You are on page 1of 26

PJM 3106 ANATOMI DAN FISIOLOGI Fungsi Tulang

PEMBENTANGAN OLEH: MUHAMMAD SOLEHIN BIN BIDRUL RAFIQ UL HAQ BIN ROSLAN AHMAD SITI HAJAR NABILA BINTI SHUKRI

PENGENALAN
Kerangka manusia disokong oleh struktur seperti ligamen , tendon, otot, dan organ manusia yang lain. Sejumlah 206 tulang membentuk sistem kerangka manusia dewasa. Tulang diberi nama mengikut tempatnya. Terdapat 2 bahagian sistem kerangka manusia iaitu :a. Kerangka aksial b. Kerangka penyokong

FUNGSI
Pergerakan Memberi keupayaan pada tubuh untuk bergerak

HURAIAN
Tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi. Rangka melindungi organ dalaman yang penting.

CONTOH
Sendi lengan dan kaki, sendi lutut yang melibatkan tibula, fibula dan femur. Tulang rusuk melindungi paru-paru dan jantung. Tengkorak melindungi otak Tulang belakang menegakkan badan Memberikan struktur/bentuk muka

Perlindungan melindungi strukturstruktur penting dalam tubuh

Sokongan Tanpa tulang, manusia Menyokong tubuh manusia tidak mampu berdiri tegak supaya tegak kerana otot dan urat manusia tidak mampu menyokong berat badan.

FUNGSI

HURAIAN

CONTOH
Sum-sum dalam tulang menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Lemak disimpan dalam kaviti tulang. Jika diperlukan, lemak akan diserap ke dalam darah dan digunakan sebagai sumber tenaga.

Pembentukan sel-sel darah Tulang menyimpan sumsum yang bertugas menghasilkan darah.

Tempat simpanan bahan galian bagi badan

Tulang menyimpan mineral seperti kalsium dan fosforus. Mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan.

Struktur Tulang

Struktur Tulang
Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang teguh bagi membolehkan pergerakan dalam aktiviti fizikal.

tulang berlaku secara diameter dan secara memanjang.

Terdiri daripada empat lapisan iaitu : Periosteum Tulang mampat Tulang berongga  Sum-sum tulang.

PERIOSTEUM
Lapisan pertama pada tulang dan mempunyai selaput luar yang nipis.

Terdiri daripada osteoblas (sel pembentukan jaringan tulang). Ia menyediakan saluran darah dan saraf ke tulang.

Tempat melekatnya otot-otot rangka ke tulang dan berperan dalam memberikan nutrisi, pertumbuhan dan reparasi tulang rosak.

PERIOSTEUM

TULANG MAMPAT (DIAFISIS)

Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai tekstur yang halus dan keras serta disaluti periosteum. Banyak mengandung kapur (Calsium Phosfat dan Calsium Carbonat) sehingga tulang menjadi padat dan kuat.

Tulang kompak paling banyak ditemui pada tulang kaki dan tulang tangan.

TULANG BERONGGA (EPIFISIS)

Lapisan ketiga dan terletak pada keduadua hujung tulang panjang.

Tulang spongiosa terdiri dari kisi-kisi tipis tulang yang disebut trabekula.

Memiliki banyak rongga yang diisi oleh sumsum merah yang dapat menghasilkan selsel darah.

TULANG BERONGGA (EPIFISIS)

SUMSUM TULANG

Lapisan terakhir dan yang paling dalam adalah sumsum tulang Sumsum tulang berperan penting dalam tubuh kita kerana berfungsi memproduksi selsel darah yang ada dalam tubuh. Sumsum tulang wujud seperti jelly yang kental dan dilindungi oleh tulang spongiosa

SUMSUM TULANG

Rangka Aksial
Tengkorak Tulang veterbra Sangkar Toraks

Tengkorak

Merupakan struktur bertulang yang melindungi otak dan bahagian teratas saraf tunjang serta menyokong mata dan strukturstruktur lain pada muka

Tengkorak terbentuk daripada beberapa jenis tulang : Sutur tulang parietal tulang frontal soket mata tulang hidung tulang pipi (tulang zygomatic) rahang bawah (mandible).

Tengkorak yang terbina daripada tempurung kepala dan tulang muka yang dapat dibahagikan kepada dua iaitu tulang kranium dan tulang muka.

Tulang kranium berfungsi melindungi otak manusia dan bersendi dengan rahang bawah.

Manakala tulang muka pula berfungsi melindungi mata dan telinga yang keseluruhannya bersendi dengan turus vetebra.

Tulang Veterbra

Bahagian ini terdiri daripada 33 ruas tulang vetebra iaitu : 1. Serviks (7 ruas) -Menyokong kepala dan leher 2. Toraks (12 ruas) -Membentuk satu sauh atau sebagai pengangkut bagi tulang rusuk 3. Lumbar (5 ruas) -Membantu menyokong berat badan dan memberikan kestabilan pada badan 4. Sakrum (5 ruas) -Menyokong pelvis, dan akhir iaitu koksiks (4 ruas) yang membentuk bahagian hujung tulang belakang.

KERANGKA PENYOKONG
Lengkungan pektoral Lengkungan pelvis Tulang-tulang anggota depan Tulang-tulang anggota Belakang

Kerangka penyangga
 Kerangka penyangga bersendi dengan rangka aksial pada bagian bahu dan punggung. I. Lengkungan pektoralis Terdiri daripada 2 tulang iaitu:
a. Tulang selangka Berbentuk batang dan melengkung sedikit. Bersendi dengan manubrium sterni pada satu ujung dan akromion pada ujung yang lain. Berfungsi untuk mengalirkan daya dari lengan ke badan manusia.

b) Tulang belikat

Berbentuk sekeping tulang pipih yang berupa segitiga.  Membentuk tonjolan akromion dan korakoid yang merupakan perpanjangan spina skapula  Kavitas glenoidalis (bahagian tulang belikat) bersendi dengan kepala tulang lengan atas bahagian depan

LEKUNGAN PELVIS
Terdiri dari 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua- dua bahagian ini berikatan antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventra Lengkungan ini terbahagi atas:
a. Ilium yang bersendi dengan tulang kelangka b. Iskium (atau tulang pelana) c. Pubis (atau tulang ari-ari)

Sekian, Terima kasih atas perhatian anda

You might also like