P. 1
Contoh Laporan Program Perkampungan Akademik

Contoh Laporan Program Perkampungan Akademik

|Views: 278|Likes:
Published by Shima Norhashima

More info:

Published by: Shima Norhashima on Feb 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2015

pdf

text

original

LAPORAN PROGRAM PERKAMPUNGAN AKADEMIK “SKOR A” CALON PMR 2011 (JHEAINS) OLEH : SITI NUR SYUHAIDA BINTI ABU

HANIZAN 2 FEBRUARI 2011 ( RABU) SLOT 1 : TAKLIMAT DAN ICE BREAKING OLEH : SAUDARI NURZALEHA BINTI AB. TALIB Ice breaking pada program kali ini menampilkan mederator atau trainer Akademi Sukses yang berkaliber tidak lain dan tidak bukan Saudari Nurzaleha binti Ab. Talib atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Leha. Program kali ini disertai oleh pelajar PMR dari Maahad Ahmadi (MANS), Institut Tahfiz Al-Quran(ITQAN) dan Sek. Men. Agama Sains Kuala Pilah (SELARU). Jumlah kesemua pelajar adalah seramai 177 orang pelajar yang terdiri daripada ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Slot ice breaking kali ini dimulakan dengan aktiviti meniup belon yang diwakili oleh 5 orang wakil pelajar lelaki dari setiap sekolah selepas selesai memilih penghulu dan penghuluwati yang terdiri dalam kalangan mereka sendiri. . Aktiviti ini memerlukan setiap wakil sekolah tersebut meniup belon yang diberi dan melepaskan semula belon tersebut dan setiap peserta dikehendaki melangkah mengikuti arah belon tersebut terbang lalu jatuh. Begitulah seterusnya sehingga sampai ke garisan penamat yang telah ditetapkan. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membuang ego dalam diri setiap pelajar agar diri masing-masing ikhlas mengikuti program ini bagi menjamin kejayaan dalam PMR mereka pada tahun ini. Di akhir aktiviti ini terdapat pelajar yang terlebih dahulu sampai dan ada juga yang lambai sampai ke penamat. Moralnya,jelaslah bahawa sesuatu kejayaan itu tidak datang bergolek malah kejayaan itu bermula dari bawah. Seterusnya slot ini diteruskan dengan pendedahan “Budaya Program” iaitu IKHLAS, HARGAI MASA,CERIA,KERJASAMA, FOKUS DAN HIJRAH. Kesemua budaya program ini didedahkan agar semua peserta program berpegang malah mempraktikkannya dalam kehidupan harian mereka sebagai seorang pelajar. Akhir sekali Saudari Nurzaleha membacakan “Deklarasi Pencinta Ilmu” kemudian diikuti oleh peserta program. Deklarasi pencinta ilmu tersebut adalah seperti di bawah : Deklarasi Pencinta Ilmu Bismillahirrahmanirrahim…. Saya sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu, Saya sentiasa menghargai masa hidup saya, Saya sentiasaceria dan mampu membahagiakan orang lain, Saya kreatif dan mudah bekerjasama dalam setiap perkara, Saya fokus dalam setiap perkara yang saya lakukan, Saya sentiasa berhijrah ke arah kebaikan dalam setiap peringkat kehidupan saya. SLOT 2: KEMAHIRAN TATABAHASA DAN RINGKASAN / PEMAHAMAN OLEH : ENCIK MOHAMAD BIN ASPARI (GURU SUKSES) Sebelum Guru Sukses memulakan slot, semua adik-adik telah diberi ujian tatabahasa bagi mmenguji sejauh mana pengetahuan tatabahasa mereka. Kelihatannya semua peserta

program menjawab ujian tersebut dengan tekunnya. Selepas itu Guru Sukses memberi pendedahan tentang skema pemarkahan kertas peperiksaan PMR Bahasa Melayu agar adik-adik jelas dan faham apa yang tersirat ketika penandaan kertas peperiksaan bermula. Adik-adik peserta juga dibekalkan dengan hand out yang begitu berharga yang terdiri daripada contoh-contoh karangan calon-calon yang lalu, pelbagai peribahasa,beberapa petikan dan sebagainya. Adik-adik diarahkan untuk membaca kesemua petikan tersebut dan mengeluarkan fakta-fakta penting,ayat-ayat menarik dan juga bahan bukti yang menjadi penguat bagi sesebuah karangan. Selain itu juga Guru Sukses membincangkan bagaimana cara-cara untuk membuat ringkasan karangan yang terbaik. Kesemua peserta nampaknya begitu teruja untuk melakukan cara-cara penandaan kertas peperiksaan kerana ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan markah yang baik. Kemudian slot disambung oleh Saudari Nurfatin Syahira binti Zolkafli dengan memberi semangat belajar kepada adik-adik peserta. Kesemua peserta menunjukkan respons yang positif. 3 FEBRUARI 2011 (KHAMIS) SLOT 3 :KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF DALAM PENULISAN OLEH : ENCIK MOHAMAD BIN ASPARI (GURU SUKSES) Guru Sukses telah membentangkan bagaimana kaedah untuk membuat karangan terbaik dengan menggunakan kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif .Kata guru sukses lagi setiap karangan yang baik poerlulah menggunakan kemahiran berfikir agar karangan yang dibuat mengikut soalan dan tidak lari dari kehendak soalan. Antara faedah berfikir yang digunakan dalam membina karangan yang bermutu adalah kaedah OPV (Others People Views), C N S (Consequence N Sequence), PMI (Plus Minus +Interesting), dan KEDIMASEN + A . Selepas memberi pendedahan tentang kemahiran berfikir tersebut semua peserta diarahkan untuk memilih satu tajuk karangan dan membuat karangan dengan menggunakan kaedah berfikir yang telah diberikan secara berkumpulan dan dibantu oleh kehadiran para fasilitator yang hebat dan sukses. Semua kumpulan melakukan tugasan tersebut dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat. Setelah siap mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka dihadapan rakan-rakan mereka dan setiap hasil kerja mereka itu akan dikomen oleh para fasilitator sepaya menjadi karangan yang lebih baik dan cemerlang. Mereka memberikan maklum balas yang positif. Tahniah adik-adikku!! SLOT 5: PENGHAYATAN FALSAFAH KEHIDUPAN OLEH: SAUDARA ZUL AIMIN BIN ZAKARIA Dalam slot ini Saudara Zul Aimin telah menceritakan pengalaman beliau sebagai trainer akademi sukses yang berjaya untuk memberi semangat kepada adik-adik agar adik-adik juga boleh berjaya dan juga turut berkongsi pengalaman beliau mengikuti programprogram besar kepada adik-adik. . Saudara Zul aimin juga turut mengajar adik-adik agar sentiasa melakar apa yang diingini oleh diri kita sendiri agar suatu masa nanti kita bersama bisa melakar kejayaan diri kita. 3 FEBRUARI 20011 (AHAD) SLOT 6 : RESOLUSI Hari terakhir bersama peserta adalah hari yang begitu hening dan sayu. Al-maklum la mahu berpisah antara satu sama lain. Dalam slot ini Saudara Zul Aimin telah

mengingatkan kembali (recall) para peserta tentang tujuan program ini diadakan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah. Selain itu juga semua peserta diberi sehelai kertas dan mereka dikehendaki menulis sifat-sifat negatif yang ada dalam diri mereka kemudian mereka diarahkan untuk membuang kertas yang terkandung sifat negatif tersebut sebagai simbolik supaya semua mereka jauh dari sifat-sifat tersebut. Kemudian adik-adik peserta menulis komentar tentang program yang diadakan untuk mereka ini. Setelah menonton sedikit video yang disediakan semua peserta bersalaman dengan fasilitator dan seterusnya majlis bersurai. Moga kalian mendapat sesuatu yang baru untuk diri kalian. Sukses adik-adikku.!!!!!

KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK BELAJAR TAHUN 2011 KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK BELAJAR TAHUN 2011

1.0 PENDAHULUAN Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering

kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah dipinggirkan dan tidak diambil perhatian. Kebanyakan daripada pelajar kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan konsisten. Oleh yang demikian, Program Bijak Belajar ini dirancang untuk membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik para pelajar di sekolah ini.

2.0 RASIONAL Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran para pelajar untuk menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, program ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 3.0 MATLAMAT Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkukuh dan memperkasakan prestasi akademik dan akhirnya dapat menjadi pelajar-pelajar yang dapat dicontohi oleh semua lapisan masyarakat. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Memberi kesedaran kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam akademik. 4.2 Mengamalkan suasana belajar yang kondusif dan positif dari masa ke masa. 4.3 Menyuntik semangat pembelajaran dalam diri semua pelajar dan dapat mengetahui teknik belajar yang betul. 5.0 KUMPULAN SASARAN Para pelajar tingkatan 1, 3, 4 dan 5

6.0 TARIKH / TEMPAT & MASA Tarikh : 24 Januari 2011 ( Isnin ) - Para pelajar tingkatan 1 25 Januari 2011 (Selasa) - Para pelajar tingkatan 4 26 Januari 2011 (Rabu) –Para pelajar tingkatan 3

27 Januari 2011 (Khamis) - Para pelajar tingkatan 5 Tempat : Dewan Mutahir Masa : 11.30 pm – 1.00 pm (tingkatan 1) 12.00 pm – 1.30 pm (tingkatan 3, 4 dan 5 ) 7.0 PENGANJUR Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTMu

8.0 PERBELANJAAN PROGRAM Sila Rujuk Lampiran A

9.0 INPUT Segala input sewaktu ceramah / sesi dialog / soal jawab sewaktu ceramah dijalankan.

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM Sila Rujuk Lampiran B

11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM Sila Rujuk Lampiran C

12.0 PENILAIAN PROGRAM 12.1 Perubahan dalam pencapaian dan prestasi akademik yang lebih baik berbanding sebelum program ini dijalankan dalam diri masing-masing. 12.2 Mendapat kejayaan serta keberkatan hidup sama ada di dunia dan di akhirat kelak.

13.0 PENUTUP DAN RUMUSAN Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat menjayakan program ini akan dapat membantu memperkukuh dan memperkasakan nilai-nilai keilmuan seterusnya dapat menghayati serta mengamalkan teknik-teknik dan kemahiran belajar yang betul supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. ‘ Kecemerlangan Akademik Teras Pembangunan Negara ’

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

…………………………………….... …………………………….... ( PN. SITI MARIAM BINTI HUSSIN ) ( PN. MANJA BT MD. DOLI ) Setiausaha Program Bijak Belajar, Pengerusi IV SMK Tun Mutahir, Program Bijak Belajar, Batu Berendam, Melaka. SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka.

DISAHKAN OLEH, ………………………………….. ( HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS ) Pengetua SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka.

Kertas Kerja Program Kecemerlangan UPSR 2012 Berikut merupakan kertas kerja (1) (masih dalam peringkat penilaian dan kelulusan) Kertas Kerja: PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2012 1. Pendahuluan Setiap tahun pihak sekolah akan merancang program dan aktiviti khas untuk kecemerlangan akademik khasnya untuk murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Perancangan awal dan kerjasama erat antara semua pihak amat diperlukan dalam bekerjasama untuk mencapai hasrat untuk kecemerlangan dan kejayaan murid-murid yang bakal menghadapi UPSR bagi tahun ini 2012. 2. Objektif i- Melahirkan calon yang berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran dalam UPSR. ii- Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan dalam dan luar bilik darjah. iii- Untuk mencapai sasaran peratus lulus yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan PPD Kinabatangan seiring dengan matlamat pendidikan nasional. iv- Memberi peluang kepada murid terpilih untuk belajar tuisyen. v- Melahirkan rasa akrab dan perkongsian antara murid dan guru. vi- Meningkatkan mutu pembelajaran murid dan kaedah menjawab dengan lebih berkesan dalam memperolehi pencapaian optimum. vii- Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam mencapai sasaran kecemerlangan peperiksaan awam dengan kerjasama pihak luar, PIBG dan

masyarakat setempat. 3. Butiran Program *lampiran 4. Jawatankuasa Program *lampiran 5. Sumber Kewangan i- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ii- Sekolah (Pengurusan dan Pentadbiran) iii- Panitia Matapelajaran iv- Sumbangan Luar (lain-lain)

6. Harapan Semoga perancangan dan perlaksanaan program kecemerlangan UPSR 2012 pada kali ini menjadi lebih baik dan menambahkan semangat terutamanya murid, guru dan ibu bapa untuk bekerjasama dan memberikan komitmen sepenuhnya. InsyaAllah. Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian. Sekian dan terima kasih.

LAPORAN PROGRAM BENGKEL UPSR SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI MAHMUD CHEMOR.

Program Bengkel UPSR 2010 telah dijalankan pada 7 sehingga 10 Jun 2010 iaitu pada hari Isnin sehingga Khamis. Program ini berlangsung selama 6 jam setiap hari kecuali hari Rabu. Program hari ini telah dijalankan di Dewan SKHMC. Objektif program ini ialah untuk memberi keyakinan yang lebih kepada pelajar-pelajar Tahun 6 dari segi akademik. Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kecerdasan emosi dan mewujudkan kesedaran serta motivasi kepada pelajar tentang tangungjawab mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2010. Program ini telah melibatkan pelajar-pelajar dari kelas 6U, 6T, 6J dan 6M serta sebilangan pelajar yang berprestasi baik dari kelas 6K dan 6S. Bilangan pelajar keseluruhan adalah seramai 180 orang. Program ini dapat membantu calon-calon UPSR 2010 dengan menerapkan keyakinan yang tinggi terhadap keyakinan mereka menjawab soalan UPSR. Dengan itu, UBK telah menjemput penceramah- penceramah yang berpengalaman bagi mengisi setiap slot dalam program ini. Pada hari pertama iaitu Isnin ( 7 Jun 2010 ), program bermula pada pukul 8 pagi dengan slot Matematik oleh Cik Hjh Aminah dari SK Pasukan Polis Hutan . Semua pelajar hadir

serta memberikan tumpuan penuh dengan tips yang diberikan dan membuat latihan pada lampiran yang dibekalkan oleh penceramah. Peserta berehat pada pukul 10.30 pagi. Slot diteruskan dengan matapelajaran Bahasa Inggeris oleh Pn Hjh Umi Salmah bt Zaehariah iaitu bekas Guru Cemerlang Bahasa Inggeris Sekolah Rendah. Komunikasi dua hala sentiasa diterapkan dalam slot ini dengan pelajar menjawab soalan di hadapan dewan dan diberikan hadiah oleh penceramah. Guru Besar hadir memantau bagi memastikan program berjalan lancar dan berjaya. Pada hari berikutnya ( 8 Jun 2010 ), slot dimulakan dengan matapelajaran Sains oleh Pn Dahlia Meor Baharin dari SK Jelapang. Pendekatan menjawab soalan dengan cara yang betul juga tips mencari idea sebelum menjawab soalan membantu pelajar menjawab kertas peperiksaan Sains dengan format UPSR yang sebenar. Lampiran dan lahihan tersebut dibekalkan oleh penceramah dan pelajar dipilih untuk membentangkan jawapan di hadapan dewan. Hadiah diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab soalah dengan betul. Setelah rehat pada pukul 10.30 pagi, slot program diteruskan dengan Motivasi oleh En Zahri dari S.K Pengkalan. Slot ini berlajan dengan santai dan menghiburkan peserta program. Pelbagai teknik dan aktiviti dijalankan agar pelajar sentiasa peka semasa berlajar dan tidak lalai terutama mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir sebelum UPSR. Dapat diperhatikan titisan air mata peserta di akhir slot dimana penceramah membawa emosi peserta mengenang kembali pengorbanan ibu dan bapa semasa membesarkan mereka. Hari ketiga ( 9 Jun 2010 ), program hanya menjalankan slot Bahasa Inggeris yang disampaikan oleh Cikgu Puteri Norzila Mohamed. Slot ini memakan masa 2 jam dan peserta pulang pasa pukul 11 pagi. Hari terakahir ( 10 Jun 2010 ) pula dimulakan dengan matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan oleh En Sallehuddin Zainan. Slot ini banyak membantu pelajar tentang bagaimana memastikan markah dapat diperolehi dengan menjawab soalan dengan betul. Cara-cara penggunaan bahasa serta meminimakan kesalahan yang biasa dibuat oleh calon UPSR sebelum ini. Slot terakhir adalah Bhasa Melayu Pemahaman yang disampaikan oleh Pn Mahyu Meor Aziz. Slot ini menekankan tips membaca dan memahami karangan agar dapat menjawab soalan dengan betul dan tidak terkeliru dengan jawan-jawapan yang diberikan bagi mengganggu pelajar menjawab soalan. Respond pelajar juga adalah baik apabila sesi soal jawab dibuka kepada mereka. Syukur program yang dirancang berjalan lancar, atas kerjasama semua guru yang bertugas serta kerjasama daripada peserta program itu sendiri. Program ini sememangnya dapat membuka minda semua calon-calon UPSR 2010 yang mengikutinya dan ini dapat dilihat melalui latihan serta tindakbalas mereka sepanjang program dijalankan.

disediakan oleh AHMAD KAMIL SHARUDIN

Pada tanggal 14, 15 dan 16 Julai 2011, pihak pengurusan Sek Kebangsaan Kampung Bari, telah mengadakan program Kem Kecemerlangan UPSR 2011. Matlamat program ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan murid tahun 6 dalam persedian mereka untuk menempuh detik peperiksaan UPSR yang bakal mendatang dan merangsang semangat murid tahun 4 dan 5 dalam memperbaiki teknik pembelajaran mereka supaya lebih terarah dan berkesan. Kemuncak acara program Kem Kecemerlangan UPSR 2011 ialah pada malam 15.Julai 2011 yang bermula dengan Solat Maghrib dan Isyak berjamaah, solat Hajat dan bacaan surah Yasin yang kemudiannya diikuti dengan Program Motivasi Pemantapan Jiwa yang dikendalikan oleh Encik Wahab bin Salleh dan Ustaz Ismail bin Mohd. Program pada malam tersebut melibat penyertaan semua warga SKKBST dan para Ibu bapa pelajar SKKBST. Diharap Kem Kecemerlangan UPSR 2011 ini akan menjadi pemangkin kegemilangan SKKBST...INSYAALLAH.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->