You are on page 1of 6

BAHAGIAN B [ 100 MARKAH ] MASA DICADANGKAN ; 1 JAM 30 MINIT ] DIMENSI DIRI

1. Anda peserta dalam suatu kem bina insan yang baharu sahaja selesai. Semasa latihan anda telah memperoleh pelbagai manfaat daripada modul kursus yang disediakan. Kongsikan pengalaman anda itu dengan rakan-rakan di sekolah. SMKPTJ 1. Bersemperna Minggu Koperasi di sekolah, anda menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk Koperasi Melahirkan Pelajar yang Berjiwa Usahawan. Tulis syarahan tersebut selengkapnya. SMKKB 1 . Anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah yang bertajuk 'Makanan Ringan Merupakan Punca Kegemukan dalam Kalangan Remaja. Tuliskan teks syarahan anda selengkapnya. 1. Anda dan keluarga telah berkunjung ke pusat peranginan di negara kita . Ceritakan pengalaman menarik ketika anda berkunjung ke pusat peranginan tersebut. 1. Kerajaan berharap agar generasi muda mampu menjadi modal insan yang berkualiti. Huraikan kriteria-kriteria yang ingin anda capai untuk menjadi modal insane yan berkualiti.

DIMENSI KELUARGA
2 Jenayah terhadap golongan kanak-kanak masih tidak dapat ditangani secara berkesan sungguhpun pelbagai langkah telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Kemukakan sebab-sebab jenayah terhadap golongan ini terus berlaku dan cadangkan usaha-usaha untuk memastikan kanak-kanak tidak terus teraniaya. 2. Belakangan ini, kerajaan selalu menekankan kepentingan keluarga bahagia dalam masyarakat. Sebenarnya, pelbagai pihak memainkan peranan penting dalam pembentukan keluarga bahagia. Huraikan peranan semua pihak dalam hal ini. 2. Budaya mengadakan rumah terbuka telah diamalkan secara meluas dalam kalangan masyarakat Malaysia apabila menyambut sesuatu perayaan. Oleh sebab itu, amalan ini perlu diperluas ke seluruh negara. Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan rumah terbuka tersebut. 2. Pelbagai pihak khususnya ibu bapa haruslah prihatin dalam memastikan remaja sentiasa cemerlang dalam pelbagai aspek. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam menangani masalah Remaja masa kini.

2. Kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah merupakan salah satu faktor kecemerlangan pelajar. Tulis rencana tentang cara-cara ibubapa bekerjasama dengan pihak sekolah ke arah kecemerlangan pelajar.

DIMENSI MASYARAKAT / NEGARA


3. Kewujudan penempatan setinggan di negara ini menimbulkan masalah kepada negara. Bagi mengupas isu tersebut, anda diminta mewawancara seorang tokoh pemimpin negara tentang kesan-kesan buruk akibat kewujudan penempatan setinggan. Sediakan wawancara tersebut selengkapnya. 3. Pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah sangat penting untuk generasi akan datang. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah di negara kita. 3. Menurut kajian kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin membimbangkan.Hal demikian boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat dan Negara. Bincangkan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk serta langkah-langkah untuk membendung gejala tersebut. 3. Rakan anda menulis surat kepada anda. Dalam surat tersebut beliau menyatakan kerungsingannya tentang semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja. Beliau ingin mengetahui pendapat anda tentang cara-cara untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja. Tulis surat anda selengkapnya. 3. Sebagai tokoh masyarakat, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pemimpin-pemimpin pelajar dalam suatu kursus kepimpinan dan integrasi kaum. Dalam ceramah tersebut, anda menekankan kesan-kesan perbalahan kaum dan langkahlangkah menyatupadukan masyarakat majmuk. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya. .

DIMENSI GLOBAL
4. Isu kemiskinan telah menjadi masalah global yang mengancam negara-negara yang terlibat. Sebagai sebuah negara yang dipandang tinggi oleh masyarakat luar, Malaysia telah mencadangkan beberapa langkah proaktif untuk menangani masalah tersebut. Jelaskan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan Malaysia berkaitan dengan isu kemiskinan. 4. Peranan sains dan teknologi dalam pembangunan sesebuah negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Hal ini terbukti melalui perkembangan komunikasi semasa yang semakin meluas dan berkesan dalam masyarakat dunia. Berikan komen anda tentang keperluan masyarakat dunia dalam memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi ini. 4. Konflik yang melanda antara sebuah Negara dengan Negara lain di dunia pada masa ini harus diselesaikan melalui perundingan dan bukannya melalui peperangan. Bahaskan pernyataan di atas. 4. Hampir setiap hari media massa melaporkan kejadian orang hilang Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. 4. Isu nuklear masih lagi menghantui dunia kerana pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) masih gagal menangani isu ini. Bincangkan sebab-sebab isu ini gagal ditangani.

UNSUR SASTERA 5. Anda telah menyertai ekspedisi menjelajah hutan anjuran sebuah persatuan sekolah anda. Semasa ekspedisi itu, anda telah tersesat. Tulis cerpen berdasarkan pengalaman anda sepanjang anda tersesat sehinggalah anda diselamatkan. 5. Usaha-usaha mempopularkan karya-karya tradisional seperti Hikayat Hang Tuah dalam bentuk drama dan filem merupakan salah satu usaha murni untuk memartabatkan karya sastera negara. Berikan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat hasil daripada penerbitan filem tradisional tersebut. 5. Pengajaran subjek KOMSAS di sekolah boleh dijadikan subjek yang menarik Bincangkan langkah-langkah yang boleh digunakan untuk menjadikan KOMSAS lebih menarik. 5 Di mana ada kemahuan di situ ada jalan bermaksud jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis sebuah cerpen yang menggambarkan usahausaha dalam membangunkan negara. 5. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali, Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Berikan pendapat anda tentang punca krisi kerendahan budi dalam masyarakat hari ini dan saranan untuk menangani krisis tersebut.

You might also like