You are on page 1of 9

GMGM2043-DINAMIKA KUMPULAN 1.

PENGENALAN Dinamika atau dalam bahasa English Dynamics adalah ilmu tentang gerak dan gaya penyebabnya. Ilmu ini diketemukan pertama kali oleh

Galileo(1564-1642). Menurut Galileo, bila sebuah benda dibiarkan sendiri maka akan bergerak lurus beraturan dan akan berhenti pada suatu titik. Penyataan ini dikenal sebagai prinsip Galileo yang secara kuantitatif dirumuskan oleh Sir Isaac Newton dalam bukunya yang pertama. Kumpulan didefinisikan sebagai sesuatu yang telah dikumpulkan atau satu kelompok individu mendapatkan bantuan sesama sendiri samada dari segi buah fikiran ataupun guna tenaga. Pentingnya kumpulan terhadap manusia sejagat agar manusia dapat membangunkan sosial dan sekaligus ekonomi negara. Tanpa kumpulan individu tidak akan mendapat meningkatkan produktiviti yang diperlukan. Dinamika kumpulan ialah kajian atau pembelajaran mengenai kumpulan. Ia berkait dengan bidang psikologi dan sosiologi. Menurut Forsyth (1999) sesebuah kumpulan terdiri daripada dua atau lebih individu yang berkait antara satu sama lain oleh hubungan sosial. Oleh sebab itu mereka ini berinteraksi dan terpengaruh antara satu sama lain, kumpulan membentuk satu jumlah proses dinamik yang membahagikan mereka dari koleksi rawak seseorang individu. Proses ini termasuklah norma, peranan, hubungan, perkembangan, pengaruh sosial, memerlukan antara satu sama lain dan kesan kepada sikap dan perangai. Kumpulan dinamik ini secara utamanya mengambil tahu corak sikap sesebuah 123277
1

GMGM2043-DINAMIKA KUMPULAN kumpulan. Menurut ajaran agama Islam, Allah telah berfirman didalam Surah An-Nisa ayat pertama yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) itu pasanganya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. Merujuk kepada terjemahan di atas, Allah S.W.T telah menciptakan Nabi Adam dan Hawa sebagai khalifah di muka bumi ini dan mereka ini merupakan bukti manusia pertama yang telah membentuk sebuah kumpulan masyarakat. Disamping itu ayat ini menerangkan betapa pentingnya silaturrahim dipelihara dan sebagai asas kepada penyatuan ummah. 2. KLASIFIKASI KUMPULAN Menurut Levi (2001) sebuah kumpulan boleh diklasifikasikan sebagai

kumpulan formal dan kumpulan tidak formal. a. Kumpulan Formal Kumpulan formal adalah kumpulan yang memang telah dirancang kewujudannya bagi memenuhi matlamat dan objektif penubuhannya. Jenis

123277

GMGM2043-DINAMIKA KUMPULAN kumpulan formal yang biasa di dalam organisasi ialah kumpulan perintah (pengurus dan para subordinat), pasukan petugas dan jawatankuasa. Kumpulan formal adalah merupakan sebuah pertubuhan yang sah dan didaftarkan penubuhannya. Kewujudannya diakui oleh semua pihak yang terlibat. Penubuhannya adalah mengikut peraturan yang sah dan diiktiraf oleh pihak pendaftar yang meluluskannya dan pihak pemerintah sesebuah negara setelah melalui proses-proses yang tertentu. Contoh kumpulan formal adalah seperti bahagian akaun dan kewangan dalam sesebuah organisasi. b. Kumpulan Tidak Formal Kumpulan ini terbentuk apabila anggotanya berkumpul dan sering berinteraksi antara sesama mereka. Kewujudannya juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh ialah penubuhan pasukan bolasepak bagi sesuatu organisasi tersebut di mana ahli-ahlinya mungkin terdiri daripada setiap peringkat pengurusan dan subordinat. Para anggota kumpulan tidak formal mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk berkongsi minat dan pengalamlui aktiviti yang dijalankan. Dengan tertubuhnya kumpulan tidak formal ini sedikit sebanyak akan mengeratkan lagi silaturrahim dalam organisasi tersebut.

123277

GMGM2043-DINAMIKA KUMPULAN 3. FAEDAH MENYERTAI KUMPULAN Setiap kumpulan ada matlamat dan faedah tersendiri. Berikut antara sebab mengapa kita menyertai kumpulan:
a. Mengekalkan nilai sosial dan budaya yang lazim diamalkan. Para

anggota berkemungkinan berkongsi norma dan nilai yang sama dan nilai tersebut terus membimbing perilaku dan terus

diperkukuhkan.
b. Memberikan kepuasan, status dan keselamatan sosial. Pergaulan

ahli-ahli adalah lebih mesra dan memenuhi keperluan manusia dalam mencari persahabatan dan sokongan.
c. Membantu para anggota untuk berkomunikasi. Komunikasi yang

berlaku adalah sangat akrab di antara para subordinat dengan pihak pengurusan jika mereka berada dalam kumpulan ini sebagai contoh pasukan sepatakraw yang ditubuhkan oleh organisasi. Sudah tentu ahli kumpulan tersebut berada dalam keadaan yang sangat akrab bagi membentuk pasukan yang mantap dan kuat.
d. Membantu menyelesaikan masalah. Para ahli yang terlibat akan

saling bantu membantu dalam menyelesaikan masalah yang wujud dalam kumpulan mereka dan dengan ini organsasi akan kurang dibebani oleh masalah ahli-ahli organisasi itu sendiri.
e. Bertindak secara berkumpulan adalah lebih baik berbanding secara

individu dalam melakukan sesuatu tugas yang hendak di buat.

123277

GMGM2043-DINAMIKA KUMPULAN Bekerja secara berkumpulan akan menghasilkan kuantiti yang lebih besar dan tugas akan dapat dilakukan dengan lebih sempurna dari pandangan-pandangan dan teguran yang diterima dari ahli-ahli kumpulan.
f. Lebih

banyak pengetahuan dan maklumat. Maklumat yang

diperolehi dari seorang individu adalah terbatas jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang berada di dalam sesebuah kumpulan.

4. KUMPULAN FORMAL JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (JKNS) Kumpulan formal yang saya sertai ialah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Saya telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir Kewangan (W17). Saya bertugas di bahagian pengurusan dalam unit kewangan dan akaun. Unit ini merupakan nadi kepada JKNS kerana segala peruntukan dan perbelanjaan adalah dikawal selia oleh unit ini. Kumpulan kerja unit ini terdiri daripada 18 orang kakitangan yang mempunyai bidang dan peranan masing-masing. Matlamat unit ini ialah memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari daripada penerimaan pesanan kerajaan dan borang tuntutan, disamping itu memastikan segala perbelanjaan mematuhi arahan perbendaharaan dan

pekeliling. Unit ini akan mengadakan perbincangan 2 bulan sekali untuk mengetahui masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian.

Perbincangan mengambil kira pandangan daripada semua kakitangan, serta masih tertakluk kepada peraturan kewangan berkuatkuasa semasa. 123277
5

GMGM2043-DINAMIKA KUMPULAN Permasalahan yang dihadapi oleh unit ini ialah ketidakpatuhan terhadap peraturan kewangan yang mana terdapat tuntutan perjalanan yang dihantar selepas 10hb bulan berikutnya dan pesanan tempatan dikeluarkan selepas perbelanjaan dilaksanakan. Kedua dua masalah ini telah menyalahi arahan perbendaharaan AP 100 (a) Tuntutan perjalanan mengikut Peraturan-

peraturan Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Perbendaharaan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 hari bulan dalam bulan yang berikutnya. dan AP 95 (a) (iv) Tanggungan mengikut bila ia dilakukan. Cadangan bagi membuat peruntukan, pindah peruntukan dan pindahan hendaklah ditanda selesai setakat mana yang diselesaikan. Jumlah kemas kini tanggungan yang belum selesai hendaklah dicatat dan dilaraskan apabila tanggungan berubah. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut unit ini telah mencadangkan tiga cara penyelesaian masalah. Pertama, semua Pembantu Tadbir Kewangan (W17) dikehendaki untuk memastikan semua tuntutan dan pesanan kerajaan yang dibuat perlu mematuhi Arahan Perbendaharan. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan permohonan perlulah dikemukakan kepada pihak

Perbendaharan Malaysia untuk kelulusan. Kedua, pengeluaran memo dalaman oleh unit ini berkenanan ketidakpatuhan kepada semua bahagian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Seterusnya tindakan disusuli dengan mengadakan mesyuarat pengurusan yang mana isu-isu berkaitan kewangan dibincangkan dan hasil keputusan mesyuarat diambil maklum dan perhatian.

123277

GMGM2043-DINAMIKA KUMPULAN 5. KUMPULAN TIDAK FORMAL KUMPULAN MEMANCING Kumpulan tidak formal yang disertai oleh saya ketika ini ialah kumpulan memancing ikan (laut dalam dan persisiran pantai) yang disertai oleh rakan sepejabat dan sekampung. Aktiviti ini telah menjadi minat saya ketika saya berumur 7 tahun lagi. Pada ketika itu kami sekeluarga tinggal di Kampung Air Sembulan (rumah yang didirikan di pinggir pantai), banyak ikan-ikan yang berenang di bawah rumah menyebabkan saya teringin untuk menangkapnya mungkin dari situlah minat memancing itu timbul. Buat masa ini, kumpulan memancing ini terdiri daripada 12 orang rakan yang turut mempunyai hobi dan minat yang sama. Pada kebiasanya kami akan memancing pada hujung minggu dan cuti kelepasan am memandangkan masing-masing telah bekerja dan mempunyai tanggungjawab masing-masing. Jika tidak turun memancing, kami akan meluangkan masa untuk berjumpa dan berkongsi maklumat mengenai lokasi memancing yang baharu, pasang surut air laut, membersihkan peralatan pancing dan berbincang teknik-teknik memancing yang terbaru beserta alatan-alatan memancing terbaru yang terdapat di pasaran. Berada dalam satu kumpulan tidak formal seperti kumpulan memancing ini banyak memberi kelebihan dan manfaat kepada saya. Ini kerana hobi dan minat yang sama membolehkan setiap individu dalam kumpulan ini berkongsi kemahiran dan pengetahuan. Selain itu, aktiviti memancing secara berkumpulan ternyata lebih menyeronokkan dan dapat lari dari tekanan kerja seharian yang kadangkala agak memenatkan. 123277
7

GMGM2043-DINAMIKA KUMPULAN 6. KESIMPULAN Kumpulan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan dewasa ini. Sesuatu kerja yang ingin dilakukan akan menjadi lebih mudah dan dapat mencapai kuantiti yang lebih baik jika dilakukan secara berkumpulan. Kumpulan biasanya bertindak lebih baik dalam menyelesaikan masalah berbanding secara individu puratanya. Ini adalah kerana ianya berupaya untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan kemahiran serta kepakaran yang dapat dicurahkan oleh ahli-ahli kumpulan, dapat menghasilkan lebih banyak alternatif, mengesan kesilapan dan bila penyelesaian hendak dicapai ianya lebih mudah difahami, diterima dan dilaksanakan. Kumpulan juga akan memudahkan penyelarasan dibuat dan dapat memperkembangkan bakat pengurusan tetapi ianya juga mempunyai risikonya yang tersendiri seperti kurang nilai tanggungjawab oleh ahli, keputusan yang hendak dibuat sebelum masanya dan mungkin dikuasai oleh individu yang kurang berkebolehan. Dari ini jelaslah bahawa kita memerlukan kumpulan dan organisasi dan kita tidak boleh hanya menjalani kehidupan ini dengan berseorangan diri sahaja dan jika berada dalam kumpulan maka banyak faedah yang boleh diperolehi demi kebaikan dalam meneruskan kehidupan ini. Mungkin dengan adanya

kumpulan yang diwujudkan ini akan lebih memberikan motivasi, dalam kita melaksanakan sesuatu tugas yang perlu selesaikan.

123277

GMGM2043-DINAMIKA KUMPULAN

BIBLIOGRAFI
Forsyth, D.R. (1999). Group dynamics (3rd ed.). Belmont: Brooks/Cole & Wadsworth. Levi, D. (2001). Group dynamics for teams. Newbury Park, CA: Sage.

123277

You might also like