You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

1.Sejarah 2.Teknologi Lompat Bergalah 3.Lompat Bergalah Moden 4.Fasa fasa Lompatan Bergalah Pendekatan Pertumbuhan dan proses lompatan Hayunan dan kuakkan Kaedah penggiliran hayunan Penyambungan Pusingan Penerbangan 5.Terminologi 6. Kelab 6 meter 7.Prestasi Terbaik Tahunan Peserta Terbaik Lelaki Peserta Terbaik Wanita 8.Rujukan Kelab 6 meter Nota

----------------------------------------------------------------------

PENGENALAN

Lompat bergalah adalah salah satu acara sukan yang menggunakan galah yang panjang dan fleksibel (dimana galah pada hari ini kebiasaannya diperbuat daripada gentian kaca atau gentian karbon ) sebagai salah satu alat untuk melompat melepasi bar. Ia telah menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik sejak tahun 1896 untuk lelaki dan mula diperkenalkan kepada wanita pada tahun 2000.

SEJARAH

Suatu masa dahulu galah digunakan secara praktikal untuk melepasi halangan semulajadi di kawasan yang berbecak seperti di wilayah Friesland di Netherland, sepanjang Sungai Utara, kawasan berpaya di Cambridgeshire , Huntingdonshire, Lincolnshire dan Norfolk. Dalam usaha untuk menyeberangi kawasan ini tanpa basah disamping mengelakkankan penggunaan jambatan kerana perlu melalui bulatan (untuk menyingkatkan masa), sebatang galah yang panjang disimpan di setiap rumah dan digunakan untuk melompat melepasi terusan itu. Di Friesland, dimana lompat tinggi disebut sebagai 'fierljeppen',ia telah menjadi salah satu aktiviti kebudayaan masyarakat setempat sebagai pertandingan tahunan.

Pertandingan galah moden dimulakan sekitar tahun 1850 di German, apabila ia ditambah sebagai salah satu latihan gimnastik oleh Johann C.F. Gutsmuths dan Frederich L.Jahn. Teknik lompat bergalah moden pula dibangunkan di Amerika Syarikat sekitar penghujung kurun ke 19. Di Britain, sukan ini pertama kali di pertandingkan di Kejohanan Sukan Caledonian. PAda mulanya, galah yang digunakan diperbuat daripada bahan yang keras seperti buluh atau besi besi aluminium.. Kemudiannya, galah fleksibel yang diperbuat dari gentian kaca atau gentian karbon yang membolehkan pelompat melepepasi tahap ketinggian yang baru diperkenalkan. Walaubagaimanapun, kemahiran teknikal masih dititikberatkan dan objektif lompat galah adalah untuk melepasi palang bar yang diletakkan diantara dua tiang yang didirikan tanpa menjatuhkan bar itu.

TEKNOLOGI LOMPAT GALAH

Persaingan lompat bergalah (pada asalnya) bermula dengan galah buluh. Apabila ketinggian yang perlu dilepasi kian ditingkatkan, galah besi brbentuk tiub yang telah diratakan disetiap hujung pangkalnya diperkenalkan bagi menggantikan galah buluh yang tidak cukup panjang. Galah masa kini pula dihasilkan daripada helaianhelaian lapisan gentian kaca dikeseluruhan paksi dalam mesin pelarik galah (rekabentuk), untuk menghasilkan galah yang panjang boleh separa lentur dan lebih mudah dilenturkan di bawah tekanan yang dibuat oleh atlet semasa lompatan dilakukan. Jenis gentian kaca berbeza termasuk gentian karbon digunakan untuk memberikan sesuatu galah itu kelebihan khas didalam mempromosikan lompatan yang lebih tinggi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, gentian karbon telah ditambah kedalam bahan untuk menghasilkan galah ini bagi menghasilkan galah yang lebih ringan untuk dikendalikan.

Seperti dalam acara lompa tinggi, kawasan pendaratan pada asalnya hanyalah satu kawasan yang dilonggokkan dengan sisa habuk kayu yang digergaji ataupun pasir berlapik dimana para atlet mendarat dengan menggunakan kaki mereka. Apabila teknologi berkeupayaan menyediakan palang lompatan yang lebih tinggi, pelapik biasa berkembang kepada beg yang diisikan dengan ketulan getah berbusa yang besar. Saiz tempat pendaratan juga di tambah untuk mengurangkan risiko kecederaan semasa mendarat. Teknik pendaratn yang sempurna yang mula diperkenalkan pada tahap ini adalah dengan jatuhan bahagian belakang badan atau bahu dahulu ke tapak pendaratan. Pendaratandengan menggunakan kaki tidak lagi dipraktikkan bagi mengelakkan risiko kaki terseliuh atau patah.

Peraturan yang berubah tahun demi tahun telah menyebabkan kawasan pendaratan ditambah kelebarannya beserta penambahan pelapik lembut dikawasan yang keras disekitar kawasan pendaraan yang tidak bertutup.

Palang rentas pula berkembang dari hanyalah sebatang palang aluminium berbentuk segi tiga kepada palang bulat gentian kaca bersama pelapik getah dikedua-dua belah hujungnya. Ia menjadi palang yang seimbang dan boleh dijatuhkan apabila disentuh oleh pelompat galah.

LOMPAT BERGALAH MODEN

Atlet menyertai lompat bergalah sebagai salah satu dari empat acara lompatan yang diadakan di trek dan padang. Lompat bergalah juga adalah acara kelapan dalam Acara Dekathlon. Semasa pertandingan, ketinggian paras palang untuk dilepasi akan ditentukan oleh pegawai acara. Ketinggian pertama yang lebih dikenali sbg ketinggian pembukaan kebiasaannya berada pada tahap ketinggian yang boleh dilepasi oleh semua peserta. Peserta boleh mula menyertai lompatan pada mana-mana tahap ketinggian yang dikehendakinya dari ketinggian standard yang telah ditetapkan pada awalnya. Apabila peserta telah mula menyertai pusingan lompatan itu, peserta akan diberikan 3 peluang untuk melepasi ketinggian yang telah ditetapkan. Jika peserta berjaya melepasi halangan walaupun terpaksa menggunakan satu daripada 3 peluang pecubaan yang telah diberikan,peserta akan dapat 3 peluang lompatan semula yang baru pada tahap ketinggian yang seterusnya. Pada bila-bila masa, peserta boleh membuat keputusan untuk melepasi ketinggian paling maksimum yang diingininya. "Tiada ketinggian" atau lebih dikenali sebagai NH (no height) dirujuk kepada peserta yang gagal melepasi palang pada sebarang ketinggian yang telah ditetapkan semasa pertandingan.

Peserta yang berjaya melepasi palang pada paras yang paling tinggi akan dinobatkan sebagai juara. Kedudukan juara, naib juara dan tempat ketiga di tentukan berdasarkan jumlah percubaan yang diambil oleh setiap peserta untuk melepasi ketinggian palang. Keputusan seri mungkin berlaku apabila terdapat dua atau lebih peserta yang melakukan jumlah kegagalan yang sama semasa melepasi ketinggian palang.Walaubagaimanapun, keputusan seri ini boleh di rungkaikan dengan cara mengarahkan peserta berkenaan untuk melepasi semula palang pada ketinggian yang sama, dimulakan pada ketinggian terakhir percubaan lompatan bergalah dilakukan. Jika peserta-peserta itu masih gagal melepasi ketinggian palang itu, palang berkenaan akan dikurangkan sedikit ketinggiannya.Lompatan berakhir apabila salah seorang peserta gagal melepasi halangan.

Kelengkapan dan undang-undang acara lompat bergalah adalah lebih kurang menyerupai acara lompat tinggi.Walau bagaimanapun, atlet lompat bergalah ada peluang untuk memilih posisi pendataran palang sebelum setiap lompatan dan boleh meletakkan posisi palang itu diantara 0 ke 80cm melewati bahagian belakang

kotak; lubang logam dimana galah ditempatkan serta merta sebelum lompatan dilakukan. Sekiranya galah yang digunakan oleh atlet berkenaan mencungkil palang ke atas, lompatan itu dianggap batal walaupun atlet berkenaan berjaya melompat melepasi ketinggian palang yang telah ditetapkan.Walau bagaimanapun, sekiranya acara lompat bergalah ini diadakan dikawasan yang tidak bertutup, atlet telah berjaya melepasi palang tetapi angin telah secara tiba-tiba meniup palang dan jatuh, lompatan itu masih dikira sebagai sah dan tidak terbatal percubaan atlet itu. Sekiranya galah yang digunakan pula terpatah semasa percubaan lompatan, atlet boleh diberikan kebenaran untuk membuat percubaan sekali lagi.

Terdapat pelbagai faktor fizikal, fisiologikal dan persekitaran yang boleh menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan sesuatu percubaan lompatan termasuklah kelajuan, teknik, ketinggian, keupayaan melompat, kekuatan, keyakinan diri dan persiapan mental, kelajuan angin dan arah angin bertiup,suhu dan sebagainya. Peserta mestilah memilih galah dengan kepanjangan dan kekakuan yang bersesuaian dengan keupayaan dirinya, dimana mungkin berubah mengikut faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas.Sifat sambil lewa memilih galah yang sesuai akan memberikan kesan terhadap atlet dimana galah itu mungkin terlalu anjal dimana boleh menyebabkan galah atlet berkenaan akan tersasar terlalu jauh dari dari lubang galah yan telah ditempatkan atau berkemungkinan juga galah itu melayang di bawah palang sebelum mendapat ketinggian yang maksimum. Demikian juga sebaliknya dimana sekiranya galah itu terlalu kaku (tidak anjal) akan menyebabkan atlet berkenaan tertolak ke belakang.

Galah kebiasaannya dibuat khas untuk pelompat berdasarkan berat yang dikehendaki oleh atlet. Ada juga sesetengah organisasi yang melarang para ale untuk menggunakan galah yang tidak mencapai piawai berat yang dikehendaki atas sebab sebab keselamatan. Walaupun undang-undang ini sepatutnya menjadikan galah untuk lompatan menjadi kurang berbahaya, ia masih menjadi sesuatu yang kurang selesa bagi para atlet dan dalam sesetengah kes ia sebenarnya menjadikan sukan ini lebih berbahaya. Berat yang dicadangkan haruslah sejajar dengan tahap kelenturan yang telah dipersetujui oleh pengeluar dimana meletakkan jumlah piawaian tekanan terhadap galah dan mengukur berapa jauh bahagian tengah galah tersingkir. Kelenturan dan kepanjangan gala adalah amat penting untuk pelaksanaan lompatan yang baik. Adalah bukan sesuatu yang jagal untuk seorang peserta membawa hampir 10 batang galah bersamanya dalam satu-satu pertandingan lompat bergalah.

Keberkesanan sifat galah boleh diubah-ubah dengan cara meninggikan atau merendahkan pegangan galah. Pegangan kemas tangan kiri dan kanan secara

tipikalnya adalah pada keluasan bukaan bahu. Galah diperbuat untuk semua orang, pada semua tahap kemahiran, dari saiz sependek 10 kaki, 90 lb hingga ke sepanjang 17 kaki dan seberat 230 paun.

FASA FASA LOMPATAN BERGALAH

Walaupun terdapat pelbagai teknik yang digunakan oleh pelompat bergalah dalam kemahiran yang berbeza untuk melepasi palang, peserta secara umumnya menerima satu model teknikal yang boleh dipecahkan kepada beberapa fasa seperti yang disenaraikan di bawah:

Menghampiri

Fasa menghampiri melibatkan

Pertumbuhan dan proses lompatan Hayunan dan kuakkan Kaedah penggiliran hayunan Penyambungan Pusingan Penerbangan

TERMINOLOGI

PALANG - Sebatang

KELAB 6 METER

Terbuka kepada atlet yang telah melompat melepasi ketinggiann 6 meter dan ke atas. Atlet2 ini dianggap sebagai pelompat2 yang amat berprestij. Pada tahun 1985, Sergei Bubka menjadi atlet pertama yang melepasi ketinggian 6 meter. Bubka juga memegang record dunia pada tahap ketinggian lompatan 6.14 meter yang dilakukannya pada 31 Julai 1994 di Sestriere.

Kesemua ahli Kelab 6 meter adalah lelaki dan satu-satunya wanita yang berjaya menghampiri ketinggian 5 meter dalah seorang atlet dari Russia yang juga memegang rekod dunia, Yelena Isinbayeva. Yelena melepasi ketinggian itu pada tahun 2005 dan beliau turut memecahkan rekod beliau sendiri pada tahun yang sama dengan ketinggian lompatan 5.01 meter.

Berikut adalah senarai nama ahli Kelab 6 meter:

Sergei Bubka 1985

Soviet Union / Ukraine

6.14 m 6.15 m

Maksim Tarasov 1997

Russia

6.05 m 6.00 m

Dmitri Markov 1998

Belarus / Australia

6.05 m [2]

Okkert Brits 1995

South Africa

6.03 m [3]

Jeff Hartwig 1998

United States

6.03 m [4] 6.02 m

Igor Trandenkov Russia 1996

6.01 m

Tim Mack 2004

United States

6.01 m

Radion Gataullin 1989

Soviet Union / Russia

6.00 m 6.02 m

Tim Lobinger 1997

Germany

6.00 m

Toby Stevenson United States 2004

6.00 m

Paul Burgess 2005

Australia

6.00 m

Brad Walker 2006

United States

6.00 m

Jean Galfione 1999

France

6.00 m

Danny Ecker 2001

Germany

6.00 m

PRESTASI TERBAIK TAHUNAN

Peserta Terbaik Lelaki

YEAR 1971 5.43 1972 5.63 1973 5.49 1974 5.53 1975 5.65 1976 5.70 1977 5.66 1978 5.71 1979 5.65

HEIGHT ATHLETE Kjell Isaksson Bob Seagren Steve Smith Steve Smith Dave Roberts Dave Roberts Wladyslaw Kozakiewicz Mike Tully Patrick Abada Philippe Houvion

PLACE (SWE) Siena (USA) Eugene (USA) New York (USA) Pocatello (USA) Gainesville (USA) Eugene (POL) Warsaw

(USA) Corvallis (FRA) Paris (FRA) Paris (POL) Moscow

1980 5.78 1981 5.81 1982 5.75

Wladyslaw Kozakiewicz

Vladimir Polyakov (URS) Tbilisi Dave Volz (USA)

Jean-Michel Bellot (FRA) Nice 1983 5.83 1984 5.94 1985 6.00 Thierry Vigneron Sergey Bubka Sergey Bubka (FRA) Rome (URS) Rome (URS) Paris

1986 6.01 1987 6.03 1988 6.06 1989 6.06

Sergey Bubka Sergey Bubka Sergey Bubka Sergey Bubka Rodion Gataullin

(URS) Moscow (URS) Prague (URS) Nice (URS) (URS) Donetsk (URS) Seattle (URS) Malm (UKR) Tokyo (UKR) London (UKR) Sestriere (RSA) Cologne (UKR) Atlanta, Georgia (UKR) Fukuoka (USA) Uniondale (RUS) Athens (USA) Jonesboro (AUS) Edmonton (USA) (GER) Athens (FRA) Castres (USA) Monaco (AUS) Perth (USA) Jockgrim (USA) Brisbane

1990 5.92 1991 6.10 1992 6.13 1993 6.05 1994 6.14 1995 6.03 1996 6.02 1997 6.05 1998 6.01 1999 6.05 2000 6.03 2001 6.05 2002 5.90

Rodion Gataullin Sergey Bubka Sergey Bubka Sergey Bubka Sergey Bubka Okkert Brits Sergey Bubka Sergey Bubka Jeff Hartwig Maxim Tarasov Jeff Hartwig Dmitriy Markov Jeff Hartwig Tim Lobinger

2003 5.95 2004 6.01 2005 6.00 2006 6.00 2007 5.95

Romain Mesnil Tim Mack Paul Burgess Brad Walker Brad Walker

Peserta Terbaik Wanita

YEAR 1996 4.45 1997 4.55 1998 4.59 1999 4.60

HEIGHT ATHLETE Emma George Emma George Emma George Stacy Dragila Emma George

PLACE (AUS) Sapporo (AUS) Melbourne (AUS) Brisbane (USA) (AUS) Seville (USA) Sacramento (USA) Palo Alto (RUS) Stockholm

2000 4.63 2001 4.81 2002 4.78 2003 4.82 2004 4.92 2005 5.01 2006 4.91 2007 4.91

Stacy Dragila Stacy Dragila Svetlana Feofanova

Yelena Isinbayeva (RUS) Gateshead Yelena Isinbayeva (RUS) Bruxelles Yelena Isinbayeva (RUS) Helsinki Yelena Isinbayeva (RUS) London elena Isinbayeva (RUS) Saint-Denis

You might also like