You are on page 1of 2

Setiap orang mungkin mempunyai perancangan tersendiri apabila tibanya musim cuti sekolah.

Begitu juga dengan keluarga saya. aku mengisi masa yang mungkin akan terluang dengan perkara perkara berfaedah yang barangkali boleh menambah pengetahuan. Cuti selama enam minggu sememangnya amat lama. jadi, waktu cuti itu tidak akanku bazirkan dengan perkara perkara yang tidak berfaedah. Pada minggu pertama, ayah bercadang untuk pulang ke rumah datuk yang terletak di Kuala Terengganu. Sewaktu berada di sana, ilham datang menyelam minda apabila mataku tertumpu pada desiran pantai biarpun air dianggap pasang. Di sana juga, aku membantu datuk bercucuk tanam di kebun yang berhampiran dengan rumah. Waktu itu, aku dapat menimba banyak pengetahuan dengan hanya bercucuk tanam. Setelah hampir 2 minggu meluangkan masa di Kuala Terengganu, aku sekeluarga menetap di Perak untuk tujuan pergi melancong. Banding Island Resort menjadi tempat kami sekeluarga bermalam. Destinasi pertama kami ialah melihat pelbagai jenis haiwan iaitu di Zoo Taiping. Diriku tetap tidak jemu memandang permandangan sekeliling meskipun sudah berulang kali tiba di situ. Tempat terakhir yang menjadi banyak pengalaman untukku ialah setibanya aku di kota Tampan.pengetahuan sejarahku makin meluas dengan maklumat yang diperoleh di kawasan yang mengumpul segala sejarah itu. Cutiku menjadi lebih bermakna apabila aku terlibat dengan Kem Motivasi yang didaftar oleh ayahku. Banyak pengalaman yang diperolehi. Antaranya dapat memantapkan lagi jati diri serta mampu membangkitkan semangat supaya lebih efektif dan sistematik dalam melaksanakan kehidupan seharian. Selain itu, potensi dalam diriku dapat dipertingkatkan . Perasaan bosan tidak menyelubungi diriku meskipun telah pulang dari Perak. Aku menghabiskan masa cutiku di rumah datuk dan nenek sebelah ibu di Alor Star. Aku, kakakku dan sepupuku meluangkan masa dengan memancing. Kadangkala, kami membaca novel untuk mengisi masa lapang. Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anaknya. Oleh sebab itu, ayah dan ibu membawa saya, kakak dan adik adik menghabiskan masa di pameran buku. Pelbagai jenis buku di pamerkan di situ. Antaranya, komik, islamic, remaja dan kanak kanak. Minggu terakhir bagiku amat sibuk. Segala peralatan sekolah diurus dengan baik sekali. Ayah dan ibu membawa saya, kakak dan adik adik ke pusat membeli belah untuk membuat persiapan ke sekolah. Segala peralatan sekolah dibeli dengan lengkap. Antaranya seperti, alat tulis, kotak pensel, beg sekolah, kasut sekolah, dan baju sekolah. Aku berasa sangat gembira kerana semua yang diperlukan akhirnya lengkap.

Saya berasa syukur kerana segala yang diperlukan akhirnya selesai. Cuti kali ini amat menepati azam yang aku ingini iaitu ingin mengisi waktu cuti ini dengan perkara perkara yang berfaedah. Aku berharap agar cuti yang akan datang pada waktu hadapan akan lebih memberi manfaat kepadaku.

You might also like