You are on page 1of 4

TUGASAN HARIAN 5

Tanah yang diurus dengan baik banyak membawa maanfaat kepada alam sekitar dan penghuninya. Oleh itu, manusia haruslah mengamalkan nilai-nilai murni di bawah untuk menguruskan tanah dengan bertanggungjawab demi kesejahteraan hidup bersama.

Manusia haruslah mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar, iaitu memelihara alam sekeliling supaya dapat mengelakkan ancaman pencemaran tanah. Sebagai contoh, manusia tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti penebangan hutan dan sebaliknya, berganding bahu memelihara tanah yang dicintai. Selain itu, nilai ini boleh membolehkan manusia untuk mendidik diri masing-masing bagaimana caranya untuk memulihara alam sekeliling. Sebagai contoh, manusia telah menggalakkan kerajaan untuk menebus tanah yang telah terbiar di kawasan lombong untuk dijadikan lading hutan supaya dapat mengekalkan kewujudan flora dan fauna di situ.

Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar juga adalah satu nilai yang perlu ditanam dalam kalangan manusia, iaitu sikap yang prihatin terhadap persoalan alam sekeliling agar dapat menghargai dan menyedari kepentingan menjaga tanah yang emas ini. Sebagai contoh, manusia sentiasa memastikan kualiti tanah dikekalkan bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan mereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar membolehkan manusia untuk berusaha menyelesaikan sebarang konflik tanah yang sedang dihadapinya supaya dapat mengekalkan keunikan alam sekitar. Seperti contohnya, manusia sering bekerjasama mencari penyelesaian untuk menangani masalah seperti penebangan hutan di kawasan mereka agar keselamatan dan juga keselesaan hidup dapat dijamin pada masa yang akan datang.

Manusia juga haruslah mempunyai nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar, iaitu sikap saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekililing agar dapat menjamin tanah yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagai contoh, manusia sering mengguna semula dan mengitar semula supaya dapat mengurangkan permintaan bahan mentah untuk diproses serta mengurangkan kadar pembuangan sisa-sisa bahan yang digunakan di rumah. Selain itu, nilai ini dapat mewujudkan kualiti kehidupan terpelihara agar manusia pada masa depan boleh menikmati keindahan tanah yang telah dijaga dan dirus dengan teliti. Contohnya, manusia memelihara kualiti kehidupan dengan menanam pokok serta tidak membuang sampah merata-rata dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan tanah.

TUGASAN HARIAN 6
Arus pembangunan yang pesat menyebabkan nasib kaum wanita turut berubah. Kini, kaum wanita telah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Mereka telah mencapai tahap kemajuan yang amat membanggakan. Ini adalah hasil daripada pelbagai dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu, kerajaan harus meneruskan peranannya dalam mengangkat martabat kaum wanita dengan mengamalkan beberapa nilai di bawah.

Kerajaan harus menerapkan nilai menghormati hak wanita dalam dasarnya, iaitu amalan melindungi wanita supaya kaum wanita mendapatkan hak yang sama rata dengan kaum lelaki. Sebagai contoh, pihak kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam pembangunan negara kerana pihak kerajaan percaya bahawa potensi kaum wanita adalah setanding dengan kaum lelaki. Tambahan pula, amalan nilai ini mendidik pihak kerajaan agar mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan juga negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan memberi peluang kepada kaum wanita untuk mengemukakan pendapat dalam penggubalan dasar negara khususnya dari aspek pendrafan undang-undang, seperti yang diperkatakan dalam Dasar Wanita Negara.

Di samping itu, pihak kerajaan harus menanamkan nilai keadilan dalam pelaksanaan dasarnya, iaitu mengambil tindakan dan keputusan yang saksama terhadap kaum wanita seperti yang diberikan kepada kaum lelaki bagi menjamin keseimbangan hak wanita dan lelaki. Sebagai contoh, pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang wajar sekiranya ia mendapati sebarang hal-hal yang membawa kepada ketidakseimbangan kuasa antara kaum wanita dan lelaki. Pihak kerajaan juga patut melaksanakan tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah supaya kaum wanita dan kaum lelaki mendapat hak dan layanan yang sama rata. Sebagai contoh, pihak kerajaan telah meletakkan banyak usaha dalam sistem kehakiman supaya dapat menegakkan keadilan dan memastikan golongan wanita dan golongan lelaki mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Kerajaan perlu mempunyai nilai bertanggungjawab bukan sahaja terhadap kaum lelaki, malah terutamanya kaum wanita. Pihak kerajaan haruslah sanggup memikul tugas sebagai pihak yang sebenar dengan mengikuti peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, terutamanya peraturan dalam Dasar Wanita Negara. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia akan melaksanakan tugasnya dengan mengikuti arahan yang telah ditetapkan dan tidak mengingkarinya. Di samping itu, pihak kerajaan haruslah mempunyai kesanggupan untuk melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna supaya dapat menjamin masa depan kaum wanita yang cerah. Sebagai contoh, pihak kerajaan perlulah bijak mengekalkan hak wanita dalam masyarakat.

TUGASAN HARIAN 7
Di Malaysia, rakyat boleh menganuti agama lain walaupun agama rasmi negara ialah agama Islam. Kerajaan bertindak demikian mengikut Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kerajaan Malaysia harus mengamalkan nilai-nilai di bawah.

Kerajaan Malaysia harus menanamkan nilai kebebasan beragama dalam pentadbirannya supaya rakyat jelatanya yang pelbagai kaum bebas menganut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing. Pihak kerajaan haruslah membolehkan rakyat untuk bebas menganuti agama masing-masing supaya rakyat jelata dapat menyambut pelbagai jenis perayaan pada setiap tahun. Sebagai contoh, masyarakat India juga menyabut pesta menuai yang biasanya disambut oleh suku kaum Kadazan di Sabah. Selain itu, kerajaan Malaysia juga membenarkan rakyatnya untuk bebas mengamalkan tuntutan agama masing-masing. Contohnya, setiap kumpulan agama yang terdapat di Malaysia berhak menguruskan hal-hal ehwal agama mereka sendiri dan juga dibenarkan menubuhkan serta menyelenggarakan yayasan bagi maksud agama atau khairat.

Nilai sikap keterbukaan juga merupakan nilai yang harus diterapkan oleh kerajaan Malaysia. Pihak kerajaan harus bersedia memberi pandangan, pembahuruan dan kritikan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Sebagai contoh, pihak kerajaan sentiasa memberi idea dan cadangan yang pelbagai dalam dasar keagamaan agar rakyat jelatanya dapat bebas menganuti agama yang disukainya. Tambahan pula, nilai ini membolehkan pihak kerajaan Malaysia mendidik diri agar menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan daripada pihak-pihak luar, terutamanya rakyatnya. Sebagai contoh, kerajaan sentiasa bersikap terbuka ketika mengendalikan hal-hal yang berasaskan keagamaan dan bertungkus lumus membaikpulihkan dasar pentadbirannya dari segi keagamaan selepas menerima kritikan daripada rakyat jelata.

Di samping itu, nilai toleransi harus diamalkan oleh kerajaan Malaysia dengan mengamalkan sikap bertolak ansur dalam pelaksanaan dasar keagamaan untuk kesejahteraan rakyatnya. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia sentiasa mementingkan kebahagiaan dan keselesaan hidup rakyatnya dengan menjamin kemakmuran agama-agama yang terdapat di dalam kalangan masyarakat Malaysia supaya rakyat jelata dapat menganuti agama masing-masing dengan penuh kegembiraan. Selain itu, pihak kerajaan Malaysia juga harus bersikap sabar dalam menangani sebarang konflik yang berkaitan dengan hal keagamaan dengan mencari penyelesaian yang sesuai. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia mengambil masa yang ada untuk fikir masak-masak tentang cara untuk menangani pertelingkahan yang melibatkan dua agama yang berlainan.

TUGASAN HARIAN 8
Kemakmuran serantau Asia memerlukan usaha yang saling bergantungan antara negaranegara Asia dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, perubatan, dan pendidikan. Selain itu, kemajuan dan kemakmuran serantau juga amat bergantung kepada suasana aman di rantau ini. Oleh itu, negara-negara Asia harus mengamalkan beberapa nilai murni di bawah.

Negara-negara Asia haruslah mengamalkan nilai hidup bersama secara aman, iaitu hidup berbaik-baik antara satu sama lain agar dapat mencapai pada suatu tahap persefahaman yang teguh. Sebagai contoh, negara-negara Asia menolak segala bentuk diskriminasi bangsa dan bertoleransi demi menjamin pembangunan yang sihat dalam negara masing-masing. Selain itu, negara-negara Asia juga patut mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup dengan menegakkan keamanan dan meningkatkan persefahaman antara negara-negara Asia supaya tidak berlaku perselisihan faham antara satu sama lain. Sebagai contohnya, negara-negara Asia menghormati hak setiap negara tidak kira kecil atau besar serta melingduni hak asasi manusia agar dapat menjamin keharmonian untuk mengelakkan pertikaian dan peperangan.

Nilai yang patut diamalkan oleh negara-negara Asia adalah nilai saling membantu dan bekerjasama. Negara-negara Asia patut menerapkan usaha yang baik dan membina bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain demi menjaga kedamaian serantau. Contohnya, negara-negara Asia sentiasa memberi bantuan antara satu sama lain dan berkongsi idea agar dapat bersama-sama membangun negara yang maju. Tambahan pula, usaha ini dapat dilakukan bersama oleh negara-negara Asia pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. Contohnya, Malaysia dan negara Mesir menjalin usaha sama untuk menigkatkan pertukaran program televisyen dan berita bagi memperkukuhkan kerjasama Selatan-Selatan dalam bidang maklumat.

Nilai saling menghormati antara negara adalah antara salah satu nilai yang patut diamalkan oleh negara-negara Asia. Negara-negara Asia harus menghargai hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. Sebagai contoh, disebabkan hubungan yang baik antara kedua-dua negara dan juga atas dasar nilai kemanusiaan serta rasa hormat-menghormati, negara Malaysia menghantar bantuan kepada negara Pakistan untuk membantu menyelamatkan beriburibu mangsa yang tercedera akibat peperangan. Selain itu, negara-negara Asia patut memuliakan hubungan antara negara supaya dapat membina kedamaian dan keamanan yang teguh antara satu sama lain. Contohnya, negara Malaysia sering bertukar-tukar rombongan kebudayaan dengan beberapa negara Asia serantau untuk mewujudkan hubungan yang mulia antara satu sama lain.

You might also like