You are on page 1of 5

Ringkasan Cadangan Penyelidikan Tajuk : Meningkatkan Tahap Penguasaan Membaca Perkataan KVKV Murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Kategori Lembam (Slow Learner ) Pernyataan Masalah Penyelidikan : Membaca merupakan proses psikoligistik yang bermula dari detik pembaca itu memerhati perkataan pada muka surat hingga kepada detik dia menubuhkan makna. Sepanjang proses ini berlaku interkasi antara bahasa dan pemikiran. Bagi murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran kategori lembam (slow learner), proses ini agak sukar dan masalah ini agak sinonim buat mereka. Kanak-kanak lembam biasanya bermasalah atau gagal mengaitkan makna dengan perkataan tertentu dalam teks. Ia mungkin berkait dengan kekurangan dalam perbendaharaan kata murid-murid tersebut. Selain daripada itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran guru kadangkala tidak sesuai. Contohnya mengajar mengenai abjad a z terlalu lama sehingga 3 tahun dan ia seperti membuang masa. Perkataan KVKV yang diajar oleh guru hanya mempunyai gambar dan sekitar murid itu sahaja. Contoh mata, dahi dan dagu. Murid-murid akhirnya keliru dan tidak boleh membaca perkataan KVKV jika ditulis ditempat lain dan seterusnya mereka gagal membaca. Oleh yang demikian, penyelidik mengambil permasalahan tidak boleh menggabung sukukata dan membaca ini sebagai kajian kerana percaya murid ini boleh membaca dengan menggunakan kaedah dan aktiviti-aktiviti yang dirancang rapi sebagai penyelesaian permasalahan tersebut. Objektif Penyelidikan : Objektif am : Kajian ini dijalankan bertujuan untuk : i-mengenalpasti tahap penguasaan membaca perkataan KVKV di kalangan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

ii-mengenalpasti kaedah dan strategi yang boleh digunapakai oleh guru dalam aspek penguasaan bacaan. Objektif khusus: i- membolehkan murid membunyikan huruf-huruf vokal a o u dan huruf-huuf konsonan m r s. ii-membolehkan murid menggabung dan membunyikan 2 huruf menjadi sukukata KV iii-membolehkan murid-murid menggabung dan membunyikan sukukata KV dan KV menjadi perkataan KVKV yang melibatkan beberapa huruf sahaja. Soalan Penyelidikan : Berdasarkan objektif kajian, penyelidik telah merangka beberapa persoalan kajiannya seperti berikut : i-Apakah tahap penguasaan bacaan di kalangan murid-murid Pendidikan khas masalah pembelajaran ii-Apakah kaedah dan strategi yang akan digunakan oleh guru dalam meningkatkan tahap penguasaan bacaan dikalangan murid-murid pendidikan khas kategori lembam. iii- Bolehkah murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran membunyikan huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. iv-Bolehkah murid-murid ini menggabung dan membunyikan sukukata KV dan KV menjadi perkataan KVKV v-Bolehkah murid-murid membaca perkataan KVKV yang melibatkan beberapa huruf sahaja. Tinjauan Literatur : Kajian oleh Vernon (1971) menyatakan bahawa masalah membaca bagi kanakkanak Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran kategori lembam pada asasnya ialah satu masalah yang kognitif. Prestasi yang rendah menunjukkan kefahaman dan pemindahan pengetahuan adalah rendah akibat tahap pemprosesan maklumat yang rendah. Selain itu kanak-kanak lembam juga mempunyai kurang strategi kognitif dan kurang kecekapan untuk memproses maklumat berbanding rakan mereka yang normal.

Strategi kognitif ialah kemahiran yang disusun secara mendalam yang membantu proses dalaman individu terhadap pembelajaran, ingatan dan pemikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Strategi kognitif didapati melalui pelbagai pengalaman samada formal atau tidak formal dan ini akan mengawal pembelajaran baru yang akan dilalui oleh individu. Dr Carol Miller (1992) telah menerangkan bahawa terdapat beberapa cara yang efektif bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan kemahiran pertuturan dan bahsa mereka. Antaranya ialah : a.aktiviti yang dijalankan di sekolah perlu diteruskan di rumah. b.Aktiviti yang spesifik hendaklah dijalankan secara individu atau kumpulan oleh terapis pertuturan, guru atau pakar-pakar. c.Pengubahsuaian kurikulum mengikut keperluan kanak-kanak khas diambil kira. d.Kaedah menggunakan ayat-ayat ringkas dan mudah perlu dijalankan e.Mereka juga perlu diletakkan dalam kumpulan yang sesuai ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Metodologi Kajian : Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji serta mengenalpasti tahap penguasaan bacaan murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Selain itu ia juga bertujuan mengenalpasti kaedah dan strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap penguasaan bacaan di kalangan murid-murid ini. Bagi mengenalpasti sejauh manakah tahap penguasaan bacaan di kalangan murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran, penyelidik telah menyediakan beberapa prosedur ringkas penyelidikan seperti berikut : i- Sampel ii- Kaedah penyelidikan iii-Instrumen

Sampel: Untuk menjalankan kajian ini, penyelidik telah memilih kumpulan sasaran murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran kategori lembam (slow learner). Murid-murid ini berumur 9 tahun, 12 tahun dan 14 tahun. Berdasarkan kepada prinsip setiap murid berkeperluan khas mempunyai permasalahan yang berbeza mengikut kategori dan kebolehan , maka rancangan pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara individu (RPI). Kaedah kajian : Untuk mengesan tahap penguasaan bacaan di kalangan murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran kategori lembam, penyelidik akan menggunakan beberapa kaedah dalan bentuk deskriptif seperti: i-kaedah survey atau tinjauan masalah Untuk mendapatkan maklumat awal mengenai permasalahan yang dikaji, guru telah membuat tinjauan melalui : a-Ujian diagnostik Ujian diagnostik akan dijalankan pada awal kajian untuk mengesan permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. b- Pemerhatian Melalui pemerhatian, sasaran murid akan dilihat melalui beberapa ciri seperti adakah murid mengenal huruf dan boleh mengingat kesemua hrurf, adakah murid boleh mengingati bunyi vokal, adakah murid takut untuk mengeja dan sebagainya. c. Melalui temubual Melalui temubual dengan ibubapa, penyelidik akan dapat mengenalpasti murid yang tidak tahu membaca , tidak minat belajar dan sering menimbulkan masalah di dalam kelas.

ii-Tindakan yang akan dijalankan Mencari satu kaedah yang sesuai bagi membolehkan murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran kategori lembam (slow learner) dapat mempertingkatakan tahap bacaan. Contoh kaedah KDS.

Instrumen : Beberapa instrumen kajian digunakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan bacaan murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran . Antara instrumen yang digunakan ialah : i- borang soal selidik murid ii-temubual iii-pemerhatian iv- ujian pra v- lembaran kerja v- kad perkataan/ kad gemilang vi- senarai semak pencapaian murid Penutup Secara keseluruhannya, diharapkan penyelidikan tindakan ini akan berjaya mencapai objektifnya ke atas murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran kategori lembam (slow learner ).Diharap juga murid-murid akan menunjukkan perubahan dari segi pencapaian dan penguasaan mereka dalam kemahiran menyebut sukukata dan membaca dengaqn baik.

You might also like