P. 1
kaedah PI

kaedah PI

|Views: 19|Likes:
Published by Budak Getah

More info:

Published by: Budak Getah on Feb 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/08/2014

pdf

text

original

IXEB 1101

NAMA: HAFIZAN AFIF BIN HAMIDI
TAJUK: PROSES BELAJAR MENGAJAR DALAM
PENDIDIKAN ISLAM
PENSYARAH: PROF. DR. SAIFUL AKHYAR LUBIS M.A.
TARIKH PENYERAHAN: 11 OKTOBER 2011





ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN«««««««««««««««««««««.. 2

2.0 PENGERTIAN PENGAJARAN«««««««««««««««. 3
2.1 ASAS-ASAS«««««««««««««««««««««. 4
2.2 PRINSIP-PRINSIP««««««««««««««««««« 5

3.0 TUJUAN PENGAJARAN
3.1 KESELARASAN ANTARA IMAN,ILMU,DAN AMAL SOLEH««.. 6

4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDUKUNG KEBERHASILAN
PELAJARAN
4.1 KURIKULUM................................................................................... 7
4.2 GURU«««««««««««««««««««««««« 8
4.3 METODE««««««««««««««««««««««... 9
4.4 ALAT-ALAT PENGAJARAN«««««««««««««««10

5.0 KESIMPULAN««««««««««««««««««««««...11

6.0 RUJUKAN««««««««««««««««««««««««...12




PENDAHULUAN

Sebagai individu yang bertanggungjawab merealisasikan kehendak falsafah
pendidikan Islam dan falsafah pendidikan kebangsaan, profesion sebagai guru pendidikan
Islam adalah satu kerjaya yang amat mencabar.Tugas pendidik dari perspektif Islam ialah
mendidik iaitu berusaha mengembangkan potensi murid-murid samada potensi psikomotor,
kognitif atau afektif.Guru dalam konteks Islam mestilah menjadi ikutan yang terbaik untuk
anak-anak murid.Selain daripada guru, elemen yang penting juga untuk proses belajar
mengajar dalam pendidikan Islam ini ialah pelajar itu sendiri.Proses pendidikan Islam ini
dapat membentuk akhlak dan sahsiah pelajar yang cukup baik.Jadi tugas guru-guru sekarang
bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mendidik dan membangunkan diri
seseorang murid itu.Proses belajar mengajar dalam pendidikan Islam ini amat
menitikberatkan sekali tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh seseorang guru itu dalam
membuat persiapan mengajar.Jadi tidak hairanlah sekarang peratus pelajar yang berjaya
dalam akademik dah sahsiah mereka semakin meningkat di Negara kita.Proses ini sangat
berkesan kerana mempunyai banyak kaedah dan cara-cara yang mudah, sesuai, dan
bertepatan untuk digunakan di sekolah-sekolah.









Pengertian Pangajaran

Pengajaran bermaksud mentransformasi ilmu kepada pelajar dalam konteks lain
memindah maklumat daripada seseorang guru kepada seseorang pelajar.Dalam erti kata lain
juga,pengajaran bermaksud menyampaikan sesuatu yang mempunyai erti dan dapat difahami
oleh seseorang pelajar itu.Pengajaran juga boleh ditakrifkan sebagai suatu kegiatan yang
berkait dengan perkembangan anak dari segi pemikiran yang berintelektual seperti
kognitif,afektif,dan psikomotor.

Asas-asas Pendidikan Islam
1


1.Asas Akidah
Akidah adalah tunjang kepada asas-asas pendidikan Islam yang bermaksud
seseorang hamba itu hendaklah menanamkan keyakinan yang tinggi kepada wujudnya Allah.
Beberapa tokoh terkemuka di bawah telah memberi penjelasan tentang takrif akidah.
1.Muhammad Baisar (1973) memberi takrifan bahawa akidah yang betul ialah akidah
yang bersumberkan wahyu assamawi yakni datang daripada Allah tentang pegangan,
perundangan, dan akhlak yang dapat memberi petunjuk sebenar kepada umat manusia agar
dapat membezakan yang benar dan salah.
2.Al-Bazz (1986) menyatakan akidah yang sahih ialah segala perbuatan atau
percakapan daripada orang Islam yang sesuai dengan dalil syarak, berdasarkan al-Quran dan
Sunnah. Akidah ini dapat menjadikan seseorang muslim itu dapat menangkis segala cabaran
hidup di dunia dan akhirat.

2.Asas Ibadat

1
Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi, dan Pedagogi Pengajian Islam. Rawang:Selangor. 368.
Ibadat juga merupakan asas yang penting dalam pendidikan Islam kerana ia adalah
tujuan dalam hidup ini.Ibadat bererti memusatkan penyembahan kepada Allah dalam
menjalani dan mengatur segala aspek kehidupan di dunia ini dari segi zahir dan batin.
Ibadat yang hendak dilakukan oleh seseorang muslim itu hendaklah ikhlas kerana
Allah dan bukan bertujuan untuk mendapat habuan, harta benda, pangkat, atau kekayaan
yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
Asas ibadat dalam pendidikan Islam terhasil daripada kombinasi ajaran asas iaitu
Rukun Islam dan Rukun Iman seterusnya dapat membentuk keperibadian muslim yang baik
dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah SWT.

3.Asas Tasyrik
Islam telah menggubal undang-undang kepada manusia bertujuan untuk mengatur
hubungan sesama manusia.
Asyahid Hassan al-Banna dalam risalahnya menyatakan undang-undang yang
dinyatakan oleh Islam ialah undang-undang yang syumul berdasarkan kesyumulan Islam itu
sendiri.
Pelaksanaan syariat Allah yang menjadi asas pendidikan Islam dalam konteks
kehidupan bermasyarakat ialah dapat membentuk kehidupan yang harmonis, berdisiplin, dan
berakhlak mulia.

4.Asas Akhlak
Miqdad Yakhin menyatakan akhlak ialah dasar-dasar yang ditentukan oleh wahyu
untuk mencapai kesempurnaan dalam perlakuan dan batas-batas hubungan dengan orang lain.
Mohd Jawad Ridha (1972) pula menyatakan akhlak ialah suatu sifat yang harus ada pada
setiap manusia kerana ia mendidik manusia ke arah kemajuan dalam kehidupan.

Prinsip-Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam

1.Kewajipan belajar ke atas setiap muslim
Seruan Allah untuk belajar merupakan satu tuntutan yag harus dicari dan dipenuhi
oleh setiap muslim.Antara kepentingan mempelajari ilmu adalah manusia dapat melakukan
sesuatu tidakan yang betul untuk diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

2.Kewajipan mengajar ke atas setiap muslim
Pengajar merupakan sumber yang penting kepada keberhasilan sesuatu
pendidikan itu.Tugas menyampaikan ilmu adalah terletak pada bahu pendidik yang
merupakan kewajipan yang diamanahkan oleh Allah kepada para ilmuwan.Kaedah ini boleh
digunakan untuk membimbing masyarakat melalui amar makruf dan nahi munkar.

3. Kewajipan menuntut ilmu sepanjang hayat ke atas setiap muslim
Perspektif Islam yang mengambil serius terhadap ilmu pengetahuan ini tidak
dapat dinafikan sehingga Islam menetapkan kewajipan menuntut ilmu kepada semua umat
Islam.
4.Prinsip Menyeluruh
2

Pengajaran agama Islam yang menjadi dasar kepada pendidikan islam itu
hendaklah bersifat menyeluruh, dalam pendapat, penumpuan, dan tafsirannya kepada
kehidupan di dunia.Prinsip ini adalah bertujuan untuk mengembangkan dan mendidik segala
aspek peribadi manusia untuk menghadapi segala cabaran di dunia ini.
5.Prinsip Kejelasan
Islam yang menjadi tunjang kepada segala dasar dan tujuan-tujuan pendidikan
Islam hendaklah bersifat jelas dan terang dalam prinsip-prinsip,ajaran-ajaran,dan hukum-
hukumnya.Ia memberi jawapan yang tegas dan jelas kepada segala hukum dan masalah.
Tujuan Pengajaran (keselarasan antara Iman, Ilmu, dan Amal Soleh)

2
Prof. Dr. Omar Mohammad Al-Toumy Al-Syaibany. (1979). Falsafah Pendidikan Islam. Jakarta. (436)
Dalam menyelaras sistem pendidikan di sekolah,tujuan hendaklah menjadi asas
yang kukuh kepada sistem ini.Tujuan pengajaran dalam sistem pendidikan Islam ialah unuk
menghasilkan manusia yang mempunyai iman dan juga ilmu yang berkait antara satu sama
lain.Pendidikan Islam haruslah diajar dengan jelas dalam sukatan pelajaran sebagai suatu
tujuan untuk dipelajari dengan teratur.
3

Selain itu, tujuan pengajaran pendidikan Islam di sekolah ialah memperkenalkan
murid-murid tentang aqidah, dasar-dasar, dan asas-asas ibadat dan cara-cara
mengamalkannya dengan menjalankan, mematuhi dan menghormati aqidah dan syiar agama
yang diajarkan oleh Rasulullah.
Tujuan pengajaran juga ialah untuk menanamkan keimanan kepada Allah,
malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab, dan hari akhirat berdasarkan ilmu, keimanan, dan amal
soleh disamping menguatkan rasa keimanan kepada Allah dan cinta pada agama dan akhlak
pada diri manusia.
Selain itu, tujuan ini juga dapat menanamkan rasa cinta terhadap al-Quran dengan
menghormati, membaca, memahami, dan mengamalkannya dengan baik dalam kehidupan
seharian.Kesan ini seterusnya dapat menjadikan diri manusia bersih daripada perasaan hasad
dengki, kebencian, kekasaran, penipuan, pengkhianatan, perpecahan, dan perbalahan sesama
manusia.
Tujuan pengajaran pendidikan Islam di sekolah juga dapat mengembangkan minat
dan sifat ingin tahu murid-murid untuk mendalami tentang adab-adab dan kesopanan dari
segi perspektif Islam.Di samping itu, ia juga dapat menumbuhkan rasa bangga dan kagum
terhadap sejarah, kebudayaan Islam, dan pahlawan-pahlawan Islam seterusnya dapat menjadi
inspirasi yang berguna kepada seseorang pelajar itu.
4




3
S.S Husain & S.A Ashraf. (1989). Krisis Dalam Pendidikan Islam. Selangor. (43)
4
Dr. Hassan Langgulung. (1981). Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. (165)
Faktor-Faktor Yang Mendukung Keberhasilan Pengajaran
Terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran
pendidikan Islam di sesebuah sekolah.
1.Kurikulum
Kandungan kurikulum ini terbahagi kepada 3 bahagian yang mungkin dapat
membantu untuk memperkukuhkan penyampaian objektif kurikulum pendidikan Islam.
i.Bidang pembelajaran tilawah al-Quran dan hadis
Bidang ini menumpukan kepada memebaca ayat al-Quran mengikut tajwid yang
betul, menghafal ayat al-Quran, memahami pengertian ayat, dan menghayati pengajaran ayat-
ayat al-Quran.
ii.Bidang pembelajaran ulum syariah
Bidang ini merangkumi pemantapan akidah, peneguhan iman, dan
tanggungjawab seseorang pelajar itu terhadap Allah, diri sendiri, masyarakat, dan negara.
iii.Bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak islamiah
Bidang ini diajar khusus dalam bidang akhlak Islamiah.Ia diajar berdasarkan cara
hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah SWT, keluarga, negara dan masyarakat.
2.Guru
5

Sesungguhnya guru ialah elemen paling penting dalam dalam mendukung
keberhasilan sesuatu pelajaran.Antara tugas guru yang paling penting adalah menonjolkan
keperibadian dan akhlak yang baik kepada pelajar.Guru juga harus menguasai semua konsep
hukum agama untuk mengelakkan persoalan yang tidak dapat dijawab yang diajukan oleh
pelajar tentang agama.Amat penting bagi seseorang guru itu untuk menguasai kemahiran alat-
alat pengajaran bagi membina jiwa seseorang pelajar.

Untuk mencapai keberkesanan dalam pelajaran seseorang guru itu haruslah

5
H.ARSO SOSROATMODJO S.H. (1970). Laporan Survey dan Seminar Pendidikan Agama Pada Perguruan
Umum. Jakarta. (123)
bersikap penyayang kepada para pelajar.Guru-guru hendaklah mengajar dengan niat untuk
menyelamatkan para pelajar daripada kesusahan di akhirat kelak.Jadi amat besar
tanggungjawab guru berbanding tanggungjawab ibubapa yang hanya mendidik anak mereka
untuk hidup di dunia.
Guru juga hendaklah meneladani Rasulullah iaitu dengan tidak berniat mengajar
untuk mendapat upah, mengharapkan balasan atau penghargaan daripada sesiapa.Sebaliknya
mereka harus ikhlas dalam mengajar iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
mendapatkan keredhaannya.
3.Metode
Setiap guru haruslah membuat persediaan mengajar.Kaedah seperti ini dapat
menambahkan lagi minat pelajar untuk belajar sesuatu pelajaran tersebut.Kaedah di bawah ini
mungkin dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
6

Kaedah Iqra¶
Kaedah ini sangat bertepatan dengan matlamat kurikulum baru sekolah rendah.
kaedah ini dilakukan dengan cara murid akan membaca terus tanpa mengejanya terlebih
dahulu.Kaedah iqra¶ ini juga diperkenalkan untuk memudahkan murid menguasai bahasa al-
Quran secara cepat.
Kaedah Soal Jawab
Cara ini juga mungkin agak berkesan digunakan kepada para pelajar kerana ia
melibatkan semua pelajar berhubung dengan guru.Jadi pelajar mungkin akan sentiasa bersiap
sedia sebelum menjalankan kaedah ini.Guru-guru hendaklah merangka terlebih awal soalan-
soalan yang bakal diajukan kepada para pelajar.





6
GHAZALI DARUSALAM. (2001) PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM. KUALA LUMPUR. (248)
Kaedah Imla¶
Kaedah imla¶ adalah kaedah tulisan yang digunakan oleh guru untuk menilai
sejauh mana ingatan seseorang pelajar itu.Cara ini amat sesuai digunakan selepas guru
mengajar murid-murid.Guru haruslah mengajar kaedah imla¶ ini agar murid dapat menulis
kembali apa yang telah diajarkan oleh guru itu.
Kaedah Bermain
Kaedah bermain sangat sesuai digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah kerana
bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak.Kaedah ini juga boleh dilakukan dalam
pendidikan islam.Ia adalah bertujuan untuk menyuburkan rasa ingin tahu, membentuk nilai-
nilai baru, dan mengembangkan konsep yang baru dipelajari.
Kaedah Demonstrasi
Kaedah demonstrasi adalah bermaksud seseorang guru atau pelajar itu
memperlihatkan kepada seluruh kelas sesuatu pelaksanaan atau proses seperti bagaimana cara
untuk melakukannya.Cara ini mugkin berkesan kerana murid-murid dapat memahami
daripada awal hingga akhir bagaimana berlakunya sesuatu proses itu.Kaedah ini boleh
diajarkan oleh guru ketika hendak mengajar murid-murid bersolat, mengambil wudhuk,
tayammum dan sebagainya.
7

Kaedah Pemberian Tugas
Kaedah ini bermaksud guru akan memberi tugasan kepada pelajar untuk
dilakukan di rumah atau di sekolah.Kaedah ini akan memberi kesedaran kepada seseorang
pelajar itu untuk lebih bersikap bertanggungjawab dalam melakukan amanah.Jadi pelajar
akan mengisi masa kosong di rumah dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di
sekolah.

4.Alat-Alat Pengajaran

7
Drs. ABD. RACHMAN SHALEH. (1969). Didaktik Pendidikan Agama di Sekolah Dasar dan Petunjuk Mengajar
Bagi Guru Agama. Jakarta. (108)
Alatan pengajaran ialah segala kelengkapan yang diperlukan oleh seseorang guru
untuk membantunya dalam penyampaian pengajaran di sekolah.Alatan ini merangkumi
segala benda yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, digunakan, dan sebagainya.Alat-
alat pengajaran sangat penting kepada seseorang guru untuk memastikan proses pengajaran
guru itu berjalan dengan lancar.Kepentingan bahan bantu mengajar adalah dapat
mempertingkat minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat
merasai keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pelajaran guru.Ciri-ciri
bahan bantu mengajar yang baik adalah bahan itu dapat menjelaskan idea yang kabur,
menjelaskan bahagian yang sukar difahami, gunakan bahan yang tahan lama, dan bahan itu
hendaklah mudah disimpan ketika tidak digunakan. Antara jenis bahan bantu mengajar yang
dapat mendukung keberhasilan pengajaran ialah:
Papan buletin
Papan Tulis
Pita Rakaman
TV dan Rakaman Video
Kad Manila
Radio
Alat-alat bantu mengajar juga boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis agar
ia mudah untuk dikenalpasti oleh pelajar dan juga guru.
8

1. Alat-alat audio iaitu alat-alat yang boleh menghasilkan bunyi atau suara seperti radio
pita rakaman.
2. Alat-alat visual iaitu alat-alat yang dapat memperlihatkan rupa atau bentuk
3. Alat-alat audio-visual iaitu alat yang dapat menghasilkan rupa dan suara dalam satu
unit seperti televisyen.
4. Model


8
Zawawi Hj. Ahmad. (1988). Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Kuala Lumpur. (229)
KESIMPULAN

Pada dasarnya, proses belajar mengajar dalam pendidikan Islam ini mempunyai
banyak kaedah atau cara yang terbaik bagi membentuk seseorang pelajar itu menjadi lebih
bersikap afektif, kognitif, dan psikomotor.Hal ini kebiasaannya akan terjadi apabila
keunggulan ciri-ciri pendidik itu berkesan bersesuaian dengan pandangan yang diutarakan
oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan Islam yang menyatakan antara sifat-sifat yang
perlu ada pada setiap orang guru ialah ketokohan dalam kepimpinan, keperibadian mulia,
bersifat kasih sayang dan berjiwa luhur.Jadi semua pihak haruslah mengambil berat akan
proses pendidikan Islam yang diamalkan di sekolah-sekolah pada hari ini.Proses belajar
mengajar dalam pendidikan Islam di Negara kita hari ini amat berkesan untuk diamalkan di
semua sekolat untuk membina pelajar yang berakhlak dan bersahsiah tinggi.Faktor-faktor
yang mendukung keberhasilan pengajaran juga sangat sinonim dengan situasi pelajar
sekarang, ia adalah sangat mudah dan berkesan untuk pelajar-pelajar.Akhirnya proses ini
dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang berintelektual dan berketerampilan tinggi
dalam hidup mereka.










RUJUKAN

A.M, S. (2011). Kurikulum, Metadologi, dan Pedagogi Pengajian Islam. Selangor: Oxford Fajar Sdn
Bhd.

Ahmad, Z. H. (1990). Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd .

Al-Syaibani. (1979). Falsafah Pendidikan Islam. Jakarta: Bulan Bintang.

Ashraf, S. H. (1989). Krisis Dalam Pendidikan Islam. Selangor: T.P.

DARUSALAM, G. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UTUSAN PUBLICATIONS &
DISTRIBUTORS SDN BHD.

Langgulung, D. H. (1981). Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: T.P.

S.H, H. A. (1970). Laporan Survey dan Seminar Pendidikan Pendidikan Agama Pada Perguruan
Umum. Jakarta: T.P.

Shaleh, D. A. (1969). Didaktik Pendidikan Agama di Sekolah Dasar dan Petundjuk-petundjuk
Mengadjar Bagi Guru Agama. Djakarta: PELADJAR Bandung.

...........0 PENDAHULUAN«««««««««««««««««««««......1 ASAS-ASAS «««««««««««««««««««««...........2 PRINSIP-PRINSIP««««««««««««««««««« 5 3....4 ALAT-ALAT PENGAJARAN«««««««««««««««10 5. 2 2........11 6. 4 2..ILMU.2 GURU«««««««««««««««««««««««« 8 4. 6 4........1 KURIKULUM.ISI KANDUNGAN 1......0 TUJUAN PENGAJARAN 3..3 METODE««««««««««««««««««««««. 7 4..1 KESELARASAN ANTARA IMAN..0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENDUKUNG KEBERHASILAN PELAJARAN 4..0 PENGERTIAN PENGAJARAN«««««««««««««««............0 KESIMPULAN««««««««««««««««««««««.. 9 4...........12 ...... 3 2........DAN AMAL SOLEH««....0 RUJUKAN««««««««««««««««««««««««.

Guru dalam konteks Islam mestilah menjadi ikutan yang terbaik untuk anak-anak murid. profesion sebagai guru pendidikan Islam adalah satu kerjaya yang amat mencabar. sesuai. tetapi mendidik dan membangunkan diri seseorang murid itu. .Tugas pendidik dari perspektif Islam ialah mendidik iaitu berusaha mengembangkan potensi murid-murid samada potensi psikomotor.PENDAHULUAN Sebagai individu yang bertanggungjawab merealisasikan kehendak falsafah pendidikan Islam dan falsafah pendidikan kebangsaan.Jadi tugas guru-guru sekarang bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu.Proses pendidikan Islam ini dapat membentuk akhlak dan sahsiah pelajar yang cukup baik. elemen yang penting juga untuk proses belajar mengajar dalam pendidikan Islam ini ialah pelajar itu sendiri. kognitif atau afektif.Proses belajar mengajar dalam pendidikan Islam ini amat menitikberatkan sekali tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh seseorang guru itu dalam membuat persiapan mengajar.Proses ini sangat berkesan kerana mempunyai banyak kaedah dan cara-cara yang mudah. dan bertepatan untuk digunakan di sekolah-sekolah.Jadi tidak hairanlah sekarang peratus pelajar yang berjaya dalam akademik dah sahsiah mereka semakin meningkat di Negara kita.Selain daripada guru.

Rawang:Selangor. berdasarkan al-Quran dan Sunnah. dan akhlak yang dapat memberi petunjuk sebenar kepada umat manusia agar dapat membezakan yang benar dan salah.Asas Akidah Akidah adalah tunjang kepada asas-asas pendidikan Islam yang bermaksud seseorang hamba itu hendaklah menanamkan keyakinan yang tinggi kepada wujudnya Allah. dan Pedagogi Pengajian Islam.Pengajaran juga boleh ditakrifkan sebagai suatu kegiatan yang berkait dengan perkembangan anak dari segi pemikiran yang berintelektual seperti kognitif. Metodologi. (2011). Akidah ini dapat menjadikan seseorang muslim itu dapat menangkis segala cabaran hidup di dunia dan akhirat.Asas Ibadat 1 Ahmad Mohd Salleh. Asas-asas Pendidikan Islam1 1.Dalam erti kata lain juga.dan psikomotor.Muhammad Baisar (1973) memberi takrifan bahawa akidah yang betul ialah akidah yang bersumberkan wahyu assamawi yakni datang daripada Allah tentang pegangan. perundangan. 368.Pengertian Pangajaran Pengajaran bermaksud mentransformasi ilmu kepada pelajar dalam konteks lain memindah maklumat daripada seseorang guru kepada seseorang pelajar. 2. Kurikulum. 2. Beberapa tokoh terkemuka di bawah telah memberi penjelasan tentang takrif akidah.pengajaran bermaksud menyampaikan sesuatu yang mempunyai erti dan dapat difahami oleh seseorang pelajar itu. 1. .Al-Bazz (1986) menyatakan akidah yang sahih ialah segala perbuatan atau percakapan daripada orang Islam yang sesuai dengan dalil syarak.afektif.

Ibadat juga merupakan asas yang penting dalam pendidikan Islam kerana ia adalah tujuan dalam hidup ini. Mohd Jawad Ridha (1972) pula menyatakan akhlak ialah suatu sifat yang harus ada pada setiap manusia kerana ia mendidik manusia ke arah kemajuan dalam kehidupan. Prinsip-Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam .Ibadat bererti memusatkan penyembahan kepada Allah dalam menjalani dan mengatur segala aspek kehidupan di dunia ini dari segi zahir dan batin. Pelaksanaan syariat Allah yang menjadi asas pendidikan Islam dalam konteks kehidupan bermasyarakat ialah dapat membentuk kehidupan yang harmonis. pangkat.Asas Tasyrik Islam telah menggubal undang-undang kepada manusia bertujuan untuk mengatur hubungan sesama manusia. Asyahid Hassan al-Banna dalam risalahnya menyatakan undang-undang yang dinyatakan oleh Islam ialah undang-undang yang syumul berdasarkan kesyumulan Islam itu sendiri. berdisiplin. Ibadat yang hendak dilakukan oleh seseorang muslim itu hendaklah ikhlas kerana Allah dan bukan bertujuan untuk mendapat habuan. harta benda. atau kekayaan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. 4. 3. Asas ibadat dalam pendidikan Islam terhasil daripada kombinasi ajaran asas iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman seterusnya dapat membentuk keperibadian muslim yang baik dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah SWT.Asas Akhlak Miqdad Yakhin menyatakan akhlak ialah dasar-dasar yang ditentukan oleh wahyu untuk mencapai kesempurnaan dalam perlakuan dan batas-batas hubungan dengan orang lain. dan berakhlak mulia.

1. Dr. dalam pendapat.Kaedah ini boleh digunakan untuk membimbing masyarakat melalui amar makruf dan nahi munkar.Tugas menyampaikan ilmu adalah terletak pada bahu pendidik yang merupakan kewajipan yang diamanahkan oleh Allah kepada para ilmuwan. (1979).Kewajipan mengajar ke atas setiap muslim Pengajar merupakan sumber yang penting kepada keberhasilan sesuatu pendidikan itu. Ilmu. Kewajipan menuntut ilmu sepanjang hayat ke atas setiap muslim Perspektif Islam yang mengambil serius terhadap ilmu pengetahuan ini tidak dapat dinafikan sehingga Islam menetapkan kewajipan menuntut ilmu kepada semua umat Islam. Jakarta. dan Amal Soleh) 2 Prof. 3. 5.dan hukumhukumnya.Prinsip ini adalah bertujuan untuk mengembangkan dan mendidik segala aspek peribadi manusia untuk menghadapi segala cabaran di dunia ini. dan tafsirannya kepada kehidupan di dunia.Ia memberi jawapan yang tegas dan jelas kepada segala hukum dan masalah. 2.Prinsip Menyeluruh2 Pengajaran agama Islam yang menjadi dasar kepada pendidikan islam itu hendaklah bersifat menyeluruh. Tujuan Pengajaran (keselarasan antara Iman. Falsafah Pendidikan Islam.Kewajipan belajar ke atas setiap muslim Seruan Allah untuk belajar merupakan satu tuntutan yag harus dicari dan dipenuhi oleh setiap muslim.ajaran-ajaran. 4. penumpuan. Omar Mohammad Al-Toumy Al-Syaibany.Prinsip Kejelasan Islam yang menjadi tunjang kepada segala dasar dan tujuan-tujuan pendidikan Islam hendaklah bersifat jelas dan terang dalam prinsip-prinsip.Antara kepentingan mempelajari ilmu adalah manusia dapat melakukan sesuatu tidakan yang betul untuk diri sendiri dan masyarakat sekeliling. (436) .

malaikat.Dalam menyelaras sistem pendidikan di sekolah. dan amal soleh disamping menguatkan rasa keimanan kepada Allah dan cinta pada agama dan akhlak pada diri manusia. dan hari akhirat berdasarkan ilmu.Di samping itu. dan pahlawan-pahlawan Islam seterusnya dapat menjadi inspirasi yang berguna kepada seseorang pelajar itu. pengkhianatan. Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. keimanan. kebudayaan Islam. kekasaran.Tujuan pengajaran dalam sistem pendidikan Islam ialah unuk menghasilkan manusia yang mempunyai iman dan juga ilmu yang berkait antara satu sama lain. tujuan pengajaran pendidikan Islam di sekolah ialah memperkenalkan murid-murid tentang aqidah.4 3 4 S. (1989). (165) . perpecahan.S Husain & S. Selain itu. dan perbalahan sesama manusia.3 Selain itu. dan asas-asas ibadat dan cara-cara mengamalkannya dengan menjalankan. Hassan Langgulung. dan mengamalkannya dengan baik dalam kehidupan seharian.tujuan hendaklah menjadi asas yang kukuh kepada sistem ini. rasul-rasul. Tujuan pengajaran pendidikan Islam di sekolah juga dapat mengembangkan minat dan sifat ingin tahu murid-murid untuk mendalami tentang adab-adab dan kesopanan dari segi perspektif Islam. (43) Dr. Tujuan pengajaran juga ialah untuk menanamkan keimanan kepada Allah. membaca. penipuan. (1981). tujuan ini juga dapat menanamkan rasa cinta terhadap al-Quran dengan menghormati. Krisis Dalam Pendidikan Islam. Selangor. ia juga dapat menumbuhkan rasa bangga dan kagum terhadap sejarah.Pendidikan Islam haruslah diajar dengan jelas dalam sukatan pelajaran sebagai suatu tujuan untuk dipelajari dengan teratur. kitab-kitab. mematuhi dan menghormati aqidah dan syiar agama yang diajarkan oleh Rasulullah.Kesan ini seterusnya dapat menjadikan diri manusia bersih daripada perasaan hasad dengki. memahami. Kuala Lumpur. kebencian.A Ashraf. dasar-dasar.

dan negara. keluarga. iii. Laporan Survey dan Seminar Pendidikan Agama Pada Perguruan Umum. (1970). diri sendiri. peneguhan iman.Bidang pembelajaran tilawah al-Quran dan hadis Bidang ini menumpukan kepada memebaca ayat al-Quran mengikut tajwid yang betul. memahami pengertian ayat.H.Guru juga harus menguasai semua konsep hukum agama untuk mengelakkan persoalan yang tidak dapat dijawab yang diajukan oleh pelajar tentang agama. menghafal ayat al-Quran. 1. masyarakat. Untuk mencapai keberkesanan dalam pelajaran seseorang guru itu haruslah H.Bidang pembelajaran adab berteraskan akhlak islamiah Bidang ini diajar khusus dalam bidang akhlak Islamiah. 2. i. ii.Ia diajar berdasarkan cara hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah SWT.Faktor-Faktor Yang Mendukung Keberhasilan Pengajaran Terdapat beberapa faktor yang dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran pendidikan Islam di sesebuah sekolah.ARSO SOSROATMODJO S. dan menghayati pengajaran ayatayat al-Quran. negara dan masyarakat.Kurikulum Kandungan kurikulum ini terbahagi kepada 3 bahagian yang mungkin dapat membantu untuk memperkukuhkan penyampaian objektif kurikulum pendidikan Islam.Guru5 Sesungguhnya guru ialah elemen paling penting dalam dalam mendukung keberhasilan sesuatu pelajaran. Jakarta.Amat penting bagi seseorang guru itu untuk menguasai kemahiran alatalat pengajaran bagi membina jiwa seseorang pelajar.Bidang pembelajaran ulum syariah Bidang ini merangkumi pemantapan akidah. dan tanggungjawab seseorang pelajar itu terhadap Allah. (123) 5 .Antara tugas guru yang paling penting adalah menonjolkan keperibadian dan akhlak yang baik kepada pelajar.

6 GHAZALI DARUSALAM. (248) .Jadi amat besar tanggungjawab guru berbanding tanggungjawab ibubapa yang hanya mendidik anak mereka untuk hidup di dunia. KUALA LUMPUR.Guru-guru hendaklah merangka terlebih awal soalansoalan yang bakal diajukan kepada para pelajar.Jadi pelajar mungkin akan sentiasa bersiap sedia sebelum menjalankan kaedah ini. (2001) PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM. mengharapkan balasan atau penghargaan daripada sesiapa. 3. Kaedah Soal Jawab Cara ini juga mungkin agak berkesan digunakan kepada para pelajar kerana ia melibatkan semua pelajar berhubung dengan guru.Kaedah iqra¶ ini juga diperkenalkan untuk memudahkan murid menguasai bahasa alQuran secara cepat.Sebaliknya mereka harus ikhlas dalam mengajar iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mendapatkan keredhaannya.bersikap penyayang kepada para pelajar. kaedah ini dilakukan dengan cara murid akan membaca terus tanpa mengejanya terlebih dahulu.Metode Setiap guru haruslah membuat persediaan mengajar.6 Kaedah Iqra¶ Kaedah ini sangat bertepatan dengan matlamat kurikulum baru sekolah rendah. Guru juga hendaklah meneladani Rasulullah iaitu dengan tidak berniat mengajar untuk mendapat upah.Kaedah di bawah ini mungkin dapat menarik minat pelajar untuk belajar.Guru-guru hendaklah mengajar dengan niat untuk menyelamatkan para pelajar daripada kesusahan di akhirat kelak.Kaedah seperti ini dapat menambahkan lagi minat pelajar untuk belajar sesuatu pelajaran tersebut.

(1969). 4.Kaedah Imla¶ Kaedah imla¶ adalah kaedah tulisan yang digunakan oleh guru untuk menilai sejauh mana ingatan seseorang pelajar itu. Kaedah Bermain Kaedah bermain sangat sesuai digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah kerana bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak.Guru haruslah mengajar kaedah imla¶ ini agar murid dapat menulis kembali apa yang telah diajarkan oleh guru itu. mengambil wudhuk.Cara ini mugkin berkesan kerana murid-murid dapat memahami daripada awal hingga akhir bagaimana berlakunya sesuatu proses itu. tayammum dan sebagainya. Didaktik Pendidikan Agama di Sekolah Dasar dan Petunjuk Mengajar Bagi Guru Agama. RACHMAN SHALEH. Kaedah Demonstrasi Kaedah demonstrasi adalah bermaksud seseorang guru atau pelajar itu memperlihatkan kepada seluruh kelas sesuatu pelaksanaan atau proses seperti bagaimana cara untuk melakukannya. Jakarta. 7 Kaedah Pemberian Tugas Kaedah ini bermaksud guru akan memberi tugasan kepada pelajar untuk dilakukan di rumah atau di sekolah.Kaedah ini juga boleh dilakukan dalam pendidikan islam. ABD.Ia adalah bertujuan untuk menyuburkan rasa ingin tahu.Kaedah ini akan memberi kesedaran kepada seseorang pelajar itu untuk lebih bersikap bertanggungjawab dalam melakukan amanah. (108) 7 .Cara ini amat sesuai digunakan selepas guru mengajar murid-murid.Alat-Alat Pengajaran Drs. membentuk nilainilai baru. dan mengembangkan konsep yang baru dipelajari.Kaedah ini boleh diajarkan oleh guru ketika hendak mengajar murid-murid bersolat.Jadi pelajar akan mengisi masa kosong di rumah dengan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di sekolah.

dibaca. (1988). Model 8 Zawawi Hj. dipegang.Kepentingan bahan bantu mengajar adalah dapat mempertingkat minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping dapat merasai keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pelajaran guru.Alatan ini merangkumi segala benda yang dapat dilihat.Ciri-ciri bahan bantu mengajar yang baik adalah bahan itu dapat menjelaskan idea yang kabur. dan bahan itu hendaklah mudah disimpan ketika tidak digunakan. Alat-alat audio-visual iaitu alat yang dapat menghasilkan rupa dan suara dalam satu unit seperti televisyen. digunakan. (229) . menjelaskan bahagian yang sukar difahami. Alat-alat visual iaitu alat-alat yang dapat memperlihatkan rupa atau bentuk 3.8 1. Ahmad. Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. didengar. Antara jenis bahan bantu mengajar yang dapat mendukung keberhasilan pengajaran ialah: Papan buletin Papan Tulis Pita Rakaman TV dan Rakaman Video Kad Manila Radio Alat-alat bantu mengajar juga boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis agar ia mudah untuk dikenalpasti oleh pelajar dan juga guru. dan sebagainya. 4. 2. Alat-alat audio iaitu alat-alat yang boleh menghasilkan bunyi atau suara seperti radio pita rakaman.Alatan pengajaran ialah segala kelengkapan yang diperlukan oleh seseorang guru untuk membantunya dalam penyampaian pengajaran di sekolah. gunakan bahan yang tahan lama.Alatalat pengajaran sangat penting kepada seseorang guru untuk memastikan proses pengajaran guru itu berjalan dengan lancar. Kuala Lumpur.

kognitif.Faktor-faktor yang mendukung keberhasilan pengajaran juga sangat sinonim dengan situasi pelajar sekarang. dan psikomotor. bersifat kasih sayang dan berjiwa luhur.Jadi semua pihak haruslah mengambil berat akan proses pendidikan Islam yang diamalkan di sekolah-sekolah pada hari ini.Hal ini kebiasaannya akan terjadi apabila keunggulan ciri-ciri pendidik itu berkesan bersesuaian dengan pandangan yang diutarakan oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan Islam yang menyatakan antara sifat-sifat yang perlu ada pada setiap orang guru ialah ketokohan dalam kepimpinan.Akhirnya proses ini dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang berintelektual dan berketerampilan tinggi dalam hidup mereka. proses belajar mengajar dalam pendidikan Islam ini mempunyai banyak kaedah atau cara yang terbaik bagi membentuk seseorang pelajar itu menjadi lebih bersikap afektif. . keperibadian mulia.KESIMPULAN Pada dasarnya.Proses belajar mengajar dalam pendidikan Islam di Negara kita hari ini amat berkesan untuk diamalkan di semua sekolat untuk membina pelajar yang berakhlak dan bersahsiah tinggi. ia adalah sangat mudah dan berkesan untuk pelajar-pelajar.

Jakarta: T. (1979). (1990). H. Krisis Dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: T. A. Kurikulum. (1969). H. Z.P. D. Langgulung. S. S. Didaktik Pendidikan Agama di Sekolah Dasar dan Petundjuk-petundjuk Mengadjar Bagi Guru Agama. Metadologi.RUJUKAN A. G. Beberapa Tinjauan Dalam Pendidikan Islam. H. H. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd .P. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. .M. (2011). (1989). Laporan Survey dan Seminar Pendidikan Pendidikan Agama Pada Perguruan Umum. Pedagogi Pendidikan Islam. D. (1981).P. Djakarta: PELADJAR Bandung. DARUSALAM.H. S. Selangor: T. Shaleh. Falsafah Pendidikan Islam. (1970). Al-Syaibani. dan Pedagogi Pengajian Islam. Ahmad. Ashraf. (2001). Kuala Lumpur: UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD. A. Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Jakarta: Bulan Bintang.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->