilmu perbandingan ini, kajian lebih banyak ditumpukan pada bidang fonetik kerana inya, bidang ini merupakan ukuran yang paling tepat bagi menentukan pertalian antara bahasa-bahasa yang sekeluarga. Jika sesuatu bahasa tergolong kepada satu rumpun tertentu yang sama, ciri-ciri persamaan tetap ada pada sekumpulan perkataan yang menjadi dasar bahasa itu dengan bahasa-bahasa lain yang tergolong ke dalam keluarga yang sama. Sekalipun telah berlaku perubahan sebagai akibat pemisahan oleh batas geografi dan sebagai akibat pemisahan oleh batas geografi dan sebagaiya, perubahan-perubahan itu sebenarnya perbezaan-perbeaan bunyi yang berlainan itu sebenarnya dapat diterngkan melalui hukum-hukum bunyi. Pada umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha kea rah menentukan rumpun-rumpun bahasa di dunia melalui perbandingan. Hasil daripada kajian mereka itu terdapatlah rumpun-rumpun bahasa sedunia, antaranya termasuklah bahasa-bahasa rumpun Indo-Eropah, Hamito-Semit, Finno-Ugrla, Bantu, TibetoChina, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain yang masing-masing rumpun itu mempunyai golongan bahasa yang kecil.

4.9 Zaman Moden Zaman ini dikatakan sebagai permuaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpum yang sama. Kesan daripada ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hokum baru mula wujud yang dikenali sebagau hokum R-G-L dan R-D-L. Sejarah perkembangan linguistik zaman moden abad ke-20 pula memberi penekanan kepada linguistik deskriptif. Oleh yang demikian, abad ke-20 lebih dikenali sebagai zaman linguistik deskriptif.Tokoh yang mula-mula sekali memperkenalkan teori deskriptif ialah Ferdinand de Sassure yang telah menjadi terkenal dengan hasilnya Cours de linguistique generale yang telah diterbitkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1915 dan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Wade Baskin pada tahun 1959. Bukunya ini merpakan daya usaha murid-muridnya juga, iaitu yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah beliau itu sehingga terhasilnya bentuk buku dengan nama Course in General Linguiscs itu. Ferdinand de Saussure adalah orang yang pertama yang telah mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai bapa ilmu linguistik moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa cara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliaulah orang yang pertama mengemukakan malahan menekankan tentang pentingnya tinjauan megenai bahasa itu dilakukan dari sudut yang berbeza iaitu kajian sinkronis dan kajian diakronis.Antara lain, beliau telah mengemukakan bahawa linguitik deskriptif (sinkronis) hendaklah dibezakan daripada linguistic historis dan masing-masingnya menggunakan pendekatan yang berlainan dalam usaha menganalisa bahasa. Penekanan ini tidak lain adalah merupakan prinsip metodologi yang memungkinkan penghuraian bahasa itu bebas daripada pertimbangan sejarah. Linguistik sinkronis meninjau bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai satu keadaan pada sesuatu masa yang tertentu. Seorang ahli
3

bahasa

mengumpulkan tanpa

contoh-contoh sebarang

yang

terdapat diberi

pada dari

suatu segi

masa, sejarah

menghuraikannya

pertimbangan

perkembangan yang dilaluinya. Dengan kata lain, lenguistik sinkronis bermaksud kajian mengenai sesuatu bahasa pada satu waktu yang tertentu. Kajian ini berminat khususnya kepada keadaan bahasa pada satu masa dan mengenepikan sama sekali proses-proses yang terlibat dalam menubuhkan keadaan bahasa itu sendiri pada masa-masa lampau. Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan kepada bahan-bahan sejarah merupakan bidang linguistic diakronis, iaitu bidang yang mempelajari perkembangan yang dilalui oleh bahasa melalui masa. Dengan kata lain, linguistik diakronis bermaksud kajian mengenai perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa, perubahan-perubahan bahasa dan sebagainya. Linguistik diakronis pada hakikatnya merupakan kajian yang merangkum linguistic perbandingan (komparatif) dan linguistik sejarah atau salah satu daripanya. Linguistik lomparatif-historis bertugas antaranya membandingkan berbagai bentuk bahasa yang berkerabat, di samping berusaha mencari dan merekonstruktursi bahasa induk yang daripadanya berbagai bahasa itu diturunkan.

5.0 TEORI BAHASA Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau belajar ilmiah mengenai bahasa (Matthews 1997). Selain itu, linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa ( Abdullah Hassan, 1984 : 2 ). Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga ( 1996:87 ) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Tuntasnya, teori bahasa ialah segala pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik yang dianggap sebagai asas penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah bergantung pada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran bahasa berlaku dan menghasilkan beberapa teori.
4

Tetapi, hanya terdapat dua teori sahaja yang dianggap penting yang tiap-tiap satunya mendasari perkaedahan dalam pengajaran bahasa. Teori-teori ini ialah teori mekanis yang mewakili aliran behaviorisme dan teori mentalis yang mewakili aliran kognitif.

5.1 TEORI MENTALIS Teori mentalis menekankan pentingnya proses pemikiran dalam pembelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini memandang bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan khas manusia secara semula jadi. Teori ini menganggap bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf dan ini boleh berlaku setelah ia menerima bahan buku dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan lain-lain alat pancaindera. Apa yang perlu dikaji ialah proses yang terjadi di dalam otak dan saraf yang membolehkan pembentukan dan penghasilan bahasa tersebut. Teori ini sangat menegaskan makna dan proses-proses yang tersembunyi yang terlibat dalam penghasilan bahasa. Mengikut teori ini, semua bidang penghuraian bahasa mestilah berdasarkan logik, kerana sesuatu yang tidak dapat difahami adalah tidak bermakna dan tidak dapat diterima. Dari segi pembelajaran bahasa, teori ini menekankan kepada pengetahuan seseorang itu. Selain itu, teori ini menganggap pengetahuan seseorang pelajar tentang struktur-struktur bahasa yang hendak
3

dipelajari itu penting kerana dipercayai pengetahuan ini memudahkan pembelajaran bahasa itu. Teori mentalis mengutarakan beberapa ciri penting iaitu manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa kerana telah dilengkapi oleh peranti pemerolehan bahasa ( Language Acquisition Device ) atau LAD dan perkara ini adalah semula jadi. Selain itu, dalam proses penguasaan bahasa, terdapat dua bahagian penting iaitu bahagian pertama ialah kemampuan atau kecekapan dan yang kedua disebut prestasi. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna adalah ditekankan dan bukan latihan-latihan yang membentuk kebiasaan. Bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran. Penguasaan bahasa ada kaitannya dengan keupayaan mental. Teori ini juga menyatakan bahawa kesalahan pelajar bukanlah merupakan kegagalan mereka tetapi adalah satu percubaan hipotesis. 5.1.1 Teori Perkembangan Kognitif : Jean Piaget Teori ini berlandaskan pandangan Jean Piaget iaitu seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget (1963) perkembangan mental kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat peringkat ( Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Peringkat pertama melibatkan tahap motor - sensori iaitu bermula umur 0 hinggalah dua tahun. Walaupun perkembangan kognitif sudah bermula sedikit namun kanak-kanak masih belum boleh berfikir secara rasional dan logik. Perlakuan kanakkanak pada tahap ini lebih kepada bercorak motor ( fizikal). Apabila memasuki peringkat kedua iaitu tahap pemikiran pra-operasi dari umur dua hinggalah tujuh tahun. Perkembangan bahasa bermula seawal umur dua tahun. Semasa berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun perkembangan bahasa mereka menjadi lebih pesat seiring dengan perkembangan sosial yang semakin meluas.

Peringkat ketiga iaitu tahap operasi konkrit dari umur tujuh hinggalah sebelas tahun. Kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi mereka hanya mampu berfikir secara konkrit dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dilihat secara fizikal. Peringkat terakhir melibatkan tahap operasi formal dari umur sebelas hinggalah 15 tahun. Pada tahap ini kanak-kanak mula matang dan mampu berfikir secara logik untuk menyelesaikan masalah termasuklah masalah secara abstrak. Mengikut Piaget, pola pemikiran murid boleh ditentukan dengan menganalisis respons mereka terhadap soalan yang melibatkan manipulasi bahan biasa. Contohnya, manipulasi bahan yang berubah bentuk seperti menuang cecair dari sebuah bikar ke dalam tabung uji. Soalan yang diutarakan ialah adakah kuantiti cecair itu masih sama apabila aras air yang diperhatikan telah berubah.

Pandangan kanak-kanak dalam apa yang dikatakan masa pemikiran instuisi ( 47 tahun ) akan dipengaruhi oleh kesan persepsi. Oleh sebab murid terpengaruh dengan tingginya cecair dalam bekas yang sempit, mereka mengandaikan bahawa terdapat lebih banyak cecair di dalamnya. Murid itu tidak dapat membuat hubungan antara perubahan dalam satu dimensi dengan dimensi yang lain. Kemajuan besar dalam perkembangan kognitif kanak-kanak semasa berumur 6 atau 7 tahun ialah memahami konsep keabadian, iaitu kuantiti masih sama walaupun perubahan persepsi berlaku pada bentuk. Pada peringkat umur ini, pencapaian kognitif yang dapat dikuasai oleh murid ialah kebolehan menyelaraskan hubungan , iaitu kebolehan membuat perhatian terhadap dua aspek persepsi dalam satu masa. Selain itu, murid dapat membuat pembalikan, iaitu kebolehan memikirkan bentuk yang telah diubah boleh berbalik semula ke bentuk asal. Melalui pencapaian kognitif ini, murid tidak perlu menjalankan tindakan fizikal yang menghasilkan perubahan yang berbalik itu. Murid itu dikatakan telah memulakan pemikiran yang agak kognitif. Apabila umur murid meningkat iaitu 11-12 tahun, sistem pemikiran operasi konkrit berkembang sepenuhnya. Perkara ini boleh menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya, iaitu operasi pemikiran formal seperti membuat kesimpulan,
2

rumusan dan hipotesis. Perubahan proses pemikiran daripada operasi pemikiran konkrit kepada pemikiran formal melambangkan kemajuan dalam pemikiran dan kebolehan menyelesaikan masalah. Dalam peringkat ini, murid cuba mengurangkan penggantungannya kepada pengalaman konkrit untuk menyelesaikan masalah yang bersifat abstrak.

5.1.2 Teori Pembelajaran Penemuan : Jerome Bruner Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas dan berpandu atau latihan penyiasatan. Bruner menggalakkan kanak kanak berfikir secara logik dan membuat ramalan. Selain itu, beliau mementingkan pemikiran intuitif, kreatif serta analitis. Dari perspektif pembelajaran pula, ahli psikologi ini memberi penekanan kepada proses induktif di mana aktiviti pembelajaran yang bermula daripada pemerhatian yang umum dan menjurus kepada pemerhatian yang spesifik. Bruner juga menyarankan satu sistem pengekodan di mana manusia membina susunan berhierarki terhadap sesuatu kategori yang terlibat iaitu pembentukan konsep dan pencapaian konsep. Teori pembelajaran Bruner terdiri daripada empat prinsip utama iaitu Motivasi, Struktur , Sekuen (Turutan) dan Peneguhan . Prinsip motivasi menetapkan syarat syarat yang membolehkan seseorang belajar iaitu persoalannya ialah tentang apakah pemboleh ubah penting yang membantu dalam memotivasikan seseorang untuk belajar. Beliau lebih mengutamakan motivasi intrinsik daripada ekstrinsik. Motivasi intrinsik berkait rapat dengan naluri ingin tahu seseorang individu, justeru itu pembelajaran dan penyelesaian masalah melibatkan penerokaan pelbagai alternatif. Motivasi intrinsik terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa penggiatan, pengekalan dan arahan.
3

Fasa penggiatan di mana untuk menggiatkan penerokaan, kanak kanak perlu menghadapi sesuatu asas ketidaktentuan. Jika ia terlalu mudah, mereka hilang minat dan jika terlalu sukar akan menyebabkan kekeliruan. Oleh itu, seseorang guru harus menyajikan masalah yang sesuai dari tahap kesukarannya untuk merangsangkan motivasi intrinsik untuk menggiatkan penerokaan. Sesuatu penerokaan haruslah dikekalkan setelah dimulakan, ini dikenali sebagai fasa pengekalan dan melibatkan proses meyakinkan kanak kanak bahawa penerokaan tidak berbahaya atau menyakitkan. Arah adalah penentu penerokaan yang bermakna. Fasa arahan memberi penerokaan terbimbing supaya kanak kanak tahu matlamatnya dan kedudukan mereka berbanding dengan matlamatnya. Menurut prinsip pertamanya, Bruner merumuskan kanak kanak mempunyai keinginan semula jadi untuk belajar. Maka, guru harus mengurus dan tingkatkan motivasi tersebut supaya kanak kanak jelas bahawa penerokaan terbimbing lebih efektif dan memuaskan daripada belajar sendiri. Prinsip kedua Bruner adalah struktur. Prinsip ini menyarankan bahawa dalam semua bidang mata pelajaran, sebarang pengetahuan boleh disusun dengan cara tertentu yang membolehkan penyampaiannya difahami oleh hampir semua pelajar. Struktur sesuatu pengetahuan mencakupi tiga aspek utama iaitu kaedah penyampaian, ekonomi dan kuasa. Faktor Kaedah Penyampaian, menurut Bruner, adalah punca utama mengapa guru tidak berjaya menyampaikan maklumat maklumat yang hendak disalurkan. Faktor ini berkait rapat dengan pendapat Bruner bahawa seseorang individu memiliki tiga peringkat untuk mencapai kefahaman. Peringkat pertama iaitu Enaktif berlaku pada usia 0-2 tahun. Peringkat enaktif ialah pembelajaran melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi melibatkan bahasa. Kanak-kanak dalam lingkungan umur ini menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah. Bahan maujud perlu dipegang dan dipergunakan untuk memperoleh pengertian. Misalnya, kanak-kanak
5

kecil

menyentuh

api

untuk

mengetahuinya boleh panas dan melecurkan dan melontarkan bola untuk mengetahui boleh melambung. Peringkat kedua iaitu Ikonik berlaku pada usia 2- 4 tahun. Pada peringkat ini digunakan kepada kanak-kanak yang lebih tua iaitu pembelajaran mencapai peringkat pembentukan penanggapan (persepsi) dan membina gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa melihat sudu, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat membentuk penanggapan dan membina gambaran mental. Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti pisau, kanak-kanak tersebut mengetahui bahan itu boleh melukakan tangan sekiranya tidak digunakan dengan betul. Peringkat akhir iaitu pemikiran peringkat simbolik ialah pada usia 5-7 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik. Dalam peringkat pembelajaran simbolik, simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor- sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea abstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian. Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperoleh pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Satu contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini adalah seperti berikut : Enaktif - Kemahiran berbasikal Ikonik - Membayangkan cara berbasikal dengan baik

Konkrit - Dapat menceritakan pengalaman berbasikal dalam bentuk bahasa kepada rakan sebaya. Faktor kedua dalam Prinsip Struktur ialah ekonomi. Kuantiti maklumat yang perlu disimpan dalam minda murid untuk meneruskan pembelajaran adalah dianggap sebagai faktor ekonomi dalam penyampaian sesuatu pengetahuan. Semakin kurang maklumat yang perlu disimpan dalam minda, maka semakin tinggi ekonominya. Ringkasan yang padat dalam pengajaran mewujudkan ekonomi yang baik. Faktor Kuasa adalah faktor ketiga dalam prinsip ini. Lazimnya, guru menyebabkan perkara yang senang, sukar untuk difahami oleh murid. Penyampaian yang berkuasa atau berpengaruh merupakan penyampaian yang ringkas dan mudah difahami supaya murid dapat melihat perkaitan baru dan imbanginya antara fakta awalnya yang mungkin kabur. Prinsip Bruner yang ketiga adalah turutan (sekuen). Tahap kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam menguasai sesuatu mata pelajaran bergantung kepada turutan atau sekuen sesuatu bahan itu disampaikan. Ahli psikologi ini percaya bahawa perkembangan intelek adalah mengikut turutan tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Lantaran, sesuatu pelajaran harus berpandukan turutan ini. Prinsip keempat beliau adalah Peneguhan. Menurutnya, tahap pencapaian penguasaan sesuatu pelajaran atau masalah hanya boleh diukur melalui maklum balas kemajuann yang dikecapi. Peneguhan pada masa yang tepat adalah sangat penting untuk kejayaan pembelajaran. Peneguhan yang dibuat sebelum penilaian prestasi murid diketahui akan akibatkan kekeliruan. Manakala, peneguhan terlewat pula akan menyukarkan pembetulan mana mana maklumat yang salah yang telah diaplikasikan. J.S Bruner melalui teori pembelajaran penemuan telah menyarankan bahawa pembelajaran yang bermakna memerlukan penemuan sebenar. Sebarang fakta serta perkaitan yang ditemui oleh kanak kanak secara penerokaannya sendiri adalah lebih
3

efisien dan akan lebih kekal dalam minda berbanding dengan cara hafalan. Penyediaan persekitaran yang kondusif dengan pembelajaran penemuan boleh menjadi pemangkin jenis pembelajaran ini. Selain itu, Bruner juga menyatakan aktiviti soal jawab antara pengajar dan murid juga boleh menjana pelbagai bentuk penemuan. Menurut beliau, jenis pembelajaran ini juga memupuk pemikiran kreatif yang penting untuk perkembangan minda serta boleh menyumbang kepada penghasilan pelbagai rekaan atau produk baru melalui pemikiran logik.

5.1.3 Teori Pembelajaran Bermakna : David Ausubel David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna. Teori pembelajaran Ausubel merupakan salah satu dari teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam cooperative learning. Menurut Ausubel bahan subjek yang dipelajari murid mestilah bermakna (meaningfull). Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta, konsep dan generalisasi yang telah dipelajari dan diingati oleh murid. Suparno (1997) mengatakan pembelajaran bermakna adalah suatu proses pembelajaran di mana informasi baru

dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang yang sedang melalui pembelajaran. Pembelajaran bermakna terjadi apabila murid boleh menghubungkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Sesuatu bahan subjek itu mesti sesuai dengan keterampilan murid dan mesti relevan dengan struktur kognitif yang dimiliki mereka. Oleh itu, subjek mesti dikaitkan dengan konsep-konsep yang sudah dimiliki murid, sehingga konsep-konsep baru tersebut benar-benar terserap oleh mereka. Dengan demikian, faktor intelektual-emosional murid terlibat dalam kegiatan pembelajaran. Pembelajaran sejarah bukan hanya sekadar menekankan kepada pengertian konsep-konsep sejarah belaka, tetapi bagaimana melaksanakan proses pembelajarannya, dan meningkatkan kualiti proses pembelajaran tersebut, sehingga pembelajaran tersebut menjadi benar-benar bermakna. Melalui pembelajaran koperatif, tentu bahan sejarah yang dipelajarinya tidak hanya sekadar menjadi sesuatu yang dihafal dan diingat, melainkan ada sesuatu yang dapat dipraktikkan dan dilatih dalam situasi nyata dan terlibat dalam penyelesaian masalah. Oleh itu, pembelajaran koperatif akan dapat mengusir rasa jemu dan bosan pembelajaran mata pelajaran sejarah yang lebih banyak menggunakan pendekatan ekpositori, khasnya pembelajaran sejarah yang sukar dikuasai oleh murid selama ini. Menurut Ausubel, penyelesaian masalah yang sesuai adalah lebih bermanfaat bagi murid dan merupakan strategi yang efisien dalam pembelajaran. Kekuatan dan makna proses pemecahan masalah dalam pembelajaran sejarah terletak pada kemampuan siswa dalam mengambil peranan pada kumpulannya. Bagi melancarkan proses tersebut maka bimbingan secara langsung diperlukan daripada guru, sama ada secara lisan mahupun dengan tingkah laku, manakala murid diberi kebebasan untuk membangunkan pengetahuannya sendiri. Hal ini merupakan penekanan dalam pembelajaran koperatif atau cooperative learning.
3

Ausubel mengatakan bahawa terdapat dua jenis belajar, iaitu belajar bermakna (meaningful learning) dan belajar menghafal (rote learning). Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Belajar bermakna adalah suatu proses di mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dipunyai seseorang yang sedang belajar. Belajar akan bermakna bila murid mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta, konsep murid. (a) Model Pembelajaran Ekspositori Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif iaitu am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998). (b) Penyusunan Awal Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Kaedah ini merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Oleh itu, terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan
5

dan generalisasi yang telah dipelajari dan diingat oleh

hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari. Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua aspek iaitu pertama, Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah. Aspek kedua pula ialah menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

5.2 TEORI BEHAVIORISME Di antara ahli-ahli bahasa yang menganuti teori ini ialah Bloomfield, Sapir, Boas, Fries, Brooks dan B.F Skinner. Behavioris ialah nama ahli teori yang mengemukakan pelbagai prinsip berdasarkan teori yang sama iaitu teori psikologi behaviorisme. Mengikut teori behaviorisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi satu kebiasaan. Teori ini berasaskan kepada cara pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak itu memperoleh bahasa daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain melalui proses peniruan yang berulang-ulang sejak dia mula belajar menyebut bunyi-bunyi, perkataan-perkataan dan seterusnya membentuk ayat-ayat. Bagi golongan behaviorisme, bahasa adalah sesuatu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan
3

pengulangan.

Sekiranya

tingkah

laku

manusia

berpunca

daripada

wujudnya

rangsangan dan gerak balas maka bahasa juga lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Tegasnya, tingkah laku bahasa wujud ketika ucapan terlahir daripada mulut seseorang dan ucapan itu diterima dan difahami oleh pendengar dan sebaliknya. Terdapat lima prinsip yang dikemukakan daripada pendapat ahli-ahli

psikolinguistik dan linguistik aliran Behaviorisme (Kamaruddin Hj Husin ,1988). Prinsip pertama ialah bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua terpenting. Ahli - ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan dengan bahasa lisan. Hal ini diikuti pula dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Prinsip seterusnya ialah bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini amat sesuai sekali diterapkan ke dalam proses pembelajaran bahasa kedua di mana tabiat bahasa yang baru perlu diajar kepada murid-murid itu. Bagi membentuk kebiasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa diutamakan. Pembelajaran bahasa kedua mestilah dilaksanakan secara intensif dan bukan secara berselang seli. Hal ini akan memudahkan pembentukan kebiasaan yang diingini itu. Prinsip ketiga ialah pengukuhan di mana salah satu syarat penting dalam pembelajaran. Hal ini kerana pengukuhan merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, contoh pengukuhan adalah pujian, keistimewaan, pengiktirafan, maklum balik, galakan dan sebagainya. Prinsip keempat ialah latihan pembelajaran. Latihan ini merupakan latihan yang dikukuhkan dan dilakukan secara ulangan satu-satu gerak balas dengan satu- satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan secara bermakna.

Prinsip behaviorisme yang kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslah dikukuhkan. Kanak - kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami. Oleh itu, dari segi pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru adalah model yang mutlak yang diikuti oleh pelajar-pelajar tanpa banyak bicara. Selain itu, pembelajaran hendaklah mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika sekiranya kedua- dua unsur ini dapat diwujudkan.

5.2.1 Teori Pelaziman Klasik : Ivan Pavlov Menurut teori pelaziman klasik, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan dinamakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan dinamakan pelaziman klasik. Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan

tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997). Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Beliau membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisma boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan. Prinsip Asas Pelaziman Klasik Pavlov Dalam teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov ini, terdapat beberapa prinsip penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh beliau. Prinsip tersebut terbahagi kepada empat iaitu generalisasi, diskriminasi, penghapusan dan pembelajaran semula. Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan memberikan tindak balas yang sama. Sebagai contoh, Ali akan menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi.
5

Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindk balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus. Konsep terakhir iaitu penguasaan atau pembelajaran semula ialah bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat. penguasaan berkenaan. Implikasi Teori Pavlov ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Implikasi teori ini ke atas pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Hal ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep Lebih kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh

pemulihan

serta-merta

juga

dapat

membantu

seseorang

guru

meningkatkan

keberkesanan pembelajaran.

5.2.2 Teori Pelaziman Operan : B.F Skinner B.F Skinner berpendapat bahawa kebanyakan tingkah laku manusia dan haiwan adalah dikuasai oleh ganjaran yang diterima apabila melakukannya. Dalam eksperimennya, Skinner telah memajukan cara membentuk tingkah laku yang disebut sebagai pelaziman operan. Perkataan operan dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila organisma menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisma itu bertindak balas ke atas persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya tingkah laku tersebut akan diikuti dengan makanan. Eksperimen Pelaziman Operan Skinner
3

Dalam eksperimennya, beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam Kotak Skinner. Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji-biji makanan akan terkeluar. Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar. Kemudian secara tidak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa jika alat penekan dipijak maka makanan akan diperoleh. Hal ini menunjukkan tikus itu telah belajar cara untuk mendapat makanan di dalam kotak. Seterusnya Skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan. Ini menyebabkan makanan tidak terkeluar apabila alat makanan ditekan. Hal ini menyebabkan tikus itu berhenti dari menekan butang tersebut. Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga. Prinsip Asas Pelaziman Operan Skinner Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada empat konsep utama iaitu peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada peneguhan positif dan peneguhan negatif, denda (punishment), prinsip Premack dan pelupusan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu

perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan adalah untuk memuaskan kehendak individu dan mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
3

Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau dikukuhkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

Dendaan

adalah

satu

proses

atau

tatacara

untuk

melemahkan

atau

mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan

sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menerapkan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan. Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. Selain itu, peneguhan itu tidak lagi digunakan. Seseorang guru juga sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta. Implikasi Teori Skinner ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran atau teknik yang baru dipelajari perlu diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Selain itu, peneguhan hendaklah diterapkan iaitu peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan.

Prinsip penghapusan pula sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. Tambahan pula, teori ini membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Penggunaan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Peneguhan negatif wajar diterapkan dalam sesuatu perkara iaitu untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.
3

Contohnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.

5.2.3 Teori Permodelan : Albert Bandura Teori permodelan yang dipelopori oleh Albert Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

Bandura menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3 - 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak - kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Selain itu, teori ini juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, pembelajaran boleh berlaku melalui peneguhan. Hal ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, contohnya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar - pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju. Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Pada kebiasaannya, model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contohnya, cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano

tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung. Eksperimen Permodelan Bandura Dalam suatu eksperimen, Bandura dan Walters telah mengkaji peniruan tingkah laku agresif dalam kalangan kanak-kanak. Empat kumpulan kanak kanak berumur 3 -6 tahun telah didedahkan kepada pelbagai contoh agresif. Satu kumpulan memerhati contoh sebenar, satu kumpulan memerhati contoh dalam filem, satu kumpulan menonton filem kartun yang agresif dan satu kumpulan lagi dijadikan sebagai kawalan yang tidak terdedah kepada contoh agresif. Hasil kajian menunjukkan murid dalam setiap kumpulan eksperimen melakukan satu set tindakan agresif terhadap anak patung. Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Peniruan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu tumpuan, penyimpanan, penghasilan dan peneguhan atau motivasi. Tumpuan ( Attention ) Tingkah laku model hendaklah diperhatikan bagi membolehkan subjek meniru perlakuan yang dilakukan oleh model. Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku. Penyimpanan ( Retention )

Subjek yang memerhati harus menyimpan peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Hal ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. Penghasilan ( Reproduction ) Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkah laku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis dan sebagainya. Bagi sesetengah tingkah laku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponenkomponen tingkah laku yang telah diperhatikan.

Motivasi ( Motivation ) Peneguhan atau motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran

pemerhatian. Peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkannya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan - rakan dan peniruan tersebut akan dihentikan. Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia dipuji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Peneguhan kedua, pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan meniru tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elisitasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku
3

tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising semasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula. Implikasi Teori Bandura ke atas Pengajaran dan Pembelajaran Teori ini memberi penekanan kepada permodalan atau prose peniruan oleh murid terhadap apa yang diperhatikan. Oleh itu, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar. selain itu, tunjuk cara guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat dan berkesan. Hasilan guru seperti kraftangan, lukisan atau alat bantu mengajar hendaklah bermutu tinggi. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Murid lain yang kagum dengan pencapaian yang memberangsangkan akan cuba memerhati dan meniru tingkah laku yang dilakukan. Tambahan pula, guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi. Guru juga boleh menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai seperti memberi hadiah atau pengiktirafan dan sebagainya.

7.0 RUMUSAN Setelah melaksanakan tugasan BMM 3108 Pengantar Linguistik ini, kami banyak mendapat manfaat dan ilmu baru berkenaan dengan linguistik ini sendiri. Jika sebelum ini, kami kurang faham berkenaan ilmu linguistik, namun setelah melaksanakan tugasan ini, kami memperoleh banyak ilmu baru. Linguistik merupakan satu bidang kajian yang mengkaji bahasa secara saintifik. Secara ringkasnya, bidang linguistik mempunyai beberapa bahagian seperti pembahagian bidang linguistik. Setiap bidang kajian mempunyai pecahannya yang tersendiri seperti linguistik terapan. Antara bidang yang terdapat dalam bidang linguistik ialah linguistik umum, linguistik terapan, linguistik historis dan linguistik komparatif. Selain itu, linguistik telah berkembang sejak zaman-berzaman. Perkembangan bidang linguistik bermula sejak zaman Yunani dan berkembang sehingga ke zaman moden. Setiap bidang dipelopori ada dipelopori oleh tokoh-tokoh linguistik. Bukan itu sahaja, bahasa juga telah Oleh itu, didefinisikan mengikut pelbagai cara seperti sifat semula jadi, peranan dan fungsinya. Dalam setiap perlakuan manusia, bahasa memainkan peranan penting. bahasa mempunyai sifat atau cirinya sendiri. Tambahan lagi, perkembangan linguistik juga telah dikaji sejak zamanberzaman bermula dari zaman Yunani lagi sehinggalah ke zaman moden. Pada setiap zaman, linguistik menunjukkan perkembangannya yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh tertentu. Teori bahasa pula menunjukkan pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik yang dianggap sebagai asas penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebagai seorang guru, adalah amat penting untuk mengetahui teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa untuk mengajar bahasa Melayu kepada murid-murid kelak.

8.0 REFLEKSI NAMA : NURASYIDAH BT MOHD RASID NO. K/P : 900913 11 5368

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada semester empat ini menuntut saya mempelajari Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Pembelajaran ini adalah mengenai kajian terhadap bahasa. Kajian bahasa ini dikaji secara terperinci dan menyeluruh iaitu mencakupi struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki memahami segala struktur bahasa dengan jelas dan menguasai kemahiran tersebut dengan baik supaya dapat melaksanakan P & P dengan berkesan. Antara aspek yang perlu diberi perhatian dan penegasan ialah menghuraikan tentang bidang linguistik dan sifat-sifat bahasa, menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik bermula dari zaman Yunani sehingga ke abad ke 19 dan menganalisis pemikiran tentang teori-teori bahasa dan teori-teori pemerolehan bahasa. Pada mulanya, tugasan ini adalah berdasarkan individu tetapi pensyarah pembimbing iaitu Puan Fazilah binti Mat Zain menyedari bahawa tugasan yang diperlukan mempunyai subtajuk yang banyak. Oleh itu, beliau memberi keringanan kepada kami untuk melakukan tugasan ini secara berkumpulan. Hal ini amat menggembirakan kami kerana dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan yang telah ditetapkan. Saya telah mengambil beberapa inisiatif dalam menyiapkan tugasan ini supaya dapat menyempurnakannya dengan sebaik mungkin. Setelah mendapat tugasan ini,
4

saya telah melakukan perbincangan dengan pensyarah Bahasa Melayu iaitu Puan Fazilah supaya lebih memahami tugasan ini dengan lebih terperinci. Selain itu, beliau juga turut memberi penekanan dalam aspek penulisan supaya menepati format penulisan yang sebenarnya. Hal ini boleh membantu saya dalam menghasilkan satu tugasan yang menepati aspek-aspek yang berkaitan. Dalam mencari maklumat berkaitan linguistik, saya dan rakan-rakan telah membuat rujukan di perpustakaan. Kami bernasib baik kerana perpustakaan menyediakan banyak bahan mengenai linguistik dan ini amat membantu kami dalam menyiapkan tugasan. Tambahan pula, teknologi yang canggih pada masa kini iaitu penggunaan internet turut memudahkan kami dalam mencari maklumat yang berkaitan. Selain itu, kami turut menemu bual beberapa pelajar yang lebih mahir iaitu pelajar semester lain dan pensyarah pengajian Bahasa Melayu. Akhirnya, berkat kesabaran dan usaha yang gigih, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Puan Fazilah binti Mat Zain atas segala ilmu yang dicurahkan serta bantuan yang diberikan ketika menjalani kursus BMM 3107 dan semasa proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini dan atas kerjasama yang diberikan. Sesungguhnya, kursus dan tugasan ini memberi saya banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan baru. Pengalaman seperti ini sudah pastinya menjadi titik tolak bagi membina guru yang berkualiti pada masa akan datang.

NAMA : RUSLINA BINTI NAJAHUDDIN NO.K/P : 900520 06 5398 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi ahirnya kerja khusus ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang diberikan. linguistik itu sendiri. Saya telah melakukan pencarian isi, rujukan, dan perkara-perkara tambahan yang bersesuaian untuk dimuatkan ke dalam kerja khusus ini dengan cara mencari bahan di perpuastakaan, mengakses maklumat dari internet, bertanya kepada pensyarah pembimbing, dan seterusnya memperbanyak membaca mengenai topik yang dikaji. Secara tidak langsung melalui tugas ini saya telah berjaya mendalamkan ilmu mengenai linguistik terutamanya aspek-aspek yang dikaji, iaitu perkembangan ilmu linguistik dan sifat-sifat bahasa, susur galur perkembangan ilmu linguistik bermula dari zaman Yunani sehingga abad ke-19, serta turut mengkaji tentang teori-teori bahasa dan teori-teori pemerolehan bahasa. Saya tidak mengalami masalah besar dalam menyiapkan tugasan ini. Namun Sepanjang tempoh ini saya telah mendapat palbagai pengalaman, ilmu, dan pengetahuan dalam pelbagai aspek, khusnya mengenai bidang

begitu, terdapat juga masalah-masalah kecil tetapi berjaya diatasi. Antara masalah yang saya alami ialah bahan rujukan yang dijumpai dalam bentuk bahasa Melayu Indonesia. Malah, istilah yang digunakan kebanyakannya sukar untuk difahami. mengatasi masalah ini. Seterusnya, cara pelaksaan tugas ini, saya telah membuat draf terlebih dahulu dan membuat kolaborasi dengan pensyarah pembimbing agar hasil kerja saya menepati kriteria yang dinilai. Saya juga menunjukkan hasil kerja saya dengan rakan sekumpulan agar kesalahan yang saya lakukan dapat dibetulkan terlebih dahulu
3

Oleh

yang demikian, saya telah berusaha memuat turun perisian kamus Indonesia bagi

sebelum merujuk ke pensyarah pembimbing. ditangga.

Kami juga saling bertukar-tukar

pendapat dan saling membantu agar hasil kerja ini tidak sekadar melepaskan batuk

Menerusi kerja khusus ini saya mendapati subjek Pengantar Linguistik merupakan satu subjek yang mencabar kerana memerlukan kesabaran dalam memahaminya terutama mengenai susur galur perkembangannya. Saya juga mendapati bahawa subjek ini memerlukan pengahayatan ketika membacanya. Mempelajari dan mengkaji mengenai linguistik membuatkan rasa cinta mengenai bahasa semakin meninggi. Hasil titik peluh selama sebulan ini saya berharap agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang dinilai. Kerja khusus ini juga telah saya jadikan rujukan tambahan saya terutama dalam menghadapi peperiksaan akhir semester nanti Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Fazilah selaku pensyarah pembimbing serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

NAMA : NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAZAK NO.K/P : 901112-06-5342 Bersyukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya, dapat juga saya menyiapkan tugasan Pengantar Linguistik (BMM3107) ini. Saya telah menerima tugasan ini pada 27 Julai 2011 dan perlu menghantar tugasan pada 29 Ogos 2011. Pensyarah kami, Puan Fazilah bt. Mat Zain telah memberi taklimat kepada kami mengenai penyediaan tugasan seperti yang dikehendaki soalan. Sebelum tugasan ini dilaksanakan, saya dan rakan sekumpulan telah membina jadual kerja bagi memudahkan kami melaksanakan tugasan. Kami juga telah mendapatkan maklumat dari pada pelbagai sumber seperti buku dan internet. Walaubagaimanapun, kami menghadapi sedikit kesulitan semasa mengumpulkan bahan untuk dibuat rujukan. Antara kesulitan yang dialami ialah kurangnya buku berkaitan linguistik di perpustakaan. Bahan yang diperoleh dari internet juga adalah dalam bahasa Indonesia. Hal ini menyukarkan kami untuk menterjemahkan bahan tersebut. Namun, setelah memperoleh maklumat yang berkaitan, kami mengadakan perbincangan untuk menyediakan tugasan ini. Tugasan ini menghendaki kumpulan kami menyediakan beberapa perkara berkaitan seperti pembahagian bidang linguistik, sejarah perkembangan linguistik dan teori bahasa serta teori pemerolehan bahasa. Dalam bahagian bidang linguistik, saya dapat mengetahui bagaimana sesuatu bidang itu dibahagikan dan subbidang yang terdapat di dalamnya. Setiap bidang linguistik mempunyai cara kajian yang tersendiri. Selain itu, melalui sejarah perkembangan ilmu linguistik, saya dapat mengetahui perkembangan bidang tersebut sejak zaman mula diperkenalkan sehingga ke zaman moden. Ilmu linguistik telah berkembang sejak zaman Yunani lagi. Bukan itu sahaja,
3

saya juga dapat mengenali tokoh-tokoh yang terlibat dalam bidang linguistik seperti Edward Sapir, Bloomfield, Ferdinand de Saussure dan beberapa orang lagi. Setiap tokoh linguistik ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap ilmu linguistik. Tambahan lagi, penyediaan tugasan ini turut memberikan penambahan ilmu kepada diri saya berkenaan teori bahasa dan teori pemerolehan bahasa. rakan sekumpulan, saya dapat memahaminya. menyiapkan tugasan ini. Akhirnya, setelah menempuh banyak dugaan dan cabaran, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan lengkap. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Fazilah kerana banyak memberikan dorongan dan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan. tugasan ini. Saya juga banyak memperoleh pengalaman dan ilmu baru melalui Pada mulanya, saya kurang faham mengenai teori bahasa, tetapi setelah diterangkan oleh Saya dan rakan sekumpulan turut berjumpa dengan pensyarah subjek bagi mendapatkan bimbingan beliau untuk

You might also like