KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA 1.

0 Pengenalan Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan. Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini kemudiannya akan melahirkan kebaikan atau keburukan kepada tamadun-tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot. Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tab¶iyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciriciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia sudah difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan. Contoh persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan keseluruhan Tamadun Asia kepada kuasa ghaib. Kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam nyata seperti sihat, sakit, aman, malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap tamadun mempunyai tafsiran dan kepercayaan masing-masing terhadap kuasa ghaib.
MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 1

Melalui perbezaan dan persamaan ini, negara-negara di Asia telah berjaya mewujudkan interaksi antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin secara harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara Tamadun Cina dan Islam terjalin melalui Laluan Sutera dan Tamadun India dengan Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi. Antara tamadun-tamadun ini tidak wujud satu pertembungan yang bersifat konflik seperti yang diistilah oleh S. Huntington sebagai Clash of civilization. Satu ciri sepunya yang dikongsi bersama dan berfungsi membangun tamadun-tamadun besar Asia ialah kerana dasar pembinaannya berteras kepada nilai keagamaan dan etika. Sebaliknya, pasti berlaku konflik lantaran perbezaan nilai yang ketara antara dua tamadun seperti pertembungan tamadun moden yang jelas didominasi oleh Tamadun Barat dengan Tamadun Timur yang berteras nilai tradisional. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa selepas kedatangan penjajah Barat ke beberapa negara di Asia sejak abad ke 16 masihi telah mencetuskan rangkaian konflik hingga masa kini.

2.0 Kebaikan Interaksi Antara Tamadun Di Asia Interaksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif seperti penyebaran agama Buddha di negara China. Agama Buddha dibawa masuk ke China pada kurun pertama Masihi. Ketika itu, maharaja China menghantar wakil ke India untuk mendalami ajaran agama ini dan menyesuaikannya dengan budaya masyarakat Cina seperti doktrin (prinsip) Daoisme dan Konfusianisme. Sami dari China menetap di India untuk mempelajari kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali sehingga berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar Tripitaka. Selain itu, pelbagai kemahiran juga diperkembangkan dalam sains dan teknologi seperti teknologi membuat gula daripada tebu dan bidang astronomi diperkembangkan oleh India kepada China. Karya perubatan India diterjemah ke dalam bahasa Cina selain daripada 60 koleksi ilmu astronomi India turut melalui perkara yang sama.

MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349

2

Bharata. Interaksi di antara kedua-dua tamadun ini berlangsung secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan. kesusasteraan dan kesenian. 1 MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 3 . Tamadun China turut menerima banyak keuntungan melalui interaksinya dengan India. Bidang fonetik di China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme. alat muzik China seperti pipa dan konghou juga berasal dari India. wujud satu budaya yang bersifat budaya komposit iaitu Indo-Muslim yang merupakan hasil campuran budaya Hindu dan Islam.Manakala. Penyebaran agama Islam2 dilakukan oleh orang Turki. perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali banyak mempengaruhi kesusasteraan China. Nama Tamadun India pada zaman klasik ialah dalam bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Varsha atau Bhrarata-Khanda yang diambil sempena nama pemerintah India. Walaupun berlakunya asimilasi budaya. Tamadun India melalui perkembangan teknologi membuat kertas. 2 Penganut agama Islam merupakan penduduk kedua teramai di India selepas penganut agama Hindu dengan hampir 150 juta orang daripada hampir 1 billon penduduk India. bahan letupan. percetakan dan penggunaan kompas dari Tamadun China. Malahan. Identiti kedua-dua budaya tetap dikekalkan. Rajah 1: Pipa Rajah 2 : Konghou Tamadun India1 turut melalui interaksi dengan Tamadun Islam apabila negeri Sind dan selatan Punjab dikuasai oleh orang Muslim pada tahun 712 Masihi. Disebabkan itu. Orang Greek menamakannya sebagai Indu sehingga terbitnya nama India seperti sekarang. Dalam bidang bahasa.

Bahasa Urdu mempunyai tatabahasa Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi. dalam bidang sejarah pula Tarikh-i-Muzaftarim oleh Muhammad Ali Ansari. Orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Persia dan cemerlang di madrasahmadrasah sehingga ada yang menjadi guru. Setelah kematian Akbar. Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India. lukisan Mughul terus dipengaruhi oleh elemenelemen Hindu dan pemerintah-pemerintah menggalakkan pelukis menggambarkan kehidupan Akbar dalam seni lukis mereka. Antaranya ialah majalah al-Ma¶arif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota Azamgarh yang diterbitkan sejak tahun 20an sehingga hari ini. Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar. Malahan. Ketika zaman pemerintahan Akbar juga. buku sains perubatan turut ditulis dalam bahasa Persia oleh ahli-ahli fizik Hindu. Keadaan ini dapat dilihat melalui lukisan dinding yang MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 4 . Arab dan Turki. Satu bahasa yang dikenali sebagai Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu muncul. gaya lukisan Hindu telah mendominasi gaya lukisan Parsi kerana kehadiran pelukis Hindu yang ramai di istananya. Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi. Seterusnya ialah majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya serta majalah Ta¶mir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul Ulama¶ Lucknow. Kemudian.Hasil daripada budaya komposit ini. Institut Lukisan Mughul diasaskan yang bertujuan mengabungkan gaya lukisan Islam dan Hindu. pemerintah teragung zaman Mughul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh bagi perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi. berlaku perubahan pada unsur-unsur budaya seperti bahasa. Ibrat-Nama oleh Khairuddin. Sairul-Mutakherin oleh Ghulam Husain dan Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi adalah antara karya-karya penting pada zaman pemerintahan Islam di India. tetapi yang menjadi dominan ialah Urdu Kerajaan Moghul. Manakala. Bahasa ini ditulis dengan skrip Arab tetapi. Majalah ini memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang terjadi di dalam dunia Islam Pendidikan juga turut dipengaruhi oleh budaya Indo-Muslim apabila dasar pendidikan yang baru diperkenalkan oleh Akbar. diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab.

Seterusnya. Seni bina merupakan unsur budaya komposit terakhir daripada interaksi Tamadun India dan Tamadun Islam. Dalam bidang persajakan dan sastera. karyawan terulung ialah Amir Khusraw (1253-1325) seorang Indo-Muslim. Ghalib pula seorang penyair Urdu yang cemerlang. Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah Basavan.berkembang maju di ibu kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85). Sehingga kini. Khawaja Najm-ud-din Hasan yang turut dikenali sebagai Mir Hasan Dihlvi merupakan penyajak Hindi yang terkenal. ialah karya beliau yang memberi corak kehidupan masyarakat India. Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra. kerja-kerja ukiran dan motif-motif bungabungaan lebih bercirikan seni bina Hindu. 3 Shah Jahan merupakan salah seorang pemerintah Islam di India pada tahun 1627-1658. Sementara itu. penggunaan bahan. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 5 . ghazal ciptaan beliau masih popular. Salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia iaitu Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan3 adalah berdasarkan konsep dan gaya Islam. Nuh Siphr (The Nine Skies). binatang. Namun demikian. persajakan juga merupakan unsur-unsur budaya komposit IndoMuslim. Lal dan Dasvanth. iklim. Ghazal Persia beliau amat menarik dan mudah difahami yang banyak membuatkannya terkenal. Bidang seni bina mengalami perkembangan yang pesat pada zaman Mughul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat. Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi. bunga-bungaan. agama serta bahasa-bahasa di India.

Sekolah-sekolah. moral dan intelek.Rajah 4: Masjid Jami Rajah 3: Masjid Kabuli Bagh Interaksi di antara Tamadun India dengan Tamadun Barat bermula dengan Portugal yang merupakan kuasa Eropah pertama yang datang ke India. sastera India telah dipengaruhi oleh pendidikan Inggeris. Tujuan Barat ke India ialah untuk memperoleh rempah dan meyebarkan agama Kristian. Vasco da Gama sampai ke Calicut di Kerala yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa perdagangan di situ. pandangan. campu dan drama lebih sesuai untuk kisah-kisah seperti epik. tujuan pendidikan di India ialah mewujudkan satu kelas India dalam darah dan warna. Selain itu. buku-buku. Genre sastera tradisional India seperti kavya. Menurut Thomas B. Perhubungan di antara penghuni bandar yang kebanyakkan berhijrah dari kampung masih erat dengan kaum keluarga mereka yang berada di kampung. media elektronik seperti panggung wayang. Pada tahun 1810-1820-an. kuil-kuil. manakala Inggeris melalui rasa. Dalam pada itu. Bandar menjadi pusat reformasi dalam aspek agama dan tradisi di kampung. agama dan dharma. Sudah tentulah ini tidak sesuai dengan kehendak sosial dan politik yang membawa nafas baru sehingga turut munculnya sajak-sajak romantik. Interaksi Tamadun India dan Tamadun Barat mempengaruhi hubungan sosial dan budaya di antara bandar dan kampung. upacara umum agama dan media massa MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 6 . Pada tahun 1498. sekolah-sekolah Inggeris. radio dan televisyen mula menggantikan alat komunikasi tradisional seperti wayang kulit dan drama. Interaksi kedua-dua tamadun ini mempengaruhi sastera di India apabila pada akhir abad ke-19. mubaligh-mubaligh Kristian dan buku-buku Inggeris memonopoli sistem pendidikan di India. orang India sendiri mula hilang minat kepada sastera mereka sendiri kerana tidak bersesuaian dengan perubahan zaman. Macauay.

a. tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Hak ini adalah berkaitan dengan kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa gangguan oleh umat Islam yang lain termasuklah Nabi Muhammad s.w. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi banyak memainkan peranan dalam proses interaksi ini. Bihar dan Haryana. Penganut-penganut Kristian dan orang Yahudi turut mendapat kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran beberapa buah kerajaan Islam. Namun demikian. hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberikan perlindungan. ketika zaman pemerintahan Abbasiyah. Bani Umaiyah. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s. Kerala. Gujarat dan Bengal Barat menggunakan bahasa Inggeris. Abbasiyah. Bahasa Inggeris turut diakui oleh Perlembagaan India yang digunakan untuk tujuan rasmi selama 15 tahun. di Madinah.memperkenalkan tafsiran yang baru dalam masyarakat kampung sehingga berlaku desakan agar pembentukan keseragaman dalam amalan budaya dan agama dilakukan. Sepanyol juga ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individuindividu Yahudi dan Kristian. perkahwinan.a. Uthamaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. dua pertiga daripada rakyat India tidak menggunakan bahasa Hindi dalam komunikasi mereka. terdapat juga negeri di India yang mengenakan syarat supaya menggunakan bahasa Hindi dalam pentadbiran seperti di Rajasthan. Manakala. Hal ini terus diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam ketika zaman Khulafa al-Rasyidin.w. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 7 . Disebabkan terdapat komuniti Arab ±Islam yang menetap di situ. Tamil Nadu. Di Andalusia. Malah. Interaksi tamadun seterusnya ialah di antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian yang berlaku semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab yang telah membawa beberapa kesan positif. Misalnya. Uttar Pradesh. kawasan seperti Punjab. politik dan sifat pendakwah agama Islam. Tamadun Islam juga turut berinteraksi dengan Tamadun China yang berlaku secara aman melalui perdagangan. sendiri.

Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah. Antaranya ialahh Prof. Ketika interaksi kedua-dua tamadun ini berlaku. Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan terhadap negeri China tanpa berbelah bahagi. Dinasti Tang. Hasilnya. penyebaran agama Islam kemudiannya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Lebih daripada 70 Review Islam telah diterbitkan dan Review Bulanan Islam di Yunan dalam tahun 1915 adalah yang terawal diterbitkan. muncul beberapa tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang.berlakulah perkahwinan campur antara pedagang dengan wanita tempatan. Hal inilah yang meyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli Konfusianisme seperti yang telah dihadapi oleh agama Buddha. muncul pula cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Muhammad Pai Shao Yi yang menyebabkan Islam di negeri China memperolehi kekuatan di peringkat akar umbi. Mereka mencari keselarian ajaran-ajaran dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Melalui interaksi ini juga. terdapat juga penerbitan media massa dalam kalangan masyarakat Islam di negeri China. berlakunya pertembungan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China yang dapat dilihat menerusi masjid-masjid di China hari ini. Sung. ketaatan kepada ibu bapa dan raja serta nilainilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme. Mereka ini 4 Penganut agama Islam berbangsa Cina dikenali sebagai Hui. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 8 . Agama Islam diperkenalkan kepada masyarakat China4 melalui konsep hubungan kekeluargaan. Antara penulis yang terkenal dalam bidang penerbitan ialah Elias Wang Ching Chai dan Muhammad Yang Chong Ming. Kemudian. Review yang paling lama bertahan ialah µThe Crescent-Bulan Sabit¶ dan µThe Light Of The Crescent-Cahaya Bulan Sabit¶ (Yueh Hwa) di Bei Jing dan juga µIslamic Review¶ di Shang Hai. Yuan dan Ming.

Tamadun Islam turut berinteraksi dengan Tamadun Melayu yang juga berlaku secara aman menerusi perdagangan. Interaksi tamadun ini juga telah melahirkan ramai negarawan Cina dan tentera Cina adalah beragama Islam. putera Hsien Yang Dinasti Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang. dari India serta dari China. Sheikh Wang Tai Yu dan dan P¶u Sung Ling. Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula merupakan seorang jeneral yang terlibat dalam peperangan antara tentera China dan Jepun pada tahun 1894. P¶u Sung Ling dianggap sebagai salah seorang penulis besar China. Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal tentera empat bintang yang meninggal dunia di Taipei pada 2 Disember 1966 dan Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan. Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair besar manakala Mi Fei seorang penyair dan penulis kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina . Seribu Satu Malam. Korea dan juga Jepun. Namun kesan positif iaitu dengan tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu adalah kesan yang paling menonjol. terdapat juga masyarakat Cina Islam yang aktif seperti Lee Yen Shen yang terkenal pada zaman Dinasti Tang.juga merupakan penterjemah al-Quran ke dalam bahasa Mandarin dan kamus ArabChina Dalam bidang kesusasteraan. Antaranya ialah Takutur Khan. terdapat ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Ma Ming Loong. orang yang menumpaskan tentera Komunis di wilayah Kansu pada tahun 1948. Dikatakan bahawa pengaruh Islam di Asia Tenggara khususnya Kepulauan Melayu datang dari tiga kawasan berbeza iaitu dari Arab dan Parsi. Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh orang-orang Cina. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 9 . Cerita µLiao Ch¶ai¶ dianggap setaraf dengan cerita Arab. Dari aspek kesenian pula. Ketika zaman Dinasti Manchu pula. P¶u Sung Ling telah menulis cerita µLiao Ch¶ai¶ yang bermaksud µrumah yang tidak dikehendaki¶ atau µrumah perbualan¶. iaitu cucu kepada Jenghis Khan dan Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan. Syed Omar Shamsuddin.

Mataram dan banyak lagi. Kesan positif yang dapat dilihat termasuklah pengaruh dari segi perundangan. golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka seharian. Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039. Johor-Riau. di Brunei (1048) dan di Laren. Tuban. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh perkataan Hokkien. Kebudayaan Baba dan Nyonya mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu. penyebaran agama Islam di Tanah Melayu di peringkat awal dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran daripada hubungan perdagangan kedua-dua belah pihak. Dalam interaksi kedua-dua tamadun ini. Aceh. Banten. tembikar dan logam serta makanan seperti kicap. Brunei. Tamadun Melayu juga mewarisi Cina Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Patani. Demak. kesenian. Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain kapas. Kesan daripada interaksi ini. Malahan. Cina Peranakan juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan menggunakan tangan. muncul pula kerajaan Islam tempatan seperti Pasai. kebudayaan berupa pakaian dan makanan serta penggunaan istilah-istilah Arab dalam bahasa Melayu.Lalu. Malahan. Rekod rasmi China yang menyatakan Kedah pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan kehadiran pedagang Kedah ke China yang bertarikh 638M menunjukkan interaksi di antara Tamadun Melayu dan Tamadun China. unsur kebudayaan juga dipengaruhi oleh kebudayaan masing-masing. adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan. Interaksi ini juga turut membawa tulisan jawi yang banyak mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. salah satu cabang dalam bahasa Cina. Sulu. barangan porselin. kesusasteraan. taugeh dan tauhu. Jawa (1082) yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9. Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah. Selain itu. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 10 . Melaka.

Hasil daripada interaksi ini. Dalam bidang teknologi. Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sedari abad ke-3 SM. Keadaan ini berdasarkan konsep ³Dewaraja´5. Seterusnya ialah interaksi di antara Tamadun Melayu dengan Tamadun India. anemia dan kanser. kain. Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda. rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat biasa. Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur konsep ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu. bahan letupan dan lilin.Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan dari aspek perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 11 . Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas. 5 Dewaraja ialah bahasa Sanskrit yang bermaksud God King. Buktinya. Perubatan herba Cina menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti asma. agama Hindu dan Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya memegang kepercayaan animisme. Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem kasta. Seperti yang kita ketahui. bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipa yang bermaksud Semenanjung Melayu. Para pedagang dari India ke Tanah Melayu bagi mendapatkan emas sementelah mereka menggelarkan Tanah Melayu Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika kerajaan Chola menguasai Kedah.

Hikayat Panda Delima dan Hikayat Sang Boma. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 12 . 29 perkataan bahasa Sanskrit turut ditemui bersama bahasa Arab. Unsur terakhir yang dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan. bertindik telinga. Bahasa adalah unsur yang ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua tamadun ini. Amalan seperti melenggang perut. Tamadun Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa Melayu. Asimilasi ini langsung tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Hikayat Seri Rama diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala versi tempatan bagi Epik Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima. Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan. Antara contoh bahasa Sanskrit yang mempengaruhi bahasa Melayu lama ialah bhakti (bakti). bersanding dan berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno ketika itu. Dalam interaksi di antara Tamadun China dan Tamadun Jepun. Hikayat Pandawa. keagungan raja-raja serta penyelitan unsur mitos dan epik.Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Dalam Batu Bersurat Terengganu. keromantisan. Karya sastera ini turut diadaptasi ke dalam wayang kulit. Antaranya ialah dari segi agama dan tulisan6. Jepun mendapat banyak faedah daripada hubungan ini kerana beberapa sumbangan penting dari Tamadun China. kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata. Malah kuil-kuil Buddha didirikan di Jepun dan 6 Negara Jepun dikatakan mempunyai kadar celik huruf tertinggi di dunia iaitu 98 peratus. Tamadun China mengembangkan agama Buddha di Jepun dan diasimilasikan dengan agama asal Jepun iaitu Shinto. banyak kesan positif yang dapat diperhatikan. Karya sastera Melayu tradisional begitu mementingkan aspek kesenian. prakara (perkara) dan vela (bila). Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M). Contohnya.

Interaksi kedua-dua tamadun ini berlaku secara tidak sengaja apabila tiga orang Portugis yang menumpang sebuah kapal Cina dari Melaka hanyut berdekatan Pulau Kyushu pada tahun 1542. Melalui aspek tulisan pula. Mereka turut menyebarkan agama Kristian di Kagoshima. manga. 9 Upacara minum teh di Jepun dipengaruhi oleh mazhab Zen Buddhisme. Bandar Nagasaki seolah-olah diperintah oleh orang Kristian dan paderi-paderi mempunyai kuasa yang agak besar. dua lagi tulisan Jepun ialah Kanji dan Romanji. Penyebaran ini banyak dipengaruhi oleh kebolehan mereka berbahasa Jepun dan ketinggian peribadi yang menyebabkan mereka mudah diterima oleh golongan bangsawan dan maharaja. Mutu istimewa teh Jepun dihasilkan dengan mengeringkan daunnya tanpa penapaian. Hal ini menyebabkan orang Portugis mula berdagang di Kagoshima apabila mereka bertapak di Macao pada tahun 1557. tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana7. Jepun merupakan antara pengeksport budaya pop yang terbesar seperti anime. Selain itu. konsep mandat dan syurga pula memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Begitu juga ajaran falsafah Konfusianisme yang diasimilasi dalam Tamadun Jepun. Mereka telah mengambil sebahagian daripada keuntungan jualan barang-barang muatan kapal Portugis untuk meluaskan gereja-gereja dan sekolah-sekolah Kristian. Kemudian. Selain daripada tulisan Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan ini juga memberi kesan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan Tamadun Jepun. fesyen dan permainan video. penyebaran ini lebih giat dilakukan ketika Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah kerana Jepun menitikberatkan pertanian ketika itu. Kini. Tamadun Jepun juga turut berinteraksi dengan Tamadun Barat.mencapai zaman kemuncaknya pada zaman Nara dan Heian. 8 7 MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 13 . Manakala. seni taman dan struktur pembinaan bandar. Ajaran Konfusianisme memberi penekanan kepada institusi kekeluargaan dan ini memberi kesan kepada pemantapan institusi keluarga di Jepun. Tamadun China turut meninggalkan unsur kebudayaannya8 seperti upacara minum teh9.

Jepun juga telah mengubah cara pemilikan tanah mereka dan menurut cara Barat. Dalam sistem tradisi. dalam bidang pemilikan tanah. tetapi kini hak milik tanah diberikan kepada semua termasuklah golongan petani. Selain itu. 3. penggunaan sudu dan garpu menggantikan penyepit serta penggunaan lampu elektri dan jam dari Barat. Sistem bayaran cukai kepada golongan feudal juga diganti dengan pembayaran cukai tanah kepada kerajaan. Penubuhan bank ini pada tahun 1872 adalah dengan mencontohi bank-bank di Amerika Syarikat. Namun begitu. kelas sosial10 juga telah ditamatkan perbezaannya dengan penguatkuasaan undang-undang. Daripada memusuhi dunia luar. Orang Jepun mula tertarik dengan kasut-kasut dari Barat yang menggantikan penggunaan terompah. Dalam bidang ekonomi pula. Masyarakat Jepun menganggap semua masyarakat sama taraf walaupun pekerjaan mereka berbeza. 10 Perbezaan kelas berpunca daripada golongan tuan tanah yang hidup di atas sewa yang dibayar kepada mereka dan penyewa yang tiada bertanah. Dalam pada itu. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 14 . Terdapat juga yang menyebabkan kesan negatif berlaku sama ada pada peringkat awal interaksi atau sebahagian daripada kesan interaksi yang telah berlaku. orang Jepun tetap mengekalkan adat dan sopan dalam kehidupan seharian terutama golongan atasan. Perdagangan Jepun dengan dunia luar juga membawa banyak keuntungan kerana pengaliran mata wang asing ke Jepun. pemakaian cara Barat menggantikan kimono. menjadikan daging dan susu sebagai makanan seharian. interaksi di antara Jepun dan Barat menyebabkan sistem bank yang moden ditubuhkan yang berperanan memulihkan nilai mata wang Jepun.0 Keburukan Interaksi Antara Tamadun Di Asia Tidak semua interaksi di antara tamadun menghasilkan kesan yang positif. Jepun menukarnya kepada µdasar buka pintu¶. tanah adalah milik pembesar-pembesar sahaja.Tamadun Barat turut mempengaruhi Tamadun Jepun dari aspek kebudayaan.

Umpamanya. Interaksi di antara Tamadun Islam dengan China juga menimbulkan konflik seperti rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. rasa tidak puas hati orang Islam turut muncul apabila ajaran Konfusianisme diutamakan pada pemerintahan Dinasti Ching. upacara mandi suci di Sungai Jamuna dan mengharamkan upacara Sati. Selain itu. Pemberontakan kemudian berlaku pada tahun 758 Masihi dan 876 Masihi menyebabkan orang islam dibunuh dan ramai yang melarikan diri ke Asia Tenggara seperti Palembang dan Kedah. Contohnya. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah melancarkan Perang Salib ke atas orang Islam. Rasa Semasa zaman pemerintahan Moghul. Begitu juga pemerintah-pemerintah Islam telah memusnahkan kuil-kuil Hindu dan orang Hindu dibunuh. Penduduk Han di Tenggara China mewujudkan permusuhan dengan orang Islam kerana tidak puas hati terhadap kemewahan orang Islam dalam aktivti perdagangan. Tentangan mereka menyebabkan sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan. Hubungan penganut agama Islam dan Hindu di India berada dalam ketegangan. Ramai orang Islam dan Yahudi yang terkorban akibat perang ini disebabkan faktor perbezaan agama. Orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan raja-raja India yang beragama Hindu. raja Moghul. Konflik turut wujud ketika agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur semasa interaksi di antara Tamadun India dan China. hubungan orang Islam dan Kristian ketika Zaman Pertengahan di Eropah. Seterusnya ialah ketika interaksi di antara Tamadun India dan Tamadun Islam. Aurangzeb telah mengharamkan pembinaan kuilkuil baru. Hal ini disebabkan pengaruh cendikiawan Konfusianisme dalam pentadbiran Dinasti Han. ekonomi dan politik. raja-raja Islam dalam Kesultanan Dehli11 telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan upacara keagamaan Hindu. 11 MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 15 .

wujud beberapa kebaikan dan keburukan yang harus kita fahami. dalam persoalan-persoalan tertentu. terutamanya yang berkaitan dengan teologi. Memahami kebaikan dan keburukan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk bersikap lebih toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. jelaslah bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 16 . Kesimpulannya. 12 Beberapa siri pemberontakan telah berlaku akibat rasa tidak puas hati orang Islam seperti Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi). KESIMPULAN Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun. mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.tidak puas hati12 orang Islam disokong oleh gerakan Kaum Muda (Wahabi) dalam kalangan orang Cina beragama Islam. Namun begitu. Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31 Masihi) dan Pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi).

Bhd. Azhar Mad Aros. (Jan 2011).com/2008/06/interaksi-antara-tamadun. Dg Hafizah Dg Basir Siti Halimah Putung. Pengajian Tamadun Asia.geocities. Selangor Darul Ehsan : Multimedia Sdn.html http://www.(2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Ros Aiza Mohd Mokhtar.com/2008_12_02_archive.htm#TAJUK-TAJUK MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 17 .BIBLIOGRAFI Afifah Abu Yazid. http://tamadun-islam551. Abd Hakim Mohad.html http://titas-haba. (2004). Ahmad Zaki Abd Latiff.blogspot. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn.blogspot. Azam Hamzah. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.com/durontekno/TAMISLAM. Bhd.

Pencarian bahan dan memproses maklumat yang saya perolehi ini merupakan agak mencabar bagi diri saya kerana subjek TITAS ini amat meluaskan dan mendalam. saya juga pergi kedai-kedai untuk untuk mencari buku rujukan terbaru yang mempunyai kaitan dengan tugasan saya ini. Saya mengenal pasti penulis-penulis buku yang saya rujuk tersebut dan melihat latar belakang mereka.REFLEKSI Dalam menjalankan tugasan ini. maklumat yang saya peroleh dari sumber internet itu juga kurang menyakinkan kerana kesahihannya tidak terbukti. dengan beberapa maklumat yang saya peroleh. Setelah selesai. saya pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan tambahan yang dapat menambahkan kesahihan maklumat yang telah peroleh. Saya mendapati bahawa berdasarkan bahan-bahan rujukan yang saya perolehi daripada internet. Tajuk tugasan yang saya perolehi ialah mengenai kebaikan dan keburukan interaksi antara tamadun di asia. Selain itu juga. tetapi. saya mencari maklumat menggunakan sumber internet. perpustakaan dan kedai buku. Oleh itu. saya memlilih isi-isi yang terbukti boleh dipercayai dan saya huraikannya mengikut kefahaman saya berdasarkan bukti dan pendapat tokoh-tokoh yang terdapat di dalam sumber rujukan saya. Aspek yang perlu saya huraikan ialah dari segi kebaikan (positif) dan keburukan ( negative) yang berlaku daripada hasil interaksi antara tamadun di asia dan bersertakan buktinya. Selain itu. aspek yang banyak diterangkan adalah seperti nilai-nilai universal tamadun dan perbezaan dan persamaan antara tamadun. tidak banyak penjelasan mengenai aspek kebaikan dan keburukan interaksi antara tamadun di asia yang dijelaskan. Untuk permulaan dalam proses pencarian maklumat. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 18 . Walaupun terdapat banyak maklumat yang ada di sana. Namun begitu. tetapi hanya sedikit sahaja yang menepati aspek yang ingin saya cari. saya mendapati bahawa setiap orang di dalam kelas memperolehi tajuk tugasan yang berbeza. saya membuat banding beza untuk memastikan kesahihan maklumat yang saya perloleh itu dan mencari bukti kesahihannya di dalam internet.

Justeru itu.Di samping itu. Seperti yang kita dapat lihat di dalam Negara kita. Memahami kebaikan dan keburukan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk bersikap lebih toleransi ke arah mewujudkan MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 19 . dengan melakukan tugasan ini saya dapat melihat keburukan interaksi tamadun ini dan menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya untuk tidak menjadikan keburukan itu berleluasa. Semua ini berlaku kerana terdapatnya interaksi antara tamadun dan ini telah terbukti. tugasan ini juga memerlukan saya untuk membuat persembahan slide untuk dibentangkan kepada rakan-rakan sekelas dan dinilai. bahasa. Namun di sebalik kebaikan yang wujud dalam interaksi ini. Malaysia. saya perlu meringkasnya lagi untuk dijadikan sebagai persembahan slide yang mudah difahami dan ringkas. seni bina dan amalan di dalam satu negara. Berdasarkan jawapan esei yang telah saya selesai siapkan. kita berkongsi budaya. lahir juga keburukan di sampingnya. berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun. kita dapat perhatikan banyak perubahan yang berlaku di dalam Negara masing-masing. saya menyedari bahawa betapa pentingnya untuk kita memelihara keamanan Negara yang telah kita kecapi dan tidak menimbulkan keburukan. wujud beberapa kebaikan dan keburukan yang harus kita fahami. Berlaku banyak pengubahsuaian dan penigkatan tahap hidup antara kita. Berdasarkan interaksi yang berlaku sejak berjuta tahun dahulu. agama. Malaysia. Antara factor semua perkara ini terjadi adalah kerana interaksi antara tamadun. Sesebuah tamadun itu boleh runtuh akibat interaksi dan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat. dalam persoalan-persoalan tertentu. jelaslah bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. terutamanya yang berkaitan dengan teologi. Setelah selesai melakukan tugasan ini. saya lebih menyedari apa itu kepentingannya interaksi antara tamadun bukan sahaja di asia. Kesimpulannya. Namun begitu. malahan di tanah Melayu kita. Oleh itu. makanan.

keharmonian sejagat. MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 20 . mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama. Kesimpulannya.

LAMPIRAN MUHAMMAD AFIF YUSRI BIN YAHYA 911225-08-5349 21 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful