You are on page 1of 15

PENGENALAN Dalam mengkaji kes-kes pentadbiran dan kecuaian yang telah diputuskan mahkamah beberapa istilah perlulah dikuasai.

Istilah Under like circumstances membawa maksud kes lain yang berada dalam keadaan yang sama, di mana keputusannya menjadi rujukan dalam kes-kes lain yang sedang dibicarakan. Judicial review ialah semakan kehakiman iaitu semakan semula satu keputusan yang telah dibuat.

KES PENTADBIRAN PERTAMA: SAMAN PEMULA NO.R2(3)-24-8-2009 ANTARA ABDUL RAZAK BIN BAHARUDIN ( PLAINTIF) DAN 1.JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (DEFENDAN 1) 2. KERAJAAN MALAYSIA (DEFENDAN 2) FAKTA KES Abdul Razak bin Baharum menjawat jawatan guru sebelum dikenakan hukuman buang kerja oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Kumpulan sokongan (No.1), Kementerian

Pelajaran Malaysia(LTT/Kementerian). Plaintif telah dibuang kerja mengikut peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan 1993 kerana telah berkelakuan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam yang merupakan suatu kesalahan di bawah peraturan 4(2) (d) Peraturan-Peraturan 1993. Plaintif juga Mengatakan bahawa beliau sepatutnya tidak diambil tindakan di bawah peraturan 4(2)(d) Peraturan-Peraturan 1993 tetapi hendaklah ditamatkan perkhidmatannya di bawah peraturan 49 Peraturan-Peraturan 1993 dan seterusnya dibersarakan di bawah seksyen

10(5)(d) Akta 227. Plaintif telah merujuk kepada dua penama, iaitu, Mazlan bin Ishak dan Abdul Hanif bin Mansur (dua orang kakitangan awam tersebut) yang kes mereka juga berkaitan dengan tahanan di bawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ISA, tetapi mereka telah ditamatkan

perkhidmatannya di bawah peraturan 49(3)Peraturan-Peraturan 1993 dan mendapat pencen. Plaintif mengatakan memandangkan beliau telah dibuang kerja, Defendan-Defendan telah melakukan perlakuan diskriminasi yang dikatakan bercanggah dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan. ISU a. Prosedur yang salah telah digunakan untuk mencabar keputusan defendan-defendan; dan b. Entiti yang salah telah dinamakan sebagai defendan KEPUTUSAN MAHKAMAH Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, saman pemula ini didapati tidak bermerit dan ditolak dengan kos ULASAN Pihak plaintif sepatutnya memulakan tindakan dengan semakan kehakiman dan bukannya saman pemula kerana tindakan buang kerja plaintif melibatkan undang-undang awam yang tertakluk kepada semakan kehakiman (judicial review) . Jesteru, prosedur dibawah A. 53 KKMT 1980 mesti digunakan. Keputusan terbaharu Mahkamah Persekutuan dalam kes Ahmad

Jefri Mohd Jahri vs. Pengarah Kebudayaan & Kesenian Johor & Ors [2010] 5 CL J 865 adalah jelas mengenai isu ini seperti yang terdapat di keputusan Laporan seperti berikut: Berkenaan dengan penggunaan prosedur betul dalam kes di mana orang terkilan boleh Mengarahkan dan menuntut aduannya terhadap satu pihak berkuasa awam dalam sebuah mahkamah undang-undang bagi satu keputusan yang dibuat oleh mereka yang mempunyai kesan ke atasnya. Walau bagaimanapun, A. 53 KMT menetapkan suatu prosedur spesifik untuk sesuatu pihak terkilan yang menuntut relief, menggabungkan suatu deklarasi (seperti yang disediakan oleh s. 41 Akta) terhadap pihak berkuasa awam bagi pelanggaran haknya yang beliau berhak dilindungi di bawah undang-undang awam. Plaintif sepatutnya merujuk kes yang terbaru yang diputuskan oleh mahkamah sebelum

memulakan tuntutannya . Lagipun plaintif merupakan seorang pegawai awam yang tertakluk kepada peraturan statutory yang dibuat menurut perkara 132 (1)Perlembagaan Persekutuan dan terpakai kepada seorang penjawat awam sepanjang masa perkhidmatannya. Plaintif menamakan entiti yang salah sebagai defendan juga memberikan kesan yang besar kepada keputusan mahkamah. Dalam kes semasa tindakan buang kerja plaintif dibuat oleh LTT yang telah ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan 1993 [P.U.(A) 458/1994]. LTT tersebut mempunyai budi bicara dan kuasa untuk membuat apaapa keputusan hukuman tatatertib, termasuklah buang kerja di bawah Peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan 1993.Dalam hal tersebut, Defendan Pertama iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak terlibat langsung dalam keputusan pembuangan kerja oleh LTT kerana ia adalah semata-mata keputusan LTT sendiri. Berhubung dengan penamatan perkhidmatannya

demi kepentingan awam, Defendan Pertama hanya bertindak sebagai urusetia. Mengikut prosedur yang terpakai, dalam proses penamatan demi kepentingan awam pegawai dalam perkhidmatan awam persekutuan, suatu perakuan akan dikemukakan oleh pihak LTT yang mana pegawai berkenaan perlu mematuhinya. Seterusnya, pihak Defendan Pertama akan menyediakan memorandum penamatan demi kepentingan awam dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri sebelum satu memorandum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk mendapat perkenan. Hanya setelah menerima perkenan YDPA, pemberitahuan penamatan perkhidmatan anggota akan dibuat. Oleh itu tindakan plaintif menamakan JPA sebagai defenden pertama tidak tepat dan wajarlah hakim tidak menyebelahinya dalam membuat keputusan. Dalam deklarasinya yang mengatakan berlakunya diskriminasi yang bercanggah dengan

perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan, di mana dua kakitangan awam lain iaitu Mazlan bin Ishak dan Abdul Hanif bin Mansur telah ditahan ISA telah ditamatkan perkhidmatan dan diberikan pencen. Walau pun kesemua mereka ditahan di bawah ISA tetapi tidak diketahui apakah aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan yang mengancam keselamatan Negara. Apakah peranan dan takat penglibatan mereka adalah sama. Oleh itu, persamaan yang wujud hanyalah kesemua mereka ditahan di bawah ISA dan tiada keterangan material lain dikemukakan. Oleh itu alasan persamaan kerana menjadi tahanan ISA tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi mahkamah untuk dijadikan rujukan kes dalam membuat keputusan dan menjatuhkan

hukuman. Oleh itu wajarlah tuntutan plaintif tidak didengar dan ditolak oleh mahkamah. Bagaimanapun dalam situasi ini, akibat penahanan dibawah akta ISA, hak untuk didengar

sebenarnya dinafikan, Ini menunjukkan konsep Audi Alteram Partem tidak dipatuhi kerana sepatutnya seseorang pesalah itu perlu diberi hak untuk di dengar dan membela diri.

KES PENTADBIRN KEDUA NOORLIYANA YASIRA MOHD NOOR VS MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA &YANG LAIN FAKTA KES Pemohon ialah seorang kanak-kanak yang memohon melalui bapa dan sahabat wakilnya perintah certiorari bagi membatalkan catatan Perkara Asas Fardhu Ain GAGAL di dalam kertas kenyataan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta membatalkan catatan tersebut dari rekod responden kedua. Pemohon juga memohon untuk perintah mandamus agar responden kedua

mengeluarkan satu kertas kenyataan keputusan UPSR baru kepada pemohon yang tidak mengandungi catatan tersebut. Alasan-alasan yang diberikan pemohon ialah

(i)

pemohon berhenti menghadir i kelas agama Islam di sekolah sejak tahun 4 hingga 6 dan dengan itu tidak pernah disediakan untuk peperiksaan agama tersebut; dan

(ii)

pemohon t idak membayar yuran untuk subjek Perkara Asas Fardhu Ain

KEPUTUSAN MAHKAMAH (menolak permohonan) Di atas keseluruhan fakta dan setelah meneliti dan membaca hujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak bersama autoriti autoriti dan berdasarkan kepada undang-undang yang berkaitan dengan kes ini, mahkamah ini berpendapat bahawa mahkamah ini tidak harus masuk campur terhadap keputusan yang dibuat oleh responden kedua dimana ianya telah mengikut peraturan dan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Oleh yang demikian, permohonan saman pemula oleh pemohon ditolak. Bagi kos, mahkamah ini berpendapat bahawa kos ditanggung oleh pihak masing-masing. Ulasan Pemohon telah memilih, atas kemahuannya sendiri, untuk tidak menghadiri kelas pengajian Islam walaupun ianya merupakan sat u subjek t eras. Maka pemo ho n harus ber sedia unt uk menerima akibat dan risikonya di mana pemohon telah digagalkan dalam subjek tersebut. Risiko dan pemilihan yang dibuat oleh pemo ho n bukan merupakan tanggungjawab responden kedua. Responden kedua t idak bo leh memaksa pemohon untuk hadir kelas agama Islam. Lebih-lebih lagi, keputusan dibuat berdasarkan penilaian seseorang murid dan bukan at as skr ip jawapan.

Dengan it u, hujahan pemo hon bahawa pemohon tidak menerima bimbingan pihak sekolah bagi menyediakan pemohon menghadapi ujian berkenaan t idak berasas dan tidak benar. Pemohon boleh mengadu tentang apa yang tidak menyenangkannya tentang kelakuan pendidik atau tenaga pelajar di sekolah harus dibawa kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab agar perkara itu dapat disiasat. Sebagai seorang yang beragama Islam, pemohon tidak harus mengelakkan diri dari menghadiri kelas agama Islam di mana subjek itu merupakan subjek teras. Dalam keadaan ini sewajarnya mahkamah tidak campurtangan dalam sukatan

subjek teras yang diajar di sekolah memandangkan pemohon terikat dengan bidangkuasa sekolah tersebut. Pemohon harus mengikuti peraturan dan menghadiri kelas bagi subjek-subjek di ma na ia nnya a da la h su bjek t er as. P emo ho n har u s t er ik at dengan peraturan dan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah disebabkan pemohon sendiri telah memilih untuk belajar di sana. Hujahan pemohon bahawa PAFA tidak termasuk dalam definisi kenyataan keputusan disebabkan ianya merupakan suatu ujian berdasarkan penilaian dan bukannya berdasarkan skrip jawapan adalah tidak berasas memandangkan subjek PEKA yang dicatatkan dalam kertas kenyataan pemohon tersebut juga berdasarkan penilaian dan tidak mempunyai sebarang skrip jawapan. Oleh itu, responden kedua tidak bertindak di luar bidang kuasa. Tambahan lagi, pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan telah menyatakan dengan jelas bagaimana penilaian PAFA dibuat ke atas murid yang beragama

Islam. Hujahan pemohon bahawa pekeliling-pekeliling tersebut tidak menyatakan dengan jelas bahawa ianya ditandatangani untuk dan bagi pihak Menteri Pelajaran tidak berasas disebabkan tandatangan Ketua Pengarah Pendidikan dalam kapasitinya sendiri sebagai Ketua Pengarah mencukupi dan sah. Menteri Pendidikan boleh memberi arahan secara am dari masa ke semasa kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan kuasa dan menggunakan budibicaranya bagi memberi kesan kepada polisi kebangsaan berdasarkan s. 8 Akta tersebut. Seksyen 3(2) Akta tersebut harus dibaca bersama. (perenggan 6) Akta tersebut harus dibaca bersama-sama dengan Peratutanperaturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Salah satu fungsi Lembaga Peperiksaan adalah untuk menganalisa penilaian yang dibuat oleh pihak sekolah mengikut s. 3(a) peraturan tersebut Hujahan pemohon bahawa pekeliling-pekeliling tersebut tidak menyatakan dengan jelas bahawa ianya ditandatangani untuk dan bagi pihak Menteri Pelajaran tidak berasas disebabkan tandatangan Ketua Pengarah Pendidikan dalam kapasitinya sendiri sebagai Ketua Pengarah mencukupi dan sah. Menteri Pendidikan boleh memberi arahan secara am dari masa ke semasa kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan kuasa dan menggunakan budibicaranya bagi memberi kesan kepada polisi kebangsaan berdasarkan s. 8 Akta tersebut. Seksyen 3(2) Akta tersebut harus dibaca bersama. Akta tersebut harus dibaca bersama-sama dengan Peratutanperaturan Pendidikan peraturan-

(Kurikulum Kebangsaan) 1997. Salah satu fungsi Lembaga Peperiksaan adalah


8

untuk menganalisa penilaian yang dibuat oleh pihak sekolah mengikut s. 3(a) peraturan-peraturan tersebut. Tidak ada sebarang peruntukan atau keterangan bahawa seorang murid perlu membayar yuran peperiksaan untuk PAFA secara berasingan. Ini disebabkan pembayaran untuk ujian UPSR dibayar secara sekaligus.

KES KETIGA: KES KECUAIAN

SILVADURAI KUNNARY & ANORS VS HEADMASTER, SRJK CINA, CHUNG HWA &ORS

Fakta Kes: Plaintif dalam kes ini adalah ibu bapa Silvaprakash a / l Silvadurai, pelajar tahun 2 yang meninggal dunia di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa . Pada 18 September 1989 kira-kira 09:45 semasa waktu rehat sekolah, si mati sedang bermain-main dengan melihat-lihat di belakang bilik darjah dengan rakan-rakan yang lain. Beberapa kanak-kanak melihat si mati jatuh secara tidak sengaja, selepas tersandung dan jatuh serta kepala si mati terkena pada beberapa batu. Batu-batu tersebut sengaja diletakkan di situ oleh pekerja sekolah untuk landskap dan nilai estetik untuk menghiasi dan mencantikkan kawasan sekolah. Akibat
9

kemalangan tersebut si mati meninggal dunia tiga hari kemudian iaitu pada 21 Disember 1989. Plaintif kemudiannya telah memfailkan saman terhadap defendan iaitu guru besar sekolah berkenaan, Kementerian Pelajaran dan akhir sekali Kerajaan Malaysia yang mendakwa kecuaian di pihak mereka yang menyebabkan kehilangan anak-anak mereka. Keputusan Mahkamah: Pada 11 September 1995 selepas pendengaran majistret menolak saman plaintif dengan kos. Ulasan: Dalam kes tersebut, pihak sekolah tidak dianggap cuai disebabkan kepala selvadurai terkena batu hiasan. Namun isu utama ialah kematian selvadurai mungkin dapat dielak sekiranya pihak sekolah mengambil langkah-langkah keselamatan dan pencegahan. Pihak sekolah perlu mengambil kira tentang keselamatan murid sebagaimana yang diterangkan dalam Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia berkaitan tanggungjawab guru terhadap pelajar iaitu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Jadi, dalam hal ini defendan lebih mengutamakan keceriaan sekolah dengan mencantikkan landskap tanpa mengambil kira tentang keselamatan murid. Defendan juga telah cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pentadbir kerana tidak meletakkan papan tanda peringatan atau amaran di kawasan yang berisiko berlaku kemalangan. Seharusnya pihak defendan peka dengan pekeliling bilangan 8/1988 yang menekankan aspek keselamatan diri pelajar di sekolah setiap masa. Pada masa yang sama doktrin loco parentis iaitu guru sebagai ibubapa gantian semasa pelajar berada di sekolah seharusnya digunapakai dalam kes ini.
10

Kes Kecuaian 4: Yogeswari Nadarajah & Anor Lwn. Government Of Malaysia & Anor Fakta Kes: Yogeswari ke sekolah pada pukul 7.25 pagi manakala waktu masuk persekolahan pada pukul 7.30 pagi. Ketika sedang melintas perkarangan sekolah ada dua orang budak lelaki bermain ranting bunga raya dan terkena mata megaswari yang menyebabkan mata megaswari kena di buang. Keputusan mahkamah: Mahkamah memutuskan bahawa tidak berlaku kecuaian di pihak sekolah. Ulasan: Keputusan mahkamah mungkin ada rasional yang tersendiri namun isu utama yang perlu diberi perhatian adalah kecuaian yang mungkin terlepas pandang oleh pihak sekolah. Doktrin loco parantis iaitu guru adalah ibubapa gantian semasa pelajar berada di sekolah boleh digunapakai. Kecuaian pihak sekolah di sini ialah mungkin pihak sekolah tidak memaklumkan kepada pelajar tentang waktu persekolahan bermula dan berakhir bagi
11

mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini. Satu papan kenyataan bertulis atau papan tanda boleh di letak pada pintu masuk sekolah bagi memaklumkan perkara berkenaan. Ini sudah tentu dapat memberi kesedaran dan makluman kepada pelajar dan ibubapa juga sebagai salah satu langkah keselamatan yang boleh diambil. Dalam kes ini, ranting bunga raya mungkin dianggap tidak mendatangkan bahaya tetapi sekiranya disalahguna oleh pelajar yang tidak mengenal erti bahaya boleh mengundang padah yang tidak dijangka. Seharusnya pihak sekolah mengarahkan pihak pekerja sekolah supaya ranting bunga raya itu dibuang selepas melakukan aktiviti pembersihan. Sekiranya ranting kayu itu dibuang ada kemungkinan dua orang pelajar tersebut tidak akan bermain ranting berkenaan.

12

13

14

15

You might also like