You are on page 1of 13

I MURID I SUKAN

PENGENALAN : (cerita ttg peranan pendididkan) Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui pendidikan manusia mendapat pelbagai peluang untuk meningkatkan potensi diri dan kecemerlangan di dalam hidup. . Melalui pendidikan juga individu berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Pendidikan yang berkualiti ini adalah satu konsep yang dinamik, berubah, dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi, dan persekitaran setempat. Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak

isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Aspek kokurikulum merupakan salah satu aspek pendidikan yang penting dan tidak harus di pandang remeh. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan dasar Imurid I sukan pada 9 Jun 2011,bagi melengkapkan skop pembangunan sekolah dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani ,emosi dan intelek.

ISI KANDUNGAN -Perkenal dasar -Siapa umum -Konsep-konsep

APAKAH DASAR I MURID SATU SUKAN

Suggest that children should be involved in physical activity for one hour a day. Three of these sessions should be spent on half an hour of moderate to vigorous physical activity. AMERICAN PEDIATRIC ASSOCIATION Kajian mendapati punca-punca kegemukkan di kalangan kanak-kanak di Malaysia ialah disebabkan ketersediaan potensi interaksi dengan makanan , tidak aktif fizikal, pilihan gaya hidup kanak-kanak dan tingkahlaku pemakanan. Seterusnya bilangan kanak-kanak yang berat

badan berlebihan dan obes telah mencapai tahap wabak di negara-negara maju dan perindustrian baru.Malaysia telah mengalami peralihan daripada di bawah pemakanan relatif lebig pemakanan dalam tempoh 30 tahun. Sebagai contoh, dari awal tahun 1990-an hingga 200, kejadian yang di laporkan kanak-kanan Malaysia yang kurang berat badan telah menurun daripada 55% kepada 14.4% kepada 9.8%, dengan sekurang-kurangnya 7.3% daripada kes-kes daripada Bandar Kuala Lumpur

Bruce et. Al, (2010)

PERLAKSANAAN DASAR

Pelaksanaan Dasar diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010. KPM menggalakkan penyertaan aktif setiap murid agar dapat melahirkan modal insan yang sihat.

Dasar ini juga melengkapi usaha membangunkan sukan untuk kecemerlangan

Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui strategi (1) sukan untuk semua dan (2) sukan untuk kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk

kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan dibawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1Malaysia. Dasar 1M1S bermatlamat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.Ia juga di harapkan dapat memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Objektif Dasar 1M1S berhasrat untuk meningkatkan kecergasan jasmani, membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni memupuk perpaduan di antara kaum dan dapat membentuk budaya sukan di kalangan murid .Selain itu, ia dapat memenuhi naluri semulajadi murid, memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal serta mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ke arah ini, konsep Dasar 1M1S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar murid dapat memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan. Murid juga di harap dapat memberi fokus kepada murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan supaya turut terlibat secara aktif dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Selain itu, ia dapat membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah dan memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

PRINSIP PELAKSANAAN Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan; Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid; Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan pengunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid, dan Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah

PENDEKATAN PELAKSANAAN Kejohanan Sukan Sekolah sukan sepanjang tahun Merentas Desa Sukan Tara Hari Sukan Sekolah Kelab Sukan dan Permainan sepanjang tahun 90 minit Sekolah Menengah seminggu 60 minit Sekolah Rendah seminggu Modified Sports sukan sepanjang tahun Pertandingan antara tingkatan/kelas Pertandingan antara rumah Pertandingan antara dorm asrama Pertandingan-MSSD, MSSN, MSSM dan peringkat antarabangsa ASPEK PENILAIAN Kehadiran 50%, Jawatan 10%, Penglibatan 20% dan Pencapaian 20%

ENAM FAKTOR KE ARAH KEJAYAAN 1M1S 1.SUMBER :a.Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1M1S b.Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah c.Manual Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Sukan d.Program Sukan Pendidikan Khas e.Surat Siaran Pelaksanaan Dasar 1M1S f.Skim Bantuan Kewangan Sukan

2.TENAGA PENGAJAR:a.6 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Sukan b.Latihan Dalam Perkhidmatan 3.KEMUDAHAN DAN PRASARANA SUKAN a.Kekurangan Padang b.Sistem Pengumpulan Kemudahan dan Prasarana Sukan(i-KePs) 4.PERUBAHAN MINDA a.Taklimat Dasar 1M1S b.Penstrukturan Semula Bah. Sukan, Seni dan Kokurikulum c.Surat Siaran Pakaian Sukan Sekolah 5.INSENTIF UNTUK MURID DAN GURU a.Penilaian Markah Wajib Bagi Aktiviti Sukan

b Penilaian untuk guru

6.JARINGAN KERJASAMA a.Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Sukan Negara

b.Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan c.KementerianPengajianTinggi.d.KementerianPelancongan

KRITIKAN

POSITIFbagi 3

Kerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan di Malaysia. Kerajaan telah menyediakan prasarana sukan untuk kemudahan rakyat menceburkan diri dalam sukan dan dana bagi pertandingan peringkat kebangsaan hingga antarabangsa demi pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat. Jesteru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia dan Sukan, 1988). Sukan massa merujuk kepada segala jenis sukan termasuk aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan penglibatannya terbuka kepada semua peringkat masyarakat. Ia merupakan sukan untuk semua bagi menggalakkan penyertaan yang luas bukan semata-mata untuk pertandingan. Dasar sukan massa bertujuan untuk membentuk masyarakat yang sihat dan cergas melalui penglibatan aktiviti sukan dan rekreasi. Pelbagai program yang melibatkan slogan Malaysia Cergas telah diusahakan oleh organisasi tertentu bagi menggalakkan penyertaan serta kesedaran masyarakat terhadap faedah bersukan dan rekreasi. Sukan prestasi tinggi merujuk kepada sukan pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dasar sukan prestasi tinggi menekankan pencapaian kecemerlangan atlet pada tahap tinggi. Majlis Sukan Negara telah dipertanggungjawab menyelaraskan pembangunan sukan prestasi tinggi. Kejayaan pembangunan sukan negara perlu bermula dengan menggerakan masyarakat aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup mereka. Pendekatan menggerak dan membudayakan sukan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan di peringkat sekolah. Pendidikan sukan menitikberatkan pengajaran kemahiran, strategi dan pengetahuan tentang sukan dan aktiviti kecergasan fizikal. Pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripada semua pihak termasuk guru. Peranan guru bukan semata-mata mengajar topik-topik pelajaran yang ditentukan dalam sukatan pelajaran bidang masing-masing. Peranan guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai

pendekatan mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran secara berkesan. Hasil dari proses pembelajaran yang berkesan, pelajar dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan nilainilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002).

Tillman (1996), memperkatakan tentang akauntabiliti yang harus dimiliki oleh seseorang guru Pendidikan Jasmani. Guru Pendidikan Jasmani yang berakauntabiliti menurut beliau adalah guru yang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap tugas mengajarnya dengan betul dan sempurna. Justeru, akan mewujudkan situasi pembelajaran yang bermakna bagi seseorang pelajar hasil komitmen guru yang berakauntabiliti.

(Amik dr jurnal sapa2)-Dari segi Modal Insan -Penting untuk pembangunan negara -Nature kanak-kanak suka sukan Contohhari PJ murid hadir -meningkatkan kemahiran

NEGATIF

Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan iaitu : 1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan, masa, wang dan maklumat.

2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuaiuntuk bermain dalam sukan badminton.

3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.

Ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan (1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dijalankan secara sambil lewa dan dilaksanakan secara tergesa-gesa tidak di beri keutamaan seperti matapelajaran akademik.

h Abu Bakar (1999). Dapatan kajian beliau menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik.

McGuire (1984) telah mendefinisikan faktor-faktor penghalang ini sebagai masalah yang menghalang penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan juga penggunaan kemudahan aktiviti bersukan oleh individu. Menurutnya lagi masalah-masalah ini akan membataskan frekuensi atau kekerapan penglibatan dan penggunaan kemudahan aktiviti bersukan individu. Halangan ini termasuklah ciri-ciri kemudahan atau program aktiviti bersukan seperti kesesakan penggunaan dan kedudukan yang tidak strategik yang menyebabkan kemudahan tidak dapat digunakan dan program tidak dapat diikuti. Menurut Crawford dan Godbey (1987) , terdapat tiga halangan besar mengapa seseorang itu kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan seumpama ini ialah 1) struktur 2) interpersonal dan 3) intrapersonal.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996). Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan penyertaan sebagai dalam satu pasukan, atau dua peserta iaitu sukan berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan individu. Sukan juga bermakna keseronokan (Janet B. Parks, 1990). Sukan juga 12didefinisikan dalam beberapa makna.

Sementara itu, Snyder & Spreitzer (1989) mendefinisikan sukan sebagai aktiviti persaingan fizikal manusia yang dikawal oleh undangundang permainan atau acara tersebut.

KEBAIKAN IM IS

1). IMIS membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun.

2). DApat memupuk budaya sukan di kalangan murid sekolah agar menjadi masyarakat yang mengamalkan gaya hidup cerga

3)Memupuk semangat perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia

4)Memberikan keseimbangan antara keperluan kademik dan keperluan fizikal

5) Memberikan peluang kepada murid yang berbakat dan berpotensi ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut Mohd Samri(1999) mendapati sukan tidak mendatangkan implikasi negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Keputusan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Razali (1993) di mana beliau juga mendapati sebilangan besar daripada responden berpendapat bahawa penglibatan mereka dalam bidang sukan tidak menjejaskan

pencapaian akademik. Menurut kajian Eleanor (1984) dan Lim (1991) di mana mereka mendapati atlit memperuntukan masa antara 2 5 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran. Sebagai kesimpulannya, banyak faktor yang mempengaruhi prestasi akdemik seseorang pelajar.

KEBURUKKAN IM IS

Kecemerlangan akademik di Malaysia menjadi asas kepada pengukuran kejayaan seseorang individu. Sebahagian besar masyarakat Malaysia lebih mementingkan prestasi akdemik yang cemerlang agar memperolehi status yang lebig berprestij. Pendidikan dari segi falsafahnya bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Walaupun terbukti nilai-nilai positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, kebimbangan terhadap gangguan prestasi akademik masih tetap wujud (Kantha Kumar, 1985). Masyarakat berpendapat penglibatan secara aktif dalam bidang sukan memberi kesan yang negative ke atas prestasi akademik mereka. Ada yang merumuskan pelajar yang aktif bersukan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran. Prestasi akademik pelajar sering dikaitkan dengan kegiatan sukan yang diceburinya. Kegagalan dalam pelajaran selalunya dirujuk kepada masa yang banyak dihabiskan untuk bersukan dan melakukan kegiatan riadah seperti aktiviti rekreasi. Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun telah banyak kajian yang dibuat menyangkal kenyataan ini (Webb, 1969; Mohd Yusoff, 1983; Mohd Razali, 1983; Eleanor, 1984). Kajian Mohd Yusoff (1983) misalnya, mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti gerak kerja kokurikulum yang lain tidak menjejaskan pretasi akademik asalkan mereka tahu tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik.

Manakala beberapa kajian lain pula (Beau, 1982; Coleman, 1983) mendapati pencapaian akademik pelajar yang aktif bersukan adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak aktif walaupun tahap kecerdasan adalah sama. Coleman (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti ko-kurikulum lebih dari kerja akdemik mereka. Beliau berkata fenomena ini boleh Penglibatan pelajar secara aktif

dalam bidang sukan mendatangkan implikasi negatif terhadap pencapaian akademik merekaTerdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran, minat dan aspirasi pelajar itu sendiri. Kesimpulan yang boleh dibuat hasil kajian ini ialah penglibatan secara aktif dalam bidang sukan tidak

PENUTUP

Dasar 1Murid 1Sukan membawa banyak kebaikan kepada pelajar negara kita. Oleh itu semua pihak harus memberi galakan kepada murid menyertai aktiviti yang di anjurkan di bawah dasar ini.Dengan itu semua pihak harus memainkan peranan dalam melaksanakan segala matlamat dan objektif dasar ini agar tercapai dengan sempurna. Bukan sekadar melepas batuk di tangga . Ini penting sebagai satu aspirasi negara agar hasrat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang , terbilang dalam bidang sukan akan menjadi realiti..

You might also like