You are on page 1of 2

KUIZ SPONTAN MINGGU ANTI DADAH

Tanda - tanda Penagihan Dadah

Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom simptom yang lain. Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja. Marah marah atau meradang tak tentu sebab. Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya. Hilang selera makan atau selera bertambah. Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu. Apabila bercakap tidak bertentang mata. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat. Parut atau bekas suntikan di lengan. Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi. Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan. Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh. Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang. Tidak mahu makan bersama sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan. Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya. Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia. Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba. Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik. Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara. Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang. Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap). Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar. Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.

Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang. Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih.

Sekiranya anda melihat perubahan-perubahan yang tiba-tiba ini kepada perangai ahli keluarga atau teman anda yang dikasihi. Perubahan perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Hubungi doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sesekali membuat diagnosa anda sendiri!

Kesan Buruk Najis Dadah

Peranan Ibubapa Membasmi Dadah

y y y y y y y y y y y y y y y y

Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) Mengakibatkan kematian mengeju t Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan Risiko jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang kotor. Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan. Melemah dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyele saikan masalah. Melemahkan aktiv iti otak,terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara dan penganalisaan. Mengamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga Memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua ahli keluarga Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik. Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga. Sentiasa bersedia berkomunikasi dan mendengar masalah anak-anak. Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak dan rakan sebayanya. Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang telah ditetapkan. Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan.. Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga.

You might also like