You are on page 1of 19

dgn ilmu agama hidup lebih mudah & terarah

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta’zir


Maret 5, 2007 linggar

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah
syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang
tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong
dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan
disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka
hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:

“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.” (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga
anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang
membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan
sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:

“Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang
yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan
disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang
meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali
sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith
yang bermaksud:

“Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh
kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan
Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya


nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari
persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib
dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam
hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

“Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya


Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina
hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama
setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak
seratus kali sebat dan direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan
dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan
menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau
dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu
dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka
telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah)
Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Ma’idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta


melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan
membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh
sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan
merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka
merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu
ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia
bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar.”
(Surah Al-Ma’idah: 33)

HUKUM JENAYAH ISLAM


1. Pengertian Jenayah.

Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.WT. atau meninggalkan
sesuatu perkara yang disuruh olehNya.

2. Falsafah Jenayah.

Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.WT. untuk dilaksanakan dalam
sesebuah negara bagi menjamin keadilan dan keselamatan ummah

HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM

Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada ;

(a) Hukum Hudud


(b) Hukum Qisas
(c) Hukum Ta'zir

A. HUKUM HUDUD

1. Pengertian Hudud;

(a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.


(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan
oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah
S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

Maksudnya; "Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu
mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim"

2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

(a) Zina;

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali

. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

(b) Qazaf (menuduh zina);

Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukuman : sebat
80 kali

(c) Minum arak;

Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.


Hukuman : sebat 80 kali

(d) Mencuri;

Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi. Hukuman : potong tangan

(e) Merompak;

Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan
ancaman. Hukuman : sekiranya membunuh hendaklah dibunuh

* sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara
bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri
bagi kesalahan seterusnya.

*sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);

Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan
perkataan. Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3
kali )
# Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman
hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt
penjara @ wang.

B. HUKUM QISAS

1. Pengertian qisas;

(a) Dan segi bahasa qisas bermaksud memotong.

(b) Dan segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas
A1-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw. kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan
hak individu.

2. Jenis jenayah qisas;

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan


sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata,
hidung dan telinga.

3. Hukuman terhadap kesalahan qisas;

Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang
sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia
mesti dihukum bunuh.

Maksudnya; "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu,
bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas
dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan
luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak
membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya" (Surah al-Maidah ayat 45)

Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.

Kadar Diat

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan unta iaitu harta yang paling bernilai
ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama'
berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya
pada masa tersebut. Di antaranya ialah

a) wangemas = 1000dinar

b) wangperak = 10,000-12,000dirham

c) lembu = 200ekor

d) kambing = 2000ekor
e) Persalinan = 200 persalinan lengkap

a. Diat jenayah membunuh.

1. Pembunuhan sengaja - 100 ekor unta secara terus (tanpa tangguh) yang terdiri
drp ;

A) 30ekor Juz'ah ( unta berumur 5 tahun)

B) 30 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)

C) 40 ekor Hulqah

# Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qishas @ diat

. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qishas bunuh
dikenakan.

2. Pembunuhan separuh sengaja - 100 ekor unta spt di atas tetapi bayaran boleh
ditangguhkan sehingga 3 tahun.

3. Pembunuhan tidak sengaja - 100 ekor unta dan ditangguhkan sehingga 3 tahun
yang terdiri drp ;

20 ekor Juz'ah (unta berumur 5 tahun)


20 ekor Hiqqah (unta berumur 4 tahun)
20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 3 tahun)
20 ekor Ibnu Labun (unta berumur 3 tahun)
20 ekor Bintu Mukhad (unta betina berumur 2 tahun)

# Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan Pembunuhan Tidak


Sengaja adalah Diat sahaja. Qishas tidak dikenakan.

1/2 drp diat lelaki


1/2 drp diat merdeka

# Pembunuhan Sengaja ialah membunuh dengan niat.

# Pembunuhan Separuh Sengaja ialah spt seorang memukul orang dengan tongkat
@ melempar dengan batu kelikir, tanpa disangka-sangka terus mati orang tersebut.
(tanpa niat membunuhnya)

# Pembunuhan Tidak Sengaja ialah spt seorang yang tertembak rakannya yang
disangkanya binatang buruan.

# Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya


sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dlm pengampunan.

b. Diat jenayah mencederakan anggota


1. 100 ekor unta untuk anggota tunggal spt terputusnya lidah, hilang akal,
menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.

2. 50 ekor unta untuk anggota yang berpasangan, jika kedua-duanya terlibat maka
diatnya 100 unta. Ia melibatkan salah satu drp kaki atau tangan, mata dan telinga.

3. 33 ekor unta untuk luka al-Ja'ifah (luka hingga ke dlm bhg otak)

4. 33 ekor unta untuk luka Al-Ma'muumah ( luka yang sampai ke selaput kepala)

5. 25 ekor unta untuk anggota yang 4 bahagian (pasang) spt kelopak mata. Setiap
satu kelopak mewakili 25 unta.

6. 10 ekor unta untuk luka Al-Hasyimah (luka yang memecah @ mematahkan


tulang)

7. 15 ekor unta untuk luka Al-Munqilah (luka yang sampai ke tulang dan
mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya).

8.10 ekor unta untuk anggota yang ada 10 bahagian spt jari tangan dan jari kiri.
Setiap satu jari jika patah mewakili 10 ekor unta.

9. 5 ekor unta untuk luka Mudhihah @ Muwadhdhohah (luka yang menampakkan


tulang)

C. HUKUM TA'ZIR

1. Pengertian ta'zir.

(a) Dan segi bahasa ta'zir bererti menolak atau menghalang

(b) Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat
kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak
ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang
dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan
keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu

2. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta'zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan
hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti


mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

3. Hukuman bagi kesalahan ta'zir.

(a) Nasihat
Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak
mengulangi lagi pada masa akan datang

(b) Teguran

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau
melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan
berusaha untuk memperbaiki dirinya

(c) Ancaman

Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab
takut dikenakan hukuman.

(d) Pemulauan

Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya


ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat
dengan orang lain dalam masyarakat

(e) Perisytiharan umum

Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya


penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat

(f) Denda dan merampas harta;

Iaitu hukuman ta 'zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang
dimiliki oieh penjenayah.

(g) Penjara;

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti


smasa.

(h) Sebat;

Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang


tertentu mengikut realiti sekali

(i) Bunuh

Hukuman bunuh bagi kesalahan ta'zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga
kemaslahatan umum masyarakat

(j) Buang daerah

Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan


dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.
Matlamat Hukum Hudud, Qisas dan Ta'zir

(a) untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia
berlaku

(b) untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat


dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang
memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan
jenayah

(c) untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab


akhirat.

Peranan undang-undang jenayah Islam mewujudkan keamanan dan kesejahteraan


dalam masyarakat.

(a) Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama.
Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya
berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

(b) Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan
orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan
masyarakat aman dan sejahtera.

(c) Hukuman jenayah Islam mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada


penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang
penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini
jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Wallahua'lam...

Sy_Lotfullah@petronas.com.my

FIQH & PERUNDANGAN ISLAM (JILID VI)

Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu al-Juz’ al-Sadis

(Dr. Wahbah al-Zuhaili, Syria)

Perbezaan antara Hudud & Ta’zir


Al-Qarafi daripada Mazhab maliki menyebutkan 10 perbezan antara hudud dan Ta’zir,
iaitu seperti berikut[9]:

<!--[if !supportLists]-->1. Taqdir (hukum yang ditentukan). Hukum hudud, qisas


adalah diputuskan oleh syara’ terhadap pesalah. Bukan tugas hakim untuk menentukan
hukumannya berdasarkan keadaan pesalah atau keadaan jenayah. Manakala hukuman
ta’zir pula, penentuan hukumannya diserah kepada qadi, iaitu qadi boleh memilih hukum
yang munasabah dengan mengambil kira suasana dan keadaan tertuduh, keperibadiannya,
hukuman terdahulu dan tahap kesannya dengan hukuman, tahap keadaan kesalahan dan
kesannya dalam masyarakat.<!--[endif]-->

Namun perlu diperhatikan bahawa pemberian kuasa pemutus kepada qadi ini
dalam ta’zir adalah terikat dengan garis panduan yang ditetapkan, paling penting ialah
memilih apa yang dilihatnya sesuai daripada hukuman yang disyariatkan dalam ta’zir
bagi keadaan-keadaan yang ada dan mengambil kira daripada pelaku maksiat. Tambahan
pula, hakim itu sendiri seorang Muslim yang sampai peringkat adil dan wara’, dan bagi
ulama’ Maliki dan Shafi’i, qadi sewajarnya sampai kepada peringkat mujtahid. Di sini
jelaslah bahawa kuasa qadi menjatuhkan hukuman bukan tanpa asas dan garis panduan,
atau tanpa jaminan kepada tertuduh, atau tertuduh itu akan melarat dengan hukuman yang
dijatuhkan oleh qadi atas kesalahannya, sekalipun bukan dengan kehendak dan
kekejamannya[10]. Di samping itu juga tidaklah menjadi kesalahan mensivilkan hukuman,
dan Negara berpegang kepada undang-undang yang tetap kepada pesalah dan hukuman
ta’zir. Asal kuasa untuk memutuskan ta’zir ialah Imam, iaitu ketua negara sekiranya dia
seorang ahli ijtihad, dan iserahkan kepada qadi untuk menjatuhkan hukuman. Oleh itu,
kalau Imam mewakilkan tugas ini kepada qadi yang khusus, mereka terikat dengan
syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-undang dan kaedah.

Para fuqaha bersepakat tanpa menetapkan sebahagian kecil hukum ta’zir, tetapi
mereka berselisih pendapat dalam menetapkan kebanyakannya. Menurut ulama Maliki,
ta’zir tidak terbatas, dengan dalil ijma’ sahabat berdasarkan kisah Ma’an bin Zaidah[11]
yang memalsukan surat Umar r.a. dan mendakwa cop mohor seperti cop mohor
kepunyaannya. Maka dia dihukum dengan 100 kali sebat, lalu segolongan memberi
syafa;at. Lalu Umar berkata, “Kamu nyatakan kepada aku kesalahan itu, aku terlupa”.
Maka Umar menghukum sebat 100 kali yang lain, kemudian dihukum sebat yang lain
pula, kerana perkara asal adalah persamaan hukuman bagi jenayah, dan kerana itu Umar
bin Abdul Aziz r.a. berkata, “Beritahulah kepada manusia supaya menjatuhkan hukuman
mengikut kadar apa yang mereka cakapkan tentang kejahatan itu”.

Menurut Abu Hanifah, janganlah ta’zir melebihi sekecil-kecil hudud iaitu 40 kali
sebat (hadd hamba), malah sekurang-kurangnya kurang daripadanya dengan sekali
sebatan.
Menurut al-Shafi’i ada dua pendapat, yang paling sah seperti pendapat Abu
Hanifah. Kami akan jelaskan di dalam perbahasannya juga. Dalil mereka ialah Hadith
dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‫ في غير حدود ال تعالى‬،‫ل تجلدوا فوق عشر‬


Terjemahan: “Janganlah kamu menjatuhkan sebat melebihi 10 kali bagi hukuman
yang bukan hudud Allah”[12].

Aku menjawab tentang Hadith ini dengan sebab ada kenyataan para fuqaha yang
mengatakan bahawa hukuman sebat yang melebihi 10 kali adalah dengan alasan untuk
mengajar demi kemaslahatan. Hukuman ini dikeluarkan oleh selain daripada pemerintah
seperti tuan yang memukul hambanya, suami memukul isterinya, dan bapa memukul
anaknya, atau bermaksud merotan dengan tidak menyakitkan seperti kanak-kanak, orang-
orang gila dan binatang ternakan.

Menurut Ulama Hanbali[13], hukuman ta’zir kepada orang merdeka tidak boleh
melebihi hadd yang terendah, kecuali dalam kes bersetubuh. Ia harus dengan hukuman
ta’zir kepada orang yang merdeka sampai kepada 100 kali sebat tanpa penafian. Ada yang
berpendapat tidak sampai 100 kali malah kurang daripada itu, dan harus mengurangkan
hukuman itu mengikut pandangan pemerintah.

<!--[if !supportLists]-->2. Kewajipan perlaksanaan hudud dan qisas, jika tidak


diampunkan oleh waris si mati, maka hukuman qisas wajib dijalankan oleh pemerintah.
Tidak ada kemaafan atau belas ihsan, dan tidak boleh digugur atau dibebaskan dengan
apapun alas an.<!--[endif]-->

Ta’zir pula adalah berbeza. Menurut Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad
(jumhur), seandainya ta’zir menjadi hak Allah s.w.t. wajiblah dilaksanakan sama seperti
hudud. Kecuali pada perkiraan Imam tanpa mengira celaan dan perkataan orang ramai, ia
dapat mencapai tahap maslahat. Maksudnya sekiranya ta’zir itu menjadi hak Allah s.w.t.
Imam tidak harus meninggalkannya. Tetapi Imam harus memaafkan dan memberi belas
ihsan sekiranya dilihat tiada maslahat, atau penjenayah telah tertegah tanpanya.

Adapun ta’zir yang menjadi hak individu, maka bagi yang berhak boleh
membiarkannya dengan mengampunkan atau lainnya, iaitu menggugurkan dakwaan.
Namun, kalau dia sendiri mahu dakwaan tersebut, pemerintah tidak mempunyai kuasa
untuk mengampun atau memberi syafa’at, dan tidak boleh juga menggugurkan dakwaan.

Menurut al-Shafi’i, tugas menjatuhkan ta’zir tidak wajib ke atas Imam, sama ada
dia mahu menjalankannya atau membiarkannya. Terdapat dalil yang sabit dalam kitab
Sahih bahawa Rasulullah s.a.w tidak menta’zir seorang Ansar yang berkata kepada
Baginda tentang hak Zubair pada perkara air saliran, “Ia anak pakcikmu”. Baginda
memaafkannya[14]. Oleh kerana hukuman ta’zir tidak diputuskan, maka ia tidaklah wajib
seperti pukulan bapa, guru dan suami[15].

Asas perbezaan di antara hudud dan ta’zir bahawa hudud merupakan hak yang
putus bagi Allah s.w.t manakala qisas adalah sebahagian daripada hak individu, maka ia
harus mengampunkannya. Ta’zir pula ada yang menjadi hak Allah s.w.t dan ada yang
menjadi hak hamba.

<!--[if !supportLists]-->3. Bertepatan dengan asal atau kaedah am: Ta’zir


bertepatan dengan asal atau kaedah yang memutuskan kepentingan perbezaan hukuman
menurut perbezaan kesalahan. Manakala hudud, tidak ada perbezaan menurut perbezaan
fizikal kesalahan berdasarkan hujjah syara’, tetap menyamakan dalam hadd mencuri,
sama ada mencuri sedikit seperti satu dinar atau mencuri banyak seperti 1000 dinar.
Dalam hadd meminum arak, sara’ menyamakan antara peminum setitik dengan peminum
setempayan. Dalam hadd qisas pula, syara’ menyamakan antara membunuh eorang lelaki
alim, salih, bertqawa, berani dan pahlawan dengan membunuh seorang lelaki yang tidak
ada harga.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->4. Mensifatkan kesalahan itu sebagai maksiat atau tidak.


Hukum ta’zir adalah bertujuan untuk mengajar mengikut jenis kefasadan, dan kadang-
kadang kesalahan itu tidak dikategorikan sebagai maksiat dalam kebanyakan hal. Sama
seperti mengajar kanak-kanak, binatang dan orang-orang gila demi untuk kebaikan
mereka, tanpa mensifatkan kesalahan.<!--[endif]-->

Manakala hudud yang telahpun diputuskan, ia terdapat di dalam syara’ sebagai


hukuman ke atas perbuatan yang bersifat maksiat berasarkan bukti.

<!--[if !supportLists]-->5. Gugur hukuman: Ta’zir kadang-kadang gugur sekalipun


kita mengatakan wajib ta;zir, sama seperti jika penjenayah itu terdiri daripada kanak-
kanak atau orang-orang mukallaf kalau melakukan satu jenayah yang hina, tidak boleh
dijatuhkan hukuman lantaran tiada bentuk hukuman ringan yang dapat menegah dan tiada
yang mewajibkan hukumanyang berat. Manakala hadd tidak boleh gugur selepas
wajibnya dengan apa jua alasan.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->6. Kesan taubat: Ta’zir gugur dengan bertaubat tanpa


diketahui adanya khilaf. Manakala hudud sama seperti yang kami terangkan, ia tidak
gugur dengan bertaubat menurut pendapat yang sahih di sisi jumhur ulama’ selain
Hanbali, kecuali bagi kes menyamun berdasarkan firman Allah s.w.t.:<!--[endif]-->
Terjemahan: Kecualilah orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya,
(mereka terlepas dari hukuman itu)… .

(Surah al-Maidah, ayat 53)

<!--[if !supportLists]-->7. Pemilihan (takhyir): Ia termasuk dalam ta’zir secara


mutlak tetapi tidak termasuk dalam hudud, kecuali dalam kes menyamun.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->8. Memelihara suasana tersembunyi: Ta’zir berbeza berbeza


dengan perbezaan pelaku dan perkar ayang dilakukan, dan jenayah berbeza dengan sebab
perbezaan peribadi dan kesalahan. Oleh itu, hukumn ta’zir mestilah mengambil kira
kadar jenayah, penjenayah dan mangsa jenayah. Manakala hudud, tidak berbeza dengan
sebab perbezaan pelakunya, dan suasana tersembunyi tidak memberi apa-apa kesan ke
atas kesalahan-kesalahan hudud dan qisas. Kesimpulannya, perkara ini menyempurnakan
perbezaan antara hudud dan ta’zir yang pertama.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->9. Memelihara tempat berlaku kesalahan dan waktunya:


ta’zir berbeza-beza dengan sebab perbezaan zaman bagi sesebuah kota. Hanya sedikit
sahaja ta’zir di sesuatu negeri, tetapi mungkin merupakan satu kemuliaan di negeri yang
lain.<!--[endif]-->

<!--[if !supportLists]-->10. Hak Allah s.w.t dan hak hamba: Ta’zir mempunyai dua
jenis, antaranya yang telah putus sebagai memelihara hak Allah s.w.t seperti
penganiayaan ke atas para sahabat atau al-Qur’an dan sebagainya daripada perbuatan
mencabul kehormatan agama. Jenis kedua ialah perkara yang telah putus sebagai hak
hamba iaitu hak individu seperti mencemuh seseorang, memukul dan sebagainya.<!--
[endif]-->

Manakala hudud, kesemuanya menurut kesepakatan imam-imam mazhab adalah


merupakan hak Allah s.w.t, kecuali dalam kes qadhaf kerana ada khilaf sebagaimana
yang akan kami terangkan nanti. Menurut al-Shafi’i, di antara perbezaan hudud dan ta’zir
ialah tidak terjadi hadd daripada darah yang mengalir tanpa balasan yang lenyap, tetapi
seandainya berlaku kemusnahan daripada ta’zir, maka ia wajib diganti berdalilkan
perbuatan Saiyidina Umar r.a. ketika seorang perempuan didakwa hamil, lantas dia
merasa takut, dan membuang janinnya yang kemudiannya (wanita itu) mati. Lalu
Saiyidina Ali k.w. bermesyuarat pada perkara ini dan memutuskan dikenakan diyat janin.
Sesetengah ada yang berpendapat hukum diputuskan berdasarkan kebijaksanaan
pemerintah dan yang lain pula berpendapat diyat tadi diserahkan kepada Baitulmal.

Manakala Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad berpendapat, ta’zir yang hilang
tidak wajib diganti secara mutlak. Maka orang yang dijatuhkan hadd atau ta’zir oleh
Imam lalu mati kerana itu, maka darahnya adalah darah yang mengalir tanpa batasan. Ini
kerana Imam dalam dua keadaan tadi diperintahkan menjalankan hadd ta’zir, sedangkan
perbuatan kerana diperintahkan tidak terikat dengan syarat selamat[16].

[9] Al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 30

[10] Al-Wasit fi Usul Fiqh al-Islami oleh pengarang sendiri, hlm 208, cetakan kedua

[11] Menurut al-Shawkani di dalam kitabnya, Irshad al-fuhul, hlm 227, maksudnya: “Itu adalah Hadith
yang mahsyur, yang diriwayatkan oleh ramai perawi dan semuanya menjadikannya hujjah sebagaimana
kami telah jelaskan di dalam kumpulan yang berasingan”. Dan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, al-
Tirmidhi, Ibn ‘Adin, al-tabrani dan al-Bayhaqi. Ia adalah Hadith yang mursal menurut yang asah.

[12] ‘Alam al-Muwaqqi’in, Jil. I, hlm. 73

[13] Maqasid al-Shariah al-Islamiyyah wa Makarimiha, oleh Ustaz ‘Allal al-fasi, hlm 215

[14] Lihat Al-Wasit fi Usul Fiqh al-Islami oleh pengarang sendiri, hlm 605, cetakan kedua

[15] Al-Sultat al-Thalath, Ibid, hlm. 241

[16] Iklil al-Karamah fi Tibyan Maqasidi al-Imamah, oleh Siddiq Hassan Khan, hlm 23

Prev: Pertembungan Dua 'Dunia'


Next: Antara Semangat, Kehidupan dan Air

Pengertian Jinayat

inayah menurut fuqaha’ ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh
seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan
seseorang yang lain dengan sengaja.
Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan
seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau
mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah
termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang
wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

v Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-

1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan


sebagainya

2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-


menuduh.

3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut
dan lain-lain.

4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.

5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di


dalam negara Islam Pembunuhan

v Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah

Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith
dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-
penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di
dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh


penjenayah-penjenayah tersebut.

1. Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam
Al-Qur’an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak
boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh
dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah
yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang
yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-
orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah, 2:229).
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik
lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan
empat orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk
ataupun tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya
tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau
milik tuannya.

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau
dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk
mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka
kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah
ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan
yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas
dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan
sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan
sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas
(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.” (Surah Al-
Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau
melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka
seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa
dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung,
dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga
hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka
menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah
Al-Ma’idah: 45)

3. Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada
wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh
penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan
yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-
kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak
yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang
baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan
(bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu
keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang
melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak
terperi sakitnya.” (Surah Al-Baqarah, 2:178)

4. Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu
penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir
adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-
Qur’an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya
dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana
kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya
dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk
menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah
itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah
mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa
mereka.

• Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta’zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah
adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya
lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari
aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh
bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan
dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.” (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga
anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang
membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja
wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:

“Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang
berakal fikiran supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan
minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak
wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang
telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

“Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali
sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan
Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab
keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram
itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan
rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada
`Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

“Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya


Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina
hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun.
Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat
dan direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak
dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman
mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas
perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Ma’idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta


melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan
membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh
sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan
merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka
merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman
awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di
akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar.” (Surah Al-Ma’idah: 33)

HUKUM HUDUD

Takrif jenayah adalah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang
untuk mencerobohi atau mencabuli kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain
dengan sengaja. Jenayah yang ditakrifkan demikian adalah khusus pada kesalahan-kesalahan
bersabit dengan perlakuan seseorang

• membunuh, atau
• menghilangkan anggota tubuh badan, atau mencederakan atau melukakan

seseorang yang lain, yang mana WAJIB dikenakan hukuman qishash (balasan setimpal atau
setara) atau diyat (balasan gantirugi).
Sebaliknya, kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran, dan sebagainya
adalah termasuk dalam kategori jenayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua
kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qishash, diyat, dan ta'zir.

Semua kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan di atas hendaklah dikendalikan menurut


keterangan atau dalil Quran dan hadits shahih.

Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan secara mutlak oleh
Allah Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadits-hadits (shahih).
Hukuman hudud adalah hak Allah Ta'ala yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan
tidak boleh pula diubahsuai dan dipinda.

Hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun - rujuk Al-Baqarah, ayat 229.

Kesalahan-kesalahan yang WAJIB dikenakan hukuman hudud ialah::

1) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau
dengan perkataan, atau dengan i'tiqad kepercayaan.

2) Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.

3) Qazaf atau menuduh orang berzina, iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik
lagi suci atau menafikan keturunannya (seperti mengatakan anak zina dan sebagainya), DAN
tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

4) Minum arak atau minuman yang memabukkan, sama ada sedikit atau banyak, mabuk
atau tidak.

5) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta dari jagaan atau milikan tuannya
tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau
milikan tuannya.

6) Merompak, iaitu keluar seseorang atau sekumpulan orang yang bertujuan untuk
mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

7) Penderhaka (Bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka
kepada Ulul Amr (pemerintah Islam) yang menjalankan syariah Islam dan hukum-hukum
Allah.

Nanti sambung pasal hukum Qishash, Diyat, dan Ta'zir pula.... InsyaAllah. Demi ilmu... bukan
politik dan seumpamanya.

_________________

You might also like