You are on page 1of 9

LUKISAN

1. Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. 2. Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. 3. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya. 4. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. 5. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual. 6. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia. 7. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). 8. Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.

SEJARAH LUKISAN Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

MEDIA Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air. Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.

TUJUAN PENGHASILAN Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan. Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat. Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

JENIS LUKISAN

1.

Lukisan Figuratif:

Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia

2.

Lukisan Fantasi: Lukisan

imaginasi di alam nyata atau khayalan

3.

Lukisan Ilustrasi: Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin

disampaikan kepada audiens.

4.

Lukisan Kajian: Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contoh:

memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci.

5.

Lukisan Kontur

6.

Lukisan Gesture

a. Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan. b. Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik. c. Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.

7.

Lukisan Teknikal: Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan

dan kadar banding yang tepat.

9. Lukisan Kartun a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun. b. Digambarkan melalui tema jenaka.

GURISAN
Teknik: Gurisan Kemahiran: Melukis, mewarna, mengguris Alat dan bahan: Pensel mekanikal, krayon, kertas lukisan, bahan lain jika fikirkan perlu

CARA PENYEDIAAN:

LANGKAH PERTAMA: Sediakan alat dan bahan seperti di atas.

LANGKAH KEDUA: Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan menggunakan krayon. Anda semua digalakkan menggunakan kreativiti masing2 dalam pemilihan unsur seni warna. Warnakan sehinnga kertas lukisan anda penuh ya...

LANGKAH KETIGA: Kemudian, setelah siap mewarna lapisan krayon yang pertama, Lakukan kemasan pertama iaitu bersihkan lebihan krayon pada kertas lukisan.

LANGKAH KEEMPAT: Setelah itu, dengan menggunakan krayon berwarna hitam, warnakan lapisan kedua sepenuhnya menggunakan warna hitam.

LANGKAH KELIMA: Hasil lapisan krayon yang kedua adalah seperti diatas. Lakukan kemasan yang kedua iaitu membersihkan serpihan krayon yang tertinggal pada kertas lukisan anda.

LANGKAH KEENAM: Dengan menggunakan pensel mekanikal (bahagian hujung yang tajam tanpa ubat pensel) mula melukis ikan paus dengan menggunakan teknik gurisan. Hasilnya, anda akan melihat ikan paus anda bewarna-warni (seperti diatas)

Teruskan menggunakan dan meningkatkan kreativiti seni anda dengan melakukan tambahan imej pada ikan paus seperti menambah imej ombak, awan, matahari, burung dan lain-lain.

Sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

You might also like