You are on page 1of 77

KAJIAN TENTANG MASALAH PENGGUNAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID CINA TAHUN 4 DI SJK(C) KWONG HON,SUNGAI BESI

TESIS YANG DIKEMUKAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MENCAPAI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN.

MOHD NAZARI BIN MT RASID 720120115170

INSTITUT PENDIDIKAN BAHASA ANTARA BANGSA

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan nukilan setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

13.JULAI 2009

MOHD NAZARI BIN MT RASID 720120-11-5095

Diterima dan diperiksa oleh,

( EN. MOHD ROSLE BIN SAID) Tutor Penyelia Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan.

KAJIAN TENTANG MASALAH PENGGUNAAN TANDA KOMA, NOKTAH, TANDA TANYA DAN TANDA SERUAN DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 DI SJK(C) KWONG HON,SUNGAI BESI Oleh MOHD NAZARI BIN MT.RASID SJK(C) KWONG HON SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR

ABSTRAK

Murid-murid bukan Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina/ Tamil sering menghadapi masalah dalam pembelajaran Bahasa Melayu kerana mereka tidak menguasai aspek tatabahasa terutamanya kemahiran tanda baca dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kemahiran tanda baca ini penting dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini merupakan asas dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aspek tanda baca. Seramai 30 orang murid dari tahun 4 telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam aspek tanda baca. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian pra dan Ujian pasca mengenai empat aspek tanda baca yang terpilih iaitu noktah,koma,,tanda tanya dan tanda seruan. Latihan-latihan seperti membetulkan kesalahan, mengisi tempat kosong dan menyalin

petikan yang didengar menarik minat murid kerana ianya senang dan hadiah-hadiah disediakan bagi murid-murid yang berjaya mendapat markah yang tertinggi.

ABSTRACT

Non-Malay pupils in SJK Cina / Tamil school frequently face problems in the learning of bahasa Melayu because they have not acquired thorough knowledge on the grammar aspect epecially the punctuation marks and . The skill in punctuation must be masterad by pupils for it is the foundation to composition writing in bahasa Melayu. The aim of the research is to enhance the pupils skill in punctuation. The research instruments consists of the pre-test and futher test based on the four aspects of punctuation marks chosen which are dot, comma, question mark and exclamation mark. Exercises on correcting errors, filling in the blanks and re-writing passage heard, interest pupils because they are easy, prizes are awarded to successful pupils with the high score.

PENGHARGAAN

Melalui kesempatan ini, dipanjangkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan memberi galakan dalam menyiapkan penulisan ilmiah ini, samada secara langsung mahupun sebaliknya.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkankan kepada pihak sekolah yang bekerjasama dan membantu dalam menjalankan soal selidik. Kepada Pensyarah Penyelia Encik Mohd Rosle bin Said dan Tutor HBEF 2503, En, Ramlan Abd.Manaf yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan penulisan ilmiah ini sekalung penghargaan diberikan. Rakan-rakan sejawat di SJK(C) Kwong Hon yang banyak membantu dengan memberi komen yang membina dan berbincang untuk

memperbaiki penulisan ini dengan lebih baik lagi.

Untuk isteri tercinta Pn.Razmi bt Mamat dan anak-anak tersayang; tiada kata yang mampu yang diucapkan kerana apa yang wujud di dalam hati, kadang kala sukar untuk diluahkan secara realiti. Terima kasih di atas kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan selama ini.

KANDUNGAN Muka surat PENGAKUAN ABSTRAK BAB 1 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 BAB 2 2.1 2.2 2.3 BAB 3 3.1 3.2 3.3 3.4 PENDAHULUAN Pengenalan Latar Belakang Kajian Soalan Penyelidikan atau Kajian Objektif Penyelidikan atau Kajian Batasan Kajian Difinisi Tatabahasa Kepentingan Kajian KAJIAN LITERATUR Pendahuluan Kajian Berkaitan Rumusan METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk Kajian Populasi dan Sampel Instrumen Kajian Kajian Rintis Kebolehpercayaan/ Keesahan 25 26 27 28 7 7 23 1 1 2 3 3 4 5 ii iii

3.5 3.6 BAB 4

Prosedur Pengumpulan Data Cara Penganalisan Data ANALISIS DATA Pengenalan

28 28

30 31 32 34 43

4.1 4.2 4.3

Profil Responden Analisis-Soal Selidik Kajian Tindakan Analisis Ujian Pra dan Pasca Kesimpulan

BAB 5 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5

PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN Pendahuluan Ringkasan Kajian Perbincangan Dapatan Kajian Cadangan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Kesimpulan

44 44 44 45 49 50 51

Rujukan Lampiran Hasi kerja murid

BAB 1 1. Pengenalan Penggunaan tanda baca dalam ayat atau karangan penting kerana tanda baca seperti penggunaan noktah, koma, tanda soal dan tanda seruan merupakan perkara

penting dalam sesuatu karangan. Murid-murid di sekolah saya sering mengabaikan penggunaan empat aspek tatabahasa ini. Kesalahan-kesalahan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan markah karangan mereka.

Murid-murid

perlu

mahir

menguasai

tatabahasa

supaya

dapat

menghasilkan penulisan yang baik. Penguasaan kemahiran tatabahasa diperingkat sekolah rendah amat penting sebagai asas utama dalam penulisan karangan Jika tidak, mereka akan menghadapi masalah dalam penulisan karangan sehingga ke peringkat menengah dan universiti.

Bagi guru-guru yang mengajar bahasa Melayu terutama di sekolah jenis kebangsaan Cina / Tamil berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam

pengajaran bahasa Melayu kerana murid-murid agar sukar untuk memahami penggunaan tanda baca dalam bahasa Melayu walaupun penggunaan tanda baca seperti koma dan noktah banyak digunakan dalam bahasa Cina. Justeru guru-guru bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran baru yang boleh meningkatkan penguasaan murid dalam bidang tanda baca dan penulisan.

2. Latar Belakang Kajian

Saya sudah mempunyai 13 tahun pengalaman mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina membuatkan saya masak dengan masalah yang dihadapi oleh muridmurid berbangsa Cina semasa pembelajaran bahasa Melayu. Perubahan sukatan pelajaran terutama isi kandungan buku teks yang semakin mencabar kebolehan murid menyebabkan timbul kesukaran bagi murid-murid untuk memahaminya.

Dalam peperiksaan PKSR, soalan-soalan yang menyentuh tentang penggunaan tanda baca mesti disentuh oleh yang membina soalan kerana soalan-soalan seperti Isi tempat kosong dengan tanda baca yang betul atau Tulis semula ayat dengan menggunakan tanda baca yang betul amat penting untuk menguji kemahiran murid mengenai tanda baca terutama bagi murid tahap satu.

Kesalahan murid-murid semasa memasukkan tanda baca seperti koma, noktah, tanda soal dan tanda seruan boleh menjejaskan markah mereka kerana setiap kesalahan akan dipotong markah.

Dalam kajian saya kali ini saya telah memilih penggunaan tanda baca koma, noktah, tanda tanya dan tanda seru kerana semua aspek tanda baca tersebut telah diajar pada tahun 2 dan tahun 3. Walaupun telah mempelajari penggunaan tanda baca koma,

noktah, tanda tanya dan tanda seru pada tahun 3 dan 2, masih terdapat banyak kesalahan penggunaan tanda baca koma,noktah, tanda tanya dan tanda seru bagi murid-murid tahun 4. Masalah ini mungkin kerana kurangnya latihan atau sikap cuai murid-murid semasa menulis. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.

2. Soalan-Soalan Kajian

3.1

Bagaimanakah sikap dan penerimaan murid-murid di SJKC/T terhadap bahasa Melayu?

3.2

Apakah kesukaran yang dihadapi oeh murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua?

3.3

Sejauh manakah kefahaman dan minat murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ?

3.4 3.5

Apakah pandangan ibu bapa tentang kepentingan bahasa Melayu? Apakah masalah yang dihadapi oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.

3.6

Apakah cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut?

4. Objektif Kajian

1. Mengenal pasti dan menyenaraikan kelemahan pelajar-pelajar tahun 4 dalam aspek tanda baca.

2. Merangka tindakan pembaikan untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam tanda baca Bahasa Melayu. 3. Menyenarai masalah-masalah murid dalam penggunaan tanda baca dan mencari jalan penyelesaian. 4. Mendapatkan laporan penilaian guru tentang keberkesanan penggunaan pelbagai aktiviti tanda baca yang telah disediakan oleh Panitia Bahasa Melayu. 5. Menambah latihan-latihan tatabahasa untuk menarik minat murid terhadap penggunaan tanda baca dalam karangan. 6. Mendapatkan kerjasama ibu-bapa dalam memastikan murid-murid dapat menguasai Bahasa Melayu sebagai sebagai bahasa utama di Malaysia.

5. Batasan Kajian

Saya telah menjalankan kajian saya ini di sekolah tempat saya mengajar iaitu di SJK(C) Kwong Hon, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan ke atas murid Tahun 4K iaitu murid dari kumpulan sederhana yang terdiri daripada murid-murid yang sederhana keputusan peperiksaannya. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid berbangsa Cina dan 6 orang Murid yang berbangsa Melayu.

Hampir kesemua murid-murid di kelas ini menghadapi masalah untuk menguasai Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang penulisan sama ada membina ayat atau membuat karangan. Walaubagaimana pun beberapa orang murid Melayu di kelas ini

boleh menguasai kemahiran tatabahasa terutama dari aspek tanda baca dengan baik. Ini bermakna pengajaran guru berjaya untuk murid berbangsa Melayu tetapi kurang berjaya bagi murid-murid berbangsa Cina. Menyedari hakikat ini,maka saya telah memilih Kelas 4K untuk untuk menjalankan kajian saya. Dengan bantuan kawan-kawan sejawat yang lain saya harap kajian ini akan dapat menyelesaikan beberapa masalah yang kami hadapi.

6. Difinisi Tatabahasa. (Tanda baca.)

Tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan grammar. Perkataan grammar ini berasal daripada perkataan Greek, Makna asalmya ialah Satu seni bacaan dan

penulisan. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian bahasa ( penghuraian ) bahasa.

Lyons (1971) dalam artikelnya Structural Organization of Language-Grammar menyatakan pada mulanya kajian tatabahasa menumpukan perhatiannya kepada bahasa kesusasteraan dan perhatian yang kecil sahaja diberikan kepada aspek lisan. Tatabahasa merupakan aspek bahasa yang mesti diajar secara formal di sekolahsekolah

sebagaimana kemahiran menulis dan membaca . Mereka tidak menekankan bahawa pertuturan adalah aspek bahasa yang diucapkan berdasarkan kepada undang-undang atau tatabahasa. Justeru bagi mereka tatabahasa mestilah preskriptif sifatnaya, iaitu tatabahasa mestilah merupakan peraturan- peraturan atau undang-undang bahasa yang dijadikan

pegangan di dalam penguasaan bahasa. Ahli-ahli tatabahasa mestilah menjalankan tugas mencipta undang-undang bagi pengucapan dan penulisan yang betul.

Menurut Lyons lagi, tatabahasa tidaklah harus ditinjau dari sudut pandangan tersebut (sudut preskriptif) kerana tatabahasa juga boleh ditinjau dari dari sudut deskriptif atau huraian. Berdasarkan sudut tinjauan deskriptif, tatabahasa adalah satu kajian dalam bentuk huraian terhadap apa yang sebenarnya dipertuturkan orang., bukan apa yang sepatutnya dituturkan orang. Salah satu aspek penting dalam tatabahasa ialah aspek tanda bacaan.

Berikut ialah penerangan tentang empat aspek bahasa yang dipilih :

Bil. 1

Tanda baca titik (. )

Penggunaan - pada akhir ayat yang lengkap - pada singkatan nama orang,gelaran, Pangkat,jawatan,dan tempat.

2.

koma (,)

-bagi mengasingkan perkataan yang berturut-turut dalam sesuatu ayat. -untuk menandakan tempat berhenti sebentar dalam sesuatu

3 4

ayat yang panjang. Tanda tanya ( ? ) -pada akhir ayat tanya. Tanda seru (! ) -digunakan untuk menggambarkan perasaan seperti

kagum,hairan, sedih, sakit. dan sebagainya.

7. Kepentingan kajian Bahasa Melayu merupakan bahasa utama penggunaannya di Malaysia. Peranan Bahasa Melayu semakin hari semakin terhakis kerana terdapat saingan daripada Bahasabahasa lain seperti bahasa Inggeris. Rakyat Malaysia semakin ramai suka menggunakan bahasa Inggeris dalam segala urusan.

Sebagai seorang guru, saya dapati masih ramai murid-murid yang menghadapi masalah untuk menguasai tatabahasa bahasa Melayu. Justeru, saya berharap dengan adanya kajian ini akan dapat menyelesaikan beberapa masalah yang di hadapi oleh guru.

Di antara kepentingan-kepentingannya ialah : 6.1 Meningkat peratus kelulusan Bahasa Melayu dalam UPSR pada tahun-tahun yang akan datang.

6.2

Memudahkan guru-guru merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti tatabahasa.

6.3 Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. 6.4. Menarik minat pelajar untuk mempelajari dan menggunakan tanda baca di tempat yang betul.

BAB 2

Tinjauan Literatur 2.0 Pengenalan

Bab ini mengulas dengan lebih lanjut berkaitan kajian dan penulisan yang pernah dilakukan oleh pengkaji pengkaji terdahulu tentang tatabahasa dan proses pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, kupasan daripada bab ini juga dijadikan panduan kepada pengkaji. Hal ini akan menyumbang kepada maklumat yang lebih kepada pengkaji dan secara tidak langsung akan menjadikan kajian yang dilakukan adalah lebih telus dan sempurna. Selain ini, bab ini mengungkapkan kajian-kajian daripada beberapa orang ahli bahasa yang sebelum ini telah meneliti tentang aspek-aspek penggunaan tatabahasa dalam bahasa Melayu.

2.1 Kajian Berkaitan.

Kajian yang berkaitan dengan tatabahasa bahasa Melayu ini sememangnya banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Namun begitu, kajian ini hanya lebih menumpukan kepada penggunaan tatabahasa dan kesannya terhadap pengembangan bahasa Melayu. Selain itu, kajian daripada pengkaji-pengkaji terdahulu juga banyak berkaitan aspek penggunaan bahasa di sekolah-sekolah.

Terdapat kajian terdahulu yang dapat dijadikan panduan kepada pengkaji dalam mengupas dengan lebih teliti berkaitan tajuk kajian. Pengkaji-pengkaji terdahulu ini terdiri daripada beberapa orang tokoh bahasa mahupun dari dalam dan luar negara. Di

samping itu, terdapat kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji lain yang merupakan kajian ilmiah tertentu.

Tatabahasa merupakan aspek yang sangat penting pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kemahiran tatabahasa membolehkan seseorang itu menguasai bahasa dengan sempurna.

Pengajaran tatabahasa: 1) membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar, terang dan mudah difahami orang lain. 2) Membolehkan kanak-kanak dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya. 3) Ia boleh menentukan samada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut peraturan tatabahasa atau resam bahasa itu. 4) Ia penting untuk peperiksaan kerana dalam soalan-soalan bahasa biasanya terkandung juga tatabahasa. 5) Ia berguna kepada orang-orang dewasa atau pelajar-pelajar pada peringkat tinggi, terutama bangsa asing kerana mereka lebih suka belajar menerusi undang- undang atau peraturan tertentu.

Terdapat dua pendapat tentang pengajaran tatabahasa iaitu pendapat lama dan pendapat baharu:

Pendapat lama mengatakan : i) Tatabahasa sangat perlu dipelajari, jika tidak sesorang itu tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. ii) iii) Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang. Tatabahasa diperkenal sebelum kanak-kanak mahir atau boleh berbahasa dengan baik.

Pendapat baru mengatakan: i) Tatabahasa perlu juga dipelajari untuk menolong seseorang itu mempelajari bahasa. ii) Mempelajari tatabahasa tidak dengan menghafal peraturan dan undangundangnya tetapi menerusi memberi contoh-contoh yang sesuai. Dengan perkataan lain penggunaannya yang yang dipentingkan. iii) Tatabahasa diperkenalkan setelah kanak-kanak boleh menggunakan bahasa yang baik. iv) Kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung kepada kecekapannya dalam undang-undang tatabahasa.

Penguasaan bahasa kedua:

Berbeza dengan pembelajaran bahasa pertama, penguasaan bahasa kedua bukanlah didapati melalui pemerolehan tetapi dikuasai melalui pembelajaran. Ini dilakukan dalam keadaan yang lebih formal, memerlukan banyak latihan dan pengulangan hingga menjadi satu tabiat.

Moulton, W.C, (1960) telah menyenaraikan perinsip-prinsip mengajar bahasa kedua dan beliau telah memanggilnya sebagai lima cogan kata mengajar bahasa. Kelima-lima prinsip ini menekankan :

a) Kemahiran lisan dalam pembelajaran bahasa. b) Penggunaan ajukan dan menghafal. c) Untuk melatih bentuk-bentuk bahasa agar menjadi tabiat digunakan latihanlatihan pola. d) Penggunaan bahan-bahan seperti makmal bahasa. e) Mengadakan rancangan- rancangan pembelajaran kendiri untuk membantu pembelajaran serta (mendapatkan kesan ransangan gerak balas)

Rivers, W.M., (1964) pula telah membincangkan beberapa tanggapan yang menjadi teori pendekatan pengajaran bahasa yang dinamakan pendekatan dengar dan sebut`.

Mengikut pendekatan ini: a) Pembelajaran bahasa asing (kedua) pada asasnya merupakan satu proses

mekanikal membentuk tabiat.

b) Analogi memberi asas yang lebih kukuh terhadap pembelajaran bahasa asing daripada analisa.

Daripada teori di atas, nyatalah bahawa proses pembelajaran bahasa kedua itu adalah merupakan satu proses mekanikal. Cara penguasaannya bolehlah disamakan dengan proses-proses pembentukan tabiat yang lain, seperti belajar menaip, berenang , memandu kereta dan lain-lain. Proses pembelajarannya menetapkan jika sering kali berjaya dilakukan dengan memuaskan maka ia akan dapat diulangi seterusnya secara automatik.

Brooks (1964) pula menyatakan bahawa setiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada pada analisa, maka adalah wajar apabila sebahagian daripada kobolehan akan menolong dalam mempelajari bahasa asing. Latih tubi menggalakkan kebolehan ini berfungsi.

Menurut pendekatan kognitif (Chomsky) mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai dengan cara sedar akan pola-pola fonologi sintaksis dan leksikal satu-satu

bahasa itu. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur-struktur bahasa asing. Dia menganggap bahawa jika murid murid mempunyai satu darjah penguasaan kognitif akan struktur-struktur bahasa tersebut, kesenangan mempelajari akan berkembang secara automatik dengan menggunakan bahasa itu dalam situasi situasi bermakna.

Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran karangan di sekolah-sekolah di negara ini. Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya kesalahan-kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul. Masalah ini tidak hanya tertumpu kepada pihak pelajar bahkan kepada sebilangan besar guru bahasa sendiri kerana melalui observasi yang pernah penulis lakukan kebanyakan guru bahasa lebih berminat menggunakan bahasa dialek dari BMS sepanjang sesi pengajaran. Selain itu, faktor sikap kurang prihatin guru terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan pelajar juga perlu diambil perhatian seperti kesalahan menggunakan tandatanda baca, tatabahasa , cara membuat ayat yang betul, jenis-jenis ayat, ayat tunggal, ayat majmuk dan sebagainya. Masalah-masalah ini tidak harus dibiarkan demi kebaikan pelajar dan mengelakkan masalah-masalah itu berlanjutan, khasnya apabila pelajar itu hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2000), kelemahan isi dan teknik mengarang merupakan kelemahan teknikal, dan tidak begitu berkaitan dengan aspek bahasa.

Kelemahan murid-murid yang lebih berkaitan dengan aspek bahasa adalah pelbagai. Semua kelemahan itu ialah kelemahan bahasa dalam bentuk penulisan, dan merupakan masalah yang perlu diatasi sekiranya guru menginginkan murid-muridnya menulis karangan dengan baik dan bermutu.

Selain itu, kebolehan menghasilkan penulisan ayat yang kompleks sehingga menjadi perenggan dan karangan memerlukan latihan menulis. Untuk tujuan tersebut, pelajar perlu diberikan latihan sistematik di samping guru perlu menguasai teknik yang sesuai bagi melatih kemahiran tersebut. Dengan cara demikian, murid-murid mendapat input dan kemahiran secara tersusun dan terbimbing.

Sungguhpun demikian, ayat pasif sering menjadi masalah khususnya kepada pelajar bukan melayu. Masalah ini amat nyata dalam kalangan pelajar bukan Melayu yang datang dari sekolah Cina dan Tamil (V. Sandrasegaran, 1989). Beliau berpendapat bahawa jika pelajar-pelajar bahasa Melayu memahami konsep pembentukan ayat pasif dengan baik, maka tidak akan wujud lagi masalah. Penggunaan ayat pasif yang betul menandakan bahawa seseorang itu dapat menguasai satu aspek bahasa Melayu dengan baik.

Penggunaan bantuk-bantuk ayat pasif merupakan satu kelebihan bagi pelajarpelajar bahasa Melayu. Kemampuan ini membolehkan mereka mengujarkan dan menulis ayat-ayat yang bervariasi. Justeru, mutu bahasa yang digunakan akan menjadi lebih baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Dengan itu, pencapaian mereka akan turut

meningkat. Tambahan pula, penggunaan ayat-ayat pasif dalam tulisan memperlihatkan kreativiti bahasa seseorang itu. Terdapat pelbagai teori yang digunakan bagi menganalisis ayat pasif. Menurut Abdul Hamid Mahmud (1992) walaupun agak banyak penulisan yang dilakukan terhadap struktur pasif bahasa Melayu, tetapi didapati jumlah struktur pasif yang dibicarakan oleh penulis tidak sama. Menurut Abdul Hamid Mahmud lagi, hal ini jelas kelihatan pada perbezaan rumusan tentang ayat pasif yang dilakukan oleh Zaba dengan yang dilakukan oleh S.T. Alisjahbana, C.A. Mees, Asmah Haji Omar, ASraf, Lutif Abas, Raja Mukhtarudin Dain, dan Arbak Othman. Zaaba (1947) dan Slametmuljana (1969) masing-masing telah menyatakan bahawa ayat-ayat pasif bahasa Melayu terdiri daripada lima bentuk, sedangkan S.T Alishjahbana (1963) memberikan hanya tiga bentuk sahaja. C.A Mess (1969) telah merumuskan ayat pasif sebanyak empat bentuk sedangkan Asmah Haji Omar (1970) telah menggolongkan kepada dua golongan utama iaitu Pasif Jati dan Pasif Semu. Bagaimanapun, pengkaji tidak bertujuan untuk membuat sebarang perbandingan, sebaliknya, akan menggunakan rumus yang diguna pakai oleh Nik Safiah et. al (2004) bagi mengkaji dapatan ini. Menurut Nik Safiah Karim (dlm Awang Mohamad Amin 1992: 46) menamakan ayat, klausa, frasa, kata dan morfem sebagai 'aspek-aspek bahasa'. Beliau juga menamakan sintaksis dan aspek-aspek penghuraian ayat, klausa dan frasa itu sebagai kajian sintaksis dan aspek penghuraian kata dan morfem sebagai kajian morfologi. Seterusnya beliau menamakan kajian terhadap semua aspek bahasa sebagai

kajian morfologi sintaksis. Berdasarkan analisis yang dilakukan, kesalahan morfologi berkait rapat dengan penguasaan dan kemahiran pelajar menggunakan imbuhan ataupun bentuk kata terbitan. Di samping itu, pelajar terlalu banyak bermain dengan kata ganda ataupun kata yang membawa maksud jamak khususnya dalam binaan ayat kompleks atau ayat majmuk. Dari segi kesalahan sintaksis pula, kesalahan banyak berlaku dalam pemilihan frasa dan binaan antara frasa. Yang lebih mendukacitakan ialah tautan antara satu frasa tidak berkohesi. Pelajar sebenarnya mempunyai banyak idea tetapi mereka

menggabungkan beberapa idea itu dalam satu perenggan sekali gus. Situasi ini menyebabkan idea pada pada perenggan berikutnya tidak berkembang malah sering kali pula frasa yang disebut pada perenggan sebelumnya diulang kembali pada perenggan berikutnya. Ini menyebabkan berlaku kelewahan frasa yang tidak sepatutnya. Pelajar juga diganggu dengan bahasa ibunda mereka berhubung dengan penggunaan bahasa sapaan atau rujukan kata ganti nama bagi orang ketiga misalnya makna kata beliau. Pelajar mungkin beranggapan bahawa kata beliau hanya dimiliki oleh DMB sahaja dan kata rujukan ini biasanya digunakan sebagai bahasa bahasa untuk merujuk orang tua, bapa ataupun suami. Pada hakikatnya kata beliau adalah bahasa standard yang biasa digunakan sebagai bahasa persuratan, pemberitaan, pengucapan dan sebagainya. Kata ini merujuk kepada kata ganti nama orang ketiga (pronomina persona tunggal hormat).

Penggunaan tanda baca dalam penulisan di SJKC/T amat lemah kerana beberapa faktor yang saling berkaitan antara satu sama lain. Untuk menghasilkan karangan yang baik perlulah dimulakan daripada penghasilan ayat. Banyak masalah yang perlu diambil kira oleh seseorang guru selain daripada masalah penggunaan tanda baca itu sendiri seperti faktor sikap, pandangan guru serta pengaruh bahasa ibunda sendiri. Walau bagaimanapun, ada ramai murid-murid bukan Melayu yang dapat menguasai kemahiran kemahiran penulisan karangan ini dan berjaya menghasilkan penulisan karangan yang baik pada peringkat UPSR hinggalah ke peringkat STPM.

Mengapa Murid Kurang Berminat?

Salah satu punca kurangnya minat murid-murid di sekolah jenis kebangsaan ialah mereka kurang bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, baik di rumah atau di sekolah. Di rumah mereka hanya menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri kerana pergaulan mereka hanya terbatas di antara mereka sahaja. Apabila tiba di sekolah, mereka juga menggunakan bahasa ibunda untuk berkomunikasi. Penggunaan bahasa Melayu hanyalah ketika guru-guru bahasa Melayu masuk mengajar bahasa Melayu.

Penguasaan kosa kata yang kurang juga sering menghalang murid-murid berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Masalah ini timbul mungkin kerana kurangnya minat membaca buku-buku bahasa Melayu dikalangan mereka. Masalah ini bukan sahaja bagi bahasa Melayu tetapi juga bagi bahasa Inggeris.

Bidang Fonologi,Morfologi dan Sintaksis.

Siti Hajar dalam bukunya tatabahasa Bahasa Malayu (perkataan), mengatakan tatabahasa termasuk dalam bidang linguistik deskriptif, iaitu bidang yang menghuraikan bahasa mengikut cara-cara saintifik. Bidang yang termasuk dalam kajian ini ialah fonologi, morfologi dan sintaksis. Kesemua bidang ini dikaji secara saintifik dan kemudian dibuat peraturan-peraturan tertentu yang merupakan peraturan khusus atau undang-undang bahasa itu.

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa secara am. Bidang ini disebut juga sebagai fonetik. Terdapat perbezaan antara bidang fonetik dan fonologi. Bidang fonetik menumpukan kajian pada aspek-aspek bunyi atau pertuturan manusia sejagat tetapi bidang fonologi mengkaji system-sistem bunyi pertuturan tertentu bagi sesuatu bahasa. Dengan perkataan lain, fonetik melibatkan pengumpulan keteranganketerangan tentang bunyi-bunyi bahasa dari segi sifat-sifat fisiologi dan fizikal, semantara fonologi menggunakan kriteria-kriteria linguistik untuk pembahagian dan penjenisan bahan-bahan yang diambil dalam bidang fonetik. Bidang fonologi berfungsi untuk merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk mendapatkan peraturan dan bunyi yang tertentu. Bidang fonetik tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, menghalusi variasi-variasinya, serta menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia.

Morfologi ialah satu bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata. Dengan perkataann lain, morfologi mengkaji selok-belok kata dan fungsi gramatik atau makna perubahan bentuk kata itu. Misalnya, dalam bahasa melayu ada perkataan rumah yang dapat menerbitkan perkataan-perkataan lain seperti ke rumah, perumah, rumah-rumah, rumah tangga dan rumah kongsi. Setiap contoh tersebut mempunyai makna yang berbeza akibat penggabungan morfem dengan morfem terikat atau morfem bebas yang lain. Perbezaan ini wujud apabila terdapat perubahan pada bentuk kata akar atau kata dasarnya. Oleh itu, bidang yang dikaji dalam morfologi ialah morfem dan kata. Morfem ialah unit gramatikal terkecil yang mempunyai makna semantara kata pula ialah unit terkecil yang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri.

Sintaksis pula ialah bahagian atau cabang daripada tatabahasa yang membicarakan selok-belok frasa, klausa, ayat dan wacana. Ini bermakna, sintaksis berbeza daripada morfologi yang membicarakan selok-belok morfem dan kata. Perbincangan tentang ayat, klausa, frasa dan hubungan antara ayat-ayat pada peringkat wacana termasuk dalam bidang kajian sintaksis. Sintaksis sebagai sebahagian daripada ilmu linguistik yang berusaha menjelaskan unsur-unsur sesuatu satuan serta hubungan antara unsur-unsur itu sama ada dari segi fungsi atau hubungan makna.

Lufti Abas dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu menyatakan bahawa Linguistik deskriptif (studi sinkronik) adalah satu daripada cabang

linguistik yang mempelajari satu bahawa pada satu waktu tertentu dan seterusnya terbahagi menjadi: 1) Fonologi, mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonimik.

2) Morfimik iaitu mempelajari morfim-morfim dan cara-cara penyatuan mereka menjadi kata-kata. 3) Sintaksis iaitu mempelajari ayat-ayat dan frasa-frasa, dan cara-cara pembentukan mereka.

Bahasa Melayu mempunyai pengertian yang amat luas. Sarjana-sarjana linguistik komparatif berpendapat bahawa bahasa Melayu berasal daripada Rumpun Bahasa Austronesia atau Melayu-Polynesia. Kebanyakan ahli bahasa dan linguistik memberikan pengertian dan konsep bahasa yang hampir sama antara satu sama yang lain. Pada umumnya, bahasa dapat diertikan sebagai system lambang-lambang yang diajarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat pada mereka. Lambanglambang yang diujarkan itu mengandungi makna-makna tertentu berdasarkan lingkungkan masyarakat yang menuturkannya.

Tatabahasa bahasa Malayu mula dikaji oleh Marsden, dalam tahun 1812 dan sumbangannya itu telah ditulis dalam bukunya yang berjudul Grammar of the Malay Language. Buku ini dipercayai merupakan penulisan tatabahasa Melayu yang pertama sekali. Sarjana-sarjana lain selepas Marsden yang mengkaji tentang tatabahasa bahasa Melayu ialah Crawford (1852) dan Maxwell (1881). Bebepapa penulisan tentang

tatabahasa Melayu yang lebih baru telah dilakukan oleh Winstedt pada tahun 1927, melalui bukunya Malay Grammar yang dianggap lebih comprehensive dalam tatabahasa Melayu.

Kemahiran Lisan (Mendengar dan Bertutur)

Sebahagian besar daripada kalangan pakar berpendapat bahawa kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ) sebagai asas penting bagi kemahiran lain seperti menulis dan membaca, ( Abdul Aziz Abdul Talib, 1993 ). Selanjutnya beliau menambah, kemahiran menghasilkan bahasa yang betul dalam pertuturan sudah tentu akan mempengaruhi kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan.

Mengikut Mohd Hilmy ( 1982 ), pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Beliau seterusnya menyatakan, murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis, fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis.

Sementara itu dari segi pengujian lisan pula, Heaton ( 1979 ), mencadangkan teknik membaca secara kuat, bercerita tentang gambar bersiri, temu bual dan bercakap tentang sesuatu tajuk yang diberikan. Heaton seterusnya menambah pengujian kemahiran lisan dianggap lengkap dan seimbang jika pengujian itu mengandungi bahagian seperti berikut :

i) Temubual (mengandungi 60% daripada markah penilaian ) ii ) Bacaan secara kuat ( 20% ) iii) Bercerita tentang gambar atau gambar bersiri ( 20% )

Merujuk kepada pengujian kemahiran bercakap menggunakan kaedah berucap menurut topik atau tema Abdul Aziz Abdul Talib ( 1993 ), menjelaskan bahawa muridmurid akan diberi pilihan beberapa topik yang sesuai dan menarik. Seorang murid akan memilih satu topik daripada pilihan yang diberikan dan diberi masa satu atau dua hari bagi menyediakan ucapan pendeknya berkaitan dengan topik-topik yang dipilih (topiktopik dipilih adalah mudah dan sesuai dengan tahap dan kebolehan pelajar ).

2.1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Kedua.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua pula seharusnya agak berbeza sedikit berbanding pendekatan yang diambil untuk bahasa pengantar. Mengikut Boon, K.Koh ( 1981 ), guru bahasa kedua seharusnya memotivasikan pelajar dengan mengeksploitasikan keperluan yang sedia ada dan menimbulkan keperluan baru. Teknikteknik pengajaran bahasa kedua patutlah sebanyak mungkin mewujudkan secara simulasi situasi-situasi sewajarnya dan merangsang penutur asli menggunakannya atau seperti ditegaskan oleh Mackey ( 1965 ), menghasilkan semula situasi-situasi dalam mana pelajar itu akan memerlukan bahasa itu. Beliau menjelaskan lagi bahawa seseorang guru bahasa kedua mestilah cekap memainkan peranannya sebagai motivator yang dapat menggunakan minat dan keinginan pelajar untuk belajar bahasa kedua.

Mengikut Mohd. Dahalan Mohd. Ramli (1994), bahawa teknik simulasi dan main peranan sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa para pelajar, terutamanya dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Selain kemahiran mendengar dan bertutur simulasi dan main peranan juga dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi kemahiran membaca dan menulis. Ini ternyata apabila pelajar dikehendaki membuat rujukan dan mencari serta mencatat maklumat sebagai persediaan sebelum sesi simulasi dan main peranan itu dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. Guru-guru perlulah menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan untuk menarik minat murid-murid. Justeru, guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk menjadi guru yang baik. Guru juga mestilah bersedia melaksanakan perinsip-perinsip asas dalam pengajaran bahasa di sekolah.

Prinsip Asas Dalam Pengajaran Bahasa. Pengajaran bahasa bukan sahaja melibatkan pengajaran teknik membaca dan menulis serta penggunaan tatabahasa yang betul di kalangan pelajar di sekolah. Pengajaran bahasa merangkumi falsafah pendidikan yang menjadikan guru berperanan sebagai moderator, pencipta konflik konsep, pencabar kemahuan konvensional, dan fasilitator kepada pernbinaan dan penggunaan pengetahuan latar pelajar terhadap pembelajaran mereka (Brown, 1994).

Dalam persekitaran ini, pendidikan bahasa perlu mendidik pelajar menjadi ahli masyarakat yang berfikiran kritis, melibatkan diri dalam proses refleksi, penyelidikan, dan pengajaran bagi menjadi pengguna bahasa yang lebih berkesan. Terdapat lima prinsip asas yang perlu diketahui oleh guru bahasa bagi menjalankan program pendidikan bahasa yang berkesan dalam bilik darjah, iaitu:

1. Guru sebagai moderator

Tugas sebagai "moderator" ini memang diperlukan dalam pendidikan bahasa yang moden. Guru tidak semata-mata berfungsi sebagai penentu apa yang perlu pelajar lakukan, bila masanya pelajar perlu bercakap, dan apakah bentuk persembahan bahasa yang boleh diIakukan oleh pelajar, Malah mereka perlu menerima apa yang pelajar mahu tuturkan, persembahkan, dan bila mereka perlu melakukan persembahan bahasa tersebut (Brown, 1994). Mereka tidak lagi menentukan apa yang perlu dipertuturkan oleh pelajar berdasarkan jawapan yang telah disediakan terlebih dahulu atau berdasarkan bahasa yang "betul" seperti yang dikehendaki. Bagi membolehkan penguasaan bahasa berlaku dengan lancar, guru perlu menyediakan suasana yang spontan, pelajar menggunakan bahasa yang mereka rasakan selesa, dan daya ekspresi pelajar yang kurang terkongkong oleh jawapan atau persembahan yang diharapkan guru. Issues in Education, Volume 24, 2001104.

Walaupun demikian, beberapa perkara perlu dikawal oleh guru sebagai moderator terutama dalam perancangan pengajaran. Antaranya adalah apakah teknik yang sesuai

digunakan bagi meransang pe1ajar supaya berupaya berinteraksi, menentukan arah yang akan dicapai bagi setiap pengajaran, dan masa bagi setiap kandungan yang akan diliputi. Guru serba sedikit perlulah mengawal agar pengajaran dapat dijalankan dengan sempuma.

2. Guru sebagai pengarah. Seperti dalam mana-mana perlakuan dalam hidup, kelas bahasa juga merupakan satu pentas tempat pelajar bahasa melakonkan aksi yang berhubung penggunaan bahasa yang dipe1ajari. Guru dalam kelas bahasa perlu berperanan sebagai pengarah yang menggerakkan aksi pe1ajar di dalam bilik darjahnya (Brown, 1994). Ketika pelajar beraksi, tugas guru ialah mengarahkan lakonan mereka bergerak lancar dari satu babak ke satu babak yang lain. Matlamat akhir pengarahan yang sedernikian ialah bagi membolehkan pelajar terlibat dalam drama improvasi daripada kehidupan yang sebenar kerana setiap peristiwa komunikasi yang dialami pelajar menambah pengalaman penggunaan bahasa yang baru,

3. Guru sebagai pengurus Guru sebagai seorang pengurus yang bertanggungjawab untuk merancang sesuatu pengajaran, modul, atau kelas. Tugas sebagai seorang pengurus ialah menentukan arah tuju sesuatu pengajaran bahasa yang te1ah dirancangkan terlebih dahu1u. Guru mengatur perancangan aktiviti pelajar yang juga menentukan bahawa pelajar bergerak pada lingkungan parameter kandungan bahasa yang ingin dicapai oleh pelajarnya (Brown, 1994). Sebagai seorang pengurus yang berjaya, guru perlu mempunyai keupayaan

membawa orang yang di bawah pengurusannya mencapai objektif dan akhirnya mencapai matlamat kandungan bahasa yang ingin dikuasai. Masalah Pendidikan,Jilid 24,2001/105.

4.Guru sebagai fasilitator Guru dalam sebuah bilik darjah bahasa yang progresif bukan seorang pengajar yang menyampaikan maklumat atau memberikan arahan kepada pelajar melakukan sesuatu tindakan semata-mata (Ab Rahman Ab Rashid & Yap Kim Fatt, 1995). Guru perlu melepaskan tugas menunjukkan arah yang perlu dituju oleh pelajar dan bertindak sebagai pemandu yang berjalan di belakang sambil memberikan sedikit klu agar pelajar mencari jalannya sendiri menerusi kaedah eksplorasi. Pelajar harus belajar menerusi pengalaman menggunakan bahasa dan membuat kesilapan yang akhirnya mereka sedar akan kesilapan tersebut, lalu membetulkannya. Cara belajar begini lebih besar kesannya dan lebih lama diingati oleh pelajar daripada belajar secara pasif.

5. Guru sebagai pakar rujuk. Guru menjadi pakar rujuk dalam bilik darjah bahasa yang mengamalkan proses pembelajaran yang aktif. Pelajar akan datang kepada guru untuk membuat rujukan atau mendapat nasihat bagi memperkukuhkan keyakinan mereka dalam menggunakan bahasa yang dipelajarinya (Ab Rahman Ab Rashid & Yap Kim Fatt,(1995). Guru secara literalnya akan bertindak sebagai kamus bergerak atau buku rujukan tatabahasa setiap kali pelajar menghadapi masalah semantik atau sintaksis.

Namun demikian, guru juga berperanan sebagai pakar pedagogi yang akan

mengawal, merancang, dan mengurus bilik kuliah agar proses pembelajaran bergerak ke arah yang ditentukan dalam objektif pelajaran atau matlamat kursus. Sebagai sumber rujukan, tugas guru menjadi lebih mencabar kerana guru seolah-olah menggantikan kamus, buku rujukan tatabahasa, atau buku pedagogi. Issues in Education, Volume 24,2001106.

Sejarah Malaysia bertoleransi antara kaum-kaum di Malaysia telah mewujudkan pelbagai sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sendiri telah sedikit sebanyak menyebabkan penggunaan bahasa Melayu agak terbatas. Sehingga sekarang masih ramai orang-orang bukan Melayu yang masih tidak dapat bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu walaupun kita sudah lebih 50 tahun merdeka.

2.6 Perkembangan Pendidikan Kebangsaan Selepas Merdeka.

Pada tahun 1956 satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Kementerian Pe1ajaran bagi mengkaji sistem pendidikan yang wujud di Petsekutuan Tanah Melayu yang akan mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pendidikan pda masa itu iaitu Allahyarham Dato' Abdul Razak bin Hj. Hussein. Satu dasar pendidikan yang berasaskan keputusan bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang baru merdeka di samping mengekalkan bahasa dan kebudayaan kaum lain yang tinggal di persekutuan Tanah Melayu ini perlu digubal. Laporan jawatankuasa yang dikenal sebagai Laporan Razak telah dijadikan landasan bagi membentuk Ordinan Pelajaran 1957 yang telah menjadi panduan kepada

pembentukan dasar pendidikan kebangsaaan kemudiannya (UNESCO, 1991).

Oleh kerana Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang baru merdeka pada masa itu ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelagai keturunan kaum, tumpuan yang perlu diberi keutamaan jawatan kuasa pembentukan dasar pendidikan ialah isu perpaduan dan intergrasi kebangsaan. Menerusi pendidikan, perpaduan boleh dipupuk dengan meletakkan semua penduduk yang berasal dati pelbagai keturuanan ini ke dalam satu acuan kesedaran sivik dan ketatanegaraan yang sama. Tugas ini memanglah tidak mudah untuk dicapai kerana setiap kaum mempunyai sejarah dan amalan budaya dan bahasa yang tersendiri dan mereka terus mahu mengekalkan amalan yang mereka warisi daripada nenek moyang sejak zaman berzaman di negara yang baru ini.

2.7

Suruhanjaya Pelajaran Kebangsan ini mempunyai matlamat untuk: Menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu yang ada dan untuk

rnengusulkan sebarang pindaan atau menyesuaikan yang perlu untuk rnernbina sistem pendidikan kebangsaan yang dapat diterima oleh rakyat persekutuan pada

keseluruhannya, serta dapat rnemuaskan keperluan-keperluan dan rnemperkembangkan penyuburan kebudayaan, kemasyarkatan, ekonomi dan politik mereka sebagai satu bangsa; serta untuk menjadikan bahasa Me1ayu sebagi bahasa kebangsaan sambil rnenjamin perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain. (Laporan Jawatan Kuasa Pe1ajaran, 1956).Issues in Education, Volume 24, 2001102.

Jawatan kuasa ini juga bermatlamat menggubal satu dasar pendidikan yang:

Tujuan dasar pendidikan elit dalam negara ini adalah untuk menyatukan semua budakbudak daripada semua bangsa dalam negara ini dengan menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama dengan cara beransur-ansur, (Laporan Jawatan Kuasa Pelajaran, 1956)

Bahasa Melayu dijadikan sebagai faktor penyatu dan te1ah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam segala urusan pentadbiran kerajaan. Bahasa ini juga telah dijadikan bahasa penghantar di sekolah- sekolah kebangsaan dan dijadikan sebagai satu mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Sekolah-sekolah jenis kebangsan ini boleh terus menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa penghantar di sekolah masing-masing sehinggalah satu Program Pengalihan Bahasa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran tahun 1970 dilaksanakan.

Berdasarkan program ini, semua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar akan dialihkan secara berperingkat-peringkat ke sekolah kebangsaan Melayu mulai tahun tersebut. Proses peralihan ini berjalan sehinggalah tamat semua peringkat persekolahan bagi sekolahsekolah jenis kebangsaan Inggeris peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi menjadi sekolah kebangsaan sepenuhnya dengan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pada tahun 1982.

Bagi sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula, penggunaan

kedua-dua bahasa ini sebagai bahasa penghantar masih dikekalkan, tetapi mereka perlu mengikuti sukatan pe1ajaran yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian pelajaran bagi mata pelajaran utama yang diajar di bilik darjah (Platt & Weber 1980).

Sejak itulah pengajaran bahasa di bilik darjah berdasarkan Falsafah Pendidikan yang berteraskan amalan demokrasi dan berpandukan peranan pendidikan sebagai penggerak penyatuan rakyat diamalkan di negara ini sehinggalah ke hari ini. Masalah Pendidikan, Jilid 2001 103.

Rumusan

Artikel ini telah meninjau sejarah dan prinsip dalam pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Perkaitan antara sejarah dan prinsip dalam pelaksanaan pendidikan Bahasa Melayu dalam bilik darjah amat rapat hubungannya. Sejarah telah memberikan banyak ruang bagi membina dasar bagi menentukan status kedudukan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Di samping itu, sejarah juga telah banyak mempengaruhi pembinaan kurikulum dan bentuk penilaian dalam pendidikan bahasa ini supaya bersesuaian dengan kedudukan bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Namun demikian, dalam menentukan pendekatan dan teknik pengajaran mata pelajaaran Bahasa Melayu di bilik darjah, guru perlulah mengambil kira kesesuaiannya dengan kandungan penduduk negara ini yang berasal dari pelbagai keturunan kaum yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri di luar bilik darjah. Artikel ini telah memberikan satu perspektif yang baru bagi memberikan guru pelbagai pilihan untuk melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa ini dengan lebih berkesan di bilik darjah.

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bab ini menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian serta memperoleh data yang berkaitan dengan kajian . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1030) `metadologi` ditakrifkan sebagai sistem yang merangkumi kaedah dan perinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin, dan sebagainaya.

Bab ini merangkumi beberapa bahagian penting berkaitan aspek aspek yang yang dikaji dan dinilai oleh pengkaji berdasarkan beberapa skop yang tertentu. Antara aspek-aspek yang diterangkan adalah berkaitan dengan Reka Bentuk Kajian, Populasi dan Sampel Kajian, Instrumen Kajian, Prosedur Pengumpulan Data Kajian, Prosedur Penganalisisan Kajian dan Kesimpulan daripada keseluruhan metadologi kajian. Kesemua aspek ini menjadi satu panduan kepada pengkaji dalam mengumpul data-data berkaitan kajian serta memudahkan proses perlaksanaan kajian dilakukan. Selain itu, metadologi ini memainkan peranan penting dalam menentukan kejituan maklumat yang diperoleh.

3.1 Reka Bentuk Penyelidikan Saya telah memilih beberapa reka bentuk penyelidikan, hasil daripada gabungan

reka bentuk kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kajian yang saya jalankan adalah seperti berikut:-

1 ) Eksperimen Sikap ibu bapa atau penjaga yang kurang memberi perhatian terhadap kepentingan penggunaan bahasa Melayu di kalangan anak- anak mereka menyebabkan kurangnya motivasi di kalangan murid-murid. Ada juga ibu bapa yang tidak mahir dalam bahasa Melayu menyebabkan mereka tidak dapat membantu anak-anak mereka belajar membaca atau menyiapkan kerja rumah yang senang. Walau bagaimanapun, ada juga ibu bapa yang berada dalam kategori berpendidikan yang sedar akan kepentingan bahasa Melayu. Mereka selalu datang berjumpa dengan guru untuk berbincang mengenai pencapaian anak-anak mereka.

2 ) Pemerhatian Daripada pemerhatian, saya dapati ramai murid yang tidak mengambil berat tentang penggunaan tanda baca dalam karangan. Mereka cuai ketika menjawab soalansoalan yang diberikan. Ada murid yang kurang faham dengan apa yang dicakapkan oleh guru. Mereka juga gagal membaca arahan yang diberikan dengan baik. Sikap sambil lewa ketika menjawab soalan juga berlaku ketika guru mengajar.

3 ) Ujian Pengesanan

Ujian ini diberikan kepada murid-murid sebanyak dua kali. Ujian pra diberikan kepada murid pada peringkat awal kajian iaitu pada 6 Julai 2009 dan ujian pasca dijalankan selepas tindakan-tindakan diambil iaitu pada 16 Julai 2009. Ujian ini bertujuan untuk mengesan penggunaan tanda baca seperti koma,noktah,tanda soal dan tanda seru dalam Bahasa Melayu.

4 ) Tindak Balas Murid Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap orang murid akan menunjuk minat yang pelbagai semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang aktif akan sentiasa menumpukan perhatian dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan manakala murid lemah sebaliknya. Ada diantara muridmurid yang tidak memberi kerjasama kepada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga gemar bermain-main dengan kawan-kawan dan alatan yang dibawa.

b ) Populasi dan Sample Kajian

Saya telah menjalankan kajian saya ke atas murid-murid di SJK(C) Kwong Hon,Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sekolah ini terletak di Pekan Sungai Besi dan terdapat tiga lagi sekolah yang berada berhampiran iaitu SK. Sungai Besi, SJK(T) Sungai Besi dan SMK Sungai Besi. Sekolah ini mempunyai kira-kira 1750 orang murid dan pembelajaran satu sesi.

Saya telah memilih tahun empat sebagai sampel kajian saya kerana saya sendiri mengajar tahun empat dan mengetahui tahap kebolehan murid terutama bagi kelas yang saya ajar. Daripada 197 orang murid tahun 4 di sekolah, saya telah memilih seramai 36 orang murid daripada kelas 4K sebagai bahan kajian saya. Kelas ini adalah terdiri daripada murid yang sederhana kebolehannya. Walau bagaimanapun ada juga murid yang telah menguasai tanda baca dengan baik terutamanya murid-murid yang berbangsa Melayu.

c ) INSTRUMEN Saya telah menjalan tiga jenis instrumen untuk menguji tahap pencapaian murid. Murid- murid dikehendaki :1) Mengisi Borang Soal Selidik Borang Soal Selidik ini dibuat oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu berpandukan pengalaman mereka dengan masalah murid. Soalan-soalannya sangat mudah dijawab dan tidak memerlukan masa yang lama. Murid dikehendaki mengisi borang dengan menanda (Ya/ Tidak) secara jujur tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak.

2) Menyalin semula ayat-ayat dengan memasukkan tanda baca noktah, koma, tanda soal dan tanda seruan. Soalan ini soalan yang biasa dimasukkan dalam ujian bulanan dan peperiksaan semester. Saya telah membina soalan-soalan ini dengan bantuan guru-guru yang

mengajar tahun empat yang lain. Murid boleh menulis tanda baca dengan menggunakan pensel warna untuk mewujudkan kefahaman tentang tanda baca yang ditulis.

3) Menyalin semula perenggan yang dibaca oleh guru dengan tanda baca yang betul. Ujian ini agar sukar dan murid yang mahir sahaja yang dapat menulis dengan betul. Kemahiran mendengar dan menulis diperlukan untuk mengesan tanda bacaan yang dibaca oleh guru dengan intonansi yang betul. Guru akan membaca petikan sebanyak tiga kali sahaja.

d ) Kajian Rintis Kebolehpercayaan / Keesahan Sebelum ujian pra dan ujian pasca dijalankan, saya telah membuat kajian rintis tentang pelan tindakan yang dijalankan oleh saya dan kawan-kawan yang lain. Borang Soal Selidik telah diedarkan kepada murid-murid yang terpilih. Kajian rintis ini penting untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan kertas ujian serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin akan berlaku semasa ujian sebenar dijalankan.

Ujian yang dijalankan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi kerana kesemua soalan mengandungi aspek tatabahasa yang hendak diuji dan telah diajar kepada murid. Murid murid telah diajar dengan pelbagai teknik tentang penggunaan tanda baca sebelum mengambil ujian ini.

e ) Prosedur Pengumpulan Data Pengumpulan data amat penting untuk tujuan pemarkahan. Prosedur Pengumpulan data adalah seperti berikut : 1) Setelah siap ujian, guru akan mengumpulkan kertas ujian mengikut susunan yang betul. 2. Guru akan menyemak kertas ujian dengan teliti berpandukan skima atau jawapan yang telah disediakan. 3. Setelah selesai menyemak, proses pemberian markah dijalankan dengan teliti. 4. Markah yang telah diperolehi akan dimasukkan kedalam borang nama mengikut urutan abjad. (A-Z) 5. Semak sekali lagi markah serta masukkan gred ( A,B C,D dan F) 6. Masukkan markah ke dalam sistem pemarkahan sekolah.

f ) CARA PENGANALISAAN DATA Data dianalisis dengan menggunakan langkah-langkah berikut:1. menyedia dan menyusun data untuk dianalisa. 2. menghurai dan membina tema daripada data. 3. melaporkan dapatan kajian. 4. menafsirkan dapatan kajian. 5. mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian.

BAB 4 Pengenalan

ANALISIS DATA

Bahagian analisis data ini akan membincangkan berkaitan hasil dapatan daripada borang kaji selidik yang telah diedarkan. Data-data tersebut telah dikumpul dan diproses untuk memperlihatkan keputusan kajian. Seterusnya, keputusan kajian akan dibentangkan dalam kaedah statistic deskriptif. Tujuan menggunakan kaedah statistik adalah untuk melihat frekuensi dan peratusan dapatan kajian. Statistik data kajian ini akan dimasukkan dan disimpan di dalam komputer sekolah.

Hasil dapatan kajian ini akan dianalisis satu persatu mengikut mengikut bahagian soalan yang terdapat dalam borang kaji selidik. Kemudian, jadual yang dibina memperlihatkan hasil dapatan data berdasarkan kajian yang dilakukan. Hal ini sekaligus menunjukkan tentang masalah penggunaan tanda koma, noktah, tanda tanya dan tanda seruan dalam penulisan Bahasa Melayu di SJK(C) Kwong Hon.

Seterusnya, perbincangan dalam bab ini akan menjurus kepada tiga soalan. Bahagian yang pertama ialah Bahagian A yang berkaitan dengan latar belakang responden. Bahagian B pula adalah berkaitan dengan data dapatan bagi menilai tahap pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca sementara Bahagian C, membincangkan berkaitan data dapatan bagi menilai persepsi tentang masalah penggunaan tanda koma, noktah, tanda tanya dan tanda seruan dalam penulisan Bahasa Melayu di SJK(C).

Bahagian A 4.1 Profil Responden Bahagian ini memperlihatkan hasil dapatan mengenai latar belakang sampel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari segi jantina, kaum ,dan lain-lain.

Jadual 4.1.1 Latar belakang Sampel Mengikut Jantina

Bil 1 2

Jantina Lelaki Perempuan JUMLAH

Bilangan 20 16 36

Petatus 55.55 44.45 100

Berdasarkan Jadual 4.1.1, sampel yang dipilih terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan. Kesemua sampel berjumlah 36 orang. Pelajarpelajar ini telah dipilih dan ditempatkan ke dalam kelas-kelas mengikut keputusan peperiksaan akhir tahun yang lalu. Kelas 4K merupakan salah kelas yang kedua terbaik prestasinya selepas Kelas 4M dan berpotensi untuk maju dalam pelajaran.

Jadual 4.1.2 Latar Belakang Sampel Mengikut Kaum / Bangsa Bangsa Melayu 6 orang

Kelas 4K

Cina 30 orang

India -

Lain-lain -

Berdasarkan jadual 4.1.2, sampel yang terpilih terdiri daripada 30 orang murid yang berbangsa Cina dan 6 orang yang berbangsa Melayu. Di dalam kelas ini tidak ada

murid daripada bangsa lain. Murid-murid India tiada ada kerana adanya sekolah SJK(T) Sungai Besi di sebelah sekolah yang dipilih. Murid-murid yang berbangsa Melayu pula kebanyakannya berasal daripada keluarga yang berkahwin campur antara bangsa Melayu dengan Cina atau daripada latar belakang ibu bapa yang berpendidikan Cina.

Soal selidik kajian tindakan di bawah telah diberikan kepada murid-murid sebelum ujian pra dijalankan. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan Borang Soal Selidik Kajian Tindakan yang digubal bersama dengan beberapa orang guru lain.

4.2 Analisis Soal Selidik Kajian Tindakan BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN TAHUN 4K 2009 ARAHAN: Sila Jawab Soalan-Soalan di Bawah Dengan Jujur.

BIL

Soalan-Soalan

Ya / Tidak 8 orang

Peratus % 22 % = ya 78 % = tidak 16 % = ya 84 % = tidak 46% = ya 54% = tidak 43% = ya 57% = tidak 39% = ya 61% = tidak 56% = ya 44% = tidak 72% = ya 28% = tidak 45% = ya 55%= tidak 34% = ya 66% = tidak 39% = ya 61% = tidak 32% = ya 68% = tidak 40% = ya 60% = tidak

1. 2. 3 3 4 5 5 6 7

Saya suka membaca buku bahasa Melayu Saya suka menulis bahasa Melayu Saya mahu belajar bahasa Melayu Saya berasa seronok belajar bahasa Melayu Pengajaran cikgu menyeronokkan. Saya faham arahan cikgu. Percakapan cikgu terlalu laju Cikgu memberi tumpuan kepada saya. Kerja sekolah yang diberikan mudah.

28 orang 6 orang 30 orang 17 orang 19 orang 15 orang 21 orang 14 orang 22 orang 20 orang 16 orang 26 orang 10 orang 15 orang 21 orang 12 orang 24 orang 14 orang

8 9 10

Bimbingan yang cikgu berikan mencukupi. Keluarga memberi bimbingan di rumah. Saya minat mata pelajaran bahasa Melayu.

22 orang 11 orang 25 orang 13 orang 23 orang

Keputusan ujian ini amat mengejutkan guru-guru. Murid-murid menjawab soalansoalan yang dengan jujur kerana mereka tidak perlu menulis nama atau nombor kelas dan semua maklumat adalah rahsia.

Daripada keputusan ujian, didapati murid-murid tidak berminat dengan bahasa Melayu, di mana soalan nombor 2 menunjukkan hanya 16 % atau 6 orang sahaja yang suka menulis dalam bahasa Melayu dan 84 % atau 30 orang tidak berminat. Murid-murid juga tidak suka membaca bahasa Melayu di mana 22 % atau 8 orang saja yang

menyatakan suka membaca bahan bahasa Melayu manakala 78 % atau 28 orang tidak suka membaca bahan bahasa Melayu.

Soalan-soalan yang lain seperti minat murid masih boleh dikira memuaskan dan boleh dipupuk dari semasa ke semasa dengan memberi galakan atau ganjaran kepada murid yang menunjukkan peningkatan dalam kemahiran berbahasa Melayu. Walau bagaimanapun, masih ramai murid yang suka mempelajari bahasa Melayu dan dengan sedikit usaha daripada guru-guru mungkin dapat menarik minat murid-murid untuk belajar bahasa Melayu.

4.3 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Jadual 1: Keputusan Ujian Pra Jumlah Peratus Bilangan 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100 Pelajar

Pelajar

14

10

36

Ujian Pra telah dijalankan pada 6 Julai 2009. Jadual 1 menunjukkan tentang keputusan ujian pra. Jadual di atas menunjukkan seramai 18 orang ( 50%) gagal dalam ujian tatabahasa yang dijalankan.Markah lulus ialah 40%. Keputusan ini amat mengecewakan bagi sebuah kelas yang sederhana kebolehannya.

Selepas ujian ini pasca, guru-guru bahasa Melayu telah melaksanakan pelbagai langkah-langkah tindakan seperti yang telah dirancangkan. Murid-murid memberikan pelbagai riaksi dan pandangan tentang pendekatan yang dijalankan oleh guru. Ada yang gembira dan seronok dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dan ada juga yang tidak menunjukkan minat yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pasca

Jumlah Peratus Bilangan Pelajar 0-20 0 21-39 4 40-59 3 60-79 11 80-100 18 Pelajar 36

Dari keputusan di atas didapati 32 (88.88%) orang murid telah berjaya lulus manakala hanya 4 ( 11.11%) gagal. Seramai 18(50%) murid telah mendapat A dan seramai 11 (30.55%) mendapat B dan hanya 3(8.33%) mendapat C. Keputusan ini amat

membanggakan kerana masa yang diperuntukkan untuk menjalankan langkah- langkah tindakan amatlah singkat. Jika diberikan masa yang lebih lama, saya percaya semua murid akan berjaya lulus dengan cemerlang.

Analisis Data Jadual 3 : Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pasca (Kelas 4K)

BIL .1 2. 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

NAMA MURID AL-HAKIM B ARIFFINCHEONG PEI SICHEW SIN YIE CHINTZE THUNG WONG WEI XUNENG MAY XIN WINNIEHARMI DANIEL HAKIMIP WEI HONGKHOR JIUN HORNGLAI MEI SAN LAM WEI SHENGLEE HUI YINGLEE KAH CHUN LEE MING HUI LEE PUI YEE-

UJIAN PRA L 80 P 38 L 56 P 64 L 32 P 86 L 86 L 34 L 72 P 20 P 38 L 50 L 36 L 50 P 70

UJIAN PASCA 92 46 82 86 62 94 96 60 86 36 54 80 62 90 82

BEZA MARKAH 12 8 26 22 30 8 10 26 14 16 16 30 26 40 12

16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 32 33 34 35 36

LEE WILLIAM L LEOW JUN THONG L LEOW YAN ZU L LIM JIN WEI L LOUIS CHAI CHENRN JIN L LOWTECK YONG L MOK YEN BIN P MUHAMMADIZZAT P NG BOON HAO L NG JUIN YOUNG L NG SI YING L NG WEI LIANG L NOR SYAMIRA NATASYA P NURHAZWANI P NURUL HAKIMAH MOHD HAKIM P TAN WEI CHEE P TAN YOON SHIN P WONG SZE MIN P YONG JUN PANG P YUKI TANG THIAN ZHI L

34 32 34 58 80 36 18 82 36 38 64 16 88 86 82 34 20 80 62 38

64 64 60 80 92 58 34 94 66 62 88 32 96 94 90 60 34 88 80 66

30 32 26 22 12 22 16 12 30 24 24 16 8 8 8 26 14 8 18 28

Jadual 3 menunjukkan perbezaan keputusan ujian pra dan ujian pasca. Dalam ujian pra didapati 18 orang iaitu (50%) gagal dan hanya 18 orang (50%) pula lulus dengan pangkat A seramai 10 orang (28%), pangkat B seramai 5 orang (14%) dan 3 orang mendapat pangkat C (8%). Ini menunjukkan 50% murid gagal dalam ujian pra.

Untuk mengatasi masalah ini guru-guru bahasa Melayu bertungkus lumus dan berganding bahu mencari masalah-masalah dan mengambil tindakan membuat beberapa kajian dan aktiviti untuk meningkatkan kefahaman tatabahasa murid kelas 4K.

Selepas ujian pasca diadakan, keputusannya amat memuaskan. Seramai 18 orang murid (50%) mendapat A, 11 orang (30%) murid mendapat B dan seramai 3 orang (8%) murid mendapat C. Walau bagaimanapun terdapat 4 orang murid yang gagal. Keputusan

ini memberi gambaran bahawa murid-murid boleh maju dalam pengetahuan tatabahasa sekiranya mendapat banyak latihan daripada guru-guru dan usaha keras yang mereka lakukan semasa guru-guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian B Bahagian ini membincangkan tentang soalan-soalan pra dan pasca yang digunakan untuk menilai kebolehan murid menulis jawapan yang betul. Selepas itu, huraian keputusan jawapan yang berjaya diperolehi.

Soalan Ujian Pra. Soalan 1 1. mereka beratur panjang sebelum masuk ke dalam stadium hang jebat Jawapan soalan 1 1.Mereka beratur panjang sebelum masuk ke dalam Stadium Hang Jebat. Soalan ini mempunyai lima kesalahan tanda baca yang perlu dibetulkan. Dalam ujian pra ujian ramai murid yang boleh menjawab dengan tepat pada permulaan ayat (mereka) tetapi ramai yang membuat kesalahan pada perkataan (Stadium Hang Jebat). Ini berlaku kerana kelemahan murid menguasai tatabahasa terutama penggunaan huruf besar pada kata nama khas. Ada juga murid yang tidak memahami soalan dengan baik seperti tidak mengetahui tentang adanya Stadium Hang Jebat atau pun tidak pernah mendengar nama Hang Jebat. Hanya 8 orang pelajar yang berjaya menjawab dengan betul.

Soalan 2 dia menyimpan baju seluar dan stoking ke dalam almari Jawapan soalan 2

Dia menyimpan baju, seluar dan stoking ke dalam almari.

Soalan ini terdapat tiga kesalahan yang perlu dibetulkan iaitu penggunaan huruf besar, tanda koma dan tanda noktah diakhir ayat. Kebanyakan pelajar Berjaya menjawab soalan yang kedua ini dengan baik kerana ianya melibatkan penggunaan tanda baca yang senang sahaja. Murid mudah memahami soalan dan perkataan yang digunakan. Soalan ini tidak begitu mencabar tetapi ada juga yang melakukan kesalahan mungkin kerana sikap cuai ketika menjawab soalan.

Soalan 3 semasa di mersing kami sekeluarga berpeluang pergi ke pulau tioman Jawapan soalan 3 Semasa di Mersing, kami sekeluarga berpeluang pergi ke Pulau Tioman. Soalan ketiga mempunyai enam tanda baca iaitu empat huruf besar, satu tanda koma dan dan satu penggunaan. Soalan ini begitu mencabar kebolehan murid terutama penggunaan tanda koma di tengah ayat. Ramai pelajar yang melakukan kesalahan tanda koma kerana kurangnya penerangan tentang penggunaan tanda koma di tengah-tengah ayat. Ada juga murid yang tidak tahu apa itu Mersing. Justeru ramai yang tidak dapat menjawab dengan baik bagi soalan ini.

Soalan 4 adik suka membaca cerita sang kancil dengan sang bedal yang baru dibelinya Jawapan Adik suka membaca cerita Sang Kancil dengan Sang Bedal yang baru dibelinya.

Soalan 4 ini mempunyai enam tempat tanda baca yang perlu dibetulkan iaitu huruf besar,dan noktah. Seramai 24 orang murid berjaya menjawab menjawab soalan ini dengan betul. Kebanyakan murid tidak membubuh huruf besar pada perkataan Sang Kancil dan Sang bedal kerana mereka tidak tahu tentang kegunaan.

Soalan 5 kamu sudah makan tanya roland Jawapan Kamu sudah makan? tanya Roland. Soalan 5 mempunyai 4 kesalahan tanda baca iaitu tanda noktah Soalan ini agak susah kerana adanya tanda tanya yang perlu diletakkan di dalam pengikat kata. Murid tidak tahu di mana hendak meletakkan tanda tanya sama ada di dalam atau di luar pengikat kata. Seramai 16 orang berjaya menjawab dengan betul

Soalan 6 lai meng bertanya di mana sofia menjumpai jam tangan itu Jawapan Lai Meng bertanya di mana Sofia menjumpai jam tangan itu. Soalan ini mempunyai empat tanda baca yang perlu dibetulkan. Ramai murid yang berjaya menjawab soalan ini dengan baik kerana hanya tanda baca noktah dan huruf besar sahaja yang diuji. Seramai 26 orang murid berjaya menjawab dengan betul.

Soalan 7 nah, ambillah buku cerita ini kata ah seng kepada muthu

Jawapan Nah, ambillah buku cerita ini! kata Ah Seng kepada Muthu. Terdapat 6 tanda baca yang perlu diletakkan oleh murid. Soalan ni agak susah kerana ianya melibatkan pelbagai tanda bahasa seperti tanda koma, noktah , kata seru dan huruf besar. Hanya 13 orang murid sahaja yang berjaya menjawab dengan betul.

Soalan 8 eh awak belum pulang lagi Jawapan Eh, awak belum pulang lagi! Soalan ini mengandungi tiga tanda baca sahaja dan agak mudah bagi murid-murid menjawab. Seramai 26 orang murid berjaya menulis dengan betul. Jika murid-murid menjawab dengan lebih teliti keputusan mungkin akan menjadi bertambah baik.

Soalan-Soalan Ujian Pasca

Soalan 1 Soalan 1. Jawapan siapakah yang mengambil buku saya di atas meja itu tanya aznah Siapakah yang mengambil buku saya di atas meja itu?tanya Aznah.

Soalan ini mempunyai 4 tanda baca yang perlu dibetulkan. Seramai 28 orang murid berjaya menjawab dengan betul soalan ini. Ini mungkin disebabkan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru dan murid-mirid. Walaubagaimana pun seramai 8 orang murid tidak memperoleh markah penuh kerana kesalahan tidak meletakkan tanda tanya ditempat yang betul.

Soalan 2 Soalan 2 Jawapan cis,berani kamu datang ke rumah aku marah pak abu Cis, berani kamu datang ke rumah aku! marah Pak Abu.

Soalan ini agak sukar kerana mempunyai pelbagai tanda baca yang perlu dibetulkan seperti tanda koma, tanda koma, tanda seru dan juga huruf besar. Murid murid berjaya menjawab dengan baik soalan ini setelah diberi bimbingan daripada guruguru. Seramai 25 orang murid berjaya menjawab dengan betul soalan ini walaupun soalan ini agak susah. Ada juga murid yang tidak berjaya meletakkan tanda seruan ditempat yang betul.

Soalan 3 semasa dalam perjalanan pulang ke rumah ah meng bertemu dengan Soalan 3 Jawapan kawannya ali Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Ah Meng bertemu dengan

kawannya, Ali. Soalan ini agak panjang dan terdapat enam kesalahan ejaan yang perlu dibetulkan. Walaupun soalannya panjang tetepi penggunaan tanda bacanya agak senang iaitu tanda koma, noktah, dan huruf besar. Seramai 27 orang murid sahaja yang berjaya menjawab dengan tepat. Kebanyakan pelajar membuat kesalahan kerana tidak meletakkan tanda koma di tengah tengah ayat selepas perkataan `rumah`. Soalan 4

Soalan ini agak sukar kerana ada dua kata nama am yang perlu dibetulkan. Seramai 29 orang pelajar berjaya menjawab dengan betul bagi soalan ini. Ramai murid tidak meletakkan huruf besar pada perkataan Proton, ini menyebabkan seramai tiga orang murid tidak mendapat markah penuh. Ada juga pelajar yang meletakkan huruf besar di awal perkataan kereta. Soalan 4 ayah membeli sebuah kereta proton waja pada hari isnin yang lepas Jawapan Ayah membeli sebuah kereta Proton Waja pada hari Isnin yang lepas.

Soalan 5

Soalan 5

Bagaimanakah keadaan kesihatan datuk kamu selepas menjalani rawatan di hospital

Jawapan

Bagaimanakah keadaan kesihatan datuk kamu selepas menjalani rawatan di hospital?

Soalan ini agak senang kerana hanya satu kesalahan sahaja yang perlu dibetulkan iaitu tanda tanya di akhir perkataan. Seramai 33 orang murid menjawab soalan ini dengan

Soalan 7 Jawapan

wah besarnya rumah awak kata joshua Wah,besarnya rumah awak! kata Joshua.

betul. Murid yang lain melakukan kesalahan kerana meletakkan tanda noktah sahaja. Soalan 6

Seramai 31 orang berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini agak senang kerana ianya banyak melibatkan penggunaan huruf besar dan tanda noktah. Kelemahan murid ialah menggunakan semua huruf besar pada perkataan Kwong Hon

Soalan 6 Jawapan

sukan tahunan SJK(C) kwong hon telah diadakan di stadium yang besar itu Sukan Tahunan SJK(C) Kwong Hon telah diadakan di stadium yang

besar itu (contoh : KWONG HON). Masalah ini sering berlaku di sekolah ini walaupun telah diberitahu oleh guru-guru dari semasa ke semasa.

Soalan 7 Soalan 7 merupakan soalan untuk menguji tanda seru dan noktah. Murid sangat berminat untuk mempelajari penggunaan tanda seru kerana ianya merupakan pengucapan yang

menggambarkan perasaan seseorang. Justeru, 34 orang murid berjaya menjawab soalan ini dengan betul manakala dua orang lagi, meletakkan tanda seru selepas kata seru.

Soalan 8

Soalan 8 Jawapan

emak siti pergi ke kuala lumpur dengan menaiki bas Emak Siti pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

Soalan ini untuk menguji penggunaan huruf besar dan noktah. Seramai 29 orang murid berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Murid banyak melakukan kesalahan dengan tidak meletakkan huruf besar pada perkataan Kuala Lumpur. Kesalahan ini mungkin berlaku kerana sikap cuai murid ketika menjawab soalan. Kesimpulan Kajian ini telah berjaya memberikan kefahaman kepada murid-murid tentang aspek-aspek penggunaan tatabahasa dalam penulisan. Selain itu kajian ini berjaya menarik minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Kajian ini mendapat kejayaan yang baik berdasarkan ujan-ujian yang dijalankan. Kajian ini juga berjaya menjawab segala persoalan-persoalan yang dinyatakan pada awal kajian.

Kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pendidikan seperti ibu bapa, guru-guru, pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan lain-lain supaya dapat dijadikan rujukan dan panduan mengatasi masalah penggunaan tatabahasa dalam penulisan terutamanya di sekolh jenis kebangsaan yang mempelajari

bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Murid-murid perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya mereka berjaya menguasai bahasa Melayu yang akan mereka gunakan pada masa akan datang. Sesungguhnya bahasa Melayu amat penting sebagai alat perpaduan antara kaum di Malaysia.

Sealain itu, kajian ini diharap dapat membantu bakal-bakal guru bahasa Melayu supaya mencari alternatif bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu dikalangan murid-murid sekolah.

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Bab ini mengungkapkan kesimpulan atau rumusan daripada keseluruhan cadangan daripada hasil dapatan data dan perbincangan berkaitan dengan kajian tentang masalah penggunaan tanda koma, noktah, tanda tanya dan tanda seruan dalam penulisan bahasa Melayu Tahun 4 di SJK(C) Kwong Hon,Sungai Besi. Kajian yang telah dilakukan ini adalah berdasarkan penyataan-penyataan masalah yang telah dinyatakan dalam Bab 1 dahulu.

5.1 Pendahuluan Kajian ini telah berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang dirancangkan. Guru-guru mata pelajaran bahasa Melayu telah memberikan sepenuh tumpuan untuk

menjayakan tugasan ini. Kami juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengerusan sekolah yang juga mahu melihat keberkesanan kajian yang dilakukan. Guruguru mata pelajaran lain juga berminat dan menyatakan minat untuk mencuba kajian yang dibuat. Kerjasama daripada semua pihak ini yang banyak membantu menjayakan kajian ini. Selain itu, murid-murd juga menunjukkan minat dengan aktiviti-aktiviti yang rancang oleh guru.

5.2 Ringkasan Kajian Kajian ini dilakukan bagi melihat peningkatan kemahiran murid dalam bidang tatabahasa terutamanya dari aspek tanda noktah, tanda koma, tanda tanya dan tanda seru dalam ujian atau peperiksaan. Kajian ini dilakukan di SJK(C) Kwong Hon, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Responden kajian ini ialah pelajar Tahun 4K di sekolah tersebut. Sampel kajian diambil daripada satu kelas bagi memastikan keputusan pencapaian yang dibuat setara.

Intrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca. Guru-guru telah menyediakan ujian pra dan pasca secara perbincangan untuk memastikan spesifikasi ujian terpelihara. Saya telah berbincang dengan penyelia kajian ini mengenai item-item soalan pra dan pasca yang dibuat. Selepas itu, para pelajar telah diberikan ujian pra terlebih dahulu untuk menilai tahap kemahiran mereka. Selepas itu, guru-guru telah mengadakan pelbagai aktiviti dan latihan seperti memberi nota dan penerangan, membetulkan kesalahan-kesalahan murid, menyalin perkataan yang didengar (imlak). Setelah sebulan, pelajar-pelajar ini diberikan ujian pasca untuk menguji keberkesanan segala aktiviti dan

latihan yang diberikan. Selain itu, saya juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui persepsi pelajar dari segi sikap, minat dan pandangan mereka terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Borang soal selidik ini juga telah dirujuk kepada penyelia kajian terlebih dalulu untuk mendapatkan pengesahan.

Tujuan kajan ini adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan masalah murid, membaiki kelemahan murid dan memastikan murid meningkat dari segi kemahiran tatabahasa. Instrument kajian yang digunakan terdiri daripada ujian pra dan pasca. Datadata diukur dengan menggunakan ukuran serakan iaitu membezakan keputusan ujian pra dengan ujian pasca. Perbezaan diantara markah maksima dan minimum.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang telah dibuat menunjukkan peningkatan kelulusan yang tinggi. Murid-murid mendapat peningkatan markah diantara 8 hingga 40 markah pada ujian pasca. Dalam ujian pra menunjukkan 50% murid gagal. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa kajian ini dijalankan. Di akhir kajian telah murid-murid telah menjalani ujian pasca. Berdasarkan markah-markah yang diperolehi menunjukkan keputusan yang meningkat di mana 83% telah bejaya lulus dengan 50 orang mendapat A, manakala 11 orang mendapat B dan 3 orang mendapat C. Walau bagaimanapun, terdapat 4 orang murid yang mendapat D (gagal).

5.3.1 Sikap dan Penerimaan Murid Terhadap Bahasa Melayu

Analisis kajian mengenai sikap dan penerimaan murid di Kelas 4K terutamanya adalah positif. Sekiranya kajian ini dilakukan kepada murid-murid yang lain juga akan menunjukkan kemajuan yang sama atau pun mungkin menjadi lebih baik. Aktivitiaktiviti seperti kuiz, teka silang kata, teka teki dan sebagainya telah meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Aspek tatabahasa seperti tanda noktah, tanda seru, tanda tanya dan tanda seruan merupakan aspek yang menarik untuk dipelajari dan dengan sedikit galakan daripada guru-guru, pasti akan dapat menggalakkan muridmurid mempelajari bahasa Melayu dengan lebih seronok.

5.3.2 Kesukaran Murid-murid Mempelajari Bahasa Melayu Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, guru-guru telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Murid-murid yang berbangsa Cina terutamanya menghadapi masalah kerana bahasa Cina dan bahasa Melayu mempunyai banyak perbezaan dari segi sebutan, tatabahasa, tulisan dan lain-lain lagi. Perbezaan diantara kedua-dua bahasa ini amat ketara dan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, sikap murid-murid itu sendiri merupakan faktor utama yang menghalang proses pembelajaran bahasa Melayu. Ada murid yang tidak berapa faham apa yang dicakapkan oleh guru kerana tahap penguasaan bahasa Melayu mereka amat

rendah. Murid-murid berbangsa Cina biasanya hanya menggunakan bahasa Cina ketika di rumah dan sangat jarang menggunakan bahasa Melayu kerana tidak ada keperluan untuk bercakap dalam bahasa Melayu. Sikap murid-murid ini boleh diubah tetapi perlu memakan masa yang lama. Murid-murid tersebut perlu digalakkan berbual dengan guruguru dan kawan-kawan dengan menggunakan bahasa Melayu.

5.3.3 Kefahaman dan Minat Murid Minat dan kefahaman murid-murid berbangsa Cina terhadap pelajaran bahasa Melayu juga amat kurang. Minat dan kefahaman mempunyai kaitan yang rapat. Apabila murid murid dapat memahami pengajaran guru maka akan timbullah minat untuk mempelajari bahasa Melayu. Guru-guru perlu memastikan murid-murid memahami pengajaran yang disampaikan. Murid-murid yang tidak berminat akan sentiasa bermain dan tidak menumpukan perhatiaan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Muridmurid ini perlu diberikan peluang dan tunjuk ajar semasa proses pembelajaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kejayaan anak-anak mereka. Ibu bapa yang mahir atau boleh berbahasa Melayu akan dapat membantu anak-anak mereka menguasai bahasa Melayu dengan cara berbual-bual dengan bahasa Melayu atau membantu anak-anak mereka menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Persekitaran tempat tinggal juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu murid-murid seperti murid-murid yang tinggal di kejiranan yang terdapatnya orang Melayu akan lebih mahir berbahasa Melayu kerana mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan mereka seharian. Bagi ibu bapa yang berkemampuan

pula, mereka akan menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan untuk meningkatkan penguasaan anak-anak mereka dalam bahasa Melayu.

5.3.4 Pandangan Ibu Bapa Para ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza tentang kepentingan bahasa Melayu. Ramai yang sedar tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan antara kaum di Malaysia. Kebanyakan ibu bapa dari golongan ini berpendidikan tinggi dan berpandangan terbuka. Mereka amat menitik beratkan pencapaian anak-anak mereka dalam semua aspek termasuklah kemahiran berbahasa Melayu. Walaubagaimana pun, ada juga ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang penguasaan bahasa Melayu di kalangan anak-anak mereka. Anak-anak hanya terdedah kepada bahasa Melayu ketika berada di sekolah atau di kawasan tempat tinggal mereka. Mereka tidak mendapat galakan dan sokongan daripada ibu bapa mereka.

5.3.5 Masalah Guru Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina biasanya menghadapi masalah yang sama dalam proses pemgajaran dan pebelajaran bahasa Melayu. Masalah utama ialah untuk memberikan kefahaman kepada murid mengenai perkara yang diajar. Ada murid yang tidak faham apa yang diajar oleh guru terutamanya jika guru tersebut ialah guru yang berbangsa Melayu. Daripada soal selidik ke atas guru-guru tersebut, mereka terpaksa menggunakan pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris atau bahasa Cina untuk menerangkan sesuatu perkara. Selain itu, kebanyakan

alat bantu mengajar tidak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Ada juga ABM tersebut yang tidak memenuhi tahap pencapaian murid.

Guru-guru pula, ada yang tidak dapat menguasai proses pengajaran dan pembelajarn dengan baik. Mereka tidak mempunyai pendedahan atau latihan yang mencukupi untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan. Guru-guru yang berbangsa Cina perlulah mengajar murid Tahun 1 dan 2 kerana muridmurid ini perlu diajar bahasa Melayu dengan penerangan dalam bahasa ibunda untuk meningkatkan kefahaman mereka. Walau bagaimanapun guru-guru berbangsa Cina perlu menggunakan banyak bahasa Melayu semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid biasa menggunakan bahasa Melayu.

5.3.6 Penyelesaian Masalah Sesungguhnya bukan mudah untuk mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah jenis kebangsaan. Guru-guru perlu berusaha dengan lebih keras dan tidak mudah putus asa. Guru-guru perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada muridmurid yang lemah disamping memberi galakan dan pengayaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bahasa Melayu. Melalui kajian yang telah saya lakukan, saya dapati aktiviti-aktiviti yang melibatkan permainan dapat meningkatkan minat mempelajari bahasa Melayu. murid untuk

Guru-guru juga perlu pandai mengubah suai ABM yang sedia ada supaya ianya sesuai dengan tahap pencapaian murid. ABM yang dipilih perlu digunakan dengan sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Panitia bahasa Melayu juga perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian murid-murid. Pelbagai aktiviti seperti pertandingan bercerita, syarahan, berpantun, nyanyian, teka silang kata, tulisan kursif, ejaan dan sebagainya boleh diadakan sepanjang tahun sebagai aktiviti panitia.

Sekolah jenis kebangsaan biasanya menghadapi masalah kekurangan guru terutamanya guru bahasa Melayu. Justeru, ini sedikit sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid. Pihak sekolah juga menghadapi masalah ketiadaan guru pemulihan untuk mata pelajaran bahasa Melayu. Guru-guru dengan kerjasama pihak sekolah perlulah memastikan aktiviti pemulihan ini dijalankan juga supaya murid-murid yang lemah tidak akan terus tercicir dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

5.4 Cadangan Kajian

Berdasarkan dapatan analisis kajian yang telah dibincangkan, beberapa cadangan ingin dikemukakan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan murid-murid. Kajian ini boleh dijalankan kepada murid-murid lain tetapi aras soalansoalan ujiannya perlu ditukar bergantung kepada tahap kemahiran murid. Bagi kumpulan

murid yang lemah soalan-soalan yang lebih senang diperlukan sebaliknya bagi muridmurid yang pandai hendaklah diberikan soalan-soalan yang agak susah.

Selain itu, kajian ini boleh dilakukan terhadap murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR. Kajian yang dijalankan ini boleh juga digunakan untuk menguji kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran bacaan dan tulisan. Selain daripada bahasa Melayu , kajian ini juga boleh dijalankan bagi mata pelajaran lain seperti Matematik, Sains dan bahasa Inggeris.

Kajian yang dijalankan menunjukkan banyak kesan positif daripada kefahaman dan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu. Guru juga perlu menyediakan idea-idea yang baik. Selain itu, guru-guru perlu menyediakan ABM yang baik dan berkesan penggunaannya.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat deskriptif bagi mengenal pasti keberkesanan kajian tatabahasa terutamanya dari aspek tanda koma, tanda koma, tanda tanya dan tanya seru dalam penulisan bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian yang berasaskan sekolah, dilakukan pada sampel yang kecil dalam masa kajian yang terhad. Oleh itu, aspek-aspek berikut dapat dipertimbangkan sebagai satu bahan kajian lanjutan. untuk dijadikan

Kajian ini boleh diperluaskan lagi ke satu kelas yang lain atau pun boleh diperluaskan kepada satu tahun sahaja. Langkah ini mungkin memerlukan bantuan daripada guru-guru lain. Walaubagaimana pun penggunaan soalan-soalan yang sama bagi murid yang yang berlainan tahap tidak akan mendapatkan satu jawapan yang betul.

Guru-guru juga boleh membuat kajian terhadap murid- murid daripada sekolahsekolah yang berlainan untuk mengetahui perbezaan dan persamaan masalah bagi setiap sekolah. Kajian ini mungkin memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.

Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan mengenai penggunaan tatabahasa tetapi kajian tehadap sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua masih berkurangan. Maka, diharap semakin banyak kajian yang akan dilakukan selepas ini.

Kesimpulan Kajian ini telah berjaya memberikan kefahaman kepada murid-murid tentang aspek-aspek penggunaan tatabahasa dalam penulisan. Selain itu kajian ini berjaya menarik minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Melayu. Kajian ini mendapat kejayaan yang baik berdasarkan ujan-ujian yang dijalankan. Kajian ini juga berjaya menjawab segala persoalan-persoalan yang dinyatakan pada awal kajian. Kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pendidikan seperti ibu bapa, guru-guru, pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan lain-lain supaya dapat dijadikan rujukan dan panduan mengatasi masalah penggunaan tatabahasa dalam penulisan terutamanya di sekolh jenis kebangsaan yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Murid-murid perlu diberi bimbingan dan tunjuk

ajar supaya mereka berjaya menguasai bahasa Melayu yang akan mereka gunakan pada masa akan datang. Sesungguhnya bahasa Melayu amat penting sebagai alat perpaduan antara kaum di Malaysia. Sealain itu, kajian ini diharap dapat membantu bakal-bakal guru bahasa Melayu supaya mencari alternatif bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu dikalangan murid-murid sekolah.

RUJUKAN http://www.tutur.com.my/tutur/stpm/indeks.httm http://tatabahasabm.tripod.com/tata/index.htm http://www.excite.com Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling Jaya: Longman. Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1985). Kamus dwibahasa bahasa Inggerisbahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994). Kamus dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Evans, J. M. & Brueckner, M. M. (1990). Elementary social studies teaching for today and tomorrow [Pengajaran pengajian sosial asas untuk kini dan kemudian hari]. Massachussets: Allyn and Bacon. Gagne, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of instruction (4th ed.) [Kondisi pembelajaran dan teori pengajaran (edisi keempat)]. New York: CBS College Publishing. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan pelajaran sekolah rendah bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marshall, C. & Rossman, G. B. (1995). Designing qualitative research (2nd ed.) [Mereka penyelidikan kualitatif (edisi kedua)]. CA: Sage Publication. Inc. Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Tesis doktor falsafah yang belum diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia. Sharbi Ali. (2005). Sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Diperoleh September 12, 2005, daripada http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22. htm

Lampiran

LAMPIRAN 1 Jadual 3.2.1 Bilangan Murid Mengikut Kelas, Jantina dan Bangsa Jantina Bangsa

Kelas L 4M 17 4K 4B 4H 4U JUMLAH 20 17 17 21 87 27 16 18 18 6 90 44 36 35 35 27 177 44 30 31 32 22 159 6 1 3 3 13 3 2 5 P Jumlah Cina Melayu India Lain-Lain

LAMPIRAN 2 BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN TAHUN 4K 2009 ARAHAN: Sila Jawab Soalan-Soalan di Bawah Dengan Jujur. BIL Soalan-Soalan Ya ()/ Tidak(X)

1. 2. 3 3 4 5 5 6 7 8 9 10

Saya suka membaca buku bahasa Melayu Saya suka menulis bahasa Melayu Saya belajar bahasa Melayu Saya berasa seronok belajar. Pengajaran cikgu menyeronokkan. Saya faham arahan cikgu. Percakapan cikgu terlalu laju Cikgu memberi tumpuan kepada saya. Kerja sekolah yang diberikan mudah. Bimbingan yang cikgu berikan mencukupi. Keluarga memberi bimbingan di rumah. Saya minat mata pelajaran bahasa Melayu.

LAMPIRAN 3 UJIAN PENGESANAN 1 ARAHAN: Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan memasukkan tanda baca (noktah (.), koma (,), tanda tanya (?) dan tanda seru (!)) ditempat yang betul. 1. mereka beratur panjang sebelum masuk ke dalam stadium hang jebat ___________________________________________________________________

2. dia menyimpan baju seluar dan stoking ke dalam almari ____________________________________________________________________ 3. semasa di mersing kami sekeluarga berpeluang pergi ke pulau tioman ___________________________________________________________________ 4. adik suka membaca cerita sang kancil dengan sang bedal yang baru dibelinya ___________________________________________________________________ 5. kamu sudah makan tanya roland __________________________________________________________________ 6. lai meng bertanya di manakah sofia menjumpai jam tangan ini __________________________________________________________________ 7. nah ambillah buku cerita ini , kata ah seng kepeda muthu ___________________________________________________________________ 8. eh awak belum pulang lagi ___________________________________________________________________ (40 markah) LAMPIRAN 4 UJIAN PASCA Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan memasukkan tanda baca noktah (.), tanda koma (,), tanda tanya (?) dan tanda seruan (!) di tempat yang betul. 1. siapakah yang mengambil buku saya di atas meja itu tanya aznah _______________________________________________________________________ _ 2. cis berani kamu datang ke rumah aku marah pak abu

_______________________________________________________________________ _ .3. semasa dalam perjalanan pulang ke rumah ah meng bertemu dengan kawannya ali _______________________________________________________________________ 4. ayah membeli sebuah kereta proton waja pada hari isnin yang lepas _____________________________________________________________________ 5. Bagaimanakah keadaan kesihatan datuk kamu selepas menjalani rawatan di hospital _______________________________________________________________________ 6. sukan tahunan SJK( C) kwong hon telah diadakan di stadium yang besar itu _______________________________________________________________________ _ 7. wah besarnya rumah awak kata joshua _______________________________________________________________________ 8. emak siti pergi ke kuala Lumpur dengan menaiki bas

( 40 markah)

You might also like