You are on page 1of 4

PENGENALAN Pencapaian prestasi murid dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan kayu pengukur pencapaian akadmik

sesebuah sekolah. Pencapaian murid dalam UPSR 2010 merupakan satu kejayaan yang membanggakan bagi semua warga sekolah ini. Seramai 20 orang murid telah memperolehi 5A, menjadikan peratus pencapaian 5A sebanyak 12.74, meningkat sebanyak 5.60 peratus jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Gred purata sekolah (GPS) bagi tahun 2010 bagi semua mata pelajaran yang diambil ialah 2.18, meningkat dari tahun sebelumnya sebanyak 0.23 peratus. Jika dibandingkan selama empat tahun ke belakang, pencapaian UPSR 2010 adalah merupakan pencapaian yang terbaik. MATLAMAT PROGRAM Meningkatkan pencapaian peratus lulus dalam UPSR ke 78 peratus dan pencapaian 5A ke 17.48 peratus (25 orang murid), di samping memberi kesediaan diri yang cukup mantap dari segi penguasaan ilmu, bermotivasi, disiplin dalam belajar serta arif mengaplikasikan teknik dan strategi menghadapi peperiksaan. OBJEKTIF PROGRAM Objektif program ialah : 1. Mencapai kelulusan 78 peratus (lulus sekurang-kurangnya C) dalam semua mata pelajaran UPSR 2. Mencapai 5A dalam semua mata pelajaran UPSR sebanyak 17.48 peratus (25 orang) 3. Membimbing, mendidik dan merangsang murid ke arah perubahan tingkahlaku yang positif 4. Murid dapat mengenalpasti potensi diri dan berusaha meningkat nilai tambah diri untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri yang positif 5. Membina keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan UPSR JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR 2011 Bagi memastikan semua program peningkatan UPSR 2011 dapat dilaksanakan dengan cemerlang, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR telah dibentuk dengan melibatkan semua guru mata pelajaran UPSR. Jawatankuasa ini merupakan badan bertindak untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai program yang telah dirancang. Berikut adalah jawatankuasa yang telah dibentuk : Pengerusi Naib Pengerusi : Puan Zakinah binti Ismail (Guru Besar) : Puan Rohana binti Che Hassan (GPK Tadbir & Kurikulum) Tn. Hj. Ab. Razak bin Bon (GPK Hal Ehwal Murid) Puan Salliza bt Ali (GPK Kokurikulum) : Encik Ahmad Hadzhir bin Abdul : Puan Nor Hafishah bt Abdul Manap : Encik Mohd Hirmey bin Othman

Penyelaras Setiausaha Bendahari

AJK

: Puan Law Fui Ling Puan Arney Zuriaty bt Che Ahmat Puan Rohani bt. Muhamad Puan Yusnita bt Yusof Encik Muhamad Azlan Shah bin Khalid Puan Fazean bt Anwar Puan Khairiah Afidah bt Hj Ahmad Saari Encik Md. Asrul bin Musa Puan Revathi a/p Munusamy @ Bernard Puan Isrosnaizah bt Ishak Puan Nor Aini bt Mohd Ali YM Tengku Norbaini bt Tengku Azizan Puan Sukarni bt Salleh Encik Fairuz Azwad bin Abdullah Puan Norhaslinda bt Mohamed Tahir Encik Firdaus bin Md. Nor

POST-MORTEM PEPERIKSAAN INTERVENSI 1 TAHUN 5 2010 Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR 2011 telah membuat post-mortem peperiksaan intervensi Tahun 5 2010 dan menjadikannya sebagai Take off value bagi UPSR 2011. Pencapaian lulus sekurang-kurangnya C adalah sebanyak 40 peratus (56 orang) dan peratus lulus sekolah pula ialah sebanyak 70.6 peratus. Seramai 2 orang murid mendapat 5A (1.4 peratus) dan gred purata sekolah pula ialah sebanyak 2.9. Hasil perbincangan didapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid adalah seperti berikut : 1. Murid lemah menguasai teknik menjawab soalan mengikut format UPSR 2. Murid bersikap sambil lewa terhadap UPSR dan kurang mementingkan kejayaan untuk mendapat gred yang terbaik 3. Sikap suka membuang masa dan bagi mereka tempoh masa untuk menduduki UPSR adalah lama lagi 4. Tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap P & P yang disampaikan oleh guru 5. Sikap suka berusaha disaat akhir 6. Bergantung sepenuhnya kepada latihan guru tanpa mengambil inisiatif untuk menjawab soalan tambahan dari buku rujukan PENENTUAN PROJEK Berdasarkan kepada masalah yang telah dibincangkan, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR telah bersetuju untuk melaksanakan program-program berikut : 1. Perjumpaan Guru Besar/Guru Penolong Kanan Dengan Murid Tahun 6 Majlis perjumpaan ini diadakan pada hari Jumat setiap minggu. Ia bertujuan bagi menerangkan kepada murid tentang kepentingan peperiksaan yang bakal mereka hadapi. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk menanam semangat rajin belajar di kalangan murid di samping memberi maklumat terkini tentang UPSR.

2. Jualan Akhbar Didik Penjualan akhbar Didik yang dikeluarkan oleh akhbar Berita Harian pada setiap hari Isnin yang mengandungi contoh soalan UPSR dijual kepada murid-murid. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang pelbagai bentuk soalan UPSR. Penjualan akhbar yang bermula pada awal bulan Januari 2011 ini dikendalikan oleh Puan Yusnita bt Yusof. 3. Pendedahan Awal UPSR Bengkel ini diusahakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sebagai persediaan murid-murid menghadapi UPSR. Bengkel ini mengandungi aspek pengurusan diri dan masa agar murid-murid dapat mempersiapkan diri dengan terurus dan sempurna. 4. Mentor Dan Menti Guru-guru pembimbing disediakan untuk membantu murid-murid mengulangkaji pelajaran dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Ini bertujuan untuk menjadikan murid-murid lebih dan sentiasa fokus terhadap peperiksaan yang bakal mereka hadapi. 5. Bacaan Surah Yassin Program ini dijalankan pada setiap hari Jumaat.Di samping memohon keberkatan Illahi, ianya bertujuan membentuk sahsiah dan nilai murni dalam diri murid yang terlibat. Program ini juga merupakan satu lagi usaha yang bersifat kerohanian dan membimbing murid-murid supaya sentiasa bertawakal kepada Allah selain berusaha secara ilmiah. Program ini akan dimulakan pada 7 Januari 2011 dengan diketuai oleh Ustaz Mohd Hirmey bin Othman. 6. Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 Majlis perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 ini akan diadakan pada 15 Januari 2011. Ia bertujuan bagi menerangkan kepada ibu bapa tentang format UPSR yang terkini bagi setiap mata pelajaran. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa tentang strategi peningkatan UPSR yang akan dijalankan oleh pihak sekolah. Selain itu juga ia memberi peluanag kepada ibu bapa berdialog dengan guru tentang sebarang msalah dalan pelajaran anak-anak mereka. 7. Klinik Mata Pelajaran UPSR Klinik mata pelajaran ini bertujuan untuk memperbaiki serta memperkayakan lagi pengetahuan murid-murid dalam membantu mereka menjawab soalan. Klinik ini melibatkan semua mata pelajaran teras dalam UPSR. 8. Bengkel UPSR A Dan Kemahiran Belajar Satu lagi usaha pihak sekolah adalah dengan mengadakan motivasi, seminar dan bengkel bagi meningkatkan prestasi murid dan teknik menjawab soalan. Program ini melibatkan penceramah yang berpengalaman dalam setiap bidang. Ia juga diadakan di luar kawasan sekolah dengan bertujuan memberi satu persekitaran yang berlainan untuk murid-murid. Dengan program ini dapat meningkatkan lagi semangat muridmurid untuk belajar dengan lebih tekun lagi. 9. Perjumpaan Guru Besar Dengan Ibu Bapa Murid Sasaran 2011 Perjumpaan ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama di antara pihak ibu bapa dengan pihak sekolah dalam membantu menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid sasaran bagi merealisasikan impian mencapai 5A dalam UPSR.

10. Gerak Gempur Program ini ialah satau lagi program bagi memperkayakan lagi teknik menjawab soalan. Soalan-soalan berbentuk soalan UPSR yang diselaraskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri akan diberikan lebih kerap kepada murid-murid. 11. Kelas Tuisyen Anjuran DBKL Kelas tuisyen ini akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kelas akan bermula pada bulan Mac, dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh pihak sekolah. 12. Kelas Tambahan Cuti Sekolah Kelas tambahan ini adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang murid-murid tahun 6 dengan pembelajaran yang berterusan. Dengan itu tiada murid yang membuang masa dalam musim cuti sekolah dan secara tidak langsung jadual murid semasa cuti akan terisi. 13. Kelas Tambahan Intensif Kelas tambahan yang diadakan pada hari persekolahan ini akan memberi peluang kepada murid untuk menampung kelemahan mereka dalam pelajaran. Selain menambah pengetahuan, murid juga dapat berbincang dengan guru mengenai pelajaran di luar waktu persekolahan. 14. Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yassin Majlis ini merupakan kemuncak segala strategi peningkatan murid tahun 6. Ia melibatkan semua guru dan ibu bapa bagi menunjukkan keyakinan dan kesungguhan untuk melihat kecemerlangan anak-anak mereka dalam menghadapi UPSR. PENUTUP Program Kecemerlangan UPSR 2011 yang dirancang ini akan dilaksanakan selama 8 bulan dn diharapkan akan dapat membantu untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Diharapkan program yang memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak ini akan dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi masa depan murid-murid tahun 6 sekolah ini.

You might also like