1.

0

PENGENALAN

Setiap bangsa mempunyai mitos hantu yang tersendiri .Kepercayaan mereka kadang-kadang ada benarnya namun terdapat sesetengah mitos tersebut hanyalah rekaan semata-mata. kepercayaan ini juga turut hadir dalam institusi masyarakat suku kaum Bajau. Amalan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Bajau ini membuktikan bahawa masyarakat Bajau sudah memiliki salah satu ciri tamadun yang tinggi. Melalui Kajian Mitos Hantu dalam Kepercayaan Kaum Bajau yang kami jalankan kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang mitos-mitos hantu yang terdapat dalam kepercayaan suku kaum Bajau melalui sesi temuramah dengan masyarkat kaum Bajau di Kg. Siasai, Penduduk kampung Pengalat Besar, Kampung Bubul, Kampung Panji, Semporna, kampung Kuala, Papar, serta pelajar Ijazah Sarjana Muda, Universiti Malaysia Sabah. Selain itu, untuk memperkukuhkan lagi kajian ini, kami juga membuat analisis kepercayaan mitos hantu dengan membuat borang soal selidik. Soal selidik ini bukan hanya untuk masyarakat Bajau sahaja, tetapi kami juga membuat soal selidik kepada semua etnik yang terdapat di Malaysia. Kami amat berpuas hati kerana semua responden dan informan memberikan kerjasama sepenuhnya. Berkat kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, kami akhirnya dapat menyiapkan perangkaan kajian mengenai peratusan kepercayaan masyarakat terhadap kewujudan hantu.

1

Aziz Deraman. Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa Malaysia.1 Bajau laut dikenali sebagai ‘pala’u’ dan tinggal di Timur Sabah. Hal ini demikian kerana pada masa dahulu. halaman 15.2. Orang Bajau Darat terutamanya di Kota Belud bekerja dalam bidang pertanian. halaman 4. edisi baharu. perniagaan. di Selatan Filipina 1 juta orang. Bhd. 1993. iaitu hampir 40 juta orang. Bian. Majority suku kaum Bajau beragama Islam. halaman 142. Basbas. Sapa’-sapa’.0 Asal Usul Bajau Perkataan ‘Bajau’ bermaksud “berjauhan”. 2000. 1993) 3 Ibid. Kuala Lumpur. Hal ini dapat dilihat melalui wujudnya banyak masjid dikawasan berhampiran petempatan mereka. Sallogan.. Taiwan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Terdapat sekurang-kurangnya 26(kini telah disenaraikan 31) atau lebih subsuku Bajau yang ada di Sabah dan selatan filipina. kaum Bajau sekarang berjumlah 60 juta orang lebih besar dari jumlah penduduk Malaysia yang mana keseluruhannya menetap di Kepulauan Sulawesi. Antara sub-suku tersebut ialah. Sri Lanka . Australia. perkhidmatan kerajaan dan sebagainya. Singapura dan sekitar pulau-pulau Pasifik. Ini menunjukkan. Arena ilmu Sdn. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat. Sapa’. Tando’ Bas.3 Dianggarkan. Orang Bajau Darat Sabah mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi berbanding Bajau pantai timur. Thailand. Sumber ekonomi suku kaum ini bergantung kepada hasil laut dan hasil pertanian. Masing-masing bertutur dalam dialek yang berbeza2. Malaysia 300. Orang Bajau Pulau Omadal aspek-aspek budaya. Suku kaum Bajau tinggal di persisir pantai di timur dan barat daya Sabah hingga ke Teluk Kimanis di bahagian barat. Sikubung. Suku kaum Bajau juga dikenali sebagai ‘sama’ atau ‘a’asama dan ‘pala’u. orang Bajau sentiasa berada di laut iaitu ‘berjauhan’ dari darat. penternakan binatang. B. Kuala Lumpur. manakala Bajau Laut amat terkenal sebagai pelaut dan nelayan serta mahir dalam pembinaan dan pengendalian perahu dan pengumpulan hasil laut.000 orang(Sabah) dan selebihnya di Myanmar. 1 A. Bajau Darat pula dikenali sebagai ‘sama atau a’sama’ dan menatap di bahagian barat sabah. (Liang y. 2 . 2 Yap Beng Liang.

3 . Kota Belud (Penduduk disini memanggil diri mereka sebagai Sama. Bajau merupakan suku kaum pribumi yang kedua terbesar selepas suku kaum Kadazandusun di Sabah. Musu’. dan Papar. cit. Lo’ok Nato’. Simunul. dan tidak ada perbezaan ketara diantara bahasa mereka dan orang Sama). Bangingi' (Balagnini atau Balangingi). Siasi.dan Semporna.Lahad Datu.92% yang terdiri daripada kawasan Tawau . Tabawan. Tatabuan-Kaniogan. Kota Kinabalu. Ungus Matata. Ranau.4 4 Yap Beng Liang. Kohek. Sama (Pantai Barat Sabah). Pangutaran.05% dan Labuan ialah jumlahnya 1680 dengan peratusnya 0. Penampang. Tuaran. Kagayan.Tando’ Banak. Kota Belud.khususnya dari Kepulauan Sulu ke negeri Sabah. Sisangat. Op. Penduduk Bajau di Negeri Sabah ialah seramai 72323 orang. Manakala Residensi Tawau adalah kedua ramai masyarakat Bajau dengan jumlahnya ialah 22364 atau peratusnya ialah 30.0 peratus daripada jumlah penduduk Sabah. bukan Bajau. Pertambahan masyarakat Bajau mungkin disebabkan faktor yang melibatkan perpindahan orang Bajau dari negeri Filipina.6 peratus atau 43827 orang. Sitangkai. iaitu 11. halaman 12. Larapan. Laminusa. Bannaran. Residensi Pantai Barat mencatatkan jumlah penduduk Bajau yang paling ramai iaitu sebanyak 60. Pala’u.11%. Mengikut laporan banci penduduk pada tahun1970. Nusa. Manubal. Residensi Pantai Barat merangkumi kawasan Kudat. Siamal.Residensi Sandakan masingmasing mencatat jumlah yang paling sedikit iaitu Residensi Sandakan ialah 4373 dengan peratusnya 6.. Sibutu’.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 3.1 Balan-Balan Mitos hantu yang sangat popular dalam kepercayaan masyarakat kaum Bajau ialah Balan-balan. 14hb Febuari 2010.0 Mitos MITOS HANTU DALAM KEPERCAYAAN SUKU KAUM BAJAU bermaksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar. awet muda serta bertujuan untuk memanjangkan usia. Mitos juga didefinisikan sebagai cerita seseorang atau sesuatu yang tidak benar atau hanya rekaan semata6. Penanggalan atau Tenggelong tidak menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. 12hb Febuari 2010. Namun begitu. Bagi masyarakat suku kaum Bajau.p. dapatlah disimpulkan bahawa Mitos hantu bermaksud cerita zaman dahulu berkaitan dengan roh jahat yang dikenali sebagi hantu. manakala suku kaum Melayu di Semenanjung Malaysia. “semangat” yang bermaksud roh.3. 10 Temubual bersama Pn. halaman 1037. antaranya tidak berbaju. terbang kepala. Oleh itu. atau ciptaan khayalan manusia yang menakutkan dan menggerunkan. Terdapat beberapa jenis Balan-balan. Lampong Binti Januh. 9 Temubual bersama Pn. Ibid. Mitos hantu sangat popular dalam kalangan masyarakat Bajau terutamanya diantara tahun 1960-an dan 1970-an. 4 . Menurut cerita orang tua-tua Bajau. Perkataan mangat berasal daripada perkataan Melayu. menyebut balanbalan sebagai Hantu Penanggalan atau Tenggelong. hantu dikenali sebagai mangat8. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini dikatakan akan mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari 5 6 Kamus dewan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Selangor Darul Ehsan. Tujuan ilmu ini diamalkan adalah untuk mengekalkan kecantikan.. Suku kaum Bajau Pantai Timur menyebutnya balbalan9. (1994). dan mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu kejadian alam5. Kasuma Binti kalbi. Redzuan bin Abdullah. Suku kaum Bajau percaya Balan-balan sebenarnya ialah manusia. Mangat merujuk kepada semua jenis hantu. edisi keempat. balan-balan terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. 14hb Febuari 2010. panjang rambut dan tekakak (kepala kebelakang)10. (2007). Hantu didefinisikan sebagai roh jahat7. 7 kamus dewan edisi ketiga.437. 8 Temubual bersama En.

terutamanya bayi yang masih mempunyai tali pusat yang belum dipotong.empat puluh malam berturut-turut. Selain itu. 5 . Berbeza dengan kepercayaan suku kaum bajau dan dusun tindal. 15 Febuari 2010. dalam bentuk jasad manusia. mata mereka sentiasa berwarna merah dan akan berair apabila didekatkan dengan hirisan limau nipis. Dalam kepercayaan suku kaum Irranun. Kemudian. balan-balan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari serta menjalankan aktiviti harian mereka seperti manusia biasa. ‘Mereka’ dikatakan akan berjalan pada waktu malam atau subuh. Mereka akan hadir di rumah si mati untuk mencuri jasad si mati dengan cara menjulurkan lidahnya dari bumbung atau bawah rumah. Justeru. Hanya apabila terdapat kematian atau kelahiran dikawasan berhampiran. Temubual bersama Pn. Disekitar leher mereka dikatakan mempunyai 2 garisan yang melingkari leher dan daging diantara 2 garisan tersebut lebih tebal berbanding daging disekitarnya. mereka mempercayai bahawa balan11 12 Temubual bersama En. Osman bin Mandangan. Dikatakan mereka yang mengamalkan ilmu balan-balan atau mewarisi ilmu balan-balan ini dapat dikenalpasti melalui matanya.7 Mac 2010. Dikatakan. di halaman rumahnya tidak terdapat pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh. Biasanya. Rumah pengamal ilmu balan-balan ini pula biasanya mempunyai lubang di sudutnya bagi memudahkannya keluar pada waktu malam12. mereka juga mempercayai sesetengahnya diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi11. Balan-balan akan mencuri bayi yang baru dilahirkan. balan-balan akan menggolek-golekkan jasad si mati di dalam perahu untuk menukarkannya menjadi ikan. balan-balan akan menggantikan jasad si mati tadi dengan batang pisang. kepalanya tercabut dan terpisah darpada tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut. Zulaika binti Abdullah. Pengamal ilmu balan-balan dipercayai tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana dipercayai akan mencederakan isi perut balan2 tersebut. badan pengamal ilmu hitam ini akan terasa panas dan miang. Pada saat itulah. baharulah mereka akan bertukar menjadi balan-balan. Setelah mencuri jasad tersebut. Kepercayaan ini mungkin disebabkan oleh faktor pekerjaan suku kaum ini yang majoritinya bekerja sebagai nelayan.

13 Febuari 2010.14 Kemunculan balan-balan di sesuatu tempat dipercayai akan diiringi dengan hilai tawa seperti suara seekor kuda tetapi lebih nyaring. Misalnya. Hal ini demikian kerana. Terdapat beberapa perkara yang diamalkan oleh suku kaum Bajau bagi mengelakkan kehadiran balan-balan disesuatu kawasan. manakala buah limau atau daun limau pula akan diletakkan di bawah rumah. Balan-balan ini akan berada di bawah rumah dan kehadiran entiti ini biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hal ini menyebabkan si ibu akan kehilangan banyak darah dan mengalami kesukaran untuk melahirkan bayi tersebut. balan-balan dipercayai takut akan air dan bau limau serta api. Halida binti Mandanyan. 6 . bermakna balan-balan itu berada di kawasan yang berhampiran. 15 febuari 2010. Temubual bersama Pn. 15 Temubual bersama Pn. 14hb Febuari 2010. terutama hati. balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya.13 Selain mencuri bayi dan mayat.Gitia binti Demsie. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia. serta tuan rumah biasanya akan memasang api disekeliling rumah.balan akan memakan mayat tersebut dan memakan tali perut si mati atau bayi tersebut. balan-balan juga dikatakan gemar menjilat darah pada uri perempuan bersalin. namun bunyi hilai tawa yang sayup-sayup kedengaran atau seolah-olah berada di tempat yang jauh. Lampong Binti Januh. Bagi rumah yang tidak bertiang. buah limau dan daun limau akan diletakkan disekitar jasad bayi atau mayat.15 13 14 Temubual bersama Pn. balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu. Bunyi hilai tawa yang kuat menandakan balan-balan tersebut berada jauh dari tempat orang yang mendengarnya. bagi rumah yang mempunyai tiang. air limau akan diletakkan di tempat tertentu.

Sama seperti balan-balan.2 Hantu Kumokodong Hantu kumokodong dan hantu balan-balan adalah 2 jenis hantu yang sama namun terdapat sedikit perbezaan. bergantung kepada tahap kasih sayang mereka terhadap si mati17. Masyarakat kaum bajau mempercayai. kumokodong adalah sesuatu yang diwarisi secara turun temurun oleh kaum-kaum tertentu. tujuannya sama seperti balan-balan iaitu untuk memakan jasad si mati atau memakan tali perut bayi yang baharu dilahirkan. Redzuan bin Abdullah. 7 .3. Si mati akan bangkit dari kubur dan merayau-rayau dikawasan kampung asalnya serta dikawasan berhampiran rumah orang yang dikenali semasa hidupnya. Manakala. manakala balan-balan bergerak mencari mangsa bersama jasad. Hantu kumokodong dipercayai merupakan sejenis hantu jadian. Dalam kepercayaan masyarakat suku kaum bajau pantai timur.16 3. Antara tanda-tanda kemunculan hantu bangkit ialah berbau busuk seperti bau 16 17 Temubual bersama En.3 Hantu Bangkit Bagi masyarakat Melayu. dimana kepalanya akan tercabut bersama tali perutnya dari badan. Hantu Bangkit dikenali sebagai panggua’ atau Pangguwa. 16 Febuari 2010. Kumokodong dikatakan sangat takut kepada bau dan air limau serta ‘garagai’ iaitu ranting-ranting buluh yang sudah kering serta dahan pokok berduri dan batang ubi kayu. Temubual bersama En. Ali Muda bin Haji Basri. tujuannya adalah untuk memakan usus bangkai haiwan tersebut. hari ke-20 atau pada hari ke-100. golongan masyarakat Islam yang murtad akan menjadi Hantu Bangkit apabila meninggal dunia. iaitu pada hari ke-7. hantu Bangkit juga dikenali sebagai hantu Pocong atau Hantu Bungkus. bagi suku kaum Bajau Pantai Timur. Namun kebiasaannya kenduri akan ditutup pada hari ke-20. 14hb Febuari 2010. Gangguan daripada hantu ini dikatakan berakhir apabila kenduri kematiannya telah ditapus (ditutup). Kumokodong juga dikatakan gemar berada disekitar bangkai-bangkai haiwan. seseorang yang telah meninggal dunia menjadi hantu Bangkit kerana si mati terlalu mengikut hawa nafsu semasa hidupnya. Hantu kumokodong akan muncul apabila terdapat kematian atau kelahiran disesuatu tempat.

mangsa tidak dibawa pergi jauh cuma dia disembunyikan daripada penglihatan orang ramai.4 Hantu Kokok Hantu kokok ( sebutannya co-coke) dipercayai muncul pada waktu senja atau selepas hujan. Mangsa dikatakan boleh mendengar dan melihat orang lain termasuk orang yang mencarinya tetapi orang lain tidak dapat melihat si mangsa. Lampong Binti Januh. Hantu ini dikatakan mampu untuk menyesatkan atau menyembunyikan mangsa. Bunyi yang dihasilkan semasa hantu bangkit ini berjalan sama seperti bunyi daun kelapa kering yang diseret di atas pasir. mangsa boleh ditemui antara 30 minit hingga beberapa jam selepas itu dan biasanya mangsa didapati berada di sekitar tempat pencarian itu dilakukan dalam keadaan duduk (rileks) tetapi sukar berbicara. Menurut kepercayaan suku kaum bajau lagi. 8 . Bagi mengelakkan kebangkitan si mati.18 Bagi mengelakkan Gangguan hantu kokok. kadangkala muka entiti tersebut dapat dilihat. 14hb Febuari 2010. 3. iaitu dengan cara menyerupai seseorang yang dikenali oleh si mangsa. Biasanya. masyarakat Bajau akan menjaga kubur si mati selama 7 malam berturutturut. Kadangkala badan mangsa berlumuran dengan cecair licin yang dikenali sebagai luntang atau ngaluntang oleh suku kaum bajau dan berbau hanyir. Menurut masyarakat kaum Bajau. Mangsa juga dikatakan tidak boleh bercakap.bangkai haiwan. masyarakat suku kaum bajau biasanya akan membawa parang kedalam hutan. kerana mereka mempercayai. sesiapa yang terlihat hantu bangkit atau Pengguwa ini akan pawas. 18 Temubual bersama Pn. hantu kokok sangat takut akan peralatan yang diperbuat daripada besi. Mangsa akan dimandikan oleh orang 'pandai' sebelum dibawa naik ke rumah untuk dipulihkan semangatnya dan membersihkan tubuhnya. iaitu mendapat nasib yang malang.

3.3.Gitia binti Demsie. pemancing akan memperoleh hasil tangkapan yang banyak dalam masa yang singkat. badak sumbu dan payau. seseorang itu dinasihatkaan agar tidak mengelak atau berjalan disebelah kiri dan kanannya kerana ditakuti akan disentuh atau ditampar oleh makhluk tersebut. Apabila si pemancing mulai terleka dengan hasil tangkapan yang diperolehnya. Oleh itu. Terdapat sesetengah Soyang yang dipelihara( mempunyai tuan) dan biasanya Soyang yang tidak dipelihara akan menjadi hantu liar yang berkeliaran. Masyarakat bajau mempercayai. hantu galap tidak menyukai besi. mereka mempercayai hantu galap amat menyukai kanak-kanak yang bermain berhampiran dengan sungai. 9 . Bagi masyarakat suku kaum bajau di kota belud. Bentuk entiti ini dikatakan seperti manusia namun kadangkala boleh bertukar rupa menjadi bentuk haiwan seperti seekor gajah. ketinggiannya dikatakan melebihi ketinggian sebatang pokok kelapa.6 Hantu Soyang Sejenis hantu yang berwarna hitam dan tinggi lampai.5 Hantu Galap Hantu Galap merupakan sejenis hantu air yang suka menggoda para nelayan atau pemancing. Selang beberapa hari barulah kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. hantu galap ini dikatakan akan menarik si pemancing perlahan-lahan kedalam air dan membunuhnya. Masyarakat Bajau percaya apabila Soyang berada dalam bentuk manusia. 13 Febuari 2010. Soyang atau Hantu Raya ini biasanya akan keluar pada waktu Maghrib dan akan berdiri serta menghalang di kawasan denai (lorong pejalan kaki). Hantu ini dipercayai akan muncul pada waktu maghrib atau Isyak.19 19 Temubual bersama Pn. Kanak-kanak tersebut akan ditarik masuk kedalam sungai. masyarakat bajau biasanya akan memakai gelang besi bagi mengelakkan daripada gangguan hantu galap ini. yang sangat besar. Pada masa tersebut.

Apabila suami pasangan tersebut pergi ke laut.9 Jin Masyarakat suku kaum Bajau juga sangat mempercayai bahawa jin adalah makhluk luar biasa yang mempunyai kuasa dan boleh mempengaruhi 20 21 Temubual bersama Maslina binti Mohammad. terutamanya pasangan suami isteri. manakala hantu Katau merupakan hantu laut yang boleh menyerupai manusia. Toyol dikatakan berasal dari bayi sulong daripada ibu dan bapa yang telah mati disebabkan keguguran. tetapi ianya sebenarnya merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh orang-orang Indonesia terutamanya kaum Bugis. 3. Terdapat beberapa jenis Toyol.3. Temubual bersama Zulaikha binti Dato Laja. iaitu Daeng Ngayan atau Toyol darah. Toyol pokok pisang dan Toyol panggang. . 10 . Dikatakan hantu Katau berbau ‘mangit’ (bau batu karang apabila dijemur)21.8 Hantu Lakit Dan Katau Hantu lakit dan hantu Katau merupakan hantu laut. Bayi tersebut kemudiannya dijemur di bawah sinaran matahari selama beberapa hari kemudian dimasukkan kedalam botol. 1 Mac 2010. Katau akan menyerupai si suami tadi dan masuk ke rumah pasangan tersebut.20 3. 16 Febuari 2010. Katau tersebut seterusnya memperlakukan isteri tersebut seperti pasangan suami isteri sehingga hamil.7 Toyol Dipercayai bukan sejenis hantu tetapi sejenis makhluk jadi-jadian dalam kepercayaan masyarakat Bajau. Hantu lakit ialah hantu yang selalu dijumpai di Tebingan batu.

Universiti Malaysia Sabah. Sabah. pukulan tagungguk dan jamuan adalah diperlukan untuk mendapatkan bantuan jin. 2001.22 22 Rosnah Ismail. Dalam kepercayaan ini.kegiatan manusia. halaman 20. Interaksi Keluarga Bajau. 11 .

4-7 Prof. Taib Osman. hal 1181 26 Mohd.hal.26 Dalam masyarakat yang tidak mempunyai sistem tulisan seperti masyarakat bajau kepercayaan warisan disampaikan secara warisan. sama ada dengan cara bertulis ataupun secara lisan. Hal ini bermakna satu fungsi kewujudan mitos adalah untuk menunjukkan bahawa terdapat kuasa ajaib di dunia ini. Dewan Bahasa dan Pustaka (1983) hal 102-141 27 Yap Beng Liang.4. Canon Gate Book. Perbincangan tentang kepercayaan tradisional masyarakat bajau yang majoritinya menganut agama Islam mestilah bertolak daripada titik kenyataan bahawa kesemua tindak-tanduk perlu mengikut ajaran Islam yang ideal. C. Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan kepercayaan ialah ideology atau premise kepercayaan itu dizahirkan menerusi bahasa. van Peursen. Strategi Kebudayaan. Namun bila desakan individu untuk mengubah persepsi dan pendapat mengenai kewujudan hantu maka mitos itu akan dianggap benar. 2005.kuala Lumpur. ‘A Short History of Myth’. Dewan Bahasa dan Pustaka (1993). Dr. Misalnya pandangan manusia terhadap kewujudan hantu dapat membuatkan suatu mitos akan kekal atau tidak kerana jika seorang individu itu percaya kewujudan hantu dan amat mempengaruhi kehidupannya seharian maka mitos mengenai hantu akan terus berkembang manakala individu yang tidak terlalu menghiraukan kewujudan entiti paranormal ini akan menyebabkan mitos ini akan lenyap.0 Mitos Hantu dan Kepercayaan Mitos adalah suatu permulaan yang dilakukan masyarakat kuno bagi untuk mendapatkan sesuatu kebenaran. Mitos kebiasaanya diikuti dengan upacara keagamaan mengikut amalan masyarakat yang terdahulu.23 Mitos dianggap benar dan mampu mepengaruhi keperibadian sesuatu masyarakat walaupun mitos yang diketahui itu memberikan fakta yang tidak konkrit. Mempercayai bahawa hantu itu wujud termasuk didalam golongan kepercayaan tradisional. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu.Penerbit Kanisius. hal 126-170 12 . Dewan Bahasa dan Pustaka (2005).24 Definisi kepercayaan dalam Kamus Dewan edisi keempat bermakna suatu keyakinan atau yang dipercayai dan diterima25.hal 34-49 25 Kamus Dewan : Edisi Keempat.A.27 23 24 Karen Armstrong. 1988. Orang Bajau Pulau Omadai : Aspek-aspek Budaya.

Mereka beranggapan bahawa terdapat makhluk halus berada sekeliling kehidupan.29 28 29 Temubual bersama Hayrul bin Ismail. Yap Beng Liang. 29 Febuari 2010. Hantu wujud ekoran daripada kepercayaan sematamata dan imaginasi manusia yang membuatkan ia menyerupai imaginasi yang dibayangkan.1 Pandangan Umum Masyarakat Bajau sendiri memepercayai wujudnya hantu dalam kehidupan sekeliling. hal 126-170 13 .28 Walaupun pada zahirnya kelihatan seolah-olah agama Islam merupakan pegangan orang Bajau yang tunggal namun jika dikaji dengan lebih mendalam di samping penganutan agama Islam. Namun bila membincangkan kewujudan hakiki hantu. ada antaranya tidak pernah mengalami pengalaman berjumpa dengan hantu itu sendiri tetapi percaya ianya wujud tetapi ada juga yang menganggap ianya mitos dalam kepercayaan semata-mata yang diperturunkan dari generasi ke generasi. namun pegangan teguh terhadap kepercayaan hantu yang diwarisi masih kuat sehingga ke hari ini. Orang Bajau Pulau Omadai : Aspek-aspek Budaya.4. Seorang individu masyarakat Bajau berpendapat bahawa hantu hanya cerita dongeng dan ianya tidak wujud. Dewan Bahasa dan Pustaka (1993). Hasil kajian yang dilakukan ke atas beberapa orang responden yang telah di jadualkan dalam jadual dibawahmendapati bahawa 55% daripadanya mempercayai bahawa hantu disifatkan sebagai suatu yang misteri dan kewujudan tidak dapat dipastikan. 25% daripadanya percaya kepada kewujudan hantu dan 20% lagi tidak percaya akan kewujudannya dan kesemua yang tidak percaya kewujudan hantu ini adalah lelaki.

29 Febuari 2010. Exploring Religious Meaning 6th edition. Inc .hal 25-29 14 . Bert Affleck & Tetsunao Yamamori. Stamey. Monk. Walaupun tidak percaya kewujudan hantu namun mereka ini tetap mengetahui hantu yang wujud dalam masyarakat. hantu adalah orang yang mati dengan roh yang tidak tenteram atas sebab mati dibunuh atau bunuh diri. Walter c.Pearson Education. Robert c. Lawrence. Individu yang berbangsa Cina berpendapat hantu adalah ilusi atau khayalan semata-mata dan baginya. Hofheinz. New Jersey. Jsepeh D.Jadual kajian : Masyarakat daripada etnik lain juga mempercayai kewujudan hantu dalam masyarakat Bajau itu sendiri. 30 Hal ini adalah kerana mengikut kepercayaan Buddha bahawa jika seseorang itu belum mencapai Nirvana. dia akan dihidupkan semula sehingga mencapai hukum karmanya31 30 31 Temubual bersama Ho Nyuk Fui. Kenneth T.(2003).

9 Mac 2010. Percayalah bahawa kepercayaan kepada kuasa lain selain Allah yang lebih berkusa sehinggakan melebihi ketakutan kepada Allah akan merosakkan aqidah seseorang Islam. selain daripada Aku. Kepercayaan bahawa seseorang itu mampu mengetahui 32 Global Islamic Software co. olsi@rocketmail.2 Pandangan Agama Masyarakat Bajau hampir keseluruhannya memeluk agama Islam. dan selimpudut merupakan nama-nama hantu yang sebati dalam minda masyarakat bajau. Pengetahuan yang kurang mengenai Islam khususnya maklumat berkaitan jin dan syaitan menjadikan segelintir masyarakat Islam terjebak ke dalam lembah kesyirikan tanpa disedari. puja. Mempercayai kewujudan jin merupakan salah satu aspek kepercayaan kepada alam ghaib yang wajib diimani. http://www. santau. galap. adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu. susuk. Begitu juga aqidah umat Islam yang nipis dan longgar menjerumuskan mereka ke dalam lembah kesesatan. penunggu dan mambang yang mempunyai hubungan yang erat dengan jin dan syaitan. Last updated: Wed Nov 16 2005 21:27:48 GMT-0800 (Pacific Standard Time). Tafsir al-Quran elektronik. kokok.Bagi pendangan agama Islam khususnya secara umumnya mengetahui hantu bangkit.edu. Malah dalam al-Quran turut disebutkan dalam surah al-kahfi ayat 50 yang bermaksud. kecuali Iblis. GISCO. ia adalah daripada jin. dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya.html 15 .32 Sejarah anutan masyarakat melayu sebelum kedatangan Islam seperti kepercayaan Animisma. Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis malah Nabi Muhammad sallAllahu „alayhi wasallam juga turut berdakwah kepada kaum jin. Hindu ataupun Budha turut mempengaruhi kepercayaan masyarakat Islam berhubung perkara mistik seperti hantu ini. badi mayat. AlQuran turut merakam sejarah perhubungan manusia dengan jin semenjak dari penciptaan Adam a. Begitu juga istilah-istilah seperti saka. seru.4. sedang mereka adalah musuh bagi kamu?" (18:50). Oleh itu pandangan agama Islam terhadap mitos hantu dan kepercayaan lebih sesuai untuk digunakan. orang bunian. "Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat. balan-balan. maka mereka sujud.iiu. perdebatan Nabi Musa dengan ahli sihir firaun.com. 'Sujudlah kamu kepada Adam'. pelaris .s. Apa.my/deed/quran/malay/index.

kepercayaan tradisional mengenai hantu tidak dapat dielakkan kerana lahir daripada warisan turun temurun keluarga dalam masyarakat khsusnya masyarakat Bajau. Fenomena ini bukan hanya pada masyarakat Islam Bajau sahaja malah masyarakat Islam lain juga turut dirasai oleh masyarakat Islam lain seperti Melayu. Kekuatan adat yang masih diamalkan sehingga kini banyak mempengaruhi masyarakat lain dalam memahami bahawa hantu itu sebagai mitos atau benar-benar wujud. agama lain seperti Kristian dan Buddha juga melalui fenomena yang sama.perkara ghaib juga merupakan kepercayaan yang sesat. Kepercayaan memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Bumiputra Bajau ini. 16 . Melayu Brunei. berdosa dan bertentangan dengan aqidah Islam. RUMUSAN Persoalan kepercayaan tradisional yang ditinjau dengan pendekatan antropologi tentu sekali berbeza daripada dalam agama itu sendiri. oleh itu tidak haiaranlah jika mitos hantu merupakan salah satu kepercayaan yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan mereka. Selain agama Islam. Iranun dan sebagainya. Jika dilihat dari segala aspek sekalipun.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kg. Semporna. 6 edition). 2007. pegawai pemasaran. Orang Bajau Pulau Omadal aspek-aspek budaya. 2001. Kg. 800822-12-6186. Halidah binti Mandangan. 2000. Zulaikha binti Dato Laja. GISCO. Pelajar IKM. Exploring Religious Meaning (Vol. sabah: Universiti Malaysia Sabah. Kuala.com. P. Suri rumah. Osman. Pelajar. 890429-12-5699. D. A Short History of Myth. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. 670412-24-2245. Indonesia: Penerbit Kanisius. edisi baharu. New jersey: Pearson Education. Ali Muda bin Haji Basri. B. K. 17 . Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003. Semporna. Dundau.my/deed/quran/malay/index. Bubul. Kota Belud. http://www. Papar. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. kg. Kudat. Strategi Kebudayaan. Robert C. suri rumah. Deraman. 1988. Tafsir al-Quran elektronik. Peursen. selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. W.html TEMUBUAL/ INFORMAN. olsi@rocketmail. INTERNET Global Islamic Software co. Sabah. 890504-49-5148. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Dg. Panji. Kg. Canon Gate Book. A. Monk. Liang. Gitia binti Demsie. kamus Dewan. y. Last updated: Wed Nov 16 2005 21:27:48 GMT-0800 (Pacific Standard Time). A. 1993. Kamus dewan edisi ketiga. 1994. 9 Mac 2010.edu. edisi keempat. C. M. T. 2005. 1993. Hayrul bin Ismail.Bibliografi Armstrong.iiu. Ismail. Bhd. R. 311005-12-5098. Interaksi Keluarga Bajau.

18 . Kg. Bubul.Telaga Kudat. Zulaika binti Abdullah. Kota Belud.Ho Nyuk Fui. suri rumah. Pengalat Besar. 810626-12-3049. 801128-12-5129. Kg. 781210-12-6192. Siasai. Semporna. 891028-12-5537. Kg. Pemandu. Lampong binti Januh. 481126-12-5184. Papar. Pelajar IKM. Kg. 670829-12-5378. Kota Belud. peniaga. Kg. Panji. Semporna. Kg. Tamparuli. suri rumah. Kg. Juru elektrik. Sabah. Maslina binti Mohammad. Kasuma binti Kalbi. Osman bin Mandangan. Kota Belud. Redzuan bin Abdullah. 590821-12-5015. Suri rumah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful