FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJARPELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran 1.0 Pendidikan Matematik

MUKA SURAT i i v viii

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8
2.0

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep Pengertian dan Peranan Matematik Sejarah Matematik Sejarah Ahli Matematik Sifat Matematik Nilai dalam Matematik

1 1 1 2 9 14 19 24

Perkembangan Kurikulum Matematik

2.1
29

Sinopsis

2.2
29

Hasil Pembelajaran

2.3
29

Kerangka Konsep

2.4
29 2.5

Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Pengaruh Perubahan dalam Kurikulum Matematik 35

Negara Luar terhadap Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia 2.6 Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik iii

3 5.6 4.4 5.Kanak-Kanak 3.2 4.2 5.0 Sipnopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsepsual Falsafah Pendidikan Matematik Falsafah Pendidikan KBSR dan Strategi 5P Perkembangan Kurikulum Pendidikan Matematik Asas Falsafah Pendidikan Matematik KBSM Lima Strategi matematik KBSM Penutup 64 64 65 65 68 69 70 72 73 Perkembangan Profesinalisme Guru Matematik 5.5 5.0 40 Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 3.4 4.1 3.5 4.7 4.2 3.1 4.5 4.0 Sipnopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsepsual Perkembangan Pengentahuan Perkembangan Potensi Kendiri Perkembangan Komunikasi Penutup 75 75 75 75 77 79 Isu Dalam Pendidikan Matematik iv .8 4.3 3.1 5.0 Penutup Kurikulum Bersapadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 4.9 5.6 5.7 6.4 Sipnopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsepsual Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 53 53 54 54 63 3.3 4.

Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya.2 6.6. dan masa anda. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.5 6.1 6. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. v .3 6.6 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsepsual Menggalakkan Inovasi Dalam Bilik Darjah Literasi Numerik Dalam Komuniti Sekolah Penutup 82 82 82 83 85 88 PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini.4 6. sumbersumber pembelajaran. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit.SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula vi . Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. 5 5 5½ 15 5 2½ SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1: Agihan Jam pembelajaran Aktiviti-aktiviti Pembelajaran 3 Kredit Tanpa Amali (3+0) Mengikut Kredit Kursus 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Amali (2+0) Ada Amali (1+1) (0+2) Tanpa Amali (1+0) Ada Amali (0+1) Ada Amali (2+1) (1+2) (0+3) Membaca modul pembelajaran dan menyiapkan latihan / tugasan terarah / amali Menghadiri kelas interaksi 70 60 70 62 70 65 10 10 5 5 5 bersemuka (5 kali) Latihan Amali* 10 8 Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ Kerja Kursus 20 20 20 20 15 Ulangkaji 10 10 10 10 5 Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40 * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. 2. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 1. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Anda boleh berbincang dengan pensyarah. vii . IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 3.

7.4. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. viii . 5.

AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: MTE 3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK Kandungan modul ini dibahagi kepada sepuluh (10) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. ix .

1 Tajuk/Topik Pendidikan Matematik :  Pengertian dan Peranan Matematik  Sejarah dan Peranan Ahli Matematik Pendidikan Matematik :  Sifat Matematik  Nilai dalam Matematik Perkembangan Kurikulum Matematik  Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia  Pengaruh Negara Luar Ke atas Kurikulum Matematik di Malaysia Perkembangan Kurikulum Matematik  Dasar dan Program untuk Kemajuan Matematik bagi Kanak-kanak.Bil.1 Sinopsis Kursus ini memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menghayati sejarah dan peranan ahli matematik sejak daripada zaman dahulu. Ia membolehkan para 1 . Jam 2 9 9 3 9 9 4 5 6 Pembelajaran mengenai Kurikulum Matematik di Malaysia  Lima prinsip dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Pembelajaran mengenai Kurikulum Matematik di Malaysia  KBSR  KBSM Kemajuan Profesional di Kalangan Guru Matematik  Wacana Akademik  Badan Akademik Kemajuan Profesional di Kalangan Guru Matematik  Peranan Guru Matematik  Pembelajaran Sepanjang Hayat Isu-isu Semasa  PPSMI  Matematik di Sekolah Bestari Isu-isu Semasa  ICT dalam Pendidikan Matematik JUMLAH Tajuk 1 Pendidikan Matematik 9 9 9 9 7 3 8 3 9 9 2 1 45 45 10 1. Modul (jam) Jum.

2 . 1. Kita akan balik kampung hari ni. Mengintegrasi dan menimbulkan minat dan nilai dalam pendidikan matematik. peranan dan nilai dalam matematik serta peranan guru matematik.3 Kerangka Konsep Pendidikan Matematik Pengertian dan Peranan Matematik Sejarah Matematik dan Peranan Ahli Matematik Sifat dan Nilai dalam Matematik 1. Pelajar akan meneliti perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia dan juga mengkaji Kurikulum Matematik KBSR dan KBSM.4 Pengertian dan Peranan Matematik Kita akan meneliti peranan matematik dalam kehidupan seharian melalui satu cerita pendek di bawah : Kanak-kanak Yang Ingin Tahu “Bangun Aiman.”. Disamping itu. ibu ?” “6. kursus ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan sekali gus meningkatkan profesionalisme keguruan.2 • • Hasil Pembelajaran Menerangkan peranan yang dimainkan oleh matematik.pelajar mendalami makna. 1. ahli matematik dan guru matematik.30 pagi. Aiman menyapu matanya lantas bertanya “Pukul berapa sekarang. jawab ibunya.” kata ibu Aiman. Lusa dah raya.

Kebiasaannya keluarga Aiman dan keluarga bapa saudaranya akan pulang bersama-sama . Semasa dalam kereta, Aiman memerhati papan-papan tanda sepanjang jalan.”Apa maknanya itu, ayah ?” maksud Alor Setar 123km ?” “Macamana kita tahu berapa kita perlu bayar tol ?” “Kenapa kereta perlu ada nombor?”. Apabila mereka menghampiri kampung, Aiman bertanya lagi, “ Ayah, macamana pakcik sampai lebih awal daripada kita ?” . 1. Apa sebutan matematik / simbol yang digunakan dalam cerita di atas ? Senaraikan. 2. Apa simbol matematik yang ditemui oleh Aiman ? Senaraikan. 3. Dalam kehidupan seharian, apakah perkataan dan simbol matematik yang anda temui ? Senaraikan. “ Apa kegunaannya ?” “ Apa

Pada fikiran anda, adakah matematik hanya terdiri daripada simbol-simbol dan perkataan sahaja ? Mari kita mengkaji pelbagai makna matematik. Matematik telah dinamakan sebagai ‘permaisuri bagi sains’ oleh Gauss (17771855), seorang ahli matematik yang terkenal pada zaman dahulu. Ramai orang menganggap Matematik adalah suatu subjek yang dikaitkan dengan nombor dan pengiraan sahaja. Sebenarnya, Matematik mengandungi makna yang lebih dalam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Sebagai seorang guru Matematik, anda perlu menganggap dan menghargai Matematik sebagai subjek yang kaya dengan idea dan kreativiti.

1.4.1

Pengertian Matematik APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawaban yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara. Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :  “Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.”

3

   

“Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan.” “Matematik adalah suatu bahasa” “Matematik adalah suatu kajian seni” “Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri, kalkulus dan sebagainya.”

 

“Matematik adalah satu cara berfikir.” “Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.” yang dimaksudkan dengan perkara-perkara di atas? Dengan

Apakah

penerangan terperinci di bawah, diharapkan anda, sebagai guru matematik, dapat memahami dengan lebih mendalam tentang pengertian Matematik.  Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Perhubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting untuk memberi kita keyakinan dalam menentukan / menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku / muncul. Kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang Matematik, tetapi juga dalam bidang Seni, Muzik, tekstil dan sebagainya. Perhatikan contoh berikut : Contoh 1 : 12 112 1112 =1 = 121 = 12 321

1 1112 = 1 234 321 Tanpa menggunakan kalkulator, apakah nilai bagi 11 1112 ? Contoh 2 : Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasildarab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3 3 x 37 = 111

4

6 x 37 = 222 9 x 37 = 333 Berdasarkan pola di atas, berapakah hasildarab 37 dengan 21 ? Cuba selidiki masalah-masalah di bawah dan tentukan corak / pola yang terlibat : (a) Apakah pernyataan Matematik yang seterusnya ? 1x8+1=9 11 x 8 + 11 = 99 111 x 8 + 111 = 999 11 111 x 8 + 11 111 = 99 999

 Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan Contoh : Perhatikan fungsi kuadratik berikut : Jika f ( x) =5 x 2 +3 x −2 berapakah nilai f jika x = 2 ? Apakah hubungan antara x dan f ? Sesetengah perhubungan angkubah-angkubah/anu boleh juga ditunjukkan dalam bentuk jadual atau graf. Cuba anda berikan dua contoh lain yang menunjukkan perhubungan antara angkubah-angkubah.

 “Matematik adalah suatu bahasa” Satu daripada keistimewaan-keistimewaan yang terdapat dalam Matematik ialah Matematik mempunyai bahasa atau simbol beserta operasinya sendiri. Bahasa Matematik yang dicipta oleh pakar-pakar Matematik dari zaman ke zaman telah menjadi lambang dan hukum yang universal sehingga ke hari ini. Simbol dan ungkapan Matematik yang dicipta, memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia, menjadikan operasi Matematik lebih ringkas, cepat dan tepat. Di dalam bahasa Matematik, tatabahasa terdiri daripada hukum-hukum, 5

kita maksudkan dua kaedah menaakul iaitu penaakulan secara Induktif dan Penaakulan secara Deduktif. Terdapat pelbagai teknik atau kaedah dalam Matematik bagi mendapatkan penyelesaian kepada pelbagai masalah. kemahiran dan kaedah Matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul. L = 4π r 2  “Matematik adalah suatu kajian seni” Terdapat unsur-unsur Matematik dalam pelbagai bentuk seni. Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. juga di kalangan pelajar Matematik.  Matematik adalah satu cara berfikir Berfikir secara Matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep. Sebahagian besar daripada pandangan umum. trigonometri. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam Matematik. Menerusi Logik.  Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik. akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya. algebra.teorem-teorem dan rumus-rumus Matematik yang menghubungkan simbolsimbolnya. Terdapat ramai orang yang apabila menghadapi sesuatu masalah. 6 . Pengiraan adalah akar umbi kepada Matematik. Contoh : Luas sfera. kalkulus dan sebagainya. melihat Matematik sebagai suatu perkara yang berkaitan pengiraan. Antaranya ialah : • • • • Seni muzik Seni bina Seni lukis Seni budaya.

Penaakulan secara Deduktif bermula dengan sesuatu perkara yang umum membawa kepada sesuatu keputusan yang lebih terperinci. samada ianya benar atau sebaliknya. Kemudian kita mula mendalami perkara tersebut dengan membuat hipotesis yang dapat dijalankan ujian terhadapnya. Dengan cara sedemikian. Seterusnya kita terus membuat pengumpulan data. Dalam penaakulan ini. kita mungkin memikirkan sesuatu teori kepada sesuatu perkara. Sebagai contoh. dan kemudian berakhir dengan membuat rumusan atau kesimpulan / teori. 7 . Teori Hipotesis Pemerhatian Pengesahan Penaakulan secara Induktif sebaliknya bergerak daripada pemerhatian yang teliti kepada teori atau generalisasi. kita menjalankan ujian terhadap data dengan tujuan mengesahkan hipotesis yang ada. Teori Hipotesis Corak / Pola Pemerhatian Dengan cara penaakulan di atas.  Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian. Akhirnya. suatu pengesahan terhadap teori asal kita dapat dilaksanakan. kita bermula dengan mencari corak atau pola. kita mengaktifkan minda kita agar lebih berfungsi dengan baik sebagaimana kita menggalakkan aktiviti ‘hands-on’ kepada para pelajar. menetapkan hipotesis yang mungkin.

membeli makanan. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu “the building of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities”. 1. Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. telah memberi impak yang besar. membaca carta. Sejarah membuktikan bahawa ahli matematik telah berjaya membaca / menyelesaikan kerumitan dalam kod rahsia semasa Perang Dunia Kedua. Ini meliputi aktiviti atau bidang pekerjaan seperti pertukaran wang. Sewajarnyalah. tetapi juga oleh semua orang. mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan berkesan. kemahiran dan konsep yang telah kita pelajari di sekolah dahulu. kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan atau kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik.4. Segala aktiviti yang kita lakukan seperti pergi bercuti. matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Kita juga mengaplikasikan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak. Seseorang yang telah diberi latihan yang mantap dalam matematik. kita menghargai ilmu. merancang kerja-kerja seharian dan sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas. Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam mempastikan tercapainya Wawasan 2020. masa dan sebagainya. Selain itu.. Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita. penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer.. mengukur jarak. Sebagai contoh. Sebagai contoh. Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan berbentuk Penyelesaian Masalah. bukan sahaja kepada 8 . Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains.2 Peranan Matematik Kehidupan kita berkait rapat dengan matematik. Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik.Matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik. mengira diskaun.

dan belajar matematik adalah penting. Guru juga seharusnya mengenalpasti bagaimana para pelajar berhubung antara satu sama lain. Guru juga perlu menyediakan latihan atau tugasan dengan melibatkan semua pelajar. Peranan yang baru bagi guru-guru diperlukan bagi merealisasikan kurikulum matematik yang baru. seharusnya ada dalam diri para guru. 2005).html 1. Guru perlu memikirkan dan menyediakan tugasan yang membuatkan pelajar-pelajar menggunakan intelektual dan pemikiran yang mencapah untuk memahami atau menjawab sesuatu masalah. “ Apa bentuk komunikasi yang dapat membantu pelajar mendapatkan kefahaman yang mendalam dalam Matematik ”.4.perkembangan silibus matematik yang baru. http://www. tetapi juga terhadap peranan guruguru matematik pada masa hadapan. juga belajar menghargai pendapat-pendapat orang lain. Guru seolah-olah memberitahu mereka bahawa pembelajaran adalah penting.learner. (Mok.3 Peranan Guru Matematik Guru-guru Matematik berhadapan dengan cabaran yang besar dalam melaksanakan huraian sukatan pelajaran Matematik serta cadangan-cadangan baru yang perlu dilaksanakan. Anda boleh melayari internet seperti alamat di bawah untuk mendapatkan kefahaman tentang kegunaan matematik dalam kehidupan seharian. pemikiran dan eksplorasi yang baik di kalangan pelajar. Guru perlu menyoal “ Apa yang dapat dan tidak dapat 9 .org/interactives/dailymath/ http://www. guru menyediakan suatu medan bagi pelajar-pelajar merasa selamat untuk berkongsi idea.com/k-12-education-articles/mathematics-in-daily-life-390556.articlesbase. Guru sewajarnya membuat analisis tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. terutama yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Yang paling penting. Susunan kerusi-meja yang sesuai dapat membangkitkan semangat perbincangan. Para guru dikehendaki menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar. Soalan-soalan seperti “ Bagaimana guru berinteraksi dengan pelajar semasa aktiviti P&P berjalan “. “Apa bentuk soalan untuk membangkitkan pelajar berfikir dengan lebih jauh” .

dilaksanakan hari ini ? ” Apa pembetulan yang patut diambil “. Kemudian.5 Sejarah Matematik Setiap budaya di muka bumi ini mengamalkan matematik.5. pengajian sosial. matematik disebarkan daripada satu budaya ke budaya yang lain. 1. Matematik dikatakan bermula di Mesir Purba dan Babylonia. (ii) Apa peranan anda sebagai guru Matematik yang berkesan? 1. Pada masa yang sama. Negara China. guru disaran supaya mempastikan pelajar merasai perhubungan antara Algebra. matematik tersebut berkembang dan digunakan di seluruh dunia. tetapi guru boleh merancang cara bagaimana menolong pelajar yang berkenaan mendapat semula ilmu yang tertinggal. Geometri dan Statistik. Penulisan matematik dalam Greek Purba diterjemahkan kepada bahasa Arab. guru-guru sewajarnya dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi dalam matematik dan berkeupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran matematik dalam dunia sebenar. tetapi ianya tidak mendatangkan kesan yang signifikan terhadap matematik yang diamalkan sedunia sekarang. pendidikan jasmani dan seni. (i) Bincang dengan rakan-rakan sekelas anda tentang pengertian dan peranan Matematik. matematik di India diterjemahkan kepada bahasa Arab. kebanyakan daripadanya diterjemahkan kepada bahasa Latin dan digunapakai di Eropah Barat. kemudiannya berkembang ke Greece. Begitu juga dengan perkaitan antara matematik dan sains. Sukatan.1 Sejarah Perkembangan Matematik 10 . Guru juga membantu pelajar memahami perkaitan antara matematik dan perkara-perkara di luar persekitaran sekolah. Dalam kes-kes tertentu. Selepas beberapa ratus tahun.Guru tidak perlu membetulkan kesilapan pelajar secara terus atau segera. selatan India dan Jepun juga mengamalkan matematik yang agak menarik untuk dikaji. Akhirnya. Dengan peranan-peranan yang dibincangkan di atas.

601 BC) Matematik pada masa ini sangat praktikal dan digunakan semasa pembinaan. Setiap darjah kemudiannya dibahagi kepada 60 bahagian iaitu minit. merupakan peringkat perkembangan matematik daripada konkrit kepada abstrak. Egyptian and Native American Periods (3000 BC . pengukuran. Asas 60 ini membawa kepada pembahagian bulatan kepada 360 bahagian yang sama besar yang kini dikenali sebagai darjah (degree). sejarah Matematik juga boleh dilihat dalam 6 peringkat kronologi seperti di bawah : • Babylonian. Mereka tidak mempunyai simbol 0 tetapi boleh mewakili pecahan. 2. Peringkat Ketiga ( 1700 TM – 1900 TM ) Peringkat perkembangan matematik tradisi ke peringkat perubahan dan penemuan. mencatat rekod dan penciptaan kalendar. algebra dan trigonometri ke tahap yang mantap. Ptolemy menggunakan sistem ini untuk menghasilkan minit. 4. geometri.. menjadi satu sistem yang sempurna. 3. Pada tahap ini. Peringkat Keempat ( 1900 TM . kalkulus dan rumus-rumus kalkulus.kini ) Dikenali sebagai peringkat moden. penaakulan mantik dan logik. teori-teori baru ditemui oleh tokoh-tokoh matematik untuk digunakan dalam bidang sains teknologi. Peringkat Pertama ( sebelum 400 SM ) - Bermula dari masa manusia menggunakan tanda atau simbol untuk membilang hingga tokoh-tokoh matematik Yunani menemui sistem teori matematik yang pertama. punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. Peringkat Kedua ( 400 SM – 1700 TM ) Merupakan perkembangan aritmetik. teori dan hukum baru ditemui dan didemonstrasikan oleh tokoh-tokoh matematik khasnya dari negara-negara barat. banyak bidang. Dalam tempoh ini. teori nombor. Seorang ahli astronomi Greek. Sistem pernomboran mereka mempunyai nilai tempat dengan asas 60. saat dan sukatan darjah yang digunakan sekarang. 11 .Sejarah perkembangan Matematik boleh dibahagikan kepada 4 peringkat : 1. Dalam pada itu. Di antaranya adalah kebarangkalian. kuasa dua. Antara bidang matematik yang baru ditemui ialah geometri koordinat. ekonomi dan sosiologi. teori set.

kotak. silinder dan sebagainya. Mereka mempunyai rumus bagi luas bulatan dan isipadu bagi kubus. Walaupun kaum Roman menguasai dunia. simbol Brahmi iaitu 1.Orang-orang Mesir merekacipta cara mereka sendiri untuk menulis. 2. di mana jaraknya adalah dari siku seseorang sehingga kepada hujung jari hantu. Unit asas yang digunakan oeh orang-orang Mesir untuk mengukur panjang adalah ‘kubit’. Mereka mengetahui bahawa persamaan kuadratik mempunyai dua penyelesaian / jawaban dan mereka juga pandai menganggar nilai π.Tiada nombor sifar atau tanda kedudukan pada masa itu. Mutu kalendar dipertingkatkan dan mereka menetapkan idea- idea tentang tahun lompat setiap empat tahun.C. 3. Salah seorang daripada tiga ahli matematik yang hebat sepanjang zaman adalah Archimedes (287-212 B. Roman and Chinese Periods (600 BC . 9 adalah signifikan sebab bagi setiap nombor. Pada abad ketiga. Mereka mempunyai pengetahuan yang baik dalam algebra. namun sumbangan mereka terhadap matematik tidak banyak. 4 • Greek... Diberitakan bahawa Archimedes berjaya mencipta cara untuk menguji penurunan nilai bagi ketulan emas. ada simbol tersendiri. • Hindu and Arabian Period (AD 500 . tetapi menjelang AD 600 orang-orang Hindu menggunakan simbol-simbol Brahmi bersama tanda kedudukan (positional notation).) Beliau merekacipta beberapa alat dan senjata ketenteraan.499 AD) Tamadun Greek memberi kesan besar kepada sejarah Matematik. Mereka mengetahui bahawa tahun solar adalah lebih kurang 365 1 hari. dikenali hieroglyphics (tulisan mesir purba kala) dan sistem pernomboran ini berbentuk gambar-gambar. 12 . Mereka mempunyai sistem pernomboran sendiri. Sumbangan besar orang-orang Greek adalah Euclid’s Elements and Apollonius’ Conic Sections. terutamanya π. Sumbangan mereka hanyalah nombor Roman dan pecahan adalah berdasarkan sistem duodecimal (asas 12).. Mereka mempunyai pecahan dan beberapa nombor bukan nisbah ( irrational numbers ).1199) Tamadun Hindu sebenarnya bermula pada 2000 BC tetapi mengikut rekod matematik ianya daripada 800 BC sehingga AD 200. Mereka mengukur menggunakan kaedah yang unik iaitu meregangkan tali. .

Perkataan Algebra diilhamkan oleh orang-orang Arab di dalam buku yang ditulis oleh seorang angkasawan yang bernama Mohammed ibn Musa al Khwarizmi. Edisi bercetak yang pertama berkenaan “Euclid’s Elements” dalam bahasa Latin diterbitkan pada tahun 1482. dalam teknologi dan pengetahuan berlaku pada masa ini. telah menukar pemikiran penduduk Eropah kepada pemikiran berteraskan Matematik. tiada penemuan baru yang signifikan berlaku pada masa ini. • Century of Enlightenment (1600 – 1699) Perkembangan bijak pandai. Perkembangan terhebat pada masa itu adalah penemuan teori astronomi oleh Nicolaus Copernicus dan Johannes Kepler. beliau juga menerangkan jawaban dalam bentuk geometri. Omar Khayyam banyak menggunakan nombor bukan nisbah dan ini bertentangan dengan pendapat orang-orang Greek berkenaan nombor. Antara sumbangan yang hebat adalah seperti  Segitiga Pascal (Blaise Pascal). • Transition Period (1200 – 1599) Matematik pada Zaman Pertengahan adalah dalam keadaan 'transitional’ di antara tamadun awal dengan zaman Renaissance.  Simbol “ ÷” (John Wallis).  Logik (Gottfried Leibniz).  Huruf-huruf untuk Angkubah / Anu (Rene Descartes).  Nombor Perdana (Fermat).  Penaakulan Deduktif ( Galileo Galilei). 13 .Salah seorang berbangsa Arab. Dalam pada itu. Walaubagaimanapun.  Penggunaan titik perpuluhan (Kepler and Napier). Jangkamasa antara 1400 and 1600 dikenali sebagai Renaissance. Al Khwarizmi berjaya menyelesaikan persamaan kuadratik dan beliau mengetahui bahawa terdapat dua nilai / jawaban kepada persamaan tersebut.  Alat Mengira (Johan Napier). Pada awal 1400an ‘the Black Death’ membunuh lebih daripada 70% daripada penduduk Eropah. Buku itu berjudul “Al-jabr w’al muqabala”.

calculus and complex numbers (Abraham de Moivre). • Early Modern Period (1700 – 1899) Tempoh ini menandakan permulaan kepada matematik moden. connection between probability and π (Compte de Buffon). • Algebra (Emmy Noether). • • Modern Period (1900 – sekarang ) Tempoh masa ini merangkumi semua penemuan pada abad yang lalu. Sejarah menunjukkan bahawa matematik yang kita pelajari semasa di sekolah menengah adalah dihasilkan pada masa ini. logical proof (Charles Dodgson). • Godel’s Theorem. probability. Terdapat experimentasi dan formulasi idea berlaku pada masa ini. number theory (Leonhard Euler). • General theory of relativity (Einstein). Diantara penemuan matematik adalah • Twenty-Three famous problems (Hilbert). komputer elektronik yang pertama 14 . • Analytic Number Theory (Hardy and Ramanujan). non-Euclidean Geometry ( Johann Lambert ) dan sistem Metrik direkacipta. Principia Mathematica (Alfred North Whitehead). Di antara topik-topik yang terlibat adalah : • • • • • • • • Boolean algebra (George Boole). Formal Logic (Bertrand Russel). Teori Kebarangkalian permulaan (Blaise Pascal) dan  Bahagian / Rentasan Konik (Rene Descartes). calculus and number theory ( Lagrange).

Beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di Sicily dan selatan Itali. berbaju biasa sahaja dan berkaki ayam. terdiri daripada lelaki dan perempuan dan mereka menumpukan sepenuh masa mengkaji matematik. muzik mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna dan matematik pula mempunyai cara atau peraturan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Pythagoras sendiri dikenali sebagai orang yang berjaya membuktikan bahawa Teorem Pythagoras adalah benar. Thomas Kurtz). kacang bukan benda yang sepenuhnya tulin. disebabkan kumpulan ini ingin merahsiakan semua penemuan. personal computer Apple II. Mereka terkenal dengan kehidupan yang sejati / tulin. Pythagoras ( 569 BC – 475 BC ) Pythagoras hidup dalam zaman 500's BC. dan merupakan salah seorang daripada ahli fikir Greek. • Continuum Hypothesis (Cohen). • Development of BASIC ( John Kemeny.6 Sejarah Ahli Matematik Terdapat ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada perkembangan matematik. dan sebagainya. Mereka menemui nombor bukan nisbah (irrational numbers)! 15 . di mana mereka tidak makan kacang kerana pada fikiran mereka. 1. Pengikut-pengikut setia beliau bergelar ‘Brotherhood of Pythagoreans’. Pythagoreans berminat dalam falsafah terutama falsafah dalam muzik dan matematik. Menurut mereka.• Game Theory (John von Neumann). Mereka berambut panjang. tetapi agak sukar untuk menentukan siapa membuktikan apa. Mereka sentiasa bersama Pythagoras dan mengajar orang lain tentang apa yang telah Pythagoras ajarkan kepada mereka. Pythagoreans menulis banyak bukti berbentuk geometri. Berikut merupakan nama-nama besar dalam dunia matematik : 1.

Mesir untuk beberapa ketika. garisan dan bentuk-bentuk. Volume 10: Eudoxus' Theory of Irrational Numbers. Beliau ( atau mereka ) belajar di Akademi Plato di Athens. di mana dia banyak belajar tentang matematik dan seterusnya terkandung dalam buku beliau. Ini adalah salah satu daripada algoritma yang tertua . Asia Barat dan Amerika selama dua ribu tahun. Euclid ( 325 BC – 265 BC ) Sehingga ke hari ini. Ada yang berpendapat kewujudan beliau diragui. berkenaan bagaimana segitiga dan bulatan dihasilkan.2. Walaubagaimana pun. segala peraturan dalam Geometry hari ini adalah berdasarkan tulisan Euclid. begitu juga tentang nombor bukan nisbah dan geometri tiga-dimensi. kita masih mempunyai salinan buku Euclid yang dimulakan dengan definisi asas tentang titik. tiada seorang pun yang mengetahui dengan mendalam tentang sejarah hidup Euclid. Sepertimana Anaxagoras sebelum beliau. Euclid mahu membuktikan bahawa benda-benda boleh dibuktikan melalui penggunaan logik dan alasan (reason). Volumes 11-13: Solid Geometry The Elements juga mengandungi permulaan bagi Teori Nombor. Beliau juga mungkin berjumpa Aristotle di sana. terutamanya 'The Elements'. Buku-buku Euclid terkenal disebabkan mudah untuk dibaca dan difahami. ‘The Euclidean algorithm’ yang selalunya dirujuk sebagai ‘Euclid's algorithm’ digunakan untuk menentukan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi dua nombor integer. sehingga ke abad 20. 16 . Pada asasnya. juga terkandung dalam Euclid's Elements. Euclid (atau mereka yang menggelarkan diri mereka Euclid) hidup dalam masa 300 BC. The Elements terdiri daripada cetakan berikut : Volumes 1-6: Plane Geometry. Kemungkinan nama Euclid diada-adakan sahaja. Kita hanya mengetahui bahawa beliau bekerja di bandar Alexandria. beralih kepada penggunaan geometri untuk membuktikan sesuatu. Hari ini. Kemudiannya. Ianya digunakan sebagai buku rujukan utama bagi matematik di semua sekolah di Eropah. Volumes 7-9: Number Theory. Buku Euclid seterusnya adalah mengenai matematik lanjutan. Tiada didapati gambar beliau di mana-mana.

Muhammad Bin Musa Al-Khwarizmi ( 780 – 850 AD ) Beliau merupakan ahli matematik. Sejarah mencatatkan bahawa beliau menulis komentar terhadap ‘Nine Chapters’ pada tahun keempat di era Jingyuan di bawah pemerintahan Putera Chenliu. 5. "mutiara di kalangan ahli matematik” (the gem in the circle of mathematicians). Idea-idea beliau amat berguna kepada perkembangan di Eropah. Seorang penulis pada zaman itu.3. menggelar Brahmagupta sebagai Ganita Chakra Chudamani. Nama keluarga beliau adalah 17 . di mana kita menggunakan sifar dalam pengiraan matematik. Liu Hui beranggapan bahawa kebanyakan kaedah dalam teks asal adalah penghampiran (approximations). Ini merupakan buku praktikal bagi matematik. Brahmagupta ( 598 – 670 AD) Brahmagupta adalah seorang ahli matematik yang sangat signifikan pada zaman India purba. astronomi dan ahli geografi yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Persia sekitar tahun 770. Beliau memperkenalkan konsep yang sangat berkesan tentang asas matematik. penyelesaian bagi persamaan kuadratik dan penggunaan matematik dan algebra untuk bercerita mengenai peristiwa astronomi dan jangkaan yang akan berlaku. 4. Bhaksara II. Liu Hui ( 220 – 280 AD ) Liu Hui hidup semasa kerajaan Wei. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang Liu. soal selidik. Penulisan Brahmagupta banyak mengandungi konsep matematik dan astronomi sehingga ke hari ini. bertujuan menyediakan kaedah-kaedah untuk menyelesaikan masalah berkenaan kejuruteraan. Ada yang mengatakan bahawa beliau mencuba untuk memahami konsep berhubung dengan topik ‘differential and integral calculus’. lebih kurang 263 AD. urusan jual-beli dan urusan cukai. dan beliau mengkaji sejauh mana tepatnya penghampiran tersebut. algoritma untuk punca kuasa dua. yang bermaksud.

ahli fizik Torricelli Itali mengesahkan pemerhatian Pascal itu.Sumbangan beliau terhadap Sains termasuklah bukti eksperimen bahawa medan merkuri meningkat atau berkurang sesuai dengan tekanan atmosfera sekitarnya. Selain itu ia merumuskan teori matematik kebarangkalian.Khwarizm dan merupakan keturunan Magus. teori fizik dan statistik sosial. di mana prinsip sebenarnya datang daripada teks yang ditulis oleh Al-Khawarizmi sejak 2000 tahun dahulu. Blaise Pascal meninggal dunia di Perancis pada 1662 pada usia 39. yang menyatakan bahawa cecair menekan sama (tekanan) ke semua arah. Pascal juga memberikan sumbangan terhadap pemahaman kita tentang prinsip sains (hukum Pascal). paderi Zoroaster. Blaise Pascal ( 1623 – 1662 ) Beliau dilahirkan di Clermont Ferrand. Buku inilah yang menjadi punca timbulnya cabang ilmu algebra sekarang. Pada awal kerjayanya dia merumuskan salah satu teorem asas untuk geometri unjuran. Hari ini. yang masih digunakan dalam matematik hari ini. Dalam hal penemuan. jadual Aktuaria. Tajuk itu kemudiannya diterjemahkan yang membawa maksud "the science of reunion and reduction. namun beliau adalah salah seorang yang sangat berpengaruh di kalangan ahli matematik Arab. yang disebut teorem Pascal. Buku terkenal beliau adalah ‘Hisab al-jabr w'al mugabalah’ di mana nama ‘algebra’ diperolehi. beliau menghasilkan mesin mekanik pertama pada tahun 1642. 6. Al-Khwarizmi juga seorang ahli astronomi yang menulis buku tentang astronomi dan jadual astronomi." Perkataan tersebut merujuk kepada kajian sistematik mengenai persamaan linear dan persamaan kuadratik. Kemudian. 18 . Perancis pada 19 Jun 1623. Walaupun sedikit yang kita ketahui tentang Al-Khwarizmi. yang kemudiannya membawa kepada perkembangan sembilan angka Arab termasuk sifar. Al-Khwarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan nombor-nombor Arab kepada Negara Barat. manusia menggunakan algoritma untuk mengira hasiltambah dan pembahagian cara panjang.

7.

Johann Friedrich Carl Gauss ( 1777 – 1855 )

Lahir pada 30 April 1777, Johann adalah satu-satunya anak yang lahir bagi pasangan Gebhard Dietrich, seorang pekerja dan peniaga, dengan Dorothea Benze Gauss, seorang pelayan. Seorang yang bijak dalam aritmetik, ia menambah semua integer daripada satu hingga 100 dengan menambah mereka dalam pasangan. Beliau mengumpulkannya secara jumlah 101 dan beliau mendapati ada lima puluh set kesemuanya. dan menjumlahkan semua menjadi 5050. Didapati Pythagoras. Gauss menyumbang kepada dunia matematik tulen dan matematik gunaan sehingga ke abad 20. Kajian beliau tentang algebra dan geometri membawa kepada kemajuan teori kebarangkalian, topologi dan analisis vektor. Di antara penemuan dan sumbangan beliau adalah mencipta alat mengukur trigonometri, sebuah prototaip dari telegraf elektrik dan sebagainya. Kegemarannya juga adalah terhadap kristalografi, optik, mekanik dan sebagainya. formula Gauss adalah S = n (n +1) / 2 dan digunakan semasa zaman

8.

Georg Cantor ( 1845 – 1918 )

Georg Ferdinand Ludwig Philipp Cantor dilahirkan pada 3 Mac 1845, di St. Petersburg, Russia, merupakan anak pertama kepada the Georg Woldemar Cantor dan Maria Böhm. Semasa masih muda, beliau jelas menunjukkan bakat matematik. Beliau berhasrat untuk menjadi seorang ahli matematik tetapi bapanya lebih suka beliau menjadi seorang jurutera. Beliau menghadiri beberapa buah sekolah kejuruteraan, termasuklah Gymnasium di Wiesbaden dan Kolej Teknikal di Darmstadt pada tahun 1860. Cantor akhirnya menerima persetujuan ibubapanya untuk mempelajari matematik pada 1862. Georg Cantor menghasilkan banyak idea yang mempengaruhi dunia matematik pada abad ke 20. Di antara sumbangan hebat beliau adalah memperkenalkan idea infiniti, sebuah inovasi yang meletakkan beliau sebagai pengasas dan pencipta teori set. Sumbangan beliau dihargai penuh oleh ahli matematik terkemuka, David Hilbert, yang mengatakan bahawa, "Cantor has created a paradise from which no one shall expel us." Selain daripada sebagai pengasas teori set, Cantor juga menyumbang 19

kepada analisis klasik. Dalam pada itu, beliau juga membuat kerja-kerja inovasi terhadap nombor nyata dan merupakan orang pertama memberi makna kepada nombor bukan nisbah menerusi susunan nombor-nombor nisbah.

Cari sumbangan ahli-ahli matematik yang lain umpamanya : Napier, Fermat, Ramanujan, Ibnu Sina, Bhaskara, Euler, Lagrange dan Descartes.

1.7

Sifat (Nature) Matematik Matematik mendedahkan pola/corak tersembunyi yang membantu kita memahami dunia di sekitar kita. Kini bukan hanya di segi aritmetik dan geometri, bahkan matematik pada masa kini meliputi pelbagai disiplin berkaitan dengan data, pengukuran dan pengamatan dari ilmu sains; juga inferensi, deduksi, dan bukti, bersama mode l matematik dari fenomena alam tentang perilaku manusia, dan sistem sosial . Matematik adalah ilmu tentang pola/corak dan peraturan. Domainnya bukan molekul atau sel, tetapi nombor, kebarangkalian, bentuk, algoritma dan perubahan. Sebagai ilmu yang abstrak, matematik bergantung pada logik dan bukan hanya pada pengamatan,namun menggunakan pemerhatian,simulasi bahkan eksperimentasi sebagai mencari kebenaran.Peranan matematik dalam pendidikan adalah disebabkan banyak kegunaannya pada umum. Penemuanpenemuan Matematik seperti teorem dan teori adalah sangat signifikan dan berguna. Pengalaman berkaitan matematik meninggikan tahap kebolehan matematik-keupayaan untuk membaca secara kritikal, mengenalpasti kesalahan, mencari alternatif dan sebagainya. Matematik membolehkan kita memahami informasi dan persekitaran dunia dengan lebih baik.

Sifat Penyelesaian Masalah George Polya merupakan ahli matematik yang terkemuka yang menulis 3 buah buku berkenaan penyelesaian masalah. Beliau menyenaraikan empat proses untuk menyelesaikan masalah dan membariskan beberapa strategi seperti berikut:

20

Kaedah Menyelesaikan Masalah mengikut Polya 1. Memahami masalah (baca masalah dengan berhati-hati sekurang-kurangnya dua kali) 2. Merancang kaedah / pelan untuk selesaikan masalah. 3. Melaksanakan kaedah / pelan. 4. Menyemak keputusan (mempastikan keputusan adalah munasabah)

Strategi-strategi yang dicadangkan adalah seperti di bawah : 1. Menyelesaikan masalah serupa yang lebih mudah (solve a simpler similar problem) 2. Menjadikan masalah lebih konkrit (make a problem more concrete) 3. Meneka dan meyemak (Guess and check) 4. Memecahkan masalah kepada masalah lebih kecil (Break the problem into smaller problems) 5. Mencari pola /corak (Look for a pattern) 6. Melukis gambar / rajah (Draw a picture or diagram) 7. Menyelesaikan cara terbalik ( Work backwards ) 8. Melakonkan (Act it out/Explain it to someone else ) 9. Menukar cara pemikiran (Change your point of view (Think outside the dots) 10. Menggunakan persamaan / formula (Use an equation or formula ) Penyelesaian masalah adalah tugas yang rumit untuk dikuasai. Walaubagaimana pun, kita seharusnya berusaha melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran menyelesaikan masalah.

Sifat Penaakulan Logik (Nature of logical reasoning) Penaakulan induktif dan deduktif adalah dua jenis penaakulan yang asas digunakan dalam matematik, sains dan kemanusiaan. 21

Ia berdasar kepada pemerhatian. Orang yang menggunakan penaakulan deduktif mengamalkan prinsip umum untuk membina sebuah contoh khas." Pada awalnya. Orang yang menggunakan penaakulan induktif menemukan pola dalam kumpulan pemerhatian khusus dan membuat kesimpulan umum berdasarkan pola itu.  Nombor Bulat Nombor Bulat adalah seperti di bawah : 0. . Penaakulan deduktif bergerak dari umum ke khusus. dan segiempat tepat mempunyai empat sisi. . . selama syaratsyarat yang digunakan adalah benar. ‘sifar’ dianggap sebagai nombor. 1. 3. . 22 . atau nombor yang boleh dibilang. sesuatu "nombor" bererti sesuatu yang kita boleh kira/bilang. maka kita katakan bahawa penternak itu mempunyai sebanyak ‘sifar’ biri-biri. Ini dikenali sebagai nombor asli. Sebuah hujah deduktif memberi bukti lengkap tentang kesimpulan.Penaakulan induktif bergerak dari khusus kepada umum. 2. 4. 3. 2. Penaakulan ded uktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pada peraturan atau fakta. Penaakulan deduktif didasarkan pada peraturan atau prinsip-prinsip am.  Nombor Asli atau “Nombor yang boleh dibilang” 1. 5. Kita katakan senarai nombor asli beserta ‘sifar’ sebagai Nombor Bulat. seperti berapa banyak biribiri yang dimiliki oleh seorang penternak. Penggunaan tiga titik di akhir senarai di atas menunjukkan bahawa senarai tersebut akan berterusan / tidak berakhir di situ sahaja. Contoh penaakulan deduktif: Disebabkan semua segiempat sama adalah merupakan juga segiempat tepat. 5. . Penaakulan induktif digunakan untuk membentuk hujah berdasarkan pengalaman dan boleh menentukan bahawa kesimpulan mungkin benar. Sistem nombor nyata berubah dari asa ke masa dengan memperluaskan idea tentang apa yang kita maksud dengan "nombor. 4. maka semua segiempat sama mempunyai empat sisi. Jika penternak tidak mempunyai seekor pun biri-biri. Kadang-kadang.

–3. kita memperolehi set nombor nisbah (rational numbers). di mana a dan b adalah integer (b ≠ sifar). –2.  Nombor Integer Berikut adalah senarai nombor integer : . . 3.  Nombor Nisbah (Rational Numbers) Nombor nisbah adalah berbentuk . . 1. –1. nombor-nombor tersebut tidak berulang atau berakhir. . 2. Kita memerlukan masa yang agak lama untuk menerima idea nombor negatif tetapi akhirnya nombor negatif diterima sebagai nombor. . tetapi dalam banyak hal yang lain dalam kehidupan kita. Sebagai nombor perpuluhan. di samping tidak mempunyai seekor pun biri-biri. untuk mengukur / menyukat. kita boleh mengatakan bahawa jumlah biri-biri yang petani miliki adalah negatif 3. kita menggunakan pecahan. Contohnya. petani berhutang seseorang 3 ekor biri-biri.Perkara yang lebih abstrak dari sifar adalah idea nombor negatif. Contoh-contoh : Nombor Nisbah (nombor berakhir) 23 . 0. kita mendapat satu set baru iaitu nombor integer. kita gunakan setengah cawan gula. Dengan penambahan nombor negatif. Jika. Dengan menambahkan idea pecahan kepada set integer. satu perempat sudu teh garam dan sebagainya. . –4. 4. Kita tidak dapat mengatakan penternak mempunyai bilangan biri-biri dalam bentuk pecahan.  Nombor Bukan Nisbah (Irrational Numbers) • • • Tidak dapat ditulis sebagai nisbah bagi nombor integer. Generalisasi seterusnya yang dapat kita hasilkan ialah idea pecahan. Kadangkala kita memanggil nombor nisbah sebagai pecahan.

harus dan tidak boleh. kita akan sentiasa mendapat nombor nyata. isipadu atau jarak antara dua titik. Apabila kita mempunyai nombor nisbah dan nombor bukan nisbah. seperti berat.Nombor Nisbah (nombor berulang) Nombor Nisbah (nombor berulang)  Nombor Nyata • • • Nombor Nisbah + Nombor Bukan Nisbah Semua nombor boleh didapati di atas garis nombor. Juga semua jarak boleh didapati di atas garis nombor. Rajah berikut menerangkan tentang hubungan antara set nombor-npmbor yang membentuk Nombor Nyata: 1. baik 24 . Sebarang nombor yang menunjukkan bilangan atau sukatan.8 Nilai Matematik Nilai adalah peraturan untuk kita membuat keputusan tentang benar dan salah. kita mempunyai set nombor nyata yang lengkap.

Nilai juga memberitahu kita yang sesuatu adalah penting atau tidak. kreatif. Nilai-nilai tambahan adalah kewarganegaraan. dan prinsip-prinsip rumus matematik atau mengetahui bagaimana menggunakan algoritma dan mengapa ia digunakan. berdedikasi. membuat refleksi dan komunikasi. bertanggung jawab. e) Nilai-nilai yang berkaitan dengan pendekatan pembelajaran matematik di mana melibatkan proses deduktif. Nilai-nilai Pendidikan Umum Nilai-nilai ini diterapkan oleh guru-guru di sekolah bertujuan membentuk peribadi seseorang. bijaksana. berdasarkan peringkat hiraki nya : • • • • Nilai asas adalah iman dan takwa. konstruktif dan 25 . Nilai-nilai asas seperti setia. b) Nilai yang berkaitan dengan kemampuan pelajar di mana matematik adalah sesuai untuk individu tertentu atau untuk semua. Nilai-nilai Pendidikan Matematik Nilai dalam pendidikan matematik adalah nilai-nilai afektif yang mendalam dibangunkan melalui subjek matematik. operasi. Ada tiga kategori dalam pendidikan matematik iaitu Nilainilai pendidikan umum. menghafal dan belajar secara pasif atau matematik adalah pembangunan pengetahuan melalui pembelajaran induktif. Nilai-nilai sampingan adalah kepercayaan. mengetahui dan melakukan operasi rutin atau mencari dan melaksanakan operasi yang sesuai. Menurut Nik Aziz Nik Pa. aplikasi atau teori matematik.dan buruk. d) Nilai yang berkaitan dengan tingkat pemahaman di mana pelajar menggunakan peraturan. berkeyakinan diri dan lain-lain. kerjasama dan berpengetahuan. Berikut merupakan empat jenis nilai-nilai umum beserta contoh. kebenaran. belajar matematik menumpukan pada nilai-nilai pendidikan matematik sebagai berikut: a) Nilai yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran. c) Nilai yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian masalah di mana pelajar memahami. telus dan bersyukur. di mana tujuan pembelajaran matematik adalah untuk apresiasi. adil. nilai-nilai pendidikan matematik dan nilai-nilai matematik.

keterbukaan & misteri. Mereka adalah rasionalisme & empirisme. sumber bahan. penaakulan. Nilai-nilai Matematik Nilai matematik merujuk kepada nilai yang berkaitan dengan pengetahuan matematik. kebenaran dan penggunaan pengetahuan matematik yang dibawakan dalam konteks yang berbeza. Nilai ini ditunjukkan oleh: ¬ guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam hujah dan penaakulan logik ¬ pengajaran tentang bukti dan membuktikan ¬ menggalakkan perbincangan dan perdebatan ¬ pelajar mencari penjelasan untuk data percubaan ¬ kontra hipotesis alternatif 2 Empiricisme Menilai empirisisme bererti mencari objektif. model. konkrit. situasi hipotetis dan abstrak. Rationalisme Menilai rasionalisme bererti menekankan hujah. mencari simbol. dan melaksanakan ideaidea dalam matematik dan sains. Ia melibatkan teori. Berikut ini adalah penjelasan nilai-nilai dalam matematik: 1. Nilai-nilai ini meliputi ciri-ciri. dan penggunaan data. Ia merangsang kepada pemikiran beranalogi. Alam Bishop mengenalpasti tiga pasang pelengkap untuk nilai matematik. Hal ini juga menggalakkan materialisme dan kesungguhan. 26 .aktif. kawalan & kemajuan. Nilai ini ditunjukkan oleh: ¬ guru mengembangkan kemahiran praktikal pelajar ¬ mengajar tentang aplikasi dan menggunakan idea ¬ pelajar dan guru membuat simbol.. analisis logik dan penjelasan. rajah dan lain-lain. dan dengan demikian membawa kepada pemikiran universal.

• Nilai yang ditunjukkan adalah : ¬ guru mengembangkan kemampuan pelajar mengartikulasikan ideaidea mereka ¬ mengajar kriteria pembuktian dan pengesahan 27 . dan kemampuan untuk meramal. bukti dan penjelasan individu. Kontrol Menilai kawalan bererti menekankan kekuatan pengetahuan matematik dan sains melalui penguasaan peraturan. Pengesahan hipotesis. prosedur dan kriteria yang telah ditetapkan. melalui teori alternatif. Nilai yang ditunjukkan adalah : ¬ guru mengembangkan kemahiran pelajar dalam latihtubi dan rutin ¬ mengajar tentang ketepatan matematik dan sains ¬ pelajar mempraktikkan kemahiran dan prosedur ¬ guru menunjukkan bagaimana idea-idea matematik dan sains dapat menjelaskan dan meramalkan kejadian 4 Kemajuan Menilai kemajuan bererti menekankan cara-cara idea-idea matematik dan sains berkembang. Hal ini juga menggalakkan nilai-nilai kebebasan individu dan kreativiti. Hal ini juga menggalakkan keselamatan dalam pengetahuan. melalui demonstrasi.¬ pelajar mengumpul data eksperimen ¬ menguji idea terhadap data 3. pembangunan kaedah baru dan mempersoalkan idea-idea yang ada. Nilai ini ditunjukkan oleh: ¬ guru mengembangkan imaginasi kreatif pelajar ¬ mengajar tentang perkembangan pengetahuan sains dan matematik ¬ mendorong penjelasan alternatif 5 Keterbukaan Menilai keterbukaan bermaksud demokrasi pengetahuan. artikulasi yang jelas dan pemikiran kritis juga signifikan. fakta.

Timur Tengah dan India beserta tahun yang terlibat. 4. Eropah. Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal-usul dan sifat pengetahuan. Senaraikan beberapa sumbangan tokoh-tokoh matematik Yunani. RUJUKAN Rujukan Utama: 28 . dan mistik dari ideaidea sains dan matematik. Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna. Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran ? 3. Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik. Nilai ini ditunjukkan oleh:       guru mengembangkan imaginasi pelajar mengajar tentang sifat pengetahuan objektif merangsang sikap ingin tahu dan kagum dengan idea-idea yang signifikan mendorong pelajar untuk membaca bahan-bahan sains fiksyen pelajar merasa terkejut terhadap hasil penemuan tak terduga meneroka teka-teki matematik Tugasan Jawab semua soalan berikut 1. daya tarikan. 2. 5.¬ menggalakkan perbincangan dan perdebatan ¬ menggalakkan kebebasan berekspresi ¬ kontra pendapat antara pelajar dan guru ¬ percubaan / eksperimen yang boleh diulangi 6 Misteri Menilai misteri bererti menekankan keajaiban. Nyatakan kepentingan matematik kepada (a) anda sebagai individu (b) masyarakat anda (c) negara anda. Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik tersebut.

Tajuk 2 Perkembangan Pendidikan Matematik di Malaysia 29 . T.Matematik KBSR dan strategi pengajaran.(2008). G.L. Ed ke 2.J. Seow. (2006).& Lindquist.Press. (1997) . KL: Universiti Malaya. NCTM.M. et al. 4th ed.project2061. Profesional standards for teaching mathematics. M. 9th ed. K.au/99pap/bis99188. Musser. (2001). Virginia: Author Buzan. Selangor D. Mind Maps. Rujukan Lain: National Council of Teachers Mathematics (1991). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. Smith.E. Soon Sang.E. (1945). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.htm The Nature of Mathematics http://www.: Fajar Bakti Sdn Bhd. How to Solve it. T. M..(1995) Helping Children learn mathematics. New York: Allyn and Bacon. Reston.edu. USA : John Wiley Nik Azis Nik Pa. Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the mathematics Classroom http://www.. The nature of mathematics.Mok.Suydam.aare. L. London: HarperCollins Pub. Siew Hua. Friedman.(1995). New Jersey: Princeton Univ.org/publications/sfaa/online/chap2. 7th ed. R.htm Peringatan : Simpan bahan nota dan bahan bercetak di dalam portfolio anda. G. The World is Flat New York: Penguin Books Polya. (2005). (2005). Pengajaran matematik KBSR. Mathematics for elementary teachers.N. Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning Reys.

Mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perubahan kurikulum.2 Hasil Pembelajaran 1. Ianya akan meninjau sejarah dan perubahan kurikulum-kurikulum di Malaysia sekitar tahun 1950 sehingga tahun 2000. 2. 2.3 Kerangka Konsep Perkembangan Kurikulum Matematik Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Pengaruh Perubahan Kurikulum Matematik Luaran(Negara Luar) terhadap Kurikulum Matematik di Malaysia Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak 2.4 Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia Cuba anda renungkan soalan berikut : Apakah faktor yang mempengaruhi reformasi kurikulum matematik di Malaysia pada tempoh lima dekad kebelakangan ini? Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah.1 Sinopsis Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan anda tentang perubahan kurikulum matematik di sekolah. 2.2. Memperakui bahawa kurikulum matematik sentiasa berubah dan boleh mengenalpasti isu-isu semasa yang akan mempengaruhi perkembangan kurikulum masa depan. Memperihalkan tempoh perkembangan utama kurikulum matematik di Malaysia 3. 30 . Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah.

Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set. Walau bagaimanapun.Abu Hassan Ali. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970. Selain itu. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini.Aritmetik. ◙◙ Laporan Razak (1956) Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah semasa. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia. strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. ◙◙ Laporan Projek Khas (1970) Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En. Yayasan Asia membiayai projek ini. 31 . Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. statistik dan vektor yang dipermudahkan. terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR. ◙◙ Program Matematik Moden (1970) Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Walau bagaimanapun. Tiga puluh buah sekolah sekitar Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan ini. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada 1969. Beberapa ahli American Peace Corps dilantik sebagai penasihat projek. Panitia berkenaan memilih sukatan SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan.

Dua buah buku teks. matriks dan statistik. peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baru seperti sistem pernomboran. Kurikulum Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) dirombak (1994). menjadi Bersepadu Sekolah Rendah Senaraikan perubahan yang dilakukan terhadap Sukatan Matematik berkenaan 32 . topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan Matematik Pilihan C. Aras II (Tahun 4 – Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. -. Aras I dan Aras II. ÷ dan x). kedua-dua sukatan menengah rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan(content) matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. pemetaan. kemahiran. sikap. Aras I (Tahun 1 – Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsepkonsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+. Perubahan kurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara. kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua. Melaluinya. ◙◙ Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983) KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Strategi pengajaran-pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan. telah disatukan pada 1978. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. transformasi geometri.Pada 1972. Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden Tingkatan Lima. Seterusnya.

3. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993) ◙◙ Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998) Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020. Perpuluhan dan operasi asas. 4. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. 33 . Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki.Dengan ini. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira.◙◙ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Tajuktajuknya ialah: 1. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan 33embil dan menyumbang kepada pembentukan modal 33embil yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan 33embil. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada 33embilan tajuk utama. diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Nombor bulat dan operasi asas. 2. Ukuran panjang dan berat. sukatan matematik telah disemak semula. Wang 5. Bagi setiap tajuk. Pecahan dan operasi asas.

Berikutan itu. ◙◙ Projek Imbuhan (Compensatory Project) (1975-1980) Projek Imbuhan telah dilaksanakan selepas Perang Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin. Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1. Golongan kaya mendapat pendidikan yang sempurna manakala golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar. 4 dan enam rendah. Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan dari tahun 1975 sehingga tahun 1980.sekolah yang kurang berkemampuan.6. Ruang 7. Selain daripada perkembangan kurikulum matematik seperti yang telah dibincangkan. Graf. Peratus 9. Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Pada bulan Januari 2003. Ini termasuklah pemberian subsidi makanan. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. bantuan kewangan dan 34 . Projek Imbuhan dijalankan untuk membela nasib kanak. peruntukan – peruntukan khas dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar sekolah rendah dan pra. Purata 8. Melalui projek ini. Di antaranya ialah Projek Imbuhan (Compensatory Project). Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari. perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah. ada beberapa projek lain yang telah dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah. seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah. Akibat taraf sosio ekonomi yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini.

sekolah untuk diuji. ◙◙ Projek Sekolah Bestari di Malaysia Salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor) ialah penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi ( pendidikan pemulihan) dan elemen. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri . Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di sekolah. objektif kedua projek ini ialah membantu Pusat Perkembangan Kurikulum.flagship lain. Di samping itu.guru yang dilatih khusus menjalankan projek ini. ◙◙ Projek InSPIRE (1977) (Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment) Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977. terarah kendiri dan 35 . Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran –pembelajarannya. Pada bulan Julai 1997.flagship ini Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Ini ada kaitannya dengan kurikulum. Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu projek pendidikan. pedagogi. dan juga bahan-bahan P&P. Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship.bahan untuk aktiviti pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah. pentaksiran.sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru.sekolah rendah di luar bandar. Tun Dr Mahathir Mohamad.kemudahan lain. projek ini telah disokong oleh sumber. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut perkembangan kognitif murid-murid.kemudahan. Bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan.elemen sosio-ekonomi dan politik. Pelbagai set bahan. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship.

ciri penting setiap projek itu dan impaknya terhadap kurikulum 2. Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu. Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. Bahagian Teknologi Pendidikan. Kenalpasti ciri. Sehubungan itu berlakulah perubahan-perubahan utama khususnya dalam subjek matematik dan sains. Akibatnya. Dua buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu. Scottish Mathematics Group (SMG).5 Pengaruh Perubahan dalam Kurikulum Matematik Negara Luar terhadap Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia. Di antara projek. Perubahan dalam kurikulum matematik luar negara ini telah membawa pengaruh yang besar kepada kurikulum matematik di Malaysia.mengikut kadar pembelajaran sendiri. Negaranegara Barat seperti Great Britain dan USA gusar dan rasa terancam ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. Pelancaran Kapal Angkasa Lepas Sputnik 1 oleh Soviet Union dalam tahun 1957 telah memberi kesan mendalam kepada sejarah pendidikan matematik. Perkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia telah berlaku akibat dari pelaksanaan beberapa projek yang penting. Bahasa Inggeris.negara ini yang membawa perubahan dalam kurikulum matematik mereka.projek luar yang mempengaruhi kurikulum matematik Malaysia ialah Nuffield Mathematics Project (NMP). Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua Sekolah Bestari. School Mathematics Project (SMP) dan School Mathematics Study Group (SMSG). Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan. banyak projek yang telah dilancarkan oleh negara. 36 . Projek rintis ini berakhir pada bulan Disember 2002. Di sinilah bermulanya titik perlumbaan di antara America Syarikat dan Soviet Union. Ini disebabkan oleh hubungan Malaysia yang rapat dengan negara.negara ini dalam bidang pendidikan. Matematik dan Sains.

pembelajaran yang berkesan bagi pelajarpelajar yang berumur antara 6 hingga 12 tahun akan berlaku sekiranya ada interaksi dengan bahan. National Council of Teachers of Mathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik di Malaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM.pengaruh seperti yang telah disebut di atas. saya lupa Saya lihat.Selain daripada pengaruh. satu organisasi swasta dengan bantuan dari Kementerian Pelajaran Britain.sekolah rendah di Britain pada tahun 1964. saya faham. Kerja projek ini melibatkan penggunaan matematik dalam mencari penyelesaikan masalah. Pelajar belajar matematik melalui pelaksanaan kerja projek dalam kumpulan kecil. Oleh itu. Selain itu.kaedah ini adalah berpandukan kepada Teori Pembelajaran Piaget. dari konkrit kepada abstrak dan berasaskan pengalaman yang biasa kepada pengalaman yang luar biasa. Aplikasi strategi pemusatan pelajar dan bahan serta kaedah inkuiri penemuan mesti diutamakan dalam proses P&P. Penemuan kaedah. Pembiayaan NMP ditaja oleh Nuffield Foundation.kaedah baru dalam P&P matematik di sekolah rendah telah diperkenalkan. kandungan sukatan matematik telah disusun mengikut hiraki iaitu dari yang mudah kepada yang lebih sukar. Projek ini telah mencapai objektifnya dan memberi impak kepada kurikulum matematik di Malaysia melalui Projek Khas yang telah dilancarkan dalam tahun 1970. objektif NMP ialah membimbing pelajar sekolah rendah belajar matematik melalui pengalaman yang konkrit. saya ingat Saya buat. Mengikut Piaget.bahan konkrit. Dalam projek NMP ini kaedah. 37 . Secara asasnya falsafah yang terkandung dalam projek ini boleh diterjemahkan seperti apa yang diperkatakan oleh Confucius: Saya dengar. ◙◙ Nuffield Mathemtics Project (NMP-1964) Projek ini telah dijalankan terhadap sekolah.

tetapi dapatan menunjukkan kandungannya adalah terlalu akademik dan abstrak. Number Systems. bahan SMP juga menjadi sumber rujukan yang penting untuk buku teks subjek Matematik Moden di Malaysia.tajuk ini dalam penyelesaian masalah seharian. Buku.tajuk yang berbeza diajar secara bersepadu. Buku teks SMP telah digunakan secara meluas di sekolah menengah di Great Britain. Inequalities. Bahan SMG ini menjadi dokumen rujukan utama dalam Projek Matematik Moden untuk Sekolah Menengah Rendah Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1970. Kumpulan ini telah membina dan 38 .buku ini telah dicetak di antara tahun 1965 dan 1969 dengan memperkenalkan tajuk–tajuk baru seperti Sets. Salah satu ciri utama dalam sukatan ini ialah mengaplikasikan tajuk. Pendekatan ini membolehkan tajuk. Objektif utama projek ini ialah meningkatkan mutu sukatan matematik di sekolah rendah setanding dengan Russia. Contohnya. pendekatan tradisional dalam P&P telah digantikan dengan pendekatan yang lebih bersepadu. Dalam projek ini. Number Bases. Transformation. Walaupun begitu. ◙◙ School Mathematics Study Group (SMSG) Kumpulan SMSG terdiri dari ahli fikir akademik Amerika dengan fokus membawa perubahan dalam pendidikan matematik selaras dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh Soviet Union dengan pelancaran Sputnik 1. seperti SMG.◙◙ Scottish Mathematics Group (SMG) Pasukan SMG ini terdiri daripada sekumpulan ahli matematik Scotland yang telah menulis sesiri sembilan buah buku teks yang berjudul Modern Mathematics for Schools. ◙◙ School Mathematics Project (SMP) Pada mulanya SMP hanyalah merupakan sebuah projek kajian yang telah dipengerusikan oleh Bryan Thwaites dari University of Southampton pada tahun 1961. Linear Programming dan Matrices. Ia ditubuhkan pada tahun 1958 dengan diterajui oleh Edward G. Modular Mathematics. teori set diajar bersekali dengan tajuk algebra dan geometri. Begle dan dibiayai oleh National Science Foundation . Oleh itu sukatan SMP ini diputuskan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah dalam matematik. Kajian ini dilakukan untuk menimbangkan perubahan yang sewajarnya dalam pengajaran matematik berikutan pelancaran Sputnik 1 oleh Soviet Union dan seterusnya untuk menyediakan satu sukatan matematik yang lebih progresif di Great Britain.

NCTM memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan matematik yang sempurna dan menyediakan peluang perkembangan profesional yang berterusan untuk setiap guru matematik. Misi National Council of Teachers of Mathematics ialah menunjukkan visi dan memberi kepimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat pendidikan matematik yang berkualiti tinggi (sekolah rendah. projek ini juga membekalkan idea. 39 . asas nombo dan trigonometri. Dalam proses pengajaran.profit peringkat dunia yang terbesar dengan ahli seramai lebih daripada 100. NCTM ialah satu pertubuhan non. New Mathematics menitikberatkan penjelasan struktur matematik dalam konsep yang abstrak seperti teori set dan asas nombor selain daripada asas10.000 orang dan mempunyai lebih daripada 250 associates di Amerika Syarikat dan Kanada. Dokumen Principles and Standards menyediakan visi untuk semua guru dan pelajar iaitu untuk meningkatkan mutu pendidikan matematik akan datang. Hasil usaha kumpulan ini membawa perubahan dalam pendidikan matematik yang dikenali sebagai New Mathematics. Sebagai tambahan. iaitu satu garispanduan untuk kecemerlangan dalam pendidikan matematik pre-K – 12 yang boleh dicapai sekiranya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti matematik yang mencabar. ◙◙ National Council of Teachers of Mathematic (NCTM) NCTM telah bermula pada tahun 1920 dengan tujuan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ahli kumpulan terdiri daripada ahli matematik. penggunaan bahasa matematik yang khusus untuk memahami sesuatu konsep matematik juga dititikberatkan.guru.idea yang berguna kepada para pendidik di Malaysia sebagai langkah meningkatkan mutu matematik pada masa itu. kolej dan universiti). SMSG banyak menjalankan aktiviti sebagai pendekatannya supaya pembelajaran lebih bermakna dan menarik. NCTM telah megeluarkan dokumen berjudul Principles and Standards for School Mathematics. pakar psikologi and nazir sekolah. guru. Pada bulan April 2000. teori set .melaksanakan kurikulum matematik di sekolah rendah dan menengah di USA sehingga ia ditamatkan pada tahun 1977. Sama seperti SMG and SMP. sekolah menengah. nombor negatif. Tajuk–tajuk dalam Matematik termasuklah geometri.

tahunan atau regional. P&P. prinsipal. Kandungan dokumen Principles and Standards juga dapat dipraktikkan mengikut panduan yang disediakan secara online di laman web NCTM melalui E-Standards and Illuminations.Ada empat komponen utama dalam dokumen Pinciples and Standards for School Mathematics ini. Ketiga. analisis data dan kebarangkalian. Selain itu. pentaksiran dan teknologi. Lima standard kedua pula melibatkan proses penyelesaian masalah. Satu siri buku yang mengandungi 30 Navigations volumes dicetak supaya guru. video kerja pelajar dalam kelas.prinsipal tersebut adalah perspektif asas yang perlu dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan yang melibatkan pendidikan matematik di sekolah. perkaitan. Reflections ialah satu elemen penting dalam NCTM untuk perkembangan profesionalisme guru matematik. 40 . Persatuan ini juga bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa persidangan regional dan mesyuarat tahunan. Akademi Untuk Perkembangan Profesional telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan menyediakan pakej latihan selama dua atau lima hari untuk guru matematik. standard NCTM ini mengetengahkan satu set matlamat yang komprehensif untuk dicapai dalam pengajaran matematik. The Illuminations dibangunkan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai standards NCTM dan menyediakan rancangan mengajar untuk guru dan aktiviti pembelajaran untuk pelajar. Lima standard pertama berkait dengan isi kandungan matematik seperti nombor dan operasi. Selain dari itu guru juga boleh mengambil bahagian dalam kritik untuk lesson-study. Prinsipal. komunikasi dan perwakilan. Ia juga menyediakan standard-based kandungan internet content untuk guru. tugasan dan seterusnya membuat analisa profesional mengenai perbincangan guru.guru dapat mempraktikkan kandungan dokumen Principles and Standards for School Mathematics di dalam kelas mereka. NCTM membina dan mengedar pelbagai bahan sumber untuk membantu pengajaran guru. Dalam laman web Reflections ini dimasukkan video secara online supaya guru boleh membuat analisis dan perbincangan untuk menambahbaik kemahiran pengajaran mereka. kurikulum.isu seperti keadilan. ukuran. Pertama. algebra. Standardstandard ini adalah kemahiran asas dan pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk berjaya dalam abad ke 21 ini. geometri.prinsipal ini merangkumi isu. Kedua.guru K – 12. penaakulan dan bukti. NCTM menyediakan ruang dan peluang untuk peningkatan profesionalisme guru melalui persidangan/seminar kepimpinan. Keempat.

ahlinya yang terdiri daripada guru-guru matematik sekolah . NCTM juga bekerjasama dengan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) yang memberi kuasa kepada NCTM untuk menilai program latihan guru matematik. Oleh itu. Melalui penilaian yang dibuat ke atas program matematik sekolah. lebih 200 buah buku pendidikan. sebarang program pendidikan matematik kanak-kanak di Malaysia perlu sejajar dengan keperluan sezaman. amalan bilik darjah hari ini perlu melatih kanak-kanak supaya berfikir secara kreatif dan inovatif. 41 . Oleh itu.guru permulaan telah cukup bersedia untuk menjalankan tugas mereka. the NCTM News Bulletin. persatuan ini menaja Acara Matematik Terbesar di dunia dan menerbitkan buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti menarik untuk guru gunakan dalam kelas mereka. Alaf baru memerlukan warga dunia yang inovatif dan kreatif selain daripada berpengetahuan.guru matematik dengan pemberian annual Lifetime Achievement Award for Distinguished Service to Mathematics Education. Pada tahun 1976 NCTM menubuhkan Mathematics Education Trust (MET) yang menyediakan dana untuk guru bagi meningkatkan P&P matematik. Dunia masa depan juga memerlukan idea-idea baru yang menggalakkan pengurusan yang baik terhadap persekitarannya. video dan lainlain bahan. program pendidikan matematik perlu selari dengan teori pembelajaran berasaskan otak dan juga penggunaan TMK dalam amalan bilik darjah. Mathematics Teaching in the Middle School. Selaras dengan itu. Oleh itu.NCTM menerbitkan empat jurnal profesional : Teaching Children Mathematics. the Mathematics Teacher. Selain itu. and the Journal for Research in Mathematics Education. keperluan kehidupan masa depan perlu dijadikan amalan bilik darjah hari ini bagi kelangsungan kehidupan. Penerbitan lain termasuklah monthly member newsletter. MET juga menghargai guru. NCTM ialah satu pertubuhan profesional yang mendapat mandat dan kekuatannya dari ahli.6 Dasar dan Program bagi Kemajuan Matematik Kanak-Kanak Dasar pendidikan matematik kanak-kanak yang digubal perlu menjamin mereka menjadi warga dunia masa depan yang berjaya. NCTM dapat mempastikan dan menentukan guru. 2. pensyarah universiti dalam bidang pendidikan dan juga institusi pendidikan seperti perpustakaan kolej dan sekolah. Setiap tahun dalam bulan April.

Pengeluaran barangan secara banyak mula berkembang pada kurun ke 19. Isipadu pengeluaran adalah untuk sara diri petani itu sendiri. Seterusnya. Masyarakat pada kurun berkenaan tidak lagi berupa masyarakat sara diri. Pekerjaan di kilang berbeza sifatnya daripada di bendang. Oleh itu. 2006). Ekonomi berskala besar perlu diamalkan bagi memenuhi permintaan yang pelbagai itu. Masyarakat pada zaman berkenaan terdiri daripada petani. Mereka telah mula menjadi masyarakat pengguna. Pelbagai jenis permintaan mula menjadi amalan masyarakat berkenaan. Kemudahan komputer memudahkan penyimpanan serta 42 . Ekonomi zaman berkenaan rata-rata berskala kecil. kurun berkenaan dipanggil Zaman Pertanian. Seorang pekerja kilang perlu mempunyai daya tahan untuk membuat kerja-kerja rutin dengan bantuan mesin sepanjang lapan jam sehari. Banyak kilang telah didirikan bagi tujuan tersebut.2. Kekuatan fizikal tidak lagi menjadi keutamaan pada pekerja kilang.6. Ini berlaku kerana perubahan gaya hidup. Kurun ke 18 memerlukan petani-petani yang kuat bekerja sepanjang hari di bendang bagi penghasilan makanan ruji. Kurun ke 19 itu dikenali sebagai Zaman Industri.1 Kerangka Konsep (a) Menggalakkan Kreativiti Zaman berubah dan setiap zaman mempunyai keperluan yang tersendiri dan berbeza (Pink. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mencetuskan Zaman Maklumat pada kurun ke 20.

Pusat-pusat pengajian tinggi didirikan dengan banyaknya untuk menampung keperluan itu. Proses pengajaranpembelajaran dalam bilik darjah masih lagi ingin memenuhi keperluan Zaman Maklumat. Mereka memerlukan nilai tambah yang membezakan diri masing-masing daripada masyarakat kebanyakan. Walaupun zaman telah berubah. Pendidikan Zaman Konseptual perlukan inovasi dan kreativiti sebagai matlamatnya (Pink. Menurut Pink (2006). sekuen dan analisis (Buzan. (b) Mengamalkan Pembelajaran Holistik Kegiatan pembelajaran mesti menghasilkan kesedaran holistik ataupun gestalt sebagai hasil pembelajaran terhadap perspektif yang berbeza (Buzan. Inovasi 43 . Kurun ke 21 sudah tentunya mempunyai keperluan yang tersendiri Ramai daripada ahli masyarakat telahpun mempunyai pengetahuan yang banyak dalam pelbagai bidang. Zaman Konseptual memerlukan golongan karyawan yang inovatif dan kreatif. Kurikulum pendidikan berperanan memenuhi kehendak sezaman. Ini berlaku kerana masyarakat kurun ke 21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagi kelangsungan kehidupan mereka. Fokus proses pengajaran-pembelajaran masih lagi terhadap usaha menambahkan pengetahuan pelajar. nombor. Zaman Maklumat menggalakkan pencanaian otak kiri. Alat serta teknik pembelajaran yang didedahkan pada pelajar masih lagi dilihat sebagai alat hafalan. 2005) Zaman terus berubah.pencampaian maklumat. Pencarian pekerjaan mula menjadi sukar walaupun di kalangan siswazah universiti. logik. Ini berlaku kerana pada hemisfera otak itulah pengetahuan ataupun maklumat disimpan untuk diingatkan semula apabila diperlukan. Inovasi dan kreativiti diperlukan selain daripada pengetahuan yang mendalam bagi sesuatu bidang. Kos kewangan yang rendah terhadap pemilikan maklumat menggalakan orang ramai berebut-rebut untuk memiliki maklumat sebanyak yang mungkin. Menurut Pink (2006). Oleh itu. tetapi strategi pengajaran-pembelajaran Zaman Maklumat masih lagi diamalkan dalam kebanyakan bilik darjah. 2005). Oleh itu matlamat pendidikan kurun ke 20 ialah kemenjadian saraf otak hemisfera kiri terhadap kegiatan sehala (linearity) yang melibatkan perkataan. Kurun ke 20 memerlukan tenaga kerja yang mempunyai banyak pengetahuan. kurun ke 21 ialah Zaman Konseptual. 2006).

Selain itu. iaitu. selalunya hanya terdapat satu perspektif ataupun gambaran yang khusus pada contoh yang banyak itu. Walaupun guru memberikan banyak contoh. konsep holistik yang diguna pakai perlu berlaku pada pengajaran-pembelajaran harian dalam bilik darjah. Selain itu. Model pembelajaran sedemikian ditunjukkan pada rajah berikut.. Dari perspektif yang luas. sebuah model pembelajaran holistik menjadi keperluan yang asasi bagi pendidikan kurun ke 21. Pemikiran yang holistik perlu dizahirkan secara jelas dan empirikal pada pengajaran-pembelajaran bilik darjah. Model 3P P1: Proses Big Picture Thinking Pendidikan matematik bererti boleh memahami sebanyak-banyaknya tentang sesuatu idea yang abstrak. Idea matematik selalunya disampaikan oleh guru dengan menggunakan banyak contoh melalui latihtubi. model pengajaran-pembelajaran ‘mudah amal’ perlu digunakan. Amalan empirisme ini perlu bagi kemenjadian seorang murid yang inovatif dan kreatif. Oleh itu. holistik merangkumi kurikulum dan juga ko-kurikulum serta kegiatan di dalam dan di luar bilik darjah. Ianya juga perlu bersesuaian dengan keperluan sezaman. Bagi mencapai matlamat pendidikan. model pembelajaran berkenaan harus berpusatkan murid.dan kreativiti ialah hasilan daripada pemikiran yang holistik. Suatu model pembelajaran yang holistik seharusnya mempunyai nilai-nilai kognitif dan afektif. penggunaan TMK dalam pembelajaran. Pelbagai definisi diberikan terhadap konsep holistik. Model pembelajaran yang diguna pakai mesti melibatkan kemahiran generik sezaman. Konsep sebegini diguna pakai bagi tujuan inovasi ini supaya ianya boleh dirasai oleh setiap pelajar pada setiap masa di dalam bilik darjah. konsep sebegini membolehkan holistik itu bersifat kontekstual. Murid akan hanya memperoleh idea ataupun pengalaman matematik yang menjadi pilihan gurunya itu. Lebih banyak perspektif ataupun 44 . Oleh itu.

. Kefahaman terhadap Sifir 9 boleh dikembangkan jika pengajaran-pembelajaran tentang fakta asas ini dikukuhkan dengan kepelbagaian pola seperti pada Contoh 2. 18. Pelbagai gambaran matematik boleh diperhatikan oleh murid melalui pencerapan pola matematik. .gambaran yang dibincangkan dalam kelas.. 45         1x9= 2x9= 3x9= 4x9= 5x9= 6x9= 7x9= 8x9= .. Mutu pembelajaran matematik boleh ditingkatkan melalui kepelbagaian gambaran yang diperolehi dalam bilik darjah.. Pola takrifan selalunya menjadi fokus pada pengajaran-pembelajaran sifir darab. 27.. Perbincangan berikut menunjukkan pelbagai pola matematik pada Sifir 9. Pola matematik yang mentakrifkan Sifir 9 ialah gandaan 9: 9. maka lebih banyak peluang untuk murid memahami dan menambah idea serta pengalaman matematik mereka. 36.. Kepelbagaian gambaran boleh diadakan dalam bilik darjah.

Oleh itu. Picture Thinking boleh dirancang dan dilaksanakan pada pendidikan matematik sekolah      1 x 9 = 09 2 x 9 = 18 3 x 9 = 27 4 x 9 = 36 5 x 9 = 45 tam bah 46 . Proses Big Picture Thinking melibatkan keseluruhan pemikiran kognitif murid. Taksonomi bentuk baru ini tidak bersifat hiraki. Ini menunjukkan bahawa proses P1 ini mempunyai nilai kognitif yang tinggi. terdapat juga pola lain yang boleh dicerap oleh murid daripada Sifir 9. kegiatan yang inovatif dan kreatif pada proses Big rendah. Ini ditunjukkan pada Contoh 3. Proses ini menggalakkan pembelajaran pada aras tertinggi Taksonomi Bloom yang diubahsuai.Selain daripada empat pola pada Contoh 2. Pembelajaran pada aras tinggi boleh berlaku secara tersendiri.

• Aplikasi 47 • Kefahaman . proses pembelajaran Big Picture Thinking ini boleh menghasilkan Deep SOLO pada rajah berikut. Pembelajaran jenis ini dibincangkan seperti berikut menggunakan Taxonomi P2: Proses In-forming Proses pembelajaran ini menggalakkan pencarian maklumat melalui laman-laman sesawang. • Penilaian • Sintesis • Analisis Deep Learning Learning. Selain itu. Ini dilaksanakan melalui enjin pencarian seperti Google Search.Bloom ( kata Taxonomi Bloom Diubahsuai Proses pembelajaran Big Picture Thinking lebih berfokus kepada kepelbagaian pada satu-satu masa. Kegiatan pembelajaran yang dilaksanakan lebih berfokus terhadap usaha mencanai (synthesizing the big picture) daripada cerakinan (analyzing the details). Proses pembelajaran In-forming ini bersifat mendatar. Ia juga bersifat kontekstual. Big Picture Thinking menggalakkan pembentukan gambaran kesedaran holistik bagi sesuatu konsep matematik yang abstrak pada sesuatu konteks yang benar.

Kemajuan dan Keterbukaan. berbeza kedudukan geografi. (c) Menghargai Matematik Ethno Empathizing juga boleh dilaksanakan melalui amalan matematik ethno dalam pengajaran-pembelajaran matematik. Ini menggalakkan inovasi dan kreativiti peribadi di kalangan murid. Matematik ethno ialah tindihan antara tiga konsep. Namun begitu. P3: Proses Emphatizing Nilai afektif diperoleh melalui proses Emphatizing. Walau bagaimanapun. Menurut Bishop (1988). Kefahaman mendalam tentang maklumat yang dicapai melalui internet itu boleh dilaksanakan melalui proses Big Picture Thinking. Oleh itu. Superficial Learning boleh menggalakkan Deep Learning.Banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui proses ini. Rationalisme merangkumi penaakulan. terdapat tiga nilai afektif pada pendidikan matematik. model matematik dan amalan setempat. Kemajuan berlaku jika murid mengemukakan pendapat alternatif serta menyoal pendapat semasa. Nilai-nilai berkenaan ialah Rationalisme. P2 dan P1 saling melengkapi. Matematik ethno ialah matematik amalan setempat. matematik. berbeza persekitaran dan juga berbeza status sosio-ekonomi. Konsep matematik ethno ini ditunjukkan pada rajah berikut. pemikiran logik dan berhujah. Perbezaan berlaku kerana berbeza kelompok kecil murid. Amalan sedemikian boleh berbeza-beza. Matematik Ethno 48 . proses ini hanya berupaya menghasilkan Superficial Learning. Keterbukaan ialah nilai pendemokrasian pengetahuan. theory dan theorizing.

Oleh itu. Satu contoh kaedah berkenaan ditunjukkan di bawah ini. Pelaziman terhadap sebutan-sebutan berkenaan mempermudahkan ingatan terhadap fakta-fakta asas dalam matematik. Ia suatu bukti empirikal tentang berlakunya pemikiran murid yang inovatif dan kreatif. 49 . Ia dikatakan meningkatkan ingatan. amalan matematik ethno berupaya menimbulkan kepekaan (emphatizing) terhadap matematik di kalangan murid yang berkenaan. Cara mengira alternatif sebagai amalan emphatizing 2 1 2 1 + 4 + 3 =? 6 3 4 i) ii) iii) 2 1 2 1 1 2 1 + 4 +3 = 2 + 4 + 3 + + + 6 3 4 6 3 4 2+4+3=9 1 2 1 2 +8 +3 + + = 6 3 4 12 = 1 3 1 2 =1 1 1 2 1 1 2 =1+ iv) 9+1+ 1 1 = 10 1 2 1 2 Kaedah ini menunjukkan kepelbagaian pada proses pemikiran murid.Amalan matematik ethno boleh dilihat pada kaedah menulis alternatif (alternative written method ) yang diamalkan di sekolah rendah tertentu sahaja. (d) Program Pendidikan Matematik Di Sekolah Rendah Kaedah Mokhdar bermula pada 1989. Asas Kaedah Mokhdar ialah sebutan terhadap nombor-nombor. Kaedah menulis alternatif ini menunjukkan murid mempunyai kaedah penaakulan yang tersendiri. daya berfikir dan kecepatan berfikir.

Penggunaan TMK dalam bilik darjah boleh memberi ruang masa dan kemudahan pelaksanaan strategi ini. alat tulis. peserta mampu memahami dan menyelesaikan dengan pantas masalah fact and figure di dalam subjek pecahan dan sebagainya. fakta asas matematik iaitu jadual asas bagi darab dan tambah. Tall (2009) mengatakan bahawa kefahaman terhadap konsep matematik diperkukuhkan melalui kefahaman terhadap proses yang membawa kepada pentakrifan konsep berkenaan. Oleh itu. Selain memberikan gambaran terhadap konsep-konsep algebra. penguasaan terhadap pengetahuan konseptual diabaikan pada pendidikan tersebut. Algebra menyebabkan tumpuan terhadap pengetahuan prosedur berlaku pada pendidikan matematik di sekolah menengah.Kaedah ini dikatakan boleh meningkatkan kuasa otak dalam menyimpan. perisian matematik tersebut juga berupaya untuk menunjukkan proses terhadap konsep secara dinamik. alat bantuan mengira atau sebagainya. (e) Program Pendidikan Matematik Di Sekolah Menengah Algebra menguasai pendidikan matematik di sekolah menengah. Setelah mengikuti program susulan selama enam atau tujuh hari berikutnya. Konsep-konsep matematik yang dicerap melalui sesuatu 50 . yang dibudayakan dengan Mokhdar advance dalam masa enam hingga tujuh hari (dalam masa tersebut. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa tumpuan terhadap bidang ini tidak menggalakkan perkembangan pemikiran matematik yang lebih menyeluruh. bagi semua perkara yang berbentuk. Perisian-perisian matematik sebegini mengimbangkan simbol abstrak pada algebra dengan gambaran geometri. Keseimbangan antara pengetahuan konsep dengan pengetahuan prosedur adalah antara lima strategi KBSM. juga menggunakan Mokhdar). memproses dan mengakses maklumat di dalam minda untuk menghasilkan kemampuan minda yang optimum. dimantapkan ke dalam minda peserta. Sebagai contoh. bersifat atau mempunyai sifat-sifat angka dan simbol. kecekapan menyimpan maklumat sifir asas (sifar hingga sembilan) dan seterusnya kecekapan memproses dan mengakses maklumat tersebut di dalam minda menyebabkan sifir seperti 68x62 boleh dicongak olah anak sekecil tujuh atau lapan tahun menggunakan masa sepuluh malah dua puluh kali lebih cepat daripada menggunakan kalkulator. Terdapat antara 20% ke 30% peserta berusia antara enam hingga tujuh tahun. Kesan daripada penggunaan kaedah ini boleh dilihat serta-merta dalam banyak kes. Penggunaan perisian matematik seperti Geometrical Sketchpad (GSP) dan GeoGebra memudahkan pelaksanaan strategi berkenaan.

4. Tugasan Jawab semua soalan berikut 1. 2009). Jelaskan bagaimana aktiviti Big Picture Thinking menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah bagi mata pelajaran matematik.proses disebut sebagai procept (Tall. Huraikan deep learning pada pendidikan matematik sekolah rendah. Jelaskan bagaimana penggunaan perisian komputer seperti GSP dan GeoGebra boleh menggalakkan kreativiti pada Matematik KBSM. Pembelajaran terhadap procept mudah dilaksana menggunakan perisian matematik seperti GSP dan GeoGebra. 2. Jelaskan Kaedah Mokhdar daripada perspektif teori pembelajaran berasaskan otak. 51 . 2009). 5. Jelaskan bagaimana penggunaan perisian matematik seperti GSP boleh mempermudahkan pembelajaran terhadap procepts matematik (Tall. 3.

Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning Rujukan Lain: National Council of Teachers Mathematics (1991).form 5. The World is Flat New York: Penguin Books 52 . 7th ed.RUJUKAN Rujukan Utama: Gates. Reston. T. Virginia: Author Buzan. (2005). T. Mok.(2001).J. et al. Musser. Soon Sang.L. 9th ed.E. The nature of mathematics. Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. (2006). K. P.(1995). Integrated curriculum for primary schools: curriculum specifications mathematics year 1. Mathematics for elementary teachers. (2005). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. London: HarperCollins Pub. Profesional standards for teaching mathematics. Ministry of Education Malaysia (1997). (1997) . Pengajaran matematik KBSR. NCTM.(2008). Seow. Siew Hua. Ed ke 2. Friedman. Smith. The Malaysian Smart School: A Conceptual Blue print. G.: Fajar Bakti Sdn Bhd. Selangor D. KL: Universiti Malaya. Ministry of Education (2004-2006). The Malaysian Smart School: Implementation Plant.Matemaatik KBSR dan strategi pengajaran. Mind Maps. (2001). L. Ministry of Education Malaysia (1997). London: Taylor & Francis Group Ministry of Education (2002-2006). Issues in mathematics teaching. Integrated curriculum for secondary schools: curriculum specifications mathematics form 1.year 5. USA : John Wiley Nik Azis Nik Pa..

gov/Genint/Time/time. Perkembangan Matematik Malaysia: http://www.ac.edu/history/topics/num-sys.org/learn/greeks/science/math/pythagoras.Pink.html#hindu-arabic http://www. Polya.net/totalweblite/upload/754/Kaedah%20Mokhdar%20untuk %20semu a.geocities.html http://www. (1945).go. How to Solve it.uiuc.htm SELAMAT BELAJAR 53 .htm 3.ppk.au/PDFWorD/Info/IL/. New York: Riverhead Books.wichita. Pendidikan Matematik http:/www.gov sg http://www.my/bahan.nctm.aare.htm 4. Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the mathematics Classroom http://www.geom.htm/ http://www.historyforkids.historyforkids.history/Mathematician/Biogindex.htm 2 . http://secure.com/mathfair2002/school/arit/arithm1.php http://www.math.html http://www. A Whole New Mind.htm http://www.htm http://www.moe.nsc.au/99pap/bis99188.html Laman Web: 1.uiuc.edu/projects/2/Wood/frame. New Jersey: Princeton Univ.uk/.edu. H.localdns. D.socialresearchmethods.math.gov. The Development of Ancient Numeration Systems: http://mtl.net/kb/dedind.edu/~demo5337/Group3/hist.mintmark.kpm. (2006).htmn http://www. G.org http://www.org/learn/economy/money.html http://www-groups.com/moneyhistory.dcsst-and.pdf http:physics.th/moe.Press.nist.

Penaakulan matematik ialah tonggak yang ketiga. Oleh itu. Perbezaan antara amalan setempat komunikasi matematik dengan konsep komunikasi matematik National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) juga dibincangkan. pencarian pola nombor adalah kaedah utama yang boleh digunakan bagi pelaksanaan tonggak ini. peranannya sebagai tonggak yang kelima dan terakhir tidak menunjukkan kepentingannya dalam p&p matematik. Pola nombor adalah ciri dominan pada idea-idea matematik. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah enabler utama bagi pendidikan semasa. 3. TMK juga boleh digunakan sebagai enabler pembelajaran prosep seperti yang dicadangkan oleh Tall (1994).2 • • • • • Hasil Pembelajaran Menghuraikan penyelesaian masalah matematik sebagai tonggak pertama Mentakrif heuristik algoritma Menghuraikan komunikasi matematik sebagai tonggak kedua Membandingbezakan antara komunikasi matematik menurut fahaman behaviorisme Menghuraikan penaakulan matematik sebagai tonggak ketiga 54 . Oleh itu. Pendekatan induktif dicadangkan bagi pelaksanaan penaakulan matematik kerana ianya berperingkat dan lebih sesuai dengan peringkat perkembangan biologi murid di sekolah rendah.Tajuk 3 Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 3. Ia adalah sifat semula jadi pada idea matematik. Selain itu. perbincangan juga dibuat terhadap amalan komunikasi matematik dalam p&p matematik setempat.1 Sinopsis Bahagian ini membincangkan tentang sifat am pada sebuah model penyelesaian masalah yang hendak diguna pakai sebagai tonggak pertama bagi pengajaran dan pembelajaran matematik (p&p) semasa. Komunikasi matematik ialah tonggak kedua bagi p&p matematik. Sifat pada model berkenaan juga diperjelaskan dengan membuat banding beza dengan Model Polya yang mula dicadangkan sekitar tahun 1945. Tonggak keempat ialah perkaitan matematik.

Penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) berhasrat untuk memperkukuhkan kognitif murid dengan nilainilai afektif. TMK pula telahpun mampu mengumpul dan menyimpan maklumat dengan mudah dan luwes. Kemanusiaan perlukan suatu 55 .• • • Menghuraikan perkaitan matematik sebagai tonggak keempat Menghuraikan TMK sebagai tonggak kelima Menghuraikan p&p prosep matematik menggunakan TMK 3. Ianya bertujuan supaya masyarakat mempunyai sumber manusia yang berkesan dari aspek jasmani. rohani dan intelek (JERI). emosi. persekitaran masyarakat terus berkembang dan ianya menyebabkan timbulnya keperluan baru. Walau bagaimanapun. Persikataran Kurun ke 21 ialah perkambungan sejagat.3 Kerangka Konseptual 3.4 Lima Tonggak dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Kurikulum pendidikan matematik perlu memenuhi keperluan semasa sesebuah masyarakat di mana kurikulum tersebut digubal. Peranan kemanusiaan pada aspek ini telah semakin berkurangan. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pada Kurun ke 21 ini adalah antara pemangkin utama bagi perubahan persekitaran serta timbulnya keperluan baru.

P&P matematik berfokus pada konten matematik tulin. George Polya (sekitar 1945) adalah antara pelopor penyelesaian masalah matematik. Selain itu. Ini boleh berlaku jika p&p matematik beranjak daripada masalah rutin kepada yang bukan rutin. P&P matematik awalan berlaku pada Aras Ingatan pada Taksonomi Pengetahuan Bloom. Cadangan beliau ini akan menggalakkan berlakunya proses pemikiran yang lebih mendalam bagi p&p matematik. p&p matematik perlu menghasilkan pembelajaran yang mendalam (deep learning).peranan yang tidak lagi diambil ahli oleh sebuah mesin. Penyelesaian masalah adalah satu wacana yang telah lama diamalkan dalam kurikulum pendidikan matematik asas bagi menggalakkan pemikiran yang inovatif dan kreatif. Pengajaran dan pembelajaran matematik (p&p) perlu menjadi lebih holistik supaya unsur inovasi dan kreativiti terdapat pada setiap kegiatan p&p. Kurun ke 21 memerlukan sumber manusia yang inovatif dan kreatif (Pink. 3.1 Penyelesaian Masalah Matematik sebagai Tonggak Pertama Inovasi bermakna berfikir dengan cara yang berbeza. Beliau mencadangkan supaya penyelesaian masalah bukan sahaja sebagai suatu pendekatan penyelesaian bagi sesuatu masalah tetapi juga sebagai suatu kaedah p&p. 2006). Ini mementingkan ingatan yang kuat serta banyak.4. Kemanusiaan perlukan peranan yang belum lagi terdapat pada suatu aturcara pengkomputeran. Kaedah penyelesaian masalah bertujuan supaya fokus p&p matematik dilanjutkan sehingga Aras Kedua (kefahaman) dan Aras Ketiga (Aplikasi) pada Taksonomi Pengetahuan Bloom. Tugasan Matematik Rutin: 1 + 2 = Tugasan Matematik Bukan Rutin: Berapakah bilangan susunan serupa yang boleh dibina? 56 Tugasan Rutin dan Bukan Rutin . Tugasan matematik dalam bilik darjah perlu lebih mencapah dan mencabar. Ianya perlukan sifat yang lebih holistik. sifat inovatif dan kreatif. Kreativiti ialah hasil daripada pemikiran yang sebegitu. Fokus tugasan matematik adalah terhadap mencari jawapan.

penggunaan Model Polya secara meluas bagi tempoh setengah abad bagi masalah bercerita juga menggambarkan penyelesaian masalah sebagai suatu pendekatan penyelesaian sesuatu masalah semata-mata. 8 dan 9 pada grid berikut supaya jumlah setiap pasangan tiga nombor sentiasa sama. Antara model tersebut ialah Model Lester (1989) dan Model Mayer (1992). 57 . Ia kelihatan mencadangkan bahawa penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan secara terpisah-pisah pada suatu hirarki. penyelesaian masalah sebagai tonggak pertama p&p matematik perlu menggalakkan penyelesaian masalah sebagai suatu kaedah p&p matematik. Amalan ini menyebabkan penggunaan penyelesaian masalah sebagai suatu kaedah p&p semakin diabaikan. Setiap nombor hanya boleh digunakan sekali sahaja.Model Polya Model Polya menunjukkan penyelesaian masalah sebagai proses langkah demi langkah. 2. Contoh tugasan matematik berikut memperjelaskan peranan ini. 6. 5. 4. Letakkan nombor-nombor 1. Analisis Newmann (1996) tentang jenis kesilapan bagi masalah bercerita menunjukkan pandangan yang sedemikian. Oleh itu. Gambaran ini telah mempengaruhi amalan p&p dalam bilik darjah. Rumusan ini diperkukuhkan lagi dengan terdapatnya model-model yang berbeza daripada Model Polya hanya pada bilangan langkah pada proses penyelesaian masalah. 7. Selain itu. 3.

Masalah pada model penyelesaian kreatif bersifat kontekstual. Hirarki langkah pada Model Polya juga tidak kelihatan secara ketara pada soalan ini.Tugasan berkenaan menunjukkan konteks soalan selain daripada soalan bercerita. Oleh itu. Travelling Salesman Problem dan Koniesberg Bridge Problem adalah antara contoh klasik bagi masalah bersifat kontekstual ini. Halangan sebegini menggalakkan murid berfikir secara kritis. Penyelesaian masalah sebegini dikenali sebagai penyelesaian masalah kreatif. penggunaan sebarang model penyelesaian masalah sebagai tonggak p&p matematik perlu bersifat kontekstual. soalan ini menggalakkan inovasi dan kreativiti di kalangan murid. Ianya tidak berkaitan dengan situasi sebenar. susunan terbaik bagi bagasi berlainan saiz dalam bonet kenderaan dibincangkan pada Packing Problem. Konteks sebegini lebih berkaitan dengan konteks matematik. 58 . Tiada algoritma piawai pada kurikulum Matematik KBSR yang boleh diguna pakai bagi mendapatkan jawapan soalan ini. Oleh itu. situasi pada soalan bercerita yang diguna pakai pada Model Polya tidak bersifat kontekstual. Setiap murid memikirkan suatu algoritma baru yang boleh digunakan bagi mencari jawapan soalan ini. Konteks masalah tersebut adalah situasi sebenar. Proses pemikiran yang berlaku padanya bertujuan menghasilkan algoritma heuristik bagi membezakannya daripada penggunaan algoritma-algoritma piawai pada Model Polya dan lain-lain model yang setara dengannya. Ini berlaku kerana kiraan multi-steps diperlukan bagi soalan bercerita yang diberikan. Soalan mekanis hanya memerlukan kiraan single-step. Selain itu. Algoritma Heuristik Soalan bercerita selalu diguna pakai pada Model Polya kerana algoritma piawai yang perlu diguna pakai tidak ketara pada peringkat awal proses penyelesaian seperti mana yang berlaku pada soalan mekanis.

Hirarki ini membuktikan terdapat amalan behaviorisme dalam KSSR. Sesi brain storming menjadikan inovasi dan kreativiti sebahagian daripada p&p matematik. 3. Teknik ini menggalakkan pencapahan perspektif serta idea.2 Komunikasi Matematik Stacey (1993) mencadangkan supaya komunikasi matematik dijadikan sebagai peringkat terakhir pada pendekatan induktif bagi p&p matematik asas. Kaedah penyelesaian masalah sebegini tidak melihat masalah sebagai terpisah-pisah. Cadangan KSSR ini bersifat eksplisit. Cadangan Stacey ini menunjukkan kepentingan berkomunikasi tentang idea matematik bagi peningkatan penguasaan terhadap pengetahuan dan kemahiran matemtik. Model Pendekatan Induktif Stacey Behavioris atau Kognitivis Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mencadangkan suatu hirarki bagi amalan komunikasi matematik. pencapahan pemikiran (brain storming) adalah ciri utama pada penyelesaian masalah kreatif. 59 .4. Proses penyelesaian masalah berlaku secara spontan dan bukan langkah demi langkah seperti yang terdapat pada Model Polya dan model lain yang setara. Kebolehan mereka berkomunikasi tentang idea serta pemikiran matematik adalah suatu bukti emphirikal tentang penguasaan pengetahuan matematik murid.Selain itu. Ianya memerlukan masalah dilihat secara menyeluruh.

Oleh itu. mereka perlu menggunakan bahasa matematik untuk pernyataan idea secara jitu pada komunikasi tersebut. Seterusnya. Antara pelopor teori pembelajaran kognitif ialah Piaget (18961980) serta Bruner (1915. Cadangan NCTM tentang komunikasi matematik lebih bersifat kognitif. Selain itu. murid mesti boleh berkomunikasi secara jelas dan tepat tentang sesuatu idea matematik. Kognitivisme percaya bahawa pengetahuan matematik disimpan dalam bentuk-bentuk simbol. Setrusnya. Pembelajaran matematik proses mencari perkaitan yang bermakna dan mudah diingatkan antara simbol-simbol matematik. komunikasi matematik memerlukan kemahiran menganalisis dan menilai pemikiran serta strategi matematik.). Antara pelopor teori-teori pembelajaran tingkah laku ialah Pavlov (1849-1936) dan Skinner (1904-1936). Proses berkenaan perlu memudahkan perkaitan antara simbol.Hirarki Komunikasi Matematik KSSR Behaviorisme percaya bahawa pembelajaran hanya telah berlaku jika kelihatan perubahan tingkah laku yang jelas. NCTM berpendapat bahawa terdapat tiga kemahiran pada komunikasi matematik yang perlu dikuasai oleh murid. Fahaman ini berpendapat bahawa pembelajaran berkesan boleh berlaku tanpa sebarang konteks. Kepercayaan sebegini adalah berasaskan pada teori-teori pembelajaran kognitif. boleh dirumuskan bahawa pendidik matematik di Amerika Syarikat adalah terdiri daripada pengamal kognitivisme. 60 . Pertamanya.

Penilaian saksama terhadap proses ini memerlukan hasilan yang eksplisit dan emphirik.3 Penaakulan Matematik Penaakulan matematik adalah antara amalan kognitif dalam p&p matematik.4. 3. Pendekatan induktif seperti yang dicadangkan oleh Stacey amat sesuai bagi pelaksanaan penaakulan matematik sebagai tonggak kelima jika dibandingkan dengan pendekatan deduktif yang tidak berlaku secara berperingkat. Kefahaman murid terhadap konsep matematik yang sedang ditaakulkan boleh didengar dan cuba difahami oleh gurunya. Pemeringkatan proses diperlukan oleh kanak-kanak pada kumpulan umur sedemikian. pelaksanaan penaakulan matematik di sekolah rendah perlu secara berperingkat. satu model p&p bilik darjah yang boleh menunjukkan penaakulan matematik secara eksplisit diperlukan bagi tujuan penggunaannya sebagai tonggak kelima. Ianya menunjukkan ketidak serasian antara amalan komunikasi matematik KSSR dengan proses kemenjadian guru jika dibandingkan dengan cadangan NCTM. Selain berperingkat. Selain itu. Selain itu. Oleh itu.Proses Kemenjadian Seorang Guru Matematik Rajah di atas menunjukkan proses kemenjadian seorang guru matematik. pendekatan induktif cadangan Stacey itu juga boleh meningkatkan kemahiran murid dengan menjadikan komunikasi matematik sebagai peringkat terakhir modelnya. Ini mungkin menimbulkan tanda tanya tentang perkembangan amalan setempat p&p matematik. aktiviti melukis yang boleh dilaksanakan 61 .

pencarian pola nombor boleh digunakan sebagai kaedah utama pelaksanaan perkaitan matematik sebagai tonggak keempat p&p matematik. 7.sebagai aktiviti komunikasi matematik boleh juga membantu guru mengetahui tentang penaakulan matematik muridnya. 61. 24.?. 29. 25. 13. Ini menyebabkan ramai yang mentakrifkan matematik sebagai kajian tentang pola nombor. 7. ? 5.4 Perkaitan Matematik Pola matematik boleh dicerap pada kebanyakkan konsep matematik dan juga alam semulajadi. 3.? 1 1 + 6 5 1 2 + 6 5 1 3 + 6 5 1 4 + 6 5 11 30 17 = 30 23 = 30 = =? 62 .4.? 3. 11. 60. 41. 9. 5. Oleh itu. 40. 12. 31. Contoh-contoh berikut menunjukkan pencarian pola sebagai kaedah utama pelaksanaan perkaitan matematik sebagai tonggak keempat p&p matematik. 15. 17. Pola nombor Fibonacci pula terdapat pada pembiakan arnab dan tumbuhtumbuhan.? 5. a) • • • • • • b) 999 x 10 = 9990 999 x 11 = 10989 999 x 12 = 11988 999 x 13 = 12987 999 x 14 = 13986 999 x 18 = ????? • • • • • c) 1.? 4. 13. Nombor Triple Pitagoras terdapat pada semua segitiga bersudut tepat. 3. Perbincangan ini menunjukkan bahawa proses penaakulan matematik sebagai tonggak p&p boleh dibantu dengan aktiviti lisan dan aktiviti melukis.

proses pembelajaran bersifat bersifat mendatar. Banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui proses ini. Pendapat murid tentang apa-apa idea ataupun konsep matematik yang mereka boleh cerap daripada proses transformasi yang telah mereka perhatikan secara dinamik. Walau bagaimanapun. Namun begitu. proses ini hanya berupaya menghasilkan Superficial Learning. Superficial Learning perlu disokong oleh Deep Learning bagi pembelajaran berkesan.3. Ini dilaksanakan melalui injin pencarian seperti Google Search. TMK juga boleh digunakan untuk deep learning. TMK boleh melaksanakan p&p yang lebih bermakna sebagai tonggak kelima dan terakhir bagi p&p matematik. Oleh itu. Ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan perisian matematik seperti GeoGebra. 1994).4. Idea ataupun rumusan yang mereka huraiakan itu adalah prosep matematik (Tall. Walau bagaimanapun. trapizium tersebut telah melalui suatu proses matematik dan bertukar bentuk menjadi segiempat selari. Trapizium 63 . Trapizium pada gambar pertama boleh ditunjukkan secara dinamik bertukar menjadi segiempat selari pada gambar dua. Menurut Tall.5 Aplikasi TMK sebagai Tonggak Kelima Tonggak ini menggalakkan pencarian maklumat melalui laman-laman sesawang.

Penyelesaian Masalah ialah satu daripada tongak pendidikan matematik pada Pendekatan Bersepadu. Jelaskan tongak ini dengan menggunakan satu contoh khusus daripada Matematik KBSR. Bincangkan bagaimana tongak berkenaan menggalakkan kreativiti dalam Matematik KBSR.5 Penutup Lima tonggak seperti yang dihuraikan menggalakkan p&p matematik yang lebih berkesan. Ianya berkesan kerana bersifat holistik dan mengamalkan TMK sebagai kemahiran generik. Tugasan 1. Segiempat Selari 64 .3. Membuat Perkaitan Matematik adalah satu tongak dalam Pendekatan Bersepadu. 2.

emphirisme dan rasionalisme.1 Sinopsis Topik ini membincangkan tentang dua hujung pada kontinum fahaman terhadap perkembangan ilmu. KBSM menggalakkan pembelajaran kontekstual. KBSM adalah lanjutan daripada KBSR.Tajuk 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 4.2 Hasil Pembelajaran • • • • • • Menghuraikan falsafah pendidikan matematik Menghuraikan falsafah pendidikan Matematik KBSR Menghuraikan Strategi 5P KBSR Menghuraikan Perkembangan Kurikulum Pendidikan Matematik Asas Menghuraikan falsafah pendidikan Matematik KBSM Menghuraikan lima strategi Matematik KBSM 65 . perbincangan juga menjelaskan fahaman pada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sebagai titik tengah kontinum fahaman. Ia juga menyentuh tentang implikasi fahaman-fahaman berkenaan terhadap pendekatan pengajaran-pembelajaran guru matematik. Perbincangan seterusnya adalah tentang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). 4. Selain itu. Galakan ini boleh dirumuskan berdasarkan analisis terhadap lima strategi pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah menengah. KBSR mengamalkan fahaman humanisme melalui pelaksanaan Strategi 5P sebagai model pengajaran-pembelajarannya.

4 Falsafah Pendidikan Matematik Falsafah merujuk pada konstruk-konstruk kepercayaan paling asas pada sesuatu kerangka nilai. Teorem matematik pertama Greek telah diterokai oleh Thales (624-546 S. Konstruk kepercayaan matematik disebut sebagai teorem. Soalan sedemikian dikemukakan semasa berhujah. Ianya bertujuan supaya hanya perkara yang benar dan tepat berlaku pada kerangka berkenaan. Beliau telah mengemukakan sebuah 66 . pengamal falsafah perlulah bersifat bijaksana sewaktu berhujah.3 Kerangka Konseptual 4. Kemahiran berhujah yang berkesan adalah aspek utama yang penting pada sesuatu falsafah. Kebenaran sesuatu konstruk falsafah mesti diuji melalui soalan-soalan yang kritis.4. Walau bagaimanapun.M). Ia juga bertujuan untuk menghapuskan perkara yang palsu.

67 . Ini menjadikan pendekatan induktif sesuai digunakan sebagai model amalan pengajaran-pembelajaran bagi pendidikan matematik di sekolah rendah. Penghujahan bermula daripada beberapa kegiatan yang berlainan tetapi serupa. Peringkat ini disebut sebagai peringkat membina sebuah konjektur. Penemuan pola itu pula membawa pada suatu kegiatan ikuiri yang khusus serta dipersetujui oleh semua yang terlibat sebagai kegiatan pengesahan terhadap kebenaran teorem. Proses sebegini bersifat bottom-up. Akhirnya. ataupun Stacey teorem (1982) dikemukakan jika konjektur itu didapati benar. Kegiatan inkuiri yang terlaksana diharapkan menjumpai suatu struktur tegar (pola) yang khusus pada kesemua kegiatan itu. sebuah generalisasi murid.teorem yang sekarang ini dikenali sebagai Teorem Thales: Hanya sudut 90 o sahaja yang boleh terkandung pada lilitan sebuah separa bulatan. Pendekatan pengajaran induktif sebegini berpusatkan mencadangkan supaya tiga peringkat ini dilengkapi dengan peringkat berkomunikasi bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Teorem Thales Proses berhujah untuk memperoleh sesuatu teorem boleh dilaksanakan secara induktif.

Pendekatan Induktif Kepercayaan yang terbentuk secara induktif dikelompokkan sebagai fahaman emphirisme. Kesimpulan tentang maklumat luaran (angka 1) perlu dibuat sebelum perkembangan ilmu berlaku. Fahaman Emphirisme 68 . Aristotle adalah antara pengamal fahaman sebegini di kalangan masyarakat Greek purba. Fahaman sebegini memerlukan bukti emphirikal ataupun luaran seperti pada rajah di bawah.

Fahaman ini berpegang pada kekuatan pena’kulan minda serta pengetahuan yang mendalam. Kepercayaan yang tidak boleh dibuktikan kebenarannya secara emphirikal kekal sebagai mitos sesebuah masyarakat. ianya lebih sesuai bagi pendidikan matematik di pusat pendidikan tinggi. Fahaman Rasionalisme 69 . Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif dikatakan sebagai amalan rasionalisme. Rajah berikut pula menunjukkan pendekatan deduktif sebagai suatu proses berhujah. Ianya memerlukan pengetahuan serta pena’kulan yang baik. Bukti emphirikal tidak diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. seperti yang digambarkan oleh rajah berikut. Oleh itu. Plato dikatakan mempelopori fahaman sebegini.Ilmu dikatakan terhasil antara gabungan kepercayaan dengan kebenaran. Pendekatan pengajaran sebegini berpusatkan guru.

Pengabung jalinan adalah strategi untuk menggunakan kemahiran sedia ada murid untuk menguasai pengetahuan ataupun kemahiran baru. sejarah mendapati bahawa fokus kurikulum pendidikan matematik asas mengalami perubahan yang sama di mana-mana seperti pada rajah di bawah. Walau bagaimanapun. Oleh itu. 70 . Kesepaduan ini diamalkan penyerapan pengayaan. didapati bahawa pendidikan matematik memenuhi keperluan manusia sejagat. setiap perubahan pada kurikulum pendidikan matematik asas selalunya berlaku secara sejagat. Ianya adalah antara amalan humanisme dalam pendidikan. Projek Matematik Nuffield di Britain sekitar 60’an menjadi pencetus pada Projek Khas Matematik di Malaysia.Fahaman rasionalisme percaya bahawa ilmu boleh berkembang melalui pena’kulan. Strategi 5P adalah model pengajaran-pembelajaran yang mengambil kira perbezaan individu antara murid. Murid yang aras penguasaannya 80% ke atas boleh memulakan pelajaran yang baru. Strategi penilaian mengukur aras penguasaan murid terhadap pengetahuan yang baru dipelajari itu. Oleh itu. Penyerapan adalah usaha untuk sepadukan pengetahuan baru yang akan dipelajari dengan pengetahuan sedia ada murid. 4. 4. ilmu. melalui Strategi 5P: pemulihan dan penilaian. Murid akan mengikuti pelajaran pemulihan jika mereka belum mencapai aras penguasaan berkenaan. Ianya adalah suatu amalan differentiation pada pendidikan. penggambung jalinan kemahiran.6 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Matematik Asas Kurikulum pendidikan matematik asas berubah supaya ianya boleh memenuhi kehendak masyarakat setempat. Ia cuba sepadukan perbezaan individu pada proses pengajaran-pembelajaran.5 Falsafah Pendidikan KBSR dan Strategi 5P KBSR memilih pendekatan bersepadu. Pemikiran yang cerdas berupaya menentukan kebenaran sesuatu kepercayaan tanpa keperluan terhadap bukti luaran. Murid akan mengikuti aktiviti pengayaan sementara menunggu rakan sedarjahnya mencapai aras penguasaan 80%.

1988). Oleh itu. Pendekatan penyelesaian masalah memberi fokus terhadap proses berfikir berbanding ingatan. Pembinaan soalan guru. Oleh itu. Tugasan matematik di peringkat ini bersifat rutin. pendekatan ini kurang mendapat sambutan di kalangan 71 .Perkembangan Kurikulum Pendidikan Matematik Asas Matematik mekanis mementingkan penguasaan terhadap pengetahuan faktual seperti sifir dan rumus. Tugasan matematik rutin sukar untuk mencapai aras-aras yang lebih tinggi pada Taksonomi Bloom. Setiap perubahan pada kurikulum pendidikan matematik asas dicetuskan oleh sesuatu kejadian di luar bilik darjah. Antara pelopor teori pembelajaran behavioristik ialah Pavlov (1849-1936) dan Skinner (1904-1990). Teori Pavlov dijeniskan sebagai pelaziman klasik manakala teori Skinner dijeniskan sebagai pelaziman operant. Antara mereka ialah George Polya (1887-1985). Penguasaan tersebut diperoleh setelah melalui pembelajaran yang mementingkan hafalan. Aras tugasan berkenaan selalunya berada pada Aras Pengetahuan Taksonomi Bloom. Teori Piaget menerangkan proses-proses asimilasi dan akomondasi yang berlaku sewaktu pembentukan pengetahuan pada minda murid. Pembelajaran secara hafalan adalah berasaskan teori-teori pembelajaran behavioristik. Pelajaran matematik menjadi berpusatkan guru. Usaha yang sedemikian selalunya menghasilkan kerja-kerja mengira yang terlalu rumit tanpa meningkatkan kebolehan berfikir sebenar di kalangan murid. Kemajuan sains perubatan hari ini telah memperjelaskan lagi proses-proses asimilasi dan akomondasi Piaget melalui sedemikian menjadi cabaran utama guru matematik pada peringkat perkembangan ini. Antara pelopor teori pembelajaran kognitif ialah Piaget (1896-1980). ianya menghasilkan nilai-nilai seperti control dan mystery (Bishop. Pelancaran Sputnik I oleh Rusia pada 1957 menyebabkan Amerika Syarikat melaksanakan pendekatan penyelesaian masalah menurut cadangan pakar akademiknya. Teori-teori pembelajaran mula mengemukakan pendapat tentang tatacara proses kognitif yang berkesan. Soalan bercerita bukan rutin menjadi amalan pada pendidikan matematik.

Oleh sebab itu. . Setiap murid akan memperolehi pengetahuan matematik yang tidak tercatat pada kurikulum pelajaran berkenaan. Semua makna tersirat yang terdapat pada sesuatu konsep matematik akan kelihatan jika konsep berkenaan melalui pelbagai proses. Penggunaan perisian komputer membolehkan konsep abstrak algebra digambarkan oleh geometri. Pengetahuan dan kemahiran asas ini kerap diklasifikasikan sebagai matematik pra algebra. Terdapat konsep Matematik KBSM yang boleh diklasifikasikan sebagai proceptualsymbolic. Sebahagian daripada simbol berkenaan mewakili konsep-konsep pra algebra. Perisian-perisian matematik juga berupaya menjelaskan proses matematik secara dinamik.penggunaan mesin pengimbas otak. Walau bagaimana pun. 72 . Konsep-konsep matematik pada peringkat pra algebra diitlakkan daripada objek serta situasi konkrit. Nilai matematik seperti openness (Bishop. Oleh itu. Tall (1994) menamakan konsep-konsep berkenaan sebagai conceptual-embodied. Pendekatan bersepadu geometri-algebra ini memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep abstrak yang sukar pada algebra. Pembelajaran procept menggalakkan kepelbagaian perspektif terhadap sesuatu konsep matematik. Amalan fahaman humanisme boleh dilaksanakan pada pendidikan matematik melalui penggunaan TMK. Klasifikasi sebegini diguna pakai kerana terdapat konsep Matematik KBSM yang terhasil daripada proses yang dilaksanakan pada sesuatu konsep asas matematik. Menurut Tall. terdapat juga beberapa konsep algebra baru yang diperkenalkan dalam KBSM. 4. Prosesproses berkenaan boleh dilakukan terhadap setiap konsep dengan mudah jika TMK digunakan dalam bilik darjah. 1997). Keupayaan ini menyebabkan Tall (2009) mencadangkan supaya procept matematik dipelajari. Fokus KBSM pula ialah terhadap penguasaan konsep-konsep algebra. pembelajaran procept matematik meningkatkan lagi kefahaman terhadap sesuatu konsep matematik. Penjelasan tentang proses mental matematik ini terdapat pada Triple Code Model of Mathematics (Dehaene & Cohen. KBSM kerap disebut-sebut sebagai lanjutan KBSR.Perkembangan TMK pula telah menggalakkan pendekatan bersepadu. Murid belajar untuk berfikir secara kreatif. Algebra ialah suatu bidang matematik pada mana penggunaan simbol dilaksanakan secara meluas.7 Falsafah Pendidikan Matematik KBSM Fokus KBSR ialah terhadap penguasaan pengetahuan serta kemahiran asas matematik. setiap konsep matematik dikuasai bersama-sama dengan segala proses yang boleh dikaitkan dengannya. 1989) diamalkan pada suasana yang sebegitu.

Perkaitan antara Matematik KBSR dan Matematik KBSM diperjelaskan lagi pada rajah berikut yang dicadangkan oleh Tall (1994) berikut. Manakala. Oleh itu. Pendidikan matematik lanjutan ini melibatkan semata-mata bersifat simbolik. rajah berikut menunjukkan pendidikan matematik lanjutan selepas pendidikan matematik di sekolah rendah dan menengah. Rajah ini juga memperjelaskan fokus konten Matematik KBSR dan Matematik KBSM. Selain itu. fokus Matematik KBSM adalah terhadap prosep sebagai lanjutan daripada konsep pada Matematik KBSR. T 4. boleh juga dirumuskan bahawa fokus Matematik KBSR adalah terhadap konsep. Lebih cabaran perlu diatasi oleh murid bagi menguasai konsep sedemikian.8 Lima Strategi Matematik KBSM Konsep Matematik KBSM bersifat agak abstrak. Oleh itu.Simbol yang diguna pakai terhadap konsep berkenaan harus mewakili dua perspektif yang terdapat pada idea berkenaan. Tall juga mencadangkan supaya istilah prosep diguna pakai terhadap idea-idea seperti itu. konsep dan proses. strategi-strategi humanistik perlu digubal untuk membantu murid bagi penguasaan itu. Asas permulaan pendidikan lanjutan ini ialah analisis terhadap sifat-sifat abstrak nombor bulat. 73 .

Seterusnya. Perubahan tingkah laku murid ketika pelaksanaan ujikaji boleh menunjukkan penguasaan konsep di kalangan mereka menurut seorang guru yang behavioris. Alat-alat seperti jangka klino. boleh dirumuskan bahawa Matematik KBSM menggalakkan pembelajaran kontekstual. Penguasaan terhadap konsep-konsep abstrak seperti persamaan algebra dan matriks boleh dipermudahkan dengan penggunaan perwakilan konkrit bagi konsep berkenaan. dan e) mengintegrasikan nilai. simulasi dan ujikaji. Kebolehan murid memahami masalah dan boleh menyelesaikannya membuktikan kefahamannya terhadap konsep matematik yang berkenaan bagi seorang guru kognitivis. Amalan-amalan humanisme mempermudahkan penguasaan terhadap konsep-konsep abstrak pada Matematik KBSM. Situasi sebenar boleh mempermudahkan pemahaman dan penguasaan murid terhadap konsep matematik yang abstrak. Penggunaan masalah matematik yang terdapat pada situasi sebenar juga digalakkan. Strategi-strategi Matematik KBSM ini digubal supaya memudahkan penguasaan terhadap konsep Matematik KBSM. Pembelajaran kontekstual dilaksanakan supaya murid mengetahui dan merasai matematik sebagai sebahagian daripada kehidupan sebenar. Amalan humanisme pada Matematik KBSM juga terdapat pada strategi mengimbangkan penguasaan pengetahuan prosedural dengan penguasaan pengetahuan konseptual. penyelesaian masalah Matematik KBSM juga bersifat kontekstual. Ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan anekdot sejarah matematik. Falsafah ini juga terdapat pada strategi integrasi nilai. Ia menunjukkan bahawa pengetahuan matematik adalah sebahagian daripada tamadun kemanusiaan. situasi sebenar juga menggalakkan pelaksanaan kaedah-kaedah berpusatkan murid seperti inkuiri-penemuan. Guru konstruktivis juga bergembira kerana muridnya membina sendiri kefahaman mereka melalui aktiviti inkuiri-penemuan. 74 . iaitu. c) penggunaan matematik dalam sebenar. Kaedahkaedah berpusatkan murid juga menggalakkan kesepaduan antara fahaman dalam pendidikan. d) keseimbangan antara pengetahuan konseptual dengan pengetahuan prosedural.Terdapat lima strategi Matematik KBSM. Selain itu. Kaedah sebegini menyediakan peluang untuk menggunakan bahan manipulatif. a) kemahiran penyelesaian masalah. b) penggunaan anekdot sejarah matematik. Konteks konsep matematik mempunyai kaitan yang signifikan dengan penguasaan terhadap sesuatu konsep matematik yang abstrak. tolok hujan dan papan geometri boleh digunakan pada proses inkuiri-penemuan yang membantu penguasaan terhadap konsep abstrak pada Matematik KBSM. Oleh itu.

Jelaskan secara khusus satu contoh amalan sedemikian daripada lipatan sejarah.uwc. Ingatan yang baik dan banyak adalah asas bagi penggunaan pengetahuan prosedural. 3. 4. 2. 5. Faghrie Mitchell @ Philosophy of Science //planet. Oleh itu. Banding bezakan antara emphirisme dengan rasionalisme.Pengetahuan prosedural mengajar murid supaya cepat dan tepat pada kiraan mereka. Amalan humanisme boleh dilihat pada perkembangan sejarah matematik.ac.9 Penutup Matematik KBSR dan Matematik KBSM digubal sebegitu rupa supaya penguasaan terhadap konsep matematik mudah dilaksanakan dan juga berkesan. Oleh itu.za/nisl 75 . kemanusiaan perlukan kefahaman bagi kepuasaan pengetahuan. Walau bagaimanapun. Rujukan 1. 4. Jelaskan perbezaan fahaman terhadap pendekatan pengajaran-pembelajaran matematik. Jelaskan peta-peta minda tentang Matematik KBSR dan Matematik KBSM yang dikepilkan. Strategi keseimbangan bertujuan supaya terdapat kefahaman tentang prosedur matematik. setiap pengetahuan prosedural perlu dilengkapi dan disokong oleh pengetahuan konseptual konseptual. Pendidikan matematik di sekolah memenuhi kehendak masyarakat semasa. Ianya tidak mengutaman kefahaman terhadap algoritma yang diguna pakai dalam membuat kiraan. Tugasan 1. boleh dirumuskan bahawa kedua-dua kurikulum ini adalah antara amalan humanisme dalam sistem pendidikan negara-bangsa kita. Huraikan perkembangan sejagat pendidikan matematik asas.

Boleh menghuraikan proses komunikasi antara kalangan ahli profesional 5. Boleh menghuraikan potensi kendiri yang diperlukan oleh seorang profesional 3.3 Kerangka Konseptual 76 . Terdapat tiga aspek peribadi yang harus dikembangkan jika seseorang guru itu ingin mengikhtiraf dirinya sebagai seorang profesional.1 Sinopsis Tajuk ini membincangkan tentang perkembangan profesionalisme seorang guru.2 Hasil Pembelajaran 1. 5. potensi kendiri serta kemahiran berkomunikasinya. pengetahuannya. Boleh menghuraikan suatu proses perkembangan pengetahuan seorang profesional 2.Topik 5 Perkembangan Profesional Guru Matematik 5.

sesuatu pengetahuan itu mudah dilupakan kerana sifat asli ini. Selain diamalkan. Oleh itu. pengetahuan itu bersifat dalaman pada asalnya (Polanyi. Proses pemindahan pengetahuan ini juga berlaku pada perbincangan tak formal antara rakan sekerja. Walau bagaimanapun. setiap orang guru yang profesional perlu kerap memindahkan pengetahuannya kepada orang lain. setiap amalan profesionalismenya perlu dikaitkan dengan pengetahuan yang dimilikinya. latihan profesional dan juga program bimbingan. Sesuatu pengetahuan itu dilupakan kerana tidak diamal secara eksplisit.4 Perkembangan Pengetahuan Setiap orang guru memiliki pengetahuan. Jika Ramalkan ? 77 .5. Ini adalah kerana setiap unsur dalaman (pengetahuan) perlu dikaitkan dengan satu unsur luaran (amalan) supaya unsur dalaman itu menjadi eksplisit. 1967). Proses pemindahan pengetahuan ini boleh berlaku semasa latihan secara formal. Bagi seorang guru.

78 . diguna pakai pada situasi lain yang serupa. Satu contoh pemindahan pengetahuan secara induktif ditunjukkan di atas. 1967). Kemahiran sedemikian diperlukan kerana sesuatu pengetahuan itu perlu disusun aturkan supaya mudah difahami dan diterima oleh orang lain. seorang guru matematik ialah seorang individu profesional yang mempunyai kemahiran mental yang sedemikian. Oleh itu. tetapi proses ini boleh juga membina suatu pengetahuan yang baru. Mereka perlu berkemahiran untuk memindahkan pengetahuan tersebut. Pemindahan sesuatu pengetahuan memerlukan proses mental yang berfokus (Polanyi. Bagi setiap guru profesional. Pemerhatian terhadap tiga contoh ayat awal matematik yang diberi. pengetahuan yang diperoleh daripada pemerhatian terhadap beberapa contoh khusus bagi sesuatu situasi. Premis I Premis II : Buah-buahan rasanya sedap : Limau ialah sejenis buah-buahan Kesimpulan : Limau rasanya sedap Kenyataan pada Premis I dan Premis II membolehkan sesuatu kesimpulan baru dibuat. 5. maka suatu kesimpulan baru “Limau rasanya sedap” adalah juga benar. diguna pakai bagi membuat kesimpulan melengkapkan ayat matematik yang keempat. Pemilikan pengetahuan eksplisit adalah ciri profesionalisme seorang guru yang boleh menyumbang pada kecemerlangan institusi pendidikan mereka. Pembinaan pengetahuan baru ini ditunjukkan seperti berikut. Membuat perkaitan antara amalan dengan pengetahuan adalah sebahagian daripada kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang guru yang profesional. suatu pengalaman baru boleh dibina daripada pengetahuan sedia ada secara deduktif. Proses pemindahan pengetahuan bukan sahaja memindahkan pengetahuan sedia ada. Oleh itu. Jika kenyataan “Buah-buahan rasanya sedap” dan “Limau ialah sejenis buah-buahan” adalah benar. Kedua-dua kemahiran ini menjadikan pengetahuan yang dimiliki oleh seorang guru adalah eksplisit. pengetahuan yang berkesan adalah satu proses yang berterusan bagi memperkembangkan potensi kendiri masing-masing.Pemindahan pengetahuan boleh dilaksanakan secara induktif. Bagi pemindahan sebegini.5 Perkembangan Potensi Kendiri Pengetahuan yang eksplisit adalah hasil daripada amalan pengurusan pengetahuan yang berkesan di kalangan guru profesional.

Proses perkembangan potensi kendiri guru ini bermula apabila mereka mengenalpasti sumber yang diperlukan bagi pembelajaran barunya. Kepercayaan guru terhadap kepentingan memperkembangkan potensi kendiri diperlengkapkan oleh kemahiran mereka melaksanakan proses sedemikian.Setiap guru perlu menyedari tentang kepentingan untuk sentiasa belajar bagi mempertingkat dan meneruskan profesionalisme masing-masing. Akhirnya. 79 . guru tersebut akan memilih strategi pembelajaran yang sesuai dan seterusnya melaksanakan strategi berkenaan. Proses itu akan diteruskan oleh guru berkenaan seperti pada gambarajah berikut. Perkembangan potensi kendiri guru profesional tidak terhenti setelah permolehan ilmu seperti yang dihuraikan itu. guru tersebut akan menilai hasil yang diperoleh daripada pembelajaran baru itu. Kesedaran ini menggalakkan setiap guru untuk mengambil inisiatif sendiri untuk belajar tentang sesuatu yang baru walaupun tiada sebarang bantuan luaran. Setelah itu.

Natijah daripada penguasaan ilmu itu ialah memindahkan ilmu berkenaan kepada orang lain setelah ilmu berkenaan dicanai (transformasi) oleh pengalaman peribadi guru itu. Ilmu yang telah mengalami proses transformasi ini memberikan lebih banyak manfaat daripada amalannya dalam konteks yang secucuk dengannya. Pengurusan pengetahuan sebegini perlu dilaksanakan oleh guru pada setiap peranan dan cabaran yang diberikan pada mereka. Proses transformasi menjadikan sesuatu ilmu itu bersifat kontekstual. Tindakan sebegini adalah tindakan kendiri seorang yang profesional seperti yang dicadangkan oleh Knowles (1975). Kedua-dua unsur kognitif serta afektif diperlukan bagi menjiwai sesuatu ilmu. Begitulah amalan profesional seorang guru bagi memperkembangkan potensi kendirinya. Suatu proses seperti pada gambarajah di atas itu meningkatkan 80 lagi profesionalisme guru berkenaan. Peringkat penguasaan ilmu. Pemikiran yang sedemikian dilengkapi pula oleh perasaannya yang peka untuk menguasai ilmu itu pada peringkat seterusnya.Seorang guru profesional menggunakan keberkesanan pemikirannya untuk memahami ilmu baru di peringkat pemerolehan ilmu berkenaan. .

Kegiatan di kalangan guru yang setaraf bersifat koloboratif. Kegiatan pendidikan setiap kumpulan kecil ini melengkapi kegiatan pendidikan kumpulan kecil yang lain (Johnson & Johnson. Kegiatan koloboratif menyediakan peluang bagi guru untuk sama-sama bekerja dan belajar dalam kumpulan kecil. Pelaksanaan penilaian kendiri menggalakkan pecambahan pendapat baru yang pelbagai. Guru profesional mempunyai peranan kepimpinan pada kegiatan koloboratif seperti yang dihuraikan itu. Kemampuan sebegini menambahkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan setempat. Seterusnya. Persamaan taraf antara guru menyebabkan komunikasi antara mereka menjadi lebih terbuka. Ini berlaku kerana pengetahuan eksplisit. Ini berlaku kerana komunikasi antara guru lebih berfokus terhadap perkongsian pengalaman dan maklumat bagi tujuan mencari penyelesaian terhadap sesuatu cabaran pendidikan. Komunikasi menegak menggunakan kuasa sebagai punca kewibawaan. Oleh itu. kegiatan kumpulan koloboratif guru menggalakkan perkongsian antara mereka. amalan serta kemahiran mereka. Komunikasi sebegini berlaku antara individu yang setara. Unsur saling melengkapi ini mempertingkatkan lagi kecemerlangan institusi guru berkenaan. Menurut Smylie (1995). 5. ahli kumpulan akan sama-sama membangun serta memperkembangkan amalan baru terhadap pendidikan itu. Setiap guru sedang melaksanakan penilaian kendiri terhadap kepercayaan serta amalan pendidikan masing-masing semasa perkongsian tersebut. Kepelbagaian pendapat menggalakkan pembinaan idea baru di kalangan guru.Profesionalisme mereka terselah kerana mereka mampu untuk memindahkan pengetahuan ‘hakiki’ masing-masing kepada orang lain. Oleh kerana setiap ahli kumpulan memberikan sumbangan semasa proses pecambahan idea. Perkongsian yang sedemikian menyediakan wacana untuk guru samasama berbincang tentang kepercayaan serta amalan semasa terhadap pendidikan. 1994). Komunikasi ini berbeza daripada komunikasi menegak antara pentadbir sekolah dengan gurunya. 81 .6 Perkembangan Komunikasi Komunikasi antara seorang guru profesional dengan rakan sejawat adalah bersifat mengufuk. pelaksanaan amalan baru pendidikan yang dihasilkan secara koloboratif ini menambah lagi kecemerlangan institusi pendidikan setempat. maka perasaan kepunyaan bersama akan wujud terhadap setiap amalan baru pendidikan yang dicadangkan secara koloboratif ini.

Himpunan sifat inilah yang menentukan cara seseorang itu melihat. (iii) ‘conscientiousness’ (menurut perintah. komunikasi sedemikian tidak akan memperkecilkan peranan mereka sebagai pemimpin pengajaran di bilik darjah. Selain itu. Perasaan ini membolehkan guru diikhtiraf sebagai pemimpin asli bagi pengajaran bilik darjah (Johnson & Johnson. Menurut mereka. Ianya sentiasa mempengaruhi akal. Role-model profesionalisme perlu ditunjukkan secara eksplisit kepada rakan sejawat. Peranan sedemikian dilaksanakan oleh seorang guru profesional secara ikhlas. peramah dan pemaaf). komunikasi sedemikian memperkembangkan lagi profesionalisme seseorang guru itu. Perkongsian sebegini menambah lagi perasaan kekitaan dan kesamaan antara guru. Walau bagaimanapun.7 Penutup Peribadi ialah himpunan sifat semula jadi seseorang itu. Lantas. Malahan. rakan sejawatnya akan sama-sama berusaha untuk mencapai visi kecemerlangan profesion perguruan. berfikir dan bertindak pada pelbagai konteks sosial termasuk pendidikan. Menurut Allport (1937). Sifat-sifat tersebut ialah (i) ‘neuroticism’ (tenang. guru profesional adalah pemimpin pengaran kerana mereka berani mencabar keadaan semasa (‘status quo’). juga meningkatkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan setempat. Huraian di atas menunjukkan bahawa guru profesional berkomunikasi secara setara dengan rakan sejawat mereka. (ii) ‘agreeableness’ (mesra. Guru profesional juga percaya bahawa komunikasi yang berkesan perlu dilaksanakan melalui teladan. Sifat-sifat tersebut menjadikan setiap peribadi itu bersifat dinamik. terancang dan tersusun). Guru profesional akan mempastikan bahawa setiap aspek tingkahlaku pengajaranpembelajaran masing-masing secucuk dengan visi tersebut. Visi ini dijadikan pegangan bagi setiap amalan harian pengajaran-pembelajaran mereka. Keyakinan ini wujud di kalangan mereka kerana setiap guru profesional mempunyai visi tentang pengajaran-pembelajaran cemerlang yang seharusnya berlaku di institusi pendidikan masing-masing.1994). motivasi dan tingkahlakunya pada semua situasi (Rykman.Kegiatan koloboratif antara guru menggalakkan perkongsian kuasa dan kewibawaan antara mereka. pembinaan amalan pendidikan yang baru seperti pada huraian di atas. terdapat lima sifat semulajadi pada peribadi yang berkesan. (iv) ‘extraversion’ (amat peka dan proaktif). 2004). Keikhlasan itulah yang akan menyentuh sanubari rakan sejawat mereka. dan (v) ‘openess to experience’ (terbuka terhadap idea baru dan perubahan suasana). bersahaja dan optimistik). 5. Dia amat peka dan cepat bertindak untuk menangani segala perubahan dan cabaran semasa dalam 82 .

Teacher Learning in the Workplace. 3. 92-113). (1967). Bincangkan isu ini dalam konteks perkembangan profesionalisme di kalangan guru matematik di negara ini. New York: Cambridge Adult Education.R. New York: Doubleday. Implications for School Reform (ms. Rinehart & Winston. G.M. Kepekaan dan tindakan pantas ini membolehkan institusinya sentiasa berada di hadapan bidang pendidikan. Polanyi. Coperative School . New York: Holt.S.M. (2004). peribadi yang profesional akan menjadikan institusi pendidikan lebih berkesan. (1975). Theories of Personalities . Rujukan 1. The Tacit Dimension . Penggunaan bahasa kedua sebagai bahasa pengantar bagi pendidikan matematik adalah antara isu semasa di Malaysia. Self-Directed Learning . (1937). New York: Teachers College Press. Ryckman. Knowles. (1995). Allport. Smylie. 2. Professional Development in Education. Tugasan 1. California: Thomson/Wadsworth.W. 6.persekitarannya.A. 5. Johnson & Johnson. New York: Prentice Hall. Personality: A Psychological Interpretation . (1994).M. 83 .New Paradigms and Practices . 4. Oleh itu.

1 Sinopsis Banyak isu yang boleh dibincangkan pada topik ini. Isu-isu ini dipilih supaya guru matematik di sekolah memahami serta boleh menangani isu berkenaan sebagai practising teacher di sesebuah sekolah.3 Kerangka Konseptual 84 . (i) menggalakkan kreativiti dalam pengajaran-pembelajaran matematik di bilik darjah. iaitu. 2. 6.2 Hasil Pembelajaran 1. Walau bagaimanapun.Topik 6 Isu Dalam Pendidikan Matematik 6. dan (ii) membentuk suatu komuniti sekolah yang mempunyai literasi numerik. 6. topik ini membincangkan dua isu dalam pendidikan matematik. Boleh menghuraikan kaedah pengajaran-pembelajaran matematik di dalam bilik dajah jika inovasi dan kreativiti hendak digalakkan Boleh membantu pihak pentadbir supaya komuniti sekolah boleh mengamalkan literasi numerik dalam persekitaran sekolah.

Interaksi guru-murid berlaku pada aras dan kadar yang tinggi.4 Menggalakkan Inovasi dalam Bilik Darjah Inovasi ialah kebolehan kognitif untuk mengeluarkan idea baru yang menarik (Torrance. membuat petimbangan yang saksama. Seorang guru di sekolah berkenaan akan menghargai kreativiti di kalangan muridnya dengan menunjukkan bagaimana kreativiti itu dicipta dalam bilik darjah. mahir berfikir dan mempunyai kekuatan menerang di kalangan muridnya. Kreativiti digalakkan dalam bilik darjah yang berpusatkan murid. Guru itu tidak sekali-kali akan mendenda seorang murid yang kreatif kerana perbezaan idea ataupun jawapan. 1988). membuat keputusan dan menentukan penyelesaiannya bagi situasi di dalam dan di luar sekolah. sekolah dalam kurun ke 21 mesti menggalakkan kreativiti. Mereka diberikan peluang untuk menentukan 85 .6. Dia akan merangsang dan menghargai kreativiti di kalangan muridnya. seorang murid yang menggunakan sesuatu isi kandungan pelajaran secara kreatif adalah juga seorang murid yang telahpun menguasai isi kandungan berkenaan dengan baik. Penglibatan murid yang aktif digalakkan. Rancangan pengajaran guru berkenaan kurang berstruktur. Muridnya didedahkan kepada pelbagai strategi pembelajaran. Menurut Ogawa. Mereka juga telah menguasai kemahiran seperti mengenalpasti masalah. Menurut Starko (1994). Kuehn-Ebert & Devito (1991).

4.1 Himsl and Millar (1993). Terdapat tiga peringkat pada teknik penyoalan cadangan mereka itu: • Peringkat Pertama – Mengumpul Maklumat: • • • Soalan Fakta: Apa? Kenapa? Berapa? Soalan Prosedural: Maklumat tentang bagaimana sesuatu itu berlaku. 6. 1999). Kecerdasan-kecerdasan menurut Gardner adalah seperti berikut: 6. guru boleh juga mempelbagaikan pendekatan pengajaranpembelajaran berdasarkan teori pelbagai kecerdasan oleh Gardner (1983. Murid belajar pengurusan kendiri. 86 . Kepentingan ini ditunjukkan pada rajah berikut.2 Selain itu.4. Peringkat Kedua – Menyusun Maklumat: • Soalan Aras Tinggi: ‘Kenapa berlaku?’ dan ‘Kenapa tidak berlaku’ • Peringkat Ketiga – Menggunakan Maklumat: • • Soalan hipotesis: ‘Apakah yang mungkin berlaku seterusnya?’ Soalan Spekulatif: Membina pengetahuan baru 6. mencadangkan teknik penyoalan berikut untuk menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah.3 Inovasi adalah satu unsur penting dalam pendidikan matematik.sendiri strategi pembelajaran yang sesuai dengan kendiri masing-masing.4.

Ibu bapa adalah juga sebahagian daripada komuniti sekolah sebagai stake-holders. Walau bagaimanapun.5 Literasi Numerik dalam Komuniti Sekolah Literasi numerik boleh ditakrifkan sebagai mengamalkan pemikiran kuatitatif dalam kehidupan seharian. terdapat banyak kegiatan dalam masyarakat yang boleh digunakan untuk menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun. 87 .Terdapat banyak kegiatan yang boleh menggalakkan kreativiti dalam bilik darjah. 6. dan Magic Squares. Manhattan. kurikulum yang dibina secara berpusat jarang mengambil kira kreativiti sebagai asas bagi menggalakkan kreativiti. Antaranya ialah Modulo Origami (Sonobe). Persekitaran sekolah banyak menyediakan peluang untuk mengamalkan pemikiran sedemikian pada setiap hari di kalangan komunitinya. Sudoku. Ibu bapa murid boleh dijadikan rakan kongsi ilmu yang utama jika sekolah menggalakkan literasi numerik dalam amalan harian mereka. Sebab utama memberi galakan pada amalan literasi numerik di kalangan komuniti sekolah ialah supaya ilmu matematik yang dipelajari murid dalam bilik darjah boleh diguna pakai serta dikongsi bersama dengan ahli komuniti yang lain di luar bilik darjah. Ini memberikan mereka peluang untuk mendampingi seseorang yang boleh bersamasama membincangkan idea-idea matematik yang telah dipelajari dalam bilik darjah. Adanya rakan kongsi ilmu ini boleh membantu perkembangan serta kemajuan pengetahuan matematik murid.

Banyak kajian telahpun menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa adalah faktor penting bagi kejayaan setiap kanak-kanak.6. Komunikasi ini memberikan peluang 88 . Ibu bapalah orang dewasa yang diperlukan itu. Murid yang kurang kemampuan dalam pelajaran ini tidak menganggapnya sebagai belajar dalam kelas . Mereka tidak akan merasa gelisah serta risau terhadap prestasi matematik masingmasing. Ibu bapa bukan diperlukan untuk mengajar tetapi mereka perlu lebih bersedia untuk mendengar dan berbincang dengan anak masing-masing.5. Sumbangan ibu bapa paling penting dalam bengkel ialah membantu murid mengatasi perasaan stres sewaktu belajar matematik. permainan matematik adalah juga perspektif literasi numerik komuniti yang tidak boleh diabaikan.2 Seterusnya. 6. Permainan matematik mengalakkan komunikasi di kalangan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Perkongsian antara ibu bapa dan anak dalam pelaksanaan kegiatan adalah kunci bagi mengatasi perasaan sedemikian. Terdapat juga kegiatan matematik yang perlukan perbincangan serta bimbingan daripada orang dewasa.5. Ianya mengalakkan murid untuk menguasai kemahiran matematik. Permainan matematik sememangnya menyeronokkan. Murid-murid akan berasa teruja apabila mereka belajar matematik bersama dengan Ibu bapanya.1 Ibu bapa boleh dibawa ke sekolah melalui aktiviti seperti bengkel matematik bersama ibu bapa.

kemungkinan jawapan dan perkembangan permainan. Mereka ingin menunjukkan minat. Peluang ini meningkatkan lagi profil pendidikan matematik sekolah dan boleh meningkatkan pencapaian matematik di kalangan murid di sekolah berkenaan. Peraturan mudah digunapakaikan di awal perlaksanaan program. 7. 3. Oleh itu. Murid-murid perlu diajarkan cara bermain. 2. Amalan literasi numerik dalam komuniti sekolah boleh menyedia serta memenuhi kehendak murid itu. Komunikasi ini memberikan setiap murid masa yang lebih bermakna bersama ibu bapa serta orang dewasa yang lain. komunikasi sebegini menyokong pembelajaran bilik darjah. garis panduan berikut boleh digunakan dalam membangunkan sebuah pusat sumber permainan matematik di sekolah: 1. 5. 89 . Penglibatan sepenuhnya oleh setiap murid perlu dipastikan. terdapat beberapa isu pengurusan yang perlu ditangani oleh pihak sekolah dalam pelaksanaan aktiviti sedemikan. 2. Murid-murid perlu tahu tujuan setiap permainan. keseronokan dan kepuasan dalam setiap tingkah lakunya. 5. Kaedah kumpulan kecil digunakan untuk menyediakan peluang bagi berbincangan di kalangan murid. Murid-murid harus dibenarkan untuk merangka peraturan baru. Mereka ingin juga mempunyai keyakinan diri dalam pelajaran berkenaan. Setiap orang murid ingin merasai kejayaan. Permainan yang paling berkesan ialah yang paling mudah dan tidak banyak memerlukan alatan serta pengawasan guru. Siapakah yang bertanggung jawab secara keseluruhan terhadap Pusat Sumber Permainan itu? Bagaimana organisasi pusat berkenaan? Siapakah yang akan mengelolakan pusat tersebut? Berapa banyakkah peruntukan kewangan yang boleh dibelanjakan? Siapakah yang akan mencipta permainan-permanan berkenaan? Walau bagaimanapun. 4. 6. 3.kepada murid untuk mengulang-ulang strategi matematik yang telah dipelajari mereka tanpa gangguan daripada tekanan belajar. Peraturan akan menjadi lebih mencabar pada lanjutan program. Walau bagaimanapun. penglibatan aktif serta kesungguhan dalam mempelajari matematik jika diberi peluang. Mengadakan Bilik Sumber Permainan memerlukan jawapan terhadap setiap soalan berikut: 1. 4. Setiap guru perlu bermain setiap permainan untuk mengenalpasti strategi.

8. Permainan terbaik adalah permainan yang boleh diubahsuaikan supaya melibatkan semua peringkat umur. Sediakan soalan terbuka untuk menggalakkan perbincangan. Arahan di setiap stesyen berlainan jenis dan mnggunakan font yang berbeza. Pelbagai jenis cabaran boleh dilaksanakan pada Jelajah Matematik. Terdapat juga cabaran yang boleh dilanjutkan ke satu tarikh kemudian sama ada di bilik darjah ataupun di rumah. Antaranya ialah: 1. 5. pencapaian dan hasil pembelajaran. 6. Sediakan peluang dan ruang untuk kerja mengira dan melakar. 4. Kegiatan ini boleh dikongsi antara semua ahli komuniti sekolah termasuk ibu bapa. 90 . Sebahagian daripada cabaran jelajah boleh diselesaikan pada ketika di tempat itu juga.5. 2. Tidak terlalu lama supaya peserta tidak hilang minat terhadap kegiatan yang dilaksanakan. 3. Terdapat garis panduan bagi pelaksanaan Jelajah Matematik.3 Jelajah Matematik adalah satu lagi kegiatan untuk amalan literasi numerik di kalangan komuniti sekolah. Cabaran jelajah juga boleh melibatkan pungutan maklumat untuk digunakan bagi tugasan lain di kemudian hari. Tidak terlalu banyak soalan pada satu-satu stesyen.

2. Antara isunya ialah: 1.6. Pelbagai jenis dan aras soalan untuk menarik minat peserta yang muda dan juga yang berumur. 7. 6. 91 . Siapakah pengelola kegiatan tersebut? Kaki tangan manakah yang akan dilibatkan pada kegiatan itu? Murid-murid manakah yang akan dilibatkan bersama? Bagaimanakah ibu bapa hendak dilibatkan pada kegiatan tersebut? Bilakah kegiatan itu hendak dilaksanakan? Apakah sumber dan kemudahan yang diperlukan bagi pelaksanaan kegiatan tersebut? Penutup Diharapkan perbincangan di atas boleh menggalakkan pembaca untuk melihat kurikulum pendidikan matematik dengan lebih holistik. beberapa isu perlu ditangani bersama bagi pelaksanaan kegiatan ini. 5. Kefahaman yang baru boleh melahirkan idea serta kaedah yang baru dalam pendidikan matematik. 3. 4. Adakah penganjur menyediakan jawapan bagi setiap cabaran? Walau bagaimanapun.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful