You are on page 1of 1

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) 2011 SK LEPAN JAYA, GUA MUSANG

Tarikh: Masa: Tempat: 26 Julai 2011 (Selasa) 9.30 pagi SK Lepan Jaya 9.00 pagi 9.30 pagi

ATURCARA Murid berada di dalam kelas menjalani P&P seperti biasa. Loceng kecemasan dibunyikan. Kehadiran pasukan bomba dan penyelamat Murid dalam keadaan berjalan cepat menuju ke tangga kecemasan ke tempat berkumpul Checker mengira jumlah murid dan melaporkan kepada IC (Incident Controller) atau IO (Incident Officer) yang bertugas Pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap Taklimat dan demonstrasi kebakaran oleh pihak bomba

PENGENALAN Latihan Kebakaran atau lebih dikenali sebagai fire drill merupakan satu program wajib yang dilaksanakan saban tahun. Ia dilaksanakan di bawah penyeliaan Jawatankuasa Latihan Kebakaran Sekolah dengan kerjasama pihak bomba, bertujuan memberi pendedahan secara langsung aspek-aspek keselamatan yang berkaitan dengan kebakaran. Di samping cara-cara mengelakkan kebakaran atau mengurangkan risiko kebakaran tidak kurang pentingnya bagi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. OBJEKTIF Menguji keberkesanan pelan kebakaran dan tahap kesiapsiagaan warga sekolah. Memberi pendedahan kepada warga sekolah terutama murid-murid aspek-aspek keselamatan berkaitan dengan kebakaran. Menyampaikan maklumat berkenaan dengan pencegahan dan risiko kebakaran. Menghargai sumbangan pihak yang bertanggungjawab seperti pasukan bomba dan penyelamat. PENGLIBATAN Semua murid, guru dan kakitangan sekolah

Murid diberi peluang menngunakan alat pemadam api Ucapan penghargaan oleh Tuan Guru Besar Penyampaian Cenderahati Jamuan Para Jemputan

You might also like