You are on page 1of 27

By: Shakilah binti Yunus Fariza binti Saidin

DEFINISI KIAMAT
y HARI KIAMAT merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya

seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. y Merupakan rukan iman yang kelima.
y Kiamat berasal dari perkataan arab yang bermaksud y Dari segi bahasa : kebangkitan atau bangun semula y Dari segi istilah : kebangkitan semula manusia pada hari akhirat

daripada alam kubur setelah berlakunya kehancuran alam ini.

Bilakah hari kiamat??


y Kiamat adalah kerja Allah. Manusia tidak seharusnya campur tangan dalam hal yang besar sebegini.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman: Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi. (Surah al-Ahzab, ayat 63)

y Tarikh berlaku kiamat adalah termasuk dalam perkaraperkara ghaib. Perkara ghaib, Allah sahaja yang mengetahuinya dan tidak diberitahu sesiapapun melainkan kepada Rasul pilihan-Nya sahaja. y Namun demikian, Nabi Muhammad s.a.w. pun tidak mengetahui bilakah kiamat. Bukan sahaja Rasulullah, malah malaikat Jibril a.s. pun tidak mengetahuinya.

Tanda kecil

Hari kiamat
Terbahagi kepada dua :

Tanda besar

TANDA-TANDA KECIL
 Penakhlukan Baitulmaqdis.
 Zina bermaharajalela.  Pemimpin yang terdiri dari orang yang fasik dan jahil.  Alat muzik berleluasa.  Menghias masjid dan membanggakannya.  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan dan hubungan

dengan tetangga tidak baik.  Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.  Ramai orang soleh meninggal dunia.  Mengucap salam kepada orang yang dikenal sahaja.  Munculnya mati secara mendadak atau secara tiba-tiba.

 Ramai wanita berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang.  Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.  Negara arab menjadi padang rumput dan sungai.  Akan terdapat ramai anak luar nikah.  Org akan melakukan homoseksual.  Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.  Org akan mendirikan hubungan dengan org yg tidak dikenali dan memtuskan hubungan dgn org yg rapat dan disayangi.  Lelaki mentaati isteri tetapi menderhakai ibunya.  Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi bermesra dengan rakannya.  Banyak org berharap untuk mati kerana banyaknya kesengsaraan.  Banyak berlaku gempa bumi.

TANDA-TANDA BESAR
y Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul y y y y y y y y y y y

Ardhi. Lahirnya Dajjal. Keluar asap tebal. Turunnya Nabi Isa a.s. Kemunculan Imam Mahdi. Matahari terbit dari ufuk barat. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj. Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik Runtuhnya Ka'abah Terdengar tiupan sangkakala pertama. Ada azan tak di jawab 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

DABBAT AL-ARDH
y Dabbat al-Ard merupakan sebuah frasa yang

bermaksud binatang buas atau raksasa yang muncul dari perut bumi. y Dalam Islam binatang ini sebagai salah satu tanda sebelum datangnya Hari Penghakiman. y Binatang melata yang dikenali sebagai Dabbat al-ard ini akan keluar di kota Mekah di gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. y Dabbat al-ard ini akan membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman.

Tugasnya :
y Abu Dawud at Tayalisi mencatat dari Abu Hurairah,

Muhammad bersabda: "Binatang ini akan muncul dari perut bumi dan akan membawa tongkat Musa dan memakai cincin Sulaiman. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan tongkat itu dan akan mengusap wajah orang beriman sehingga cerah dengan cincin itu. Sehingga mereka makan bersama, mereka akan saling mengenali orang yang beriman dan yang kafir."[5]

DAJJAL
y Dalam ajaran Islam, Dajal (b. Arab: al-dajj l "pembohong, penyamar") ialah suatu makhluk jahat yang akan muncul sebelum Hari Kiamat. y Dajal tidak disebut dalam al-Quran, tetapi pelbagai hadis Sunah menghuraikan sifat-sifat Dajal, dimana lazimnya dipercayai oleh Muslim.

SIFAT-SIFAT DAJJAL :
y Dajal adalah seorang pemuda yang rambutnya keriting, matanya menyembul keluar, menurut Rasulullah s.a.w. "Hendaknya diantara kamu bertemu dengannya,hendaklah membaca permulaan surat Al-Kahfi y Sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya ia keluar dari jalan antara Syam dan Iraq kemudian merusak kanan kirinya. y Fizikalnya berbentuk cacat, dan akan buta pada mata kirinya. Mata kanannya akan dapat melihat tetapi ia akan jadi (hitam). Dalam sebilangan hadith dia dirujuk sebagai satu-mata. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan api dan menghembus asap, terbang atas tanah dan menyeberang laut.

y Dia akan menipu para imam, mengajar mereka bahawa Syurga ialah Neraka dan sebaliknya. y Huruf Arab kaf-fa-ra (kafara, bermaksud "kafir") akan muncul pada dahinya dan akan dibaca oleh Muslim sebenar samada mereka boleh baca ataupun tidak. y Dia boleh melihat dan mendengar pelbagai benda di banyak tempat pada masa yang sama. y Dia mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia. y Dia akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun dari kematian. Salah satu orang khusus akan dia bunuh dan kemudian dia akan kini menghidupkan dia.

y Dia tidak berupaya memasuki Makkah atau Madinah. y Imam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam. y Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. dekat pagar Ludd,

di mana Israel terdapat kini.

Perlindungan dari Dajjal :


y Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. y Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa:

"Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal." y Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.

IMAM MAHDI
y Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat. y Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.

y Telah bersabda Rasulullah s.a.w,

Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman. Dan apabila kezaliman itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanamantanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun. (HR. Thabrani)

NAMA IMAM MAHDI:


y Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. y Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab Imam = pemimpin, manakala Mahdi = orang yang mendapat petunjuk

CIRI-CIRI IMAM MAHDI:


y Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. y Telah bersabda Rasulullah s.a.w, Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.

(HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

y Dalam hadis yang disebutkan di atas Imam Mahdi akan

memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajal) sehingga membuat Dajal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya. y Kehebatan Dajal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh sebab itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah swt akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajal. y Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajal dan pengikutnya, hingga Dajal mati ditombak oleh Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al-Aqsa.

NABI ISA A.S


y Salasilah nabi Isa datang daripada nabi Ibrahim melalui puteranya Ishak y Isa adalah salah satu nabi yang tergolong dalam ulul azmi, yakni nabi dan rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Nuh a.s.. y Isa masih hidup dan berada di syurga, suatu hari baginda akan datang kembali ke bumi untuk melawan Dajjal dan kehadirannya merupakan salah satu tanda-tanda dekatnya hari kiamat.

YA JUJ DAN MA JUJ


y Ya juj dan Ma juj adalah sebutan yang muncul dalam

kitab suci umat Islam, iaitu al-Quran. Ya juj dan Ma juj ini adalah mengenai sekelompok manusia kerdil yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi. y Dikhabarkan di dalam Al Quran,bahawa ketika hampir kiamat, Yakjuj dan Makjuj akan turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

GAMBARAN KETIKA BERLAKUNYA KIAMAT!


y Suasana ketika berlaku kiamat sungguh dasyat. y Yang berikut ialah gambaran tentang berlakunya hari

kiamat : 1) Bumi bergegar dengan kuat 2) Gunung-ganang akan hancur 3) Bintang-bintang akan gugur ke bumi 4) Manusia dalam keadaan kebingungan, huru-hara, dan terkapai-kapai tanpa hala tuju.

y Di dalam Al-Quran turut menjelaskan tentang

gambaran yang akan berlaku pada hari kiamat, iaitu, 1) Langit terbalik dan bumi diratakan. 2) Bintang-bintang jatuh berselerakan, laut bergelora dan meluap, kubur dibongkar. 3) Matahari digulung, gunung-ganang dihancurkan, unta-unta yang bunting ditinggalkan, binatangbinatang liar dikumpulkan dan laut dipanaskan!

HIKMAH ALLAH S.W.T MENGADAKAN HARI KIAMAT


y Untuk memberi pengadilan kepada manusia. y Manusia mempunyai matlamat hidup. y Menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T y Kehidupan manusia mempunyai hala tuju dan

berperancangan. y Melahirkan masyarakat yang patuh dan taat kepada Allah S.W.T y Memberi ganjaran pahala dan balasan terhadap dosa yang dilakukan.

You might also like