You are on page 1of 4

Mempelajari kaedah rawatan pengsan @ tidak sedarkan diri

Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau mangsakemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.

Lemas
2.Kalau boleh, elakkan diri anda masuk ke dalam air. Sebaliknya ambillah objek yang panjang supaya mangsa dapat di naikkan ke darat. 3.Jika anda seorang penyelamat terlatih, atau mangsa tidak sedarkan diri,anda perlu mengharung ke dalam air atau berenang ke arah mangsa. 4.Jika anda menyelamat dari dalam air, kekalkan kepalanya ke bawah bagimengurangkan mangsa menelan air. 5.Baringkan mangsa dalam keadaan terlentang di atas kain tebal. 6.Buka salur udara dan periksa pernafasan, bersedia memberi bantuan pernafasan.Kalau perlulakukan CPR. ( Tidak perlu keluarkan air yang tertelan oleh mangsa, sebaliknya lakukan CPR kalau perlu). 7.Buat persediaan untuk menghantar mangsa ke Hospital. 8.Selimutkan mangsa apabila sampai di darat untuk mengelakkan mangsadari terdedah kepada angin

Rawatan Lemas Kerana Asap


1.Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih.Walaupun begitu anda jangan cubamasuk ke dalam bilik yang dipenuhi asap tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan. 2.Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan pernafasannya. 3.Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut. 4.Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan. 5.Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan syarat anda telah dilatih menggunakannya. 6.Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan pernafasan setiap 10 minit.

You might also like